Showing posts with label resepi kek sarang semut. Show all posts
Showing posts with label resepi kek sarang semut. Show all posts

Monday, 1 April 2019

RESEPI KEK SARANG SEMUT ATAU KEK GULA HANGUS YANG MESTI JADI

Hi Semua..

Entah berapa kali dah saya share resepi Kek sarang semut atau pun kek gula hangus nih. Dari pada tak reti buat sampai la sekarang dah mahir la saya buat kek ni.

Kalau dulu bila kek tak jadi, jenuh fikir apa la sebab nya. Tapi sekarang dah tahu rentak kek sarang semut ni macam mana.



Banyak juga resepi-resepi kek gula hangus yang saya cuba. Ada resepi-resepi tu yang saya jumpa di facebook dan ada juga yang dikongsikan oleh kawan-kawan terdekat.

Mungkin ada yang rasa agak susah nak membuat kek ni. Tapi kalau dah selalu buat korang akan rasa ini lah kek yang paling senang nak dibuat.

Kek ni memang menjadi kegemaran keluarga saya. Dulu buat kek ni tak jadi pun habis licin. Hahah.. Sekarang ni kalau raya saya mesti akan bawak balik ke nih ke kampung.





Bagi yang nak tahu cara membuat kek sarang semut atau Kek Gula Hangus ni saya akan kongsikan sekali lagi resepi dan cAra membuat nya.

InsyaAllah , kalau korang ikut step saya ni mesti kek korang akan jadi. Rongganya pun lebih cantik dan menyeramkan.Hahahh..

Resepi Kek Gula Hangus / Resepi Kek Sarang Semut.

Tinggi 3 cm Loyang saiz 8 inci

Gandakan sukatan dan tempoh membakar lebih lama kalau nak kek lebih tinggi (guna loyang yang lebih tingg)

Bahan-bahan nya:

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu besar majerin/butter

Bahan B
1 cawan tepung gandum
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 tin kecil susu pekat


Cara-Caranya:
Langkah pertama kita nak buat gula hangus.
1- Masuk kan gula dalam periuk dan masak atas api yang kecil.

2- sentiasa kacau gula . Jangan sampai gula hangus .Nanti takut kek akan jadi pahit



3- kacau guna whisk lebih mudah. Kacau hingga gula bertukar warna menjadi perang



4- Masuk kan air panas. Hati-hati sebab gula dan air panas akan mendidih.

5- Kacau sampai gula dah tak berketul.

6- tutup api dan masuk kan majerin.

sejuk kan air gula.Ambil masa dalam 1-2 jam nak sejuk kan air gula nih..
Nak buat kek nih kena banyak bersabar sebab memang akan makan masa berjam-jam.

Langkah kedua kita nak buat bancuhan kek.
1- Ayak tepung dengan soda bikarbonat, Ketepikan.

2- Pukul telur bersama esen vanila sampai kembang. Pukul sampai telur bertukar menjadi warna putuh dan berbuah halus. kalau guna mixer dalam tempoh 3-4 minit

3- Masuk kan susu pekat . Kacau je guna senduk.

4- Masuk kan tepung dan kacau sebati.





5- Last sekali masuk kan air gula yang dah sejuk tadi. kacau guna senduk je tau.Kacau sampai rata semuanya lepas tu  masuk kan dalam loyang.

6- Lapik loyang dengan baking paper. Kemudian sapu butter kat atas kertas tu.

7- Tuang adunan dalam loyang. Tutup loyang dan peram bancuhan tu selama 3-4 jam. Korang boleh peram sampai 7-8 jam juga untuk hasil yang lebih baik.



8- Tak payah simpan dalam peti sejuk ke, almari ke..letak atas meja makan gitu je.

9- Sebelum bakar panas kan oven api bawah suhu 170. Bakar selama 1 jam 30 minit. Kemudian buka api atas bawah dan bakar lagi 15-20 minit

cukup masa tinggal kan je dalam oven selama 15 minit,.



10- keluarkan dari oven dan sejuk kan dia.Bila dah sejuk boleh la di potong. Kena potong melintang tau. Bukan macam potong kek hari jadi tu. Baru la nampak ronga-ronga sarang semut tu.

Kek korang akan kurang berongga kalau kek bakar tak cukup lama. Lagi lama bakar lagi cantik sarang semut dan lagi cantik kaler nya. Tapi janga la bakar sampai hangus tau.

sebab tu lebih selamat kalau dibakar dengan suhu antara 170- 180 je.



Ok..tu je tips nak buat kek sarang semut nih. Tak susah pun sebenarnya. cuma ambik masa lama je. Jangan lupa cuba dan boleh kongsikan hasil nya dengan saya nanti .

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Friday, 30 June 2017

RESEPI KEK SARANG SEMUT MESTI JADI YANG SEDAP DAN SENANG

Assalamualaikum...

RESEPI KEK SARANG SEMUT MESTI JADI YANG SEDAP DAN SENANG Kek sarang semut atau pun kek gula hangus  - Raya kali ni saya buat kek sarang semut. Kek sarang semut ni ramai penggemarnya.. Sebab tu saya buat jugak la kek ni . Lagipun nak membuatnya bukan lah susah pun. Saya pun dah beberapa kali kongsikan resepi kek sarang semut atau pun kek gula hangus yang sedap dan paling mudah ni di blog saya.

Biasaya penggemar kek ni adalah dikalangan makcik pakcik je..ahhahah.Golongan veteren memang suka la kek ni..Budak-budak pulak  macam takut-takut  nak makan kek ni. Lagi-lagi bila dengar nama kek ni. Boleh ke makan??hahahhaha

Dibulan syawal ni mesti banyak jamuan-jamuan raya yang kita nak pergi.Ada juga yang kita sendiri kena bawak kuih raya.Saya cadangkan buat je la kek sarang semut ni. sebab kek sarang semut ni mesti jadi dan rasanya sedap, nak buat pun senang je.

Jom saya ajarkan cara nak buat kek sarang semut mesti jadi yang sedap dan senang. Bancuhan ni untuk loyang saiz 10 inci .

Resepi kek sarang semut

Resepi Kek Gula hangus Paling senang dan sedap 


1- Untuk langkah pertama kita kena buat GULA HANGUS dulu.


Bahan-bahan untuk membuat Gula Hangus

2 cawan gula pasir
2 sudu besar majerin pelangi
2 cawan air panas

cara-cara membuat Gula hangus

Masuk kan gula ke dalam periuk dan dengan api perlahan cair kan gula tersebut.

Sentiasa kacau supaya gula tak hangus.kalau hangus hitam buang je la sebab nanti rasa kek pahit.Jadi api tu kena jaga.

Bila gula dah cair dan kaler dia pun dah coklat2 sikit, masuk kan air panas .Hati-hati sebab nanti dia berbuih2 kena tangan tu..Kacau smpai tak de lagi gula yang berketul.

Tutup api dan masuk kan majerin pelangi.Ketepikan supaya dia sejuk..



2- Langkah kedua kita nak buat bancuhan kek pulak.

Bahan-bahan 

2 cawan tepung gandunm
8 biji telur gred B
2 sudu kecil soda bikarbonat
esen vanila
1 tin susu pekat

Cara-caranya.

Mula-mula sekali ayak tepung gandum dan  soda bikarbonat .lepas tu ketepikan dulu tepung ni.

Dalam bekas lain pukul telur dan esen vanila sampai kembang.Telur akan bertukar warna jadi putih berbuih-buih halus  bila dia dah kembang . Selagi tak warna putih jangan berhenti pukul telur tu.Kalau tak kembang tak naik la kek nya nanti.

Kemudian masuk kan susu pekat.Pukul sekejap je kalau mixer korang jenis laju..sebab nanti masuk tepung nak pukul lagi..

Lepas tu baru masuk kan tepung yang kita ayak tu..Masuk kan sikit2..sambil tu terus kacau sebati..sampai tepung habis.

Last sekali baru masuk kan air gula hangus (langkah 1) tadi.  Masuk kan ke dalam adunan tu dan kacau dengan senduk kayu je.Tak payah pakai mixer dah.

Kemudian adunan tadi di tutup dan di biarkan selama 1-2 jam..Jangan masuk kan dalam peti sejuk.Biar je kat atas meja makan tu..nak biar lama lagi pun boleh..

3- Cukup 2-3 jam atau berapa lama yang korang suka boleh la dibakar.


Sebelum bakar panas kan oven dulu selama 5-10 minit.

Suhu 170 . Bakar kek guna api bawah saja selama 1 jam 30 minit. Kemudian bila dah bunyi ting!! tambah lagi masa 20 minit dengan api atas sahaja..Suhu tukar pada 150 .

Bila dah sejuk baru lah di potong.

selamat mencuba...


sekian...