Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, 13 July 2015

DILEMA BERHARI RAYA

Assalamualaikum...



Dalam kita bersuka ria nak sambut raya ,
mesti ada antara kita yang tengah pening dengan bajet raya kali ni.
Ye la..semua benda naik harga..
Bab kain baju dan kasut raya je dah beratus2 ringgit..
Belum lagi bajet untuk kuih raya yang nak dibawak balik ke kampung nanti.
Sampai je kampung kena fikir pasal
nak kena beli daging,beli ayam,lemang..
Hari raya nanti duit raya kat budak2 pun nak kena bagi..
Boleh bengkok la..hahahha..

Setahun hanya sekali..
lagipun semua tu bukan kita buat untuk kita sahaja..
tapi untuk orang-orang yang kita sayang..
Kalau tak mampu buat yang mampu sahaja..
jangan la sampai berhutang dan meminjam..
takut lepas raya duit masih kering gara2 habis bayar hutang pulak..
untung kalau ada tabung..Masa ni la tabung buluh sangat
berjasa pada kita..macam dalam entry ni..
Rasa kelakar pulak sebab terpaksa pecah tabung



Bila ada lah antara adik beradik atau saudara kita
yang kita tengok agak kurang berkemampuan di tahun ni
untuk berbelanja mewah macam awak,
jangan lah sesekali awak pandang hina sangat kat sia..
Siap sindir2..berkira pulak tu..
"Kau tak bagi duit,kau jangan makan.."
"kau jangan cas enpon,kau tak bagi duit letrik.."
"kau mandi sikit je,duit air bukan kau yang bayar.."

Ingat tak de ke??memang ada tau..
kalau orang lain atau kawan2 nak minum segelas pun bagi..
kawan2 nak gagau ayam dalam pinggan nasik pun dia rela
Tapi..bila adik beradik,punya la berkira ya Allah..
sampai tak de sikit pun ikhlas kat hati..



Bagi saya la,dapat memberi dan berkongsi sedikit
dengan adik2 saya adalah perkara yang sangat mengembirakan hati saya.
Tak harap pun mereka membalas setiap duit ringgit saya..
cuma saya harap kami akan saling menjaga hati dan perasaan
Biar kasih sayang terus bersemi..saya sayang adik-adik saya..

#selalunyasayaberkiradenganorangyangberkiradengansaya

sekian..

Thursday, 9 October 2014

MANUSIA JADI GILA GARA-GARA DRAMA TV

Assalamualaikum...



Ni cerita pasal hari raya haji itu hari.memang raya dah lepas tapi sebagai ingatan je la..Raya haji tu jam11 pagi kami sekeluarga bergerak la pergi beraya rumah saudara mara dan kenalan..Smpai ke petang tau pi beraya..sakan betul..heheh..

Yang tak pi beraya tu mungkin sekadar dok kat rumah dan layan Drama kerana terpaksa aku relakan..kan??kan??Amboi..tak cukup2 dulu dok hadap hari2 drama tu.,sampai hari raya pun tengok drama tu jugak.Ini lah yang berlaku pada 2,3 buah rumah yang kami singgah..



Bukan selalu pun berjumpa..setahun sekali pun susah.Bila dah orang datang beraya tu ,layan la tetamu dulu..ni tak..mata tuan rumah dan anak2nya semua ke TV aje..Tanya sepatah jawab pun sepatah..Dia orang lebih berminat dengan drama kat tv tu..

Sudah nya kami dok sekejap je..minum terus pergi rumah yang lain..pun sama jugak.melayan drama lebih daripada tetamu.aih pelik sangat la orang sekarang ni.tetamu buat hal sendiri je la..Kuih raya banyak.hidangan pun meriah bukan main kat atas meja..tapi rasanya hambar sebab kami datang bukan nak makan pun..dah nama nya datang nak beraya..

Huhu..sedih sangt dengan manusia zaman sekarang ni.ada yang gila drama ..ada yang gila smartphone..ada yang gila selfie..Apa nak jadi dengan dunia ni??

sekian..

Sunday, 3 August 2014

SELEPAS RAYA....

Assalamualaikum....

Tu dia...
sakan aih cuti..
nak bagi sama naik dengan budak
sekolah punya cuti nih..
hahaha..

seminggu lebih dah ni tak update blog..
syok la raya sampai lupa kat blog..
Muka pun dah tumbuh jerawat ..
Mana tak nya..
sumbat macam2..yang berminyak,yang berkacang,yang ber coklat..
memang tak dak pantang langsung..

Lepas tu mula sibuk dok cari produk nak hilangkan jerawat,
produk nak kecik kan peha..
heheh..



raya kome macam mana?best ka?
dalam pada kita bersuka ria tu
jangan lupa jeling2 jiran tetangga kita tu..
mungkin ada yang  nak makan sehari sekali pun tak mampu..

Kita ni kadang2 sibuk nak tolong
negara luar,
sibuk nak derma kat orang tu orang ni..
tapi jiran sebelah rumah tak makan pun kita tak tau..

jangan kan jiran..
ada tu yang adik beradik dia sendiri susah
pun dia tak tahu..

pandang2 sama gajah depan mata ni ye...

sekian..

Monday, 21 July 2014

KENAPA BERIYA -IYA SANGAT NAK RAYA NI?

Assalamualaikum..

Setakat ni aku dah buat 4 jenis kuih raya.
Tahun ni memang tak de beli kuih raya.
Semuanya buat sendiri.
Resepi semuanya google je.hehhe..
Terima kasih la kat blog2 yang berkongsi resepi
Biskut raya tu..

Ada yang pelik sebab aku beriya2 buat kuih raya.
Padahal aku dengan suami bukan makan
Pun kuih raya nih..
Tahun2 lepas kami beli je untuk tetamu2.
Tu pun tak banyak.
Balik kampung mak mertua bagi lagi kuih raya.
Jadi buat apa sibuk2 nak buat sendiri..kan??



Tapi tahun ni buat la sebab Maisara dah besar.
Dah pandai nak rasa seronok nya raya.
Masa kita kecik2 dulu
Saat paling best adalah bila
Tengok mak2 kita buat kuih raya..kan?
Sambil buat,sambil dengar lagu raya kat radio.
Mak buat kuih raya,
Kita main bunga api kat luar.

Jadi aku nak Maisara pun rasa seronok macam tu jugak.
Penat main bunga api,
Masuk dapur tengok ibu buat kuih raya.
Buat dia rasa tak sabar nak raya..
Tambah pulak bila sambil buat
kuih aku akan cerita kat dia
seronok nya raya zaman aku kecil2 dulu.
Sebab mak2 saudara dan sepupu semua balik.
Pagi raya semua pakai baju cantik2.
Bangun awal..jam 6 pagi dah bangun
Belum mandi dah peluk baju raya.



Tau2 je la budak2 sekarang
Dah hilang semangt nak raya tu.
Yang depa tau nak duit raya je.
Semangt nak jumpa saudara mara dengan kawan2
kat kampung dah tak de..
Tak kisah jumpa ke tak.
Mereka tak paham raya ni sebenarnya untuk apa.
Mereka tak sedar raya ni
Hari paling meriah untuk orang islam..
Dan kita perlu merayakan nya.

Sebab tu la walaupun dah tua ni,
Aku dengan suami tetap tunjuk kan
betapa tak sabarnya kami nak raya
Sebab nak dia rasa macam tu jugak.
Walaupun dalam hati memang rasa
Biasa2 je tapi kami tak de la luahkan depan dia



Kami suruh dia beli kad raya dan bagi pada kawan2.
Macam yang kami buat masa kecil2 dulu.
Kami belikan bunga api..
Kami tetap test baju raya
lepas balik dari shopping.
Kami ajak dia buat persiapan raya bersama.
Isi duit dalam sampul,
Gantung kad raya.
Padahal kami dah tentu raya kat kampung
Hehehe

Kami buat semua ni
Supaya bila dia besar nanti
Dia akan ada kenangan yang sama macam kami.


Sekian...

Wednesday, 16 October 2013

RAYA DAN KAMPUNG

Assalamualaikum...

Bila lepas cuti mesti malas nak update blog..
Tengok kat nuff ada cpuv baru..
Tapi tetap rasa malas..
Yang penting hujung bulan ni dah boleh cashout lagi..hehe...
Nampak sangat nak duit je nih..
Haha...



Raya kami sama je macam orang lain..
Kami buat ketupat jugak..
selain tu ada bihun jugak..
Kari daging , dan ayam pun ada..

Ayah mertua yang masak..
Ayah mertua aku memang pandai memasak..
Mungkin sebab adik beradik dia semua lelaki
Jadi nak tak tak nak kena jugak la
Belajaq masak..

Pagi Raya kat sini hujan..
sampai jam 11 pagi pun hujan lagi..
dah renyai2 tu baru la sempat beraya rumah jiran2 keliling tu..
lepas tu dah jam 2:30 petang balik umah..
tidur kan anak jantan ni sat..
mengamuk2 dah dia kat umah orang
sebab mengantuk..




Cantik kan kampung kami...
Jam 6 petang kami dah bersiap nak balik ke penang..
ada rumah kawan2 suami
yang tak sempat nak pi..
Teringin nak pi rumah Shida ,
pun tak sempat nak pi..

Yang tak bestnya bila balik dari kampung
Banyak la kain baju nk kena kemas..
nak kena basuh..adoi..
nak sidai nak lipat..
tu semua perlukan tenaga..
kami tak suka gunakan tenaga..hahahha..




Isinya pun sakan jugak tu.
mak mertua aku macam tau2 ja banyak
kain baju kotor nak diisi..
plastik sakan dibaginya..
Haha...

sekian..
posted from Bloggeroid

Tuesday, 20 August 2013

KAD RAYA DARI KAWAN-KAWAN DAN PEMINAT( peminat la sangat..)

Assalamualaikum...


Lupa pulak nak publish entry kad raya nih..
kena la buat jugak entry ni sebab bangga pe
dapat kad raya..
ada orang yang langsung tak de kad raya tahun ni tau..
kesian betul..
tak pe..raya tahun depan 
kena usaha sikit untuk dapatkan kad raya dari kawan2 tau..
macam aku,aku paksa diaorang supaya hantar kad raya..
muahahh


Yang ni dari Amy..
ada duit raya untuk Mikhail dan Maisara..
dan ada hadiah untuk Ibu nya jugak...
ibu nya pun kena ada sebab kalau tak ibu dia merajuk 
hentak2 kaki tau..
Korang kalau nak beli barang dengan harga best boleh 
hubungi Amy kat sini tau..



4 keping ni dari peminat Maisara..
salah satunya ada duit raya untuk Mikhail dan Maisara.
silent reader blog ni..katanya..
suka citer2 maisara walaupun dah lama tak de
citer pasal maisara pun..
mekasih banyak2 Iza,wani, eeda dan Suwit..



Yang ni pulak dari Blogger shida..
ada bookmark jugak..
maisara kata 
"ibu,cemana kakak shida ni tahu Maisara suka Finn and jake?"
aih..macam la orang tu bagi kat dia..


Ini dari blogger jugak..
yui punya..yang ni aku mintak dia pos kan..
paksa dia pos kad raya..
senang je..ugut nak sebarkan gambar gemuk dia ..
terus dia setuju nak pos..heheh
(acah je..)


Yang ni bukan kad raya tapi 
hadiah GA dari blogger Anies..
comel2 sampulnya..
hari tu kawan2 Maisara datang beraya kat rumah
aku bagi duit raya guna sampul ni..
depa dok belek la sampul tu siap 
cakap "cantik la makcik.."
tetiba aku perasan macam depa kata aku cantik..jadi la...:)


Yang ni untuk Maisara dari Blogger Azian Khalil.
ada duit raya jugak untuk Maisara dan MIkhail.
Sampai hari ni Maisara tetap baca kad raya ni.
agaknya dah boleh hafal kot apa
yang Cik yan tulis dalam kad ni..
masa raya hari tu dok ajak aku pi umah Cik Yan 
sebab aku ada tunjuk Kat dia gambar baby baru Cik yan.
nak tengok Baby la..
Apa ingat umah Cik yan dia kat seberang jalan ni je ke??



Last sekali Kad raya dari Blogger Afzal.
kad raya dia gambar muka dia je..
memang dia tak kasi can la 
kat bunga api ke,ketupat ke,
lemang ke..tak de!gambar dia je ..
lepas tu agaknya dia tak nak orang kata dia 
giler gelemer
dia letak la gambo mesjid dengan bulan secoet..

ok..tu je la..

sekian...

Saturday, 17 August 2013

BACA LA CERITA RAYA SAYA PULAK...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
ramai yang dah kembali ke umah masing2 kan..
selama ni asyik dok umah orang je..
hahahah...nama pun raya kan..
asyik dok umah orang je la kan..

Tahun ni Raya aku biasa2 je..
ala..dah tua2 ni dok berasa raya masa
zaman kecik2 dulu jugak yang best..kan??
Sekarang ni raya nak seronok kan anak2 je..



Tema keluarga aku tahun ni merah..
sebenarnya tak de bertema2 pun..
kebetulan balik2 kampung tengok2 ramai lak yang
berbaju merah..

Pagi2 raya sibuk lagi kat dapur..
Maisara paling awal mandi dan pakai baju raya..
dia ..biasa la..kan??
bab2 melaram ni kalau boleh sebelum subuh dia nak pakai baju raya dah..
hahah..Beza lak dengan Anak teruna aku..
jam 10 pagi dia dok macam ni lagi..


hahahah

Raya kat kampung aku tak de kemana pun..
terima tetamu je..
petang nya pulak buat majlis sikit untuk sambut harijadi
mak dan makngah aku..

makngah aku memang suka buat senyum katun gitu..hahah

kek ni sedap..rasa macam ada santan..



Raya kedua jam 12 tengahari baru bertolak balik
ke kedah pulak..
Memang tetiap tahun kami raya gini..
tetap balik dua2 belah keluarga.
penat pun tak pe asal dapat jumpa keluarga tersayang.
kadang2 pelik jugak dengan orang yang kawen satu negeri
tapi time raya nak raya kat sebelah keluarga je..
keluarga yang satu lagi kena tunggu raya tahun depan baru
dapat beraya sama..gilir2 katanya..
padahal satu negeri je..

Balik kedah baru la langkah panjang..
jalan sana jalan sini sampai anak mengamuk nak balik.heheh

sama je kan cerita raya aku dengan korang??
ha..tu la..sebab tu aku malas nak citer..

ekekekk..

sekian...


Wednesday, 31 July 2013

BARU,KERAS,BERSIH,WANGI

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua..
Lagi  seminggu je nak raya kan?
Sekejap je kan..
Duit raya dah siap bubuh dalam sampul ke?




Cerita pasal duit raya..
Biasa nya setiap tahun memang berebut2
orang tukar duit kat bank..
Nak duit baru..

mengamuk anak buah aku kalau dapat duit raya macam ni..hehhe
Memang la tak pe bagi duit lama..
Yang penting niat kita
nak bersedekah tu kan??

Duit baru ke,
Duit comot ke dua2 bernilai..
Kalau pergi kedai tak de pulak tauke
kedai tu kata.

"bayar guna duit baru saja ye.."

Tak de macam tu kan??
Tapi kan...
Setahun sekali..
Apa salahnya kita bersusah2 tukar duit baru..
Untuk gembirakan hati anak2..

Sekurang2 nya bila dia buka sampul
seronok tengok duit keras,cantik lagi..
Ada budak2 bila dapat duit buruk
dia merungut

"ala..duit buruk"

Itu benda biasa la..kan??
Yang luar biasanya bila mak pak yang
merungut,marah2 sebab tak dapat
Tukar duit baru kat bank.

Hehe..

*tak sabar nak dapat sampul raya
dari Anies..aku menang GA dapat sampul comel tu tau..:P

Sekian..

Tuesday, 23 July 2013

SPENDAER RAYA PUN ADA...

Assalamualaikum...

Selamat pagi..
semalam langsung tak blogwalking..
Sibuk ngemas umah,,
Alang2 dah berpeluh tu biar sampai basah lenjun..
hahah...mula2 kemas bilik anak dara je..
lepas tu kemas stor pulak..
bila dah penat mula la tersadai..siap lena lagi..hahahha..



Sekali pagi ni buka blog tengok Uv boleh pengsan..
kurang 2 kali ganda..rasakan la..kan??
buka pulak nuffnang..
ada CPUV yang dapat seminggu lepas,
selalunya sehari akan naik RM1-2 ringgit..
hari ni tengok2 naik tak sampai 2 kupang..hahhahampeh!!!

Tapi best jugak berpeluh..
korang kalau puasa ada berpeluh tak??
aku kalau puasa memang tak berpeluh..
badan jadi macam kering je sebab tak berpeluh..
rasa tak selesa sangt..
tu yang buat kejap2 rasa nak mandi la..nak basuh muka la.kan??


nak tanya ni..
korang kan..bila hari raya beli kasut raya tak??
macam masa kita kecik2 dulu time raya je dari atas sampai bawah semua 
baru sempena raya..dah besar ni macam tu jugak ke??
sebab suami aku selalu rasa pelik aku tak beli kasut raya..
hahah..aku biasa beli kasut bukan time raya...
jadi bila tiba raya tu rasa macam tak payah beli la
sebab kasut yang sebulan lepas beli dulu elok lagi.kan??

tapi Myra kata dia beli..
beg tangan Raya pun beli jugak..
haha..

Anak sedara aku dulu
spenda raya pun ada..heheheh

sekian..

Wednesday, 26 June 2013

BAJU RAYA KALI INI

Assalamualaikum...

bukan baju aku



malam tadi suami dah tanya nak beli baju raya kat mana??
Aku sendiri pun tak tahu nak beli kat mana
malah baju yang macam mana pulak aku nak kali ni.
Bab baju anak2 tak kisah sebab dah tau kat mana nak beli..

Aku ni memang tak suka tempah baju..
biasanya beli je..
serik la dianiaya tukang jahit tak ikhlas nih..
kat pulau pinang ni susah nak jumpa tukang jahit 
yang betul2 buat kerja..

ni pun bukan baju aku

Aku pernah hantar kain untuk buat baju
kat sorang tukang jahit nih..
bila dah siap aku pun pi ambik..
terkejut nya bila tengok kain tu jadi kotor..
aku pikir tak pe la..nanti basuh ok kot..
rupanya tak hilang kotor tu..
tu kesan warna yang tukang jahit biasa guna untuk tanda2 baju tu..
tapi bukan sikit.macam diconteng budak kecik je..
Bila aku tanya dia kata "memang Diana hantar hari tu dah ada tanda tu.."
geram nya rasa sebab sejak beli dah berapa kali aku buka bentang kain tu tengah2 umah ni.
tak kan la aku tak nampak tanda conteng tu.
yang kelakar nya tanda tu sama je dengan warna yang dia guna untuk tanda baju aku..
nampak la kat belah dalam bahagian bawah baju..

Dah tak nak ngaku sudah la..
aku pun cakap,ada kain lebih tak untuk ganti
bahagian lengan ni
(yang kotor tu bahagian lengan baju je..)
dia kata tak de..sikit pun tak de.
ok la..kain aku beli 4 meter 1/2 tak de lebih..
buat baju kurung biasa je..
terpikir jugak aku gemuk sangt ke aku ni..
kalau beli baju aku pakai saiz L je pun..
sejak tu aku pangkah merah dah tukang jahit nih..

cantik..tapi susah nak cedok laksa.
Tak lama lepas tu aku cari tukang jahit lain..
Untuk kacik kan baju aku yang lama2 dulu..
hantar hari ni,seminggu kemudian dia suruh datang ambik.
balik umah test2 aku tengok tak de kecik kat mana pun..
aku pakai baju tu sama je mengelebeh sebab besor,.
ambik semua baju tu masuk kotak simpan dalam stor.

Itu lah sebabnya aku serik nak tempah baju kat sini..
baik aku beli lagi bagus..
Baju raya kali ni aku nak yang 
mudah aku nak cedok mee kari ke,laksa ke..
mudah untuk aku duduk bersila
dan selak2..anak aku kan menyusu badan kan..
jadi semua tu harus di pertimbangkan..

hehehe,..

sekian..

Monday, 13 August 2012

CEREWETNYA KANAK-KANAK ZAMAN SEKARANG

Assalamualaikum...

Selamat pagii semua...
hari sabtu kemarin keluar shopping untuk raya..
punya la sakit kaki aku berjalan..
Ingat nak beli kasut untuk maisara.
tapi cerewetnya ya ampun...
itu tak kena ini tak kena...

memilih betul la...
sampai tak tahu nak beli yang mana .
semuanya dia tak mau sebab tak berkenan.
last2 tak beli pun..
katanya nak beli kat kedai lain nanti..
pulak dah!!

Budak2 sekarang ni tak macam kita
kecik2 dulu kan>??
kadang2 kasut raya tu,sedar2 dah ada depan mata dah..
sebab mak ayah yang pi kedai tu sendiri.bawak tali sukat je.
kita depa tinggal kat rumah.

dah ada depan mata tu berkenan ke tak,kena la terima je.
kalau tak suka,menangis la berguling macam mana pun
last2 kena jugak pakai kasut tu masa raya nanti..ehheeh

kalau baju raya pun sama..
sedar2 dah beli kain dah..
tinggal nak bawak kita pi kedai nyonya tukang jahit ja..
nak pi sukat.tak de nya mak nak tanya ..
"nak kain warna apa??"
kalau ada pun mungkin masa tu umur kita dah masuk 15 tahun.



dah jadi anak dara..
tapi masa kecik2 bab kasut raya dan
baju raya ni memang jarang2 kita sendiri dapat buat keputusan,..hehehe..

budak2 la ni banyak
terpengaruh dengan tv dan majalah..
sebab tu kecik2 dah memilih..


sekian,...

Sunday, 12 August 2012

DUIT DARI BLOG DAN KAD RAYA

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua..
hari ahad sudah...
jarang2 aku nak update blog pada hari ahad...
tapi hari ni tak de buat apa ..boleh la update sikit..

hari jumaat hari tu
sampai sudah cek terakhir aku dari nuffnang
sebelum aku cuti bersalin ni..



cuti bersalin ni mungkin lama tak buka blog
jadi sah2 la takde duit dari nuffnang lagi..heheh
jumlah nya tak sampai seratus pun..
mana tak de..bulan 6 tu satu be je yang ada..
bulan 7 pun ada satu be tapi tak boleh nak cashout sebab
ada RM37 je..heheh..tu la..malas update blog lagi..heheh..

hari jumaat tu jugak dapat kad raya dari Deno..
comel je kadnya..macam dia jugak..

Maisara tanya "kenapa kad ni sebelah dia sekerat je ibu??"

Ibu:entah la...(jawapan malas nak layan.)

Maisara:entah2 kakak ni tahu maisara puasa sekerat hari je kot..?

Ibu:ha..tau pun..sebab tu kena puasa penuh.tak boleh sekerat2.



Ni pulak kad raya dari Myra..
Myra ni pun dok pulau pinang jugak..
tapi tak pernah jumpa..
teringin jugak nak jumpa dia tapi aku ni kan pemalu..
hahahha..malu la sangt...:P

bukan dapat kad raya je..
Myra bagi Rollerball Eye shadow jugak
sebab menang teka teki kat blog dia dulu..
terima kasih Myra..

Eh!ada yang tanya aku berapa aku dapat dari buat blog ni..??
tak banyak pun..
aku start buat blog tahun 2010.
tahun 2011 baru start dapat bayaran dari nuffnang.
awal tahun 2012 dah ngandung,mula la start malas..hehehe
dan setakat ni dapat banyak ni je...

sekian...

Friday, 10 August 2012

SUKAHATI DEPA LA..TAK MAU RAYA HANG DOK DIAM2 OK??

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
dah hari jumaat rupanya.
aku tak sedar pun..
semalam tanya suami "abang..hari ni hari apa??"
bila dia kata "sekarang dah masuk hari jumaat la."
terkejut dengar..
cepat betul masa berlalu.tak lama je lagi nak raya..kan??

Aku kekadang geram je dengan orang2 yang
selalu pertikaikan orang lain
yang teruja nak sambut raya berbanding sambut
hari kebangsaan..perlu ke dipertikaikan???

tak boleh pikir ke??
hari raya dengan hari kebangsaan tu berbeza tau..
salah ke kalau orang sibuk shopping baju dan kuih
raya dan masih belum kibar bendera depan umah??
apa nak heran...
bukan ke kita sambut raya dulu
dari hari kebangsaan.


lepas tu bila tengok orang dok sembang pasal
puasa dan raya je mula la nak kata kita ni tak patriotik la..
tak kenang jasa pejuang2 negara la..
tak penting kan sejarah negara la..

habis tu nak suruh buat cemana??
nak suruh hari2 dok depan umah terjerit2 baca
sajak kemerdekaan??
nak suruh tiap kali update status lebih kan cerita
pasal kemerdekaan berbanding raya dan puasa??
nak suruh tiap kali buka mulut
sembang pasal merdeka je??
pasal raya ni jangan sebut,tak patriotik??macam tu??

alahai..awak nak sambut raya dulu ke,
nak sambut merdeka dulu ke,itu sukahati awak la..
tapi jangan la bila orang tak ikut rentak awak,
terus awak nak label orang itu ini tak betul.
entah2 awak sendiri masa hari kemerdekaan dok
terbongkang je atas katil..
tak pun dok ngadap facebook
update status dari pagi sampai malam...
merdeka sangat la..kan???

sekian...

Tuesday, 31 July 2012

KASI TAYANG LA...RAMAI NAK TENGOK NI!

Assalamualaikum...

Selamattengahari semua...
petang ni kena pi klinik..
kena tulis ni dan ingat sebab takut lupa..
tak pernah lagi la kena pi petang..
selalunya pagi je..minggu ni kena pi petang pulak...
tu yang takut lupa tu...heheheh..

Nak cerita pasal baju raya ni..
sapa dah siap semua baju raya dia??angkat kain..hehehe
orang perempuan ni kan
kalau bab baju raya,kasut raya
memang kita cukup2 ambil berat..kan??

Bukan takat kain baju sendiri je kita sibuk..
yang suami punya pun kita jugak nak kesah kan..
yang mak mertua punya pun kalut kita nak uruskan..
bukan apa..takut nanti bila raya tak sedondon la pulak..
bila tak sedondon tak boria la..kan???

Dari awal tahun lagi dah siap bincang dah dengan biras,
dengan mertua dengan ipar duai
nak pakai kaler apa raya ni..
kalau tak sama kaler boleh kena buang keluarga la..
hahahahah

Aku dengan suami tak pernah lagi pakai sedondon warna ni..
last kami pakai sama kaler masa hari kawen..muahahh..
tu pun ikut kan hati nak je aku pakai kaler lain
dengan dia..hahahah..

mungkin tahun2 akan datang terbuka la pintu hati kami ni nak
berdondon.. hehehehh..
maklum la..
warna kegemaran aku dengan suami ni tak sama..
bab kaler baju ni memang kami tak sejiwa la..
hahahha...

pada yang dah siap baju raya tu,apa lagi...
kasi tayang la kat blog..
ramai nak tengok ni oi..
heheheh..kalau boleh lengkapkan sekali
dengan kasut dan beg tangan..:p

sekian...

Sunday, 6 November 2011

JOM PI RUMAH SOLIHIN ZUBIR.

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA...
wah!!sakan beraya aku ni..
dari jam sepuluh tadi dah mula mengunjung
dan dikunjung..
ni la baru nak rehat.
maisara pun sekali letak kepala je terus tidur ni..
penat berjalan kumpul duit raya..hehehe

sekejap je buka blog ni
sebab nak tengok nuffnang..heheh..
tapi terkejut jugak tengok kat bloglist ramai yang
update blog macam biasa..

rasanya dalam 2 hari ni aku
sibuk sikit la..
esok pulak nak pi rumah solihin zubir..
dia ada buat korban..dia ada jemput korang kan??
jangan kata tak de lak..
pi tengok kat blog dia..sapa pi,bagitau aku ye...
boleh kita jumpa..:p

lepas tu malam nak tolong adik ipar
siapkan barang hantaran dia..
2 minggu lagi
rumah kami ni nak kenduri..

pada yang singgah,terima kasih ye..
yang ada apa2 hal penting
jangan lupa email atau hantar kat inbox fb aku ye..
tengah2 malam sikit nanti aku baca..:P



SEKIAN..

Saturday, 5 November 2011

RAYA HAJI??TAK SAMBUT PUN TAK PE..

Assalamualaikum...

selamat petang..
dalam perjalanan nak balik kampung ni..
sebelum bertolak balik tadi sempat
la bw dan balas jejak kat blog2 lain..
yang aku tak dan singgah tu
mintak maaf ye,...
kan nak raya ni...tak boleh marah2 tau..hehehe

masa bw tadi
nampak la ada blog yang cerita
pasal raya haji..
ada yang anggap raya haji ni
tak seronok pun untuk disambut..

kenapa fikir macam tu ye??
sebab raya haji kita
tak payah puasa ye??jadi tak de apa2
yang nak disambut?macam tu??

sebenarnya tak boleh nak
salahkan adik2 ni..
patutnya pihak2 tertentu
kena ada cara untuk generasi baru ni
menghayati sebenarnya aidiladha ni..

mungkin lepas ni pencipta2 lagu
boleh cipta lagu untuk raya haji pulak ke..kan??
bila hari2 radio pasang
lagu raya haji siap dengan
rancangan sampaikan aidladha bagai
mesti meriah kan raya haji ni..??
drama raya haji memang cukup banyak dah..

Adik2...baca sini untuk
lebih menghayati aidiladha...

sekian..

ESOK RAYA KAN??

Assalamualaikum...


selamat pagi..
rasanya hari ni tak ramai yang nak
berblog macam selalu kan??
ye la..yang dah sampai kat kampung tu
sibuk nak masak2..sibuk nak kemas umah...

Aku ni pun sebab tak balik kampung lagi je..
petang nanti sampai je kat kampung
lupa terus yang aku seorang blogger..
wakakak...

tapi jangan lupa jengah blog aku ye
sebab update tetap update...
sehari kan ada 24 jam..
panjang sebenarnya 24 jam tu..
heheheh

kepada yang nak bertolak balik,hati2 memandu..
yang dah sampai kampung
jangan lupa cuti tak lama..
kang dah syok dok kat kampung
terus ambik keputusan nak menganggur..
ada tau orang macam tu..
heheheh..

selamat hari raya...:)

sekian...

Thursday, 3 November 2011

BESTNYA RAYA HAJI..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
pagi ni cuaca bagus je..
hujung minggu ni dah raya kan???
korang buat kuih raya tak??

Aku ada la buat sikit
untuk bagi mak kat kampung..
tahun ni raya nak balik kedah..
tak balik perak jadi hantar kuih je..:p



seronok nak balik raya ni..
sebab kalau raya kat kedah memang
best..meriah macam raya puasa la..
ada kawan yang duduk
kelantan pun kata kalau raya
haji kat kelantan meriah macam raya puasa..

sebenarnya meriah tak meriah
itu bergantung kepada
cara keluarga itu menyambutnya..
ada keluarga yang bila
raya haji dia lebih selesa balik
dari masjid,tutup pintu dan layan tengok tv je..

bila ada budak2 datang bagi salam nak beraya
dia senyap je dalam umah,..
hehehe..benda ni pernah la aku alami masa kecik2 dulu..

jadi tak kira la korang dari
negeri mana..
meriahkan lah raya haji
tahun ni ye..
masak sedap2 dan ajak sedara mara
dan kawan2 datang umah..daripada depa
dok tidur je ..heheh


sekian...


jom ke ituini untuk banyak lagi berita cuak..:)

Monday, 5 September 2011

Untung jadi blogger

Assalamualaikum....

Selamat malam semua..
masa balik kampung beraya hari tu
sedara mara tau tak yang korang tu blogger??
tak tahu??ruginya....
kenapa tak bagi tahu..??heheheh

nak cerita pengalaman balik beraya
sebagai seorang blogger..
ada yang tanya..
"betul ke tu blog hang??"

malas dah nak malu2 kucing parsi..
mengaku je la...

"ye ..tu blog kita.. ada baca ke??"

korang percaya tak bila kita mengaku gitu
ada ramai orang yang sudi berkongsi cerita
dengan kita...

"cer hang tulis pasal bla..bla..bla..."

"nanti hang tulis la pasal aku..."(motif:nak popular)

"kalau hang tulis cerita ni dalam blog bagus jugak.."

nampak tak???
jadi bila balik dari bercuti
korang dah tak payah
pening2 nak pikir apa cerita nak tulis ni..
tak de la asyik tulis pasal beraya je...
selagi tak habis syawal,selagi tu dok tulis
pasal raya..gara2 trak de idea nak tulis..hehehe..

lagi satu...
bestnya beraya bila sedara mara
tau kita seorang blogger...
sedara mara tak berani nak buat perangai huduh depan kita.
buat la..tak pasal2 jadi tajuk utama
blog kita..
tambah pulak lepas update kita suka ping entry kat facebook..
habis la satu kampung tau perangai huduh dia..
hahahah....

entry usik2...
ada yang senyummmm..??? :)

JOM TERJAH BLOG SEMPOI NI..(LINK)


sekian....

MAISARA::Raya

Assalamualaikum...

malam ni nak cerita pasal
raya maisara..

raya kat kedah paling raya sakan la bagi maisara.
walaupun raya kat kedah pada hari raya ke dua..
maisara cucu tunggal mertua
aku kat kedah ni.
jadi duit raya memang warna warni la ..
kalau kat kampung aku duit raya seringgit je banyak
sebab maisara cucu yang entah ke berapa.
hehehhe..
duit raya maisara sampai raya ke

duit seringgit paling banyak..
ada dalam seratus duit seringgit tu tak salah..
maisara kata nak beli rantai tangan
dengan duit raya kali ni..:p

maisara dihari raya pertama.

raya haji ni raya kat kedah.
kat sini raya haji pun dapat duit jugak tau..
ada blogger kedah yang nak aku pi
rumah dia raya haji ni???
jangan lupa siap duit raya ye...
bukan untuk maisara..untuk aku la.hahahah

JANGAN LUPA TERJAH BLOG SEMPOI NI(LINK)..

sekian...

ingat nak pi umah solihin zubir raya haji nanti..:p