Showing posts with label resepi kuih Lompang. Show all posts
Showing posts with label resepi kuih Lompang. Show all posts

Monday, 23 January 2017

RESEPI KUIH LOMPANG PALING SEDAP

Assalamualaikum..




Kelmarin saya ada upload gambar Kuih Lompang ni di facebook.Rupanya ada nama lain untuk kuih Lompang ni.Ada yang panggil Kuih Kosoi dan  Kuih kaswi .Kuih Lompang ni yang sedapnya bila dia kenyal-kenyal yang tak berapa kenyal.Paham ke tak tu??Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dacampur sedikit garam.Kuih Lompang diatas ni jiran saya yang bagi.Oleh sebab rasanya sedap sangat dengan muka tak malu saya mintak resepi  kuih Lompang Paling sedap pada jiran saya tu..hahaha..

Kuih Lompamg ni sedap mungkin sebab tak pakai gula pasir.100% gula merah.jadi tak manis sangat tau..sedap2 je rasanya..Untuk adunan yang disediakan ni saya tak tahu la dia dapat banyak mana tapi yang dia bagi pada saya pun memang banyak..Makan sampai kenyang la..Ok..jom kita tengok resepi kuih Lompang paling sedap .Resepi dari @AnisfaMankelate




Bahan-bahan membuat kuih Lompang paling sedap :


 3 cawan air 
1 cawan gula merah 
2 setengah cawaan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan tepung ubi 
1 sudu air kapur
Kelapa parut
garam



Cara-cara membuat Kuih Lompang paling sedap.


1- Masak gula merah bersama air.Tapis kemudian ketepikan.

2- Dalam satu bekas campurkan tepung beras, tepung ubi dan tepung jagung bersama air kapur dan 2 cawan air.Kemudian masuk kan air gula merah tadi.

3- Panas kan periuk kukus bersama acuan yang sudah disapu sedikit minyak.

4- Senduk kan adunan kedalam acuan dan kukus selama 15-20 minit.

5- Bila dah masak  keluarkan dari acuan.

6- Selepas dikeluarkan dari acuan letak kelapa parut .




**Kelapa parut perlu dicampurkan sedikit garam dan dikukus dahulu untuk mengelak kan kelapa menjadi masam.


Mudah je nak buat Kuih Lompang yang sedap ni..kan??Lepas ni boleh la buat kuih Lompang yang sedap ni.Acuan tu banyak dijual di kedai2 barang plastik.Berapa sen sangat la..kan??Tapi tu la..saya pun tak de acuan tu..ahhahaha..ok..nanti saya beli la..

selamat mencuba...

sekian..