Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, 20 February 2018

REVIEW BLOG BICARA PENSIL WARNA

Blog kedua yang saya nak review kali ni ialah blog Bicara Pensil Warna. Tanggapan pertama saya bila buka blog ni ialah - blog ni belum siap.. Kenapa saya katakan macam tu??jom kita tengok..


Ini paparan blog bro Raja dari  dari pc saya.







Kalau dari phone memang nampak lengkap sempurna.Tapi bila dilihat dari skrin pc saya ni ianya macam blog yang belum siap. Sebelah header nampak kosong je. Bajet cam blog dia kemas la tu..kan???😏😏





Boleh letak satu iklan adsense kat situ..Itu lah gunanya ruang kosong kat situ sebenarnya.Kalau di blog saya ni iklan disebelah header tu antara yang paling ramai klik.

Ada banyak yang saya boleh puji dengan blog Bicara Pensil Warna ni..Salah satu nya ialah penggunaan sidebar dia.Dia manfaatkan sidebar dia dengan  dengan letak widget yang penting..

cuma sususan nya saja yang tak betul.

Untuk letak iklan di sidebar pastikan iklan tu kat atas sekali. Kalau kita letak kat bahagian bawah-bawah sidebar iklan kita tu tak de nilai.Baik jangan letak kalau nak letak kat bahagian bawah.

Tak de siapa nak scroll sampai bawah sana setiap kali lepas baca apa yang kita tulis..

"eh!!saya scroll je blog orang sampai hujung sana.."

..Ye!!ada orang scroll tapi bukan untuk iklan..Dia mungkin scroll untuk cari facebook, email atau cara untuk contact penulis..

Kat bahagian bawah sana baru lah kita letak widget follower kita, atau kita punya "contact" . Bahgian tengah sidebar kita boleh letak blog archive atu pun popular post.

Tak jadi masalah kalau kita letak 2 atau 3 iklan di bahagian atas sidebar . Mula-mula letak iklan adsense dan kemudian iklan klikjer kemudian nuffnang atau apa je iklan.

Kalau rasa tak mau letak iklan banyak kat sidebar masuk kan je dalam post. Artikel blog kita adalah tumpuan pembaca.Jadi kat mana lagi tempat paling baik untuk letak iklan kalau bukan dalam post.




Dibahagian Home page nampak kosong je.Saya tak tahu kenapa Bro Raja cuma letak 2 post saja di homepage blog ni. Mungkin dia suka kan ketenangan..       krik krik krik....

Kemudian bila scrol ke bawah kosong je belah kiri.. nya..Mujur ada sidebar untuk menghilangkan "krik krik krtik" tu..

Ini ruang yang bagus untuk kita bagitau orang apa kita tulis .Home page ni bukan dia saja-saja buat tau.Home page ni diumpamakan sebagai pengenalan blog kita. Bila orang klik je url blog kita , terus orang boleh nampak "..OOo...blog ni ada cerita tentang hiburan, ada tulis motivasi, ada tulis review.."

Semua tu orang nampak dari Homepage kita.

Tipu kalau kita kata kita masuk blog orang dan kita guna search box dia untuk tengok entry apa blogger tu tulis. Sepanjang 8 tahun menulis blog tak pernah saya guna search box kat blog orang heheh..



Kemudian bahagian footer dan top bar tu kena isi link sosial media tau..Jangan abaikan tu..walaupun nampak kecil je tapi dari situ lah orang tahu blog ni blog yang betul2 wujudnya penulis ..Bukan macam blog2 viral yang cukup susah nak kenal pasti siapa penulis sebenarnya.

Kemudian last sekali bila tulis pastikan ada 3-4 baris je untuk 1 perenggan. Memang kita nampak macam pendek je kalau tulis 3-4 baris untuk satu perenggan.Tapi bila baca melalui phone dia dah 6-7  baris.

Ini supaya pembaca blog kita tak letih matanya... Kalau mata dia letih dia akan boring , dan keluar je dari blog kita tanpa baca sampai habis apa kita nak sampaikan.

Letih je la tulis panjang-panjang tapi tak de siapa nak baca..kan??

Ok..tu je yang saya nak tegur..Bab-bab lain tak de apa yang tak bagus..semua cantik, kemas dan saya suka blog ni sebab banyak info-info best.

Sebelum ni saya ada tulis review blog Qeela.boleh baca di sini.

sekian.. 

Tuesday, 13 February 2018

REVIEW BLOG RANDOM RAINBOW

Asslaamualaikum..

Dah lama kita tak review blog kawan-kawan..kan??Dulu setiap minggu mesti nak review blog sebab tu salah satu cara kita nak dekat dengan rakan blogger lain. Kira kalau orang review blog kita ni memang rasa best la.Hari ni kita nak review blog Random Rainbow. . Harap2 dia pun rasa best

Terima kasih pada yang sudi letak link blog kat post saya di facebook. Blog yang lain tu sabar jap. Lagipun yang lain tu hebat-hebat blog nya.Template bagus, content pun menarik..Kita selesaikan masalah blog Qeela ni dulu.

Ada banyak sangat benda yang saya nak tegur tentang blog Qeela ni.Saya nak rotan tangan dia..hahahah. .




Ini rupa paparan Blog Our Random Rainbow... Tak kemas, loading lambat giler..Ingat kan  masih loading jadi saya tunggu je..Tunggu lagi sambil makan limau.Habis limau sebiji blog dia macam ni jugak..Oh..Memang macam ni rupanya..

Masa mula-mula buka blog ni saya ingat ini blog baru.Sebab dia guna template dari Blogger Theme. .Rupanya dia dah menulis sejak tahun 2013. Lama dah tu...  Template dari blogger ni bukan tak bagus tau..yang tak best nya ialah kalau kita silap edit , blog jadi berat dan semak.

Sebab itu lah ramai blogger sekarang lebih suka guna template yang kita download je..Lepas tu edit sikit2 dah siap.

Guna template dari blogger kita kena pandai padan kan warna background , header , sidebar, footer dan sebagainya...kalau tak pandai nak edit benda ni gunalah jalan paling selamat yang saya tulis kat atas tadi..Kita download sajo..

Banyak dah sekarang template yang mesra SEO dan responsive . Qeela boleh check kat Gooyaabitemplate , soratemplate dan banyak lagi yang percuma..

Kemudian header.. Pun tak kemas ..nampak macam cincai je.... kalau rasa susah sangat nak buat Header blog , tulis je nama blog kita tu. Cer tengok blog Zazaiman.com. Header dia style sangat..

Guna la software apa pun..guna applikasi kat play store pun boleh..Nak lagi senang guna je Flamingtext.com . Laman web untuk kita design nama dan logo.



Kemudian tentang letak iklan. Saya suka anggap iklan kat blog ni bukan setakat asal letak je.Kita kena jadikan iklan tu sebahagian dari design blog kita.

Bila iklan tu dah siap dipasang , keluar je iklan nampak sedap mata kita memandang .Kalau tengok pada paparan blog Qeela ni background dia lebih menonjol dari iklan , header dan post dia.

Bukan saja menonjol tapi mulut2 tu mengganggu sangat ..

Ni saya nak sentuh bab cara menulis post blog..Saya pun tak bagus sangat bab ni tapi sikit2 tu tau la.. Sekarang ni kalau kita check blog kita, ramai yang baca blog kita ni melalui phone.



Cer tengok gambar ni..Ini paparan postblog Qeela bila saya buka di phone.Percaya cakap saya, orang akan baca langkah2 je..Sebab pening ..

Sebaiknya tulis 2-3 baris  saja untuk satu perenggan..Nanti kalau kita baca di phone , dia akan jadi 4-5 baris.. Tapi kalau kita tulis satu perenggan sampai 6-9 baris , cuba la buka blog kita guna phone, kita sendiri pun tak mau baca.

Kemudian di sidebar, letak widget penting-penting saja.Salah satu yang paling penting ialah kita punya sosial media. Widget-widget tu  susun kemas-kemas

Benda ni penting sebab kita blogger yang kadang-kadang kena buat advetorial post, kena tulis post yang di bayar.So blog kita ni walaupun pengunjung tak ratus ribu sehari , kualiti tetap kena jaga.. Bukan setakat siap tulis, lepas tu publish je..

Dari background sampai ke benda yang kecil tu kena ambil peduli.Jangan fikir.." ala.. sikit je ni tak pe...biar la.." erm..tak boleh tau..

Ok..tu je la.. Harap2 Qeela faham la bahasa saya guna ni..Saya guna ayat paling senang nak faham.Jangan marah atau kecik hati ke apa... Kita sama-sama belajar.Kalau blogger lain nak bagi pendapat untuk blog Qeela ni , di persilakan..

Mana tahu kadang-kadang pandangan saya ni ada yang tak betulnya..Kita bincang....ok..:)

Sekian..

Friday, 9 February 2018

RUPANYA PRODUK YANG SAYA GUNA SEBELUM NI BOLEH MEROSAK KAN KULIT MUJUR ADA AR BEAUTY COLLECTION

RUPANYA PRODUK YANG SAYA GUNA SEBELUM NI BOLEH MEROSAK KAN KULIT .MUJUR ADA AR BEAUTY COLLECTION - Dah 2 minggu  saya gunakan Set AR BEAUTY COLLECTION ni. Saya dapat set ni 2 minggu lepas . Dapat-dapat terus guna sebab tak sabar nak tengok kesan nya.  Hari ni saya nak ceritakan sikit tentang pengalaman menggunakan AR BEAUTY COLLECTION dan juga AR REVITALIZING SERUM . Bagi yang sedang mencari skincare yang bagus dan sesuai untuk semua jenis kulit, korang kena baca review saya ni sampai habis.




Ini lah dia set AR BEAUTY COLLECTION dan juga serum nya. Dalam kotak ni ada Gentle Facial Cleanser, gentle facial Activator, replenishing Night Cream dan juga Nourishing Day Cream Rich SPF 15 . Botol dia warna putih macam ni . AR BEAUTY COLLECTION dan juga Revitalizing Serum ni ada kelulusan KKM. Korang boleh check no di bawah ni di website KKM.

NOT 171105239K
NOT 171105415K
NOT 171105237K
NOT 171105238K
NOT 171105240K


Pengalaman Menggunakan AR BEAUTY COLLECTION

Cara menggunakan AR BEAUTY COLLECTION ni mudah saja.Kat belakang kotak nya tu dah dia tulis cara-cara menggunakan AR Beauty .. Senang kan??

Ok..ni cara saya pakai AR BEAUTY COLLECTION. Mula-mula saya cuci muka menggunakan gentle Facial Cleanser.Picit sikit je..Saya picit dua kali je untuk muka saya yang kecik comel ni. :p Lepas tu kita basah kan sikit dan terus sapu kat muka. Sambil-sambil tu gosok-gosok la.Guna jari tau..Jangan gosok guna kuku pulak. Kau ingat kita tengah gosok punggung periuk???hahah



Lepas tu bilas.. Rasa segar kulit lepas cuci muka guna AR cleanser ni. Tak banyak buih dan walaupun saya gunakan nya 3 kali sehari, kulit saya tak mengering. Itu yang best tentang AR cleanser ni.


Kemudian saya guna Activator ni.Ada cerita tau disebalik Activator ni.. Pertama kali saya guna activator ni baru la saya tahu yang skincare yang saya gunakan sebelum ni sebenarnya boleh merosak kan kulit saya....Walaupun tak tumbuh jerawat , tak berkerak tapi masa pertama kali sembur je activator ni kulit saya jadi pedih, panas sampai saya terpaksa cuci semula muka saya.



Tak sangka..dah dekat 3 bulan saya guna satu pencuci muka jenama XXX tu rupanya dalam diam dia mengikis kulit muka saya.Patut la rasa  pedih lepas sembur activator tu. Sekarang saya dah tak guna pencuci muka tu..Saya pakai AR Cleanser je. Activator tu pun saya baru start guna dalam minggu ni.Rasa pedih tu dah berkurangan walau pun ada rasa panas2 sikit.

Cara gunakan activator ni pun senang je..pastikan muka dah kering , dan bersih ..Lepas tu  tutup mata, tutup mulut , dalam jarak 15 cm lebih kurang, sembur je kat muka. Hilang pulak mengantuk pagi2 ni lepas sembur activator.hahaaha..




Kemudian biarkan sekejap  dalam seminit dua, bagi dia menyerap ke kulit baru la kita pakai Serum . Serum ni tak datang sekali dengan set AR Beauty ni tau..Dia dalam kotak asing. Boleh je kalau korang nak beli serum je.. Harga dia cuma RM70 ..

Serum ni kita titik-titik kat muka sikit je.Dia pekat jadi tak boleh pakai banyak.. Kemudian ratakan kat muka..Cepat je dia meresap ke kulit.Lepas pakai serum ni terasa sangat kulit jadi tegang , nampak  kulit lebih segar. Macam pokok la..lepas kena siram air, letak baja baru la tak layu..kan??

Lepas tu pakai Cream siang ..kalau nak tidur pakai cream malam tu.. Cream siang dia ni best sebab boleh dijadikan foundation..Jimat duit aku..tak payah beli foundation..ahahahaha.. Memula takut2 juga nak pakai Cream siang ni..Takut naik jerawat.. Kulit muka gojes2 macam kulit saya ni bukan boleh sangat pakai cream sebelum makeup ..Kahkahkah..




Tapi bila dah sapu kat muka rasa ringat je kulit tau. Dia boleh tutup cela -cela kat muka tu. Nanti kita makeup pun cantik je..nampak semulajadi je kulit kita.Tekstur dia nak kata cream tak juga. Dia macam Liquid foundation tu. Senang je nak ratakan kat muka.

Saya gunabeauty blender je tu untuk ratakan dia.Selalunya yang buat orang tak suka pakai cream siang atau malam ialah sebab bila pakai , lama2 muka jadi berkilat macam nampak berminyak..kan??Tapi yang ni tak macam tu.. Sebab tu bila pakai tak de tumbuh jerawat. kalau cream malam atau siang yang korang pakai tu macam berminyak je mesti jerawat akan tumbuh.

Lepas sapu kat muka , korang pegang je muka korang macam tak de rasa pakai apa2 pun.Serius benda ni best.Cuma bekas dia kecik sangat..haha... Kalau dia jual loose item ok la.. Harap2 ada la loose item..kan??

Harga AR BEAUTY COLLECTION





Untuk semua ni korang boleh beli dengan harga RM190 sahaja.. ( Harga Serum RM70 dan 1 kotak Set AR Beauty hargabya RM 120)..  Memang tengah murah sekarang ni sebab ni harga pengenalan. 




Kita nampak pink la..sebab langsir dengan tudung kaler pink..Hahah..

Saya dan berpeluang guna produk AR Beauty ..Memang produk ni bagus dan tak menjejaskan kulit sepanjang 2 minggu saya menggunakan nya. Kulit pun jadi makin sihat, dan yang penting korang kena konsisten menggunakan nya.

Tak kan nampak kesan nya dalam beberapa hari ..Tapi bila korang guna , korang sendiri boleh rasa kulit korang lebih sihat dari sebelum ni..

Korang tak nak cuba ke? kalau nak cuba boleh segera hubungi

Instagram : @arbeautycollection WhatsApp : 012 477 4874 / 012 601 2190  Facebook : AR Beauty


sekian..

Thursday, 8 February 2018

GLOW GELENGGANG - CARA MUDAH MERAWAT KURAP, PANAU ECZEMA DAN PELBAGAI PENYAKIT KULIT DENGAN DAUN GELENGGANG


daun gelenggang
gambar:infosehat

GLOW GELENGGANG - CARA MUDAH MERAWAT KURAP, PANAU ECZEMA DAN PELBAGAI PENYAKIT KULIT DENGAN DAUN GELENGGANG Ini lah rupa daun gelanggang.Pertama kali saya tengok rupa daun gelanggang ni. Sebelum ni tak tahu pun ada nya daun gelanggang yang digunakan untuk merawat penyakit kulit oleh orang-orang dulu. Sejak dulu lagi daun gelenggang ni digunakan merawat penyakit kulit seperti ruam , gatal-gatal,panau kurap dan banyak lagi.

Tapi dulu diaorang tumbuk2 daun gelenggang ni bagi hancur lepas tu campur dengan belerang atau minyak tanah.Lepas tu diaorang sapu pada kulit untuk merawat penyakit kulit.

Sekarang ni mana nak cari daun ni kat tengah-tengah bandar ni.Lagi-lagi yang rumah tak de tanah tu , nak tanam pun tak tahu celah mana nak tanam nya.Kan?

Glow Gelenggang - Sabun Gelanggang dan Minyak Herba


ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit


Mujur la ada Set Glow Gelenggang yang terdiri dari sabun Herba Gelenggang dan juga Minyak Herba.  Tak payah susah-susah nak mencari daun gelenggang.. Khasiatnya sama macam kita guna daun gelanggang yang kita petik dari pokok nya tu.Cuma sekarang dah dijadikan sabun jadi nak menggunakan nya pun lebih mudah . Disediakan juga dengan minyak herba supaya proses merawat tu lebih baik lagi dan lebih cepat.

Sabun Herba Gelanggang ni bukan macam sabun biasa yang kita pakai hari-hari tu ..Sabun Herba gelanggang ni sangat mujarab untuk merawat masalah kulit. Tak kira la kulit muka atau kulit badan kita. Saya sendiri gunakan untuk anak-anak saya . Biasalah budak-budak kan kuat berpeluh dan kadang-kadang bila cuaca terlalu panas mula la ruam muncul kat belakang badan dia. 

Anak perempuan saya pulak jenis kulit sensitif. kalau silap makan atau terdedah dengan habuk mula menggaru.Sabun Herba Gelenggang sangat-sangat membantu. Selepas gunakan sabun Herba gelanggang terus keringkan badan dan sapu minyak herba pada tempat-tempat tertentu yang gatal tu.

Bentuk sabun nya memang comel. Comel kan?

Disebabkan comel ni lah budak-budak suka gunakan nya. Walaupun baunya tak wangi macam bau sabun biasa tapi tak de masalah nak digunakan untuk budak-budak. Diaorang ok je dengan baunya dan juga bentuk comel sabun ni. Minyak Herba nya pulak bau coklat sedap... Ini juga sebab kenapa amak-anak  suka set Glow Gelenggang ni..Lepas mandi tahu je diaorang mesti nak pakai minyak herba ni..Tu yang diaorang suka sangat tu..

ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit


kalau anak-anak suka dengan bau dan   kecomelan nya , saya pula suka kan Set Glow Gelenggang  ni sebab khasiat merawatnya yang sangat bagus untuk merawat masalah Eczema , Psoriasis, Panau, Kurap, Kulat air,Kayap,Kudis buta, Bisul,Kurap susu dan Resdung .

Ini semua adalah masalah kulit yang kita selalu alami dari bayi sampai la orang dewasa.. Eczema selalu dialami oleh bayi dan ada yang sampai dewasa pun masih lagi mengalami eczema.Memang tak de ubat untuk eczema tapi kita mampu mengurangkan nya. Eczema ni tak boleh dibiarkan saja. kena buat sesuatu untuk hilangkan nya.tapi kalau tak pantang makan , selalu terdedah dengan habuk dan debu memang risiko nak jadi balik tu sentiasa ada..so baik la bersedia dengan bekalkan Set Glow Gelenggang ni kat rumah kita.

Bayi yang baru lahir atau yang menyusu badan memang mudah kena kurap susu. Biasanya jadi kat pipi merah-merah. Kesian sebab dia akan rasa pedih bila berpeluh. Itu buat dia rasa tak selesa. Pakai Set Glow gelenggang ni akan buat kurap susu cepat kering. Lepas tu kena jaga-jaga lah, jangan biar dia menyusu sampai basah pipi dengan susu lagi. Biasanya jadi kurap susu ni sebab susu tu diabiarkan lama sangat kat pipi dia..lepas menyusu bersihkan pipi dia. tak la berkurap lagi..

ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit
Add caption


Sama juga lah dengan masalah kudis buta, bisul dan sebagainya..Elok sangat kalau guna Set Glow gelenggang ni . Nak cari daun gelenggan memang susah. Tapi sabun nya dah mudah nak dapat . Khasiat pun sama tak kalah dengan daun gelanggang sendiri.

Nak tahu kenapa Set Glow Gelanggang bagus untuk merawat masalah kulit? Ianya adalah kerana kandungan bahan yang terbaik digunakan untuk melengkapkan Set Glow Gelenggan ni.

Herba gelanggang - Untuk kurangkan gatal-gatal dan masalah kulit
Habbastus Sauda - Untuk kurangkan radang dan menyembuhkan luka luaran
Susu Kambing - Untuk mencerah, melembut dan melembab, mencegah kulit kering , kasar dan kusam
Minyak Argan - Untuk kulit halus, licin dan mudah menyerap kedalam kulit
Minyak Zaitun - Sebagai pelembab yang tahan lama pada kulit
Menthol - ntuk menyejuk kan kulit



Pengalaman Menggunakan Set Glow Gelenggang


Saya dan anak-anak dah mencuba Set Glow Gelenggang ni hampir 2 minggu. Yang menggunakan nya pun satu keluarga jadi memang cepat la nak habis..hahaha...Memang konsisten betul mereka guna Set Glow Gelenggang ni. 

Alhamdulillah tak de kesan negetif pada kulit kami walaupun sabun tu kami berkongsi guna. Tak payah potong-potong  sabun nya sebab sabun ni bukan jenis yang mudah cair dan lembik.Cuma sabun apa pun jangan di biar terendam dalam air.Lepas pakai letak di tempat yang ada cahaya matahari,. Baru lah dia tahan lama.

Macam awal-awal saya ceritakan tadi  budak-budak pun suka guna set glow gelenggang ni .Lagi-lagi si adik tu memang pengemar coklat. Kalau suruh guna minyak Herba ni senyum meleret je..Tak dapat makan coklat dapat bau pun jadi lah..hahahah ..

ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit


Korang pun kalau ada anak-anak yang ada panau tu elok la guna Glow gelenggang. Biasa la budak-budak memang mudah sangat dapat panau kat muka dan badan. panau ni kalau dibiarkan boleh jadi besar tau.Bertompok-tompok je kat kulit muka dan badan.. Lagi teruk kalau yang jadi kurap lagi la kena hati-hati sebab kurap ni dia gatal .

Jadi set Glow Gelenggang ni boleh bantau korang tak kira dari bayi sampai la orang dewasa dan orang tua boleh menggunakan nya.

Saya pernah dengar juga daun gelenggang ni bagus untuk Kelemumur atau gatal kulit kepala. mana tahu satu hari nanti Glow gelenggan ada tersedia syampoo sekali.kan??Tau pun masker gelenggang khas untuk kayap..Orang yang ada kayap pun boleh guna daun gelenggang tau..

ubat panau kurap eczema kudis buta dan penyakit kulit


Bagi yang nak dapatkan set Glow Gelenggang ni boleh la whatsapp :

DIANA10 dan hantar ke 014 544 5951

Untuk Cara penggunaaan dan khasiat nya yang lebih lengkap boleh la korang lawat laman web http://www.glowgelenggang.com/ atau ke facebook page glow Gelenggang .

Tuesday, 2 January 2018

TIPS DAN CARA PALING BERKESAN UNTUK TAMBAH TINGGI

Assalamualaikum


TIPS DAN CARA  PALING BERKESAN UNTUK TAMBAH TINGGI  Orang Malaysia memang ramai yang nak jadi tinggi .Memang susah nak jumpa orang Malaysia yang tinggi lampai . .Mungkin kerana faktor pemakanan. Ada yang sanggup mencuba  macam-macam petua untuk jadi tinggi . Tapi kalau nak lebih cepat kesan nya boleh lah mencuba Hi-Plus iaitu suplement tambah ketinggian .




Ada banyak sebab kenapa ramai yang nak jadi tinggi antaranya ialah mudah untuk lulus temuduga untuk menyertai pasukan beruniform . Ketinggian saya pun cuma 157cm..gemuk pulak tu.. Talau tinggi memang dah lama minta jadi polis atau pasukan beruniform yang lain..

Bagi yang ada rupa dan penampilan menarik serta pandai bergaya boleh juga jadi model. :)?

Jadi tinggi ni jugak mudah untuk kita memilih pakaian yang sesuai.Tak la sampai nak hantar baju yang baru dibeli ke tukang jahit semata-mata sebab pakaian terlalu labuh.Bukan??

Selain tu juga ianya menaik kan lagi keyakinan diri kita.

Boleh ke tinggi bertambah walaupun umur dah lebih 21 tahun?

Selalu kita dengar soalan ni .Boleh ke tinggi kita bertambah walaupun kita dah lebih 21 tahun?Dah tentu boleh..Tapi tak la tinggi kita tu bertambah dengan banyak .Kebiasaan nya akan bertambah 3cm atau lebih sikit.Itu pun bergantung kepada gaya hidup kita.

Kalau malas bersenam, kurang mengambil makanan berkhasiat memang susah la nak tinggi.Sebab tu la produk Hi-Plus iaitu suplement tambah ketinggian di cipta.Ianya supaya memudahkan kita untuk mengambil makanan berhasiat supaya dapat menambah ketinggian.

Cara Mudah dan paling berkesan untuk meningkatkan ketinggian




Ada berbagai petua , tips dan kaedah  untuk menambah ketinggian.Salah satu Tips dan cara paling berkesan untuk tambah tinggi  ialah dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

Antara senamanan yang bagus untuk menambah ketinggian ialah:

a) Melompat
b)Bergayut
c)Berenang
d) stretching

Manakala makanan yang bagus untuk menambah ketinggian ialah

a)Lobak
b)Epal hijau

Seperti yang saya nyatakan tadi korang boleh mencuba mengamalkan  Hi-Plus. Hi-Plus sesuai untuk mereka yang rendah dan  pendek tapi nak jadi tinggi. Jangan terkejut tau kalau lepas korang amalkan Hi-Plus ni ketinggian  boleh meningkat 3cm sehingga 16 cm.




Hi -Plus  ada sijil pengesahan Dari Kementerian kesihatan Malaysia bermakna ianya selamat digunakan. Jangan risau sebab kandungan di dalam Hi-Plus ni adalah sumber semulajadi yang biasa kita ambil dalam pemakanan seharian.

Kandungan Hi-Plus yang sangat bagus untuk meningkatkan ketinggian :




Kalau dilihat bahan-bahan yang terkandung di dalam Hi-Plus ni , ianya terdiri dari bahan semulajadi yang memang selalu kita amalkan..Jadi memang ianya selamat diamalkan oleh sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan.

Nak tahu tak , Ramai yang dah berjaya menambah ketinggian selepas amalkan Hi-Plus ni. InsyaAllah dengan cara yang betul dan konsisten pasti akan dapat melihat kesan nya. Saya kongsikan beberapa testimoni dari mereka-mereka yang dah mencuba mengamalkan Hi-Plus dan mendapat hasil yang terbaik.

Rata-rata pengguna dapat merasai kesan nya dalam masa 30 hari selepas pengambilan Hi-Plus. Kemudian dibulan kedua hingga kenam ianya mula memberi kesan kepada tulang .Pada tahap ini tulanng berada di tahap maksimum.

Kemudian pada 6 bulan keatas perubahan sudah jelas dapat dilihat. Namun bagi mereka yang tidak serasi dengan produk ini mungkin tak dapat merasai perubahan-perubahn tersebut.








Apa yang lebih menarik lagi dengan setiap pembelian Hi-Plus korang juga akan diberikan 6 bonus tambahan dengan beberapa lagi barangan lain yang boleh membantu korang mendapatkan hasil yang lebih baik dan cepat. Cepat2 dapatkan Hi-Plus dengan menghubungi 019-3723381- untuk sebarang pertanyaan

Korang boleh layari laman web Hi-Plus untuk maklumat lebih lengkap.Semoga artikel Tips dan cara paling berkesan untuk tambah tinggi ini dapat membantu sesiapa sahaja diluar sana yang ingin menambah ketinggian.

sekian..







Friday, 22 December 2017

INI DIA KELEBIHAN HONEY GLUTA SOAP YANG SETIAP ORANG PERLU TAHU

Assalamualaikum...

Hi ..





INI DIA KELEBIHAN HONEY GLUTA SOAP YANG SETIAP ORANG PERLU TAHU 

Baru-baru ni saya ada baca tentang  Glutathione atau pun kita biasa sebut Gluta.. Ada banyak juga maklumat tentang Gluta yang saya baca ni .Ternyata Gluta banyak digunakan dalam merawat penyakit dalaman dan juga penyakit kulit.

Apa itu Gluta atau Glutathione ? Glutathione  adalah antioksidan penting dalam tumbuhan, haiwan, kulat, dan beberapa bakteria dan arkea. Glutathione mampu mencegah kerosakan kepada komponen sel penting yang disebabkan oleh spesies oksigen reaktif seperti radikal bebas, peroksida, lipid peroksida, dan logam berat. Ia adalah tripeptida dengan kaitan peptida gamma antara kumpulan karboksil rantaian sisi glutamat dan kumpulan amina cysteine, dan kumpulan karboksil cysteine ​​ (wikipedia)






Glutathione boleh didapati dalam beberapa makanan .Antaranya bayam, telur, brokoli, hati ayam , daging segar, ikan , kobis dan beberapa makanan lain.

Ada yang gunakan nya dalam produk makanan kesihatan dan ada juga produk mengandungi Gluta yang digunakan terus pada kulit. Seawal tahun 2000 lagi Gluta dah mula mendapat perhatian ramai .

Gluta ni bersafat antioksidan yang boleh membuatkan sel baru tumbuh dan mencegah pertumbuhan radikal bebas. Kalau kita guna untuk jangka masa yang panjang , kulit boleh jadi cerah.Jadi Gluta ni memang jadi pilihan ramai wanita la..Orang perempuan kalau tak nak cepat tua boleh la guna produk yang ada Gluta.

Salah satu yang saya nak syorkan pada korang ialah Honey Gluta Soap.. Saya panggil ni sabun comel sebab comel sangat .Bentuk love ..tau..Boleh la siapa-siapa nak bagi pada crush ..hahahaha... Sabun Honey Gluta ni bukan saja comel tapi ada keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri yang boleh buat korang terkejut.Ini lah yang saya nak ceritakan pada korang ni..

Kelebihan dan keistimewaan Honey Gluta Soap

Sabun pembersih ni bersifat lembut dan natural pada kulit wajah. Dia tak de kesan kulit mengelupas lepas kita gunakan sabun ni..Ada banyak bahan yang terkandung didalam Honey Gluta Soap ni. Siapa sangka sabun secomel ni ada lebih  10 bahan tersembunyi didalam nya...

Yang menariknya sabun ni ada saffron oil. Tahu tak saffron oil ni dia mampu menghilangkan noda dan efek hitam pada kulit kita tau.Kemudian ia membantu melindungi kulit kita dari sinaran UV.

Kemudian ada juga Negila Sativa atau pun kita lebih kenali dia dengan nama Habatus sauda.Tak perlu disangkal lagi habatus sauda ni memang sangat bagus untuk kesihatan dalaman dan juga luaran.

Gluthation ni pulak adalah bahan utama dalam produk untuk mencerahkan kulit.Biasanya nya kalau tak de Gluta ni memang lambat la kulit kita nak cerah . sebab tu ada setengah ubat yang mengandungi Gluta ni , bila pesakit tu makan untuk jangka masa panjang , ada yang mengalami kesan kulit dia semakin cerah.



Terdapat juga extract dari Sari Herba yg berkesan utk memelihara kesihatan kulit secara menyeluruh dan menambah keyakinan bagi penampilan diri.

Jadi bila kulit kita segar, bersih dan cantik tak la rasa rendah diri, rasa diri tu kurang menarik.Nak buat apa pun jadi tak de semangat kalau ada masalah kulit wajah..Betul tak??.Nak berjalan angkat muka pun tak mau.

Dibawah ni ialah senarai bahan yang terkandung didalam Honey Gluta Soap


Gabungan Campuran Sari Madu Lebah dan Madu Kelulut
Gluthation
Pomegranate
Aloe Vera
Papaya
Alma
Extract Olive Oil
Saffron Oil
Negila Sativa
Vitamin C
Vitamin E
Collegen

Kenapa kita  patut menggunakan Honey Gluta Soap sebagai perawatan bagi kulit wajah

1) mencerahkan kulit wajah agar kelihatan putih secara semulajadi
2) membersih secara berkesan dan mengecilkan pori kulit wajah agar kulit menjadi halus
3) sangat baik merawat permasalahan Eye Beg
4) berkesan mengawal sebum pada jenis kulit wajah berminyak
5) sangat terbaik merawat permasalahan jerawat dan parut pada kulit wajah
6) mengurangkan dan memudarkan garis2 penuaan pada kulit wajah
7) memudarkan dan menghilangkan jeragat jika rajin di pakai sebagai mask


Testimoni Sabun Honey Gluta ( Honey Gluta Soap)


Saya berpeluang menggunakan Sabun Honey Gluta ni dan sangat-sangat berpuas hati dengan kesan nya..Untuk kulit yang sensitif macam saya , memang tak de alami apa-apa kesan buruk pada kulit .

Sabun ni tak la berbau wangi bermakna tak de bahan kimia didalam nya.Ianya lebih kepada bau semula jadi.

Harganya juga berpatutan dan memang murah. Untuk penggunaan selama beberapa hari saja ianya dah boleh buat jerawat jadi kecut .

Saya gunakan nya sebagai pencuci muka sahaja.Belum berpeluang nak buat masker wajah.nanti bila-bila saya try buat masker.

Untuk penggunaan sebagai masker boleh digunaan setiap 3-4 kali kali semingu.Tapi kalau tak nak jadikan masker boleh la guna sebagai pencuci muka setiap hari.



Cara Menggunakan Honey Gluta Soap


Selepas  2- 3 kali penggunaan sebagai masker  , kesan nya sudah dapat di lihat. Jeragat diwajah akan berkurangan dan mula kelihatan terhakis dan pudar..jika digunakan lebih kerap jeragat akan beransur-ansur hilang.

kesan nya mungkin berbeza untuk setiap kulit.Ada yang lambat dan ada yang cepat nampak perubahan.

Kalau nak dijadikan masker boleh la dibuat pada waktu malam atau sebelum tidur. Dibawah ni saya kongsikan cara menggunakan Honey Gluta Soap sebagai masker wajah.

1- basahkan sabun dengan sedikit air.
2- gosok sabun hingga berbuah
3- sapu pada wajah sambil dilakukan urutan kecil.
4- biarkan selama 4-5 jam.
5- bilas dengan air biasa


Dimana boleh dapatkan Honey Gluta Soap

Bagi yang berminat nak mencuba sabun Honey Gluta ni sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk menjadi Agent Honey Gluta Soap boleh la hubungi nombor-nombor di bawah atau terus ke laman facebook yang di sertakan ni..


Puan Zah  017 558 2750  - Sungai Petani

Puan Sally  011 144 3962 5  - Sungai Petani

Puan Hamidah  017 589 2319  - Sungai Petani

Puan Ayu  011 145 7132 5  - Kulim

Puan Ida  017 422 4055  - Penang

Cik Amy  017 534 3251  - Penang

Puan Ina  011 124 7936 6  - Perlis

Encik Azli  019 971 1799  - Bandar Pusat Jengka Pahang



Honey Gluta Soap memerlukan sesiapa yg berminat untuk menjadi agent bagi seluruh semenanjung dan sekitar Sabah dan Sarawak .. Korang boleh hubungi

 017 589 2319 - Puan hamidah 

Atau lawat laman facebook Ikin Shikin 

Sabun ni juga boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak .  Kalau ada pengusaha hotel atau homestay yang nak dapat kan sabun untuk hotel dan homestay ni pun  boleh hubungi mana-mana no di atas ni.

Boleh juga dijadikan sebagai sabun untuk doorgift untuk sebarang majlis memandangkan bentuk nya yang sangat cantik dan comel contohnya seperti majlis perkahwinan atau pun majlis harijadi.

Sekian..






Wednesday, 13 December 2017

JELITA IMAGES - FOTOGRAPHER MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN TIPS MEMILIH FOTOGRAPHER YANG BAGUS

Assalamualaikum...



JELITA IMAGES - FOTOGRAPHER MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN TIPS MEMILIH FOTOGRAPHER YANG BAGUS  Saya suka betul tengok gambar pengantin sekarang ni.Memang cantik-cantik gambar diaorang. Dulu gambar kawen tak de la diedit cantik-cantik macam sekarang..

Kita pun tak de la sampai nak sewa fotographer perkahwinan . Tapi sekarang ni bila tengok gambar perkahwinan yang cantik-cantik rasa macam nak upah photographer dan sewa baju pengantin pulak.Nak ambil gambar perkahwinan  di hutan ke, sawah padi ke...Kan??

Korang yang dah berpuluh tahun kahwin tapi tak de gambar pengantin  yang cantik-cantik macam sekarang ni , boleh je kalau nak ada gambar perkahwinan yang cantik.

 Jelita Images boleh jadikan gambar korang dari biasa-biasa kepada luar biasa. Tak kira la sama ada untuk gambar perkahwinan atau apa -apa saja majlis .


Fotographer Majlis Kenduri Kahwin

Sekarang nak cari Fotographer untuk majlis kenduri kahwin bukan nya susah.Tapi nak cari Fotographer yang yang terbaik, amanah dan profesional memang susah nak jumpa. Terlalu ramai yang menyediakan khidmat  fotografi. jadi korang kena bijak memilih,

Jelita Images menyediakan khidmat fotografi sejak  tahun 2011 lagi dan memang dah banyak mendapat kepercayaan untuk mengambil gambar di majlis-majlis kenduri kahwin, majlis bertunang termasuk la majlis koporat.

Gambar-gambar perkahwinan dari Photographer Jelita Images







Bagi yang berminat nak gunakan khidmat jurugambar Jelita Images boleh terus ke facebook Jelita Images atau hubungi no ini . 012- 422 4321

Tawaran istimewa sempena hujung tahun ni ;;

Year End Sale 2017 is back!!!

HARGA PROMOSI PAKEJ PHOTOGRAPHY 2 EVENT NIKAH DAN SANDING HANYA RM1599 Sahaja! (sebelum RM1999)




Yaa betul!! Harga hanya RM1599 untuk NIKAH + SANDING! Cepat booking sekarang! sebelum tarikh majlis anda penuh 2018 nanti !! rugi kalau lambat :)


2 EVENT (NIKAH + SANDING) RM1599
✔ Exclusive photobook + case (40ms)
✔ canvas frame size 20x20
✔ termasuk outdoor juga ya!!
✔ gambar dalam pendrive eksklusif
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai detail pakej yang lain,
boleh pm page Jelita Images atau whatsapp terus


http://www.wasap.my/60124224321


# tertakluk pada terma dan syarat


Tips Memilih Jurugambar yang baik


Penting untuk kita memilih Jurugambar yang baik dan berpengalaman. Kat sini saya kongsikan sedikit tips bagi korang yang nak mencari jurugambar perkahwinan atau apa saja majlis.

- Kualiti gambar yang terbaik. Penting untuk korang tengok dulu hasil kerja jurugambar tersebut dan pastikan gambar yang dia tunjuk tu adalah hasil kerja dia sendiri.Tak susah pun nak kesan gambar tu hasil dari dia sendiri atau sekadar gambar yang di ambil di internet.

-Jenis Kamera yang digunakan . Walaupun kita ni bukan tahu sangat tentang kamera tapi bila nak cari jurugambar tak salah untuk kita tahu kamera jenis apa yang digunakan oleh jurugambar tersebut.Jangan nanti bila dah bayar , tiba hari majlis berlangsung tengok2 jurugambar bawak kamera compact je.heheh...Jurugambar biasanya menggunakan kamera DSLR atau pun SLR. bukan setakat bawa kamera je,Mereka ada perlatan lain juga untuk membantu mereka menghasilkan gambar yang cantik serta merta.






- kos  yang munasabah . Saya tahu ramai antara kita kalau boleh nak kan perkhidmatan yang murah.Tapi kalau jurugambar tu janjikan bulan dan bintang tapi harganya terlalau murah , ada kemungkinan kualiti gambar dan servis yang diberikan bukan lah yang terbaik.Cuba nilai kan pakej yang disediakan oleh Jelita Images dan jurugambar lain. Harga yang diberikan oleh jurugambar terbaik dengan servis yang lengkap dan menarik biasanya dalam anggaran RM1500- RM2000. Jika ada yang memberikan harga lebih murah mungkin ada yang tak disediakan seperti tiada canvas frame, atau juga jurugambar tersebut hanya cover untuk majlis indoor.Korang perlu bijak menilai dan memastikan setiap wang yang dibelanjakan berbaloi dengan apa yang korang terima.

-Jurugambar yang mesra . Mesra yang saya maksudkan ni bukan yang suka menggatal ye..hahahah.Mesra ni bermaksud korang selesa dengan dia, dia tak garang, dia pandai dan tahu apa pose buat gambar cantik dan sebagainya.Bayangkan kalau dapat jurugambar yang garang, kepala angin , muka ketat, terus kita tak de mood nak bergambar..kan?? Gambar je cantik tapi muka kita pulak muram je dalam semua gambar..hahahha..

Ok..tu je la..yang saya nak kongsikan..

sekian.

wedding fotographer photographer majlis perkahwinan photographer majlis kenduri kahwin photograpaher majlis koporat jurugambar majlis kahwin di Malaysia photographer Kedah photographer murah photographer bajet  wedding 





Tuesday, 28 November 2017

CINDO PITAYA- KEBAIKAN SABUN BUAH NAGA YANG PATUT KITA TAHU

Assalamualaikum...



CINDO PITAYA- KEBAIKAN SABUN BUAH NAGA YANG PATUT KITA TAHU Ni antara buah kegemaran saya ni.. Buah naga atau dragon Fruit. Sedap buah ni..Ramai yang suka.Rasanya masam2 manis.Lepas tu bau nya pun harum.

Dulu mak saya ada tanam pokok ni kat rumah.hari2 dia belek.Merasa jugak la dia makan hasil dari tanaman sendiri walau tak banyak.Bukan saja sedap di makan saja.Ada yang buat juice dan aiskrim juga.

Banyak khasiat buah naga ni.Sebab tu lah apabila dikomersil kan pasti akan dapat sambutan.Antara khasiat buah Naga  ialah

-Mencegah penuaan
-Menghilangkan jerawat
-Menghalus dan melembabkan kulit
-mempercepatkan proses penyembuhan luka dan radang
-Melindungi kulit dari sinaran UV

Ini baru khasiat untuk kulit tau..Ada banyak lagi khasiat nya juga untuk kesihatan dan merawat penyakit.


Sabun Buah Naga - Cindo Pitaya

Salah satu produk yang sekarang orang dok cakap sana sini ialah Cindo Pitaya (NOT: 171100224K) keluaran De Rizqeen  Empire .   Cindo Pitaya ialah Sabun Buah Naga yang dibuat menggunakan ekstrak Buah Naga.

 


Tengok pun kita tau dah , bau nya sangat la sedap..Allahuakbar..Kalau hilang waras ni makcik gigit dah .hahhaha

Rasa sayang nak guna tau.Kalau gunakan untuk muka saja sabun ni kena potong kecik2 gini baru la jimat.Boleh pakai lama.Boleh tahan sebulan ni rasanya kalau untuk guna di muka saja.

Kalau nak gunakan untuk badan  tak payah la potong.Boleh juga kalau beli je yang saiz besar.Dia ada dalam dua saiz ,kecik dan besar.Yang besar tu sesuai la untuk badan.

Saya baru guna seminggu .Sepotong ni pun tak habis lagi..ada sikit lagi.jadi saya agak2 dalam sebulan cukup la seketul sabun ni.





Lepas ni saya nak suruh anak-anak pulak guna sebab diaorang ni ada masaah kulit.Anak-anak saya ada alahan pada makanan tertentu.Walaupun tak serius tapi ambil masa 5.6 hari juga bila alahan tu muncul.

Kalau menjadi nanti kita review sekali lagi..Ok??Tapi untuk hari ni saya nak cerita pengalaman guna Cindo Pitaya dan juga kelebihan-kelebihan nya.

CINDO PITAYA- KEBAIKAN SABUN BUAH NAGA YANG PATUT KITA TAHU

Apa yang buat saya rasa Cindo Pitaya best ialah ianya :

-tidak mengeringkan kulit walaupun kerap digunakan
-Tiada kesan sampingan yang memudaratkan kulit
-Tak mahal.



Cara saya gunakan Cindo Pitaya ni senang je..Sama je macam sabun cuci muka yang lain.

-basahkan muka atau badan kita..
-ambil sapu dan gosok kat tangan sikit bagi keluar buih.
-kalau nak sabun di badan gunakan saja macam sabun biasa.
-bilas muka dengan air biasa.
-gunakan setiap kali mandi

Tips untuk korang.Selalu dah saya bagitau ni..Bila korang cuci muka pastikan korang buat sikit urutan kat muka tu..dekat mata,dahi,tepi mulut..tu part yang paling penting selain pipi.Sebab kat situ lah bermula nya kedut2 wajah kita.

Satu lagi bila cuci muka jangan cuci dengan air suam.nanti kulit akan jadi kering.Bila kering senang la kulit berkedut.Makeup pun tak cantik sebab banyak kulit mati kat muka.

kenapa saya guna Cindo Pitaya?

1- Cindo Pitaya mampu mencerahkan kulit
2- badan berbau harum
3- kulit jadi anjal
3- kulit nampak bersih
4- minyak pada wajah dah berkurangan

kalau korang berminat nak dapat kan Cindo Pitaya boleh terus hubungi:

whatsapp/tel: 0189127233

facebook page : Cindo White



_____________________________

Apa-apa pun produk yang korang guna kan , tolong la gunakan dengan konsisten.jangan la kejap2 tukar ini , belum habis yang ini dah guna yang itu.Itu cara yang tak sihat sebab kulit akan terkejut dengan perubahan produk yang korang gunakan.

Guna satu2 produk sampai serasi. Apa -apa produk pun akan ambil masa untuk memulihkan kulit kita,.kalau yang boleh cantik dalam masa kurang seminggu tu mesti ada sesuatu yang tak kena.Susuk je yang pakai2 terus cantik.Susuk pun haram digunakan..hahahah

Ha,,Panjang makcik membebel hari ni.geram la ..kan??Kadang2 kita review apa2 produk di marahnya pulak kita sebab katanya tak berkesan.Bila tanya berapa lama guna , katanya dah seminggu..Ingatkan dah  sebulan ke..??kan??

Sekian...

Thursday, 23 November 2017

INI SEBAB KENAPA BLACK FRIDAY CYBER MONDAY SENTIASA DINANTIKAN

Assalamualaikum..

Hi semua...


Black Friday kembali lagi..Ada yang tanya saya .."Black Friday tu apa  Kak Diana oi.." haha..

Black Friday adalah hari selepas hari Thanksgiving .ThanksGiving jatuh pada hari khamis minggu ke empat dalam bulan november .. Kita di Malaysia ni memang tak sambut Thanksgiving . Tak pasal-pasal  kena kecam nanti..

Hari selepas Thanksgiving  akan berlangsungnya jualan murah gila-gila punya. Ini adalah tradisi mereka  .Iaitu pada hari jumaat nya...

Sehari selepas Thanksgiving banyak kedai  yang akan memberi diskaun dan potongan harga yang memang diluar jangkaan kita. Ini untuk meringankan belanjan mereka yang nak menyambut hari krismas pada bulan disember nanti.

Alah..macam korang pi Jalan TAR malam raya tu la..Semua pakat bagi harga murah..kan??Nak habiskan stock raya sebelum cuti panjang kaedah nya..hehehh





Jom teruskan membaca sebab ada benda menarik yang saya nak kongsikan dalam post ini berkaitan jualan murah sempena Black Friday Cyber Monday yang akan datang.


BLACK FRIDAY CYBER MONDAY

Kalau mengikut tradisi ,  Black Friday hanya melibatkan jualan murah di kedai-kedai offline dan kedai-kedai fizikal .Sebab dulu mana ada jual barang online.. Tapi sekarang disebabkan ada banyak online shop maka wujudlah   Cyber Monday yang melibatkan kedai-kedai online yang  memberi harga murah, kad diskaun dan voucher  untuk pembelian online.

Memang hujung tahun ni sales tak berhenti-henti..

Ok..paham dah ke adik-adik??? :)





CYBER MONDAY

Cyber monday pulak ialah jualan bermula isnin selepas minggu ThanksGiving .Kalau tahun 2017 ni cyber Monday jatuh pada 27 November.

Jualan Cyber monday lebih digemari berbanding jualan Black Friday sebab Cyber Monday ada flash sale. Sepanjang hari tu ada Flash sale .Jadi pastikan korang jangan berenggang dengan phone, laptop, tablet ..Nanti terlepas flash sale kan rugi..

Agak-agak apa barang la yang kita nak beli sempena Cyber Monday nanti? Korang dah boleh buat senarai  kerana melalui ShopBack korang boleh membeli banyak barangan murah di beberapa website yang turut serta dalam kempen kali ini.

Yang best nya lagi  Cyber Monday bukan hanya untuk barangan seperti pakaian saja..Tapi barangan lain seperti laptop yang murah, dan konsol  PS4, Xbox One, dan Nintendo Switch pun ada juga. Ini lah masanya untuk korang dapatkan gadget-gadget  yang dah lama korang idam-idamkan.

Bila lagi nak beli..kan??Bukan setiap masa ada jualan muarah macam ni..

Saya pun ada juga nak beli barangan makeup.Nak tambah-tambah apa yang dah nak habis.lagipun dah hujung tahun ni nak la ada barang-barang makeup yang baru untuk guna di tahun 2018 nanti..

Lebih jimat bila kita berbelanja di hujung tahun ni sebab nanti masuk tahun baru tak payah spend duit lagi.Duit yang ada boleh beli benda lain.

Membeli melalui ShopBack memang diakui lebih  memberi penjimatan contohnya kalau membeli di Lazada.  Lazada juga ada sediakan code promo . Kita gunakan code promo Lazada 1212 sales yang kita boleh dapat di ShopBack kemudian kita dapat  cashback juga diatas code promo  yang kita gunakan. Memang berbaloi . ...!!


THE BEST CYBER MONDAY DEAL



Bagi saya tahun ni boleh dikatakan the best Cyber Monday deal sebab ada lebih banyak online shop yang turut serta dalam kempen ni.Flash sale pun  akan lebih banyak lagi sebab nanti lagi ramai yang boleh dapatkan barangan murah.Lepas tu dia bersambung pulak dengan 1212 sales.

Itu yang bestnya  Black Friday Cyber Monday kali ni  ,Kalau Black Friday jualan cuma satu hari je.Tapi Cyber Monday  akan berlansung sepanjang minggu So kita akan ada banyak masa untuk memilih barang.

Mana  cukup masa nak shopping kalau bagi satu hari saja.Menangis oi.!Dah la banyak pilihan barang, harga murah-murah pulak.

Seminggu baru cukup masa nak memilih barang yang nak dibeli..Betul tak??

Jangan susah-susah lagi nak menapak ke satu-satu kedai.Barangan terus ke muka pintu, tak payah beratur, tak payah bayar tambang taxi , cuma order dan tunggu kat rumah.Dapatkan semua code membeli belah  untuk lebih jimat lagi.. Selamat membeli belah!!!



sekian..

Thursday, 16 November 2017

INI DIA LOOSE POWDER PALING BEST YANG WAJIB KORANG BELI

Assalamualaikum..





INI DIA LOOSE POWDER PALING BEST YANG WAJIB KORANG BELI Suka betul saya dengan Touch Mineral  Loose Powder ( TM ) ni..Yang saya guna ni kod Nautral Touch 03 . Sekarang ni kalau nak keluar sapu TM je terus muka nampak licin je..

Padahal disebalik TM tu ada parut jerawat.hahahha..Dia macam menutup semua cela-cela kat muka kita..

Loose powder ni memang halus sangat tau..Dia tak de berketul ke.Senang sangat nak guna.Ini Loose Powder yang wajib perempuan ada kalau memang suka makeup.Yang tak suka makeup pun kena ada sebab dengan sapu loose powder ni je kulit korang terus jadi cantik..









INI DIA LOOSE POWDER PALING BEST YANG WAJIB KORANG BELI


Walaupun dalam bekas ni ada sponge tapi sebaiknya loose powder digunakan dengan berus solekan.Dia punya sapuan lebih rata dan cantik.

Kalau korang setakat nak  ke kedai runcit je , muka togel2 tu sapu je TM ni..Tapi kalau nak pergi event mana2 , lepas pakai Foundation guna la loose powder ni.. Loose Powder ni pun foudation juga tapi kita nak kekalkan flawless tu sepanjang event , nak buat makeup tahan lama , kita guna la selepas kita pakai foundation.

Nanti bila kena cahaya lampu nampak wow sangat makeup kita tau.. 




Yang atas ni gambar saya pakai Touch Mineral Loose Powder . Saya pakai foundation ,loose powder dan blusher sikit. Tak pandai makeup pun saya ni..hahaha.. setakat basic tu tahu la..nak makeup macam artis tak reti..ahahhaha.

Nanti korang try jugak tau .. Nak beli Loose Powder paling best ni boleh whatsapp sekarang: www.wasap.my/601113108533/ (klik link untuk whatsapp)


sekian..

Wednesday, 8 November 2017

SAPS IBU BAPA - SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

Assalamualaikum..



Saps Ibu bapa menjadi tumpuan ramai ibu bapa sekarang memandangkan anak-anak baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Rasa lebih mudah sejak ada saps ibu bapa kerana ianya menjimatkan masa dan keputusan yang dipaparkan adalah tepat kerana di kemaskini sendiri oleh guru kelas anak kita

SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah yang merupakan inisiatif dari Kementerian Pelajaran Malaysia  . Saps bertujuan untuk memudahkan penyimpanan data sistem pendidikan dan taraf pendidikan di negara ini sekaligus memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak hanya melalui online.

Saya sendiri sudah menggunakan saps ibu bapa sejak anak mula bersekolah darjah 1 sehingga la sekarang.Ianya memang sangat bermanfaat . Tambahan pulak  bila setiap kali selepas peperiksaan rasa tidak sabar nak mengetahui keputusan peperiksaan anak .Saps ibu bapa lah tempat untuk saya menyemak kepuitusan Mereka.Jika keputusan belum dipaparkan itu bermakna markah belum dikemaskini oleh guru kelas . Jadi kita tak perlu lah setiap kali bertanya pada anak bagaimana keputusan peperiksaan mereka..Mudah bukan?






Kemudahan ini boleh digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak dari darjah 1 sehingga tingkatan 5.Malah Keputusan peperiksaan SPM, PT3 dan  UPSR juga di paparkan didalam Saps.

Dengan adanya SAPS Ibu Bapa bukan lah bermakna anda tidak perlu lagi ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan pelajaran anak-anak disekolah.Tapi kemudahan ini diwujudkan supaya anda dapat memantau prestasi pelajaran anak walaupun sibuk bekerja.Kemudian sebelum berjumpa guru kelas mereka,  anda dan anak anda  boleh berbincang secara peribadi jika anak anda mempunyai masalah dalam pelajaran .

Ibu bapa yang masih belum menggunakan Saps Ibu Bapa mungkin masih ragu-ragu dengan kemudahan ini.Tapi percayalah saps ibu bapa sangat mudah di layari dan digunakan semudah ABC. Anda hanya perlu memasuk kan no kad pengenalan anak anda kemudian pilih CARI.



Di Bahagian bawahnya pilih negeri tempat anak anda bersekolah .Kemudian buat carian sekolah anak anda dan klik  SEMAK.

Untuk anda yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak anda secara online sila klik di sini -: SAPS

Saps NKRA Ibu Bapa menjadi tumpuan setiap kali musim selepas peperiksaan.Ianya mungkin akan membuatkan server tidak dapat menampung pengguna yang ramai.namun Jika anda masuk melalui link website diatas ianya memudahkan anda untuk menyemak markah peperiksaan . Malah dalam website yang saya nyatakan ini penerangan lengkap mengenai Saps Ibu Bapa juga turut diberikan.

Setiap keputusan peperiksaan yang dipaparkan akan kekal selamanya di dalam rekod SAPS Ibu Bapa. Walaupun anak anda sudah tamat bersekolah anda masih boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka yang lepas.

Saya sedia maklum kebanyakan ibu bapa memang menitik beratkan pencapaian anak-anak dalam akedemik terutamanya Namun jangan sesekali mengabaikan aktiviti luar dan kokorikulum . Anak-anak akan lebih seronok belajar jika ianya diselitkan juga dengan aktiviti luar sekolah.



Disini saya  nak kongsikan sedikit tips untuk menjadikan anak anda cemerlang dalam peperiksaan. Setiap kali anak anda menghadapi peperiksaan anda boleh amalkan tips di bawah.

1-Jangan beri tekanan pada anak
2-Sentiasa memberi semangat pada anak
3-Pupuk kan keyakinan dalam diri anak
4-Bantu anak ulangkaji dalam keadaan santai
5-Ajak anak lakukan aktiviti luar supaya anak tidak tertekan
6-Pastikan anak tidur awal dan ada rehat yang cukup
7-Beri anak ruang untuk ulangkaji pelajaran
8-Maklumkan ganjaran yang bakal diterima jika anak berjaya.pastikan anda kotakan janji anda. :)
9- Berdoa dan lakukan solat hajat.

Semoga artikel ini dapat membantu semua ibu bapa diluar .Anda juga boleh bookmark link ini  http://www.sapsibubapa.co/  untuk memudahkan lagi anda semak markah peperiksaan anak anda secara online.

sekian..