Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Wednesday, 14 November 2018

PEMILIK HOMESTAY DEDAH APA YANG BERLAKU SELEPAS SEWAKAN HOMESTAY PADA PELAJAR IPTS.

Hi..



Seorang pemilik homestay mendedahkan perbuatan sekumpulan pelajar IPTS yang menyewa hosmestay miliknya beberapa hari lalu melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Dalam akaun twitter nya  @FareezSarifudin turut meluahkan kesal kerana ini lah pertama kali dia mendapat penyewa yang tidak bertanggungjawab sepanjang dia mengusahakan homestay tersebut.




Semasa melakukan pembersihan di juga turut menemuk kotak kondom yang memungkin kan ada berlaku perkara yang tidak senonoh di homestay milik nya.









Banyak komen-komen yang berkongsi pendapat agar pengusaha homestay memastikan setiap penyewa mempunyai hubungan yang sah.

Saya pun bersetuju dengan pendapat mereka. Sepatutnya pengusaha homestay kena lebih berhati-hati agar tak tergolong dalam kalangan mereka yang bersubahat. Perkara yang boleh dielak kan  sepatutnya di cegah lebih awal.




Pastikan mereka ada kad atau sijil perkahwinan. Tetapkan juga syarat tertentu melibatkan fasiliti dalam homestay tersebut supaya semuanya dalam keadaan yang selamat, tidak rosak dan perabot berada dalam keadaan asal.



Tuesday, 25 September 2018

APA PERLU BUAT JIKA ANAK BELASAN TAHUN TERLALU MINAT DENGAN KPOP

Assalamualaikum..



Saya faham sangat perasaan ibu-ibu bila anak dah makin besar dia berminat pada hiburan. Nak tak nak kita tak boleh elak.Biasa la bila budak remaja suka kan hiburan. Kita dulu pun minat dengar lagu-lagu dan ada artis kegemaran jugak..kan?

Cuma masa zaman kita dulu yang keluar kat radio cuma lagu Melayu dan lagu inggeris je. Cuma dengar kat radio. Kat tv jarang-jarang artis-artis tu didedahkan dengan kita kecuali lagunya saja yang kita setiap hari dengar di radio. Kalau yang berkemampuan sikit dapat la beli majalah kat kedai runcit. Bertukar tangan la majalah tu sampai lunyai.

Tapi zaman sekarang artis-artis serata dunia dah ada instagram, ada cenel youtube sendiri dan mereka ni boleh berhubunng dengan peminat peminat di sosial media. Tak kan kita nak sekat semuanya pada anak kita supaya dia cuma boleh balik sekolah dan pergi sekolah saja.

Anak-anak ni lagi kita sekat lagi dia memberontak . Tambah-tambah bila tengok kawan-kawan boleh ada semuanya tapi dia nak dapatkan sedikit kebebasan pun tak bolah.


Berbalik pada isu utama, apa nak buat kalau anak-anak sangat minat dengan artis kpop... Kenapa kita risau anak minat dengan Kpop? 

Itu lah persoalan utama yang kita patut tanya pada diri sendiri.Untuk dapatkan jawapan nya kita sendiri kena tahu artis kpop mana yang anak kita minat? Muzik yang bagaimana artis tersebut bawa? Apa imej artis kpop yang anak kita minat sangat tu.

Sekali sekala google la pasal artis kpop kegemaran anak kita. Ada tak perkara-perkara jahat yang disebarkan artis kpop tu pada peminat dan pengikut mereka. Masuk ke laman web kelab peminat artis kpop kegemaran anak tu.

Kita tak boleh setakat dengar orang kata artis kpop jahat.Selagi kita tak tahu perkara sebenarnya. Kadang-kadang ada netizen yang suka menyebarkan perkara-perkara yang tak betul dengan tujuan nak menakut-nakutkan orang.  Entah la apa tujuan nya .

Pandang la pulak kebaikan nya bila anak-anak minat kpop ni. Diaorang akan mula belajar bahasa asing. tak kan tak bangga bila anak-anak boleh menyanyi dalam bahasa korea dan memahami apa yang mereka nyanyikan. Umur belasan tahun dan boleh sikit2 berbahasa korea.

Kadang-kadang saya tengok pengikut dan peminat ni, mereka berbahasa korea dalam berbalas-balas komen sesama mereka sedangkan mereka dari negara yang berbeza.Diselitkan juga dengan bahasa inggeris. Kan bagus tu...

Ada juga yang sanggup kumpul duit semata-mata nak dapatkan album artis kegemaran. dapat pergi konsert dan macam-macam lagi.Semuanya diaorang usahakan sendiri. Kita tak la risau anak kita kelaur rumah dan bergaul dengan orang-orang yang kita tak kenal latar belakang.Lebih baik mereka duduk rumah melayan lagu kpop dan dengan masa yang sama kita juga pantau mereka dari belakang.

Jangan kerana kpop hubungan kita dengan anak jadi tak mesra. Selami minat anak kalau kita nak rapat dengan anak kita. jangan sekat tanpa menyiasat.

sekian.. 

Friday, 26 August 2016

BETUL KE WECHAT HANYA UNTUK BUDAK-BUDAK

Assalamualaikum...





Saya pernah ada akaun WeChat.Masa tu ingat nak join contest satu produk minuman.tapi bila dah ada akaun tu saya rasa tak best langsung benda alah nama WeChat ni..Boleh kata hari2 saya terima mesej dari lelaki2 yang saya tak kenal

."Hi..boleh berkenalan.."

"salam kenal..apa kabar.jom borak.."

adoi..hari2 korang tau tak..orang yang berbeza pulak tu..Apa memang macam tu ke guna WeChat?Jadi saya uninstall WeChat dan sampai sekarang belum rasa nak menggunakan Wechat.Tapi ada anak kawan saya yang guna WeChat.Dia budak sekolah lagi.Dia kata...

" orang tak guna dah facebook tu..budak2 je guna facebook.orang guna WeChat sekarang ni.."

sumberKHK
Boooo....

hahhaahha...patut lah saya tengok ramai budak2 yang berlagak jadi dewasa di WeChat.baru tingkatan 3 dah ber mama papa dengan kekasih..Aduh!Rupa-rupanya mereka rasa mereka dah dewasa, dah besar..

Itu belum masuk bab ayat-ayat jiwang lagi..Ada yang nak toreh tangan la, berdoa dilanggar kereta la, nak langgar dinding sebab nak hilang ingatan la.memang kelakar sangat .
sumber KHK

facebook pun ada juga budak2 perangai tak semegah..dah nama pun budak..tapi mungkin sebab ramai yang guna facebook. Mak, ayah, abang, mak saudara , pak saudara , jadi budak2 ni nak up status "ala2 orang dewasa" pun diaorang takut2 dan malu ..berbeza kat WeChat.Sebab WeChatt ni lebih ramai budak2 je yang menggunakan nya..jadi mereka rasa itu dunia mereka la..Biasanya budak-budak ni kalau kat facebook pun dia kurang malu, kat wechat apa tah lagi..


Ada ke orang tua guna wechat??Mungkin ada..untuk stalk budak2 WeChat yang terjal2 ni..buat modal gelak2..hahaahh..

Sebenarnya kat mana2 pun ada bebudak macam ni..kat facebook, whatsapp,kat WeChat, twitter kat insta..Dulu kat blog pun ada macam ni..Nama pun budak2..tak berapa matang..Sabar la adik2..Korang akan dewasa jugak nanti.tak payah la dewasa sebelum masanya.Lalui lah zaman kecil korang ni dengan gembira .Kenapa nak stress2 sampai nak bunuh diri la, nak kena topup enpon tiap hari sebab takut kekasih merajuk bila tak whatsapp la,pening kepala sebab nak kena tipu mak ayah tiap2 minggu semata2 nak keluar jumpa kekasih, nak kena cari duit untuk beli hadiah hari jadi..Rilek la..akan datang juga waktu tu..jangan risau k...

sekian..

Monday, 22 February 2016

RAVE DANCE : IBU BAPA TOLONG TERIMA YANG INI BUKAN LAGI ZAMAN KITA.

Assalamualaikum...



Seminggu lepas sampai ke hari ni ramai rakan2 facebook kongsi video dan gelagat anak2 kita yang sekarang tengah tergila-gilakan tarian rave.Tengok sekali macam tarian cacing pun ada..kan??ekekek..Terhibur la juga bila tengok.Dah nama pun benda untuk hiburan..jadi kita yang tua2 ni pun cuba lah nak berhibur.

Tapi kan..benda2 gini memang tak boleh nak masuk dalam jiwa.Tak de sebab lain...Puncanya ialah kita dah tua.hahahh..Ini bukan zaman kita.Ini zaman anak2 kita.Jadi tak pelik pun bila kita pandang perkara  yang anak2 kita buat tapi tak sama macam kita buat sebagai sesuatu yang pelik dan kelakar dan ada kalanya kita akan kata, tak berfaedah.



Saya tak nampak kat mana teruknya tarian yang tengah jadi kegilaan anak-anak kita ni.Bukan diaorang menari sambil londeh seluar tunjuk punggung, atau buat benda2 tak senonoh.Cuma menari...salah ke?masa KRU, 4U2C , Nico, menari di zaman muda2 kita dulu , boleh je kita hadap padahal tarian tu anak saya tengok dia gelak sampai dia kata, kenapa diaorang manari sambil tunjuk2 kamera dan peluk tubuh?



Jadi pa bezanya dengan zaman kita yang tak kurang pelik dan kelakar di mata mak2 dan atuk nenek  kita pulak.Lupa ye masa kita dulu dok tergila2 kan muzik metal yang satu apa benda dia sebut pun mak ayah kita tak tau.Sambil menyanyi atau dengar muzik ni kita akan menari.tarian nya, hangguk2 kepala sampai pening ..Zaman kita dok berhiphop dengan seluar tinggi sebelah tu?Zaman kita dok pakai baju besaq , seluar besaq sampai seret habis sampah2 kat lantai..Menari terlompat2 sampai kepala memusing kat lantai..Dah lupa ke kakak-kakak dan abang2 oi..Beberapa tahun lepas keluar tarian Shuffle , tak ingat dah macam mana gilanya  awak dengan shuffle sampai tengah tunggu bas pun nak bershuffle..Dan masa tu mak ayah kita  dah sebut dulu ayat yang kita sebut sekarang bila tengok anak2 dok menari tarian Rave ni.." apa benda la dok tergeliat tegeliat macam cacing ja.."



Zaman tok nenek kita dulu lain pulak..masa tu ada  tarian agogo..gaya fesyen pun lain.ada yang sampai dah macam artis hidustan punya baju...kalau kat penang ni lagu boria dia ada tarian dia..ke depan kebelakang , pusing2 sambil pegang tongkat. tak rasa pelik ke dengan tarian tu.Tarian zapin, terlompat2 , henjut2 kepala., terteleng2, pelik kan??Dangdut pulak, gelek pinggang , pinggul, sampai meleleh air liuq pak haji...itu semua tarian..

Bagi saya selagi ianya ok, tak sampai buat benda tak senonoh terima lah dengan hati terbuka..Ini bukan lagi zaman kita.Bagi peluang pada anak2 kita untuk memilih apa yang mereka suka.Tugas kita pantau supaya ianya mengikut landasan yang betul..nak menari jangan sampai masuk club, jangan sampai bersentuh lelaki perempuan, jangan bergaduh dan  berpuak2,jangan sampai memudaratkan.itu sahaja.Jangan di sekat kemampuan anak-anak kita.

sekian..

Wednesday, 28 October 2015

DAH TAK SABAR-SABAR SANGAT NAK BERLAKI ...

Assalamualaikum...

Saya akui la zaman sekarang anak2 muda lebih terbuka dalam bagi pandangan dan pendapat.Bukan tu saja,tapi diaorang berani juga melempaRkan komen2 yang tak manis, maki hamun dan sebagainya.Tak kira la lelaki ke perempuan.Masing2 berani dan lantang.kalau diajak bergaduh segela benda dia sebut..



Tapi bukan semua..cuma ramai yang macam tu..Salah satu perkara yang langsung anak-anak muda ni tak segan silu nak luahkan ialah perkara berkaitan kahwin.kalau lelaki itu benda biasa la bila dia kata tak sabar nak kawen.Zaman ayah ,tokwan kita dulu anak lelaki kalau nak mengaku tak sabar kawen tu memang sambil malu2 merah muka la.Zaman sekarang itu benda biasa..

Jangan kan lelaki,anak gadis pun sekarang terang2 mengaku di facebook tak sabar nak kahwin..mengaku bergetar segala tulang dan urat, mengaku tak sabar2 nak dapat imam dan sebagainya..Tak de selindung2 dah.Zaman makcik dulu tak dak macam ni..hahahah..

Kami dulu nak kawin pun bagitau bisik2.Kawan-kawan pun tak tahu..Dah bertunang tetap tarikh baru la dok canang merata kata nak kahwin.Tapi sekarang kawan2 dulu yang tahu dia nak kahwin.Mak ayah tak tau apa cerita pun lagi..ahahhaah....

Saya cuma harap adik2 ni kekalkan lah sikap malu tu ye.Kurang2 kan sikit tunjuk betapa nak sangat awak tu kahwin.Orang lelaki rasa seram je tengok anak2 gadis macam ni..Entah apa lah yang bersarang dalam hati diaorang bila tengok awak dok update status kesunyian tak bersuami dan betapa tak bersabar nya nak berlaki..



sekian...