Showing posts with label resepi kek gula hangus. Show all posts
Showing posts with label resepi kek gula hangus. Show all posts

Monday, 1 April 2019

RESEPI KEK SARANG SEMUT ATAU KEK GULA HANGUS YANG MESTI JADI

Hi Semua..

Entah berapa kali dah saya share resepi Kek sarang semut atau pun kek gula hangus nih. Dari pada tak reti buat sampai la sekarang dah mahir la saya buat kek ni.

Kalau dulu bila kek tak jadi, jenuh fikir apa la sebab nya. Tapi sekarang dah tahu rentak kek sarang semut ni macam mana.



Banyak juga resepi-resepi kek gula hangus yang saya cuba. Ada resepi-resepi tu yang saya jumpa di facebook dan ada juga yang dikongsikan oleh kawan-kawan terdekat.

Mungkin ada yang rasa agak susah nak membuat kek ni. Tapi kalau dah selalu buat korang akan rasa ini lah kek yang paling senang nak dibuat.

Kek ni memang menjadi kegemaran keluarga saya. Dulu buat kek ni tak jadi pun habis licin. Hahah.. Sekarang ni kalau raya saya mesti akan bawak balik ke nih ke kampung.





Bagi yang nak tahu cara membuat kek sarang semut atau Kek Gula Hangus ni saya akan kongsikan sekali lagi resepi dan cAra membuat nya.

InsyaAllah , kalau korang ikut step saya ni mesti kek korang akan jadi. Rongganya pun lebih cantik dan menyeramkan.Hahahh..

Resepi Kek Gula Hangus / Resepi Kek Sarang Semut.

Tinggi 3 cm Loyang saiz 8 inci

Gandakan sukatan dan tempoh membakar lebih lama kalau nak kek lebih tinggi (guna loyang yang lebih tingg)

Bahan-bahan nya:

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu besar majerin/butter

Bahan B
1 cawan tepung gandum
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 tin kecil susu pekat


Cara-Caranya:
Langkah pertama kita nak buat gula hangus.
1- Masuk kan gula dalam periuk dan masak atas api yang kecil.

2- sentiasa kacau gula . Jangan sampai gula hangus .Nanti takut kek akan jadi pahit



3- kacau guna whisk lebih mudah. Kacau hingga gula bertukar warna menjadi perang



4- Masuk kan air panas. Hati-hati sebab gula dan air panas akan mendidih.

5- Kacau sampai gula dah tak berketul.

6- tutup api dan masuk kan majerin.

sejuk kan air gula.Ambil masa dalam 1-2 jam nak sejuk kan air gula nih..
Nak buat kek nih kena banyak bersabar sebab memang akan makan masa berjam-jam.

Langkah kedua kita nak buat bancuhan kek.
1- Ayak tepung dengan soda bikarbonat, Ketepikan.

2- Pukul telur bersama esen vanila sampai kembang. Pukul sampai telur bertukar menjadi warna putuh dan berbuah halus. kalau guna mixer dalam tempoh 3-4 minit

3- Masuk kan susu pekat . Kacau je guna senduk.

4- Masuk kan tepung dan kacau sebati.





5- Last sekali masuk kan air gula yang dah sejuk tadi. kacau guna senduk je tau.Kacau sampai rata semuanya lepas tu  masuk kan dalam loyang.

6- Lapik loyang dengan baking paper. Kemudian sapu butter kat atas kertas tu.

7- Tuang adunan dalam loyang. Tutup loyang dan peram bancuhan tu selama 3-4 jam. Korang boleh peram sampai 7-8 jam juga untuk hasil yang lebih baik.



8- Tak payah simpan dalam peti sejuk ke, almari ke..letak atas meja makan gitu je.

9- Sebelum bakar panas kan oven api bawah suhu 170. Bakar selama 1 jam 30 minit. Kemudian buka api atas bawah dan bakar lagi 15-20 minit

cukup masa tinggal kan je dalam oven selama 15 minit,.



10- keluarkan dari oven dan sejuk kan dia.Bila dah sejuk boleh la di potong. Kena potong melintang tau. Bukan macam potong kek hari jadi tu. Baru la nampak ronga-ronga sarang semut tu.

Kek korang akan kurang berongga kalau kek bakar tak cukup lama. Lagi lama bakar lagi cantik sarang semut dan lagi cantik kaler nya. Tapi janga la bakar sampai hangus tau.

sebab tu lebih selamat kalau dibakar dengan suhu antara 170- 180 je.



Ok..tu je tips nak buat kek sarang semut nih. Tak susah pun sebenarnya. cuma ambik masa lama je. Jangan lupa cuba dan boleh kongsikan hasil nya dengan saya nanti .

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Wednesday, 2 March 2016

RESEPI KEK GULA HANGUS YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



RESEPI KEK GULA HANGUS YANG SEDAP DAN MUDAH Ramai yang suka kan kek Sarang Semut ni atau lebih dikenali sebagai Kek Gula Hangus bagi orang2 belah utara ni . Kek ni  kenyal2 macam getah dan berlubang-lubang buat kek ni nampak istimewa sangat bagi penggemarnya.Tapi ada juga yang tak suka kek ni bukan sebab rasanya tapi sebab lubang2 pada kek tu..macam lubang sarang lebah pulak..Seram!!!heheh..Anak saya tak boleh tengok kek sarang semut ni sebab dia geli.Tapi saya tahu kalau dia rasa memang dia sanggup habis kan satu bekas.hahha..

Awal2 dulu saya buat kek ni tak jadi pun..ada la jadi lubang2 tu..tapi tak sepenuhnya berlubang..Lubang nya pun tak cantik macam saya buat sekarang.Banyak juga blog yang saya baca dan ambil ilmunya untuk bagi kek ni lebih cantik dan menjadi.Terima kasih untuk semua blogger yang kongsi ilmu dan resepi kek sarang semut ni..




RESEPI KEK GULA HANGUS YANG SEDAP DAN MUDAH
Untuk resepi kali ni saya tak gunakan mentega.Sebelum ni dah beberapa kali saya  guna mentega dan memang menjadi kek nya.Sedap pulak tu.Tapi kali ni saya buat guna majerin saja. Menjadi juga dan sedap juga cuma tak wangi macam guna mentega.Guna majerin baunya biasa2 saja.Tak tau la kalau mentega dan majerin tu penyebab bau harum tu..kan??

meh tengok resepi nya.

RESEPI KEK GULA HANGUS YANG SEDAP DAN MUDAH


bahan-bahan kek sarang semut/kek gula hangus:-

1 cawan gula pasir
2 sudu besar majerin
1 cawan air panas
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandung
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya:-


Buat gula hangus..caranya masak gula dalam periuk  hingga cair.jangan sampai hangus.warnanya akan bertukar kekuningan.Guna api perlahan..Sentiasa kacau sampai dia cair untuk elak kan gula hangus..kalau biar, tak kacau  nanti gula yang bahagian bawah dah hangus kita tak sedar.sebab tu kena selalu kacau.Lepas gula dah cair masuk kan air panas.kacau perlahan sampai gula cair sepenuhnya..kemudian ketepikan..biar sejuk.

Dalam periuk lain , cair kan majerin.Boleh letak atas api .Tapi saya cair kan guna mikrowave je.Ketepikan dan tunggu sejuk.

Dalam bekas lain pecahkan telur.kacau gitu2 je..jangan pukul kuat2 pulak..kacau pelan2 setakat nak pecahkan telur kuning tu je.masuk kan susu pekat  dan majerin yang dah sejuk tadi.kacau perlahan untuk sebatikan susu dan majerin tu.

Masuk kan tepung gandum yang sudah diayak bersama soda bikarbonat.masuk kan je semua dan kacau perlahan.kalau masuk sikit2 tepung tu akan buat kita kacau banyak kali.jadi masuk kan je sekali gus dan baru kacau perlahan .

Last sekali baru masuk kan gula hangus tadi.Kacau sikit2 sudah..

Alas loyang guna baking paper.lepas tu sapu majerin sikit.tuang adunan dalam loyang.perap beberapa jam.saya bancuh adunan ni tengah malam.bangun pagi baru saya bakar.dalam 6 jam saya perap..tak payah tutup .saya tutup guna tudung saji je kat atas meja.

Cukup masa dah perap, panas kan oven suhu 160 dalam 10-15 minit.guna api bawah je.saya bakar 1 jam.Bila oven dah bunyi ting..saya buka api atas bawah bakar lagi dalam 5-10 minit..



Tunggu  sejuk dan kemudian boleh la potong.

selamat mencuba resepi kek Gula Hangus Yang sedap dan Mudah.

sekian..