Showing posts with label review blog. Show all posts
Showing posts with label review blog. Show all posts

Wednesday, 7 October 2015

BLOGGER INI BERDARAH MANIS

Assalamualaikum..

Alahai..Ingat kan dah publish entry Ni ..rupanya dok dalam draft je..
hahhaha..saya dah setting entry ni keluar jam 12 tadi..tapi tak keluar..
lepas bergolek,bergulang tengok tv,makan ,mencuci,mengemas ,
buka je blog..eh!!tak de...hahah..tu la..
tak sabar2 sangt nak berguling....jadi entry ni terpaksa saya edit balik...
dah la sambil edit sambil melayan anak nersembang...
entah apa yang dia sebut sampai saya tertaip kat sini..ahhaha



Blogger darah manis...Kalau tambah darah dia dalam sirap memang
tak payah tambah gula dah...Tidur malam pakai kelambu ye Lynn..
takut kena hurung semut..

Ini Blogger yang sedang menanti detik-detik indah dalam hidup dia..
Tak sabar dah la tu..Dalam hati berbunga-bunga kan ??
Blogger Lynndamia ..memang dah ramai yang kenal blogger ni sebagai kaki komen..
Pi la mana2 blog ada je dia dok mengkomen...

Cerita sikit pasal blog Lynn..
Bagi saya yang menarik tentang blog Lynn ialah pengisian nya.
Santai dan lebih mudah nak faham..banyak entry2 berkaitan DIY.
sekarang Lynnn sedang mengalami kegilaan pada emas..
jadi ada beberapa entry berkaitan pelaburan emas yang dia ada tulis.
nak pupuk minat pada emas boleh la jenguk entry Lynn.
ni salah satu entry tentang emas yang di tulis Lynn,..(klik untuk baca )

Dari segi template dan layout mungkin lepas ni
Lyn  boleh kemas kan sikit lagi..
contohnya macam disidebar tu..untuk entry 2 popular elak kan letak tumbnail.
Jimat ruang...Dan untuk bahagian penulis blog tu adalah lebih baik letak kat atas sekali.

Lynn ada perniagaan kecil berkaitan Felt craft.
Dah ramai yang membuat tempahan bantal felt dari Lynn.
hasil kerja nya memang cantik dan memuaskan harga pun berpatutan
dan tak la mencekik..heheh..
yang best nya dia bukan setakat jual..tapi kat blog dia siap ajar lagi
kta nak buat macam naa..ha..bagus kan??



kalau berminat nak kenal Lynn dan tengok bantal2 comel ni.boleh la jenguk2 di sini..:-

Blog: http://lynndamya.blogspot.my/

Facebook : Hummy Lovey

  Selamat hari jadi Lynn..jaga diri baik2..semoga bahagia selamanya..
semoga tetap sihat ye..dan semoga persiapan majlis dan majlis yang akan berlangsung  nanti berjalan lancar..


sekian...

SELAMAT HARI JADI ADIK MANISSSS...heheh

Assalamualaikum....

Hari ni 7 oktober adalah harijadi makcik sorang ni...
Seorang blogger  kecantikan,taukey pavlova, seorang ibu , isteri  ..
lagi apa ye?kalau boleh semua benda dia nak try buat..hahahha..

Ini lah dia Rara.. dari www.safurara.com..



Cerita pasal perniagaan dia..
Dulu awal2 berniaga tempahan sehari 2,3 kotak je..
syukur Alhamdulillah...Semoga tercapai cita-cita nya nak jadi kaya dan 
Meluaskan lagi empayar perniagaan nya...
Jangan risau Rara.dah ramai yang berjaya..tengok macam bekas blogger 
merangkap bekas dj hotfm kelate tu..Shazwani Shakeri...
Sekarang ni berkepuk2 duit sampai tak tahu nak letak kat mana..hehehh..
Mesti boleh ye Rara...

Selamat hari jadi ye..
Ucapan dah buat kat fb semalam..cukup2 la tu lahai...hahahah...

Cerita pulak  tentang blog Rara..
Bagi saya blog ni cantik dan kemas.
Rara pun rajin update blog .
Kalau tengok entry2 dia lebih kurang sama je macam entry saya..
semua cerita ada..pasal fesyen,isu semasa,cerita hiburan,
tentang blogger dan semua nya la...
jadi memang tak bosan baca blog dia...

Selain tu Rara pun ada buat review untuk produk-produk kecantikan..
Maklum la dia ni blogger kecantikan...
bab2 bedak ke,barang makeup semua tu memang kepakaran dia la..
Ada lagi ke yang masih belum berkenalan dengan blogger cantik ni?
Lepas ni pergi blog dia ye..

Mesti ada yang confuse dia ni blogger masakan ke
aau blogger kecantikan??hahah..
nampak???siapa kata orang cantik tak pandai masak??


Siapa yang belum kenal Rara dan teringin nak rasa pavlova dia boleh la contact dia ye...

Jenguk blog dia : www.Safurara.com


Facebook: Safura Fadhlan



Erm...lepas ni nak cerita tentang blog adik manis mana pulak entah???tunggu...

Sekian..



Sunday, 3 May 2015

PENGALAMAN KAK AYA DENGAN IBU SAUDARA YANG MENGALAMI PENYAKIT BUAH PINGGANG

Assalamualaikum....

Selamat bercuti semua...
dalam pada seronok bercuti tu jangan dilupakan juga
untuk memastikan makanan yang diambil adalah
yang berkhasiat dan berzat..
kuantiti nya jugak perlu la dikawal..
jangan main bedal je...
ikut macam kak Aya ni..
kabarnya dia dalam proses nak menurunkan berat badan..





kak Aya ni masa muda badan nya tak gemuk pun....
sebab dia rajin aerobik masa zaman muda mudi..
tapi bila dah berkahwin beranak ..
erm...naik berganda2 la berat nya..
tu la masalah ibu2 yang baru melahirkan anak ni..
nak bersenam itu ini tak de masa...anak masih kecil..
gaya hidup pun berubah ,makin lama makin terbiasa
dengan gaya hidup masa anak kecil tu..
sudah nya tak sedar anak dah umur masuk darjah
satu berat dah makin naik..betul tak kak Aya?

Tujuan Kak Aya nak turun kan berat badan jugak mungkin
disebabkan pengalaman yang dialami oleh
ibu saudara Kak Aya sendiri yang mengidap penyakit buah pinggang.
Sedikit sebanyak perkara ni memberi pengajaran kepada
Kak Aya dan keluarga supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Kisah Ibu saudara Kak Aya yang
lebih mesra dipanggil Ucu ni boleh kawan2 baca di sini.
Ucu masih mendapatkan rawatan untuk penyakit buah pinggang nya.
Pada kawan2 yang ada masalah yang sama dengan Ucu boleh la
bertukar2 cerita dan pandangan dengan Kak Aya..


nak kenal Kak Aya dengan lebih dekat?
jom terjah www.jendelahidup.com

Nak beli produk Shaklee,
nak beli produk Seqy Beauty,
nak beli bedung baby??

call/SMS/Whatsapp/Telegram 017-3416762 (kak Aya)


sekian..


Saturday, 25 April 2015

KENAPA SAYA SUKA BLOG INI?

STICKY POST!!
Scroll untuk entry baru...

Assalamualaikum...



Kalau saya kenalkan kawan-kawan dengan satu blog best nak tak??
Ada banyak blog yang best..
Yang ni salah satu nya...Sebab apa saya kata best?
Sebab bila baca je rasa macam apa yang ditulis tu menarik,
walaupun dia cuma cerita tentang hal-hal keluarga ,
kenangan lama,percutian..tapi best!tu yang penting...
Boleh kata ada aura la..

Nak tau blog mana??
Ni dia..Blog Naura atau mesra dengan panggilan Kak Aya.
Kak Aya ni lama dah menulis blog..
Saya mula kenal blog ni pun dari tahun 2010 kot..
kalau tak salah la..



Blog jendelahidup.com ni sebenarnya adalah blog bisnes Kak Aya jugak..
Dia berniaga  produk kecantikan..
kalau nak beli  produk kecantikan Seqy Beauty cari je Kak Aya.
Kak Aya ni adalah salah seorang agent sah Seqy Beauty..
Tapi dia tak nak fokuskan blog ni
semata-mata untuk perniagaan dia..
Tetap juga diselitkan kisah2 peribadi Kak Aya dan keluarga..

Selalunya bila blog mak2 ni yang kita nampak apa??
gambar banyak,lambat loading, sidebar sesak...kan??
tapi blog Kak Aya ni tak macam tu...
kemas je..Maklum la..orang lama dalam blogging..
mesti dah tau pantang larang nya..

Antara petikan dalam salah satu entry Kak Aya..

Percaya tak , tiap bulan kami terima gaji secara tunai tau....Kak Aya dan seorang lagi staff Melayu akan bawak envelope dan dokumen yang berkaitan, akan ke Menara Maybank untuk tunaikan gaji pekerja..bahaya kan? Kami borak-borak sambil jalan bawak duit yang banyak..Alhamdulillah tak pernah terjadi perkara yang tidak diingini sepanjang ulangalik ke bank. Nanti pegawai kewangan akan bahagikan gaji kami, beraturlah kami semua untuk terima bahagian kami, yang sen sen pun kami terima. -Kak Aya-

Nak baca entry penuh ?klik sini...

Jangan lupa singgah blog Kak Aya nanti ye..
letak dalam bloglist la senang..
Mesti kawan-kawan akan jatuh cinta dengan kenangan-kenangan lama
kak Aya sebab ada sesuatu dalam kisah seseorang yang kita
boleh gunakan dalam kehidupan kita..


sekian..

Friday, 5 December 2014

BLOG UNTUK ORANG YANG SUKA HIAS RUMAH CANTIK-CANTIK

Assalamualaikum...


Assalamualaikum...

Penaja Giveaway yang  terakhir yang saya review dan perkenalkan pada kawan2..
Apa yang ada di blog Fizah,
kawan2 susah  jumpa di blog lain.
nak tahu apa ??
Kena la singgah blog Fizah dan geledah isi nya.
tengok label kat sidebar ye..
silap2 tak jadi kerja la korang dok belek entry2 kat blog Fizah ni.
hehehe

saya klik kat label dinding tu..
memang terus rasa...
"nak buat jugak..."
hehehe..ngengada tau!

Fizah ada buat cabaran bulan november dan disember kalau nak join Klik la link ni.
mana tahu kalau ada rezeki kawan2
dapat la home binder baru  2015 nih..kan??

Fizah adalah salah seorang penaja
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Fizah   seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog Fizah


sekian..