Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, 13 June 2019

5 RESEPI BISKUT RAYA PALING SEDAP TAPI MUDAH DAN CEPAT DIBUAT

Hye Semua..

Selamat Hari Raya.. Tahun ni rajin betul saya buat kuih raya. Kalau tahun-tahun sebelum ni memang malas nak buat. Buat pun setakat brownies dan kek saja. Biskut-biskut tak buat pun. 

Tapi tahun ni saya buat biskut raya. Buat biskut raya yang senang dan simple je. Tapi sedap.  


Ini lah 5 biakut raya yang sempat saya buat. Nak buat ni pun jenuh la halau anak-anak balik kampung kejap. Kalau si kakak tu dia tak peduli sangat biskut raya ni. Dia nak makan je. 

Tapi si adik tu. Aduh!! dia nak buat sama. Nak uli tepung macam kita buat. Tu yang susah sikit. Sebab tu nak buat biskut raya kena la buat masa dia tak de di rumah ataupun masa dia tidur.








Kalau untuk makan sendiri tak pe la ajak dia buat sama-sama. Ni benda nak jamu kat orang memang tak boleh la buat dengan dia. Hahaha,. Pengsan nanti orang makan. Tak pasal2 masuk hospital.

kat bawah ni saya dah sertakan sekali resepi untuk biskut raya simple tapi sedap ni. Boleh la korang try buat.

Coco Crunch Bersalut Coklat

Bahan-Bahan:

1 bungkus coco crunch
200g coklat masakan (dark chocolate)
1 sudu besar majerin
100 paper cup

hiasan: Boleh letak almond, coklat rice atau gula warna warni macam saya guna ni..

Cara-Caranya:

1- Susun paper cup dan masuk kan coco crunch dalam semua paper cup . ketepikan dulu.
2- Hancur kan coklat dan cairkan - double boiler.
3- Masuk kan majerin dan kacau lagi sampai cair semuanya,
4- masuk kan coklat yang dah cair dalam piping bag.
5- paipkan coklat dalam paper cup yang ada coco crunch tadi.

Buat sampai habis,. Lepas tu letak kan bahan hiasan yang korang suka.

Sejuk kan .Bila dah keras masuk kan dalam bekas. 

Biskut ni kalau tak sorok memang cepat la habis.Tak sempat nak jamu kat tetamu. Hahah




Biskut Nestum rangup dan sedap

Bahan-Bahan:

3 cawan Tepung gandum
3 sudu besar Tepung jagung
3 cawan majerin
1 biji telur
2 cawan nestum yang sudah dikisar halus
1 cawan badam yang di cincang .
1 cawan gula ising
1 sudu kecil esen vanila

Hiasan: coklat masakan yang dicairkan dan juga nestum 

Cara-Caranya :

1- Masuk kan majerin, gula ising , telur dan esen vanila ke dalam bekas pengadun. Pukul sampai sebati.

2- Masuk kan tepung gandum. tepung jagung , serbuk nestum dan badan. Uli dengan tangan je sampai jadi doh yang lembut.

3- Canaikan atas papan lepas tu potong petak ikut sama saiz. Baru lah masak sekata bila di bakar nanti.

4- Boleh juga kalau nak buat bentuk lain. Ikut suka la nak buat cemana.

5- Lepas tu ambik satu keping dan gaul2 dengan nestum . 

6- Susun dalam loyang. Ulang proses ni sampai habis adunan. 

7- Lepas tu bakar. 20 minit dengan suhu 180.  Bila dah sejuk boleh la lorek kan dengan coklat  yang dah di cairkan.

Kalau tak suka coklat boleh sapu kuning telur je . Biskut ni sangat sedap kalau makan dengan kopi O petang hari.Hahah..

Rasanya sama macam rasa biskut Oat dalam kotak yang ada jual kat kedai tu. Sekotak tu mahal jugak la. Tapi isi tak banyak. Buat sendiri puas hati makan.






Biskut Chips Coklat Rangup

Bahan-Bahan nya:

75g gula perang
300g butter
300g tepung gandum
1 sudu esen vanila
50g nuts (almond/walnut)
50g chip chocolate

 Cara-caranya: 

1-Campur gula perang,esen vanila dan butter.Kacau sikit2 je bagi sebati Tak payah kacau sampai kembang .

2-.Lepas tu masuk kan tepung gandum.

3- Almond atau walnut tu cincang-cincang  dulu lepas tu bakar dalam 15 minit je.Lepas tu masuk kan ke dalam tepung tadi.uli supaya dia jadi doh.Uli pun sikit2 je.asal kan nuts tu merata kat dalam tepung

4- last sekali baru masuk kan chip chocolate. kacau sikit2 je sebab nanti coklat tu cair habis doh jadi kaler koko.

5- kemudian Simpan dalam peti sejuk dalam setengah jam. Bukan tempat beku..simpan kat bawah-bawah je..






6- 15 minit sebelum bakar panas kan oven.suhu 180 .

7- Lepas tu keluarkan doh tu dari peti sejuk .jemput2 dengan tangan je letas atas loyang..Loyang tak payah sapu apa-apa..Boleh guna sudu je kalau tak nak guna tangan

8- saya bakar 30 minit suhu 180. 

Bila dah masak sejuk kan dulu baru masuk kan dalam bekas.Kalau tengah panas memang dia nampak macam lembik2 lagi.tapi ok dah tu sebenarnya..Dah sejuk baru la dia betul-betul keras. resepi dan gambar dari : Resepi Biskut Chips Chocolate

Biskut sarang Semut

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula ising
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1/2 mentega  buttercup
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna kuning (saya tak letak)

Hiasan: paper cup , manik gula warna warni atau pun coklat rice.

Cara-Caranya:

1- Pukul mentega dan gula ising sampai kembang. masuk kan esen vanila dan pewarna. Kacau sebati
2- Masuk kan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.
3- Uli sampai jadi doh.
4- kemudian tekap doh pada penyagat dan tekan perlahan-lahan, 
5- Cedok tepung yang dah di tekap pada penyagat tadi guna garfu dan masu kan dalam paper cup.
6- Taburkan hiasan dan bakar dengan suhu 180 selama 15 minit. 

Korang boleh guna cup yang kecil atau pun yang sedang je. saya guna paper cup saiz kecil. Buat yang kecil lagi bagus sebab raya orang nak try macam-macam biskut. kalau kita buat besar  nanti orang makan tak habis takut dibuang je.

Guna cup kecil sekali ngap je . Hahah 




Biskut Kacang

Bahan-bahannya: 

2 cawan kacang tanah yang dah di sangai - buang kulit dan kisar halus.
1 cawan majerin
1 cawan guna halus
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Hiasan: kuning telur

Campurkan semua bahan dan uli sampai jadi doh.

Tekap guna acuan yang korang suka.

Biskut ni akan jadi gebu bila dia tebal dan jadi rangup bila dia nipis. Jadi terserah korang nak biskut ni gebu atau rangup.

Sebelum bakar sapu kuning telur kat atas biskut.

Bakar dengan suhu 180 selama 20 minit. sejuk kan dan simpan dalam balang.

Yang dah habis biskut raya di rumah boleh la cuba resepi-resepi ni. Membuatnya pun tak lama. Boleh la dijamu pada tetamu yang datang.. Selamat mencuba



Tuesday, 7 May 2019

RESEPI AIR BUAH CAMPURAN VIRAL YANG SEDAP DAN MUDAH

Hi korang..



Bulan-bulan puasa ni kalau berbuka dengan air buah memang nikmat nya Ya Allah.. Bila ada air buah  campuran ni kurang la sikit kita makan benda-benda lain yang berat.

Saya pun esok nak kena beli buah jugak la.Sebab hari ni macam terlajak makan nasi je. Kalau ada buah tak la makan nasik sangat..kan?





Saya ada terjumpa resepi Air Buah Campuran yang dikongsi oleh Saudara Zaky Mat Ali di facebook nya. Nampak sedap betul air buah campuran ni.

Dengan kaler2 yang menarik mesti akan buat orang terkam air ni dulu bila nak buka puasa.

Perkongsian Saudara Zaky Mat Ali ni telah mendapat perhatian dari warga net dengan hampir 1.5k komen dan 10k perkongsian.

Jom kita tengok cemana cara buat Air buah Campuran ni.



Bahan-bahan nya:

- Satu tin susu sejat
- Setengah tin susu pekat
- Satu tin buah laici
- Satu biji buah naga
- Dua biji buah manga
- Cincau
- Ais

Cara-Caranya:

Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas.
Kemudian tambah lagi dua cawan air.
Campur semua bahan dan kacau.






Tada.... Gini lah rupanya bila dah siap.. Dah macam air bunga pun ada nih.. 
Kalau nak lagi sedap boleh letak buah-buah lain jugak ni.\Contohnya macam tembikai merah atau pun tembikai susu.

macam anak-anak saya ni kurang suka cincau.Jadi boleh la ganti dengan tembikai.




Nampak sedap kan??tambah pulak ada susu tu.. Kalau letak kurma pun ok rasanya.

Jom la kita try buat nanti..

Sumber: Facebook Zaky Mat Ali


Monday, 8 April 2019

RESEPI PAJERI TERUNG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

Dah lama tak masak pajeri terung. Baru-baru ni ramai pulak jiran-jiran yang hantar terung kat rumah. Musim terung ke apa tak tahu la.hahhaha.. Seronok la kita dapat terung sebab saya ni memang suka makan terung. Lagi-lagi kalau dibuat pajeri.



Nak buat Pajeri Terung ni sebaiknya gunakan terung panjang. Boleh je nak guna terung bulat cuma tak cantik la.Hahha...Tapi rasa nya sama je la.Kalau tak de terung panjang guna je la terung bulat tu.

Terung ni pun macam-macam jenis jugak.Ada yang kaler hijau . Yang tu kurang sedap di buat pejeri.Selalunya terung hijau tu saya guna untuk buat ulam atau buat masak lemak cili padi.





Bila masak pajeri terung ni saya bukan makan dengan nasik pun.Saya suka ratah je.Jadi bila buat pajeri kena buat periuk besar sebab nak guna 3,4 biji terung.Mana cukup kalau setakat sebiji dua.

Mak saya pernah ajar buat pajeri dan awal2 tu saya rasa kenapa rumit sangat nak masak pajeri ni.??Macam susah je..Biasa lah orang tua kalau masak ikut step.Silap step mula la nak marah kita..hahah..

Bila dah berkahwian ni dapat pulak suami suka makan pajeri. Malas pulak nak ikut cara mak tu.Lambat sangat jadi kita buat cara kita je la.Lebih cepat, sedap dan mudah.

Ini resepi pajeri nenas cara saya.yang penting kena guna periuk besar sebab kalau guna yang kecik mercik-recik nanti habis la dapur.

Ok jom tengok resepi nya.

Bahan-Bahan membuat Resepi Pajeri terung yang sedap dan Mudah.

2 biji terung panjang di potong dua jangan putus.- Maknanya belah dua sampai tangkai dia je.Tujuan nya entah la..sebab mak ajar potong macam tu.hahaha

2 sudu besar rempah kari  ikan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang\
2 kuntum bunga cengkih

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

1 sudu besar udang kering
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar merah.
2 biji  cili besar

1 cawan santan pekat+ setengah cawan air.
garam secukup rasa
1/2 senduk minyak masak

Cara-Caranya:

Kisar bawang merah, halia dan bawang putih.Kemudian panas kan minyak.

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih dan udang kering. kemudian masuk kan bahan kisar.

Tumis hingga bahan garing. Kemudian masuk kan rempah ikan.Masak sampai rempah pecah minyakk.

Masuk kan kerisik, santan, gula, garam cili besar dan terung,.

Dengan api perlahan masak sampai kuah jadi pekat dan pecah minyak.hati-hati sebab bila dia mendidih kuah nya tu kana merecik.Sebab tu kena guna periuk besar sikit.





kalau suka kuah pekat boleh masak sampai pekat.Kalau suka sedikit cair tambahkan sikit2 air ikut selera dan citarasa korang.

Bila terung dah betul2 masak dan meresap kuah pajeri dalam terung tu boleh la angkat dan dihidangkan.

Gula merah tu boleh digantikan dengan gula pasir biasa.

selamat mencuba..:)

sekian..


RESEPI KEK BATIK YANG PALING SEDAP DAN MUDAH - COMFIRM JADI

Hi semua..

Siapa suka makan kek batik? Kek batik ialah kek yang dibuat menggunakan biskut meri. Biskut yang kita suka makan masa kecil-kecil dulu. Celup dalam kopi O dan makan. Kalau makan saja macam tu pun sedap.



Kenapa dipanggil kek batik? Sebab bila di potong ada corak pada potongan kek tu. Sebab tu dipanggil kek batik. Selalunya kek batik ni dibuat menggunakan serbuk milo.Tapi kalau tak ada serbuk milo boleh nak gunakan serbuk coklat atau serbuk koko.

Saya pulak gunakan kedua-duanya sekali. lebih kuat rasanya..

Bagi yang tak suka kan coklat boleh gunakan serbuk perasa yang lain. strawberi ke, pisang ke, ..Kena olah sikit la resepi nya tu.





Ada orang suka kan kek batik yang lembut dan ada juga yang suka kan kek batik yang keras dan rangup. Kedua-dua nya saya dah cuba buat. Dua-dua sedap  Yang keras tu kena potong guna pisau yang hulu nya besi. .kalau tidak habis jahanam pisau.

Pergi pasar malam baru-baru ni saya beli biskut meri. Saya tak pernah beli biskut meri yang dalam tin besar tu. Nak try juga sedap ke buat kek batik guna biskut meri yang tin besar tu. Selalunya guna biskut meri yang dah siap bungkus jenama julies atau muncys je.



Saya beli rm5.Biskut meri coklat. Bukan yang perisa original tu.  Cukup untuk satu loyang kek batik. Ikutkan pendapat suami dan anak-anak kata mereka kek batik yang perisa original tu lebih sedap berbanding yang coklat.

Ok.. apa pun saya share jugak resepinya disini .Mana lah tahu kalau-kalau ada yang nak cuba buat kek batik. Kalau tak suka biskut meri perisa coklat tu boleh la tukar dengan yang original. Ini kek batik yang versi lembut. Lembut tu tak la lembut macam kek span atau lembut macam kek kena rendam air. Hahahh..





Bahan-bahan A
1 bungkus biskut meri

Bahan-bahan B:
1 cawan majerin
1/2 cawan susu pekat
1 cawan brown sugar
2 sudu besar serbuk milo
2 sudu kecil serbuk koko
2 biji telur
2 sudu tepung gandum
sedikit esen vanila
1 1/2 cawan air.


Bahan untuk Topping
1 cawan coklat compund
1/2 cawan susu pekat
2 sudu majerin






Cara-Caranya:

Masuk kan semua bahan B kedalam kuali atau periuk. Masak menggunakan api perlahan sambil kacau guna whisk.

Selapas sedikit pekat masuk kan biskut meri. Terserah nak patah-patahkan biskut meri tu atau nak biarkan je sekeping gitu.

kacau sebatti sampai coklat kena semua biskut. Kemudian Tutup api.

Ambil loyang saiz 8x8. Letak kan baking paper.



Lepas tu masuk kan biskut meri tadi dalam loyang. Tekan2 biskut tu sampai padat dan rata. Saya guka sarung tangan plastik je untuk padatkan kek tu. Tak panas pun. kalau tak tahan panas guna lah senduk ke, sudu ke.

Lepas tu kita buat topping kek pulak.

Masuk kan bahan-bahan untuk topping ke dalam bekas dan cair kan. Boleh cairkan guna mikrowave atau guna kaedah boiling je.

Kemudian siram dan ratakan diatas kek batik tadi. Kemudian masuk kan dalam peti sejuk.

Topping yang saya buat ni keras sebab anak-anak suka gigit coklat. Kalau korang suka topping yang lembut korang boleh buat coklat frosting je.



kalau tak suka topping pun tak pe. Boleh terus masuk kan kek dalam peti sejuk dan biar dia mengeras. Bila dah keras boleh keluarkan dan taburkan serbuk milo banyak2.

Lepas tu potong dan makan.

*kalau nak buat kek batik yang kerasa dan rangup jangan masuk kan tepung gandum dan kurang kan sukatan air dengan meletak kan hanya 1 cawan air.

Selamat mencuba.




Friday, 5 April 2019

RESEPI KEK MAJERIN MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum....


Petang ni nak masak apa ye untuk minum petang?
Kalau boleh buat yang simple2 aje dah la..
Saya ni kalau hari suami dan anak2 cuti saya malas nak lama2 kat dapur..








Seronok buat aktiviti dengan diaorang je..
Kadang2 tu masak pun tak..
Tapi kalau anak2 nak juga rasa air tangan ibu dia ni turun jugak ke dapur 
dan saya akan pilih resepi2 yang ringkas saje lah unyuk disediakan pada diaorang..




Kalau rasa nak buat kek , ini pilihan yang mudah dan cepat nak buat.tapi sedap dan anak2 pun suka...
Kek majeri yang sedap dan mudah..
Saya memang dah selalubuat kek ni..
Kalau tak salah saya ,saya dapat resepi dulu kat facebook Sheila Rusly.
Sukatan nya pun saya tak ubah sebab ianya memang cukup sedap dan sesuai dengan tekak kami seisi keluarga..

Nak tengok resepi kek mejerin mudah dan sedap..

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 cawan majerin (saya guna majerin pelangi je)
3 biji telur
1cawan gula halus
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya?

1 -Ayak tepung gandung bersama baking powder.ketepikan..

2-pukul majerin dan gula sampai kembang

3-masuk kan telur sebiji demi sebiji.

4-masuk kan esen vanila dan susu pekat..pukul lagi..

5-masuk kan tepung gandum yang diayak tadi..





6-kalau nak nak buat marble kek , asing kan dua bahagian dan masuk kan apa2 pewarna yang kita nak..kalau tak nak warna warni tu bakar macam yu je pun tak pe..sama je rasanya ..sedap..

7- masuk kan dalam loyang yang dah di sapu majerin dan di taburkan sedikit tepung gandung..

8- bakar pada suhu 170 selama 40 minit..

Tunggu sejuk baru keluarkan dari loyang..kek saya ni kena letak coklat sikit atas dia untuk menggoda ank2..kalau kosong gitu je diaorang tak nak makan..haha..kalau tak nak letak apa2 pun sedap..

Selamat mencuba..