Showing posts with label pasangan suami isteri. Show all posts
Showing posts with label pasangan suami isteri. Show all posts

Thursday, 7 May 2015

PANGGILAN MANJA..LAGI UNIK, LAGI DIA SUKA..

Assalamualaikum...

Malam tadi kami ke pasaraya dekat dengan rumah ni..
nak beli jam tangan Maisara
tiba2 je berhenti tak mau bergerak..
ingat nak tukar bateri rupanya dah rosak..
maka beli je la jam baru untuk dia..

Masa pilih2 barang lain tu
ada pasangan suami isteri ke pasangan kekasih ke..
entah la..
saya dengar si lelaki panggil pasangan nya tu
"acam"



nak tergelak pun ada..
"Acam " mungkin singkatan untuk "masam.".
atau boleh jadi jugak untuk "mengancam"..
atau pun mungkin jugak untuk "kau ni macam2 ye..."

Hahahha
orang perempuan ni memang macam tu..kan??
lagi unik gelaran yang kekasih tu bagi
lagi dia suka..

Suami awak panggil awak apa??

Sekian..