Skip to main content

Posts

Showing posts with the label raya

MAISARA::Duit Raya

Assalamualaikum....

Masih dalam mood raya..
petang tadi pun pi beraya lagi..
kumpul duit raya.hehheeh..
dah tua2 ni tak de sapa nak bagi duit raya dah..

Tapi maisara banyak betul dapat duit raya.
dia tak nak pun..tapi orang tetap bagi..

Orang:nah duit raya..

Maisara:tak pe la.tak payah...

Hahahha..
jenuh jugak la nak ajar dia terima
apa orang bagi.
bila masuk tengahari sikit baru dia
tau yang duit raya tu jangan ditolak..hahahah...

tapi lain pulak yang jadi bila masuk raya kedua..

Ibu/Ayah:nak balik dah ...

Maisara:yeyyy!!!duit raya..boleh la shopping!

hari ni masuk raya ke 4...
bila dapat duit raya je..

Maisara:dapat duit raya lagi..

Ibu:meh ibu simpan.

maisara:simpan baik2 ye ibu.nak beli rantai tangan ni..

hehheheh...
satu yang lain nya maisara dengan
budak2 lain ialah
bila dapat duit raya dia tak kan buka sampul tu
sampai la kat rumah.
sebab itu yang aku dah pesan kat dia..

Ibu:kalau dapat duit raya dalam sampul
jangan buka tau.takut duit tu terjatuh...

sebenarnya saja je tak nak

Tadi kata barang mahal..

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat..
ada yang dah bergerak balik dari kampung ke??
aku balik esok ke pulau pinang..
jadi hari ni masih ada lagi aktiviti beraya ke rumah orang.
raya kan sebulan...hehehe

Esok ada yang nak buat rumah terbuka ke???
belambak2 la rumah terbuka dalam tempoh sebulan ni..
dalam dok merungut2 barang mahal pun
bajet untuk rumah terbuka tetap ada..
maknanya tak la susah sangat pun orang malaysia ni.

Ni bukan nak cerita pasal politik ye..
cuma nak cerita pasal raya je.
jumpa setahun sekali banyak benda la
nak sembang..kan??
maka terbuka la cerita barang mahal
dikalangan tetamu2 yang beraya tu..

sampai babitkan hal2 politik.
bukan nya tak tahu cerita politik ni
kalau dibualkan 7 keturunan pun tak habis.
jadi baik la jangan buang masa bercerita hal2 politik
dengan kawan2 yang kita jumpa 3,4 tahun sekali.
kan baik cerita pasal hal2 yang boleh mengeratkan lagi hubungan tu...

balik semula kepada tetamu yang cerita pasal barang mahal tu...
dalam dok merungut2 barang…

KUPOHON KEMAAFAN DARIMU...

Assalamualaikum..
Dihari yang mulia ni aku nak memohon kemaafan dari korang semua sama ada yang baru kenal blog aku, pembaca setia atau pun sesiapa saja yang pernah terguris rasa dengan setiap yang aku coretkan didalam blog ini..
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin semoga lebaran kali ini membuka ruang untuk kita lebih mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin tanpa sengketa dan sakit hati..
Setulus hati juga aku hapuskan segala amarah dan sakit hati yang mungkin secara sedar atau tidak datangnya dari korang. tak de lagi tercalit walau sedikit dendam dan rasa marah.dan aku harap kemaafan dari korang jugak..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...:)
sekian...

Hari raya pun nak berblog jugak ke??

Assalamualaikum....
Ingat kan malas dah nak update entry baru bila nak dekat2 raya ni.. tapi dah tak de benda nak buat update je la walau cerita entah apa2 pun.. hahahahh....
lagipun ramai la yang dah tak update blog. bloglist aku pun dah macam mati dah.. 5 jam sekali baru nampak update baru. tak seronok tau... tapi dah dasar blogger ketegaq jadi aku tetap nak update... rasa tak best tau bila blog aku tak aktif sedangkan aku bukan buat apa pun kat umah...
Raya nanti pun aku tetap nak update entry baru jugak... alah..bukan susah pun.. buat je la auto publish.. auto publish je tau.. bukan autoblogwalking.. heheheheh...
tapi ada ke orang yang nak baca entry aku dihari raya yang indah itu??? sapa la yang rajin sangt sampai ' hari raya pun nak hadap blog??
tapi kalau orang tu jenis tak bersosial dan tak de semangat raya mungkin dia akan buka blog dan bw ..kan?? heheheheh...
jadi entry2 aku sepanjang bercuti raya nanti khas untuk blogger2 yang tak bersosial dan tak de semangat raya...
hahahahah

sekian...

Hari raya tak nak la mesra2 sangat kalau....

Assalamuaaikum...
Selamat hari jumaat semua... apa kabar????tak nak sakit2 ye... kita nak raya ni.. yang sakit2 tu banyak kan berehat..makan ubat...
yang sihat2 pulak jaga kesihatan sebaik mungkin.. tak nak la hari raya nanti kita batuk sana batuk sini,selsema la..demam la.. orang nak bersembang dengan kita pun takut... takut berjangkit...
Lepas raya nanti semesti lah ramai yang sakit2... itu lah yang terjadi setiap tahun lepas raya.. Disalahkan ketupat la.. salahkan lemang la... padahal diri sendiri yang makan tak ingat dunia... macam la raya tu sehari je..
Bila berkunjung pulak dengan semua orang dia nak bersalam... tak salah la nak bersalam.. tapi bila kita selsema atau batuk kesihatan orang lain tu kita kena jaga la.. jangan nak sebar2kan virus pulak.. selsema dan batuk ni lebih mudah berjangkit berbanding penyakit AIDS tau..
yang ada anak pun bila dah berkumpul sama2 sepupu,anak sedara,mak sedara, mesti ada sorang dua yang ada selsema berhingus memanjang.. kita kena bersiap sedia semua tu.. kerap2 bas…

Bunga api,mercun dulu dan sekarang

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua... hari ni start la sibuk kita ye.. esok lusa nak balik kampung dah.. jadi segala urusan kat bandar ni kena selesaikan secepat mungkin.. harap2 dipermudahkan segala urusan korang..
nak cerita pasal mercun... boleh kata tetiap tahun ada je tangan yang hancur akibat main mercun.. kebanyakan nya dari mercun boladan meriam buatan sendiri..
seingat aku mercun bola ni masa aku kecik2 dulu tak de lagi.. masa tu dalam tahun 80 an.. masuk hujung2 tahun 90 an baru aku nampak ada orang main mercun bola ni..
kalau zaman aku, mercun papan je yang popular.. mercun papan tu ada yang besar ada yang kecik.. tapi tak de pulak yang meletup makan tangan
meriam buatan sendiri pulak masa aku kecik dulu tu memang banyak la..tapi tak pernah dengar ada orang kampung aku hancur tangan sebab main meriam buatan sendiri...
mak aku kata..
"orang dulu buat meriam ikut cara yang betul.. tak dak macam sekarang ni.. tak dak kemahiran tapi nak buat meriam.. sebab tu sekarang ramai yang tangan hil…

lelaki bujang dan kuih raya..

Assalamualaikum....

Selamat pagi sayang...
itu lirik lagu yang aku dengar kat radio tadi..
lagu tu Norkumalasari nyanyi kalau tak salah...

Pagi ni nak cari resepi nak buat biskut raya..
nak buat tengah hari nanti la..
cari biskut yang mudah2 je...
aku ni bukan reti sangat buat2 biskut ni..
kang tak jadi membazir je..
jadi kena cari resepi2 mudah saja..

kalau korang yang bujang2 ni
bila balik kampung nak raya beli kuih untuk
bawak balik kampung tak??
nak buat mungkin tak sempat..kan??kerja..
jadi beli je dan bawak balik ke kampung...

maksud aku yang lelaki tu..ada beli tak??
ke tak pikir langsung pasal nak bawak balik kuih raya??
balik kampung kena beli jugak la
satu dua jenis..
orang kampung pun nak merasa gak
kuih dari bandar ni...
maklum la..kuih bandar mesti nampak moden2 sikit..kan??
tat nenas pun sekarang ada yang bentuk
dah macam2...

Bila orang datang umah
mak kita pun mesti kata...
"tu kuih si mail bawak balik dari kolompo..."
"rasa la kuih dari kolompo ni.."…

kami mai tak mau makan...!

Assalamualaikum....
Entah apasal bila buka blog guna firefox slow melampau2 sangat.. jadi hari ni aku nak guna chrome.. ok je guna chorme..laju je...
Petang ni sebelum bersilat di dapur aku nak cerita pasalduit raya??
wajib ke bagi duit raya ni???

sebenarnya duit raya ni kalau kita mampu
boleh la bagi..tapi kalau kita sendiri pun nak balik
kampung pijam duit kat kawan rasanya tak payah la bagi..

Risau orang kata kedekut???
kebanyakan nya macam tu la..
bagi sebab taknak orang kata kita kedekut.
ada yang bagi duit raya
sebab orang tu bagi duit raya kat anak kita..
jadi tak nak bagi orang tu kecik hati kita pun
bagi la untuk anak dia jugak...

sebenarnya kuih2 yang kita hidangkan
tu pun adalah sedekah kita pada tetamu.
jadi kalau tak bagi duit raya pun
tak payah la rasa bersalah atau malu..

Anak2 kita memang tak paham..
jadi kita sebagai ibu bapa kena bagitau
tujuan sebenar ziarah menziarah tu untuk apa..
Ada anak2 yang datang rumah tapi tak nak makan minum..
alasan:kenyang dah...
nak tunggu …

Anak-anak nak raya dia sibuk nak kawen!

Assalamualaikum....
Pagi2 lagi sambil bw aku berceting2 dengan sorang kawan.. dari cerita bab anak2 beralih ke cerita raya.. bila keluar cerita raya,akan keluar jugak la cerita pasal rumahtangga..
Sedih pilu kawan aku tu ngadu katanya raya kali ni tak bermakna bagi dia.. puasa sebulan pun tak terasa laparnya sebab hati terluka lebih terasa dari lapar..
Risik punya risik rupanya suami dia nak tambah cawangan.. tak tahu apa puncanya, anak dah ada 3..isteri tak kerja.. jadi soal terabai tu tak boleh jadi alasan.. tapi suami masih berasa mampu untuk suap mulut ke 5.. padahal selama ni makan dan pakai memang cukup2 saja.. tak de terlebih tak de terkurang..
Jadi si isteri dah berasa lepas ni mungkin ada hal2 yang akan terabai sebab dia paham sangat kemampuan poket suaminya...
teringat masa dia bercinta dengan suami dia dulu selalu dia berbangga punya suami yang kacak.. sudahnya kacak tu la yang makan diri dia.. itu keluar dari mulut dia sendiri tadi.
siapa la yang nak kata suami dia tak kacak..kan??? tapi kalau…

Bagi kad raya tapi....

Assalamualaikum....

Korang dapat kad raya dah???
aku nak hantar kad raya ni..
tapi sebab tak keluar rumah lagi makanya
terbantut la segala penghantaran dan
barang2 yang dah siap untuk blogger2 kesayangan aku..

Ada sesetangah barang tu dah bungkus lama dah tapi
sebab masa tak de tak pos2 jugak..
ditambah dengan masalah kesihatan baru2 ni
nak keluar rumah pun tak boleh..
mesti echah dengan fariq dah tunggu je tu..
hahah..sorry ye adik2 ku..
masa betul2 mencemburui kita..:p

cerita pasal kad raya...
aku tengok ramai blogger yang
dah mintak2 alamat kengkawan sebab nak bagi kad raya..
bagus la..mengeratkan lagi perhubungan tu..

tapi yang tak bestnya
bila bagi kad raya tapi nak kan habuan...
"sapa nak kad raya,
buat entry khas link kan ke entry nj..
like fanpage..dah dapat kad sila buat entry lagi.."

cis!!tak ikhlas langsung..
teringat pulak masa sekolah rendah dulu..
bagi kad raya kat kengkawan
lepas tu paksa pulak kawan2 balas..
bila kawan2 tak balas ..
"kad raya aku bila na…

Tak balik kampung sebab ada rumah sendiri??

Assalamualaikum...

Wah..pagi ni banyak betul lagu raya
kat radio...
seronok la rasanya,...

aku nak tanya korang ni...
betul ke bila kita dah umur 40-50 tahun
dan anak2 dah besar kita tak perlu balik raya kat kampung.
kita raya kat rumah sendiri je..

balik kampung pun sekadar melawat je..
tak de lah sampai nak bermalam
dan berkumpul sampai 2,3 hari..

sebabnya aku tengok ramai yang buat gitu..
bila dah tua raya kat rumah sendiri je..
padahal mak ayah masih ada kat kampung..
tapi tak balik raya pun..
untuk tolong masak2 ke,tak de..
cuma balik melawat.pi pagi balik tengahari...

korang boleh tak macam tu??
ada rasa tak nak buat macam tu??


sekian..

Balik kampung i je la...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
dh merancang ke tahun ni
nak balik raya kat mana??
bagi yang bujang2 tu tak de masalah
kan nak balik mana..
tak tahu la pulak kalau ada yang
tahun ni tak balik raya sebab nak beraya kat kampung kekasih..
muka tak malu..!hahahah..

kalau ada yang buat macam tu
memang mabuk cinta tahap kritikal...
hehehe..
jangan pulak nanti bila dah kawen
pasangan ajak balik kampung
mula la muka masam mencuka..

berebut balik kampung time raya
cuma dialamai oleh pasangan2 yang
tak mengamalkan sistem "ikut giliran.."

tahun pertama kawen suami kata..
"balik rumah i je la ye.."

isteri nye jawab...

"ok..i tak kisah..:)"

masuk tahun ke dua..
suami kata...
"balik rumah i je la.."

isteri jawab..
"ok..mana2 pun tak pe.."

tahun ke tiga,suami kata..
"raya ni macam biasa la.balik rumah i dulu.."

isteri jawab..
"mana boleh tetiap tahun rumah u..
tahun ni kampung i la pulak..

suami pulak tak mau mengalah...
sus…

hang pakai apa ni??

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
mesti sekarang ni tengah mengantuk giler kan???
hehehh...jom cerita pasal penampilan dihari raya..
dah siap ke baju raya??
mesti tiap2 hari buka almari belek2 baju raya kan???
dulu masa aku kecik2 macam tu la..heheh...

ada perkara2 yang kita kena bagi
perhatian bila nak bergaya dihari raya ni..
terutamanya kalau kita ada anak kecik..
yang masih berdukung...

tak kan nak pakai tudung yang lilit sana sini..kan???
tak kan nak pakai keronsang yang besar tapak tangan..
bukan tak cantik..cuma tak sesuai sebab bila kita dukung anak
mungkin keronsang kita tu akan mencederakan dia..
pakai tudung lilit sampai tak jumpa hujang pangkalnye tudung tu..
sekali anak tarik jenuh nak betul kan semua...

macam tu jugak dengan baju..
nak beraya sah2 la kita berjalan dari rumah ke rumah..
lepas rumah bedah ke rumah timah..
jadi pakaian pun kena la sesuai..
tak boleh la nak pakai kain jenis songket.
masuk tengahari je mula tergaru sana tergaru sini..berpeluh!
jadi pilih kain yang tak tebal …

biskut raya 2011

Assalamualaikum...

Selamat berguling2 untuk yang sedang guling2..
dan selamat bekerja bagi yang bekerja..

malam tadi dapat mesej..
"Na..awak nak tempah tak tat nenas..
50 biji 22 ringgit.."

aku jawab "nanti la..awal lagi la..hehhe.."

baru kejap tadi ada mesej lain..
"nak tempah tak tat nenas 50biji
38 ringgit.."

naik semput aku baca 50 bji sampai 38 ringgit.
setakat ni itu harga tat nenas paling mahal la yang aku jumpa..
kat tempat aku ni orang jual tat nenas tak de yang lebih dari
30 ringgit...kat kolompo
nun memang mahal2 kot...
hehehe...

serba salah kan bila nak kata tidak
pada kawan2 yang jual kuih raya ni.
bukan selalu dia jual..
setahun sekali.
tambah2 kalau kita punya ramai
kawan2 yang berniaga kuih raya ni..
kalau sorang kita ambik satu jenis..
satu jenis kuih dalam rm25..
4 orang dah seratus..
uih!!boleh kempis poket..

dengan harga barang yang mahal sekarang ni
rasanya baik la kita buat sendiri biskut raya..kan??
kalau teringin sangat nak beli cukup la satu dua jenis biskut…

semua nak baru..

Assalamualaikum..

selamat pagi semua..
hari jumaat dah..
korang dah tempah baju raya ke??
aku tak tempah pun..
beli je..
nak beli pun hujung2 puasa nanti
sebab takut nanti silap saiz pulak..
biasanya bila bulan posa badan aku bertukar saiz..

cerita pasal baju raya teringat masa kecik dulu
bila dapat baju raya seronok sangat.
biasa la..budak2 kan??tambah pulak masa kecik2 dulu
baju kurung berfesyen2 ni cuma dapat masa hari raya ja..
maklum la..orang susah..setahun sekali beli baju..
mau tak seronok...

baju pulak fesyen2 artis tu..
tak padan dengan rupa..
muka comot pakai baju cantik.hahahah

kasut pun tak mau yang kaler hitam ja..
kalau boleh biaq kaler tu dari jauh
orang dah nampak.tu baru betoi2 raya..heheh
lagi terang warna kasut lagi berseri2 wajah kita.:p

masa tu bukan peduli
apa kata hati orang2 yang tengok..
yang penting perasaan sendiri di utamakan.

kasut dah ada..baju pun dah ada..
harus la ada beg duit..kan??
untuk kutip duit orang kampung la..
masa dulu duit raya setakat 2,3 kupang ja..
jadi tak pakai la…

ni cerita orang perempuan je la..

Assalamualaikum...

Malam tadi aku berjalan2 di butik2 online..
nak tengok koleksi jubah2 terkini..
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
panjang wah tu...hheheh..
sangat seronok ok..
sangat menarik...
segala-galanya memang sangat2 la..
entah hape2 ayat!:p

sebenarnye saja la nak tinjau2..
bukan nak beli pun..
aku memang tak beli barang2 melalui online.
tambah2 kain baju..
dapat yang terkecik atau terbesaq dah rugi..kan??
aku ni jenis orang yang berhati2 dan tidak mempercayai orang lain..:p

kalau aku rasa nak beli, aku lebih suka
pergi terus kat butik tu..
boleh cuba2 dan dan gayakan depan cermin dulu
sebelum hulurkan duit..
lebih puas hati..

kalau tak berkenan pi pulak ke kedai lain..
tak dak sapa nak marah kalau kita cuba dan tak beli.
ada ke yang marah??
kalau profesional dia tak kan marah..heheh

kalau pakaian budak2 pun sama jugak..
lagi la kena ukur betul2 sebelum beli..
tambah2 pakaian budak2 sekarang dah sama harga dengan
pakaian kita orang dewasa ni..

cerita pasal pakaian ni
baru teringat yang baju raya maisara tak…

Nak raya dah oi...

Assalamualaikum...

Raya hujung bulan 9 kan?
maknanye lagi 5 bulan.
tak lama dah tu..
kena buat kira2 dah ni..
nak kena kira la berapa2 bajet baju raya kami2 ni..
heheheh...

Uih!!jangan kata lambat lagi..
sekarang ni kedip2 mata dua tiga kali dah
muncul matahari esok.
memang cepat je masa berlalu.
jadi kena lah buat kira2 dari sekarang.
jangan nanti bila dah nak raya baru merungut itu tak cukup ini tak cukup.

lepas tu bila orang melaram dengan baju lawa2
kita pulak cemburu tengok orang tu ada tapi kita tak de..
tengok orang tu borong kuih raya kita pulak telan air liur je..

balik kampung anak2 sedara asyik tadah tangan.
tak kan tak bagi..kan??
sebab tu kena bersedia dari awal ni..
kalau yang kerja tu
mulai hari ni simpan sehari 5 hinggit.
heheheh....

jangan lupa bajet untuk bulan posa pun kena kira la..
bila bulan posa sah2 kita nak masak pun tak larat..kan?
balik kerja terus pi bazar ramadhan.
kena keluar duit jugak tu..
sebab tu kena bersedia dari awal2 ni..

ok la..jom kira sekarang!!!

sekian...

nak beli perabot tak??

Assalamualaikum...

korang berniat nak tukar perabot??ini lah masa yang sesuai.. heheh.. macam iklan pulak..

korang tau tak harga perabot kat kedai2 mesti akan turun bila tiba musim perayaan tahun baru cina.. betul.. tak percaya?? kat pulau pinang biasanye begitu.. tempat lain tak tau la..

biasanye kalau nak dekat2 tahun baru cina taukey2 ni bermurah hati je nak turun kan harga perabot diaorang. kalau korang mintak kurang pun mesti dia bagi..
tapi ingat ye.. lepas dia bagi diskaun tu manis2 kan lah mulut ucap selamat tahun baru cina ke.. semoga bisnes makin bagus ke.. semoga lu punye keluage ade ong ma.. heheh..

tapi kalau taukey tu tak bagi diskaun sah le dia kelekut punye olang! hehehhe

sekian..

cerita raya aku!

selamat hari raya.. ada ke sapa2 yang mengadap komputer di hari raya ni?? aku ngadap sekejap je ni.. nama pun raya kan?? buka pun kejap je la sambil rehat2 kat umah ni.. penat weh.. bejalan dari jam sepuluh tadi baru la ni boleh rehat2..
balik kampung jarang2.. jadi bila dapat balik semua jiran2 dan sedara mara kita kena la lawat.. kalau tak nanti....
"eh..lan tu ada balik tak raya haji tu..?tak mai pun rumah kami.. dah lupa la tu..sejak anak dah besar dan bini dah lawa ni tak mai dah umah kami.."

ha..yang tu yang kita tak mau dengar..kan??
walaupun kat situ ada ayat2 yang memuji diri sendiri.. sila abaikan.. hahhaah...

suasana beraya di kedah mungkin terencat sedikit sebab banjir yang baru surut.. tapi tidak di kampung pulai,Tokai.. suasana tetap meriah .. di tambah dengan ada 2,3 rumah yang buat kenduri korban.. memang kenyang la kami.. ada yang kami tak dapat nak pi sebab jap lagi kami nak balik ke pulau pinang semuala..

anak aku lak dok sibuk kira duit raya.. padahal tau kira dari satu samp…