Showing posts with label perniagaan online. Show all posts
Showing posts with label perniagaan online. Show all posts

Thursday, 28 February 2019

PANDUAN DAN CARA MENDAFTAR UNTUK ANDA YANG INGIN MULA BERNIAGA DI SHOPEE

Hye Semua...

Saya dah lama rasa teringin nak berniaga di Shopee. Tak tak tahu nak jual apa. Saya ni suka berniaga benda makanan je. Sesuai ke jual benda makan di Shopee tu?? Kalau biskut-biskut raya tu ok la kot.. Atau ada barang tertentu saja yang boleh di jual?





Kalau tak sekarang mungkin akan datang saya akan ada idea la nak jual apa. Tapi untuk sementara ni saya nak share dulu cara bagaimana untuk mula berniaga di shopee. Macamana cara nak daftar dan sebagainya akan saya terangkan dalam post ini.

Entry ini bersumberkan dari perkongsian pengguna twitter : @Mohd Zikrullah . Saya share kan di sini untuk rujukan saya dan pembaca yang lain.




Macam mana nak mula niaga di SHOPEE. 


1. Mula2 ko kena ada smartphone la. Wajib. Benda kedua kena ada ada pc atau laptop (optional. Dan ketiga kena internet yang stabil.)


2. Sebelum pergi lebih jauh. Ko kena tahu kenapa orang membeli di shopee.
- free shipping
-harga murah dan senang compare harga
-secure. Susah nak kena scam


3. Jadi firstly korang mestilah sign up account shopee. Nak menjual di shopee kena la ada akaun shopee. So download apps siap2. Kemudian buat satu akaun shopee. Akaun tu lah akaun membeli dan akaun tu juga ko menjual.







4. Nasihat aku untuk yang baru nak buat akaun, pastikan username/id korang tu pilih elok-elok. Aku suggest :
- bukan nama personal
- letak nama ssm kalau ada
- nama yang senang orang nak sebut dan taip


5. Kenapa bukan nama sendiri? Sebabnya nanti senang orang nak usha ko di media social yang lain. Orang taip je nama ko di fb atau google, terus keluar kan..malu oii nak2 kalau jual ubat kuat ke apa ke. Haha.


6. Lepas siap buat akaun shopee korang dah boleh mula membeli. Bukan menjual lagi. So sebelum pergi jauh. Korang apply dulu shopee free shipping program.


7. Shopee free shipping program ni apa? Ia kerjasama antara shopee dan poslaju/dhl untuk bagi free shipping pada buyer dan seller. Shopee tanggung free shipping dengan syarat-syarat tertentu.


8. Syarat free shipping tu
- kalau alamat pos tu semenanjung, cover postage bawah 5kg
- sabah sarawak cover 1kg ke bawah sahaja
- mesti minimum purchase rm40
- pembeli kena guna voucher yg shopee bagi


9. So korang apply la free shipping program tu pada link ni
https://help.shopee.com.my/my/s/article/What-is-Shopee-FREE-5KG-Shipping-Program-1542971592680

Dah masuk link ni korang scroll bawah-bawah dan klik. Pastu keluar gambar warna warni tu. Scroll sampai bawah, sehingga nampak perkataan sign up. So register la ya. Pastu tunggu approve ikut masa dia



10. sebelum kita proceed terus kepada menjual. aku share sikit pasal dropship. Aku jual baju kurung perempuan secara dropship je di shopee. aku tak pegang stock, aku tak keluar modal pon. aku just upload di shopee, dapat order, aku pass pada hq. Then dapat untung!!


11. Ni kriteria kalau korang nak jadi dropship mana-mana company.
- HQ tu senang dan pantas balas wasap ko. senang la ko nak tanya apa2.
-company tu memang buat dropship dan dia bagi guna shopee untuk jual barang dia
-Paling penting, postage dalam masa 2 hari selepas ko submit order!


12. Now kita pi ke bahagian seller. untuk upload produk. Untuk pc, klik mcm dalam gambar tu.



13. Pastu klik dalam gambar tu untuk mula upload produk! Untuk phone terus ada option upload produk. korang masukkan barang apa yang korang nak jual kat situ.




14. Ni tips masukkan gambar ye.
-pastikan gambar lawa, bukan gambar atas cadar busuk korang. haha
-paling kurang gambar first tu gambar yang sangat menarik, striking, dan lain daripada yg lain. korang edit pakai phone je. ni contoh yg aku buat. Baju umrah rm99. satu set lengkap



15. Ruang untuk upload gambar ada 9. So korang maximize kan ruang tu. Letak la side kiri kanan produk korang. Sebab customer suka tengok banyak gambar. Kalau letak satu je. Dia boring, then cari seller lain..


Seterusnya part produk name. Sini paling penting.. korang jangan letak nama produk korang tu. Contohnya, Kalau korang jual jam yang bernama G-Shock AXG22. Tapi korang letak kelebihan nama jam tu, Jam g-shock murah, jam g-shock tahan air, jam g-shock lelaki. Penuhkan 80 word ya..


16. Sebelum aku pergi jauh, pastikan korang isikan semua detail dulu bahagian shop setting. terutamanya address tu.





17. Ok, next bahagian produk description. Di shopee, kita buat hard sell terus. Bagi info tentang produk seringkas dan sepadat yang mungkin. tak perlu ayat bunga-bunga macam fb. Fb kita perlu buat copywriting yang power untuk pukau orang datang ke iklan kita, tapi shopee direct terus je!


18. Next, ko proceed bahagian detail produk. macam brand, material, and so on la. So kalau produk korang tu takde brand, jangan bantai je brand orang. Letak je "no brand" atau oem. Tak ada masalah punya. Still ada orang beli.


19. Seterusnya kalau produk korang single item je, macam minyak gamat. seketul macam tu je. takde size kecik besar, takde warna lain-lain. So proceed je tanpa klik bahagian variation. Tapi kalau produk korang banyak colour, size, atau kata lain banyak pilihan. Buat la variasi macam gambar ni



20. Lepas siap setup, variasi, korang boleh letak harga dan berapa stock yang ada untuk setiap variasi. SKU tu tinggal je.. Korang juga boleh buat harga borong, untuk tarik minat orang beli dengan harga lagi banyak dan lebih murah




21. lepas tu korang setting berat produk. yang panjang produk tu tal perlu. berat tu anggar-anggar je. tak perlu sampai ambik penimbang dan timbang satu-satu. Shipping fee tu korang setting manual dulu, sementara dpt free shipping. after dapat free shipping, turn on je nanti



22. Part last sekali bahagian upload produk ni, korang setkan produk tu ready stock atau pre-order. kalau ready stock, ko kena pos dalam masa 3 hari skrg, bulan 3 ni shopee tetapkan dalam masa 2 hari pulak! pre-order dalam masa 7 hari minimum. so korang pandai-pandai la ye.




23. Bila dah, siap semua setting tu, korang dah yakin, klik je publish. Produk kalau takde masalah, akan terus publish. Ada sesetengah produk, shopee nak review dulu. Takut langgar undang-undang. Selalunya mcm ubat kuat, kurus, suplement2 bagai tu.


24. Bila dah publish, korang list lagi produk lain, sampai la ada minimum 5 produk. jangan buat satu je, hambar betul nampak kedai korang nanti. Kalau takde produk sangat, ulang produk sama sampai 5 kali. tukar gambar first je..


25. Bila dah list macam ni, korang klik more operation tau, then tekan boost. Yang tu free marketing shopee bagi untuk setiap 4 jam. Tapi korang kena rajin klik la. Dia akan up iklan kita based on kategori yang kita set.
.


26. Now aku akan cerita sedikit sebanyak pasal list2 dalam gambar ni
-my product : tempat korang upload produ baru dan edit produk. kat situ juga nak boost produk

-my shop catogory: tempat korang kategorikan produk tu kategori apa, wanita ke, lelaki ke,mainan ke,




- my sales: ni tempat korang cek order masuk, dah post ke belum, cancel, complete atau order tu customer nak refund
-marketing centre : tu tempat korang, nak buat ads,buat voucher, buat diskaun, join shocking sale!


-my income: ni tempat korang cek income yang korang buat dari shoppe. berapa yang on going, brp yang dah release. so boleh trace dari sini income tu.

-my wallet: tempat korang tgk duit yang shopee release pada korang brp rm. lengkap kat sini dari tarikh, nama dan order.


27. So now, aku ajar tengok part my sales. my shop categories tu senang je.
so part my sale ni bahagian-bahagian macam dalam gambar.
-all
-unpaid
-to ship
-shipping
-complete
-cancellation
-return/refund


28. Daripada sini korang boleh tengok status order2 la. macam contoh aku bagi tu, tu aku punya hari ni. Alhamdulillah rezeki. kalau dekat "to ship" tu kita kena arrange shipment dahulu untuk print borang pos laju tu. Lepas klik arrange akan jadi no2 macam dalam gambar




29. To ship ni barang belum di pos lagi, sama ada masih di hq, atau sudah sampai poslaju tapi belum di scan. So selagi mana status masih di to ship, selagi tu shopee anggap benda tu belum pos. So hati2, jangan bagi peram lama kat situ, kalau lebih 3 hari akan auto cancel by shope


30. Kalau ready stock shopee bg 3 hari untuk korang pos. katakan hari ni dpt order, so hari terakhir kena post atau masuk dalam sistem poslaju iaitu hari sabtu. Kalau pre-order min 7 hari ko boleh setting. So macam produk aku jual ni, aku set 7hari bekerja. Alhamdulillah rezeki.


31. Bila barang dah masuk dalam katogori shipping, so ko dah selamat dari di cancel oleh shopee! So tunggu la sehingga customer dapat barang. Tapi jangan happy dulu. sebab shopee tak release duit pada ko lagi tu..


32. Selagi mana status masih di shipping, selagi tu shopee tak release duit. Bila nak dapat duit? Bila dah masuk status complete. Complete ni akan terjadi bila customer dapat barang, pastu dia tekan receive order ataupun selepas 3 hari customer dapat barang, so auto duit masuk!


FAHAM TAK NI? HAHAH..SENANG JE SEBENARNYAAA..slow2 okey..jangan blur. nanti faham la tuu.







33. Part cancellation tu bila mana customer tak buat payment dalam masa yang ditetapkan/ dia dah order, then berapa saat pastu dia cancel balik/ atau dia dah order semalam pastu request cancel dan seller approve, atau barang yang tak ikut masa postage yang ditetapkan oleh shopee.


34. Refund/refund ni bila ada masalah pada barang. customer tak puas hati dengan barang tu, atau kita salah post barang, so customer akaun request return atau refund la nanti!


Ok..tu je..

Panjang juga perkongsian saudara Mohd Zikrullah ni. Sebagai menghargai budi baik nya yang sudi berkongsi entry sangat bagus ni  korang boleh la jenguk-jenguk Kedai Shopee menjual baju umrah nilik Saudara Mohd Zikrullah ni..

Boleh la nak buat koleksi sendiri atau hadiahkan pada saudara mara korang..