Showing posts with label review filem Raatchasi. Show all posts
Showing posts with label review filem Raatchasi. Show all posts

Tuesday, 3 September 2019

REVIEW FILEM RAATCHASI : DR MASZLEE PUN SUKA FILEM NI

Hi semua..

Dah berapa kali tonton Filem Raatchasi? Malas nak tanya siapa dah tonton ke belum sebab saya percaya dah ramai yang tonton filem Raatchasi ni dan rata-rata nya suka dengan jalan cerita filem ini yang lebih logik dan tak kearah fantasi macam filem-filem tamil yang biasa kita tonton.

Fantasi: ( sekali tumbuk terbang ke tingkat 16 atau sekali tiup kereta pun boleh melayang)




Filem Raatchasi ditayangkan kepada umum pada Julai 2019. Filem arahan SY Gowthamraj, skrip oleh Bharathi Thambi dan lakonan Joythika ini  mengisahkan tentang usaha seorang guru besar di sebuah sekolah yang terkenal dengan masalah disiplin pelajar dan guru-gurunya.

Sinopsis Filem Raatchasi: Gheeta Rani seorang bekas pegawai tentera beralih kerjaya demi minat dan impian nya untuk mengubah dasar pendidikan di sekolah tempat dimana bekas kekasihnya bersekolah. Berbagai usaha dilakukan mendapat tentangan ramai namun dia tidak pernah berputus asa.

Dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah semuanya mula berubah hinggalah berbagai kejayaan dan perubahan mula ditunjuk kan walaupun secara paksaan dan ketegasan Gheeta Rani tidak mampu di patahkan oleh semua pihak.

Eh!awal-awal saya dah bagi spoiler ni.Hahah. Tak pe la. Oleh sebab filem ni wajib di tonton oleh setiap orang jadi saya tak risau nak bagi spoiler. Lagipun apa yang nak di tonjolkan dalam filem ini bukan lah kisah cinta Gheeta Rani tapi usaha dan kesabaran nya dalam mengubah dasar dan pandangan semua pihak dari guru, ibu bapa dan pemerintah berkaitan pendidikan di negara tersebut.






Bab lakonan Joythika tak payah nak sangkal lagi. Kalau siapa pernah tonton Chandramukhi tau la cemana dia ni punya lakonan. Betul-betul bagi kesan dan sampai sekarang saya masih teringat muka Joythika bila di rasuk hantu Chandramukhi.

Sama macam filem ni, yang paling saya ingat ialah bila dia dah angkat jari dan suruh jawab 3 soalan. Ha!semua dah start telan air liur. Hahahah. Ini benda pertama yang saya suka dalam filem ni.

Yang kedua nya waktu dia menangis didalam bilik dia sebab ayah dia meninggal. Dari ayah dia meninggal sampai di kebumikan, dia langsung tak sedih dan menangis. Dia pergi ke kubur dan letak kalung bunga untuk ayah dia. Tengaharinya dia masuk ke sekolah. Tak de cuti.

Tapi sampai je dalam bilik guru besar, dia buka whatsapp ayah dia yang lama dan dengar nasihat ayah dia, masa tu la air mata dia tumpah. Betapa kuat dan cekalnya hati wanita ni.

Dan yang ketiga saya paling suka babak dimana tiap kali dia berbual dengan driver Otto yang hantar dia ke sekolah setiap pagi. Masa ni lah dia akan dengar dan tahu apa yang orang bercakap pasal dia. Ada baik dan buruk. tapi dia tak marah pun. Driver Otto tu pun tak tahu sebenarnya wanita yang selalu naik Otto dia tu adalah Gheeta Rani, wanita paling tak de perasaan kat sekolah tu.Hahah..



Pertengahan filem ni saya agak risau sebab biasanya dalam filem tamil mesti ada samseng upahan yang kejam. Saya risau je takut jalan cerita sama macam filem lain. Samseng culik perempuan ni, buat tak senonoh, Lepas tu perempuan tu putus asa, kemudian dia sedih...bla bla..bla..

Alhamdulillah tak de babak macam tu. Hahah..

Dalam filem ni pun ada juga samseng tapi kena ingat la yang Gheeta Rani adalah seorang bekas pegawai tentera ye kawan-kawan. Setakat nak cedok kepala samseng tu benda kecik je..

Boleh dikatakan babak dalam filem ni tak de apa yang tak best. Semua best dan nampak setiap babak tu kita tak nak terlepas. kita nak tonton setiap saat sebab dia wanita yang sentiasa bersemangat.Samapi kita yang tengok pun jadi kuat.

Kalau nak tahu Dr Maszlee , Menteri pendidikan kita juga dah tengok filem ni dan dia pun suka. Sikit petikan dari Dr Maszlee :

"Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai.
Filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna.

Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.

Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil.

Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini.



Misalnya inisiatif PSP (Program Sarapan Percuma). Filem ini menterjemahkan aspirasi saya yang lebih dari sekadar makanan, tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita.

Begitu juga dengan isu keciciran murid. Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk atasi isu keciciran murid, termasuklah pihak polis. Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir.

Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.





Menjadikan pendidikan adalah visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar saya. Kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.

Semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini. Segera!

Bye..