Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, 10 May 2013

BACA LA...

Assalamualaikum...



Agak bosan dah aku dengan citer politik kat facebook.
aku lebih suka baca citer politik kat blog berbanding kat facebook.
tapi nak buat cemana dah ini memang musimnya..
jadi pasrah je la..

Paling meluat bila ada yang kata..

"Tengok la apa jadi kalau negeri kita diperintah DAP nanti jadi macam
Pulau Pinang.."

Apa ingat kami kat Pulau Pinang ni kebulur tak makan ke??
apa yang teruknya aku pun tak tahu la..

Paling nyampah bila baca pasal
nak takut2 kan orang melayu..

"kalau DAP menang depa nak buat negara kita ni macam singapore nun..
melayu dan islam ni depa nak pijak2 ja.."

tu dia...sampai macam tu sekali depa nak takut2 kan orang melayu..
habis tu Agong dan Sultan2 kat malaysia ni tak dak ka??
sebab tu la banyak kan membaca..
cer baca sama apa fungsi raja2 melayu..
lekas google..
jangan malas ye adik2..
bila buta sejarah senang la orang nak tipu kita..

Jiran aku (cina) ..dia kata Melayu sama Melayu gaduh,cina
tak dak masa mau tepuk tangan.cari duit lagi baik ooo..

hahah

tambah kelakar sebab ramai yang inagt DAP tu parti khas untuk orang cina saja..
bukan..bukan..
DAP tak macam MCA..MCA baru la untuk orang cina saja..
Melayu ka india ka..semua boleh join DAP..

Sekali lagi...jangan malas membaca..
baca la jugak tentang asal usul penubuhan parti2 kat Malaysia ni..
InsyaAllah..susah orang nak tipu kita..


sekian..

Monday, 15 April 2013

ANTARA POLITIK DAN ARTIS

Assalamualaikum...

Hari2 tengok kat facebook
rakan2 yang cerita pasal artis..
ada je update apa2 cerita pasal artis...

Cerita buruk ada cerita baik pun ada..
cerita sahih ada cerita tak sahih pun ada..

tak pulak kau nak bising2 sampai nak remove kengkawan..kan??



Tapi bila update pasal politik..
dah di carut2 nya kata bosan la..
benci politik la...

Helllo!!!
ni musim pilihan raya tau..
Biasa la kalau sana sini cerita pasal politik..

jangan nak buat buta sampai hati pun buta,,
cer celik sikit.....
tau nak ambik kesah pasal artis je..
pasal tanah air sendiri bosan pulak..

Artis tu ke yang nak
bagi korang senang nanti??

sekian...

Thursday, 12 January 2012

PELAJAR YANG TAK LAYAK DAPAT BAUCAR RM200

Assalamualaikum...

Korang ingat tak lagi entry aku
yang tajuk politik oh politik..

aku ingat kan orang yang sekolah tak tinggi dan tak boleh
berfikir je yang berfikiran begitu..
rupanya ank2 muda yang belajar tinggi pun
tak tahu dari mana kerajaan dapat duit..hehehe


Rasanya kalau kita tak tahu baik kita diam..kan??
buat orang gelak je..
heheheh


sekian..

Friday, 30 December 2011

POLITIK OH POLITIK

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...korang pernah jumpa tak orang yang
bercakap dengan niat untuk menyindir tapi dalam tak sedar
dia menunjuk kan kebodohan diri sendiri..

Ada sorang kawan mengadu pada aku dia ada sahabat..
kita namakan sahabat dia ni sebagai A dan kawan aku ni sebagai B.

A dan B berbeza parti politik.satu hari B berbual2 dengan A
tentang Wang RM500 yang kerajaan bagi tu..kemudian Si A kata pada B.

A:awak tak boleh ambik duit tu.sebab awak orang PAS.

hehehe..
si B mula panas telinga mendengar nye..
dan si B mula menjauhkan diri dari A.Bagi si B agak susah untuk berkomunikasi dengan A memandang kan A suka bercakap tanpa menggunakan akal.
walaupun diberi penjelasan tapi cara penerimaan nya seperti kanak2.

aduhai..aku yang jadi tukang dengar ni boleh gelak je la.
rasanya kalau dah namanya kawan tak perlu kot nak menyindir sampai menyakitkan hati.jangan la jadikan politik sebagai penyebab kita nak bermusuh..kan??

**bukan orang UMNO je yang menyumbang kepada pendapatan negara.

sekian..

Wednesday, 14 September 2011

Sokong tapi tak undi pun!

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
entry terakhir untuk malam ni..
entry ke 7..
berjaya jugak aku kumpul 100 komen hari ni..
hahahha..

lama tau tak dapat komen seratus sehari ni..
sejak cuti raya hari tu la..
sunyi suram je rasa blog
sebab kekurangan komen.:p

malam ni nak cerita pasal politik sikit..
bukan nak suruh korang sokong
mana2 parti politik.
tapi nak suruh ambik tahu saja.
ambik tahu yang penting2..
jangan sampai bila orang tanya pun kita jadi
tak tau apa2..
alasan:

"malas nak ambik tau pasal politik..bosan!"
"politik malaysia giler..tak suka cerita politik.!"

kita kata politik gila.politik membosankan
tapi kita tak sedar negara kita ni kalau bukan
kat sini kat mana lagi kita nak pi..
jadi jangan sampai negara tergadai
pun kita tak sedar disebabkan sikap
malas nak ambik tau tu.

kalau bukan kita siapa??
tak kan bangsa asing kot..

ada pulak setengah tu yang fanatik sangt dengan
parti politik yang dia sokong.
sampaikan parti politik lain bagi dia
adalah parti politik yang tak berfaedah..
lepas tu sedap2 mulut je kata orang parti ini bodoh
orang parti politik ini tak guna..

nak berpolitik jangan sampai
jadi lupa pada agama dan adab..
tak nak sokong jangan nak hina orang bodoh.

kalau sokong sila pi mengundi nanti.
cakap berdentum dentam
bila hari mengundi dia bangkit jam 12.
sokong apa macam tu??

teringat masa raya hari tu
sorang kaki kepoh tu bercakap pasal politik..
yang pelik nya sapa tak sokong macam
yang dia sokong orang itu "bodoh"
padahal dia ngundi pun idak..

Kita tak perlu laung2 kan parti apa kita sokong..
sampai masa untuk PRU nanti
kita pangkah saja yang kita sokong.
kat situ la suara kita sebenarnya..

sekian..

Thursday, 9 June 2011

Ambil tahu kemana perginya wang kita

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
terima kasih untuk hawa..
sebab dari blog dia la aku tau ada website 1 pengguna ni.

bagus sebenarnya website ni..
dari sini kita boleh membandingkan harga
dan ada banyak pilihan..

tapi website ni penuh dengan kontroversi..
terutamanya dari segi kos untuk membangunkan nya..
agak ramai yang tak bersetuju dengan kos 1.4 milion
untuk membangunkan website ni..

dekat bawah website tu ada satu ruangan
untuk chat dengan menteri .
kita boleh tanya apa saja pada pak menteri..
semalam sempat la tengok orang ramai chat..
aku rasa pak menteri menangis kot semalam..
wakakak...




kena hentam cukup2 pasal kos website ni..
ada blogger yang dah buat entry ni semalam..
korang boleh pi jenguk kat Amenoword
memang kucar kacir website ni..
tak rasa pun nilainya 1.4 milion..

minta maaf pada yang tak suka entry ni..
sekali sekala kita kena ambik tau sama apa
jadi dengan perbelanjaan negara
dan kemana duit2 kita disalurkan..
sebab ini melibatkan poket kita...

jangan sebab kita tak minat maka kita tak mau nak ambik tau..
lepas tu merungut itu ini..
bising2 kenapa harga barang mahal..
kenapa gaji tak cukup2 walau tiap2 tahun gaji naik..

walaupun kita orang perempuan,
kita cuma suri rumah
jangan biarkan mata kita ditutupi oleh pihak2 tertentu
untuk kepentingan diri mereka sendiri..

kita orang perempuan memang kurang minat
tentang politik..
aku pun macam tu jugak..bosan!!
tapi bila bercakap pasal menteri
dan perbelanjaan tak semestinya itu tentang politik..

kalau tak minat nak ambik tahu
jangan bising2 bila harga barang naik
dan gaji tak naik2..
duduk saja diam2
dan terima je la apa
yang korang dapat...

sekian...

Thursday, 5 May 2011

Dia cerita pasal politik

Assalamualaikum...

selamat malam semua...
cerita pendek je ni..

Dari apa yang aku perhatikan
bila kita bertemu dengan seseorang pada pertemuan
yang pertama ada
satu perkara yang kita perlu elak kan..

nak tau apa dia..
cerita politik..
heheh..
tak semua orang sokong apa yang kita sokong.
tak semua sependapat dengan kita..

jadi sebelum memulakan perbualan
ingat jangan sentuh bab politik..

zaman sekarang ni sebab
berbeza parti politik
pun boleh putus cinta tau..
sebab politik adik beradik berbalah..
sebab politik mertua dan menantu bermasam muka..
heheh...

tapi bila kita berdepan dengan orang
yang fanatik dengan politik dan parti yang dia sokong
jalan terbaik ialah kita diam saja .
biar dia cakap sorang2..
kita sakit hati..??
anggap saja dia sedang berpuisi..
heheheh

rasa tak tahan??
angkat kaki sudah...:p

sekian..