Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, 26 April 2018

FRIDGE MAGNET HARI GURU MURAH DENGAN HARGA SERENDAH RM1

FRIDGE MAGNET HARI GURU MURAH DENGAN HARGA SERENDAH RM1 Hari guru tak lama je lagi. Dah tahu apa hadiah nak diberikan pada guru? Kalau pening nak fikir apa kata bagi je Fridge Magnet sebagai cenderahati Hari Guru . Harganya murah dan berbaloi.Saya nak kongsi kan satu kedai online mencetak dan membuat barangan cenderamata  yang buat fridge magnet  Hari Guru dengan harga murah serendah rm1 .

Saya dah tahu lama tentang kedai percetakan Artfever Studio ni yang menyediakan khidmat membuat magnet online. Rata-rata yang berurusan dengan Artfever Studio juga sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Di bawah ni adalah contoh Fridge Magnet yang korang boleh dapatkan dengan harga serendah rm1. Kalau yang saiz besar , harga nya dalam rm5  je..Murah kan??

10 DESIGN MENARIK FRIDGE MAGNET UNTUK DI PILIH 




Tengok lah fridge Magnet online dari  Artfever Studio buat ni..semuanya comel-comel dan menarik. untuk design yang tersedia tak de bayaran tambahan tau.. percuma..Sebab tu ramai yang order magnet hari guru kat sini. Korang cuma pilih je nak design mana.

Ada 10 design magnet Hari Guru yang comel, cantik dan menarik untuk korang pilih.Pilih jangan tak pilih.Jangan dah dekat2 nak Hari Guru baru nak order sebab yang order ni bukan sikit tapi ramai.Kalau nak magnet cepat sampai kena la order cepat-cepat.

Artfever Studio dah beroperasi selama 8 tahun. Memang trusted seller yang saya akan rekemen kan pada kawan-kawan saya yang nak buat fridge magnet . 

HADIAH MAGNET HARI GURU SEBAGAI KELAINAN



Tapi kalau korang ada design sendiri yang korang rasa lebih cantik dan menarik , Artfever Studio sedia membuat nya. Tapi kalau ikutkan saya ni , design-design dari Artfever Studio dah cukup cantik dan terbaik.

Kualiti nya juga adalah yang terbaik dan ikutkan dari feedback pelanggan semuanya berpuas hati dengan magnet hari guru yang diaorang dapat.

InsyaAllah..saya pun dah merancang nak order jugak ni. Dah pilih-pilih design mana satu yang akan akan saya usulkan pada anak-anak saya nanti. Beri hadiah magnet hari guru sebagai kelainan sikit tahun ni untuk guru-guru di sekolah anak-anak.

Kalau sebelum ni bagi bunga, bagi coklat tapi tahun ni kita bagi fridge magnet.

FRIDGE MAGNET BOLEH LETAK GAMBAR SENDIRI 



Korang nak buat fride magnet yang boleh letak gambar sendiri pun boleh. Memang design ni sentiasa dapat permintaan yang tinggi. Kan cantik bila ada gambar anak kita di magnet Hari guru tu nanti.. 

Untuk magnet hari guru 2018 ni dah ramai yang order sebab harga murah ni adalah bersempena dengan hari guru tau.Tak tahu la akan datang masih lagi ada harga rm1 ni atau tidak. Minta-minta la masih ada.Mana lah tahu kalau ada yang nak order untuk majlis-majlis lain.

MAGNET HARI GURU RM1 




Hari guru ni adalah hari untuk kita mengenang jasa guru-guru di sekolah. Ini lah masanya kita nak didik anak kita supaya menghargai guru mereka. Tak payah bagi hadiah yang mahal-mahal..Cikgu-cikgu tu tak minta pun. Cukup lah dengan mengenang jasa mereka dan berbuat baik dengan mereka.

Tapi tak salah kalau kita hargai jasa mereka dengan memberi sedikit cenderahati tanda kita mengingati budi baik mereka. Cikgu pun mesti rasa gembira bila diraikan . Lagipun bukan mahal pum. Magnet Hari Guru RM1 sahaja..

Pada korang yang nak  tempah magnet hari guru, frame hari guru, jam hari Guru dengan design gambar sendiri, cepat-cepat hubungi Artfever Studio -

whatsapp  :  0193713650  

atau klik sini. 





Tag: Fridge Magnet , kedai online mencetak dan membuat barangan cenderamata ,fridge magnet  , fridge magnet Hari Guru dengan harga murah serendah rm1 , Artfever Studio ,10 design magnet Hari Guru yang comel cantik , hadiah magnet hari guru , fride magnet yang boleh letak gambar sendiri ,magnet hari guru 2018  ,Magnet Hari Guru RM1, magnet online ,fridge Magnet online , tempah fridge magnet murah  ,harga fridge magnet ,kedai cenderahati online, fridge magnet malaysia, fridge magnet murah-murah, tempahan fridge magnet,fridge magnet doorgift murah, Custom Made Photo Fridge Magnet Printing , Fridge Magnet Suppliers,Gift Ideas of Personalized Fridge Magnet , fridge magnet rm1 , 

Wednesday, 18 April 2018

SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF




SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF Kalau kita jenis wanita yang suka bersukan dan buat aktiviti lasak penting untuk kita memilih tudung yang selesa dan tak mengganggu pergerakan kita.Dengan cuaca panas di negara kita ni macam-macam alasan kita akan guna untuk tidak bersukan .Betul tak?

Disebabkan sekarang kebanyakan wanita memang suka kan aktiviti lasak dan juga suka bersukan nurdofficial mengeluarkan Sport Hijjab yang sangat sesuai untuk dipakai tak kira dimana juga.

Memang tak selesa bila kita pakai tudung biasa je untuk bersukan. Bila angin bertiup je habis terselak tudung. Mengelibas--libas muka kita ni bila berlari. Mana ke nak lari, nak pegang tudung pulak. Memang tak selesa la.

Tapi dengan tudung Nurd tak de lagi masalah nak kena pegang tudung sambil berlari. Tak de lagi masalah  pin tudung tercabut masa buat aktiviti lasak.Tak kan ada lagi masalah tudung senget dan perlu dibentuk.

Tudung Nurd


Kenapa setiap wanita perlu ada tudung NURD


Sama ada yang suka berbasikal, beryoga, jogging, berfutsal . mendaki atau pun berenang , Tudung Nurd memberikan satu kepuasan dan keselesaan kepada pemakai. Bukan itu sahaja malah ada banyak lagi kelebihan  Tudung Nurd yang menjadikan ianya adalah tudung yang perlu ada pada setiap wanita.

1- Ready to wear
Mudah di pakai dan tak payah nak di bentuk. Hanya sarung kan saja dah siap.Tak ambil masa yang lama pun. Tudung Nurd ni juga tak payah di gosok.

2- Pin-less & Knot-less
Kebanyakan tudung biasa yang kita guna mesti kita nak kena ada pin baru dia ketat dan selesa..kan??Tapi Tudung Nurd ni tak payah pin. Sarung kan saja dia dia memang melekap kuat dan tak mudah tanggal. Boleh juga dijadikan inner kalau korang nak gayakan dengan tudung lain.

3- Light Weight
Fabrik tudung Nurd ni nampak berat tapi sebenarnya dia ringan saja. Bila dipakai dia tak terselak dan tak mudah senget. Dia memang stabil bila kita bergerak aktif.

4- Reflective Gear
Bagi yang bersukan di waktu malam, contohnya yang berbasikal atau berjogging , tudung Nurd mempunyai ciri-ciri keselamatan . Kalau terkena cahaya lampu kenderaan lain ada pantulan cahaya pada tudung Nurd ni..

5- Well-Designed
Design nya membuatkan pergerakan kita tidak terbatas,  lebih mudah bergerak dan sangat selesa. 

6- Quick Drying
Fabriknya menyerap air dan peluh. tapi disebabkan ianya ringan dia juga cepat kering. 

Tudung sukan Nurd



Tudung Nurd ni tak labuh sampai pinggang tapi ianya memang menutup dada. Dia di reka memang untuk mereka yang buat aktiviti lasak.Nama pun sport hijab..kan?

Tengok anak saya pakai ni..Tinggi Maisara 150cm. Dia memang tinggi tau walaupun umur baru 11 tahun. Sikit lagi nak sama tinggi dengan ibu dia ni..Hahhaha..

Bila dia pakai tudung Nurd memang menutup dada . Kiranya tak terlalu labuh dan tak terlalu singkat.




Dapat tudung yang memang selesa nak bergerak ni , memang asyik nak pakai tudung Nurd je la... Sampaikan nak balik dari bercuti hari tu pun dia paaki jugak tudung Nurd ni. Katanya cuaca panas dan dia nak pakai tudung yang tak buat dia banyak berpeluh.

Sedangkan tudung Nurd ni dia dah pakai masa mandi pantai tapi sebab tudung Nurd ni cepat kering, dia dah boleh pakai masa nak balik jugak.Bukan nya jemur tempat panas pun.Jemur dalam bilik hotel je.


.Tudung sejuk dan selesa



Tengok dia pakai ni, tak payah pin pun..kan??selalunya kalau dia pakai tudung apa pun mesti nak ada pin. Bayangkan bila berpeluh-peluh tu, pin di leher kan buat dia rasa gatal-gatal dan tak selesa.Lepas tu bila masuk dalam kereta dia tanggalkan je tudung tu.

Dengan tudung Nurd, dalam feri pun dia tak merungut, lepas tu dalam kereta pun dia tak tanggalkan tudung.


Saya pun tak paham kenapa banyak sangat design tudung yang bahagian muka nya tu besar..Susah untuk orang yang muka comel2 macam kebanyakan wanita malaysia ni nak pakai..Terpaksa guna pin.

Dengan tudung Nurd tak payah lagi guna pin.



Korang yang berminat nak dapatkan tudung ni untuk kegunaan sendiri, atau untuk hadiah kan pada rakan futsal, rakan travel atau pun untuk sesiapa je boleh la ke Sport Hijab By Nurd 

Laman web : Nurdofficial.com   





Dengar-dengar nya dah ada kaler yang out of stock. Memang laris la tudung Nurd ni... 

sekian..

Tuesday, 20 February 2018

REVIEW BLOG BICARA PENSIL WARNA

Blog kedua yang saya nak review kali ni ialah blog Bicara Pensil Warna. Tanggapan pertama saya bila buka blog ni ialah - blog ni belum siap.. Kenapa saya katakan macam tu??jom kita tengok..


Ini paparan blog bro Raja dari  dari pc saya.







Kalau dari phone memang nampak lengkap sempurna.Tapi bila dilihat dari skrin pc saya ni ianya macam blog yang belum siap. Sebelah header nampak kosong je. Bajet cam blog dia kemas la tu..kan???😏😏





Boleh letak satu iklan adsense kat situ..Itu lah gunanya ruang kosong kat situ sebenarnya.Kalau di blog saya ni iklan disebelah header tu antara yang paling ramai klik.

Ada banyak yang saya boleh puji dengan blog Bicara Pensil Warna ni..Salah satu nya ialah penggunaan sidebar dia.Dia manfaatkan sidebar dia dengan  dengan letak widget yang penting..

cuma sususan nya saja yang tak betul.

Untuk letak iklan di sidebar pastikan iklan tu kat atas sekali. Kalau kita letak kat bahagian bawah-bawah sidebar iklan kita tu tak de nilai.Baik jangan letak kalau nak letak kat bahagian bawah.

Tak de siapa nak scroll sampai bawah sana setiap kali lepas baca apa yang kita tulis..

"eh!!saya scroll je blog orang sampai hujung sana.."

..Ye!!ada orang scroll tapi bukan untuk iklan..Dia mungkin scroll untuk cari facebook, email atau cara untuk contact penulis..

Kat bahagian bawah sana baru lah kita letak widget follower kita, atau kita punya "contact" . Bahgian tengah sidebar kita boleh letak blog archive atu pun popular post.

Tak jadi masalah kalau kita letak 2 atau 3 iklan di bahagian atas sidebar . Mula-mula letak iklan adsense dan kemudian iklan klikjer kemudian nuffnang atau apa je iklan.

Kalau rasa tak mau letak iklan banyak kat sidebar masuk kan je dalam post. Artikel blog kita adalah tumpuan pembaca.Jadi kat mana lagi tempat paling baik untuk letak iklan kalau bukan dalam post.




Dibahagian Home page nampak kosong je.Saya tak tahu kenapa Bro Raja cuma letak 2 post saja di homepage blog ni. Mungkin dia suka kan ketenangan..       krik krik krik....

Kemudian bila scrol ke bawah kosong je belah kiri.. nya..Mujur ada sidebar untuk menghilangkan "krik krik krtik" tu..

Ini ruang yang bagus untuk kita bagitau orang apa kita tulis .Home page ni bukan dia saja-saja buat tau.Home page ni diumpamakan sebagai pengenalan blog kita. Bila orang klik je url blog kita , terus orang boleh nampak "..OOo...blog ni ada cerita tentang hiburan, ada tulis motivasi, ada tulis review.."

Semua tu orang nampak dari Homepage kita.

Tipu kalau kita kata kita masuk blog orang dan kita guna search box dia untuk tengok entry apa blogger tu tulis. Sepanjang 8 tahun menulis blog tak pernah saya guna search box kat blog orang heheh..



Kemudian bahagian footer dan top bar tu kena isi link sosial media tau..Jangan abaikan tu..walaupun nampak kecil je tapi dari situ lah orang tahu blog ni blog yang betul2 wujudnya penulis ..Bukan macam blog2 viral yang cukup susah nak kenal pasti siapa penulis sebenarnya.

Kemudian last sekali bila tulis pastikan ada 3-4 baris je untuk 1 perenggan. Memang kita nampak macam pendek je kalau tulis 3-4 baris untuk satu perenggan.Tapi bila baca melalui phone dia dah 6-7  baris.

Ini supaya pembaca blog kita tak letih matanya... Kalau mata dia letih dia akan boring , dan keluar je dari blog kita tanpa baca sampai habis apa kita nak sampaikan.

Letih je la tulis panjang-panjang tapi tak de siapa nak baca..kan??

Ok..tu je yang saya nak tegur..Bab-bab lain tak de apa yang tak bagus..semua cantik, kemas dan saya suka blog ni sebab banyak info-info best.

Sebelum ni saya ada tulis review blog Qeela.boleh baca di sini.

sekian.. 

Tuesday, 13 February 2018

REVIEW BLOG RANDOM RAINBOW

Asslaamualaikum..

Dah lama kita tak review blog kawan-kawan..kan??Dulu setiap minggu mesti nak review blog sebab tu salah satu cara kita nak dekat dengan rakan blogger lain. Kira kalau orang review blog kita ni memang rasa best la.Hari ni kita nak review blog Random Rainbow. . Harap2 dia pun rasa best

Terima kasih pada yang sudi letak link blog kat post saya di facebook. Blog yang lain tu sabar jap. Lagipun yang lain tu hebat-hebat blog nya.Template bagus, content pun menarik..Kita selesaikan masalah blog Qeela ni dulu.

Ada banyak sangat benda yang saya nak tegur tentang blog Qeela ni.Saya nak rotan tangan dia..hahahah. .




Ini rupa paparan Blog Our Random Rainbow... Tak kemas, loading lambat giler..Ingat kan  masih loading jadi saya tunggu je..Tunggu lagi sambil makan limau.Habis limau sebiji blog dia macam ni jugak..Oh..Memang macam ni rupanya..

Masa mula-mula buka blog ni saya ingat ini blog baru.Sebab dia guna template dari Blogger Theme. .Rupanya dia dah menulis sejak tahun 2013. Lama dah tu...  Template dari blogger ni bukan tak bagus tau..yang tak best nya ialah kalau kita silap edit , blog jadi berat dan semak.

Sebab itu lah ramai blogger sekarang lebih suka guna template yang kita download je..Lepas tu edit sikit2 dah siap.

Guna template dari blogger kita kena pandai padan kan warna background , header , sidebar, footer dan sebagainya...kalau tak pandai nak edit benda ni gunalah jalan paling selamat yang saya tulis kat atas tadi..Kita download sajo..

Banyak dah sekarang template yang mesra SEO dan responsive . Qeela boleh check kat Gooyaabitemplate , soratemplate dan banyak lagi yang percuma..

Kemudian header.. Pun tak kemas ..nampak macam cincai je.... kalau rasa susah sangat nak buat Header blog , tulis je nama blog kita tu. Cer tengok blog Zazaiman.com. Header dia style sangat..

Guna la software apa pun..guna applikasi kat play store pun boleh..Nak lagi senang guna je Flamingtext.com . Laman web untuk kita design nama dan logo.



Kemudian tentang letak iklan. Saya suka anggap iklan kat blog ni bukan setakat asal letak je.Kita kena jadikan iklan tu sebahagian dari design blog kita.

Bila iklan tu dah siap dipasang , keluar je iklan nampak sedap mata kita memandang .Kalau tengok pada paparan blog Qeela ni background dia lebih menonjol dari iklan , header dan post dia.

Bukan saja menonjol tapi mulut2 tu mengganggu sangat ..

Ni saya nak sentuh bab cara menulis post blog..Saya pun tak bagus sangat bab ni tapi sikit2 tu tau la.. Sekarang ni kalau kita check blog kita, ramai yang baca blog kita ni melalui phone.



Cer tengok gambar ni..Ini paparan postblog Qeela bila saya buka di phone.Percaya cakap saya, orang akan baca langkah2 je..Sebab pening ..

Sebaiknya tulis 2-3 baris  saja untuk satu perenggan..Nanti kalau kita baca di phone , dia akan jadi 4-5 baris.. Tapi kalau kita tulis satu perenggan sampai 6-9 baris , cuba la buka blog kita guna phone, kita sendiri pun tak mau baca.

Kemudian di sidebar, letak widget penting-penting saja.Salah satu yang paling penting ialah kita punya sosial media. Widget-widget tu  susun kemas-kemas

Benda ni penting sebab kita blogger yang kadang-kadang kena buat advetorial post, kena tulis post yang di bayar.So blog kita ni walaupun pengunjung tak ratus ribu sehari , kualiti tetap kena jaga.. Bukan setakat siap tulis, lepas tu publish je..

Dari background sampai ke benda yang kecil tu kena ambil peduli.Jangan fikir.." ala.. sikit je ni tak pe...biar la.." erm..tak boleh tau..

Ok..tu je la.. Harap2 Qeela faham la bahasa saya guna ni..Saya guna ayat paling senang nak faham.Jangan marah atau kecik hati ke apa... Kita sama-sama belajar.Kalau blogger lain nak bagi pendapat untuk blog Qeela ni , di persilakan..

Mana tahu kadang-kadang pandangan saya ni ada yang tak betulnya..Kita bincang....ok..:)

Sekian..

Friday, 9 February 2018

RUPANYA PRODUK YANG SAYA GUNA SEBELUM NI BOLEH MEROSAK KAN KULIT MUJUR ADA AR BEAUTY COLLECTION

RUPANYA PRODUK YANG SAYA GUNA SEBELUM NI BOLEH MEROSAK KAN KULIT .MUJUR ADA AR BEAUTY COLLECTION - Dah 2 minggu  saya gunakan Set AR BEAUTY COLLECTION ni. Saya dapat set ni 2 minggu lepas . Dapat-dapat terus guna sebab tak sabar nak tengok kesan nya.  Hari ni saya nak ceritakan sikit tentang pengalaman menggunakan AR BEAUTY COLLECTION dan juga AR REVITALIZING SERUM . Bagi yang sedang mencari skincare yang bagus dan sesuai untuk semua jenis kulit, korang kena baca review saya ni sampai habis.




Ini lah dia set AR BEAUTY COLLECTION dan juga serum nya. Dalam kotak ni ada Gentle Facial Cleanser, gentle facial Activator, replenishing Night Cream dan juga Nourishing Day Cream Rich SPF 15 . Botol dia warna putih macam ni . AR BEAUTY COLLECTION dan juga Revitalizing Serum ni ada kelulusan KKM. Korang boleh check no di bawah ni di website KKM.

NOT 171105239K
NOT 171105415K
NOT 171105237K
NOT 171105238K
NOT 171105240K


Pengalaman Menggunakan AR BEAUTY COLLECTION

Cara menggunakan AR BEAUTY COLLECTION ni mudah saja.Kat belakang kotak nya tu dah dia tulis cara-cara menggunakan AR Beauty .. Senang kan??

Ok..ni cara saya pakai AR BEAUTY COLLECTION. Mula-mula saya cuci muka menggunakan gentle Facial Cleanser.Picit sikit je..Saya picit dua kali je untuk muka saya yang kecik comel ni. :p Lepas tu kita basah kan sikit dan terus sapu kat muka. Sambil-sambil tu gosok-gosok la.Guna jari tau..Jangan gosok guna kuku pulak. Kau ingat kita tengah gosok punggung periuk???hahah



Lepas tu bilas.. Rasa segar kulit lepas cuci muka guna AR cleanser ni. Tak banyak buih dan walaupun saya gunakan nya 3 kali sehari, kulit saya tak mengering. Itu yang best tentang AR cleanser ni.


Kemudian saya guna Activator ni.Ada cerita tau disebalik Activator ni.. Pertama kali saya guna activator ni baru la saya tahu yang skincare yang saya gunakan sebelum ni sebenarnya boleh merosak kan kulit saya....Walaupun tak tumbuh jerawat , tak berkerak tapi masa pertama kali sembur je activator ni kulit saya jadi pedih, panas sampai saya terpaksa cuci semula muka saya.



Tak sangka..dah dekat 3 bulan saya guna satu pencuci muka jenama XXX tu rupanya dalam diam dia mengikis kulit muka saya.Patut la rasa  pedih lepas sembur activator tu. Sekarang saya dah tak guna pencuci muka tu..Saya pakai AR Cleanser je. Activator tu pun saya baru start guna dalam minggu ni.Rasa pedih tu dah berkurangan walau pun ada rasa panas2 sikit.

Cara gunakan activator ni pun senang je..pastikan muka dah kering , dan bersih ..Lepas tu  tutup mata, tutup mulut , dalam jarak 15 cm lebih kurang, sembur je kat muka. Hilang pulak mengantuk pagi2 ni lepas sembur activator.hahaaha..




Kemudian biarkan sekejap  dalam seminit dua, bagi dia menyerap ke kulit baru la kita pakai Serum . Serum ni tak datang sekali dengan set AR Beauty ni tau..Dia dalam kotak asing. Boleh je kalau korang nak beli serum je.. Harga dia cuma RM70 ..

Serum ni kita titik-titik kat muka sikit je.Dia pekat jadi tak boleh pakai banyak.. Kemudian ratakan kat muka..Cepat je dia meresap ke kulit.Lepas pakai serum ni terasa sangat kulit jadi tegang , nampak  kulit lebih segar. Macam pokok la..lepas kena siram air, letak baja baru la tak layu..kan??

Lepas tu pakai Cream siang ..kalau nak tidur pakai cream malam tu.. Cream siang dia ni best sebab boleh dijadikan foundation..Jimat duit aku..tak payah beli foundation..ahahahaha.. Memula takut2 juga nak pakai Cream siang ni..Takut naik jerawat.. Kulit muka gojes2 macam kulit saya ni bukan boleh sangat pakai cream sebelum makeup ..Kahkahkah..




Tapi bila dah sapu kat muka rasa ringat je kulit tau. Dia boleh tutup cela -cela kat muka tu. Nanti kita makeup pun cantik je..nampak semulajadi je kulit kita.Tekstur dia nak kata cream tak juga. Dia macam Liquid foundation tu. Senang je nak ratakan kat muka.

Saya gunabeauty blender je tu untuk ratakan dia.Selalunya yang buat orang tak suka pakai cream siang atau malam ialah sebab bila pakai , lama2 muka jadi berkilat macam nampak berminyak..kan??Tapi yang ni tak macam tu.. Sebab tu bila pakai tak de tumbuh jerawat. kalau cream malam atau siang yang korang pakai tu macam berminyak je mesti jerawat akan tumbuh.

Lepas sapu kat muka , korang pegang je muka korang macam tak de rasa pakai apa2 pun.Serius benda ni best.Cuma bekas dia kecik sangat..haha... Kalau dia jual loose item ok la.. Harap2 ada la loose item..kan??

Harga AR BEAUTY COLLECTION





Untuk semua ni korang boleh beli dengan harga RM190 sahaja.. ( Harga Serum RM70 dan 1 kotak Set AR Beauty hargabya RM 120)..  Memang tengah murah sekarang ni sebab ni harga pengenalan. 




Kita nampak pink la..sebab langsir dengan tudung kaler pink..Hahah..

Saya dan berpeluang guna produk AR Beauty ..Memang produk ni bagus dan tak menjejaskan kulit sepanjang 2 minggu saya menggunakan nya. Kulit pun jadi makin sihat, dan yang penting korang kena konsisten menggunakan nya.

Tak kan nampak kesan nya dalam beberapa hari ..Tapi bila korang guna , korang sendiri boleh rasa kulit korang lebih sihat dari sebelum ni..

Korang tak nak cuba ke? kalau nak cuba boleh segera hubungi

Instagram : @arbeautycollection WhatsApp : 012 477 4874 / 012 601 2190  Facebook : AR Beauty


sekian..

Thursday, 8 February 2018

GLOW GELENGGANG - CARA MUDAH MERAWAT KURAP, PANAU ECZEMA DAN PELBAGAI PENYAKIT KULIT DENGAN DAUN GELENGGANG


daun gelenggang
gambar:infosehat

GLOW GELENGGANG - CARA MUDAH MERAWAT KURAP, PANAU ECZEMA DAN PELBAGAI PENYAKIT KULIT DENGAN DAUN GELENGGANG Ini lah rupa daun gelanggang.Pertama kali saya tengok rupa daun gelanggang ni. Sebelum ni tak tahu pun ada nya daun gelanggang yang digunakan untuk merawat penyakit kulit oleh orang-orang dulu. Sejak dulu lagi daun gelenggang ni digunakan merawat penyakit kulit seperti ruam , gatal-gatal,panau kurap dan banyak lagi.

Tapi dulu diaorang tumbuk2 daun gelenggang ni bagi hancur lepas tu campur dengan belerang atau minyak tanah.Lepas tu diaorang sapu pada kulit untuk merawat penyakit kulit.

Sekarang ni mana nak cari daun ni kat tengah-tengah bandar ni.Lagi-lagi yang rumah tak de tanah tu , nak tanam pun tak tahu celah mana nak tanam nya.Kan?

Glow Gelenggang - Sabun Gelanggang dan Minyak Herba


ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit


Mujur la ada Set Glow Gelenggang yang terdiri dari sabun Herba Gelenggang dan juga Minyak Herba.  Tak payah susah-susah nak mencari daun gelenggang.. Khasiatnya sama macam kita guna daun gelanggang yang kita petik dari pokok nya tu.Cuma sekarang dah dijadikan sabun jadi nak menggunakan nya pun lebih mudah . Disediakan juga dengan minyak herba supaya proses merawat tu lebih baik lagi dan lebih cepat.

Sabun Herba Gelanggang ni bukan macam sabun biasa yang kita pakai hari-hari tu ..Sabun Herba gelanggang ni sangat mujarab untuk merawat masalah kulit. Tak kira la kulit muka atau kulit badan kita. Saya sendiri gunakan untuk anak-anak saya . Biasalah budak-budak kan kuat berpeluh dan kadang-kadang bila cuaca terlalu panas mula la ruam muncul kat belakang badan dia. 

Anak perempuan saya pulak jenis kulit sensitif. kalau silap makan atau terdedah dengan habuk mula menggaru.Sabun Herba Gelenggang sangat-sangat membantu. Selepas gunakan sabun Herba gelanggang terus keringkan badan dan sapu minyak herba pada tempat-tempat tertentu yang gatal tu.

Bentuk sabun nya memang comel. Comel kan?

Disebabkan comel ni lah budak-budak suka gunakan nya. Walaupun baunya tak wangi macam bau sabun biasa tapi tak de masalah nak digunakan untuk budak-budak. Diaorang ok je dengan baunya dan juga bentuk comel sabun ni. Minyak Herba nya pulak bau coklat sedap... Ini juga sebab kenapa amak-anak  suka set Glow Gelenggang ni..Lepas mandi tahu je diaorang mesti nak pakai minyak herba ni..Tu yang diaorang suka sangat tu..

ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit


kalau anak-anak suka dengan bau dan   kecomelan nya , saya pula suka kan Set Glow Gelenggang  ni sebab khasiat merawatnya yang sangat bagus untuk merawat masalah Eczema , Psoriasis, Panau, Kurap, Kulat air,Kayap,Kudis buta, Bisul,Kurap susu dan Resdung .

Ini semua adalah masalah kulit yang kita selalu alami dari bayi sampai la orang dewasa.. Eczema selalu dialami oleh bayi dan ada yang sampai dewasa pun masih lagi mengalami eczema.Memang tak de ubat untuk eczema tapi kita mampu mengurangkan nya. Eczema ni tak boleh dibiarkan saja. kena buat sesuatu untuk hilangkan nya.tapi kalau tak pantang makan , selalu terdedah dengan habuk dan debu memang risiko nak jadi balik tu sentiasa ada..so baik la bersedia dengan bekalkan Set Glow Gelenggang ni kat rumah kita.

Bayi yang baru lahir atau yang menyusu badan memang mudah kena kurap susu. Biasanya jadi kat pipi merah-merah. Kesian sebab dia akan rasa pedih bila berpeluh. Itu buat dia rasa tak selesa. Pakai Set Glow gelenggang ni akan buat kurap susu cepat kering. Lepas tu kena jaga-jaga lah, jangan biar dia menyusu sampai basah pipi dengan susu lagi. Biasanya jadi kurap susu ni sebab susu tu diabiarkan lama sangat kat pipi dia..lepas menyusu bersihkan pipi dia. tak la berkurap lagi..

ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit
Add caption


Sama juga lah dengan masalah kudis buta, bisul dan sebagainya..Elok sangat kalau guna Set Glow gelenggang ni . Nak cari daun gelenggan memang susah. Tapi sabun nya dah mudah nak dapat . Khasiat pun sama tak kalah dengan daun gelanggang sendiri.

Nak tahu kenapa Set Glow Gelanggang bagus untuk merawat masalah kulit? Ianya adalah kerana kandungan bahan yang terbaik digunakan untuk melengkapkan Set Glow Gelenggan ni.

Herba gelanggang - Untuk kurangkan gatal-gatal dan masalah kulit
Habbastus Sauda - Untuk kurangkan radang dan menyembuhkan luka luaran
Susu Kambing - Untuk mencerah, melembut dan melembab, mencegah kulit kering , kasar dan kusam
Minyak Argan - Untuk kulit halus, licin dan mudah menyerap kedalam kulit
Minyak Zaitun - Sebagai pelembab yang tahan lama pada kulit
Menthol - ntuk menyejuk kan kulit



Pengalaman Menggunakan Set Glow Gelenggang


Saya dan anak-anak dah mencuba Set Glow Gelenggang ni hampir 2 minggu. Yang menggunakan nya pun satu keluarga jadi memang cepat la nak habis..hahaha...Memang konsisten betul mereka guna Set Glow Gelenggang ni. 

Alhamdulillah tak de kesan negetif pada kulit kami walaupun sabun tu kami berkongsi guna. Tak payah potong-potong  sabun nya sebab sabun ni bukan jenis yang mudah cair dan lembik.Cuma sabun apa pun jangan di biar terendam dalam air.Lepas pakai letak di tempat yang ada cahaya matahari,. Baru lah dia tahan lama.

Macam awal-awal saya ceritakan tadi  budak-budak pun suka guna set glow gelenggang ni .Lagi-lagi si adik tu memang pengemar coklat. Kalau suruh guna minyak Herba ni senyum meleret je..Tak dapat makan coklat dapat bau pun jadi lah..hahahah ..

ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit


Korang pun kalau ada anak-anak yang ada panau tu elok la guna Glow gelenggang. Biasa la budak-budak memang mudah sangat dapat panau kat muka dan badan. panau ni kalau dibiarkan boleh jadi besar tau.Bertompok-tompok je kat kulit muka dan badan.. Lagi teruk kalau yang jadi kurap lagi la kena hati-hati sebab kurap ni dia gatal .

Jadi set Glow Gelenggang ni boleh bantau korang tak kira dari bayi sampai la orang dewasa dan orang tua boleh menggunakan nya.

Saya pernah dengar juga daun gelenggang ni bagus untuk Kelemumur atau gatal kulit kepala. mana tahu satu hari nanti Glow gelenggan ada tersedia syampoo sekali.kan??Tau pun masker gelenggang khas untuk kayap..Orang yang ada kayap pun boleh guna daun gelenggang tau..

ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit


Bagi yang nak dapatkan set Glow Gelenggang ni boleh la whatsapp :

DIANA10 dan hantar ke 014 544 5951

Untuk Cara penggunaaan dan khasiat nya yang lebih lengkap boleh la korang lawat laman web http://www.glowgelenggang.com/ atau ke facebook page glow Gelenggang .

Tuesday, 2 January 2018

TIPS DAN CARA PALING BERKESAN UNTUK TAMBAH TINGGI

Assalamualaikum


TIPS DAN CARA  PALING BERKESAN UNTUK TAMBAH TINGGI  Orang Malaysia memang ramai yang nak jadi tinggi .Memang susah nak jumpa orang Malaysia yang tinggi lampai . .Mungkin kerana faktor pemakanan. Ada yang sanggup mencuba  macam-macam petua untuk jadi tinggi . Tapi kalau nak lebih cepat kesan nya boleh lah mencuba Hi-Plus iaitu suplement tambah ketinggian .




Ada banyak sebab kenapa ramai yang nak jadi tinggi antaranya ialah mudah untuk lulus temuduga untuk menyertai pasukan beruniform . Ketinggian saya pun cuma 157cm..gemuk pulak tu.. Talau tinggi memang dah lama minta jadi polis atau pasukan beruniform yang lain..

Bagi yang ada rupa dan penampilan menarik serta pandai bergaya boleh juga jadi model. :)?

Jadi tinggi ni jugak mudah untuk kita memilih pakaian yang sesuai.Tak la sampai nak hantar baju yang baru dibeli ke tukang jahit semata-mata sebab pakaian terlalu labuh.Bukan??

Selain tu juga ianya menaik kan lagi keyakinan diri kita.

Boleh ke tinggi bertambah walaupun umur dah lebih 21 tahun?

Selalu kita dengar soalan ni .Boleh ke tinggi kita bertambah walaupun kita dah lebih 21 tahun?Dah tentu boleh..Tapi tak la tinggi kita tu bertambah dengan banyak .Kebiasaan nya akan bertambah 3cm atau lebih sikit.Itu pun bergantung kepada gaya hidup kita.

Kalau malas bersenam, kurang mengambil makanan berkhasiat memang susah la nak tinggi.Sebab tu la produk Hi-Plus iaitu suplement tambah ketinggian di cipta.Ianya supaya memudahkan kita untuk mengambil makanan berhasiat supaya dapat menambah ketinggian.

Cara Mudah dan paling berkesan untuk meningkatkan ketinggian




Ada berbagai petua , tips dan kaedah  untuk menambah ketinggian.Salah satu Tips dan cara paling berkesan untuk tambah tinggi  ialah dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

Antara senamanan yang bagus untuk menambah ketinggian ialah:

a) Melompat
b)Bergayut
c)Berenang
d) stretching

Manakala makanan yang bagus untuk menambah ketinggian ialah

a)Lobak
b)Epal hijau

Seperti yang saya nyatakan tadi korang boleh mencuba mengamalkan  Hi-Plus. Hi-Plus sesuai untuk mereka yang rendah dan  pendek tapi nak jadi tinggi. Jangan terkejut tau kalau lepas korang amalkan Hi-Plus ni ketinggian  boleh meningkat 3cm sehingga 16 cm.




Hi -Plus  ada sijil pengesahan Dari Kementerian kesihatan Malaysia bermakna ianya selamat digunakan. Jangan risau sebab kandungan di dalam Hi-Plus ni adalah sumber semulajadi yang biasa kita ambil dalam pemakanan seharian.

Kandungan Hi-Plus yang sangat bagus untuk meningkatkan ketinggian :




Kalau dilihat bahan-bahan yang terkandung di dalam Hi-Plus ni , ianya terdiri dari bahan semulajadi yang memang selalu kita amalkan..Jadi memang ianya selamat diamalkan oleh sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan.

Nak tahu tak , Ramai yang dah berjaya menambah ketinggian selepas amalkan Hi-Plus ni. InsyaAllah dengan cara yang betul dan konsisten pasti akan dapat melihat kesan nya. Saya kongsikan beberapa testimoni dari mereka-mereka yang dah mencuba mengamalkan Hi-Plus dan mendapat hasil yang terbaik.

Rata-rata pengguna dapat merasai kesan nya dalam masa 30 hari selepas pengambilan Hi-Plus. Kemudian dibulan kedua hingga kenam ianya mula memberi kesan kepada tulang .Pada tahap ini tulanng berada di tahap maksimum.

Kemudian pada 6 bulan keatas perubahan sudah jelas dapat dilihat. Namun bagi mereka yang tidak serasi dengan produk ini mungkin tak dapat merasai perubahan-perubahn tersebut.








Apa yang lebih menarik lagi dengan setiap pembelian Hi-Plus korang juga akan diberikan 6 bonus tambahan dengan beberapa lagi barangan lain yang boleh membantu korang mendapatkan hasil yang lebih baik dan cepat. Cepat2 dapatkan Hi-Plus dengan menghubungi 019-3723381- untuk sebarang pertanyaan

Korang boleh layari laman web Hi-Plus untuk maklumat lebih lengkap.Semoga artikel Tips dan cara paling berkesan untuk tambah tinggi ini dapat membantu sesiapa sahaja diluar sana yang ingin menambah ketinggian.

sekian..







Friday, 22 December 2017

INI DIA KELEBIHAN HONEY GLUTA SOAP YANG SETIAP ORANG PERLU TAHU

Assalamualaikum...

Hi ..





INI DIA KELEBIHAN HONEY GLUTA SOAP YANG SETIAP ORANG PERLU TAHU 

Baru-baru ni saya ada baca tentang  Glutathione atau pun kita biasa sebut Gluta.. Ada banyak juga maklumat tentang Gluta yang saya baca ni .Ternyata Gluta banyak digunakan dalam merawat penyakit dalaman dan juga penyakit kulit.

Apa itu Gluta atau Glutathione ? Glutathione  adalah antioksidan penting dalam tumbuhan, haiwan, kulat, dan beberapa bakteria dan arkea. Glutathione mampu mencegah kerosakan kepada komponen sel penting yang disebabkan oleh spesies oksigen reaktif seperti radikal bebas, peroksida, lipid peroksida, dan logam berat. Ia adalah tripeptida dengan kaitan peptida gamma antara kumpulan karboksil rantaian sisi glutamat dan kumpulan amina cysteine, dan kumpulan karboksil cysteine ​​ (wikipedia)






Glutathione boleh didapati dalam beberapa makanan .Antaranya bayam, telur, brokoli, hati ayam , daging segar, ikan , kobis dan beberapa makanan lain.

Ada yang gunakan nya dalam produk makanan kesihatan dan ada juga produk mengandungi Gluta yang digunakan terus pada kulit. Seawal tahun 2000 lagi Gluta dah mula mendapat perhatian ramai .

Gluta ni bersafat antioksidan yang boleh membuatkan sel baru tumbuh dan mencegah pertumbuhan radikal bebas. Kalau kita guna untuk jangka masa yang panjang , kulit boleh jadi cerah.Jadi Gluta ni memang jadi pilihan ramai wanita la..Orang perempuan kalau tak nak cepat tua boleh la guna produk yang ada Gluta.

Salah satu yang saya nak syorkan pada korang ialah Honey Gluta Soap.. Saya panggil ni sabun comel sebab comel sangat .Bentuk love ..tau..Boleh la siapa-siapa nak bagi pada crush ..hahahaha... Sabun Honey Gluta ni bukan saja comel tapi ada keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri yang boleh buat korang terkejut.Ini lah yang saya nak ceritakan pada korang ni..

Kelebihan dan keistimewaan Honey Gluta Soap

Sabun pembersih ni bersifat lembut dan natural pada kulit wajah. Dia tak de kesan kulit mengelupas lepas kita gunakan sabun ni..Ada banyak bahan yang terkandung didalam Honey Gluta Soap ni. Siapa sangka sabun secomel ni ada lebih  10 bahan tersembunyi didalam nya...

Yang menariknya sabun ni ada saffron oil. Tahu tak saffron oil ni dia mampu menghilangkan noda dan efek hitam pada kulit kita tau.Kemudian ia membantu melindungi kulit kita dari sinaran UV.

Kemudian ada juga Negila Sativa atau pun kita lebih kenali dia dengan nama Habatus sauda.Tak perlu disangkal lagi habatus sauda ni memang sangat bagus untuk kesihatan dalaman dan juga luaran.

Gluthation ni pulak adalah bahan utama dalam produk untuk mencerahkan kulit.Biasanya nya kalau tak de Gluta ni memang lambat la kulit kita nak cerah . sebab tu ada setengah ubat yang mengandungi Gluta ni , bila pesakit tu makan untuk jangka masa panjang , ada yang mengalami kesan kulit dia semakin cerah.



Terdapat juga extract dari Sari Herba yg berkesan utk memelihara kesihatan kulit secara menyeluruh dan menambah keyakinan bagi penampilan diri.

Jadi bila kulit kita segar, bersih dan cantik tak la rasa rendah diri, rasa diri tu kurang menarik.Nak buat apa pun jadi tak de semangat kalau ada masalah kulit wajah..Betul tak??.Nak berjalan angkat muka pun tak mau.

Dibawah ni ialah senarai bahan yang terkandung didalam Honey Gluta Soap


Gabungan Campuran Sari Madu Lebah dan Madu Kelulut
Gluthation
Pomegranate
Aloe Vera
Papaya
Alma
Extract Olive Oil
Saffron Oil
Negila Sativa
Vitamin C
Vitamin E
Collegen

Kenapa kita  patut menggunakan Honey Gluta Soap sebagai perawatan bagi kulit wajah

1) mencerahkan kulit wajah agar kelihatan putih secara semulajadi
2) membersih secara berkesan dan mengecilkan pori kulit wajah agar kulit menjadi halus
3) sangat baik merawat permasalahan Eye Beg
4) berkesan mengawal sebum pada jenis kulit wajah berminyak
5) sangat terbaik merawat permasalahan jerawat dan parut pada kulit wajah
6) mengurangkan dan memudarkan garis2 penuaan pada kulit wajah
7) memudarkan dan menghilangkan jeragat jika rajin di pakai sebagai mask


Testimoni Sabun Honey Gluta ( Honey Gluta Soap)


Saya berpeluang menggunakan Sabun Honey Gluta ni dan sangat-sangat berpuas hati dengan kesan nya..Untuk kulit yang sensitif macam saya , memang tak de alami apa-apa kesan buruk pada kulit .

Sabun ni tak la berbau wangi bermakna tak de bahan kimia didalam nya.Ianya lebih kepada bau semula jadi.

Harganya juga berpatutan dan memang murah. Untuk penggunaan selama beberapa hari saja ianya dah boleh buat jerawat jadi kecut .

Saya gunakan nya sebagai pencuci muka sahaja.Belum berpeluang nak buat masker wajah.nanti bila-bila saya try buat masker.

Untuk penggunaan sebagai masker boleh digunaan setiap 3-4 kali kali semingu.Tapi kalau tak nak jadikan masker boleh la guna sebagai pencuci muka setiap hari.



Cara Menggunakan Honey Gluta Soap


Selepas  2- 3 kali penggunaan sebagai masker  , kesan nya sudah dapat di lihat. Jeragat diwajah akan berkurangan dan mula kelihatan terhakis dan pudar..jika digunakan lebih kerap jeragat akan beransur-ansur hilang.

kesan nya mungkin berbeza untuk setiap kulit.Ada yang lambat dan ada yang cepat nampak perubahan.

Kalau nak dijadikan masker boleh la dibuat pada waktu malam atau sebelum tidur. Dibawah ni saya kongsikan cara menggunakan Honey Gluta Soap sebagai masker wajah.

1- basahkan sabun dengan sedikit air.
2- gosok sabun hingga berbuah
3- sapu pada wajah sambil dilakukan urutan kecil.
4- biarkan selama 4-5 jam.
5- bilas dengan air biasa


Dimana boleh dapatkan Honey Gluta Soap

Bagi yang berminat nak mencuba sabun Honey Gluta ni sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk menjadi Agent Honey Gluta Soap boleh la hubungi nombor-nombor di bawah atau terus ke laman facebook yang di sertakan ni..


Puan Zah  017 558 2750  - Sungai Petani

Puan Sally  011 144 3962 5  - Sungai Petani

Puan Hamidah  017 589 2319  - Sungai Petani

Puan Ayu  011 145 7132 5  - Kulim

Puan Ida  017 422 4055  - Penang

Cik Amy  017 534 3251  - Penang

Puan Ina  011 124 7936 6  - Perlis

Encik Azli  019 971 1799  - Bandar Pusat Jengka Pahang



Honey Gluta Soap memerlukan sesiapa yg berminat untuk menjadi agent bagi seluruh semenanjung dan sekitar Sabah dan Sarawak .. Korang boleh hubungi

 017 589 2319 - Puan hamidah 

Atau lawat laman facebook Ikin Shikin 

Sabun ni juga boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak .  Kalau ada pengusaha hotel atau homestay yang nak dapat kan sabun untuk hotel dan homestay ni pun  boleh hubungi mana-mana no di atas ni.

Boleh juga dijadikan sebagai sabun untuk doorgift untuk sebarang majlis memandangkan bentuk nya yang sangat cantik dan comel contohnya seperti majlis perkahwinan atau pun majlis harijadi.

Sekian..






Wednesday, 13 December 2017

JELITA IMAGES - FOTOGRAPHER MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN TIPS MEMILIH FOTOGRAPHER YANG BAGUS

Assalamualaikum...



JELITA IMAGES - FOTOGRAPHER MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN TIPS MEMILIH FOTOGRAPHER YANG BAGUS  Saya suka betul tengok gambar pengantin sekarang ni.Memang cantik-cantik gambar diaorang. Dulu gambar kawen tak de la diedit cantik-cantik macam sekarang..

Kita pun tak de la sampai nak sewa fotographer perkahwinan . Tapi sekarang ni bila tengok gambar perkahwinan yang cantik-cantik rasa macam nak upah photographer dan sewa baju pengantin pulak.Nak ambil gambar perkahwinan  di hutan ke, sawah padi ke...Kan??

Korang yang dah berpuluh tahun kahwin tapi tak de gambar pengantin  yang cantik-cantik macam sekarang ni , boleh je kalau nak ada gambar perkahwinan yang cantik.

 Jelita Images boleh jadikan gambar korang dari biasa-biasa kepada luar biasa. Tak kira la sama ada untuk gambar perkahwinan atau apa -apa saja majlis .


Fotographer Majlis Kenduri Kahwin

Sekarang nak cari Fotographer untuk majlis kenduri kahwin bukan nya susah.Tapi nak cari Fotographer yang yang terbaik, amanah dan profesional memang susah nak jumpa. Terlalu ramai yang menyediakan khidmat  fotografi. jadi korang kena bijak memilih,

Jelita Images menyediakan khidmat fotografi sejak  tahun 2011 lagi dan memang dah banyak mendapat kepercayaan untuk mengambil gambar di majlis-majlis kenduri kahwin, majlis bertunang termasuk la majlis koporat.

Gambar-gambar perkahwinan dari Photographer Jelita Images







Bagi yang berminat nak gunakan khidmat jurugambar Jelita Images boleh terus ke facebook Jelita Images atau hubungi no ini . 012- 422 4321

Tawaran istimewa sempena hujung tahun ni ;;

Year End Sale 2017 is back!!!

HARGA PROMOSI PAKEJ PHOTOGRAPHY 2 EVENT NIKAH DAN SANDING HANYA RM1599 Sahaja! (sebelum RM1999)




Yaa betul!! Harga hanya RM1599 untuk NIKAH + SANDING! Cepat booking sekarang! sebelum tarikh majlis anda penuh 2018 nanti !! rugi kalau lambat :)


2 EVENT (NIKAH + SANDING) RM1599
✔ Exclusive photobook + case (40ms)
✔ canvas frame size 20x20
✔ termasuk outdoor juga ya!!
✔ gambar dalam pendrive eksklusif
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai detail pakej yang lain,
boleh pm page Jelita Images atau whatsapp terus


http://www.wasap.my/60124224321


# tertakluk pada terma dan syarat


Tips Memilih Jurugambar yang baik


Penting untuk kita memilih Jurugambar yang baik dan berpengalaman. Kat sini saya kongsikan sedikit tips bagi korang yang nak mencari jurugambar perkahwinan atau apa saja majlis.

- Kualiti gambar yang terbaik. Penting untuk korang tengok dulu hasil kerja jurugambar tersebut dan pastikan gambar yang dia tunjuk tu adalah hasil kerja dia sendiri.Tak susah pun nak kesan gambar tu hasil dari dia sendiri atau sekadar gambar yang di ambil di internet.

-Jenis Kamera yang digunakan . Walaupun kita ni bukan tahu sangat tentang kamera tapi bila nak cari jurugambar tak salah untuk kita tahu kamera jenis apa yang digunakan oleh jurugambar tersebut.Jangan nanti bila dah bayar , tiba hari majlis berlangsung tengok2 jurugambar bawak kamera compact je.heheh...Jurugambar biasanya menggunakan kamera DSLR atau pun SLR. bukan setakat bawa kamera je,Mereka ada perlatan lain juga untuk membantu mereka menghasilkan gambar yang cantik serta merta.






- kos  yang munasabah . Saya tahu ramai antara kita kalau boleh nak kan perkhidmatan yang murah.Tapi kalau jurugambar tu janjikan bulan dan bintang tapi harganya terlalau murah , ada kemungkinan kualiti gambar dan servis yang diberikan bukan lah yang terbaik.Cuba nilai kan pakej yang disediakan oleh Jelita Images dan jurugambar lain. Harga yang diberikan oleh jurugambar terbaik dengan servis yang lengkap dan menarik biasanya dalam anggaran RM1500- RM2000. Jika ada yang memberikan harga lebih murah mungkin ada yang tak disediakan seperti tiada canvas frame, atau juga jurugambar tersebut hanya cover untuk majlis indoor.Korang perlu bijak menilai dan memastikan setiap wang yang dibelanjakan berbaloi dengan apa yang korang terima.

-Jurugambar yang mesra . Mesra yang saya maksudkan ni bukan yang suka menggatal ye..hahahah.Mesra ni bermaksud korang selesa dengan dia, dia tak garang, dia pandai dan tahu apa pose buat gambar cantik dan sebagainya.Bayangkan kalau dapat jurugambar yang garang, kepala angin , muka ketat, terus kita tak de mood nak bergambar..kan?? Gambar je cantik tapi muka kita pulak muram je dalam semua gambar..hahahha..

Ok..tu je la..yang saya nak kongsikan..

sekian.

wedding fotographer photographer majlis perkahwinan photographer majlis kenduri kahwin photograpaher majlis koporat jurugambar majlis kahwin di Malaysia photographer Kedah photographer murah photographer bajet  wedding