Showing posts with label puding sagu berkuah kastard. Show all posts
Showing posts with label puding sagu berkuah kastard. Show all posts

Thursday, 1 September 2016

PUDING SAGU BERKUAH KASTARD YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...




Malam tadi  dalam suasana sejuk nyaman tu saya masak Puding sagu berkuah kastard.Sebenarnya dah lama teringin nak makan puding sagu berkuah kastard ni.Tapi sebab malas punya pasal mampu telan air liur je..ehheeh..Lepas tu  kemas2 dapur nampak ada sagu yang masih elok,Seingat saya sagu lebih buat bubur kacang minggu lepas.Jadi saya pun terus la basuh2 sagu tu dan  rendam.



Nak buat puding sagu ni sekejap je..tak sampai setengah jam dah siap kot.Saya buat guna dua dapur jadi cepat la siap.Dah siap masak teringat pulak kat anak-anak jiran sebelah , terus ambil bekas aiskrim dan isi separuh.Suruh kakak hantar kan.Siap cakap sedap, Cuaca pulak sejuk..Puding tu pulak masih suam2..sedap la makan..kalau dibuat dalam cuaca panas , sejuk kan dalam peti ais sebelum makan..



Sagu kena di basuh dulu..dan kemudian direndam dalam 15-20 minit..Kalau biasanya kita tengok orang buat puding sagu ni guna susu tapi kali ni saya guna santan.Guna santan kotak je..Ok..jom la kita belajar buat Puding sagu Berkuah Kastard.Sesuai sangat nak jamu anak2..sebab benda ni cantik..hehe..boleh dihias comel2..Tu yang budak-budak suka..

RESEPI PUDING SAGU BERKUAH KASTARD

Bahan-bahan 

2 cawan sagu (guna cawan sukat beras tu)
sedikit pewarna (suka hati nak guna warna apa..tak nak warna pun boleh..)
2 cawan air


1 kotak kecil santan 
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil garam

2 cawan gula merah
1 cawan air.

Cara-Cara 

Basuh sagu bersih-bersih..kemudian rendam sagu..masuk kan dalam periuk dan masuk kan air.Masak sagu guna air sederhana  saja sampai la sagu kembang.Jangan lupa kacau2 sama sagu tu takut hangus di bawah.

Kemudian tapis sagu dan basuh sebab kita nak buang kanji pada sagu tu..kemudian tapis dan masuk kan pewarna..Kacau sebati  dan masuk kan dalam acuan.Tak nak letak dalam acuan , bubuh je dalam bekas biasa.nanti nak makan kita cedok saja..

Sekarang buat kuah kastard pulak..

Masuk kan santan, garam , tepung kastard dan air ke dalam periuk...kacau sampai kuah sedikit pekat..saya  tak mau pekat sangat.Ada juga yang suka pekat .kalau suka pekat boleh tambah kan 1 sudu lagi tepung kastard tu.

Dah pekat likat , angkat dan  ketepikan ..

Masak pulak air gula merah

Gula merah dan air dimasuk kan dalam periuk..masak hingga gula mencair dan sebati..angkat  dan ketepikan..


Dah siap!!! senang kan??

Bezanya kuah kastard saya ni dengan resepi lain ialah , selalunya kuah kastard tu dah sedia letak gula untuk bagi manis.tapi resepi saya , saya sediakan syrup gula merah.Lagi sedap tau..Yang tak suka ada gula merah boleh letak gula terus dalam kuah kastard masa memasak tadi..letak dalam 2 cawan..


 Sekarang hidangkan lah..letak sagu dalam bekas.lepas tu senduk kan kuah kastard  kedalam sagu..Kemudian letak  air gula sikit...kalau suka manis letak la lebih.saya suka letak kismis.kalau ada laici ke, jagung manis ke..pun boleh letak..memang sedap la..


selamat mencuba...