Showing posts with label rumah berhantu. Show all posts
Showing posts with label rumah berhantu. Show all posts

Monday, 7 October 2019

RAHSIA RUMAH BESAR MEWAH INI DIJUAL DENGAN HARGA MURAH TERBONGKAR

Terbaca satu iklan jual rumah di twitter. Cantik juga ruang dalam rumah tu berdasarkan gambar-gambar yang agent tu tunjuk. Rumah tu memang luas dan ramai yang kata cantik.
Rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Ada 3 tandas dan lengkap dengan 7 kipas siling. Yang lagi best siap ada kabinet dapur dan tabletop.



Harganya juga cukup murah iaitu hanya 465k sahaja.  Biasanya kalau rumah macam tu memang boleh cecah 6-7 ratus ribu tau. Tapi kalau rumah cantik, dijual dengan harga murah mesti ada yang tak kena ni? Sama ada tuan rumah memang betul-betul baik hati dan tak kisah pasal duit atau pun....... Jeng Jeng jeng...!!!



Tak disangka-sangka muncul seorang bekas penyewa rumah tersebut  yang berkongsi rahsia disebalik rumah tu. Maaf sebab saya tak dedahkan nama  sebenar bekas penyawa ni dan juga lokasi sebenar demi mengelak kan sebarang salah faham.

Bagi yang tahu tu, tahu la.yang tak tahu jadikan lah cerita ni hanya sebagai panduan supaya menyiasat dahulu sejarah rumah sebelum membelinya..

07-10-2019

"Lepas beberapa tahun.. Tetiba nampak lagi rumah ni.. And all that emotions came back.. Aku takkan lupa macam mana owner rumah ni aniaya aku and suami. Ada sebab rumah ni jual murah.. Pengalaman selama aku tinggal situ sendiri. Will make a thread kalau ada yang nak tahu

Oklah ramai yang nak tahu.  So i will spill the beans. Ini adalah thread <- this is my first thread so bear with me pls.😅







Aku bagi introduction dululah eh. Aku sewa rumah ni dulu pun sebab sewa dia murah. Imaginela rumah cantik macam tu dia sewakan RM1k je. Murah weyh. Hati dah berbunga.  So siapkan agreement bagai, maka selamatlah pindah ke rumah idaman ni..

Semua urusan view rumah bagai suami aku yang uruskan. So aku memang tak pernah masuk. Masa pindah tu la baru first time masuk. Owner rumah ni Indian. Aku tak kisah sangat pasal tu masa ni.. Macam chill jelah kan

First thing yang buat tak selesa is, dia ada mini kuil yang letak patung tuhan tu betul2 tepi pintu master bedroom. Dah kosonglah ruang tu tapi you can still feel it and tak boleh nak elak. Aku letak Quran kat situ, nak sedapkan hati,bagi berani.

Atas ada 3 bilik. Master bedroom yang super big siap balkoni. 2 lagi bilik with adjoining toilet.  Masa aku duduk tu barang tuan rumah masih ada. Katil, wardrobe etc. Untuk orang yang baru kahwin macam aku masa tu, syukurr tal yah beli perabot dah.

Bawah pulak, lepas living room tu, ada satu ruang makan yang menuju ke dapur. Dekat ruang makan tu ada satu bilik stor agak luas. Boleh muat 1 katil single. That bilik pun rasa eerie je. Lampu ruang makan tu pulak dah berkelip2,so gelap.

Imagine selama 4 bulan aku stay situ, tak terkira brape kali blackout. Jenis blackout 1 taman terus. Sekali dengan UITM tepi rumah skali blackout. So selalulah kitaorang lari pergi Alam Budiman, taman sebelah. Tak silap ada masalah tiang letrik ke macam mana ntah.

Pastu line fon. Kalau blackout, dengan line fon skali takde. 1 bar pun takde. Kosong! - ini yang paling aku tak suka. Tak tahulah kalau sekarang dah betulkan ke camne. Next pasal jiran. Jiran belah kiri Indian, sedare pada owner rumah. Suka buka radio kereta kuat2 macam hanat

Now mistik punya part..
Since aku tinggal berdua je (with few cats), kitorang jarang naik atas. Master bedroom tu kalau parent kitorang datang,bagi diorang tidur situ. And kalau ada tetamu barula ktorang tidur dalam bilik tu

Master bedroom tu bila kau masuk masih bau asap sembahyang diorang tu. Bilik lain tak bau eh. Bilik tu je. Bulu roma naik tu takyah ceritalah. Tapi aku tak pernah nampak depan mata. Dia kacau2 manja gitu. Ada sekali tu aku solat subuh, tepi aku ada botol plastik yang dah terbaring

Lepas je bagi salam, botol tu tergolek slowww je kat aku.. Eh eh eh ehhh.. Botol tu betul depan aku and kucing aku takde kat situ, kipas pun tak buka. Pernah skali tu plak aku balik kampung. Laki aku tinggal sorang. Masa tu dia kat bawah tengah  main game.

Tetiba kucing aku kembang ekor macam tengah marahkan something kat sudut tepi pintu rumah. Masalahnya tak nampak pape pn kt situ.lebih kurang macam nilah



Bulan puasa, aku nak kene prepare untuk sahur. Imagine bangun pukul 4 pagi pastu kene lalu ruang makan yang lampu kelip2 tu and duk dapur sorang2. tingkap depan sink tu sangatlah reflectivenya. Aku rasa kene perhati je. Bila aku start rasa meremang aku lari pergi depan. Ulang alik gitu jelah

Tangga rumah tu macam agak gelap juga. Selalu terperasan ada perempuan duduk kat tangga tu. Kawan laki aku prnah tumpang tidur kat ruang tamu. Bila dia tinggal sorang kat bawah, dia dengar suara panggil nama dia.. "Arip...arip..." and badan dia tak ley gerak pun.

Segala ayat quran yang teringat, dia main baca je. Nasib baik boleh gerak semula. Esoknya dia cerita kat kitorang.  Yang paling hardcore, ada satu malam ni laki aku and kawan dia dekat ruang tamu tengah sembang. Aku duduk dekat dengan pintu rumah tengah main2 kucing.

Jam tepat pukul 12. Tetiba laki aku dengan kawan dia terdiam and pandang ke arah aku. Aku tanya "Kenapa?"
Laki aku: "Ada orang panggil saya ke? Dengar macam orang jerit luar pagar panggil nama saya Awak takkan tak dengar. Saya dengar"

Even kawan dia pun dengar dengan jelas.

Aku cakap tak logiklah diorang je dengar sebab aku yang paling dekat dengan pagar rumah. Dia panggil nama je "Faisal!" mcm tu. Masa tu la member dia tengok jam-pukul 12tengah malam. Tak kan la jiran panggil trngah malam. Diaorang smpai keluar tengok kat pagar. Memang takde org.

Selama duduk situ, yang kene kacau hardcore mesti lelaki. Perempuan takde plak dia panggil2 nama ke, kasi stun ke.. Adik perempuan aku pernah stay seminggu dua, elok je.. Tapi aku tak beranila tinggal sorang malam2..so lepas 4 bulan, tetiba tuan rumah kata dia nak jual rumah

Kitaorang considering all the difficulties stay situ, terusla cari rumah lain. And until now, aku serik dah nak tinggal rumah yang ada tmpat sembayang. Senang cerita cari la rumah sewa yang muslim juga duduk.. Perasaan dia lain. Aura rumah pun lain. Susah nak describe.sekian "

sumber: twitter



Tuesday, 12 September 2017

VIDEO SERAM : GANGGUAN DI RUMAH SEWA

Assalamualaikum...



Rumah berhantu..Korang pernah ada pengalaman tinggal dirumah berhantu?Bagi yang tak pernah mengalaminya mungkin cerita-cerita tentang rumah berhantu hanya dianggap rekaan dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan.

Namun bagi yang mempunyai pengalaman berdepan pengalaman mistik rumah berhantu,  ianya bagaikan satu kenangan ngeri yang tak mungkin dapat dilupakan.

Saya nak kongsikan satu pengalaman seorang lelaki bersama rakan-rakan serumahnya yang berdepan kejadian mistik di rumah sewa yang dihuni mereka.

Turut dikongsikan juga rakaman bunyi suara yang agak menyeramkan. Jangan dengar kalau anda tak kuat semangat,.

Sumber: twitter: Iskandar.zaidi












VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI.










Jangan dengar kalau tak kuat semangat..

sekian...