Showing posts with label pizza paling sedap dan mudah. Show all posts
Showing posts with label pizza paling sedap dan mudah. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

RESEPI PIZZA SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Petang tadi saya buat Pizza utuk anak2...Anak2 saya ni bukan penggemar cheese..Tapi pizza memang diaorang suka.Sebulan entah berapa kali order pizza.Kadang2 kesian tengok adik2 penghantar pizza tu hujan2 pun hantar pizza ke rumah sebab anak2 saya ni kalau hujan lagi la diaorang nampak pizza je..

Sebenarnya saya dah lama nak buat pizza tapi sebab benda senang dapat..Order je..tunggu 20 minit dah sampai.Jadi kata nak buat sendiri tu memang malas je..

Tapi petang ni masa keluar , lama pulak keluar hari ni.terlintas nak buat pizza la..Bahan2 semua dah ada..Yang tak de cuma Cheese..Pi kat satu pasaraya tu,  yang ada Cheddar cheese je..Ambik je la..Kalau ada mozarella lagi sedap..Cheddar pun sedap.Tapi cheddar ni macam masin sikit..jadi kalau nak letak cheddar cheese , baik letak sikit je..tak payah sampai menimbun macam guna mozarela..


Tapi kalau nak cheese yang sedap yang bila bakar jadi keemasan macam gambar kat atas tu korang  boleh tukar dengan cheese yang lebih sedap.Yang paling sedap cheese campuran mozarella, cheddar dan parmesan...ada jual kat pasaraya..Kalau tak salah saya harga nya dalam rm15 ke rm17 sebungkus.Rasanya memang sedap ,Bila bakar bau wangi je..

Bagi yang nak belajar buat pizza meh la saya tunjuk kan resepinya..Senang je pun ..Anak saya Maisara yang umur 8 tahun pun tahu buat.

Bahan-bahan nya

3 cawan tepung gandum (saya guna cawan teh tu je )
1 paket Yis kering (11g)
secubit garam
1 sudu kecil gula.
1/2  sudu   minyak zaitun
1 cawan air suam

topping
tomato puri
sosej (potong ikut suka nak besar mana dan siaz apa)
cendawan butang
isi ayam yang dihancur kan
Cheese

cara-caranya

1-masuk gula ke dalam air suam.kacau dan kemudian masuk kan yis.kacau dan ketepi kan..(tunggu 5 minit)

2-.buat lubang kat tengah2 tepung dan masuk kan  minyak zaitun dan yis .kemudian sebatikan dan uli sampai jadi doh.

3-sapu bekas doh dengan minyak.dan lumur doh dengan minyak zaitun..tunggu sampai doh naik berganda2.dalam 30 minit lebih kurang

4-kemudian tekan doh tu bagi angin keluar dan uli sikit.

5-bahagikan lah doh kepada beberapa adunan.saya pun tak ingat saiz loyang saya ni berapa.tapi dapat 3 adunan..puas la makan..hehe

6-ambil satu adunan nak mula leperkan dalam loyang pizza.sebelum tu sapu minyak dulu kat loyang tu ye.

7-ada yang cucuk2 adunan pizza yang dileperkan tu dengan garfu..tapi saya tak cucuk pun..nak cucuk2 pun boleh..mana tau kalau cucuk lagi sedap..kan?

8-kemudian sapu la tomato puri kat atas pizza.kalau suka banyak sapu banyak.tapi kami suka sikit je sebab tak suka rasa tomato..heheh..kalau nak sapu sos cili pun boleh..untuk yang suka pedas ..

9- letak juga bahan2 lain ikut kegemaran,..sosej isi ayam, boleh letak daging kisar, tuna atau serunding.

10- akhir sekali letak cheese..

11- kemudian bakar selama 30 minit dengan suhu 200...bergantung pada oven masing2.


Untuk minyak tu boleh  guna minyak masak je kalau tak de minyak zaitun.Untuk buat doh pizza ni saya banyak membaca dari blog2 lain macam blog kak azie kitchen, blog kak zalinzalina dan banyak blog lain..Orang kata nak belajar tak boleh dari satu guru je..kena belajar dari ramai orang.InsyaAllah memang menjadi dan sedap.nak dapatkan idea untuk topping tu buka je la laman web pizza hut tu..tengok topping diaorang pakai...Boleh la pelbagaikan lagi topping untuk pizza ni..



selamat mencuba..


sekian..