Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, 11 May 2018

TAIK BURUNG DAN MEE GORENG SEDAP

Assalamualaikum..




Ni kisah 4 hari lepas..Keluar2 rumah terkejut tengok bumbung kereta.Tengok lah apa jadi pada kereta suami saya ni..Yang kat atas tu taik burung tau. Hahahha.. Depan rumah saya ni ada pokok mangga yang rimbun. Tapi memang tak berbuah..Fungsi dia kat situ untuk sejuk kan mata dan teduh kan kereta.

Bila dah merimbun mesti lah jadi tempat burung jugak.Cuma yang peliknya kenapa kat bahagian belakang je ada taik burung ni..kan?

Suami saya kata memang kena cuci hari2 sebab najis burung ni boleh buatkan kereta jadi buruk sebab lama2 akan berkarat..Tapi rajin sangat ke cik abang kita nak cuci kereta hari2??hahah



Tengok la pokok mangga ni..Memang rimbun dan kalau nak tahu tempat parking ni memang jadi kegemaran ramai tau.Pantang kereta kami keluar je nanti balik tengok ada la yang pi parking kereta dia kat situ..padahal rumah diaorang nun entah kat mana,.

Tapi suami saya nak tebang pokok tu sebab dia makin membesar dan dan kebetulan kat situ ada paip air.Takut bila dia besar nanti pecah paip air tu.

Nak tebang tu pulak bukan boleh suka2 tebang sebab nanti dah tebanmg nak buang kat man??kalau dok kampung boleh juga buang belakang rumah.Ni dok kat kawasan taman nak tak nak kena la rujuk pada majlis perbandaran dulu.

InsyAallah tu dalam proses . Suami saya juga ada letak racun pada pokok tu supaya dia mati. Nanti senang la nak tebang dan buang . 

Gitu la kisah pokok pelam yang macam2 hal ni..



Masuk cerita mee goreng pulak.. Tadi cerita taik ni cerita benda makan .. Macam tak senonoh je..kan??hahah.. Cuma nak share mee goreng untuk sarapan hari tu.. Mee goreng nya siap ada tomato.. Lepas tu dia punya daun bawang pun banyak..sedap la..Mee goreng basah ni sepinggan rm3 tapi banyak siap boleh share  makan berdua.

Memang sedap.. Atas nya di tabur lada sulah..Memang pedas meletop-letop dalam mulut.Kedai makan ni letak nya depan masjid Simpang Ampat ni. Diaorang ada jual roti canai jugak.Sedap roti dia sebab style melayu..Bukan roti canai yang makan dengan kari  mamak tu tau..Dia punya kari cair sikit..

Saya kalau datang kedai ni menu selalu order , roti canai, mee goreng dengan bihun sup.Makanan lain pun ada jugak.. 




Sebelum balik selfie dulu.. Eh..ni la kaler sebenar kulit saya tau..tak de putih melepak pun..kalau putih melepak tu sebab pakai bedak je..ahahha..Tapi sejak baca post Nabila Huda yang selalu kata warna kulit tan gini cantik, terus rasa malas pulak nak pakai bedak ..hahahha..

Tapi tu la...warna kulit je tan tak payah la sampai bibir pun nak kaler tan ..kan??hahah..malas pakai lipstik sebenarnya..

ok bye.

Tuesday, 24 April 2018

INI SEBAB KENAPA KITA KENA ELAK KAN BERKAWAN DENGAN KAKI BOMOH

Assalamualaikum..




INI SEBAB KENAPA KITA KENA ELAK KAN BERKAWAN DENGAN KAKI BOMOH Saya takut betul kalau dapat kawan yang jenis kaki bomoh. Gatal-gatal badan , jumpa bomoh. Sakit gigi jumpa bomoh, sakit belakang jumpa bomoh ..sampai kan kelemumur penuh atas kepala pun nak jumpa bomoh.

Bagi dia jumpa bomoh adalah benda pertama yang dia akan buat kalau dia ada masalah.. Rasa hati tak sedap ja, jumpa bomoh. Duit makin lama makin susah nak lekat dalam beg duit, jumpa bomoh. Bisnes tak untung-untung jumpa bomoh.

Saya ada pengalaman kenal dengan orang yang ada  rasa percaya dengan bomoh ni.Kisah nya kawan saya ni duduk tak jauh dari rumah saya, Satu hari tu badan dia jadi gatal-gatal. Makin lama rasa gatal-gatal tu makin teruk.

Jadi kawan saya ni pun balik ke kampung dia. Dengan nasihat saudara mara,  dia pun di bawa jumpa sorang bomoh . Nak tahu apa yang bomoh tu kata?

".. kamu ni dah terkena .. ada orang dengki kat kamu.. Ada perempuan tua lalu depan rumah  senyum kat kamu tapi mu tak balas. Jadi perempuan tu dah terasa hati dan dia kena kan kamu..sebab tu kamu dapat gatal-gatal ni.."

Jadi kawan saya ni pun terus percaya.. dia dok fikir siapa lah perempuan yang lalu depan rumah dia dan senyum pada dia tapi dia tak balas . jenuh la dia dok berfikir.

2, 3 kali juga la berubat pada bomoh tu.Tapi tak hilang-hilang gatalnya.Dah tentu lah setiap kali pergi berubat fulus pun melayang-layang tapi gatal-gatal kat badan tak hilang-hilang.

Tak tahu la apa yang buat tiba-tiba dia berfikiran waras, dia rasa nak pergi ke klinik. Suami dia pun bawak la ke klinik. Doktor tu bagi dia satu suntikan je.. Balik rumah gatal-gatal tu terus berkurangan dan makin hilang dalam masa tak sampai sehari.

Kemudian dia pun dah sembuh dan balik semula ke tempat saya ni. So dia tanya saya

" Kak Diana pernah tak nampak ada perempuan tua lalu kat kawsan rumah saya ni.Sebab orang tua yang berubat saya hari tu kata , saya terkena gatal-gatal badaan ni sebab perempuan tua tu kecik hati saya tak senyum pada dia.."

Astagfirullahallazim.. tak pasal-pasal dah jadi fitnah. bayang kan lah kalau betul kawasan rumah saya ni ada makcik tua yang selalu guna jalan yang sama ni untuk kemana-mana dan kawan saya terus rasa orang tua tu punya angkara, kan dah jadi fitnah.Betul tak?

Bayang kan pulak ciri-ciri yang bomoh tu sebutkan kebetulan sama dengan salah sorang  makcik-makcik di kawasan rumah saya ni.Kan boleh menyebabkan pergaduhan dan salah faham..

Sebab tu lah saya takut betul kalau dapat kawan yang kaki bomoh.Risau kalau jadi apa-apa pada dia, kemudian dia jumpa bomoh dan bomoh tu kata

" ni kerja jiran kamu.."

" ni semua kawan kamu yang hantar..dia hantar dalam bentuk makanan.." ye la dah saya ni suka hantar makanan kat jiran2..kan??


Tak ke bahaya untuk kita...


sekian..

Monday, 23 April 2018

UTAMAKAN RUKUN BASUHAN WUDUK DAN RUKUN SOLAT YANG WAJIB SAHAJA JIKA SOLAT DI TEMPAT AWAM

Assalamualaikum...



UTAMAKAN RUKUN BASUHAN WUDUK DAN RUKUN SOLAT YANG WAJIB SAHAJA JIKA SOLAT DI TEMPAT AWAM Kita di Malaysia ni boleh di kira beruntung sebab masjid ada di mana-mana sahaja.Kalau keluar dari pagi sampai ke malam baru balik ke rumah pun, kita tetap ada tempat nak solat dengan selesa dan sempurna.Memang tak de la sampai tahap kena solat tepi jalan .

Saya dan suami bila hari cuti memang jarang2 ada kat rumah. Kalau nak keluar jalan2 , boleh dikatakan mesti akan solat diluar. Kemudian masuk zohor terus je ke masjid atau surau. Bersolat di luar tu memang dah jadi kebiasaan.Malam jam 11,12  dah sampai rumah tak kalut dah nak solat.

Kalau dulu masa anak kecik-kecil memang susah sikit la sebab kena solat bergilir-gilir.Sebab sorang kena jaga anak.Sekarang anak2 dah besar boleh ikut sekali solat.Bila kerap bersolat di luar ni memang macam-macam perangai orang lah yang saya dah jumpa.

Walaupun dah banyak tempat untuk solat tapi kadang-kadang masuk tempat solat yang terlalu padat ni jadi masalah jugak la.Dalam keadaan orang ramai, masing2 tunggu tempat nak solat ada yang lepas solat siap berzikir Kau..Bawak keluar dia punya tasbih dari mekah tu. Aduh..mampu tepuk dahi je la.

Tu belum yang bacaan nya panjang.. rukuk dan sujud pun slow je macam orang sakit pinggang.. Kita tengok dia dari belakang kecik besar kecik besar je.hahhaha...

Tapi pernah la saya singgah satu RnR ni..ada sorang makcik ni lepas bagi salam kanan kiri , terus dia buka beg bawak keluar tasbih digital.Datang sorang perempuan ni cakap terus terang je.. " kak.. nak berzikir ke bertahlil ke,gerak kebelakang, bagi ruang untuk orang lain solat." Terus muka akak tu lain..tapi muka orang lain nampak ceria..ahhahah.. Walaupun tu waktu asar tapi dia kena paham mungkin ada pekerja kat RnR tu yang kejar masa untuk solat.


Sama jugak la macam kat Mall, ruang solat tu bukan saja ada pengunjung mall tapi juga pekerja mall tu..diaorang solat gilir-gilir kejar masa. So kita kena paham benda tu.Jangan kita fikir semua orang banyak masa macam kita.

Ada satu lagi perangai perempuan dalam bilik solat yang biasa kita tengok ialah bermakeup atas sejadah.Habis je solat dia pun buka telekung tarik beg tangan dia dan keluarkan alat makeup.masih berkain telekung, atas sejadah dia bersolek macam kat dalam bilik dia.hahha.

Ada juga yang dia nak solat tempat yang dia rasa suka padahal tempat tu tak sesuai pun untuk solat.Contohnya dia solat depan tempat letak sejadah..ahhaha. Ni jadi kat saya baru2 ni masa bawa anak-anak ke pantai.


Eh!dia boleh solat depan tempat letak sejadah tu.betul2 serba salah la pulak nak pergi ambik sejadah mujur la tengah dok teragak-agak tu , ada adik sorang ni dah habis solat.Alhamdulillah..kalau tidak dalam surau tu akak korang ni menambah dosa dok marah perempuan tu dalam hati...ahahhah

Menurut ustaz Addien di laman Twitter , " Jika anda solat di tempat awam seperti R&R atau surau di mall, elakkan memanjangkan ibadah e.g baca surah, zikir & doa panjang etc. Ingat orang lain yang ramai menunggu. Orang yang faqih (bijaksana) dalam beragama tahu prioriti sekeliling dan tak akan buat semua tu.

Prioriti ditempat awam sebegitu ialah utamakan rukun basuhan wuduk & rukun solat yang wajib sahaja. Apatah lagi jika orang ramai dan waktu solat pula pendek. Tidak berzikir & berdoa ketika itu bukan kesalahan bahkan anda bersalah jika menyebabkan orang lain terlepas waktu solat "

sekian...


9 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018

Hi semua...

Kalau sebut pasal lifestyle blogger mesti kita ada blogger pilihan kita sendiri. Blogger tu mesti lah yang selalu kita baca coretan nya di blog dan selalu kita ikuti di sosial media..kan? 

Untuk tahun 2018 ni ada 9 lifetyle blogger pilihan  yang memang saya kerap baca blog mereka dan ada entry mereka yang boleh saya katakan terbaik dan saya suka.

Lifestyle blogger pilihan 2018 yang saya senaraikan ini bukan sahaja aktif mengemaskini blog mereka malah mereka juga aktif di laman sosial . 



Blog Cikash.com bukanlah asing di kalangan blogger .Blogger yang sangat aktif berbalas komen di sosial media.Sangat Ramah CikAsh ni dengan pengikut-pengikut nya..Walaupun wajah nya masih menjadi misteri tapi blog nya tetap dikunjungi ramai terutamnya bagi kaki-kaki drama.

Blog CikAsh ni  banyak berkongsi tentang drama tempatan . Kalau nak tahu biaodata hero dan heroin drama atau pun nak tahu sinopsis dram terbaru , ini lah blog yang wajib kita singgah.Selain tu ada banyak resepi yang CikAsh kongsi kan di blog nya. Kiranya blog Cikash.com ni memang tumpuan para wanita lah. Entry Pilihan :  Tiga Tanda Kucing Datang pada Kita .




Kalau sebut tisu Imaan mesti terus teringat blog Iuzira.com . Iuzira juga adalah lifestyle blogger yang sangat menonjol di tahun 2018 ni. Dia aktif menulis review dan macam-macam cerita lagi boleh baca di blog dia. Dari bab makan sampai la fesyen semuanya di kongsikan di blog Iuzira.com . 

Iuzira juga adalah seorang peniaga online yang jual tisu Imaan. Tisu yang tengah jadi viral sekarang ni la. cerita tentang Iuzira ni  juga pernah masuk dalam surat khabar Utusan Malaysia tau.Bukan biasa-biasa...Entry Pilihan :  Bagaimana Cara Menang Contest Atau Giveaway


seterusnya blog www.cahayapermata.my.com ni ...  Kenal blogger Alja ni dekat facebook. Blogger yang rajin sangat like2 dan komen di status rakan blogger lain.Sangat mesra dan manja orang nya. Memang disenangi ramai rakan blogger . Disebabkan tu juga la blog Alja ni sangat dikenali ramai. Antara lifestyle blogger yang  sering share kisah personal dan pendapat peribadi di blog.

Alja juga sering jadi pilihan untuk review produk dan tempat-tempat best di malaysia. Cantik manis orang nya ni.. Entry Pilihan: Sayang anak tangan-tangankan






Siapa lah yang tak kenal blog WawaAshiharaa.com ni..Beauty blogger yang selalu share tentang kecantikan di facebook.Dia rajin buat live makeup tau..Memang suka sangat tengok  cara dia makeup, sapu sana sini dah cantik..Kagum la dengan video2 makeup yang dia buat sebab tangan kita tak berseni macam dia..hahah..

Wawa juga memang jadi pilihan founder  produk untuk review skincare dan kosmetik diaorang. Tak ramai lifestyle blogger yang mampu buat apa yang Wawa buat.Bukan senang nak buat video ni tau.Entry Pilihan : Tips Blog Nampak Lebih menarik




Suka betul baca tentang resepi-resepi yang di tulis di blog Syamimisaad.com ni. Rajin memasak dia ni tau..selain perkongsian resepi blog dia juga ada tulis tentang review , tips rumahtangga dan yang paling best cerita tentang anak-anak beliau.Tapi sekarang macam dah kurang je share pasal anak-anak.Kita suka la baca cerita pasal anak-anak dia..hehhe

Apa pun syamimi memang rajin sangat update blog dan laman sosial nya. Itu lah ciri-ciri lifestyle blogger yang baik tau. Antara blog dan laman sosial nya yang lain dapat diseimbangkan dengan baik.Entry Pilihan: Di mana keikhlasan & Keberkatan dalam rumahtangga




Blogger yang saya kenali sejak awal saya menulis blog lagi. .Kalau sebut pasal kucing mesti ramai yang akan ingat dengan Tengkubutang.com.  Orang nya ramah dan selalu buat giveaway.Blog nya berkisar tentang kecantikan, tips dan juga resepi.Banyak juga reseou best2 yang TB kongsikan

Tengkubutang juga antara lifestyle blogger yang selalu dapat tawaran untuk review. Seronok baca review-review dari blog ni . Entry-entry juga tak kurang menariknya. Entry Pilihan : Resepi rendang Ayam Perak Sedap Dan Mudah  





Lifestyle blog yang terakhir ni siapa lah yang tak kenal.Zazaiman.com .. Nama nya saja mudah diingati .Kalau tidak tak la anak saya pun asyik menyebut nama Zaza Iman ni . Terjerit-jerit panggil Zaza iman di depan pintu pagar .. Lifestyle blogger yang paling aktif sejak dulu lagi.Kecil-kecil cili padi dia ni.Mana tak nya . Zaza ni juga suka menulis tentang buku motivasi.

Orang nya sangat berkeyakinan tak tak takut mencuba apa saja .daripada tak pandai makeup sekarang dah cantik dan makin bergaya. Suka sangat tengok perubahan Zaza ni dari awal dia berblog sampai la sekarang.Boleh dijadikan motivasi bagi blogger-blogger baru. Entry pilihan :  Best sangat Ke jadi Popular?


Korang pun mesti ada blogger pilihan 2018 ..kan?jom kongsikan diruangan komen..

sekian..

Saturday, 14 April 2018

TAK NAK LA .. ADIK MALU NAMPAK SPENDA - MIKHAIL

Hi semua..




Satu hari ni dari pagi sampai ke malam layan sukan Komanwel Gold Coast 2018 . Hari ni banyak la acara yang melibatkan pasukan malaysia. terutamnya badminton.Ramai kot yang tertunggu-tunggu acara badminton ni.

Walaupun negara kita ni bukan lah lagi pasukan gergasi di dunia tapi setiap perlawanan mesti menjadi tumpuan peminat dan penyokong.Betul tak??dok berharap jugak la Malaysia masih kuat macam dulu..

Dato Lee Chong Wei pun dah tak bertenaga macam dia muda-muda dulu.Jadi ketangkasan tu pun macam dah kurang.Apa pun siapa yang tonton perlawanan melibatkan Dato Lee Chong Wei mesti akan kagum sebab dia sentiasa mencuba yang terbaik.Walaupun kalah kita sentiasa puas hati..

Lagipun dah sekian lama dia dok julang negara kita ni dengan sukan badminton.Dah masanya badminton perseorangan ada pelapis yang sama kuat dan bertenaga macam Dato Lee Chong Wei dulu.

Setakat ni belum nampak lagi siapa yang nak gantikan dato Lee Chong Wei.. Nampak gayanya kena ajar Mikhail main badminton la. Mana tau 20 tahun lagi dia akan ganti Dato Lee Chong Wei.Hahah..



Semalam masa tengok acara terjun papan anjal  tu , saja la saya tanya dia..

"adik nak tak masuk sukan tu.."

Ibu ni dok tanya dia sebab , dia memang suka main air.Hhaha..

Tau dia jawab apa..

"tak nak la..adik malu nampak spenda. ."

ahhahaha...

Kecik2 dah malu. Tak pe la..kita pilih sukan lain la..

Kagum jugak la dengan semangat atlit perempuan islam yang join sukan terjun papan anjal ni. Kagum dengan rasa kurang malu dia tu..ahaha..

Eh..ni bukan kecam tau..Cuma kagum. Demi negara dia sanggup buat apa je. Tak kagum ke kalau macam tu..kan??

Pikir positif je la..Mungkin dia belum cukup umur..

hahahah...

sekian..



Friday, 13 April 2018

ANAK; MAKIN BESAR MAKIN PERLU DI PERHATIKAN...

Tu dia...memang tak sempat sungguh hari ni nak buka blog , nak update sosial media.. Tak sempat!tak sempat!!

Esok pulak dah cuti sekolah. Anak-anak memang sentiasa nak ibu bagi perhatian kat diaorang je.Kalau anak-anak masih kecil lain ceritanya pulak..kan??Dah besar cerita lain  dah..hahaha..




Alhamdulillah..Anak-anak masih lagi rasa tak boleh berenggang dengan ibu diaorang ni.Risau juga bila fikirkan ada anak-anak yang semakin menginjak remaja dah tak boleh duduk semeja dengan mak ayah.

Bila mak ayah ajak makan sekali pun dah tak mahu.Biasa dengar kes-kes macam tu..kan?Bila anak dah menginjak umur nya anak-anak nak jalan sama-sama dengan mak ayah pun dah tak mau.

Harap-harap anak-anak kita semua tak macam tu lah..

Saya ni dah ada anak dara sorang.. Baru umur 11 tahun.. Mungkin belum sampai lagi fasa suka memerap dalam bilik sendirian tu..Akan datang tak tahu lah..InsyaAlllah..saya akan cuba la untuk buat dia rasa lebih seronok bila  bersama ibu dan ayah.

Pernah dulu saya bertanya pada sorang rakan yang saya terserempak di jalan, "..anak yang sulung nya mana?"

Dia jawab.." dia rumah..dia dah besar tak mahu lagi ngikut saya ni kemana-mana ... Kalau nak jalan bawak yang kecil ni je la..

Baru-baru ni pergi kenduri rumah kakak ipar di segamat pun , dia tak nak ngikut..4 hari dia sorang di rumah.."

Wah!!padahal anak nya tu baru je umur 16. kalau saya memang saya angkut bawak jalan..tak de sebab nak duduk di rumah sendirian . Tambah-tambah diusia macam tu , orang kata lagi la perlu diperhatikan.

Betul tak??

sekian..





Tuesday, 10 April 2018

PERTAMA KALI RASAI PENGALAMAN KERACUNAN MAKANAN AKIBAT SEMANGKUK LAKSA


kedai makan di datraan Lang Langkawi


PERTAMA KALI RASAI PENGALAMAN KERACUNAN MAKANAN AKIBAT SEMANGKUK LAKSA Isnin, 9 April 2018  .. Tak sangka-sangka kena keracunan makanan. Siksa rupanya keracunan makanan ni. Sampai lembik badan sebab muntah-muntah dan cirit birit.

Kalau yang kena tu saya sorang je mungkin tak la susah sangat tapi Maisara pun muntah-muntah dan cirit birit. Selama ni baca tentang orang yang keracunan makanan memang tak tau cemana diaorang rasa.

Ada yang sampai masuk hospital.Alhamdulillah walaupun kami muntah-muntah dan cirit birit tapi tak la sampai masuk hospital.

Kisahnya malam 8 hb , hari ahad, kami keluar nak pi cari laksa . Lepas sakan membeli sourvenir di HIG kitaorang terus ke Dataran Lang. Sebab anak-anak suka sangat ke situ .Waktu malam Dataran Lang lebih menarik berbanding waktu siang.. Malam ada lampu yang cantik-cantik.

So kita ke Dataran Lang ..Lagipun kat situ ada deretan kedai makan. Sampai-sampai je belum parking lagi dah nampak satu kedai jual laksa dan nasik lemak.

Makan laksa punca keracunan makanan


Sedap betul nasik lemak dia..Memang boleh bagi 5 bintang. Sampai pulak laksa.. bau dia je dah buat perut berbunyi.Laksa dia memang sedap.Langsung tak de rasa dan bau macam basi. macam laksa lain jugak la.

Kedai Nasik Lemak dan laksa di dataran Lang, Langkawi
tengok Maisara ni, dah habis semangkuk laksa di bedalnya nasik lemak adik dia..


Suami dan Mikhail makan nasik lemak dan cuma saya dan Maisara je yang makan laksa.Sampai licin la mangkuk laksa kami tu. Sebab tu la cuma kami berdua je yang muntah-muntah dan cirit birit. Suami saya dan Mikhail langsung tak sentuh laksa tu.

Jam 12 malam sampai hotel terus tidur. Jam 2  pagi dengar suami tengah bercakap sambil sebut kakak..kakak... Kita tengah mengantuk , buat tak tahu je la.masa terjaga tu dah buka mata , terasa juga pening2 macam memusing-musing.

Saya fikir.. "darah rendah lagi ke ni??Maklum la saya ni ada tekanan darah rendah..bila badan terlalu letih, mula la pening2 nak pitam.."

Saya pejam kan je mata.. Jam 3 saya terjaga , rasa mual yang amat sangat. masuk tandas terus muntah, tak tahan-tahan dah.sampai jam 6 pagi la saya dan Maisara dalam keadaan macam tu.Muntah dan cirit birit..


Ubat muntah dan cirit birit yang paling berkesan


Jam 2 pagi masa mula-mula Maisara muntah tu suami saya dah keluar pergi cari ubat. Sempat la saya telan ubat tu. Suami belikan ubat Hurix's

Saya makan sekali jam 3 pagi dan sekali lagi jam 6 pagi. Sekali makan 2 biji.

Jam 8 perut dah rasa ok..Walaupun ada rasa mual tapi sakit perut dah hilang..Dah tak de muntah-muntah.Sama juga macam Maisara. Tak de lagi muntah-muntah dan cirit birit.

ubat muntah dan cirit birit yang paling berkesan


Bagus la Hurix's ni untuk siapa yang alami keracunan makanan yang ringan.. Suami belikan Hurix's ni untuk sementara je katanya .. Sementara nak tunggu siang sebab kalau tak ok juga kita orang kena pi hospital . keracunan makanan ni jangan dibuat main tau..

Jam 10 kita orang dah nak balik, dah checkout terus pi sarapan dan ada satu komen kat facebook kata minum teh o pekat.Itu pun memang membantu la.. Sebelum minum teh o tu saya gagahkan jugak makan nasik ,

Tak boleh la tak makan nasik sebab jam 12 nak naik Feri. Mau muntah jugak saya kalau tak makan nasik nanti..ahahaha. Maisara tak selera makan pun saya paksa makan.

Sampai je kat jeti feri memang tak de dah rasa mual tu. Cuma maisara je badan tak larat mungkin sebab kurang tidur. Bekal kan juga dia dengan minyak Yu yi.. Saya suruh dia cium2 bau minyak tu untuk elak kan mual.

Sampai dalam Feri kami minta duduk kat bahagian atas sebab kalau dok bawah memang terasa sangat alunan ombak tu..Mau muntah juga kami nanti.hahah.. Dok atas tak la terasa nak muntah ke apa.

Macam tu la pengalaman kami kena keracunan makanana.. Ubat Hurix's tu korang boleh beli kat kedai2 , 7-11 , kat farmasi pun ada.. Kalau sekitar Kuah tu memang ada banyak klinik 24 jam dan kedai runcit 24 jam.So tak de masalah takat nak beli Ubat Hurix's ni.

sekian..

Wednesday, 4 April 2018

TIPS UNTUK MENCEGAH ANAK KEMALANGAN DIRUMAH AKIBAT PERABOT

Assalamualaikum...

Tahu tak, di Australia seramai 22 orang kanak-kanak mati akibat kemaalangan tertimpa perabot dan televisyen di dalam rumah sejak 2001.Kebanyakan nya kanak-kanak berusia lingkungan 3 tahun.



Hari saya nampak satu video yang buat darah saya berderau. Video seorang kanak-kanak dalam usia lingkungan 3 tahun, dia main laci . Dia tarik laci tu sekali laci tu terbalik dan hampir-hampir je timpa kanak-kanak tadi.

Boleh tengok video nya di bawah ni..

Video kemalangan Kanak-kanak hampir di hempap drawer  ketika sedang bermain




Benda ni memang menakutkan saya sebab beberapa tahun lepas pernah kejadian hampir sama berlaku dalam rumah saya ni.

Kisah nya dulu saya ada jaga sorang anak sebaya Maisara.Dia anak kawan suami saya. Saya jaga dia sebab nak Maisara ada kawan di rumah.Masa tu usia diaorang pun dalam 2-3 tahun.

Masa saya mengasuh budak ni memang saya tak letak apa-apa perabot tinggi kat ruang tamu . Yang ada cuma tv yang saya letak atas rak besi, Tv 21 inci jenis kotak tu.  Tv tu memang berat.Rak tu pun tak la tinggi sangat .Dalam 2 kaki je.tapi bila dah letak tv dia jadi  tinggi la.

Budak yang saya jaga ni dia suka bergayut di besi rak tu.Benda ni buat saya kena jadi garang sikit la dengan dia. Sebab dah pesan banyak kali jangan bergayut tapi dia memang suka la port tu..

Saya pun masa tu tak fikir kot, budak 3 tahun apa la yang dia faham bila kita larang..kan?

Satu hari tu, benda dah nak jadi kot, dia bergayut dan rak tv tu terbalik sikit lagi nak kena Maisara. Masa tu saya dah menjerit sambil terus terkam maisara yang duduk betul2 tempat rak tv tu akan jatuh.

Sempat saya tarik maisara dan tv tu jatuh betul2 tengah2 ruang tamu.Kebetulan mak budak ni masa tu baru sampai , dia tengok la Tv yang terbalik tu.

Saya cerita benda ni kat dia, dia macam ermm..erm..gitu je.. Macam tak de la risau nak belek anak dia luka ke apa sebab anak dia macam terkejut dan menangis teruk.

 Cerita kat suami pun saya  , suami pun cuma erm..erm.. Eh!!Mungkin sebab   diaorang tak nampak dan diaorang rasa benda tu lawak kot. Sedangkan kita yang hadapi benda tu  tau cemana rasa.

Sebab tu bila saya cerita orang rasa alah, biasa la barang terbalik , rosak sebab anak-anak lasak dalam rumah.Tapi bagi saya apa yang saya alami dulu memang satu kejadian yang buat saya jadi serik dan beringat.

Sebelum kejadian tu budak ni pernah terbalik kan mesin basuh. Mesin basuh manual kan penutupnya boleh di buka,.Mujur la mesin basuh tu terbalik.Cemana kalau tak terbalik dan dia jatuh termasuk dalam mesin basuh ada air tu.Allah..

Sampai sekarang ni walau anak2 dah besar sikit , kalau anak-anak masuk bilik pun saya ikut, saya tak bagi anak-anak main di dapur. Kabinet dapur pun saya tak bagi anak-anak buka sebab kabinet dapur saya bukan yang jenis melekat kat dinding tu.Bahaya kan??

TIPS UNTUK MENCEGAH ANAK KEMALANGAN DIRUMAH AKIBAT PERABOT 


Perabot dan tv ni kalau jatuh tertimpa bukan setakat cedera sikit-sikit tau.Ramai kanak-kanak yang dah jadi mangsa dan berakhir dengan kematian.

Sebab itu penting untuk kita memilih perabot yang betul untuk rumah kita terutamanya kalau rumah kita ada anak-anak kecil yang aktif. Budak-budak biasa la mesti diaorang akan memanjat, menyelongkar. Kita kena selidik betul-betul adakah perabot tersebut sesuai untuk diletak kan dalam rumah kita.



Di sini saya kongsikan tips untuk mencegah anak kemalangan di rumah akibat perabot.

1- Guna perabot yang mudah di pasang di dinding. Sekarang dah banyak perabot yang terus kita pasang melekat di dinding.  kalau boleh pilih yang simple dan tak berbucu tajam.

Perabot macam ni juga boleh di pasang tinggi supaya anak kita tak dapat mencapainya.

Begitu juga dengan televisyen. Pasang terus ke dinding untuk lebih selamat dan pastikan  wayar nya tersorok dan tidak mudah di capai oleh anak.

2- Jangan letak barang yang boleh menarik minat anak kita di tempat yang tinggi. Budak2 ni bila dia nampak apa-apa yang dia suka atau benda yang dia nak tahu, dia akan panjat dan usaha dapatkan selagi boleh.

Ini sangat merbahaya terutamanya bila kita berada di dapur atau biarkan anak kita bersendiri.

3- Jangan letak kan perabot yang tidak stabil kakinya di ruang tempat anak bermain,. Ni pun bahaya sebab walau pun budak tu tak memanjat tapi mungkin ada yang terlanggar perabot tu dan boleh jadi akan menyebabkan perebot tu terjatuh ke aarah anak kita.

4 - Jangan letak kan barang yang boleh anak gunakan sebagai tapak untuk memanjat. Kadang2 kita suka letak kerusi kecil kat tepi dinding, ada jugak yang letak kotak mainan.Benda-benda macam ni boleh digunakan anak untuk memanjat perabot didalam rumah.

5- Pasang pengunci pada laci supaya anak tak jadikan tempat tersebut sebagai tempat bermain. Ada budak yang bila dia syok main tarik tolak laci , hari-hari asyik main kat situ.Contohnya macam video yang saya kongsikan diatas tadi.

Tapi bila laci tu tak boleh dibuka dia akan abaikan tempat tu. Walaubagaimanapun kita tetap perlu berjaga-jaga dan sentiasa waspada dengan aktiviti anak-anak kecil ni.


sekian..



Monday, 2 April 2018

MACAM NI RUPANYA NAK BUAT MIKHAIL PEGANG TANGAN IBU

Assalamualaikum..


Ada hari-hari tertentu saya sendiri akan ambil Mikhail di tadika. tadika tak jauh pun..dekat je dengan rumah. Pergi jalan kaki je nak ambik dia.

Selalunya memang suami yang ambil  anak jam 12 tengahari.Kalau suami yang ambil, naik motor sebab suami dari tempat kerja nak balik makan terus ambil Mikhail ni.

Suami memang risau kalau saya yang ambil sebab Mikhail ni dia jenis susah nak kawal kalau kat jalan. Dia nak jalan sendiri.Tak mau jalan pegang tangan .

Jangan beriringan pun tak mau. Sambil berjalan dia melompat, berlari kejap ke depan kejap ke belakang.Memang bahaya la.


Jalan memang lengan macam ni sebab tu dia bebas berlari bila nak balik dari tadika.
Tapi bahaya juga sebab time2 ni van dan bas sekolah sibuk keluar masuk taman nak ambil budak sekolah...



Kalau sepanjang jalan tu jenuh saya ni menjerit-jerit suruh dia hati-hati. Kalau cerita kat dia pasal culik2 ni rasanya dah boleh buat buku la . Memang tak jalan..

Tadi saya pergi ambik Mikhail di Tadika nya.Macam biasa keluar je kelas dia berlari laju je. Saya panggil dia..dia berhenti pusing belakang dan tengok saya.

Saya kata...

" Tunggu la ibu..Ibu takut ibu kena culik nanti. Kalau orang culik ibu nanti cemana? Kalau ayah tanya nanti kenapa adik tak jaga ibu sampai kena culik adik nak jawab apa?"

Terus dia  datang kat saya pegang tangan dan jalan sama.


Hahhaha,,

So hari ni perjalanan balik tu memang indah dan tenang la..Tanpa jeritan saya ni.Kalau tidak sepanjang jalan mulut saya ni membebel. Kalau orang tengok pun mesti pelik apa benda la perempuan ni membebel sorang-kat kat jalan..

hahaha..


sekian..

Monday, 26 March 2018

BANGUN LEWAT DI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SELEPAS SEMINGGU BERCUTI

Assalamualaikum..

Anak-anak dah start sekolah hari ni lepas seminggu bercuti. Mood untuk update blog pun dah datang. Cuma hari ni lama sikit start enjin sebab banyak perkara nak diuruskan.


pipi tu...bulat2 nak pi mana entah...


Semalam ada buat party harijadi anak yang sulung, Maisara.. genap lah umur nya 11 tahun pada hari  ni 26/3.2018..

Tak sempat nak ambik gambar untuk kenangan sebab semua persiapan  saya uruskan sendiri. Jadi tak de siapa nak jadi jurukamera.hahah..

Apa pun anak-anak suka dan seronok bila ramai kawan2 sekolah, kawan satu taman dan jiran2 yang datang meraikan harijadi dia.

Jadi hari ni sibuk la mengemas pinggan-pinggan mangkuk tu..nak kena simpan balik , lantai pun nak kena cuci.

Buat jamuan untuk 30- 50 orang je.  Saya buat laksa, bihun sup, kek  brownies 2 biji , tu je..Tapi dia punya letih tu jangan cakap la..Rasa nak patah pinggang.. Malam tadi letak je kelapa terus terlelap. Pakej dengan bangun lewat sekali.


Hahhha..


Hasil tangan ibu yang tak seberapa...Hahaha.. 


Mujur la suami kerja petang, jadi dia lah menghantar anak-anak ke sekolah.. Jadi katun la kejap nak menyiapkan bekal anak-anak. Katun kat tv kan setengah jam je..kan??

Bayang kan lah cemana saya siapkan bekal anak dalam setengah jam.. Walaupun setengah jam bekal tetap kena ada..kalau tidak lapar la anak2 kat sekolah memandangkan anak-anak tak makan makanan kantin.

Ok.. tu je nak cerita..nanti malam update lagi..Kita dalam proses nak pelbagaikan content blog ni. Sebab tu kena ada entry personal jugak..Dah lama tak cerita pasal anak-anak padahal masa diaorang kecik ni la nak abadikan kenangan tu dalam blog..kan??

Lepas ni nak banyak kan cerita pasal diaorang..Cuma saya ni malas ambik gambar je..Ig pun dah lama tak update tu..

ok..bye.

Thursday, 22 March 2018

SEKALI SEKALA MEMANG ADA RASA MACAM NI....

Assalamualaikum..

2,3 minggu ni malas nak update sosial media, malas nak update blog. Tak tahu la apa punca malas sangat tu. Makin lama makin rasa jemu dengan sosial media, dan blog saya.

Saya rasa seronok bila jauh dari media sosial.Rasa lebih tenang dan rileks. Apa yang saya buat lebih tertumpu pada diri sendiri. Kalau sebelum ni , buka je facebook, instagram, asyik nampak cerita pasal orang je..

Lepas tu sibuk pulak memikir tentang orang lain..

Bila sibuk pikir pasal orang lain, kurang la fikir tentang diri sendiri.Padahal kalau fikir tentang diri sendiri mesti tak serabut sebab tak banyak benda sangat la nak di fikirkan.

Tapi bila fikir pasal cerita2 di sosial media tu , serabut kot..Banyak sangat masalah kat luar.

Tak de lah terfikir nak buang semua sosial media dan blog ni..Cuma nak kurang kan saja.. Buat masa ni je la..Masa akan datang siapa tau kot saya lebih rajin menulis semula.

Siapa tahu entah2 esok saya bangun pagi terus rasa nak ambik tahu dan berkongsi pandangan tentang masalah semasa ..kan??


Minggu ni jugak 2 job review saya tolak sebab belum ada hati nak menulis dalam 2, 3 hari ni. Client nak saya publish postblog dalam minggu ni jugak jadi terpaksa tolak..Tapi kalau korang nak bagi job untuk minggu depan ke, bulan depan ke, InsyaAllah saya boleh je terima..

Cuma minggu ni je macam tak mau buat apa2..Anak2 pun jadi punca jugak ni..Bila anak2 cuti sekolah saya memang malas sikit nak update blog, fb dan IG.


sekian...


Saturday, 24 February 2018

GELARAN MAKCIK BAWANG DI SOSIAL MEDIA. PATUT ATAU TIDAK?

Budaya menggelarkan orang dengan macam-macam gelaran ni saya ingatkan ada masa saya kecil2 dulu je.. Kalau orang tu suka tidur dia gelarkan "Mat Lena.." .. dan macam2 lagi la gelaran yang orang bagi berdasarkan sikap dan mungkin fizikal seseorang tu

Rupanya tabiat ni ada sampai sekarang . Terkini gelaran Makcik Bawang, pakcik bawang, adik bawang , abang bawang.. habis satu keluarga jadi bawang,

Tak tahu la gelaran ni merujuk kepada apa. Sebab kat sosial media ni semua kau buat , kau tulis..semuanya dikaitkan dengan bawang..

Tulis isu artis, ke, isu politik ke, isu sosial ke, isu jenayah ke, semua di cop sebagai makcik pakcik bawang.

Habis tu kau nak gunakan sosial media ni hanya untuk cari kekasih dan buat hubungan sulit je ke?Dah semua benda kita tak boleh bagi pendapat dan pandangan, sebab di cop sebagai makcik pakcik bawang.

Saya setuju dengan komen dari Sahabat facebook saya ni..Orang ramai menggunakan gelaran ni pada tempat yang salah..




Nampak kolot sangat la orang yang suka menggelarkan orang dengan macam2 gelaran tak baik ni..Nampak kurang didikan dan kurang bersosial.

Kalau siapa2 perasan la saya memang tak gunakan gelaran ni untuk siapa2 pun..Sebab bagi saya semua orang ada hak bersuara..Tak guna kita menidak kan hak orang lain dengan bagi gelaran macam2 pada orang.

Kau rasa dengan menggelarkan orang dengan gelaran makcik pakcik bawang ni akan buat kau nampak baik ke??tak la..saya selalu nampak orang yang bagi gelaran ni kat orang lain sebagai orang yang kolot dan tak tahu apa itu sosial media..Mungkin dia baru guna sosial media kot..

Kenapa nak gelar-gelarkan orang dengan macam2 gelaran. Adakah rasa diri tu dah cukup sempurna untuk gelarkan orang dengan macam2 gelaran tak baik? Perangai masuk rumah orang tak bagi salam macam komen bawah ni pun boleh tak kalau kita kata sejenis perangai makcik pakcik bawang??



Jadi sebelum nak mengata orang baik cermin2 diri tu dulu.Kita ni manusia je..

Tapi saya perasan ramai rakan blogger saya tak gunakan istilah makcik pakcik bawang ni..👍👍👍👍 

Tuesday, 20 February 2018

BLOCK, UNFRIEND, UNFOLLOW

Block,unfriend,unfollow..

Korang pilih yang mana?




sekian lama guna facebook saya tak pernah unfriends rakan facebook saya. Biasanya saya block terus.nampak macam kejam ..Kan??

Tapi demi menjaga hati sendiri itu je jalan yang terbaik.

Tak guna saya unfriend dia kalau dia dan saya masih boleh tengok apa saya update, apa dia update .. Dah tak suka, angkat kaki je la..

Kawan datang dan pergi.Susah nak jumpa yang ikhlas. Sedangkan saya punya ikhlas pun kadang2 saya tak jumpa dan tak rasa.Ini kan pulak ikhlas dalam diri orang lain.


Kalau saya tak suka orang tu, saya tak suka ambik tau pasal dia.Jadi kalau saya tau orang tu tak suka saya, saya pun tak suka dia ambik kisah hal saya.

Sebab tu saya rasa untuk mengelak kan masalah masing-masing tak puas hati ni block adalah jalan terbaik. Bagi saya menjaga hati sendiri adalah yang paling utama. 

Saya tak suka perasaan bila tengok orang , saya rasa sakit hati.Perasaan tu tak best jadi kita kena buat sesuatu supaya yang baik2 je ada dalam circle kita

Unfollow ..Saya cuma guna untuk rakan yang selalu sembang politik dan isu2 yang boleh mengelirukan saya,.Tapi dalam masa sama saya suka berkawan dengan dia dan dia tak de masalah dengan saya.,

Tujuan saya unfollow supaya saya tak membalas apa yang dia update sebab saya sedar dia ada pendirian dia sendiri tentang politik dan isu yang dia perjuangkan.





Saya tahu saya ni manusia biasa yang ada kelemahan .Saya pun tahu kadang2 status2 saya ada yang buat orang kecik hati..Jadi untuk tak mengecilkan hati kawan saya tu , baik saya unfollow je.

Unfriends..saya tak guna fungsi ni di mana2 sosial media saya. dari instagram, twitter dan facebook saya tak unfriends orang,.

Bagi saya unfriends tak mampu mengubah apa-apa keadaan.Lagi2 semua media sosial saya tak di private kan jadi unfriend tak bagi kesan apa-apa.

Korang pulak macam mana?

sekian..

Tuesday, 16 January 2018

ANAK DAH MULA BAWA BEKAL KE SEKOLAH

Assalamualaikum..

Bekal ke sekolah

ANAK DAH MULA BAWA BEKAL KE SEKOLAH  Sejak Maisara dah naik darjah 5 ni setiap hari dia kena bawak bekal ke sekolah. katanya tahun ni makcik kantin tu dah tukar orang lain. Makanan semuanya dah berubah tak ikut selera dia.Jadi kena la bawak bekal.

Sejak tadika lagi dia memang bawa bekal ke sekolah sebab dia tak makan apa yang cikgu hidang kan. Duit makan setiap bulan bayar jadi cikgu akan bungkus makanan dia untuk bawak balik bagi ibu makan. :p

Naik darjah satu pun masih bawak bekal ke sekolah  sebab masa tu saya risau dia lambat nak makan..Nak kena beratur lagi, nak kena fikir nak makan apa lagi..jadi fikir2 balik baik dia bawak bekal je.Takut nanti loceng dah berbunyi dia masih sibuk nak fikir nak makan apa..

Naik darjah 3 dia mula start tak bawak bekal dah Sebab masa tu dah pandai beli makanan yang sama dengan kawan. Lepas tu siap bagitau nak makan sama-sama dengan kawan-kawan dia.Sampai kan sarapan pagi pun dekat sekolah je.Tak payah ibu bangun masak pagi-pagi.Indah nya masa tu.,ahhaha.

Tapi naik darjah 5 ni , dia balik mengadu kata makcik kantin dah tukar orang .. "kakak tak makan apa pun hari ni sebab nasi tak sedap, ayam kecil.tak puas makan.tapi harga mahal."

Bila dia kata dia tak makan kat sekolah , hati ibu mana la yang tak tersentuh.Dari jam 6 pagi dia bangun sampai jam 1:30 petang tak makan apa..Korang bayang kan lah.. Kalau pengsan cemana??
Mujur la tak de apa jadi hari tu.

Hari pertama dia makan tapi tak habis.hari kedua dia tengok menu sama dan dia tak makan langsung.Dan start hari ketiga sekolah dia mula bawak bekal.Tapi belanja sekolah tetap bawak rm2 sebab nak simpan dalam tabung..Tak adil betul rasa..hahahaha..

Bila dah setiap pagi kena memasak, makanya persedian tu kena mantop la..kan??tak kan pagi2 baru nak potong bawang bagai..Jadi kita buat la cara paling mudah ni..Siap kan bahan awal2.Tapi kita tak mau la buat hari2.Kita buat seminggu sekali

Ini bawang putih....

Bawang putih


Yang ni pulak bawang merah....

Bawang merah


dan yang ni halia...

Halia



Mujur ada Tefal..hahah

Bawang halia dan bawang putih

Tak payah pening2 nak fikir masak apa setiap pagi sebab maisara cuma suka makan nasik je..So menu yang sesuai ialah nasik goreng, nasi lemak, dan nasik ayam.Gilir2 la 3 menu ni dalam seminggu.

Wajib ada ayam goreng..Ayam tu pulak kadang2 saya goreng dengan garam kunyit je, kadang2 buat ayam berempah . Semuanya diperap waktu malam sebelum tidur.bangun pagi masak je terus.

Untuk pagi ni... Nasik goreng dan ayam goreng.

Bekal ke sekolah

Bekal dia kena ada 2 ruang kosong gini sebab katanya 1 ruang nak letak ayam satu lagi nak letak tulang.hahah..teliti tak anak makcik?

Ni pun dah cukup buat dia seronok..Balik sekolah nanti dengar la dia cakap.." kakak makan habis sebab sedap sangat.." hari-hari dok ulang itu je ayat nya..

Dia juga akan berbangga-bangga depan kawan dia sebab ibu buatkan bekal.hahahah..


sekian..

Sunday, 14 January 2018

WINTER SONATA DI MALAYSIA

Assalamualaikum..

musim sejuk malaysia


WINTER SONATA DI MALAYSIA Alhamdulillah..Syukur .. Sekarang Malaysia mengalami musim sejuk. Feeling kejap la kita ni  ala-ala dok korea kan..Pakai baju tebal, duduk minum teh tarik panas tengok langit . Winter Sonata la pulak..kan??Tinggal tak de salji je lagi nih...hahahah..jangn lupa dengar lagu Korea sekali..

 Bukan senang Malaysia ni nak sejuk tau..hahah..Selalunya panas dan berbahang.. Jadi kita abadikan lah kenangan ni dalam blog kita..Boleh??

Ada ke orang Malaysia yang tak suka musim sejuk..Ada kot .Tapi susah nak jumpa.Hahahah..Kalau keluarga saya memang kami selesa sejuk-sejuk macam ni.

Kurang rasa letih dan tidur pun nyenyak.Jimat juga bil elektrik. Kalau rumah korang guna aircond atau kipas angin mesti selama ni kipas tu 24 jam ..kan??Nak tidur malam kena buka air cond.

Tapi bila musim sejuk, tak payah lagi buka aircond dan kipas angin sampai 24 jam.Jimat bil elektrik..Mandi pun sehari sekali.hahaha..Jimat kan??

Masa ni nak jalan2 pun senang dan selesa.Kalau musim panas , habis berpeluh sampai hilang makeup.aahahha.. Tapi yang best nya bila musim panas , kita workout pun cepat berpeluh.Musim sejuk ni dah 15 minit melompat pun tak jugak berpeluh-peluh.Hahaha...

musim sejuk malaysia


Budak-budak2 sekolah pun tak letih sangat bila balik sekolah.macam Maisara, anak saya ni dia ni kalau cuaca panas mula la malas pergi KAFA lepas balik sekolah kebangsaan. Cuaca panas buat badan nya cepat letih.. Lepas tu senang demam.

Baru-baru ni dia tak sihat, batuk. Tapi tak sampai 2 hari dah sihat..Saya rasa pengaruh cuaca jugak tu.Sebab sebelum ni kalau batuk ambik masa dekat 2 minggu nak sembuh .Ditambah dengan demam  dah semestinya.Musim panas kalau dia batuk , tak lengkap kalau dia tak demam .

Cuaca sejuk macam ni, tak susah sangat kita nak berpuasa..kan?tak la haus sampai hilang air dalam badan. esok boleh la buat puasa sunat atau siapa2 yang belum ganti puasa tu, rebut la peluang ni.

Apa pun, Musim panas ke, musim sejuk ke masing2 ada kelebihan nya... Syukur ..Alhamdulillah kita boleh merasai dan melihat kekuasaan Allah s.wt. .


Sekian..

Thursday, 11 January 2018

HAJAT HATI NAK BELI AIR FRYER ...

Assalamualaikum...

Hari ni rasa macam tak nak update blog tapi tak best pulak rasa bila fikir yang blog tak berupdate.Padahal dah buat azam nak naik kan blog ni di tahun 2018..Nak perbaiki penulisan dan konsisten update blog..Jadi update je la sikit...Teringat pulak tentang keinginan saya nak beli air fryer. Tiba-tiba je..hahahahah

air fryer
credit: www.thekitchenmagpie.com


Kata orang mudah kalau ada Air Fryer ni . Saya belum ada terfikir nak beli air fryer sebelum ni saya rasa kelebihan nya cuma kita tak menggoreng dengan minyak yang banyak.Jimat minyak masak  jela..hahah

Tapi bila banca perkongsian kawan-kawan rasa teringin nak beli air fryer.Diaorang kata rasa masakan lebih sedap terutanya kalau nak goreng ayam ikan dan daging sebab masakan kita tu dimasak menggunakan lemak haiwan tu sendiri.



Ada juga yang kata lebih masakan guna air fryer ni lebih menyihatkan.Tu yang rasa teringin sangat nak beli .Kita kan sekarang tengah dalam mood nak amalkan cara hidup sihat dan nak kurangkan berat badan. Takut kolestrol tinggi ..Maklumlah..dah nak masuk penghujung 30 an ni..Macam2 penyakit boleh dapat. Walaupun keluagra saya tak de yang ada penyakit kronik tapi risau jugak la..Tak kan la kita nak jadi pembawa kot..ahhahaha

Ada dua tiga jenama dan model yang saya dah survey . Saya cuma tengok-tengok kat laman web lazada dan 11 street je..Kat tempat lain tak tengok lagi.

Tengok2 je kat Lazada tu tapi kalau ditanya suami dia memang tak bagi beli benda macam tu kat Lazada.Dia lebih percaya kalau beli kat SenHeng depan rumah ni.Senang apa2 hal nak pi tukar ke apa..

kalau kain baju ke barang2 biasa boleh je beli online..

air fryer


Yang setakat ni menawan hati saya ialah Russell Taylors Air Fryer yang gambar  ni...Harga nya dalam rm200 . Saya ada satu barang Russell Taylors ni iaitu waffle maker  yang saya beli kat Lazada..Barang nya memang berkualiti.. Rasa macam nak jadi peminat barang2 jenama Russell Taylors pulak..hahahah..


air fryer



Satu lagi yang saya rasa tertarik nak beli ialah air fryer dari Pensonic yang selalu blogger Eny Yusnizar tayang2 kat Ig dia tu..Gambar atas ni..menggoda sangat tu..Harga nya dalam rm300 lebih macam tu..Tapi tengok kat Lazada semua warna putih..Saya nak yang warna hitam..

Tapi kalau nak yang bagus lagi orang kata beli yang yang jenama Philip..Tapi mahal sikit la kot .

Apa pun kena ke Senheng dulu la ..Tengok2 yang mana berkenan.Jangan nanti sampai2 SenHeng berkenan yang lain pulak..hahaha..Perempuan macam gitu la..kan??sebab tu perempuan tak boleh keluar rumah sangat..Nampak apa je semua nak..hahah



sekian..

Wednesday, 10 January 2018

BERTAMBAH-TAMBAH MAKAN NASI KALAU MASAK SARDIN PEDAS

Assalamualaikum..

Bertambah-tambah makan nasik kalau masak sardin pedas ni. Orang Malaysia ni rata-ratanya memang suka kan makanan pedas.Lagi pedas lagi la berselera makan.Biar sampai pecah peluh , mak mertua lalu kat belakang pun tak sedar.hahaha..Tambah-tambah pulak lauk sardin..Aduh!!memang potong diet la.

Siapa nak kurus jangan beli sardin untuk buat stok lauk kat rumah..Memang kau tak jadi la nak diet.Kalau tak masak nasik, sibuk pulak nak buat karipap sardin..tak buat karipap nak buat sandwich sardin..Eh!!kiranya sardin  ni memang pembuka selera la..








sardin pedas menyengat

Ini dia sardin pedas menyengat yang saya suka masak.Makan dengan nasi panas pun sedap, dengan nasi sejuk pun boleh terlajak.Tak sedar makan bertambah-tambah bila ada lauk sardin pedas ni. Tak susah pun nak masak sardin pedas ni.

Kalau korang suka buat sambal tumis, boleh letak cili kering yang dikisar dalam 1-2 sudu besar.jangan lupa masuk kan halia sebab sardin ni, saya  masak la apa pun mesti nak letak halia.Kalau suka kan rasa original sardin tu tak payah letak cili kering yang dikisar.Boleh potong2 je cili padi kecil-kecil dan masuk kan je . Letak juga air asam jawa.

Kalau rajin lagi boleh tambah kan ubi kentang yang dipotong dadu.Potong besar2 ibu jari tu masuk kan masa tumis bawang dan cili.Memang bau dia pun dah buat perut berbunyi..

Nah saya bagi  resepi yang  lebih lengkap :

Resepi Sardin pedas menyengat.


Bahan-bahan Sardin Pedas


 1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5-10 tangkai cili padi
1 biji ubi kentang ( tak letak sebab tak de siapa nak makan ubi)
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar minyak masak
garam




Cara-cara masak Sardin Pedas

-Panaskan 2 sudu minyak masak 

-hiris bawang besar m bawang putih dan halia.

-Masuk kan ubi kentang dan air asam.

-Masuk kan sardin dan 1/2 cawan air.

-Masak hingga kuah pekat dan ubi lembut.

-masuk kan sedikit garam kalau mahu.Sardin ni biasanya dah ada garam.
so tak letak garam pun tak pe..

-Kemudian dah masak boleh la dihidangkan.

Saya suka masak samapi kuah kering..kalau korang suka yang berkuah banyak boleh Juga.tak de masalah..


sardin pedas menyengat
Saya ni kalau masak sardin pedas macam ni  , macam-macam benda yang saya boleh makan dengan sardin ni..Roti, lempeng kosong, capati , buat popia . kadang2 sardin ni tak habis simpan dalam peti sejuk.Esok pagi buat nasi goreng.

Cuma lenyek2 kan je ikan sardin ni sampai hancur..kemudian panaskan minyak dalam 3 sudu besar..tumis je sardin ni dalam minyak ..letak garam dan masuk kan nasik. Tak payah potong2 bawang cili lagi.. pecahkan telur sebiji kacau-kacau nasi bagi sebati dengan sardin dan telur.

Bila nasik dan tak melekat satu sama lain , boleh angkat dan hidang kan..

Dulu pernah baca kat Ig chef Wan.. Katanya kalau masak lauk atau kuah apa2 yang tak habis, walau tinggal sesudu dua pun, kuah nya tu simpan dalam peti sejuk.Nanti boleh buat nasik goreng..Jimat duit dan masa.Tak payah nak menghiris bawang la ,.nak blend cili bagai..


nanti korang cuba buat sardin pedas menyengat ni..Mesti ketagih..hahhaa..


sekian...

Tuesday, 9 January 2018

APA YANG BOLEH KANAK-KANAK 11 TAHUN NI TULIS DALAM BLOG?

Assalamualaikum..




Balik je Maisara dari sekolah agama terus dia mandi dah sibuk dengan kerja sekolah.Sebulan cuti sekolah saya tak memaksa anak saya untuk belajar sebab saya tahu bila dia naik je sekolah langsung tak de masa lagi untuk berehat.

Hari persekolahan rutin nya sama je setiap hari. Pagi pergi sekolah kebangsaan,.balik rumah jam 1.30. Jam 2.30 dah siap untuk KAFA yang start jam 3 petang,. Lepas habis KAFA dia sampai rumah jam 6.15 petang.

Kemudian dia mandi dan siap kan kerja sekolah.Jam 7.30 malam solat dan mengaji.Sampai la jam 8 malam sibuk kembali menguruskan kerja sekolah. Dia akan curi-curi masa untuk makan dan kemas kan buku2 sekolah.Sebelum tidur dia ambil masa 5-10 minit untuk balas whatsapp kawan2 dan update instagram.kemudian tepat jam 10.30 malam dia akan tidur.

Saya percaya anak orang lain pun sibuk macam ni..kan??

Tapi dalam sibuk-sibuk tu dia ada blog tau..Hahahaha.Kalau nak baca boleh ke blog kakaksara ni..

Blog dia buat masa cuti sekolah hari tu..Ayahnya dah pesan kalau nak ada blog cuma boleh update masa cuti sekolah saja.





Kalau dia langgar peraturan kita delete la blog dia..hahahaha.. Blog dia ada novel jugak.Baru 11 tahun dah berangan nak jadi novelist ..kan??

Kalau baca novel yang dia tulis tu pun nampak dah yang dia memang kuat berangan.hahah. Selain tu ada jugak entry personal.

Kadang2 bila baca kelakar pun ada.lagi2 part salah tulis.Budak2 sekarang kan bila bercakap nak juga selit2 cakap omputih..kan??sama la..dia pun gitu la..kalau dengar cakap macam betul bila dah tulis baru tau dia salah sebut rupanya..ahhaha..


Tak pe la..lama2 nanti pandai la tu...



Blog tu bukan je untuk dia ceritakan perkara2 yang dia nak je tapi juga sebagai tempat untuk dia latih dan perbaiki penulisan dia..korang kalau baca blog dia jangan segan2 tegur kot ada kesalahan ayat  ke terutama nya dalam english ok..

Kadang2 saya tak sempat nak tengok dan betulkan apa yang salah..So sebagai pembaca korang boleh juga tegur dan betulkan kesalahan dia..tapi jangan la kecam..budak2 je kot.Ibu dia garang tau!!hahahah

sekian...




BILA ANAK-ANAK SUKA MELUKIS ..

Assalamualaikum...


Pensil warna yang bagus untuk anak-anak


Budak-budak memang suka melukis..kan??kedua-dua anak saya akan melukis kalau tak ada apa nak dibuat. Awal nya si adik macam tak berminat melukis . Kalau dulu dia hanya akan lukis kereta yang kena hujan. hari-hari lukis kereta kena hujan.

Tapi bila dah hari-hari tengok si kakak lukis macam-macam benda dia pun mula lukis benda lain selain kereta kena hujan.hahaha..Pengaruh persekitaran .mentang2 la suka naik kereta waktu hujan..hahhaha

Bila anak-anak suka melukis ni benda yang paling kerap kena beli ialah kertas lukisan dan juga pensil warna. Setahun 3-4 kali juga la saya beli pensil warna untuk anak-anak. Memula dulu marah jugak la..Dasar mak2 kan??Nak juga membebel..

"ampa bagi hilang ka?... rupanya habis digunakan..Tak sempat nak hilang pun..hahah

Pensil warna yang bagus untuk anak-anak


Pensil warna yang bagus untuk anak-anak

Pensil warna tu bukan nya digunakan habis semua tapi kadang-kadang ada 5-6 warna yang dah pendek sangat .kalau nak beli warna-warna tertentu je rasa membazir je sebab ada certain jenama yang warnanya tak cantik.






Sebab tu pensil warna diaorang ni banyak tapi ada warna tertentu yang cuma ada sebatang je. Warna paling kerap habis ialah biru, hijau , merah dan kuning... Ha..dah macam warna traffic light pulak.. :p

kebiasaan nya saya akan beli jenama Luna, Staedler dan Stabilo.3 jenama ni je yang setakat ni hasilkan warna yang terang dan mata pensil warna.yang kuat.
Pensil warna yang bagus untuk anak-anak

Untuk kertas lukisan saya lebih memilih yang biasa je.Ada kertas yang tebal tapi sedikit mahal.Tapi untuk kegunaan anak-anak yang suka melukis ni saya gunakan yang harga lebih murah tapi banyak ..Beli yang banyak tak la asyik nak kena beli..

Kebiasaan nya benda2 macam ni saya beli kat D.i.Y saja..tak payah susah2 cari..Dah tahu tempat nak beli tak payah la nak cari tempat yang lebih murah..kan??

Pensil warna yang bagus untuk anak-anak

Saya juga ada sediakan kertas A4 ni kat rumah sebab kadang-kadang  anak lebih suka melukis atas A4 je..A4 lebih jimat ..kan??murah dan banyak..hahahah..Lagipun bukan melukis untuk hantar kat cikgu..Hanya untuk membina skill saja.

Bagi korang yang anak-anak suka melukis harap-harap entry ini dapat memberi manfaat untuk korang..

sekian..