Showing posts with label ragam. Show all posts
Showing posts with label ragam. Show all posts

Monday, 23 July 2018

MAJIKAN TAMPUNG PERBELANJAAN PERCUTIAN 3500 PEKERJA BERCUTI DI TURKEY - UNTUNG LA....



Seronok nya kalau kerja dengan bos yang baik hati dan tahu menghargai setiap pekerja nya. Kalau gaji kecil pun tapi dapat bos yang memahami keadaan dan kesusahan pekerja nya pun dah cukup baik..kan??

Macam yang berlaku di India ni.. Seramai 3500 orang pekerja sebuah syarikat menerima durian runtuh dari majikan apabila mereka diberi peluang bercuti bersama di luar negara. Bukan sahaja dapat bercuti malah mereka turut diberi wang saku sebagai perbelanjaan ketika bercuti.

Majikan yang bergelar jutawan tersebut tidak mahu mendedahkan nama nya kepada umum namun nama beliau dikatakan pernah tersenarai di dalam Forbes dan  memiliki kekayaan lebih dari USD 20 milion


Jutawan tersebut membelanjakan hampir  USD 10 juta bagi membiayai percutian kakitangan nya di Hagia Sophia, Turki . Percutian tersebut diuruskan oleh Firus Baglikaya,  dari Turkey Travel Agencies Union (TURSAB), dan Murtaza Kalender, dari  Travel Shop Turkey dan turut di sokong oleh lementerian Budaya dan Pelancongan Turki.

Para pekerja akan bercuti di negara tersebut selama 1 minggu.



Mengikut perancangan  semua  pekerja tersebut  akan mengunjungi Istana Topkapi yang memiliki binaan berunsurkan Utsmaniyah yang digabungkan dengan  gaya Baroque Eropa,,kemudian mereka akan ke Hagia Sophia, dan juga merasai perjalanan di atas kapal yacht di selat Bosphorus.

Para pekerja juga akan turut diberikan wang perbelanjaan sepanjang mereka di sana.. Selain daripada itu mereka juga akan menginap di hotel-hotel di Istanbul, dan beberapa hotel mewah yang terkenal.

Selain dari pekerja-pekerja nya di India, percutian tersebut juga turut melibatkan pekerja nya di 20 negara lain .

Best nya dapat bos baik macam ni..Agaknya siapa lah jutawan dari India tersebut ,..kan??Ada yang kata jutawan tersebut ialah Mukesh Ambani ..Seorang ahli perniagaan Petrochemicals  , minyak  & gas... Betul ke??mungkin juga orang lain...  Boleh teka tak??

sekian..

Wednesday, 1 March 2017

DAH JANJI NAK KAHWIN TAPI KAU NAK LARI YE??RASAKAN....

Assalamualaikum...

Orang perempuan ni kalau  sekali kau dah janji macam-macam lepas tu dengan senang hati kau mungkir janji memang kau kena bersedia la dengan apa2 kemungkinan.Lagi-lagi zaman sekarang ni orang perempuan berani buat apa je.Palaing bahaya sekali bila janji bab kahwin.Hahhaha..Tapi sepatutnya si lelaki kalau tak mahu kahwin jangan la dimainkan perasaan perempuan tu...



Seperti yang berlaku di China seorang pengantin perempuan mengheret pasangan nya ke jalan raya gara-gara si lelaki tidak muncul dihari perkahwinan mereka.Dengan berpakaian pengantin dan solekan di wajah pengantin perempuan mengikat tangan dan mengheret lelaki yang dikatakan sebagai bakal suaminya itu ke jalan raya yang menjadi tumpuan orang ramai



Menurut apa yang dilaporkan  pengantin lelaki telah hilang pada hari bersejarah pasangan itu membuatkan pengantin perempuan keluar mencari lelaki tersebut. Tidak diketahui punca mengapa pengantin lelaki telah menghilangkan diri sedangkan tarikh dan masa sudah ditetapkan dan dipersetujui kedua pihak.



Nampaknya pengantin lelaki sepatutnya lebih bijak menyembunyikan diri sehingga mudah dikesan dan ditangkap oleh pengantin perempuan.Akibatnya dia diikat dan diheret ke jalan raya.Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut turut memujuk pengantin lelaki supaya berkahwin.

Lelaki tersebut dilihat hanya bertahan ketika dirinya diheret dan ditarik oleh pengantin perempuan.



 Video tersebut menjadi viral di China .Namun ada yang berpendapat perkara tersebut hanya lakonan untuk mempromosikan produk tertentu dan ada juga yang berpendapat ianya hanya pertunjukan .Pendapat korang macam mana??

sekian..

Monday, 9 January 2017

KATANYA TAK SUKA AMBIL TAHU HAL ORANG

Assalamualaikum...


Kalau nak cerita pasal diri sendiri benda yang baik-baik je yang akan kita cerita.Tapi kalau cerita orang dah tentu cerita buruk dan cerita panas je.Buang masa je nak cerita benda baik pasal orang .Bukan boleh naik kan saham sendiri pun..Ha..jangan tak tahu memang ada ramai orang yang macam saya katakan ni..

Cuba lihat sekeliling kita ..mesti ada sorang dua yang jenis suka ambil tahu hal orang lain.Tapi bila sembang siap mengaku.."saya ni tak suka ambil tahu hal orang.." hahahha..Padahal bila ada peluang mengalah kan penyiasat lagaknya.

Orang macam ni kadang-kadang kita tak boleh nak elak.Kita tak nak layan tapi bila dia start bertanya tu kita macam dipukau untuk menjawab semua pertanyaan dia.

" Dia pergi mana semalam..?"
"Dia cuti seminggu buat apa..kawen ke?"
" Betul ke dia bini nombor 2.."


Peghh!!!berpeluh kita nak menjawab nya .Walaupun kita dah jawab tak tahu tapi tetap juga di tanya.Tu kalau dapat kawan sekerja yang suka ambil tahu hal orang..
Kalau dikalangan jiran-jiran pulak dah tentu la anak kita jadi mangsa..Nampak je anak kita keluar cepat2 panggil...lambai2 siap umpan kacang kuda sebungkus..lepas tu bermula la soal siasat.

"semalam pi makan angin ka?kat mana?"
"beli apa.."
" mak hang hari2 bangkit pukul berapa?.."
"gaji pak hang berapa sebulan.."
"mak hang dapat bonus dah ka..?"
"Masak lauk apa hari ni..hari2 ampa makan lauk apa..mak ampa masak ka beli.."


Huih..anak pulak jujur ..Semua dia jawab dengan tepat dan betul.Entah apa la dia nak buat dengan cerita-cerita yang dia korek tu.Tapi bila berdepan dengan kita tak tanya pulak.Buat-buat macam naif dan jenis tak suka banyak tanya.Padahal kita ni dah tahu dah perangai nya.Anak balik cerita kat kita..

"mak tadi makcik Mok tu tanya pasal mak..macam-macam dia tanya..;letih kami nak jawab..."



Apa yang korang nak buat kalau ada dikalangan jiran dan rakan sekerja korang yang macam ni??Nak abaikan pun tak boleh sebab cerita2 kita dan orang yang kita kenal  tu jadi macam hiburan untuk dia.Kalau dia sebarkan dan tokok tambah lagi bahaya..Kan??Kalau tak kena kat diri sendiri boleh la kita suruh dia abaikan je..tapi bagi yang dah terkena, memang nak angkat muka pun tak boleh oi..Malu!!!


sekian