Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, 13 July 2015

DILEMA BERHARI RAYA

Assalamualaikum...



Dalam kita bersuka ria nak sambut raya ,
mesti ada antara kita yang tengah pening dengan bajet raya kali ni.
Ye la..semua benda naik harga..
Bab kain baju dan kasut raya je dah beratus2 ringgit..
Belum lagi bajet untuk kuih raya yang nak dibawak balik ke kampung nanti.
Sampai je kampung kena fikir pasal
nak kena beli daging,beli ayam,lemang..
Hari raya nanti duit raya kat budak2 pun nak kena bagi..
Boleh bengkok la..hahahha..

Setahun hanya sekali..
lagipun semua tu bukan kita buat untuk kita sahaja..
tapi untuk orang-orang yang kita sayang..
Kalau tak mampu buat yang mampu sahaja..
jangan la sampai berhutang dan meminjam..
takut lepas raya duit masih kering gara2 habis bayar hutang pulak..
untung kalau ada tabung..Masa ni la tabung buluh sangat
berjasa pada kita..macam dalam entry ni..
Rasa kelakar pulak sebab terpaksa pecah tabung



Bila ada lah antara adik beradik atau saudara kita
yang kita tengok agak kurang berkemampuan di tahun ni
untuk berbelanja mewah macam awak,
jangan lah sesekali awak pandang hina sangat kat sia..
Siap sindir2..berkira pulak tu..
"Kau tak bagi duit,kau jangan makan.."
"kau jangan cas enpon,kau tak bagi duit letrik.."
"kau mandi sikit je,duit air bukan kau yang bayar.."

Ingat tak de ke??memang ada tau..
kalau orang lain atau kawan2 nak minum segelas pun bagi..
kawan2 nak gagau ayam dalam pinggan nasik pun dia rela
Tapi..bila adik beradik,punya la berkira ya Allah..
sampai tak de sikit pun ikhlas kat hati..



Bagi saya la,dapat memberi dan berkongsi sedikit
dengan adik2 saya adalah perkara yang sangat mengembirakan hati saya.
Tak harap pun mereka membalas setiap duit ringgit saya..
cuma saya harap kami akan saling menjaga hati dan perasaan
Biar kasih sayang terus bersemi..saya sayang adik-adik saya..

#selalunyasayaberkiradenganorangyangberkiradengansaya

sekian..

Thursday, 9 October 2014

MANUSIA JADI GILA GARA-GARA DRAMA TV

Assalamualaikum...



Ni cerita pasal hari raya haji itu hari.memang raya dah lepas tapi sebagai ingatan je la..Raya haji tu jam11 pagi kami sekeluarga bergerak la pergi beraya rumah saudara mara dan kenalan..Smpai ke petang tau pi beraya..sakan betul..heheh..

Yang tak pi beraya tu mungkin sekadar dok kat rumah dan layan Drama kerana terpaksa aku relakan..kan??kan??Amboi..tak cukup2 dulu dok hadap hari2 drama tu.,sampai hari raya pun tengok drama tu jugak.Ini lah yang berlaku pada 2,3 buah rumah yang kami singgah..



Bukan selalu pun berjumpa..setahun sekali pun susah.Bila dah orang datang beraya tu ,layan la tetamu dulu..ni tak..mata tuan rumah dan anak2nya semua ke TV aje..Tanya sepatah jawab pun sepatah..Dia orang lebih berminat dengan drama kat tv tu..

Sudah nya kami dok sekejap je..minum terus pergi rumah yang lain..pun sama jugak.melayan drama lebih daripada tetamu.aih pelik sangat la orang sekarang ni.tetamu buat hal sendiri je la..Kuih raya banyak.hidangan pun meriah bukan main kat atas meja..tapi rasanya hambar sebab kami datang bukan nak makan pun..dah nama nya datang nak beraya..

Huhu..sedih sangt dengan manusia zaman sekarang ni.ada yang gila drama ..ada yang gila smartphone..ada yang gila selfie..Apa nak jadi dengan dunia ni??

sekian..

Sunday, 3 August 2014

SELEPAS RAYA....

Assalamualaikum....

Tu dia...
sakan aih cuti..
nak bagi sama naik dengan budak
sekolah punya cuti nih..
hahaha..

seminggu lebih dah ni tak update blog..
syok la raya sampai lupa kat blog..
Muka pun dah tumbuh jerawat ..
Mana tak nya..
sumbat macam2..yang berminyak,yang berkacang,yang ber coklat..
memang tak dak pantang langsung..

Lepas tu mula sibuk dok cari produk nak hilangkan jerawat,
produk nak kecik kan peha..
heheh..



raya kome macam mana?best ka?
dalam pada kita bersuka ria tu
jangan lupa jeling2 jiran tetangga kita tu..
mungkin ada yang  nak makan sehari sekali pun tak mampu..

Kita ni kadang2 sibuk nak tolong
negara luar,
sibuk nak derma kat orang tu orang ni..
tapi jiran sebelah rumah tak makan pun kita tak tau..

jangan kan jiran..
ada tu yang adik beradik dia sendiri susah
pun dia tak tahu..

pandang2 sama gajah depan mata ni ye...

sekian..

Monday, 21 July 2014

KENAPA BERIYA -IYA SANGAT NAK RAYA NI?

Assalamualaikum..

Setakat ni aku dah buat 4 jenis kuih raya.
Tahun ni memang tak de beli kuih raya.
Semuanya buat sendiri.
Resepi semuanya google je.hehhe..
Terima kasih la kat blog2 yang berkongsi resepi
Biskut raya tu..

Ada yang pelik sebab aku beriya2 buat kuih raya.
Padahal aku dengan suami bukan makan
Pun kuih raya nih..
Tahun2 lepas kami beli je untuk tetamu2.
Tu pun tak banyak.
Balik kampung mak mertua bagi lagi kuih raya.
Jadi buat apa sibuk2 nak buat sendiri..kan??



Tapi tahun ni buat la sebab Maisara dah besar.
Dah pandai nak rasa seronok nya raya.
Masa kita kecik2 dulu
Saat paling best adalah bila
Tengok mak2 kita buat kuih raya..kan?
Sambil buat,sambil dengar lagu raya kat radio.
Mak buat kuih raya,
Kita main bunga api kat luar.

Jadi aku nak Maisara pun rasa seronok macam tu jugak.
Penat main bunga api,
Masuk dapur tengok ibu buat kuih raya.
Buat dia rasa tak sabar nak raya..
Tambah pulak bila sambil buat
kuih aku akan cerita kat dia
seronok nya raya zaman aku kecil2 dulu.
Sebab mak2 saudara dan sepupu semua balik.
Pagi raya semua pakai baju cantik2.
Bangun awal..jam 6 pagi dah bangun
Belum mandi dah peluk baju raya.



Tau2 je la budak2 sekarang
Dah hilang semangt nak raya tu.
Yang depa tau nak duit raya je.
Semangt nak jumpa saudara mara dengan kawan2
kat kampung dah tak de..
Tak kisah jumpa ke tak.
Mereka tak paham raya ni sebenarnya untuk apa.
Mereka tak sedar raya ni
Hari paling meriah untuk orang islam..
Dan kita perlu merayakan nya.

Sebab tu la walaupun dah tua ni,
Aku dengan suami tetap tunjuk kan
betapa tak sabarnya kami nak raya
Sebab nak dia rasa macam tu jugak.
Walaupun dalam hati memang rasa
Biasa2 je tapi kami tak de la luahkan depan dia



Kami suruh dia beli kad raya dan bagi pada kawan2.
Macam yang kami buat masa kecil2 dulu.
Kami belikan bunga api..
Kami tetap test baju raya
lepas balik dari shopping.
Kami ajak dia buat persiapan raya bersama.
Isi duit dalam sampul,
Gantung kad raya.
Padahal kami dah tentu raya kat kampung
Hehehe

Kami buat semua ni
Supaya bila dia besar nanti
Dia akan ada kenangan yang sama macam kami.


Sekian...

Wednesday, 16 October 2013

RAYA DAN KAMPUNG

Assalamualaikum...

Bila lepas cuti mesti malas nak update blog..
Tengok kat nuff ada cpuv baru..
Tapi tetap rasa malas..
Yang penting hujung bulan ni dah boleh cashout lagi..hehe...
Nampak sangat nak duit je nih..
Haha...



Raya kami sama je macam orang lain..
Kami buat ketupat jugak..
selain tu ada bihun jugak..
Kari daging , dan ayam pun ada..

Ayah mertua yang masak..
Ayah mertua aku memang pandai memasak..
Mungkin sebab adik beradik dia semua lelaki
Jadi nak tak tak nak kena jugak la
Belajaq masak..

Pagi Raya kat sini hujan..
sampai jam 11 pagi pun hujan lagi..
dah renyai2 tu baru la sempat beraya rumah jiran2 keliling tu..
lepas tu dah jam 2:30 petang balik umah..
tidur kan anak jantan ni sat..
mengamuk2 dah dia kat umah orang
sebab mengantuk..




Cantik kan kampung kami...
Jam 6 petang kami dah bersiap nak balik ke penang..
ada rumah kawan2 suami
yang tak sempat nak pi..
Teringin nak pi rumah Shida ,
pun tak sempat nak pi..

Yang tak bestnya bila balik dari kampung
Banyak la kain baju nk kena kemas..
nak kena basuh..adoi..
nak sidai nak lipat..
tu semua perlukan tenaga..
kami tak suka gunakan tenaga..hahahha..




Isinya pun sakan jugak tu.
mak mertua aku macam tau2 ja banyak
kain baju kotor nak diisi..
plastik sakan dibaginya..
Haha...

sekian..
posted from Bloggeroid