Showing posts with label review blog. Show all posts
Showing posts with label review blog. Show all posts

Wednesday, 7 October 2015

BLOGGER INI BERDARAH MANIS

Assalamualaikum..

Alahai..Ingat kan dah publish entry Ni ..rupanya dok dalam draft je..
hahhaha..saya dah setting entry ni keluar jam 12 tadi..tapi tak keluar..
lepas bergolek,bergulang tengok tv,makan ,mencuci,mengemas ,
buka je blog..eh!!tak de...hahah..tu la..
tak sabar2 sangt nak berguling....jadi entry ni terpaksa saya edit balik...
dah la sambil edit sambil melayan anak nersembang...
entah apa yang dia sebut sampai saya tertaip kat sini..ahhaha



Blogger darah manis...Kalau tambah darah dia dalam sirap memang
tak payah tambah gula dah...Tidur malam pakai kelambu ye Lynn..
takut kena hurung semut..

Ini Blogger yang sedang menanti detik-detik indah dalam hidup dia..
Tak sabar dah la tu..Dalam hati berbunga-bunga kan ??
Blogger Lynndamia ..memang dah ramai yang kenal blogger ni sebagai kaki komen..
Pi la mana2 blog ada je dia dok mengkomen...

Cerita sikit pasal blog Lynn..
Bagi saya yang menarik tentang blog Lynn ialah pengisian nya.
Santai dan lebih mudah nak faham..banyak entry2 berkaitan DIY.
sekarang Lynnn sedang mengalami kegilaan pada emas..
jadi ada beberapa entry berkaitan pelaburan emas yang dia ada tulis.
nak pupuk minat pada emas boleh la jenguk entry Lynn.
ni salah satu entry tentang emas yang di tulis Lynn,..(klik untuk baca )

Dari segi template dan layout mungkin lepas ni
Lyn  boleh kemas kan sikit lagi..
contohnya macam disidebar tu..untuk entry 2 popular elak kan letak tumbnail.
Jimat ruang...Dan untuk bahagian penulis blog tu adalah lebih baik letak kat atas sekali.

Lynn ada perniagaan kecil berkaitan Felt craft.
Dah ramai yang membuat tempahan bantal felt dari Lynn.
hasil kerja nya memang cantik dan memuaskan harga pun berpatutan
dan tak la mencekik..heheh..
yang best nya dia bukan setakat jual..tapi kat blog dia siap ajar lagi
kta nak buat macam naa..ha..bagus kan??



kalau berminat nak kenal Lynn dan tengok bantal2 comel ni.boleh la jenguk2 di sini..:-

Blog: http://lynndamya.blogspot.my/

Facebook : Hummy Lovey

  Selamat hari jadi Lynn..jaga diri baik2..semoga bahagia selamanya..
semoga tetap sihat ye..dan semoga persiapan majlis dan majlis yang akan berlangsung  nanti berjalan lancar..


sekian...

SELAMAT HARI JADI ADIK MANISSSS...heheh

Assalamualaikum....

Hari ni 7 oktober adalah harijadi makcik sorang ni...
Seorang blogger  kecantikan,taukey pavlova, seorang ibu , isteri  ..
lagi apa ye?kalau boleh semua benda dia nak try buat..hahahha..

Ini lah dia Rara.. dari www.safurara.com..



Cerita pasal perniagaan dia..
Dulu awal2 berniaga tempahan sehari 2,3 kotak je..
syukur Alhamdulillah...Semoga tercapai cita-cita nya nak jadi kaya dan 
Meluaskan lagi empayar perniagaan nya...
Jangan risau Rara.dah ramai yang berjaya..tengok macam bekas blogger 
merangkap bekas dj hotfm kelate tu..Shazwani Shakeri...
Sekarang ni berkepuk2 duit sampai tak tahu nak letak kat mana..hehehh..
Mesti boleh ye Rara...

Selamat hari jadi ye..
Ucapan dah buat kat fb semalam..cukup2 la tu lahai...hahahah...

Cerita pulak  tentang blog Rara..
Bagi saya blog ni cantik dan kemas.
Rara pun rajin update blog .
Kalau tengok entry2 dia lebih kurang sama je macam entry saya..
semua cerita ada..pasal fesyen,isu semasa,cerita hiburan,
tentang blogger dan semua nya la...
jadi memang tak bosan baca blog dia...

Selain tu Rara pun ada buat review untuk produk-produk kecantikan..
Maklum la dia ni blogger kecantikan...
bab2 bedak ke,barang makeup semua tu memang kepakaran dia la..
Ada lagi ke yang masih belum berkenalan dengan blogger cantik ni?
Lepas ni pergi blog dia ye..

Mesti ada yang confuse dia ni blogger masakan ke
aau blogger kecantikan??hahah..
nampak???siapa kata orang cantik tak pandai masak??


Siapa yang belum kenal Rara dan teringin nak rasa pavlova dia boleh la contact dia ye...

Jenguk blog dia : www.Safurara.com


Facebook: Safura Fadhlan



Erm...lepas ni nak cerita tentang blog adik manis mana pulak entah???tunggu...

Sekian..



Sunday, 3 May 2015

PENGALAMAN KAK AYA DENGAN IBU SAUDARA YANG MENGALAMI PENYAKIT BUAH PINGGANG

Assalamualaikum....

Selamat bercuti semua...
dalam pada seronok bercuti tu jangan dilupakan juga
untuk memastikan makanan yang diambil adalah
yang berkhasiat dan berzat..
kuantiti nya jugak perlu la dikawal..
jangan main bedal je...
ikut macam kak Aya ni..
kabarnya dia dalam proses nak menurunkan berat badan..





kak Aya ni masa muda badan nya tak gemuk pun....
sebab dia rajin aerobik masa zaman muda mudi..
tapi bila dah berkahwin beranak ..
erm...naik berganda2 la berat nya..
tu la masalah ibu2 yang baru melahirkan anak ni..
nak bersenam itu ini tak de masa...anak masih kecil..
gaya hidup pun berubah ,makin lama makin terbiasa
dengan gaya hidup masa anak kecil tu..
sudah nya tak sedar anak dah umur masuk darjah
satu berat dah makin naik..betul tak kak Aya?

Tujuan Kak Aya nak turun kan berat badan jugak mungkin
disebabkan pengalaman yang dialami oleh
ibu saudara Kak Aya sendiri yang mengidap penyakit buah pinggang.
Sedikit sebanyak perkara ni memberi pengajaran kepada
Kak Aya dan keluarga supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Kisah Ibu saudara Kak Aya yang
lebih mesra dipanggil Ucu ni boleh kawan2 baca di sini.
Ucu masih mendapatkan rawatan untuk penyakit buah pinggang nya.
Pada kawan2 yang ada masalah yang sama dengan Ucu boleh la
bertukar2 cerita dan pandangan dengan Kak Aya..


nak kenal Kak Aya dengan lebih dekat?
jom terjah www.jendelahidup.com

Nak beli produk Shaklee,
nak beli produk Seqy Beauty,
nak beli bedung baby??

call/SMS/Whatsapp/Telegram 017-3416762 (kak Aya)


sekian..


Saturday, 25 April 2015

KENAPA SAYA SUKA BLOG INI?

STICKY POST!!
Scroll untuk entry baru...

Assalamualaikum...



Kalau saya kenalkan kawan-kawan dengan satu blog best nak tak??
Ada banyak blog yang best..
Yang ni salah satu nya...Sebab apa saya kata best?
Sebab bila baca je rasa macam apa yang ditulis tu menarik,
walaupun dia cuma cerita tentang hal-hal keluarga ,
kenangan lama,percutian..tapi best!tu yang penting...
Boleh kata ada aura la..

Nak tau blog mana??
Ni dia..Blog Naura atau mesra dengan panggilan Kak Aya.
Kak Aya ni lama dah menulis blog..
Saya mula kenal blog ni pun dari tahun 2010 kot..
kalau tak salah la..



Blog jendelahidup.com ni sebenarnya adalah blog bisnes Kak Aya jugak..
Dia berniaga  produk kecantikan..
kalau nak beli  produk kecantikan Seqy Beauty cari je Kak Aya.
Kak Aya ni adalah salah seorang agent sah Seqy Beauty..
Tapi dia tak nak fokuskan blog ni
semata-mata untuk perniagaan dia..
Tetap juga diselitkan kisah2 peribadi Kak Aya dan keluarga..

Selalunya bila blog mak2 ni yang kita nampak apa??
gambar banyak,lambat loading, sidebar sesak...kan??
tapi blog Kak Aya ni tak macam tu...
kemas je..Maklum la..orang lama dalam blogging..
mesti dah tau pantang larang nya..

Antara petikan dalam salah satu entry Kak Aya..

Percaya tak , tiap bulan kami terima gaji secara tunai tau....Kak Aya dan seorang lagi staff Melayu akan bawak envelope dan dokumen yang berkaitan, akan ke Menara Maybank untuk tunaikan gaji pekerja..bahaya kan? Kami borak-borak sambil jalan bawak duit yang banyak..Alhamdulillah tak pernah terjadi perkara yang tidak diingini sepanjang ulangalik ke bank. Nanti pegawai kewangan akan bahagikan gaji kami, beraturlah kami semua untuk terima bahagian kami, yang sen sen pun kami terima. -Kak Aya-

Nak baca entry penuh ?klik sini...

Jangan lupa singgah blog Kak Aya nanti ye..
letak dalam bloglist la senang..
Mesti kawan-kawan akan jatuh cinta dengan kenangan-kenangan lama
kak Aya sebab ada sesuatu dalam kisah seseorang yang kita
boleh gunakan dalam kehidupan kita..


sekian..

Friday, 5 December 2014

BLOG UNTUK ORANG YANG SUKA HIAS RUMAH CANTIK-CANTIK

Assalamualaikum...


Assalamualaikum...

Penaja Giveaway yang  terakhir yang saya review dan perkenalkan pada kawan2..
Apa yang ada di blog Fizah,
kawan2 susah  jumpa di blog lain.
nak tahu apa ??
Kena la singgah blog Fizah dan geledah isi nya.
tengok label kat sidebar ye..
silap2 tak jadi kerja la korang dok belek entry2 kat blog Fizah ni.
hehehe

saya klik kat label dinding tu..
memang terus rasa...
"nak buat jugak..."
hehehe..ngengada tau!

Fizah ada buat cabaran bulan november dan disember kalau nak join Klik la link ni.
mana tahu kalau ada rezeki kawan2
dapat la home binder baru  2015 nih..kan??

Fizah adalah salah seorang penaja
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Fizah   seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog Fizah


sekian..

Wednesday, 3 December 2014

BILA DAH BACA BARU TAHU..

Assalamualaikum...



Tak melampau kot kalau saya kata kawan2 boleh dapatkan seratus peratus maklumat berkaitan produk Shaklee dari blog Yatiadam ni.
Segalanya lengkap dan padat dengan maklumat berkaitan produk shaklee.
Sekarang ni memang ramai yang dah yakin dan percaya dengan 
kelebihan mengambil produk Shaklee
jadi kat sini kawan2 boleh baca dan sesuaikan dengan keperluan kawan2.

kadang2 kita ni tak tahu pun produk tu kita kena ambil sampai la 
kita baca dan hadam semuanya..
Ha..masa tu baru terfikir 
"patut la aku ni selalu sakit lutut.."
"patut la asyik pening2 je.."
Bila dah baca baru tau apa yang kurang apa yang terlebih dalam badan ni..

jadi kalau nak cari apa2 vitamin yang sesuai sila la ke blog Yatiadam dan 
tanya la apa saja .
InsyaAllah dia akan bantu..

Yatiadam adalah salah seorang penaja
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Yatiadam   seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog dan Fb  Yatiadam



sekian...

Tuesday, 2 December 2014

BLOG KAWAN LAMA

Assalamualaikum...


Blog kawan lama nih..`
Saya rasa ramai kawan2 yang dah follow blog Ujie nih..
memang Blogger yang rajin blogwlking.
Blog nya pun memang selalu update entry2 tentang percutian
dan review buku2 yang best.

Siapa tak kenal blog titian perjalanan ??
dah masuk kan blog Ujie ni dalam bloglist??

Saya suka entry Ujie tentang Cara menangani provokasi nih.
Macam2 provokasi kat laman sosial sekarang ni..
Tujuan nya cuma satu..
nak bagi orang marah dan sakit hati..
Kalau kita marah,berjaya lah dia..
Nak tahu cara nak menanganinya jemput la ke blog Ujie..ye..

Ujie adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Ujie  seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog Ujie.


sekian..

Monday, 1 December 2014

RESEPI MINUMAN MILK BOOSTER

Assalamualaikum...


Nak dapatkan resepi rahsia menambah susu badan??
Cepat2 klik resepi nya disini...
Entry paling menarik dalam blog Nad ni..
Bukan tu je..
Ada jugak resepi aiskrim sedap dan menyihatkan..
Pergilah geledah blog Nad ni..
mesti akan jumpa banyak entry menarik berkaitan Ibu susu kambing .

Untung lah siapa yang akan dapat Ibu susu kambing ni nanti?
Sebab banyak yang boleh anda hasilkan dengan menggunakan Ibu susu kambing ni.

Nadiah Abdah   adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog nad   seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog dan Fb  nad.


sekian..

Sunday, 30 November 2014

ADA TAK BLOG NI DALAM BLOGSLIST ANDA?

Assalamualaikum...


Assalamualaikum...
Cuba tengok dalam senarai bloglist kawan2..
ada tak blog cetusan mInda ni dalam bloglist kawan2??
kalau belum ada memang satu kerugian sebab banyak entry2 menarik dalam blog cetusan minda milik Vee ni..

Bukan tu je malah blog dia kemas sangat..
mesti rumah dia pun kemas..kan??ekekek..
kalau tengok blog dia mesti tak sangka yang dia pakai blogspot je..

Dalan \m banyak2 entry Vee saya sangat sarankan 
kawan2 untuk baca entry tentang 
Maklum la..sekarang kan musim kenduri kawen..
semua nak inai2 bagai..kan??
kalau boleh pipi pun nak inai..hehehe
Jom la ramai2 singgah blog Vee..

Vee (cetusan Minda)  adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Vee (cetusan Minda)   seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog danFb  Vee (cetusan Minda).


Sekian..

Saturday, 29 November 2014

MERAH TAPI CANTIK

Assalamualaikum...


Saya suka betul tengok header blog Cikgu Norazimah ni..
sesuai sangat dengan nama cikgu tu,,kan??

Bukan header saja malah keseluruhan blog Cikgu Norazimah memang menarik.
lagi2 warna merah di blog nya memang memukau la.
Warna merah tapi tak menyakitkan mata pun..

Dalam banyak2 entry yang Cikgu Norazimah tulis
saya paling tertarik dengan entry tentang 
sebab anak saya yang bertuah ni kan suka mengamuk tak tentu hala..kan??
Entry lama tapi banyak manfaat untuk semua..

Kalau kawan2 nak kenal dengan tuan punya blog ni
boleh la singgah ke blog cikgu Norazimah.

Cikgu Norazimah adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Cikgu Norazimah  seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog dan IG  Cikgu Norazimah


http://www.cekgunorazimah.com

sekian..

Wednesday, 26 November 2014

DIA NAK BUAT GIVEAWAY TAK LAMA LAGI...


Assalamualaikum....

Mesti ramai yang tertanya2 gambar apa pulak saya letak ni?/
hahahah..jangan pening2 ye..
Ini je gambar yang saya Jumpa di blog Eureka (Eda ) ni
gambar dia yang kat sidebar tu kecik sangat..
comel je kalau saya letak kat post nih..hahah..

Dah pernah singgah ke blog Eda??
kalau belum saya nak ajak kawan2 berkenalan dengan 
tuan blog EurekaSeven ni..

Eda memang suka join GA
da n tak lama je lagi dia akan buat giveaway,
jadi apa kata kawan2 singgah dulu blog dia..
follow dan like apa yang patut..
nanti dia buat GA tak la banyak sangat kerja..kan??
heheheh..

Eda juga sekarang ni tengah lelong satu benda yang 
mesti anak2 suka..
nak tau apa pergi la jengah blog dia kejap.

Eda adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Eda   seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog dan IG  Eda


sekian..


Monday, 24 November 2014

BLOGGER NI DAH BER DOT COM...


Assalamualaikum...

Ini kali kedua blog Parih di blog saya.
Blog yang kemas dan cantik..
Memang tak rugi kalau kawan2 ke blog dia
sebab ada banyak entry menarik..

Parih juga sangat rajin update entry baru.
Rajin blogwalking dan
tinggalkan komen.

kalau kawan2 nak kan tips dan tutorial berkaitan blog
dan komputer
boleh la minta pendapat Parih..

Parih sekarang dah pakai domain sendiri..
Dah berdot.com pun..
tahniah,.


Parih adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Parih   seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog dan Fb page parih.



sekian...


Thursday, 20 November 2014

MY NEW HEALTHTY LIFE - DILA KAZUHA

Assalamualaikum...



Mynewhealthtylife ni blog yang saya bau kenal.
Bila baca rasa best jugak blog di sebab tak semua post
bercerita pasal kesiahatan je..
ada banyak juga entry berkaitan hal2 blog
dan tips kecntikan..

Biasalah kita ni bila dah sakit baru nak menggoogle cai maklumat.
Bila tak sakit selalgi tutak beringat.
dengan ada nya blog
macam ni membuka sedikit mata dan cara pemikiran kita
dalam baba2 menjaga kesihatan diri.

Entry paling saya suka dalam blog ni adalah tentang
Hb rendah ketika hamil
sebab saya masa ngandung kan mIkhail ada masalah ni..
Lepas tu sekarang ni kawan saya si Lydia Miza
pun alami masalah yang sama..
Adik yang belum kawen tu kena baca la  entry ni
untuk persedian masa depan..

Dulu blog Dila pakai header kat atas tu..
tapi sekarang dia dah pakai theme baru..
lebih cantik emas dan loading pun laju..
kalau nak tau rupa bru blog dila cemana ,kena la pi terjah..

Dila  adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Dila  dan like fb Dila seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog Dila dan Fb page Dila..


  Sekian..

Monday, 17 November 2014

INI BLOG SUPERMOM

Assalamualaikum..



Best nama blog dia..
"Supermom with Superkids"..kan??
mesti ramai yang dah kenal blog Supermom nih..
Ramai pembaca setia blog dia..

Ada banyak cerita2 best tentang anak2Fiza nih.
selain tu review produk pun ada..
Pada yang nak promot produk jualan tu
cari la Fiza nih..
Entry review dari dia memang best.

Blog cntik sangat..
warna kegemaran saya nih..warna biru..
Mula menulis blog sejak tahun 2007 lagi.
Orang nya cantik..

saya suka entry fiza yang ini..

"TIPS BAGAIMANA UNTUK JAGA SOLAT"

klik ye kalau nak baca..

Fiza adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Fiza  seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog Fiza




sekian.



Thursday, 13 November 2014

BLOGGER RAJIN YANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN BLOG

Assalamualaikum...



Tau tak blog Yumida??
Saya tak tahu la sejak bila saya kenal blog ni..
rasanya dari zaman saya suka blogwalking malam2 dulu
dengan blogger adik2 nih..
jangan tak tau,dulu kan..
masa tahun 2010,2011,2012 dulu la..
kalau komen2 ni waktu siang je..
bila malam je mula la buat blogpecut..
Setakat tinggal jejak kat shoutbox je..
yang tak de shoutbox jangan gatal2 nak join belogpecut..
hahhahaha,,kita kenal masa tu ke Yumi???
ingat tak bila..??

Awak pulak mesti dah kenal blog Yumida..kan??
Rugi la tak kenal dan komen2 kat blog dia..
Rank alexa nya cantik tau..
Satu lagi cara nak dapatkan rank alexa yang baik ialah dengan
meninggalkan komen di blog yang mempunyai rank yang baik..

Pada yang belum ke blog Yumida..
di persilkan lah ye..
Komen2..folllow2..ok..

Yumida adalah salah seorang penaja
GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
bagi peserta2 GA jangan
lupa untuk follow blog Yumida seperti yang dinyatakan di dalam
syarat penyertaan..klik link di bawah untuk ke blog Yumida.



sekian..

Tuesday, 11 November 2014

BUKAN SEKADAR SHAKLEE TAU...

Assalamualaikum...



saya tahu mesti awak kata blog ini cerita tentang shaklee aje...kan??
OH!!tidak2..June memang pengedar Shaklee .
Siapa2 yang duduk kelantan tu nak dapatkan produk Shaklee boleh cari June ye..

Tapi blog dia bukan la seratus perats tentang barang Shaklee.
Blog June sama je macam blog kawan-kawan yang lain.
Menarik untuk dibaca
ditambh pulak banyak jugak maklumat2 kesihatan yang June tulis.

jangan lupa lawat blog june dan follow blog dia ye.
JUne adalah salah seorang penaja bagi
Giveaway hujung tahun yang saya lancarkan semalam.
Pada semua peserta sila add + google
dan follow blog dia ye..
 Ini syarat wajib yang perlu peserta patuhi.


sekian.

Tuesday, 4 November 2014

INI BLOG PENYOKONG TEGAR JDT

Assalamualaikum..

Rata-rata kebanyakan dari kita..
kita-kita la..yang blogger-blogger ni..
Memang suka blog personal..kan??
saya pun suka..lagi2 kalau tajuk nya tu santai2 je..
Contoh gini la.."Makcik shopping sakan kat kuala kangsar .."
memang tajuk nya menarik-narik je hati je nak baca..setuju tak??

Kalau setuju awak-awak ni mesti akan suka satu blog yang saya nak kenalkan ni.


Entry dia memang santai..tak payah nak siapkan mental
untuk paham apa yang dia nak cerita...
Sebab kebanyakan entry nya adalah tentang aktiviti harian dia..
Kisah anak-anak..
Antara kisah anak-anak yang saya suka baca dalam blog ini-

ZomBie KamPunG PiSanG


Ni satu lagi yang saya pelik..kita mak2 ni kalau citer anak orang
cukup suka baca..kan??tau sebab apa??
sebab kita suka la tengok anak orang tu sama ada
anak dia sama tak macam anak kita..hahahah..
ala..ngaku je la..hahahha...
lepas tu kalau  dia ada benda best2,kita pun berangan2 la nak beli jugak.heheh..


Antara entry lain yang saya suka dalam blog ni:-

Pembunuh Lipas Berkesan!!!


saya baru tahu pasal produk ni ..
kat rumah banyak lipas..kan??gigih suruh laki cari.
siap snap gambar dalam post tu bawak ke  kedai.ekekek

Awat comel sangat nih..
Tentang loading blog awak jangan risau.
Blog ni tak yah tunggu lama2 untuk loading.
gambar pun besar2.jelas dan terang kalau nak cuci mata.
saya memang suka blog yang gambar besar2 ni.

Jadi apa kata jom kita serbu blog dia
.jadi salah seorang follower blog ini dan kita 
jadi kawan eik??eik??
orang johor kan suka cakap 'eik".."eik"??


sekian..







Tuesday, 21 January 2014

SIRAP LIMAU-SEGAR LAGI MENYEGARKAN!

Assalamualaikum...




Jika di perhatikan tak ramai blogger yang suka menulis kisah rumahtangga dan tips kekeluargaan.Kebanyakan blog-blog begini banyak yang kita boleh jumpa dari blog luar negara.mungkin kerana perbezaan budaya dan agama membuatkan tak banyak yang boleh kita ambil sebagai rujukan atau untuk dikongsikan dengan orang lain.

Tapi dengan adanya siraplimau.com kini kita berpeluang menyelami permasalahan yang berlaku dalam institusi kekeluargaan dikalangan masyarakat kita.Disebabkan ianya lebih dekat dengan kita mungkin ianya boleh menjadi rujukan dan menimba pengalaman dari kisah orang lain.

Siraplimau.com juga mengalu-alukan pembaca untuk berkongsi sama kisah-kisah suka duka dalam alam rumahtangga dan percintaan.Pendapat dan pandangan pembaca lain juga turut sama dialu-alukan.



Selain itu dengan melayari siraplimau.com kita juga boleh mengumpul mata ganjaran.Ilmu rumahtangga dapat,mata ganjaran pun dapat.Cuma klik Rewards dibahagian sidebar dan kita berpeluang menebus mata ganjaran dengan bebrapa produk dan wang tunai bergantung kepada jumlah mata ganjaran yang ditetapkan.


Sebagai cadangan bersesuai dengan tagline siraplimau.com -"segar lagi menyegarkan" mungkin siraplimau.com tidak perlu menumpukan terlalu banyak kisah-kisah berkaitan hubungan seks kerana ianya akan menghad kan golongan pembaca.Mungkin lebih baik disi dengan tips kekeluargaan dan gaya hidup sihat sebagai panduan.Walaupun soalan-soalan dan permasalahan tersebut diutarakan oleh pembaca ianya perlu ada tapisan untuk menjaga nilai blog tersebut supaya tidak nampak "murah".

Setiap masalah perlu ada penyelesaian nya.pembaca mesti mahu tahu apakah penyelesaian setiap aduan mereka.Mungkin ada yang menghadapi masalah yang sama dan inginkan penyelesaian.Adalah lebih baik jika penulis juga dapat memberi sedikit cadangan dihujung setiap entri.Jadi tidak la nampak seperti penulis hanya copy and paste sahaja masalah yang diemailkan pembaca.

Diharapkan siraplimau.com teruskan usaha untuk memantapkan lagi blog ini dengan lebih banyak perkongsian yang bermanfaat sebagai panduan berguna suami isteri dan mereka-mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com

sekian..

Monday, 8 July 2013

SLOT BLOG REVIEW

Assalamualaikum.




Dah lama tak de orang buat Review blog..kan??
aku nak tau jugak apa kekurangan blog aku ni..
jadi kalau korang nak tau jugak jom la join ..
klik banner tau..

Diana rashid
Nama blog: Senyum-Senyum..

sekian..

Thursday, 21 February 2013

REVIEW ATAU PROMOTE?

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
esok cuti kan???boleh la tidur lewat sikit malam ni..kan??



malam ni aku nak ceita sikit tentang
review blog.aku bukan pandai sangt pun
review2 dan promote2 blog ni...
tapi sambil review dan promote aku jugak
belajar sesuatu dari blog2 tu..

Korang yang nak berjinak2 untuk review
dan promote blog orang,
mula2 sekali korang kena tahu
beza antara review dan promote..

kalau kita review,
kita cerita tentang apa yang kurang dan terlebih
dalam satu2 blog tu..
Jangan lupa jugak untuk cadangkan apa
yang lebih baik untuk blog tersebut..

Promote pulak korang cuma
bercerita tentang kebaikan blog tersebut..
ceritakan yang indah2 dan yang elok2
saja tentang blog itu
supaya pengunjung lain tertarik untuk
singgah ke blog yang korang promote.

tapi sambil review kita jugak
secara tak langsung mempromosikan blog tersebut..
sebab itu ramai blogger
suka kalau ada blogger lain yang
sudi review blog dia..
sapa tak suka..kan??


sekian...

##ini entry lama diulang tayang...untuk panduan blogger2 sekalian..