Showing posts with label pink. Show all posts
Showing posts with label pink. Show all posts

Monday, 24 July 2017

MIX AND MATCH FESYEN PAKAIAN DENGAN WARNA PINK

Assalamualaikum..


Warna pink selalu dikaitkan dengan wanita. Pink melambangkan kelembutan dan moden .Tapi ada juga wanita yang tidak merasa yakin untuk mengenakan pakaian dan aksesori dengan warna kegemaran ramai ini.Saya memang suka kan warna pink.Kalau pergi membeli belah memang saya akan elak kan meilhat pakaian warna pink sebab dah terlalu banyak pakaian dengan warna ini dalam almari saya.Bila tengok mesti hati ni meronta2 nak beli.hahahha.



Bagi korang yang tak berapa suka kenakan warna pink yang ketara ketika berfesyen korang boleh je jadi kan warna pink ini sebagai warna sampingan . Hari ni saya nak kongsikan cara dan tips mix and match bagaimana nak buat warna pink ni nampak lebih menarik tapi tak terlalu menonjol.Tips ni sangat sesuai bagi korang yang rasa nak bergaya dengan pink cuma risau ianya tak sesuai dengan korang.
 

Pink dan warna pastel

Gabungan pink dan warna pastel adalah kombinasi warna yang sangat tepat dan serasi.Korang boleh menggabungkan pink bersama hijau atau pink dengan kuning cair. 

Warna pink dan pastel ni paling sesuai kalau nak dijadikan tema majlis perkahwinan atau pertunangan.Memang ramai yang suka kan gabungan warna  macam ni.

Pink dan warna gelap


Pink dan hitam atau pink dan maroon...Korang tak pernah cuba?? Ianya adalah gabungan warna yang mewah .Sesuai korang gayakan untuk jamuan makan malam atau juga untuk majlis santai.Apa lagi jika korang ada imej boyish yang tak mahu korang tenggelamkan tapi masih nak nampak feminin. 

Padankan kemeja pink bersama seluar yang berwarna gelap .Korang nampak cool sangat...
Lepas ni mungkin kemeja pink akan jadi kemeja kegemaran yang  korang pakai kalau nak ke tempat kerja :)


Pink bersama pakaian muslimah

Percaya tak kalau saya katakan korang boleh gayakan shawl atau hijab berwarna pink dengan apa saja warna pakaian korang?Tak perlu buang masa dengan sibuk mencari apa warna tudung dan shawl yang sepadan dengan jubah atau baju kurung korang.Pilih saja warna pink sebagai langkah paling selamat..


Serikan juga dengan aksesori tambahan yang mesti akan buat korang tampil lebih yakin dan menarik..


selamat mencuba ye korang..

sekian.