Skip to main content

Posts

Showing posts with the label resepi

RESEPI BUBUR ASYURA VERSI UTARA YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

Hi semua..

Tiba lah musim orang buat bubur Asyura. Bubur Asyura ni biasa kita buat bila tiba tahun baru islam Iaitu pada bulan Muharam. Sepanjang bulan Muharam ni memang ramai la yang buat bubur Asyura. Di masjid-masjid pun ada buat program masak bubur Asyura.

Di malaysia ni macam-macam versi bubur Asyura. Ada yang manis, ada yang berempah, ada yang letak durian. letak lempuk letak pisang pun ada. Tapi untuk tekak saya dan kebanyakan orang utara kami lebih suka bubur Asyura yang rasa manis dan dalam nya ada kekacang dan jagung.





Keluarga saya di kampung pun dah buat bubur Asyura ni. Sayang nya saya tak dapat balik jadi kita ambik mood Asyura je la. Bubur Asyura yang kat Penang ni pun sama je macam kat Perak. kat sini pun ramai yang buat bubur Asyura jadi kita tumpang makan je la nampaknya.Hahah

Bagi yang nak cuba buat bubur Asyura kat sini saya kongsikan resepi Bubur Asyura yang kaka saya buat baru-baru ni. Saya nak buat kat rumah ni memang tak la sebab yang makan nya saya sorang je. …

RESEPI NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE PALING SENANG DAN SEDAP

Hi semua..

Mikhail demam pulak malam ni. Apa pun tak nak makan. pagi tadi sebelum pi sekolah makan roti pun tak habis. Selalunya makan habis je. Tak sangka pulak tu petanda dia nak demam. Balik sekolah ayahnya kata macam nak demam je budak ni.

Tengok muka dia pun nampak lemah dan bibir nampak merah. Selalunya kalau sampai rumah je mulut tu asyik bercakap cerita macam-macam. hari ni tak de cerita apa pun.



Dah jam 4 petang dia kata tak larat. Sekali check dahi punya la panas.Terus tampal cool fever lepas tu bagi makan ubat demam. Tertidur la kejap. Bila bangun dia kata perut lapar. Terus la saya ke dapur nak buat nuget.

Nugget ni saya goreng guna tepung goreng ayam yang beli kat kedai tu. Ada rasa pedas2 rempah tu. Memang sedap la. Jom saya tunjuk kan resepi buat Nugget Tempura Home made yang sangat senang dan sedap.



Bahan-bahan :

1 mangkuk isi ayam.
1 biji bawang besar
1 tangkai daun sup
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu baking powder
1 cawan air.
sedikit ga…

TIPS MASAK BAWANG GORENG JADI RANGUP DAN SEDAP

Hi semua..

Dalam masakan melayu korang perasan tak kita suka gunakan bawang goreng sebagai bahan tambahan yang bukan saja untuk meyedapkan masakan tapi juga sebagai hiasan.


Bawang goreng : tribunews.com

Bila tabur je bawang goreng tu terus masakan tu nampak Ya Ampun sedap bangat ini Soto.. Hahahah..

Mee kari pun letak bihun goreng, nasi goreng pun letak bawang goreng, bihun goreng, mee goreng, Nasi biryani, nasi daging, macam-macam lagi la..Boleh dikatakan bawang goreng tu kena ada je kat dapur kita.





Anak saudara saya, duduk saja-saja makan bawang goreng. siap boleh jajan jugak bawang goreng ni rupanya.

Tapi tak ramai yang tahu cara membuat bawang goreng yang rangup dan sedap. hari ni saya kongsikan Rahsia macam mana nak buat bawang goreng yang rangup  sedap dan tahan lama.

Apa yang korang perlukan ialah bawang merah yang sudah di buang kulit, bersihkan dan dihiris nipis.


kemudian korang rendam bawang  yang dah dihiris tu dengan air garam. Anggaran dalam 2 cawan air untuk 2 sudu besar…

RESEPI MINI APAM COKLAT KUKUS SEDAP DAN MUDAH MESTI JADI

Nampak comel-comel la apam coklat yang kakak saya buat ni. Geram sangat comel nya tu.  Biasanya apam atau makanan kukus-kukus ni memang kakak saya la yang rajin buat. Korang boleh follow kakak saya kat Ig dia. Banyak gambar makanan sedap-sedap yang dia share. Boleh la bagi idea kat korang nak makan dan masak apa. Ni link Ig dia. - Heryantee

Untung kakak saya ni sebab anak-anak dia jenis kaki makan. Masak je apa pun mesti habis. Tambah bila ada anak saudara saya yang lain pun balik bercuti kat kampung lagi seronok la memasak.






Kalau anak- anak saya jenuh nak paksa makan. Kalau diaorang makan pun tak banyak. satu dua biji dah cukup. Jadi nak masak banyak-banyak tu macam memzir je. So ibu diaorang ni memilih untuk beli je la. Hahah.. Tapi anak-anak saya suka kalau makan ramai-ramai. Berebut-rebut tu jadi seronok agaknya.

Apam coklat mini  ni resepinya kakak saya ambil di Instagram Resepi Sedap Sangat. Bahan-bahannya pun mudah saja. kat Ig memang banyak resepi best2-. Kalau nak cari resepi…

RESEPI UBI KAYU REBUS MASAK ASAM YANG SEDAP DAN SIMPLE

Hi Semua...
Minggu lepas kawan tempat kerja suami ada bagi ubi kayu. Kawan dia ni memang selalu bagi macam-macam. Hari tu dia bagi telur itik punya la banyak. Sampai buat nasi goreng pun letak telur itik. Hahaha.. Alhamdulillah.. Bila tiap kali ada ubi kayu depan mata mesti nak masak Ubi rebus masak Asam. 
Ubi Rebus masak asam ni memang makanan kesukaan saya sejak saya kecil lagi. Kalau masak, siap ratah. Tak makan nasi dah la. Tu sebab tiap kali ada ubi kayu mula la nak buat masak asam. 

Masa kecik dulu pokok ubi kayu ni memang di tanam belakang rumah. Tak sabar-sabar nak tunggu ubi kayu besar sebab suka sangat makan makanan yang berasaskan ubi kayu ni. Buat kerepak la, buat rebus makan dengan kelapa, buat bubur.. 







Oleh sebab ubi kayu yang kawan suami bagi ni ada banyak dan besar-besar jadi saya gunakan sebiji je untuk buat masak asam. Selebihnya saya buat kerepek goreng. Sekali anak-anak hadap terus habis. Tak tahu pulak rupanya Maisara pun suka sangat kerepek ubi kayu ni. Nanti sa…

RESEPI LENGKAP NASI DAGING BERSAMA ACAR TIMUN NENAS DAN KARI DAGING.

Hi semua..


Dah lama sebenarnya nak buat Nasi Daging. Tapi asyik bertangguh sebab periuk nasi rosak. Dah lama periuk nasi rosak. Lepas tu masak nasi guna dapur. Lama2 jadi terbiasa masak guna dapur. Nasi pun lebih sedap. Sebab kita kawal api.
Bila dah selesa malas la nak beli periuk nasi. Rasa-rasa macam boleh je masak nasi daging guna api dapur. So kita try la. Semua boleh tabik saya sebab pandai masak nasi daging guna api dapur je. Hahaha.. Poyo nya.!
Dalam masa cuma 1 jam setengah siap la Nasi Daging, Daging rebus, air asam, acar timun nenas dan kari daging. Tu pun kena tunggu kejap suami pi beli nenas. Rasanya lagi cepat siap kot kalau nenas memang dah ada.







Biasanya orang makan nasi daging dengan air asam dan dagung rebus je kan? Tapi kali ni kita tambah la sikit lauk nya supaya meriah. Sebab tu saya buat gulai daging tu. Air asam tu guna 4 biji cili padi. Pedas nya bukan main, 
Kalau korang jenis tahan pedas tak pe la kot.Tapi saya memmang tak tahan pedas2 ni. 4 biji cili pun dah…

RESEPI ROTI PIZZA MINI YANG SEDAP LEMBUT DAN MUDAH

Hi semua..

Anak-anak saya memang suka roti.Hari-hari kalau tak nak makan nasi pun diaorang ok yang penting kena ada roti. Bekal dan sarapan pun biasanya cuma roti. Sebab tu la saya selalu buat roti. Memang la beli lagi mudah tapi kalau buat sendiri lagi anak-anak suka makan sebab kita boleh letak apa yang anak suka.



Lepas tu kalau buat sendiri boleh buat banyak dan makan banyak. Ibu pun senang hati sebab tak payah masak benda lain. makan roti je la. Tapi kalau beli bukan boleh makan banyak-banyak sebab beli ada had nya.

Sebungkus roti pizza gardiner harganya rm2.35. Ada yang sampai rm3 tau. Bukan besar pun. Panjang dalam kurang 2 jengkal je. Kalau beli 10 dah rm20- 30. Buat sendiri kosnya pun kecik je la. Sebungkus cheese tu boleh pakai banyak kali . Lebih dari 20 biji roti boleh buat.

Kalau nak cheese murah sikit pakai la cheddar yang slice tu. Selalu saya pakai cheese tu je. Sekeping cheese potong 4. Sebab anak-anak saya ni tak suka cheese banyak. Dia suka ada rasa masin2 sikit je.…

RESEPI IKAN NYOK-NYOK MASAK CUKA YANG SIMPLE DAN SEDAP.

Hi semua..
Saya ni walaupun suka makan benda-benda masam tapi tak berapa minat masak cuka. Setakat makan sikit-sikit ok la. Agaknya sebab tu Masak cuka ni memang tak de dalam menu wajib masak. Tapi kalau ahli keluarga saya yang lain diaorang memang suka la ikan masak cuka ni. Mak saya pun suka sangat.
Ini Ikan Masak cuka yang di masak oleh kakak saya. Nampak sedap..kan?? Tiap kali ada kenduri kat rumah mesti ada Ikan masak cuka ni. Senang dimasak, tak mudah basi dan bahan-bahan nya juga simple je.
Biasanya ikan yang digunakan untuk masak cuka ni ialah ikan Tongkol, ikan merah, Ikan nyok-nyok dan banyak lagi la. Tapi kata kakak saya kalau nak lebih sedap gunalah ikan tenggiri. Ikut lah selera korang nak gunakan ikan apa. Semuanya boleh asalkan ikan tu digoreng dahulu.







Selain ikan ada juga yang buat Masak Cuka ni menggunakan ayam. Bagi yang tak suka ikan boleh la gantikan dengan ayam. Goreng ayam tu lepas tu masuk kan dalam masak cuka ni.
Bagi yang suka ada syur-sayur sikit boleh la le…

RESEPI TAUHU BERLAUK AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

Hi semua..

Kakak saya yang no 2 saya panggil kakngah . Dia ni rajin betul memasak. kalau tiap kali balik kampung dia la yang masak. Mungkin sebab dia pandai masak banyak2 jadi tugas memasak tu macam dia yang pegang la. Kami ni kalau masak periuk kecil boleh la..Hahah..

Tahun 2018 lepas abang ipar saya meninggal dia terus balik ke kampung. Duduk dengan mak. jadi dia pegang lesen besar la kat dapur tu. Jangan memandai-mandai kau nak masuk dapur dia. kena bagitau dulu kau nak masak apa. baru boleh masuk. haha,,






Kakngah saya ni sejak duduk kampung dia berniaga benda-benda makanan ni. Kuih raya, laksa, mee kari, .. Sebut je la apa yang korang nak makan , InsyaAllah dia akan buat. Korang siap duit je. Sampai depan rumah dia hantar.

Kemarin nampak dia share gambar Tauhu Berlauk di facebook dia. Terus tanya resepi . Nak copy masuk blog. Heheh.. Masa mula-mula baca resepinya nampak macam mudah tapi tiba-tiba rasa macam susah je. Sebab lepas kukus nak kena goreng pulak.



Saya ni lemah betul kal…

5 RESEPI BISKUT RAYA PALING SEDAP TAPI MUDAH DAN CEPAT DIBUAT

Hye Semua..
Selamat Hari Raya.. Tahun ni rajin betul saya buat kuih raya. Kalau tahun-tahun sebelum ni memang malas nak buat. Buat pun setakat brownies dan kek saja. Biskut-biskut tak buat pun. 
Tapi tahun ni saya buat biskut raya. Buat biskut raya yang senang dan simple je. Tapi sedap.  

Ini lah 5 biakut raya yang sempat saya buat. Nak buat ni pun jenuh la halau anak-anak balik kampung kejap. Kalau si kakak tu dia tak peduli sangat biskut raya ni. Dia nak makan je. 
Tapi si adik tu. Aduh!! dia nak buat sama. Nak uli tepung macam kita buat. Tu yang susah sikit. Sebab tu nak buat biskut raya kena la buat masa dia tak de di rumah ataupun masa dia tidur.







Kalau untuk makan sendiri tak pe la ajak dia buat sama-sama. Ni benda nak jamu kat orang memang tak boleh la buat dengan dia. Hahaha,. Pengsan nanti orang makan. Tak pasal2 masuk hospital.
kat bawah ni saya dah sertakan sekali resepi untuk biskut raya simple tapi sedap ni. Boleh la korang try buat.
Coco Crunch Bersalut Coklat
Bahan-Bahan…

RESEPI AIR BUAH CAMPURAN VIRAL YANG SEDAP DAN MUDAH

Hi korang..



Bulan-bulan puasa ni kalau berbuka dengan air buah memang nikmat nya Ya Allah.. Bila ada air buah  campuran ni kurang la sikit kita makan benda-benda lain yang berat.

Saya pun esok nak kena beli buah jugak la.Sebab hari ni macam terlajak makan nasi je. Kalau ada buah tak la makan nasik sangat..kan?






Saya ada terjumpa resepi Air Buah Campuran yang dikongsi oleh Saudara Zaky Mat Ali di facebook nya. Nampak sedap betul air buah campuran ni.

Dengan kaler2 yang menarik mesti akan buat orang terkam air ni dulu bila nak buka puasa.

Perkongsian Saudara Zaky Mat Ali ni telah mendapat perhatian dari warga net dengan hampir 1.5k komen dan 10k perkongsian.

Jom kita tengok cemana cara buat Air buah Campuran ni.



Bahan-bahan nya:

- Satu tin susu sejat
- Setengah tin susu pekat
- Satu tin buah laici
- Satu biji buah naga
- Dua biji buah manga
- Cincau
- Ais

Cara-Caranya:

Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas.
Kemudian tambah lagi dua cawan air.
Campur semua bahan dan kacau.






Tada..…

RESEPI PAJERI TERUNG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

Dah lama tak masak pajeri terung. Baru-baru ni ramai pulak jiran-jiran yang hantar terung kat rumah. Musim terung ke apa tak tahu la.hahhaha.. Seronok la kita dapat terung sebab saya ni memang suka makan terung. Lagi-lagi kalau dibuat pajeri.



Nak buat Pajeri Terung ni sebaiknya gunakan terung panjang. Boleh je nak guna terung bulat cuma tak cantik la.Hahha...Tapi rasa nya sama je la.Kalau tak de terung panjang guna je la terung bulat tu.

Terung ni pun macam-macam jenis jugak.Ada yang kaler hijau . Yang tu kurang sedap di buat pejeri.Selalunya terung hijau tu saya guna untuk buat ulam atau buat masak lemak cili padi.






Bila masak pajeri terung ni saya bukan makan dengan nasik pun.Saya suka ratah je.Jadi bila buat pajeri kena buat periuk besar sebab nak guna 3,4 biji terung.Mana cukup kalau setakat sebiji dua.

Mak saya pernah ajar buat pajeri dan awal2 tu saya rasa kenapa rumit sangat nak masak pajeri ni.??Macam susah je..Biasa lah orang tua kalau masak ikut step.Silap step mula la nak m…