Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pengalaman anak pertama kali berpuasa

MIKHAIL BERPUASA HARI PERTAMA RAMADHAN. ALHAMDULILLAH CEMERLANG DENGAN JAYANYA

Hi semua..



Semalam 1 Ramadhan berjaya juga anak teruna saya ni berpuasa. Tak banyak karenah sebab dia pun bukan jenis suka makan sangat pun.

Hari-hari nak paksa makan pun payah jadi bila masuk bulan puasa mudah pulak nak menguruskan nya.

Jam 5 pagi dah start kejutkan dia bangun sahur. Susah nya nak bangun sebab balik terawih dah agak lewat. Tidur pun lewat juga la..






Oleh sebab panggil ulang kali tak nak bangun saya guna senjata paling ampuh di waktu pagi. Iaitu buka cerita Shinchan. Jam 5 pagi dah On tv. Hahah..

Orang dengar mengaji kita tengok Shinchan. Haru!!!

Bersahur la budak ni dengan roti jagung dan milo suam. Risau jugak la takut dia tak tahan lapar sebab makan roti jagung sebiji je,

Cuma dah jam 3 petang tu dia kata perut dia lapar. Tapi tak tahu nak makan apa. lepas tu saya buat tak layan je. Mulut dia je la mengomel cakap kita ni tak bagi dia makan la hape...

Pusing sekali lagi tengok-tengok dah terlelap. Mungkin rasa lapar tu yang buat dia terlena. Sebab nya dia ni bukan s…