Skip to main content

Posts

Showing posts with the label personal

UMUR BERAPA KORANG ADA LESEN MEMANDU?

Hi semua..

Dah kurang sikit bersosial media dan update blog.Bukan tak ingat semua tu tapi buat masa ni fikiran asyik terfikir benda yang lebih penting.



Sebenarnya tengah bersedia untuk Ujian ambik lesen nih. Macam-macam la nak kena baca nak kena ingat. Sebenarnya dah lama dah fikir pasal nak ambik lesen tapi tertangguh atas sebab2 tertentu.

Masa baru kawin suami ajar drive, Masa tu kereta Iswara. Punya la susah payah belajar bawak kereta manual lepas tu dah boleh bawak , mengandung pulak. Hahah..

Terus berenti bawak kereta. Susah dengan alahan nya . Dengan malas nya. Lepas tu beranak pulak.Lagi la tak de peluang nak drive. Sedar2 anak dah besar. Syuruh bawak kereta manual terus tak reti.(Tepuk dahi je la.)






Oleh sebab dah lupa bawak manual suami suruh la bawak kereta auto. Senang je katanya. Dia pun ajar dan memang senang pun. Boleh la bawak walaupun kura2 lagi laju. Hahah..

Tapi tak tahu kenapa tetiba stop. Seingat saya sebab merajuk dengan suami rasanya. Dia janji nak bagi saya driv…

BALIK SEKOLAH DENGAN KESAN BENGKAK ~ BUDAK-BUDAK SEKARANG MEMANG DAH TAK MAKAN NASIHAT KE?

Hi Semua..

Waktu saya muat naik gambar-gambar ni di Facebook mesti ada yang fikir saya ni nak hentam cikgu je.. Hahahaha.. Padahal tak de pun hentam cikgu dalam post tu.

Mesti ada jugak yang fikir.. "ala..sikit je.."

Heh..Meh anak kau aku cubit sikit sampai lebam , sampai dia menangis.. Kita tengok dia punya sikit tu cemana.



So hari ni saya nak cerita apa yang jadi pada Mikhail ni. Ceritanya pendek saja.

Jumaat lepas dia balik sekolah dengan kesan bengkak kat atas mata. Bengkak tu memang jelas sangat jadi kakak nya terus menjerit sebab risau . Apa lagi kita ni, terus tanya dia jatuh kat mana.






Mikhail ni memang selalu terlanggar dinding dan jatuh sebab dia tak suka pakai cermin mata padahal dia rabun. Sebab tu mula-mula saya cuma syak dia jatuh.

Tapi benda yang jadi sebenarnya ialah kawan dia baling botol air dan kena bahagian atas mata tu.

Tak de kaitan pun dengan cikgu tau. Masa kejadian tu Mikhail kata dia menangis dan ada cikgu yang dah marah budak2 tu. Siap denda lagi.



ROGOL : SIAPA YANG BERSALAH. WANITA ATAU LELAKI?

Cara berpakaian punca wanita jadi mangsa rogol.

Nak setuju ke tidak korang terpaksa setuju.

"tapi ada perempuan tutup habis semua pun jadi mangsa rogol.."







Ye..sebab lelaki tu dah tengok perempuan yang berpakaian macam telanjang. Tak tahu la dia tengok kat mana. Kat tv ke, kat website ke, kat wasap video ke, kat dalam bas ke, kat tempat kerja ke..

Dia dok tahan2 lama2 tak tertahan jadi yang akan jadi mangsa ialah mana2 perempuan yang sempat dia "sambar".

Sebab tu lah wanita yang tak bersalah pun jadi mangsa kerakusan lelaki tak de moral ni.



Lelaki juga bersalah.. Lelaki salah sebab tak reti nak jaga pandangan.

Kan ke islam dah pesan pada lelaki jaga pandangan. Islam juga pesan pada wanita jaga aurat. Tanggungjawab tak boleh diletak pada satu pihak saja.

Wanita tolong lah bantu lelaki supaya dapat kawal nafsu mereka. Lelaki pula bantu wanita dengan menjaga mata  dan pandangan.

Jangan lah asyik buka website tak senonoh je. Jangan asyik tengok gambar-gambar artis seks…

LAPORAN PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN MIKHAIL UNTUK TAHUN 2019

Hi Semua..

Kalau update blog ni maknanya ada la benda nak cerita. Kalau tak de benda diam sendu je la blog ni.kan???

Macam biasa ceritanya pasal anak. Minggu lepas sempat ke sekolah Mikhail sebab ada pelaporan pentaksiran. Sedia tahu tahap 1 tak de peperiksaan tapi diaorang ada pentaksiran ni..  Nak cerita pun bukan paham sangat pun. Hahaha..



Walaupun tak paham bukan bermakna kita tak payah ambik tahu. Kena juga tahu prestasi anak-anak kita kat sekolah walaupun tak di tumpukan pada akedemik semata-mata. Bagi yang tak tahu apa benda Pentaksiran Bilik darjah (PBD) boleh la klik untuk lebih faham.






Bab akedemik saya tak risau sangat pada Mikhail ni. Berbeza dengan kakak nya yang bab akedemik memang kurang menarik bagi dia. Dia belajar macam terpaksa. Harap-harap makin besar kakak boleh berubah.

Masa UPSR ni ibu ayah masih rasa "tak pe..Dunia kanak-kanak dia masih banyak nak diteroka" tapi nanti dah naik sekolah menengah tolong lah berubah wahai kakak.. Tumpu pada PT3. Hahah.\\

PENGALAMAN PERTAMA KALI DISERANG GEGATA ATAU KELOPAK GARAM

Hi semua..
5 hari  sebelum raya macam mimpi ngeri bila tiba-tiba nak bangun sahur badan jadi gatal2. Sambil panaskan kuah dan nasi terasa macam gatal-gatal je kat betis ni. Tak kan nyamuk banyak sangat kot saya fikir. Sekali tengok betis bengkak-bengkak macam nyamuk gigit.
Saya perhati je kat dinding ke , kat lantai ke kot-kat ada nyamuk. Macam tak percaya je nyamuk gigit banyak sampai jadi gitu.
Eh!!dah habis sahur pun gatal lagi . Sampai ke siang masih tergaru-garu satu badan pulak. Kulit dah start bengkak sana sini.
Tunjuk kat suami.. Sah!!kena kelopak garam ataupun Gegata





Mula dok fikir apa yang saya makan sampai timbul gegata sedangkan sebelum ni saya tak pernah kena gegata atau kelopak garam ni.
Memang ada makan kepah semalam nya. Tapi sebelum tu pun ada makan juga.Tapi tak jadi Gegata. Tanya pendapat suami.
Katanya "mesti tak tahan dengan bodywash yang baru tu.."
Oh!!betul jugak tu.. Sebelum ni rumah kami ni semua guna LIFEBUOY. Tapi sengaja suami nak tukar selera ja…