Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

Sunday, 6 October 2019

REVIEW FILEM TAMIL JACKPOT [ FILEM COMEDY AKSI TERBAIK 2019

Hi..

Ramai pulak yang PM tanya cemana cerita JackPot tu.Best ke? Bagi yang nak tonton korang boleh langgan di astro. Kat wayang dah tak tayang rasanya. Jadi hari ni saya nak review filem tamil 2019 iaitu Jackpot. Lepas baca review ni mesti cepat2 langgan di astro First . Ini antara filem paling di nanti-nanti untuk tahun 2019 ni sebab ada Jyothika.



Ramai rupanya peminat Jyothika sejak dia muncul dalam filem Raatchasi. Watak nya sebagai Gheeta Rani betul-betul menarik dan terkesan. Dalam Jackpot pulak dia memang watak sebagai Akshaya.

Sebelum tu meh baca dulu sinopsis Filem Jackpot.

Akshaya adalah seorang perempuan yang penuh dengan tipu daya. nampak macam dia tengah bantu orang padahal dia tengah jerat mangsa dia. Dia bukan jenis perempuan yang lemah lembut, control ayu macam watak heroin filem tamil lain. Dia buat macam tu sebab duit. Masa kecik dia miskin dan tak de mak ayah jadi dia ikut sorang perempuan yang dikenali sebagai Masha.

Masha ni la dia punya rakan komplot dia dalam menjalan kan aktiviti penipuan .



Satu hari disebabkan pukul seorang polis di panggung wayang dia dipenjarakan.Dalam penjara tu memang warden pun tak berani kat dia. Dia pernah pukul warden yang tengah belasah sorang makcik tua. Babak tu korang boleh cari kat facebook. Ada viral sejak sehari dua ni.

Dalam penjara tu dia berkenalan dengan makcik tu dan makcik tu cerita la pasal belanga tembaga yang dia tanam di sebuah kampung. Belanga tu memang ada sejarah dia. Siapa yang simpan belanga tu akan jadi kaya raya. Apa saja barang yang dimasuk kan dalam belanga tu,  akan jadi banyak. So bayangkan lah kau kau masuk kan emas kat dalam tu.kan??


Jadi makcik tu suruh Akshaya pergi cari belangga tu dan berkhidmat untuk rakyat. Diaorang pun pergi lah kat tempat yang makcik tu cerita. Malangnya kawasan  nya ialah tapak kandang lembu rumah Encik Manasthan yang dia pernah tipu dulu. Hahaha.. Dah la lembu garang. Bukan senang diaorang nak sampai ke kandang lembu tu.

Review Filem Jackpot 2019

Filem Jackpot ni adalah filem comedy dan aksi. So memang layan habis dan kelakar. Walaupun ada Yogi Babu yang pegang watak Ragul, tapi banyak babak dia tak lawak pun. Dia tak cukup kelakar pula. Jyothika lebih kelakar dari Yogi Babu.

Awak-awal filem ni tak tahu apa la kaitan si Rahul dengan Akshaya .. Sampai dah 1 jam lebih baru lah Ragul dan Akshaya ni ada watak bersama. Jadi korang tunggu sikit la ye.

Aku paling suka part Akshaya jadi Inspektor Durai Dragon tu. Acah macam datang dengan 1 truck polis. Memang gelak berdekah part ni. last2 terpaksa jadi terencat akal.



Boleh dikatakan diaolang dalam dalam filem ni memang bikin pecah perut ketawa.Lagi-lagi kalau korang tengok kakak encik Manasthan yang jadi inspektor polis tu. Muka jantan tapi suara perempuan.

En Manasthan tu samseng tapi dalam geng dia cuma dia je yang berakal sikit. Konco2 nya semua tak berapa cerdik. hahah. Tapi muka ganas2.

Nak tahu diaorang dapat ke tidak belangan tembaga tu?? kena la tengok...

Keseluruhan filem ni memang menghiburkan. Kelakar sangat dan antara filem comedy tamil yang best untuk tahun 2019 ni.

Rating 8/10

Friday, 12 July 2019

REVIEW FILEM KUMBALANGI NIGHTS : FILEM MALAYALAM TANPA AKSI TAK MASUK AKAL

Hi Semua.

Hari ni aku nak review sikit satu filem Malayalam yang aku baru tonton ni. Filem Kumbalangi Nights bukan nya filem aksi lawan-lawan polis tangkap penjenayah atau cerita hero kuat boleh sepak kereta sampai melayang semata-mata nak membasteras Rasuah. Filem Kumbalangi Nights adalah filem keluarga yang sangai santai tapi jalan cerita yang menarik sampai korang tak duga dia punya jalan cerita tu.



Filem Kumbalangi Nights adalah filem Malayalam di tayang pada 2019. Maknanya filem ni masih baru. Pelakon-pelakon nya pun kita tak kenal. Ada lah sorang dua yang macam kita biasa tengok kat filem-filem tamil. Cuma watak yang diaorang pegang cuma watak untuk melengkapkan cerita saja.

Kisahnya : ada 4 beradik berbeza ibu tinggal dalam satu rumah. Dan diaorang ni tak bekerja pun.Cuma tangkap ikan sebab depan rumah diaorang ada sungai yang sangat cantik. Aku suka sangat rumah diaorang ni sebab ada sungai ni la. Tasik ke sungai tak tahu la..Tapi cantik betul pemandangan kampung Kumbalangi ni.Yang ni korang kena tengok sendiri la...






Saji, Bonny, Bobby dan Frankie. Diaorang tak berkerja. Frankie (bongsu) masih belajar dan dia duduk asrama. Aktif main bolasepak dan dia sedar kehidupan dia tak macam kawan-kawan sekolah dia yang lain. Bila cuti panjang semua pergi jalan-jalan tapi dia balik rumah abang-abang dia dan kena mengadap perangai abang-abang dia yang tak berapa matang.

Dah la tak kerja, girlfriend pun tak de. kat kampung tu rumah diaorang la yang paling buruk, dan diaorang ni memang orang tak pandang la. Nak buat menantu pun orang takmau.

Diaorang sendiri sedar benda tu tapi diaorang cuma anggap macam "tak pe la..nak buat cemana..". Entah macam mana satu hari si Bobby ni jatuh cinta kat gadis sekampung dia Nama Baby. Baby ni dah lama crush la kat si Bobby sejak sekolah lagi. Seronok la dia bila dapat Bobby walaupun Bobby tu tak de siapa yang nak pun. Hahah..



Bila dah ada GF, dia pun nak kawen la dengan si Baby. Jumpa la abang ipar si Baby sebab Baby dah tak de ayah jadi abang ipar dia yang kerja sebagai tukang gunting rambut tu la jaga diaorang sekeluarga.

Tapi abang ipar si Babay tak suka sebab Bobby ni duit pun tak de, kerja pun tak. Nak bercukup pun , abang nya Saji yang bayarkan. Lagi la dia geram. Abang Ipar baby ni jenis jaga standart la. Dia fikir dia la lelaki paling sempurna kat situ. Memang berlagak habis.






So macam mana pun si Bobby terpaksa la kerja. Kerja kat kilang ikan.

Si saji pulak di takdirkan dia terpaksa bawak balik sorang perempuan yang baru bersalin ke rumah tu. Semuanya sebab dia jadi punca suami wanita tu mati.

Bonny pulak jatuh cinta kat sorang perempuan warga asing yang datang melancong. Perempuan tu kena halau dari homestay sebab bawak balik Bonny ke Homestay tu. Jadi perempuan warga asing tu pun ikut balik la kerumah buruk bonny.



Bayang kan lah cemana 2 perempuan dan sorang baby masuk ke dalam satu rumah yang orang kampung anggap rumah paling buruk.

Tapi yang best nya kejadian-kejadian ni yang buat hubungan diaorang 4 beradik jadi lebih kuat. Dari suka bergaduh berguling-guling sampai la diaorang sepakat hidup bersama.






Korang kena tengok apa kejadian yang buat saji terpaksa bawak balik isteri kawan dia kerumah, Apa punca Abang ipar baby tak bagi Bobby dan Baby kawin. Apa jadi pada abang ipar Baby? Dan yang best sekali diaorang boleh duduk sama-sama makan sekali. Dulu tak de nya.. Main bedal je ikut suka. Hahah..

Ringan je ceritanya tapi menarik. Bagi korang yang bosan dengan aksi tak masuk akal filem2 tamil boleh la korang tonton filem ni.

Bye.


Thursday, 13 April 2017

REVIEW TELEFILEM KASUT BOLA PINK

Assalamualaikum...



Maisara dah banyak kali ingat kan saya untuk langgan filem Kasut Bola Pink di Astro ,tapi baru ni la berkesempatan nak langgan.Kebetulan dia demam jadi sambil rehat2 tu nak bagi hilang demam nya sikit saya bagi la dia tengok Filem televisyen Kasut Bola Pink lakonan Wafiy dan Erissa.Filem ni memang santai dan sesuai dengan kanak-kanak.Tak ada adegan yang melampau atau dialog yang buat ibu nak tutup tv..ahhahah



Kasut Bola Pink mengisahkan Rafiq (wafiy) dan Nina (Erissa) yang terperangkap dan bertukar identiti sewaktu kejadian petir di perhentian bas.Rafiq seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan suka bermain bola sepak .Manakala Nina seorang Vlogger dan berminat dalam persembahan teater sekolah.Kejadian bermula apabila Rafiq ditawarkan melakonkan watak Hang Tuah untuk satu persembahan teater.namun Nina yang awal-awal lagi berimpian memegang watak tersebut hanya diberikan kerja belakang tabir menyiapkan kostum untuk pelakon.



Sewaktu Rafiq dan Nina sedang menunggu ayah masing-masing diperhentian bas mereka terkena panahan kilat dan sewaktu itulah identiti mereka bertukar.Nina  terpaksa terpaksa melalui hari-hari seperti rafiq sepeti latihan bolasepak dan berlakon di hadapan ibu bapa rafiq (Taukey dan Jihan Musa).

Manakala Rafiq pula terpaksa melalui hari dengan menjadi Nina yang terpaksa membantu ibu dan ayahnya (Varnida Imran dan Rashidi)membuat kerja-kerja rumah, membuat tutorial solekan di youtube, dan memasuki pertandingan solekan.



Ada banyak aksi lucu yang mereka tempuhi sepanjang mereka bertukar identiti.Paling mencuit hati adalah babak sewaktu pertandingan solekan .Habis muka model cantik tu di kerja kan si rafiq.hhahhaaa..

Dalam telefilem ni juga ada Afdlin Syauki yang melakon kan watak Prof Tipooo..Tapi wataknya tak menonjol sangat..

Bagus nya cerita ni sebab dia mengajar kita supaya ada keyakinan dalam melakukan sesuatu.Tak semestinya kalau kita tak tahu satu-satu benda tu , maknanya sampai bila-bila pun kita tak kan tahu.Selagi kita tak mencuba selagi tu la kita tak tahu tahap mana yang mampu kita lakukan.



Hujung-hujung filem ni kita boleh tengok kanak-kanak perempuan main bola sepak..memang hebat la..Siap gelecek macam budak lelaki main.Mesti dah lama berlatih tu..

Kalau nak langgan boleh la langgan sekarang di Astro First.Tengah rancak dityang kan tu..nanti dah habis terpaksa la tunggu lama lagi boleh nak keluar kat astro ceria..Klaua langgan boleh layan sampai cemuih..heheh


sekian..

Thursday, 16 June 2016

APA YANG BEST TENTANG FILEM THE OTHER SIDE OF THE DOOR

Assalamualaikum...



Kelmarin tebus mata ganjaran Astro saya tebus filem dan beberapa barangan lain.
saya ambil filem The other Side of the Door..
Mula2 tebus dok tunggu awat la filem tak keluar lagi..
rupanya silap tunggu kat cenel lain..
padan la tak keluar walaupun dah sampai waktu tayangan.
hahahha...teruja sangat nak tengok filem ni..
sampai tunggu kat cenel yang salah..hahah..

Best tak filem The other Side of The Door ni?

Bagi saya filem ni jalan ceritanya biasa saja..
Cuma part seram tu memang ada la..
sampai terkejut2 makcik dan anak2..
tengok 3,4 kali pun mash lagi tutup mata..
hahah...

Awal2 mungkin  berlaku pertumpahan air mata sikit la..
sebab anak dia meninggal sebab lemas ..
dia tunjuk detik2 yang anak dia lemas tu memang tak sanggup tengok..
sampai je part tu mesti makcik tak tengok..
tak sanggup la tengok orang mati..
sedih gila..budak pulak tu..



Nama pun filem seram..kalau tak seram tak best la.kan??
bagi saya ada babak2 dalam filem ni yang memang seram.
dah la rumah yang diaorang duduk tu pun nampak seram jugak..
pengambaran nya kat india jadi ada lah unsur2 budaya hindu
dalam filem ni..

Tapi jalan cerita nya mudah nak faham..
budak2 pun boleh tengok..
ada lah satu babak yang tak boleh tengok..
babak bergolek atas katil..ada lah dalam 4 saat babak tu..
bila nak sampai part tu makcik alih siaran  lain bagi alasan nak
tengok dah start ke belum drama korea..hahaha
Untung nya sebab sebelum anak2 tengok, makcik dulu
tengok sorang2 time anak tidur dan ke sekolah..
Gigih tengok filem hantu sorang2 jam 7 pagi...
jadi kita tau la nak tapis bahagian mana..
hahahah...



last cerita..
akhirnya anak dan ibu kembali bersatu...
awat entah rasa lega bila ending dia macam tu..
Mungkin sebab saya fikir anak kecil mesti macam mana pun nak mak dia jugak..
sob..sob...:(

jangan lupa tengok filem ni ye..
best..makcik bagi 3.5 bintang untuk jalan cerita..
dan 4 bintang untuk keseraman .heheh



sekian..