Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

Saturday, 5 October 2019

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN JIKA INGIN BERKAHWIN DENGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Cinta bukan sesuatu yang boleh dirancang. Kita tak boleh duga dimana dan bila kita akan jatuh cinta atau dengan siapa kita akan bercinta. Semua tu akan datang dengan sendiri nya. Siapa tahu suatu hari nanti kita memilih pasangan yang kurang upaya.



Perkara ni tak mustahil akan berlaku. Dan kita pun dah banyak baca tentang wanita atau lelaki yang sudi berkahwin dengan OKU. Tentu banyak yang perlu dipersiapkan sebelum kita teruskan dengan keputusan kita.

Bagi yang mungkin mempunyai perancangan mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang kurang upaya mungkin akan menghadapi beberapa masalah namun beberapa perkara di bawah sedikit sebanyak mampu membuatkan kita lebih bersedia dari sekarang.







Kewangan
Walaupun kerajaan menggalak kan pengambilan pekerja kurang upaya namun tidak banyak syarikat yang mampu untuk mengupah pekerja Kurang Upaya memandangkan golongan ini terhad pergerakan mereka.

Jadi masalah kewangan mungkin akan sedikit sebanyak memberi kesan pada rumahtangga yang dibina. Saya ada kenalan yang suaminya kehilangan sebelah kaki. Dan disebabkan tu dia hanya pernah diterima bekerja di dua syarikat pembersihan.

Dia tak mampu kekal di satu tempat kerja sebab persekitaran tempat kerja yang menyukarkan dia.Jadi dia diberhentikan. Sampai sekarang tak bekerja. jadi isterinya terpaksa menanggung perbelanjaan dapur dan bil.

Untuk itu apa yang dilakukan mereka ialah, sedaya upaya untuk berjimat. Suaminya tak lepas tangan dalam menguruskan rumahtangga. Dia tetap melakukan kerja-kerja rumah  supaya isterinya dapat berehat selepas pualng kerja.




Pergerakan yang terhad.
Bukan semua orang bertuah seperti rakan saya yang suaminya masih mampu untuk membantu menguruskan kerja-kerja rumah. Ada yang pasangan nya hanya terlantar dan tidak mampu melakukan apa pun.

Mungkin akan muncul rasa tidak adil bila korang terpaksa menguruskan segalanya tapi pasangan korang hanya terlantar menonton tv.

Buang perasaan tersebut dan ingat kembali apa tujuan kita berkahwin dengan nya? Adakah kerana ingin melakukan segalanya bersama-sama, atau untuk menjaga nya seumur hidup kita.

Kita sendiri yang memilihnya jadi kuatkan semangat dan laluinya semampu yang korang boleh. Jangan fikir pasangan korang tak rasa apa-apa. Dah tentu dia pun sedih sebab tak mampu nak bantu korang.Jangan sesekali fikir dia tidak bertanggungjawab. Percayalah hatinya juga pedih.

Seperti ada orang ke tiga
Mempunyai pasangan kurang upaya bagaikan mempunyai orang ketiga dalam perkahwinan. Normal jika semakin lama korang mula rasa masalah tersebut mengganggu rumahtangga korang. Korang akan rasa rimas, rasa terbeban, rasa tak ada tempat mengadu, dan seolah-oleh korang melaluinya bersendirian.

Korang mungkin akan rasa tak perlu untuk meluahkan rasa letih dan bosan tersebut pada pasangan korang. Korang risau dia akan sedih dan kecewa. korang tak nak dia rasa rendah diri.





Tapi tak salah untuk  mengadu dan menangis di bahunya. Dia juga patut tahu perasaan kita walaupun dia tak mampu untuk berbuat apa. Meluahkan perasaan dan berkongsi masalah mampu mengurangkan kesedihan yang kita tanggung. Siapa tahu mungkin pasangan kita tu adalah pendengar yang baik.

Perkahwinan adalah satu cara untuk kita melaluinya bersama-sama. jadi dia berhak tahu..

Apa pun yang dilalui jangan sesekali hilang hormat pada pasangan kita walaupun dia kurang upaya. Hormati dia dan banyak kan berkongsi rasa dengan nya agar dia tidak rasa semakin terpinggir. Bercampurlah dengan masyarakat sekeliling agar mereka juga akan beri perhatian pada pasangan kita.

Bayangkan jika kita  keluar bekerja dan sesuatu berlaku pasa pasangan kita , sekurang-kurangnya ada jiran yang mampu beri pertolongan. Apa pun sebelum berkahwin kita perlu fikir semasak-masaknya kerana untuk hidup bersama orang kurang upaya  ni besar cabaran nya dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Wednesday, 17 July 2019

TUNANG DI GODA ISTERI ORANG HINGGA AKHIRNYA TERPAKSA PUTUS KAN PERTUNANGAN

Hi semua..

Pertunangan adalah ikatan sementara untuk menuju ke alam perkahwinan. Bertunang bukan bermakna sidia adalah hak kita yang mutlak. Ianya lebih kepada fasa untuk mengenali seseorang dengan lebih dekat.



Dengan pertunangan kita akan dapat mengenali seseorang dengan lebih lagi dan inilah masa untuk mencari keserasian. Dalam tempoh bertunang akan ada ujian-ujian yang mungkin juga adalah petunjuk dari Allah bahawa sama ada sidia layak ataupun tidak untuk kita.


Ada yang dipermudahkan urusan sepanjang bertunang dan ada juga yang melalui beberapa konflik perasaan malah lebih dasyat lagi melibatkan orang ketiga.

Baru-baru ini saya dihubungi seorang pengadu  (Ira) yang meluahkan perasaan kesal dan kecewa atas sikap bekas tunang dengan seorang wanita berstatus janda yang menyebabkan hubungan pertunangan nya putus.



" Kisahnya bermula pada hujung bulan december 2018... Ada sorang perempuan whatsapp saya cakap dia buah hati baru tunang saya... Masa tu hnya Allah saja yang tahu perasaan saya..

Saya cuba tanya pada tunang tapi dia tak jawab... Gerak hati saya kuat mengatakan perempuan yang whatsapp saya tu adalah kakak angkat kepada tunang saya. Memang dari mula kenal dia lagi saya dah tak sedap hati. Naluri saya kuat mengatakan perempuan tu ada niat tak baik. tapi saya cuba fikir positif pasal dia.






Setiap kali saya dan tunang bergaduh dia akan masur campur, Api-apikan tunang saya supaya kami bedua bgaduh.. Apa yang saya tahu perempuan tu dah berkahwin. Saya cuba juga cakap dengan tunang pasal kak angkat dia tu tapi tunang tak percaya.. Masa bulan november 2018 hubungan saya dan tunang ada masalah. Kami ada sikit salah faham.


Saya tahu tunang saya selalu share masalah kami  pada kakak angkat dia...Dari situlah dia ambil kesempatan. Dia memang dah lama ada hati pada tunang saya ketika dia masih isteri orang lagi. Sikap dia menunjukan dia memang ada hati pada tunang saya... Ternyata anggapan saya pasal perempuan ni memang betul.

Sekarang dia dah rampah kebahagaian saya




Apa yang saya tahu dia baru bercerai setahun dengan ex suami dia.. Apa yang lebih memalukan perempuan ni seorang cikgu tadika di baling. Manakala tunang saya seorang askar di Kem Pengkalan Ulu kroh Perak...

 Hidup saya jadi kucar kacir sebab janda nie...

Masa dia kenal tunang saya dia dah tahu yang tunang saya tu dah berpunya.. Tapi dia cuba juga dekati tunang saya. 

Pernah beberapa kali tunang saya tak layan dia.. Cuba block kat whatsapp, Dia meroyan tulis macam-macam kat status whatsapp. Dia whatsapp saya cakap mcam-macam pasal tunang. Masa tu dia masih lagi isteri orang..






.
Tapi  dia boleh chat dengan lelaki lain. Saya pernah nampak perempuan tu letak gambar tunang saya di facebook. 

Masa awal-awal  kami bergaduh dulu ex saya pergi pada dia mungkin sebab terdesak dia nak lepas kan marah pada saya.

Saya dah banyak  berkorban untuk dia.. Kami kenal sebelum dia join army lagi.. Dekat 6 tahun tapi  dia kenal permpuan tu baru 2 tahun rasanya.

Dalam masa kami gaduh tu saya cuba ambil hati dia balik..Tapi gagal. Sejak dia kenal dengan permpuan tu sikap dia dah berubah.. Dari lelaki penyabar jadi panas baran.. Suka maki-maki...
Dulu saya adalah wanita yang paling dia sayang..saakrang dia buang saya macm sampah."

-Ira-



Thursday, 2 May 2019

BEKERJA ATAU TIDAK TUGAS ISTERI HANYA UNTUK MEMBANTU SUAMI

Hi semua..

Dah hampir 14 tahun saya tinggalkan alam pekerjaan. Kadang-kadang rasa juga sedih sebab tak bekerja. Lagi-lagi cara pemikiran kebanyakan orang ni yang rasa wanita bekerja lebih baik dari yang tak bekerja.



Bila kita tak bekerja orang akan fikir yang kita cuma minta duit suami dan tak bebas nak beli apa yang kita suka. Diaorang rasa kita ada keinginan yang tak mampu kita capai hanya sebab kita tak bekerja.

Dengar pulak suami kita tu cuma kerja kilang, lagi la pandangan diaorang pada kita ni macam "alah..kesian nya hidup dia.."

Hahaha.






Sebenarnya hidup kita ni kalau fikir cakap-cakap orang memang sampai sudah pun kita tak kan bahagia.

Saya ada juga kawan-kawan yang bekerja. Ada juga yang berkongsi kisah sedih jadi wanita bekerja ni.

Orang mula fikir anak mereka tak terurus dan terabai.Kalau orang lain yang cakap macam tu , kita lantak kan je la.Tapi bila yang bercakap tu ada lah orang terdekat, contohnya keluarga mertua, adik beradik atau saudara mara , rasa sedih dan pedih jugak la.

Niat kita nak membantu suami tapi di anggap sebagai wanita yang tak tahu nak jaga rumahtangga.

Dalam dilema betul bila jadi seorang wanita ni. Buat apa pun serba tak kena. Kerja salah, tak kerja pun salah. Yang pastinya kerja atau jadi suri rumah, niat kita tetap satu .Iaitu untuk bantu suami.

Itu lah yang sebenarnya..Tugas isteri sebenarnya ialah membantu suami. jelas yang suami pun bukan sempurna sampaikan perlu wanita sebagi pembantu nya. Jadi ahli keluarga lain sepatutnya faham.

Membantu suami bukan setakat kena memasak atau jadi suri rumah tapi juga boleh bantu dari segi kewangan.

Lagi-lagi kalau keluarga ada bebanan hutang. Suami dan isteri sama-sama cari duit. Kalau tak buat macam tu sampai tua la terbeban dengan hutang.

Bagi isteri yang tak bekerja , bukan nya kami duduk goyang kaki saja dirumah. Kami bantu suami untuk didik anak. Didik tentang solat, tentang moral dan sebagainya.

Ada juga isteri tak bekerja yang sanggup buat kerja sampingan berniaga online. Tu pun salah satu cara untuk bantu suami.

SebagAi suami pulak bila dapat isteri yang bekerja jangan lah tinggi sangat harapan nya tu.

Ada suami yang dapat isteri kerja doktor tapi berharap bila balik kerja dah terhidang makan minum atas meja. Mana mau nye gitu..hahah

Dapat isteri cikgu tapi berharap setiap pagi dapat sarapan sama-sama kat luar. Huh!!cikgu2 start kerja jam 7:30 tau. Tak kan lah dia nak keluar sarapan dengan awak jam 8 pagi.

Jadi kena la faham dan bertolak ansur.



Dapat pulak isteri yang tak bekerja. Dia fikir bila isteri tak kerja ni maknanya isteri tu tak tahu penat lah. Boleh kata semua kerja-kerja rumah isteri yang buat,

Suami balik kerja mandi-solat makan lepas tu tengok tv..goyang2 kaki. Isteri masih di dapur mengemas dan mencuci.






Suami kena ada rasa simpati pada isteri.Tak salah pun kalau suami anggap isterinya wanita yang lemah dan sentiasa perlukan bantuan.

Tak de wanita yang kecik hati kalau ada lelaki anggap mereka insan yang lemah dan sentiasa perlukan bantuan.

Lagi la wanita suka sebab ada lelaki yang betul-betul boleh lindungi mereka.

Bye! :)

Tuesday, 23 April 2019

3 SITUASI ORANG BELUM KAHWIN. ANDA YANG MANA SATU?

Hi semua..

Hari ni saya nak cerita pasal kahwin. Cerita ringkas yang ramai orang suka tentang kahwin.



Memang seronok kalau nak kahwin ni. Sementara nak menunggu hari di akad kan tu berdebar campur tak sabar campur seronok.

Boleh bayang tak rasa dia cemana?

Tumpuan pulak 100% pasal kahwin saja. masa tu kalau ada kawan nak merajuk ke, kawan tak nak ajak makan ke , lantak pi la kat dia. Yang penting aku nak kahwin.Hahahah

Itu tentang cerita orang yang sibuk nak kahwin.






Tapi ada jugak orang yang nak kahwin tapi tak tahu la dengan siapa nak kahwin nya. Tunggu punya tunggu calon tak timbul-timbul.

Tiap kali solat doa ditemukan jodoh tu mesti tak tinggal la. Kadang kesian tengok. kawan-kawan punya la ramai tapi sorang pun tak sangkut ke dia.

Crush pun hanya tinggal crush. Sabar je la ye. Belum masanya kot.



Dan yang last sekali ialah orang yang langsung tak fikir pasal kahwin. Selagi belum tutup mata, kerja,kerja kerja... Katanya..

Kalau orang lain sibuk bercinta, sibuk frust, sibuk crush sana sini, dia pulak rilek je malam-malam tengok tv sampai jam 10 lepas tu tido. Esok nak kerja..katanya lagi.

Hujung minggu tak de dating bagai.. jam 6 pagi solat subuh, packing baju balik kampung jumpa mak ayah. Tak pening kepala .

Apa pun situasi korang, tak de salah kat mana pun. Yang penting korang bahagia dengan cara korang. Jangn fikir orang lain dah kahwin jadi korang pun kena kahwin.

Mungkin korang yang belum kahwin, rezeki korang ialah membahagiakan mak ayah atau orang sekeliling.

Masing-masing kita ni ada cara untuk bahagia..kan??



Tuesday, 2 April 2019

BAGAIMANA CARA PALING MUDAH MEMBUAT WANITA HAPPY DALAM HUBUNGAN CINTA DAN RUMAHTANGGA

Hi semua..



Hari ni saya nak cerita ikit tentang membuat wanita happy atau gembira dalam perhubungan. Orang perempuan ni susah untuk di duga. Kita yang perempuan ni pun kadang-kadang tak boleh faham dengan perempiuan yang lain.

Sebab tu kerap la kita nampak orang perempuan sama-sama perempuan pun boleh bergaduh kalau dibiarkan dalam 1 rumah atau 1 bilik.

Apa tah lagi kalau berlainan jantina ni. Ada saja yang tak kena dan perkara-perkara yang tak menggembirakan kaum wanita.

So cemana cara nya untuk buat wanita happy?





1. Sama macam lelaki, perempuan juga suka dan seronok bila bersama dengan lelaki yang yakin dengan dirinya sendiri. Tapi tak bermakna lelaki tu kena sentiasa yakin. kadang-kadang kelemahan lelaki juga dilihat sesuatu yang sangat comel bagi wanita.

Kelemahan tu juga akan buat wanita rasa dia adalah pelengkap kepada lelaki tersebut. So lelaki tak perlu tunjuk kuat dan berani setiap masa. Wanita tak selesa dengan lelaki yang macam tu.

2. Jangan terlalu serius. Bukan semua benda perlu diambil serius. Ada perkara yang hanya perlu singgah di fikiran kita dan kita lepas kan macam tu saja.


3. Jangan buat janji palsu. Wanita ni dia paling ingat apa yang lelaki janjikan pada dia. Kalau tak boleh buat jangan berjanji. Wanita ok je kalau lelaki tak janjikan bulan bintang. Buat apa yang dirasakan terdaya cukup lah.

Jangan wal-awal dah janji bulan bintang. Bila dah berjanji,  wanita ni dia akan tagih janji tersebut. Lepas tu bila tak mampu buat, wanita juga yang di cop mata duitan lah, banyak karenah la, tak cukup2 la..dan macam-macam lagi..padahal lelaki yang awal2 dah janji macam2.


4. walaupun ada perkara yang wanita tak suka diambil serius tapi , jangan tak tahu yang ada banyak perkara kecil dianggap penting bagi wanita,

Contohnya tentang hari2 yang istimewa: hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan, hari pertama kali berkenalan, hari hadi anak, hari pertama masuk rumah baru..macam-macam hari la..

Wanita juga suka bila gambar nya ada dalam telefon bimbit lelaki yang dia sayang. Atau pun gambarnya ada dalam wallet lelaki tu.

Wanita juga suka lelaki yang banyak bertanya kan keadaan dirinya. sihat ke tidak, dah makan ke belum...gitu..

Tak besar pun permintaan2 wanita ni.



5. Mengakui kesalahan sendiri. Yang ni penting sangat, Orang lelaki tak payah melutut merayu minta maaf pada wanita. Wanita tak heran pun setakat maaf tu. cukup sekadar ucapan ringkas " maaf, saya tak sengaja buat macam tu.." cukup!! itu sahaja..

Kalau maaf berbuih2 dimulut , merayu menangis bagai tapi esok lusa buat salah lagi, itu lebih menyakitkan hati wanita .

Selalunya saya tak kan bagi peluang ke dua untuk lelaki yang melutut dan merayu. Memalukan!

Jangan terlalu banyak beralasan bila dah buat salah. Salah tetap salah, awak tak boleh tutup kesalahan awak dengan bagi macam-macam alasan. Bagi wanita bila awak buat alasan macam-macam untuk salah yang awak buat, itu bermakna akan datang awak akan buat salah tu lagi dan dengan alasan yang sama atau berbeza.



6. Jaga penampilan diri. Bukan bermakna lelaki perlu pakai pakaian yang mahal dan berjenama. Cukup lah kalau ianya bersih dan sopan. Ketahui pakaian yang macam mana wanita tu suka.

Kalau saya, saya tak suka lelaki yang berseluar pendek dan pakai baju tanpa lengan.Geli!

Mungkin wanita yang korang sayang, suka lelaki yang berjanggut dan berambut panjang. Jangan risau untuk tanya pendapat wanita tu tetang penampilan korang.

Wanita akan gembira bila lelaki tu terima pendapat dia. Dia akan rasa kehidupan lelaki tu dah jadi sebahagian dari dirinya.




7. Dalam hubungan cinta dan rumahtangga ni bukan ada masa bahagia dan seronok je. Tapi ada juga tiba masa duka. Dalam keadaan ini wanita sukar kawal perasaan dia. Jadi sebagai lelaki awak tak perlu jadi wanita kedua yang tak reti kawal perasaan.

Lelaki kena bijak kawal situasi. Sebab tu penting untuk lelaki kenal pasti sikap wanita tu. Masa ni lah awak akan tahu nak buat apa bila wanita marah atau sedih. Dengan kebijaksanaan awak tu, tak sampai 5 minit wanita tu dah boleh tersenyum kembali.







8. jadi lah pendengar yang baik. Tak dapat selesaikan masalah pun tak pe, Dengan adanya awak disisi wanita kesayangan awak, cukup untuk buat dia gembira dan bahagia.

9. Wanita mahu sentiasa dilindungi. Leakijangan mengharapkan wanita tu sentiasa kuat dan boleh buat apa saja tanpa lelaki.

Pertolongan dan bantuan lelaki lebih membuatkan dia gembira walaupun untuk perkara-perkara kecil. Ianya tanda yang dirinya disayangai , dicintai, dilindungi dan dihargai.


10. Kejutan. wanita suka kan kejutan. Tak perlu selalu sebab bila selalu sangat dia dah tak rasa kejutan tu sesuatu yang istimewa.. kejutan pada masa-masa yang tidak disangka akan buat wanita gembira.

Bye...



Tuesday, 13 November 2018

INI SEBAB MENGAPA ANDA SELALU BERBELANJA LEBIH DARI YANG ANDA RANCANG



Sebelum keluar berbelanja barang dapur dah jadi kewajipan pada kita untuk senaraikan apa barangan yang akan dibeli. Saya sendiri pun macam tu la. Buat list dan simpan dalam phone supaya mudah nak beli barang nanti. Tak de la terlupa beli atau terlajak beli.

Tapi bila dah sampai ke pasaraya tu , macam-macam benda lain yang tak de dalam senarai yang kita nampak menarik dan perlu beli.Sudahnya dari bajet RM300 terus jadi RM500 .

Tapi itu dulu la..Sekarag dah makin bijak berbelanja dan makin faham cara nak kawal diri supaya tak membeli barang yang tidak ada dalam perancangan.

Perbelanjaan terbesar setiap bulan bagi kebanyakan keluarga ialah berlanja untuk groceries. Setiap hari kita kena makan jadi tak de sebab kenapa kita tak perlu beli groceries.

Lain la kalau orang bujang yang memang tak memasak kat rumah. Hari-hari makan di kedai , jadi bajet untuk barangan runcit tak ada. Tapi kalau difikir-fikirkan kos nya tetap sama macam beli barang runcit untuk satu keluarga.

Jadi apa punca sebenar kenapa bajet membeli jadi berlebihan dan bagaimana cara nak mengatasinya?"-





1. KURANG PERANCANGAN
Kita tak boleh masuk satu kedai tanpa membuat perancangan dan membeli dengan hanya mengagarkan saja berapa jumlah yang akan di bayar.

Penting untuk korang senaraikan apa menu yang akan korang masak dalam minggu tersebut. Kemudian mula buat kira-kira dan senarai groceries yang akan dibeli. Tapi tak ramai yang buat macam tu.Kebanyakan dari kita akan pergi ke pasaraya kemudian dia ambil barang-barang yang setiap bulan dia beli.

Contohnya : beras, minyak masak, bawang dan beberapa bahan asas. Lepas tu sampai masa nak masak baru la dapat idea nak masak apa. Bila check barang tengok-tengok ada bahan yang tak de. Terpaksa keluar berbelanja lagi.

Sedangkan belian yang sebelum nya kita dah habiskan sejumlah wang yang kita dah bajetkan untuk perbelanjaan dapur.

Kan dah rugi namanya tu...

So lepas ni kalau nak senaraikan barang dapur yang akan dibeli , kena fikirkan juga apa menu dan hidangan yang akan kita masak.



2. PETI SEJUK YANG BESAR
Bagi wanita yang dah bekeluarga , peti sejuk sangat penting. Kalau boleh nak peti sejuk yang besar dan ada banyak ruang. Boleh letak macam-makan dalam peti sejuk yang besar.

Memang bagus kalau ada peti sejuk r sebab makanan boleh tahan lama dan menjimatkan wang kita. Tak payah kerap makan di luar.

Tapi ada setengah orang tak tahu nak manfaat kan peti sejuk mereka. Mereka membeli semata-mata memikirkan ada banyak ruang kosong di dalam peti sejuk yang perlu di isi.

Bila dah terlalu banyak barang yang dibeli pasti ada bahan masakan yang sudah luput tarikh, sayur yang sudah tidak segar, dan bahan mentah yang sudah tidak boleh dimakan.

Sebaiknya beli barang yang mentah seperti sayuran, ayam, daging, udang atau makanan laut dalam kuantiti yang sedikit. Untuk makanan seperti nuget, kentang , sosej , mayonis dan makanan lain nya perlu lah di teliti tarikh luputnya.

Kalau korang yakin tidak mampu menghabiskan semuanya dalam masa 1-2 minggu, korangperlu menghadkan pembelian nya.

Peti sejuk juga tidak perlu di penuhi dengan barang kerana peti sejuk memerlukan ruang yang mencukupi untuk pengudaraan. Jika sarat dan terlalu banyak  susah untuk bahan makanan dalamnya menjadi sejuk malah kita juga akan menggunakan lebih banyak elektrik.


3. TERPENGARUH DENGAN MUSIM JUALAN MURAH
Ketika membeli belah pada musim jualan murah kita memang akan mudah terpengaruh untuk membeli barangan yang tidak penting dan yang kita tidak perlu.

Bila kita tengok harga barangan tu murah , terus kita beli sebab kita fikir "Bukan selalu dapat harga murah macam ni.." padahal barang tu korang tak perlukan pun. Tak guna kalau setakat harga nya murah tapi terbiar je dalam rumah kita tanpa disentuh.





Saya suka keluar membeli barang dapur dengan suami saya sebab bila saya nak ambil sesuatu barang , saya akan minta pendapat dia sama ada perlu atau tidak saya beli benda tu. Saya tanya dia "makan tak benda ni kalau saya masak.."

Anak-anak saya pula memilih makanan jadi kena bijak membeli dan tahu apa yang perlu dibeli atau tidak. Risau kalau dah beli tiba-tiba anak kata tak suka benda tu. membazir .Jadi bila nak beli barang dapur tanya juga pendapat ahli keluarga kita.

Bye..

Tuesday, 19 June 2018

ISTERI CANTIK SEMPURNA IDAMAN SETIAP LELAKI




 Perbualan sepasang suami isteri yang sudah berkahwin selama 5 tahun


Suami : U tau tak kenapa I pilih u..

Isteri : Kenapa?

Suami : Sebab U cantik.. Sempurna..U pandai berdikari. Pandai jaga hati I. Kalau masa pertama kali dulu I jumpa U tapi U ni tak cantik, jalan pun senget2 mesti I tak mau.

Isteri : Alamak.. Kalau I tau , masa tu i pura-pura cacat je. Sebab U bukan sempurna pun. Kedekut, malas tolong I kat rumah. Hal nak-anak pun tak U tak ambik tahu sangat.


____________________________________________

Zaman sekarang kebanyakan lelaki nak kan pasangan nya yang sempurna untuk melengkapi rumahtangga yang bakal dibina.

Tapi tak ramai lelaki yang nak sempurnakan diri sendiri dulu agar seimbang dengan apa yang mereka mahu. Masing-masing nak kan isteri yang mereka sendiri boleh bergantung harap.

Ada sesetengah suami tu serahkan segala urusan rumahtangga kepada si isteri sampai isteri rasa terbeban. Suaminya hanya pergi kerja dan balik kerja sahaja.

Hal anak-anak, keperluan rumahtangga dan perasaan isteri langsung tak diambil peduli. Isteri pulak hanya pendam dalam hati sebab tak mahu keruhkan keadaan.

Bila isteri diam suami sangka semuanya ok, rumahtangga nya di sangka kan bahagia tanpa sebarang masalah. Dia berbangga-bangga di depan kawan-kawan nya kerana ada isteri yang boleh di harap.

Lama-kelamaan isteri jadi letih dan tertekan. Apa yang di pendam semakin hari semakin membebankan . Emosinya terganggu dan dia mula mencari perhatian dengan mengadu kepada orang-orang terdekat.

Kalau ada yang ambik kesempatan dalam kesulitan si isteri tu , habis musnah la rumahtangga.


sekian..

Wednesday, 14 March 2018

RUGINYA WANITA DI KOREA , SUAMI MEREKA TIDAK DIBENARKAN BERKAHWIN LEBIH DARI 1

Sejak dari muda2 dulu memang suka tengok drama korea.Orang kata tak dak faedah tengok drama korea ni.

Tapi sebenar banyak juga pengetahuan tentang masyarakat korea ni yang saya tau.Tapi tak payah la citer semua , panjang satgi bukan ada sapa nak baca pun.

Salah satu benda yang saya tau , kat Korea tak boleh kawan lebih dari 1.Kalau nak kawen lagi satu kena ceraikan isteri pertama.

Susah betul undang2 macam tu..

eh!!mesti ramai perempuan kata..

" Apa yang susahnya...bagus la macam tu..padan muka lelaki tak boleh kawen lebih dari 1..Patut nya kat Malaysia pun buat macam tu."

Siapa kata bagus..??




Tau tak kat korea , kes curang tu dah biasa sangat tau.. Kesian isteri kena tipu hidup dengan suami .Lagi malang bila tanggungjawab pada keluarga pun suami tak mampu buat bila asyik berpoya-poya diluar.

Bila curang, lahirlah anak tak sah taraf, nasib wanita simpanan tak terbela, anak pun terbiar..

Lepas tu perempuan simpanan mengandung, si lelaki tak nak bertanggungjawab, perempuan bawak diri, lahirkan anak sendiri.Besarkan sendiri.

Ada akta untuk lelaki sebegini??tak ada.. 

siapa yang rugi..??Dah tentu kaum wanita..Isteri rugi, wanita simpanan pun rugi.





Tapi indahnya islam ni bila islam membenarkan lelaki kawen lebih dari satu. Tujuan nya untuk elak kan benda2 macam kecurangan, anak terabai, nasib wanita tak terbela.

"eleh..ada je lelaki islam yang curang, lepas tu ada anak luar nikah, abaikan isteri.."

Ye betul..Memang ada sebab mereka tidak mengamalkan cara hidup islam.Cer kalau amalkan cara hidup islam mesti jadi mudah.

Dah ada isteri, tapi jatuh cinta lagi, jalan terbaik ialah kahwin je la..Daripada suami kita buat benda tak elok di luar.. Lagipun dalam islam ada undang2 untuk membela nasib wanita dan isteri.Nak risau apa..kan??

Suami kawen lain, tapi dia wajib menafkahi kedua-dua keluarga nya..Islam tak suruh bila lelaki kahwin lain , kena ceraikan isteri pertama. Itu zalim namanya.

Apa nak buat kalau suami abaikan juga dan tak mahu ikut undang2 islam yang dah ditetapkan??

Kita boleh ambik tindakan dengan mengadu kepada pihak berwajib.Nak lebih bagi pengajaran kat suami yang culas ni , buat je report polis .

Ini mungkin untuk kes2 suami yang menzalimi dan mengeluarkan kata-kata kesat, mengugut dan perkara2 yang melibatkan keselamatan anak dan isteri tu sendiri.

Undang2 islam ni sebenarnya untuk memudahkan kita tapi sikap kita sendiri yang buat ianya jadi susah..betul tak??

sekian.

Tuesday, 13 March 2018

KAJI SELIDIK MENDEDAHKAN SUAMI ADALAH PENYEBAB ISTERI MERASA STRESS. ANAK BUKAN PUNCA UTAMA

Hi semua..

Tugas sebagai isteri bukan sahaja terhad di dalam rumah. Selagi memegang status sebagai isteri selagi itu lah status itu akan dibawa walau kemana sahaja. Seringkali isteri akan diuji dengan berbagai keadaan dan ketika itu lah kesabaran dan kekuatan mental isteri teruji. Ini menyebabkan ada isteri yang mengalami stress 

Bila bercakap tentang stress pada isteri ramai yang fikir anak-anak adalah punca isteri menjadi stress. Mengikut kaji selidik yang dijalan kan oleh Today.com , majoriti golongan isteri mengalami stress disebabkan suami bukan nya kerana anak.



Mengejut kan tak??tapi kalau difikir2 kan balik memang betul pun..

Contohnya bila anak kita tengah melasak kat shopping mall..Kita tengok jadi stress..kan??sebenarnya kita stress tu bukan sebab anak melasak tapi sebab si ayah tu biar je anak tu..Dia tunggu kita yang pi kejar anak..

Stress tau tak??

hahahha

Contoh lain bila isteri baru lahir kan anak..

Kita sebagai isteri memang kena banyak berehat.Anak kat sebelah kita pulak asyik menangis, asyik nak menyusu sampai kita tidur tak nyenyak.

Pusing kanan bersepah, pusing kiri baju tak berlipat. Kan bagus kalau suami tolong buatkan kerja2 rumah. Mesti kita tak stress..

Macam tu jugak la kalau dapat pulak suami yang suka berpoya-poya dan tak tahu nak jaga keluarga.Bertambah la stress nya hidup..

Tapi bayang kan kalau , walaupun anak melasak , anak baru lahir, anak mengamuk, tapi suami segera bertindak, membantu, memujuk , menguruskan apa yang perlu dah tentu para isteri tak stress...

Betul????


 Kaji selidik yang dilakukan oleh today.com melibatkan 7 ribu ibu-ibu di Amerika Syarikat pada tahun 2013. Daripada jumlah tersebut memperlihatkan keputusan , rata-rata isteri mengalami stress tahap 8.5 dari 10, dan sebanyak 46% hanya disebabkan suami.

Dalam setiap survey tersebut terdapat banyak pendapat yang diberikan oleh para isteri berkaitan suami mereka.

"Kami berdua bekerja sepenuh masa, dan kami berusaha membahagikan  waktu untuk anak-anak, tapi jelas hanya saya lebih risau dan cemas apabila sesuatu terjadi pada anak ..." - Deno Fleno-

"Walaupun mempunyai suami, tapi nampaknya semua urusan rumahtangga dan kerja-kerja rumah diuruskan oleh saya sendiri." -Responden- 

Tapi yang jelasnya , walaupun suami tu yang buat isteri stress tapi sebenarnya suami juga lah penawar nya yang mampu membahagiakan isteri.


sekian..

Thursday, 18 January 2018

WANITA DICERAIKAN KERANA MANDI SETAHUN SEKALI

Assalamualaikum..



Oleh sebab negara kita ni beriklim khatulistiwa memang penting untuk kita mandi sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari. Siapa yang mandi seminggu sekali??ada ke?

Tak dapat dibayangkan cemana bau nya kalau mandi seminggu sekali.Bukan setakat bau bawang mungkin bau lengkuas, kunyit , serai semua nya ada.Hahahah.

Bayang kan kalau duduk negara-negara sejuk macam korea ke, Taiwan ke...Huh!!agaknya mandi setahun sekali..Tapi memang ada kes dimana seorang wanita mandi hanya setahun sekali dan perkara ni berlaku di Taiwan.

Seorang wanita diceraikan suami nya kerana mandi setahun sekali.Lin juga dikatakan jarang-jarang mencuci rambut dan menggosok gigi.

Suaminya yang tidak didedahkan identitinya membuat permohonan cerai di Mahkamah Daerah  Taipei .

Menurut bekas suaminya ,dia sering meragui tahap kebersihan bekas isterinya itu apabila Lin mandi seminggu sekali diawal perkahwinan mereka.Namun perkara tersebut berlarutan dan tabiat nya menjadi bertambah buruk apa bila dia hanya mandi setahun sekali.

Lelaki itu berkata bahawa disebabkan oleh tabiat Lin yang tidak sihat, mereka hanya melakukan hubungan seks setahun sekali, yang menyebabkan  pasangan itu belum mempunyai cahaya mata walaupun sudah 10 tahun berkahwin.



Kedua-dua mereka tidak bekerja . Lin dikatakan menghalang suaminya bekerja dan menyuruhnya duduk dirumah sambil menjaga ibu bapa Lin yang sudah tua. Segala perbelanjaan rumah ditanggung sepenuhnya oleh orang tua Lin. Namun lelaki tersebut mengatakan ianya masih tidak mencukupi dan hidup mereka dalam kemiskinan malah untuk mendapatkan rawatan pergigian juga mereka tidak mampu.

Hakim kemudian nya mengesahkan penceraian tersebut dan menegaskan isu  kerja, keluarga, dan kebersihan ini tidak akan membuatkan hubungan perkahwinan mereka n dapat diteruskan.

sekian..

Thursday, 11 January 2018

KENAPA SEMAKIN RAMAI WANITA CARI JODOH MELALUI ONLINE

Assalamualaikum..


cari jodoh online
picture from : https://www.huffingtonpost.com


KENAPA SEMAKIN RAMAI WANITA CARI JODOH MELALUI ONLINE Kalau ditanya pada kebanyakan rakan-rakan saya laman sosial ni ramai yang bagitau yang mereka bertemu  jodoh  melalui online. Ada yang bertemu di myspace, mIRC dan juga ada yang bertemu di laman Friendster . Itu dahulu..Tapi sekarang  dah ada facebook , twitter , instagram dan banyak lagi forum-forum.Jadi tak heran la semakin ramai yang cari  jodoh melalui online.

Agaknya kenapa mereka memilih lelaki-lelaki yang dikenali melalui online sebagai pasangan hidup mereka?



Kalau dulu ramai yang kurang yakin dan memberi pandangan buruk jika kita kata " saya kenal dia di myspace " sebab orang fikir jika nak dijadikan pasangan hidup perlu kenal secara berdepan dan ada tanggapan lelaki yang dikenali melalui online ni lelaki jahat..hehhehe..


Tapi zaman dah berubah..Dah ramai orang-orang baik yang menggunakan internet. Internet bukan saja jadi medium untuk perniagaan tapi juga sebagai ruang untuk bersantai dan bersosial .Malah kita boleh dapat lebih ramai kawan melalui online.Siapa tahu dalam ramai-ramai kawan kita tu ada terselit jodoh kita.Bukan?

KENAPA SEMAKIN RAMAI WANITA BERTEMU JODOH MELALUI ONLINE

cari jodoh online

1- Terlalu sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan.
Wanita sekarang buat macam-macam kerja.Walaupun dah ada kerja tetap tapi masih buat perniagaan online dan offline.Ini menyebabkan wanita kurang ada masa untuk keluar bersosial.Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan phone dan laptop untuk urusan kerja.Jadi tak hairan la mereka lebih selesa cari jodoh melalui online.

2- tak mahu buang masa
Orang kata segala urusan jadi mudah dan cepat bila guna online.Hahaha...Jadi jangan terkejut pula kalau saya katakan urusan cari jodoh melalui online lebih cepat dan tak guna banyak masa.Kenal sorang lelaki, sambil buat kerja kita balas2 email, balas2 whatsapp, cerita tentang keluarga dan diri sendiri.. Kemudian kalau rasa serasi tetapkan hari untuk berjumpa..Bila jumpa pun dah tak ambil banyak masa untuk kenali pasangan kita tu sebab kita dah banyak tahu melalui apa yang diceritakan ketika chatting di online.



3- Rasa lebih yakin dan tidak kekok
Bertemu pertama kali dengan orang yang kita tidak pernah jumpa tentu akan buat kita malu, kekok dan mungkin rasa tidak selesa..Pertemuan pertama pun tentu belum ada banyak perkara yang nak dibualkan.Tapi bila awal nya sudah kenal melalui online , perjumpaan pertama tak kan buat wanita rasa kekok kerana wanita tersebut sudah tahu apa perkara yang akan dibualkan.

4- Tidak mahu melibatkan orang lain
Wanita sekarang tak suka ada orang lain yang tentukan siapa patut dipilih jadi suami nya.Wanita lebih suka diberi kebebsan untuk memilih sendiri calon pasangan nya. Ada wanita dan lelaki yang lebih selesa menggunakan laman web  cari jodoh untuk memilih pasangan hidup.Sekarang di malaysia sendiri dah ada Baituljannah.com iaitu laman web cari jodoh yang patuh syariah . Ada lebih 100000 pendaftar yang mungkin salah seorang nya adalah jodoh korang

website cari jodoh
klik untuk cari jodoh online 



Jadi bagaimana dengan korang yang masih bujang tu??Sudi tak cari jodoh melalui online dan membina keluarga bahagia ? Jodoh perlu dia cari.Ianya tak kan datang sendiri.Semoga pencarian korang berakhir dengan kebahagian..

sekian..

Thursday, 4 January 2018

PANDUAN TEMPOH 'IDDAH SELEPAS BERCERAI DAN KEMATIAN SUAMI

Assalamualaikum...


tempoh iddah selepas bercerai dan kematian suami


PANDUAN TEMPOH 'IDDAH SELEPAS BERCERAI DAN KEMATIAN SUAMI 'Iddah ialah tempoh tertentu yang ditetapkan keatas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami .


Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan  menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kenapa wanita perlu melalui tempoh  iddah selepas bercerai atau kematian suami


Terdapat beberapa tujuan atau  hikmah `iddah kepada wanita Islam.  Antara hikmah tersebut ialah:

- Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu.  Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.

- Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku.  Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.

- Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.  Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan  tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.  Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.






Secara keseluruhannya,  `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu `iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami.   Setiap bahagian `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang perlu ditempuh sama ada panjang atau pendek.

Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

 - `Iddah dengan kiraan suci (quru’);
- `Iddah dengan kiraan bulan;
- `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.

Bagi `iddah dengan kiraan bulan, pengiraannya adalah berdasarkan kalendar hijrah dan bukannya mengikut kalendar masihi.

Panduan mengetahui  tempoh iddah 

1- Wanita yang bercerai talak raj`ie/ba’in yang  ada haid - Tempoh Iddah nya ialah tiga kali suci .

a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.
b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat  apabila datang haid yang keempat

2- Wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang  Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain) - tempoh iddah yang perlu dilalui ialah 3 bulan.

3- Wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang  Sedang mengandung  - Tempoh Iddahnya ialah sehingga melahirkan anak hidup atau mati ataupun  sehingga kandungan nya gugur . Janin yang gugur adalah dalam bentuk sempurna atau pun hanya berbentuk segumpal daging.Jika gugur maka selesailah tempoh iddah wanita tersebut.

4-Bagi wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang belum pernah disentuh sama ada  sedang dalam haid atau pun tiada haid  , tiada tempoh iddah yang perlu dilalui.

5- Wanita yang bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah dengan haid yang tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya , tempoh iddahnya ialah selama 3 kali suci.

Mana kala jika wanita yang bercerai talak raj'ie/ba'in yang mengidap istihadhah dengan haid tidak menentu dan tidak  mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah tempoh iddah yang perlu dilalui ialah selama 3 bulan

6- Wanita yang kematian suami semasa dalam tempoh Iddah talak raj'ie dan tidak mengandung ,sama ada dia ada haid atau pun tidak , tempoh iddah yang perlu dilalui ialah selama empat bulan 10 hari . Untuk kiraan tempoh `iddah tersebut ianya  bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat .

7-Bagi wanita yang  kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung sama ada wanita tersebut ada haid ataupun tiada , tempoh iddah yang dilalui ialah selama tiga kali suci atau pun 3 bulan. Tempoh Iddah talak ba'in ini kekal  sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami.


tempoh iddah selepas bercerai dan kematian suami


8- Wanita yang kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi yang dalam keadaan tidak mengandung pula tempoh iddahnya ialah selama empat bulan 10 hari. tidak kira wanita tersebut ada haid atau pin tiada haid , wanita ini bukan saja wajib melalui tempoh iddah malah dia wajib berkabung

9- Tempoh iddah bagi Wanita yang kematian suami yang sedang mengandung ,dia wajib melalui tempoh iddah sehingga melahirkan anak sama ada hidup atau mati bayinya itu  atau sehingga bayinya gugur.Janin yang gugur adalah dalam bentuk sempurna atau pun hanya berbentuk segumpal daging.Jika gugur maka selesailah tempoh iddah wanita tersebut.

10- Wanita yang suaminya hilang ketika dia ada haid, tiada haid atau pun sedang menggandung pula perlu menunggu selama 4 tahun . Selepas 4 tahun  isteri  wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.

Begitu lah pengiraan tempoh iddah yang telah di tetapkan bagi menjaga kebajikan dan hak-hak wanita semasa dalam tempoh perkahwinan dan sehingga lah pembubaran perkahwinan tersebut. Semasa dalam iddah kerana perceraian suami wajib menafkahi isterinya dan menyedia segala keperluan isteri.Manakala isteri pulak di tuntut berhias untuk suami sebagai dorongan untuk rujuk semula.

Semoga artikel ini dapat membantu dan memberi panduan kepada semua pasangan suami isteri yang mahu bercerai atau yang kehilangan suami.

sumber:jakim

sekian.

Wednesday, 3 January 2018

JANGAN TAYANG-TAYANG ISTERI

Assalamualaikum...

jangan tayang isteri


"Siapa tak sayang bini oi.." salah satu dialog dalam filem Madu Tiga  lakonan Tan Sri P.Ramlee. Kalau tak sayang, tak kahwin la kita..betul tak??

Tapi sayang-sayang juga, cara tu kena betul.Salah satu sikap orang kita ni cukup suka tayang apa yang dia sayang.

Bila dia terlampau sayang kan kereta , asyik la upload gambar kereta, hari ni gambar sport rim, esok gambar lampu , lusa gambar cermin.. Sayang sangat tu..

Bila sayang kan isteri , tak habis-habis tayang gambar isteri. macam-macam gaya si isteri di kongsi di laman sosial.Sampai tak de had.Dari gambar isteri pakai telekung sampai isteri pakai baju lengan pendek semua di kongsi nya.

Tak tahu apa tujuan gambar-gambar tersebut dikongsi untuk tatapan rakan-rakan lain. Yang pasti ianya untuk di lihat oleh orang lain la..kan??kalau untuk sendiri tengok simpan dalam phone je la..Mungkin juga dia nak bagitau yang dia sayang kan isterinya..Tapi , Siapa kisah ??hahahah

jangan tayang isteri


Ada banyak keburukan bila kita kongsi gambar-gambar isteri di media sosial ni.Isteri kita mungkin akan menjadi bahan fitnah orang lain.

Bayangkan jika ada lelaki yang gila di luar sana yang mampu membayangkan macam-macam dengan hanya melihat bentuk badan seorang wanita walaupun dalam keadaan berpakaian. Adakah kita sanggup menjadikan gambar isteri kita sebagai pemuas nafsu lelaki-lelaki lain?




Nak sweet2 pun tengok tempat la..kadang2 bukan sebab nak sweet2 pun tapi sebab cemburu.Kalau boleh dia nak semua orang tau itu isterinya.Ianya seolah-olah amaran pada orang lain supaya tidak mendekati isterinya.Cuma cara dia menjaga isteri nya tu salah dan dia tak tahu dia malah mendedahkan isterinya kepada umum .


Saya pernah dengar orang kata selalu nya yang tayang2 isteri  atau suami ni dia tak bahagia sebenarnya.Disebab kan tu dia nak orang fikir yang dia bahagia jadi dia tunjuk kan kebahagian palsu tu pada orang lain supaya orang tak tahu tentang kesedihan nya..

Berbeza dengan orang yang betul-betul bahagia.Dia lebih rela kebahagian tu cuma dia sendiri saja yang rasai.Tak perlu di canang dan di tayang pada umum kerana ada banyak anasir diluar yang boleh menjejaskan kebahagian rumahtangga nya.
jangan tayang isteri

Jadi sebagai ketua keluarga lindungilah isteri korang sebaik nya dengan cara yang betul.

sekian..




Thursday, 7 December 2017

PERLUKAH ANAK TAHU AYAH ATAU IBU MEREKA SUDAH BERLAKU CURANG?

Assalamualaikum...



PERLUKAH ANAK TAHU AYAH ATAU IBU MEREKA SUDAH BERLAKU CURANG? 
Kecurangan adalah satu bakteria yang boleh menghancur kan rumahtangga dan cinta yang dibina.Tak perlu ditanya bagaimana sakitnya menghadapi kecurangan dan apa ubat untuk menyembuhkan nya.Tapi dalam menghadapi ujian tersebut sedaya upaya kita akan menyembunyikan perasaan sedih, kecewa dan marah itu supaya tak terlihat oleh orang lain dan anak-anak terutamanya.

Tapi pernah tak anda sendiri terfikir perlukah anda memberitahu pada anak-anda bahawa  ibu atau ayah nya sudah berlaku curang .?

Saya pernah melihat satu pasangan yang menghadapi masalah apabila isterinya berlaku curang.Dalam situasi tersebut si anak diberitahu oleh ayahnya  bahawa ibu mereka telah  berlaku curang.


Apa yang dikesalkan ialah sianak bertindak membuang ibunya dan keluar dari rumah sebagai protes atas tindakan buruk ibunya.

Adakah masalah tersebut berkurangan???Dah tentu tidak , malah ianya memburuk dan memusnahkan lagi hubungan keluarga tersebut. Dalam kes ini anak sudah berusia belasan tahun.

Apa lagi kalau anak tersebut masih kecil atau dalam kategori kanak-kanak.Ianya akan mengganggu emosi dan mental mereka.Mereka mungkin tidak faham sepenuhnya.Jadi untuk apa kita memberitahu hal tersebut pada sianak..Untuk menanam rasa benci pada anak terhadap ibu atau ayah nya??







Mungkin satu masa nanti si anak akan bertanya pada anda, Kenapa ibu dan ayahnya berpisah?

Cukup lah anda jelaskan bahawa anda dan ayah atau ibu mereka sudah tidak boleh hidup bersama namun jangan lupa anda perlu membuat mereka faham walau apa pun yang terjadi mereka tetap anak-anak kepada ibu atau ayah mereka . Mereka perlu menghormati dan tetap menyanyi ibu atau ayah mereka seperti selalu.

Bagi anak yang sudah berusia belasan tahun , mereka mungkin agak susah untuk di pujuk dan diterangkan mengapa ibu dan ayahnya berpisah. Lagi-lagi ianya berkaitan soal kecurangan. Agak sukar untuk mereka menerima nya. 

Anda harus bijak ketika menjelaskan pada anak-anak ini.Tidak perlu terlalu beremosi ketika menjelaskan nya.. Misalnya anda bercakap sambil menangis, ..Itu akan buat anak fikir bahawa ayah atau ibu nya jahat kerana sanggup membuat anda menangis. Anda perlu rileks dan tunjuk kan pada anak yang anda ok dan masih kuat untuk menghadapi keadaan tersebut.


Memang bila sedang kecewa dan marah anda rasa biar anak-anak tahu sikap sebenar ayah atau ibu mereka.Tapi sebenarnya jika anda benar-benar sayang pada anak-anak , jaga lah emosi mereka.Jangan membunuh dan merosak kan pemikiran mereka dengan membenci ibu bapa mereka sendiri.Jangan jadikan anak-anak anda sebagai anak yang derhaka pada orang tuanya.

Walau betapa jahat sekalipun pasangan anda , biarlah anak-anak tetap menghormati nya dan menyanyangi nya sepenuh hati.Kerana itu lah yang akan membawa anak-anak anda ke syurga Allah..


sekian..

Sunday, 19 November 2017

TANDA-TANDA PASANGAN ANDA SEDANG MENIPU DAN CARA KEMBALIKAN SEMULA KEPERCAYAAN PASANGAN

Assalamualaikum...



TANDA-TANDA PASANGAN ANDA  SEDANG MENIPU DAN CARA KEMBALIKAN SEMULA KEPERCAYAAN PASANGAN kejujuran dan kepercayaan sangat penting dalam rumahtangga.Jika Suami isteri  sentiasa menerapkan dua prinsip ini didalam rumahtangga sudah tentu mereka akan bahagian selamanya.

Namun jika salah seorang tidak mempunyai kejujuran dan kepercayaan pasti rumah tangga akan retak dan tidak mustahil ianya akan musnah.

Memusnahkan kepercayaan yang diberikan oleh pasangan bukan lah sesuatu yang boleh dimaafkan dengan begitu sahaja.Sudah tentu pasangan memerlukan masa untuk mengembalikan semula kepercayaan yang telah musnah.

Kebiasaan nya sikap pasangan yang tidak jujur dapat dikesan oleh pasangan nya .

Memetik Sumber dari : Brightsite.me , ada beberapa tanda pasangan kita  sedang menipu  atau dalam kata lain ada sesuatu yang disembunyikan nya dari kita:






Ilustrasi diatas boleh la juga digunakan jika yang menipu itu adalah di pihak isteri.. Peliharalah rumahtangga yang dibina.kenang semula detik-detik semasa kita baru jatuh cinta pada pasangan kita dahulu.Tentu sudah banyak perkara yang sudah dilalui bersamanya.



Ada 3 tips penting untuk korang yang mahu mengembalikan semula kepercayaan pasangan.

1- Mengakui kesalahan sendiri- Jangan takut meminta maaf dan mengakui kesalahan yang kita lakukan sehingga membuatkan hilang kepercayaan dari nya.Ucapkan kata maaf itu tulis dari hati dan jangan sesekali memberi alasan dengan menyalahkan orang lain untuk kesalahan yang kita lakukan.

2- Tunjuk kan pada nya kita betul-betul menyesal - Jelas kan padanya yang kita betul-betul menyesal atas tindakan lalu kita. Berjanjilah padanya yang kita akan berubah dan tidak akan mengulangi nya lagi.Buktikan nya melalui kata-kata dan juga kotakan lah janji tersebut

3- Sabar - Untuk memujuk pasangan sudah tentu akan mengambil sedikit masa dan memerlukan kesabaran. kepercayaan yang hilang tidak mudah untuk dikembalikan .Namun jika kita benar-benar ikhlas pasti sedikit hari lagi dia akan kembali pada kita. Kita tidak perlu memaksa pasangan kita dalam tempoh tersebut.Ini akan membuatkan pasangan menjadi rimas dan ia menunjuk kan kita hanya mementingkan diri kita sendiri tanpa memperdulikan perasaan nya

4- Lebih jaga perasaan nya - Jika sebelum ini kita kurang mempedulikan nya, kini  buktikan yang dia sangat penting dalam hidup kita. Dengar dan beri tumpuan pada apa yang dibicarakan, tenangkan perasaan nya dan beri dia ruang untuk membuat kepuitusan nya sendiri.

5- Elak kan orang ke 3 - Ada masanya kita rasa menjadikan orang lain sebagai orang tengah untuk memulihkan kembali keharmonian rumahtangga adalah tepat.Tapi bagi suami/isteri yang dianiaya , menggunakan orang ketiga memburuk kan lagi keadaan kerana dia merasakan kita dan orang tengah tersebut hanya meletak kan kesalahan pada dirinya hingga memaksa dirinya untuk mengalah atas kesalahan yang kita lakukan. Dia juga pasti akan merasa tidak selesa apabila masalah rumahtangga nya diketahi orang lain.

sekian..




Wednesday, 4 October 2017

KENAPA AWAK NAK BERKAHWIN DENGAN DIA?

Assalamualaikum..



KENAPA AWAK NAK BERKAHWIN DENGAN DIA? Tak lama je lagi nak masuk musim cuti sekolah ni ramai la yang akan menamatkan zaman bujang. Seingat saya dulu saya pun pilih tarikh masa cuti sekolah untuk dirikan rumahtangga. Mudah saudara mara nak datang kalau buat majlis masa cuti sekolah .

Ceh!!!padahal bukan ramai pun jemputan nya.hahhaha

Bila ramai tetamu yang datang , yang jarang2 berjumpa tu ada la nanti yang tak senang duduk sebab akan diajukan soalan-soalan cepu emas.Soalan paling popular...

"...awak bila lagi nak naik pelamin.."

Mungkin ada yang rasa soalan macam ni biasa-biasa saja.Jawab je tak tahu ..selesai.tapi ada juga yang memang rasakan soalan ni macam duri yang menghunus tepat ke hati.hahaha.

Ye lah..Kita bukan nya tahu jodoh kita bila.Lagipun nak berkahwin ni bukan semata-mata ada cinta saja.,macam-macam perkara yang perlu diambil kira kalau nak mendirikan rumahtangga.

Masa kita tengah kemaruk bercinta memang kita rasakan yang penting kita dapat kahwin dengan sidia saja. Kita tak fikir dah perkara lain.



Bila dah kahwin, dah melalui alam berumahtangga baru lah tahu betapa susah payahnya nak menjadikan perkahwinan itu sebagai satu aras tanda kematangan dan sebagai nilai cinta yang berbaloi untuk masa depan.

Satu yang kita kena ingat..Perkahwinan adalah untuk masa depan.

Jangan sesekali fikir .."aku kahwin ni sebab nak cuba2 je .kalau tak ok..cerai je la.."

Itu lah yang kita tengok sekarang ni..Berkahwin kemudian bercerai . Alasan : tak serasi.

Sebab diaorang berkahwin bukan untuk masa depan tapi hanya semata-mata sebab cinta saja.,.Tapi kalau berkahwin sebab cinta dan  masa depan  InsyaAllah bila ada masalah kita akan berusaha untuk memperbaiki perkahwinan kita.

Kita nak capai apa yang kita impikan masa awal-awal kita buat keputusan untuk berkahwin dulu.



Cuba kita tanya pasangan yang berumahtangga .."kenapa awak nak kawen dengan dia"

Mesti ramai yang jawab.. "..sebab dia baik, dia cantik, dia ikhlas, dia tak panas baran..bla..bla..bla..."

Boleh tak lepas ni adik2 yang nak dirikan rumahtangga tu tanya diri sendiri kenapa nak kahwin dengan sidia..Dan adik-adik jawab macam ni.. ..

"..saya nak  berkahwin ni sebab  nak membina rumahtangga yang bahagia,  nak berusaha sama-sama naik kan taraf ekonomi diri , nak ada pelindung yang boleh melindungi saya dari melakukan dosa dan sebagainya...."

InsyaAllah bila kita ada hala tuju dalam perkahwinan kita akan berusaha untuk membina apa yang kita impikan..

Semoga berbahagia..


sekian..






Monday, 21 August 2017

CARI SUAMI YANG ADA DUIT

Assalamualaikum..



Korang mesti pernah tengok filem Ibu Mertua ku  lakonan Tan Sri P.Ramlee. Dalam filem ni boleh tengok macam mana Mak si Sabariah menentang hubungan Sabariah dan Kasim Selamat yang hanya kerja bermain muzik,. Kalau dah namanya ibu tentu dia nak kan anak dia dilindungi orang yang mampu menjaga anaknya dan bukan hanya setakat ada cinta saja.

Cinta tu memang la penting .Tapi dalam zaman yang kau nak berak  dan kencing pun kena pakai duit ni rasanya cinta tu harus la seiring dengan kemampuan yang lain.bagi seorang wanita memilih lelaki untuk dijadikan suami adalah satu perkara yang kau tak boleh cuba-cuba..Perkahwinan bukan nya satu percubaan.Ianya adalah masa depan dan hala tuju .Hakikatnya nak kan perkahwinan yang mempunyai masa depan pilih la lelaki yang ada duit 

Ops!!!jangan salah faham  dulu..

Bukan bermaksud saya nak kata jangan pilih orang tak de duit.Saya percaya ramai lelaki kat Malaysia ni ada duit.Tapi ada duit time gaji je la...Yang betul-betul ada duit ialah lelaki yang menguruskan kewangan nya dengan baik.Tak kaya raya , tak boleh bagi intan permata itu tak apa..Tapi cara dia menguruskan wang gaji nya tu mestilah bersistematik.



Lelaki ni tengok dari masa bercinta pun dah boleh nampak cara dia uruskan kewangan dia.Tengok cara dia berbelanja , adakah dia beli benda-benda yang perlu atau setakat nak ikut trend . Susah kalau dapat suami suka berbelanja tanpa mengikut kemampuan diri. Kerja biasa-biasa saja tapi suka barang berjenama, tukar2 smartphone, selalu beli aksesori kereta..kemudian belum gaji dah tak de duit.nak keluar makan pun bagi alasan tak de duit.

Kemudian mula la asyik nak pinjam duit sampai dengan kita yang belum jadi isteri dia pun dia minta pinjam duit.kalau ada yang macam ni lebih baik angkat kaki cepat2.Bila belum kahwin dengan  korang pun dia dah berani pinjam duit , apa lagi kalau dah kahwin..Silap2 barang dapur kau jugak yang kena beli.


Orang lelaki mesti megharapkan wanita yang bakal jadi suri hidupnya nanti akan susah senang bersama dengan nya.Dan itu lah yang sepatutnya.Cuma dalam kebanyakan rumahtangga , bila sudah menjadi suami isteri, isteri hanya mampu melihat sahaja sikap buruk suami yang boros dan tak pandai kawal duit gaji sendiri.Lagi2 bila isteri juga bekerja.Suami akan kata.."awak kerja..jangan lah berkira.."Tapi yang sebenarnya dalam diam-diam isteri dah mula ambil tanggungjawab urus belanja rumahtangga.

Satu masa nanti bila korang dah nampak lelaki yang tak kaya raya tapi dia bijak berbelanja, ada tujuan hidup, pandai simpan duit gaji , tak boros, itu lah lelaki yang baik untuk korang bersusah senang bersama .Dalam masa yang sama belajar dan ikut cara dia menguruskan kewangan .Jangan pulak dia simpan duit korang pulak yang boros...



sekian..


Saturday, 27 May 2017

KEBAIKAN PEGANG TANGAN PASANGAN

Assalamualaikum...



Kebaikan pegang tangan pasangan bukan saja mengeratkan hubungan malah dikatakan berpegangan tangan dapat menyingkirkan strees dan membuat jiwa lebih tenang.Bila jiwa tenang dan tak stress kita pun sihat, tak de sakit merbahaya..Bermakna semakin tua kita ni janganlah malu untuk berpegangan tangan dengan isteri pulak.baru la hati rasa tenang dan penyakit pun tak de..

Selalunya masa bercinta je sibuk nak pegang tangan..Tak mau la macam tu..kalau boleh bila dah kawen pun jalan2 pegang tangan.Ada anak kecik memang susah sikit nak pegang tangan..Tapi jangan la sampai tak pegang lagsung sampai bila-bila..ok..

Tapi tengok tempat dan keadaan jugak la..Ni kat kubur pun nak jalan pegang tangan, kat dalam masjid nak berpaut lengan.Bukan tak boleh cuma kita pun kena juga jaga diri ita ni dari fitnah.Walaupun orang kata "baru lah sweet" tapi tak kurang juga yang anggap kita kurang menghormati tempat2 tertentu .Mana yang penting ??orang pandang sweet atau elak kan fitnah???Dah tentu mengelak kan fitnah lebih uatama..kan??



Dalam islam pun orang perempuan ni digalak kan menjaga rasa malu tapi saya pernah terbaca kalau di tempat yang sesak dan ramai orang kita digalak kan memegang tangan pasangan..Bukan apa, takut nanti orang lain yang pegang tangan isteri kita.hahaha..mana la tahu kalau tersesat ke, isteri pulak ada sakit , dah tentu akan merisaukan suami..

Berpegangan tangan bukan saja mengeratkan hubungan suami isteri malah hubungan ahli keluarga terutamanya dengan anak-anak dan ianya juga membuatkan emosi anak berkembang dengan baik..Bayangkan bila anak-anak tengok ibu dan ayahnya duduk sama-sama tengok tv sambil pegang tangan , anak pun rasa gembira sebab keluarga nya bahagia.

Berpegangan tangan dengan pasangan bukan bermakna kita lemah, tidak bebas  dan suka bergantung pada orang lain tapi lebih kepada menghargai dan menjaga hubungan yang dibina supaya terus kekal bersama.


lepas ni kena banyak kan pegang tangan pasangan ye..


sekian..

.