Showing posts with label resepi cakoi palimg senang. Show all posts
Showing posts with label resepi cakoi palimg senang. Show all posts

Saturday, 27 August 2016

RESEPI KUIH CAKOI SENANG DAN MUDAH

Assalamualaikum..



RESEPI KUIH CAKOI SENANG DAN MUDAH- Siapa suka makan kuih Cakoi.?Ada la tu yang tak kenal kuih cakoi tu apa..Ada setengah orang panggil kuih pak tongkol, ada juga yang sebut kuih cakwey .Saya tak selalu la buat kuih ni sebab leceh nak kena buat kuah kacang tu,Ada setengah tempat yang makan dengan sos manis.Tapi kalau dibelah utara ni memang kami makan dengan kuah kacang.Saya pernah tinggal di Johor dulu dan kebanyakan tempat yang saya pergi ada jual kuih ni dan di makan dengan sos manis yang cair...

Untuk resepi cakoi ni saya tengok cara uli dan tarik tu di di satu video ni..Banyak la video yang saya tengok cara untuk uli dan tarik.Penting juga bab tarik2 dan tindih tepung tu sebab itu yang buat ianya cantik dan lembut.






Untuk resepi kuih cakoi lembut , sedap dan mudah ni saya guna yis..tak macam yang selalu kita tengok dalam vido diaorang guna baking soda dan baking powder saja.Saya baca komen2 ramai yang kata cakoi jadi keras dan tak lembut pun.tak sedap.Memang kalau di China, Indonesia  dan vietnam kebanyakan nya diaorang menggunakan baking powder dan baking soda saja .Tak sama macam kita yang menggunakan yis.Guna Yis lebih sedap dan cakoi jadi lembut.Kita pun jadi lebih gebu..ekekeke...

ok..jom tengok resepi cara membuat kuih Cakoi lembut, sedap dan mudah.

Bahan-bahan-

2 cawan tepung gandunm
1 paket yis 11 g
1 biji telur
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak

minyak masak untuk menggoreng.
cakoi menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng sebab dia akan mengembang..



Cara-cara membuat kuih cakoi

pecahkan telur di dalam 2 cawan air kemudian  dan masuk kan gula serta garam..pukul sikit untuk sebati kan...ketepikan..

campur yis ke dalam tepung bersama baking powder.gaul sebati..masuk kan minyak masak dan gaul hujung2 jari sehingga jadi macam serbuk yang halus.

Masuk kan air yang di campur telur tadi kedalam adunan.masuk kan sikit2 dan gau sebati.adunan akan jadi sedikit melekat dan lembik.

Tutup adunan selama 30 minit - 1 jam. ada yang tutup sampai 4-5 jam..terserah la.Tapi bagi saya 1 jam pun dah ok..

kemudian uli sikit untuk keluarkan udara dan rehatkan lagi doh tu dalam 20-30- minit.

kemudian bahagikan doh pada 2 bahagian..

(sambil tu dah boleh panaskan minyak dalam kuali..)

canai doh sehingga berketebalan 1/2 inci. potong doh panjang2 macam dalam gambar bawah ni..

sumber gambar dari video di youtube helen Resipes

ambil satu lidi celup dalam air tekan ditengah2 doh yang dipotong tadi.


sumber gambar dari video di youtube helen Resipes



ambil satu lagi lapisan doh dan letak atas doh yang ditekan dengan lidi tadi..





guna lidi yang sama juga celup sikit dalam air dan tekan ditengah2 doh yang dilapisi 2 doh tadi.tekan di tengah2. angkat doh tarik panjang2 sikit dan terus masuk kan dalam minyak yang panas..

sumber gambar dari video di youtube helen Resipes

Goreng hingga kekuningan ...

Dah siap boleh la di potong2 supaya mudah dimakan dan dihidangkan dengan kuah kacang...

selamat mencuba...:)


sekian..