Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

Thursday, 1 November 2018

3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL



3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL Memang seronok berjalan ke tempat orang.Lagi-lagi kalau tempat yang berbeza budaya dan adat. Kita boleh belajar dan  melihat banyak perkara baru dan memberi pengalaman berbeza pada kita.

Selalunya tempat-tempat macam ni memang banyak aktiviti untuk kita join.

Tapi perjalanan kita mungkin jadi tak best bila ada perkara dan benda yang kita terlupa nak bawa. Masa packing barang tak terfikir pun nak bawak tapi bila dah sampai dan terjadi sesuatu terus rasa.." ala..lupa nak bawa benda tu.."

Kan?? Pernah tak jadi macam tu?\




Selalunya ada 3 benda yang kita selalu lupa bawa. Bila dah sampai baru teringat benda tu penting dan perlu untuk dibawa.

1- Sunscreen 

Mungkin bagi sesetengah orang rasa kalau pergi ke tempat-tempat macam pantai atau negara yang panas saja yang perlu guna sunscreen atau pelindung matahari. Tapi sebenarnya apa yang lebih baik ialah kita gunakan sunscreen setiap kali keluar tak kira la kita ke mana sahaja.

Untuk mereka yang travel, kadang2 kita tak tahu keadaaan satu-satu tempat tu.Tiba-tiba sahaja cuaca boleh berubah.

Masa ni baru kita sedar betapa pentingnya sunscreen. Sunscreeen digunakan untuk melindungi kulit kita dari terjadinya kesan berbelang hitam atau jelaga yang boleh menggaanggu penampilan kita dan boleh menjejaskan kesihatan kulit



2- Extra Bag

Biasala, bila dah berjalan-jalan ni mustahil kita nak  pulang dengan tangan kosong kecuali kita ada prinsip dan bajet yang terhad. Tapi agak rugi bila kita tak membeli beberapa barangan yang boleh menjadi kenang- kenangan.

Lagi best bila tempat yang kita pergi tu barang-barangnya lebih murah dan bila kita terlalu leka membeli sampai terlupa nak balik nanti tak de bag nak isi.

Adalah lebih baik jika kita sediakan 1 bag lebih atau extra bag untuk memudahkan kita nanti membawa pulang barang-barang yang dibeli.




3- Kit Pertolongan Cemas

Kemalangan sukar dijangka. Orang kata malang tak berbau. Sedangkan berada di dalam rumah sendiri pun kita boleh tercedera . Apatah lagi jika sedang travel.

Tak mustahil dalam perjalanan mungkin akan berlaku kemalangan dan anda tercedera. Waktu ini lah kit pertolongan cemas sangat diperlukan. Anda tak perlu membawa kit pertolongan yang besar .

Cukup dengan membawa kain balutan dan pain relieving patch.


Saturday, 27 October 2018

HARI PERTAMA ANAK MASUK SEKOLAH : APA YANG TAK PATUT ANDA POST DI SOSIAL MEDIA.

Assalamualaikum..



Tahun depan Mikhail akan masuk darjah satu. Seperti kakaknya saya tak akan hantar dia dan tunggu disekolah. Ayahnya saja yang akan pergi hantar dan tunggu dia sementara nak tahu duduk kelas mana. lepas tahu kelas ayah akan balik.

Macam tu la dulu kakaknya waktu masuk sekolah darjah satu.

Teringin jugak nak ambil-ambil gambar untuk buat kenangan tapi rasanya tak payah la. Risau bila anak nampak ibu dan ayahnya ni tunggu tepi kelas , nanti dia rasa macam.."kenapa kena tunggu??..sebab sekolah ni bahaya ke..? sebab nanti tak boleh balik ke..??sebab nanti cikgu marah ke..?"




Setakat ni memang saya bagitau yang indah-indah  je tentang sekolah. Tambah pulak kakak nya selalu cerita cikgu tu baik, cikgu ni kelakar.. harap-harap ok la dia nanti disekolah  baru.

Tapi saya faham ada mak ayah yang kena tunggu jugak anak di sekolah sebab nak biasakan anak membeli di kantin sekolah Saya memang tak de masalah bab tu sebab anak-anak cerewet bab makan. Jadi dari dulu memang bawak bekal ke sekolah.

Tapi pesanan saya untuk mak ayah yang nak tunggu anak disekolah tu, bila ambik -gambar anak-anak kat sekolah jangan la terlalu bebas post di sosial media atau di status-status whatsapp.  Ada beberapa perkara yang korang tak boleh buat.

1- jangan tag location dimana korang berada. Bahaya kalau orang tahu yang korang tak ada dirumah. Bahaya juga kalau ada orang yang tahu dimana anak korang bersekolah.

Kalau nak selfie ke apa cukup la dengan caption simple2 sudah la.

2- Jangan bagi clue dimana anak korang belajar. contohnya bergambar dengan papan tanda pintu pagar sekolah, tunjuk lencana sekolah anak,  nama penuh anak dan juga apa-apa yang mendedahkan dimana anak korang belajar dan sebagainya.

3- Had kan "rakan" yang boleh melihat gambar dan posting korang. Kalau di facebook korang boleh had kan gambar untuk orang-orang tertentu sahaja.  Korang boleh gunakan cara tu untuk berkongsi gambar dan posting dengan saudara mara terdekat.

Tak perlu masuk kan senarai rakan-rakan media sosial untuk melihat gambar anak korang sebab cara ni juga akan membahayakan anak-anak korang. Rakan media sosial dan orang sekeliling mungkin nampak baik di sosial media tapi jangan mudah terpedaya.




4-  Jangan tag sesiapa. Bila korang tag orang lain pada gambar yang di post , gambar tu akan lebih ramai yang nampak.

Contohnya macam facebook, bila korang tag saya untuk gambar korang, mungkin rakan-rakan saya yang korang tak kenal  juga akan nampak post dan gambar korang tu.

5- Jangan post gambar anak orang lain tanpa kebenaran. Anak-anak kita adalah urusan kita, tapi anak orang lain adalah hak ibu bapa mereka. So kita kena faham benda tu. kalau anak-anak kita pun kita tak dedahkan privacy mereka, kenapa anak orang kita tak boleh jaga..kan??

6- Jangan mempercayai sesiapa. Itu lah yang  yang paling penting sekali . Bagi tau pada saudara mara agar jangan berkongsi gambar yang korang post dan had kan kepada mereka saja, didedahkan kepada orang lain terutamanya di sosial media.

Kalau tak diberitahu mungkin diaorang pun tak tahu.Jadi berterus terang sejak dari awal dan tekankan benda tu supaya nampak jelas dan penting untuk diaorang patuhi.

ok..tu je la.. semoga bermanfaat untuk semua.


Tuesday, 16 October 2018

KETAHUI PUNCA KEGUGURAN BERULANG-ULANG BAGI WANITA HAMIL






KETAHUI PUNCA KEGUGURAN BERULANG-ULANG BAGI WANITA HAMIL 15 Oktober adalah Hari memperingati keguguran sedunia yang disambut setiap tahun. Oleh itu penting bagi kita mengetahui mengenai keguguran ketika hamil. Jom baca pasal keguguran berulang-ulang ( recurrent miscarriages) - punca & rawatan yang dikongsikan oleh Doktor Muhammad Eizat





Apakah keguguran ?

Keguguran ialah kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan ( 10-20%)

Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan. Ianya tidak biasa berlaku dan hanya 1-2 kes dalam 100 kehamilan ( 1-2%)

Apakah keguguran berulang-ulang ?

Bila keguguran berlaku 3 kali atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang ( recurrent miscarriages ).

Ianya juga berlaku pada 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat

Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang dan keguguran lewat kehamilan?

Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan.

Walaubagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tidak dapat mengenal pasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.

Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan

UMUR

Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalan 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran.

Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran adalah tinggi.

ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME ( APS)

APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

FAKTOR GENETIK

2 hingga 5 dalam 100 pasangan ( 2-5%) yang mengalami keguguran berulang, salah satu pasangannya akan ada ketidaknormalan salah satu kromosom ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah dan ibu ).

Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.

PANGKAL RAHIM YANG LEMAH
Kelemahan pangkal rahim ( cervical incompetence ) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung.

Mungkin ini adalah penyebab keguguran jika kehamilan sebelumnya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun


PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL

Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.


JANGKITAN KUMAN

Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran.

Walaubagaimanapun bagaimana jangkitan boleh menyebabkan keguguran ini masih lagi dalam kajian dan kesahihannya masih belum pasti.


BENTUK RAHIM
Bentuk rahim yang tak normal boleh menyebabkan keguguran namun ianya belum sahih.

KENCING MANIS & MASALAH TIROID

Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.


FAKTOR IMUN ( Immune Factors )
Ada kajian mengatakan wanita keguguran disebabkan sistem imun mereka tidak berfungsi secara normal, dinamakan sebagai alloimmune reaction. Walaubagaimanapun, takda bukti sahih lagi yang menyokong kenyataan ini. Lebih banyak kajian diperlukan.


BERAT BADAN BERLEBIHAN
Bakal ibu bermasalah obesiti bukan saja sukar hamil tetapi meningkatkan risiko komplikasi kehamilan dan masalah kesihatan bayi yang dikandung.
Ini termasuk keguguran, hipertensi, diabetes, darah beku dan bayi bersaiz besar serta memerlukan pembedahan caesarean ketika melahirkan


MEROKOK, PENGAMBILAN KAFEIN DAN ALKOHOL BERLEBIHAN
Merokok , dan minum terlalu banyak alkoho; serta pengambilan kafein yang berlebihan turut menyumbanga kepada masalah keguguran. Selain keguguran ianya menyumbang kepaada masalah kelahiran pramatang, kecacatan kongenital,dan kematian dalam rahim.


PERNAH MENGALAMI KEGUGURAN
Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.












Pemeriksaan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :

Ujian darah – mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia

Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.

Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman

Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tak perlu menerima rawatan.



Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.

Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes ( 75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.

Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.

sumber: Dr MUhammad Eizat

Monday, 15 October 2018

IKUT 5 TIPS INI DAN ANDA AKAN MENJADI SOSIAL MEDIA INFLUENCER YANG TERBAIK



Orang muda sekarang ramai yang berlumba-lumba nak menjadi media sosial influencer. Mungkin sosial media influencer dianggap perkara yang sia-sia bagi mereka yang tak tahu fungsi influencer tu sendiri tapi sebenarnya sosial media Influencer memberi kesan yang sangat baik bagi perniagaan-perniagaan besar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni.

Tengok la berapa banyak iklan-iklan yang dibuat oleh sosial media Influencer ni mewakili jenama-jenama dan syarikat besar. Dengan kuasa viral di tangan mereka, produk dan perkhidmatan lebih cepat sampai kepada sasaran .




Tapi jangan tak tahu nak jadi sosial media influencer ni pun ada caranya. Ada yang sampai kena mengeluarkan wang sendiri agar lebih cepat mendapat pengikut dan mudah dikenali.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tips yang korang  patut buat kalau nak jadi sosial media influencer..


Langkah 1 . Anggap ianya seperti pekerjaan sepenuh masa
Kalau nak dianggap sebagai seorang sosial media influencer yang serius korang kena lah mendapat kepercayaan dari orang lain. Korang boleh anggap apa yang korang buat sekarang adalah pekerjaan sepenuh masa.

Kalau setakat ada bakat dan kreatif saja tapi tak berjaya buat orang percaya dengan korang, tak kan buat wakil2-wakil perniagaan berminat dan ambil korang. Korang kena berusaha buat yang terbaik.

Korang boleh share personal life korang secara percuma untuk permulaan. Ramai sosial media influencer yang bermula dengan mempromosikan sesuatu dalam bentuk pengajaran atau sesuatu yang berkaitan bakat diaorang dengan secara percuma saja.

Korang juga kena ada jadual untuk publish video atau post-post korang supaya lebih teratur.




Langkah 2. Bersemangat dan konsisten.
Ramai sosial media influencer yang berjaya hanya sekerat jalan sebab diaorang tak konsisten. Mereka tak de interaksi dengan pengikut mereka.

Diawalnya memang agak susah nak dapatkan like dan komen apa lagi nak orang follow kita tapi kalau kita konsisten update, dan ada interaksi dengan pengguna sosial media yang lain, mesti akan ada hasilnya.

Makin lama orang akan follow kita sebab dia tahu perkongsian kita menarik. Tak de siapa nak follow akaun yang kejap timbul kejap tenggelam.

Jadi kalau nak orang follow kita , sentiasa update dan konsisten.



Langkah 3. Comuniti is King.
Pernah dengar orang kata "content is king"?? tetapi yang sebenarnya tanpa pengikut setia, kandungan yang baik cemana pun tak kan di pandang. Korang terpaksa bersetuju dengan yang ni.. Pengikut setia ni la yang akan mula share dan orang lain akan nampak content dalam sosial media korang.

Walaupun jumlahnya sikit je tapi dengan bantuan diaorang ni la pengguna sosial media lain akan terhubung dengan korang. Makin hari makin ramai kenal.

Jaga diaorang baik-baik ye. Jangan nak ikut kepala sendiri je. kena faham apa yang pengikut sosial media korang nak?Apa yang diaorang suka dan apa yang diaorang tak suka.? Apa yang boleh buat korang nampak 'wow' .


Langkah 4. Sentiasa cipta sesuatu yang baru
Nak buat korang nampak wow dimata pengikut sosial media korang kena la cipta sesuatu yang baru. Kalau buat video kena la kreatif..Kalau ambik gambar biar nampak menarik. Boleh masuk kan unsur-lucu lucu sebab kat sosial media ni kalau benda kelakar kejap je orang kongsi pada orang lain.

Boleh juga buat video yang bagi pengajaran pada orang lain, yang ada mesej2 yang baik.

Kalau 2,3 tahun lepas , setakat selfie dengan produk je mungkin benda yang orang rasa menarik tapi sekarang dengan lebih banyak sosial media influencer yang buat kelainan , korang kena buat sesuatu yang baru.Tak boleh dah setakat selfie.

Korang boleh guna kan IG, youtube atau twitter sebab apa yang saya nampak di 3 platform ni la bermula nya video-video yang jadi viral.

Di samping konsisten,  kandungan nya juga perlu menghiburkan.





Langkah 5. Berhubung dengan jenama-jenama besar.
Cara paling mudah untuk mendapatkan perhatian jenama-jena kat luar nun ialah dengan menghantar mesej secara terus kepada mereka di Instagram atau Twitter.

Kalau korang tak mulakan , diaorang tak kan nampak korang.

Tak payah buat portfolia yang gah bukan main. Kandungan yang ada dalam sosial media korang tu dah cukup untuk diaorang nilai korang ni influencer yang macam mana..


Tuesday, 18 September 2018

YOUR GUIDE TO BUYING A NEW LAUNCH CONDO




Buying your first property can be an intimidating experience. You browse through websites to look for properties such as apartments unit in City Plaza and new launched condominiums. You start reading many articles regarding the guide to getting a property. However, you are still  unsure on where to begin, after all, this is a big decision that involves a lot of money. This article will guide you through the important things that you need to know before getting a new launched condominium and it might help you to reduce the stress throughout the buying journey.

1.      1. Budget planning
First of all, you will need to set a budget when it comes to buying a property. Set a realistic budget and stick to it. Know what you can afford to prevent getting yourself into a huge debt. After all, buying a property involves a huge sum of money and you definitely do not want to end up getting being in debt.

Get an approval in principle (AIP) for a bank loan so you will have an idea of how much loan you will received when you apply for a bank loan after that. An AIP will allow you to know how much loan you are eligible and your monthly mortgage repayment.

You can also check how much fund you have in your CPF account to help in funding your home. You are allowed to use the savings in the Ordinary Account up to the Valuation Limit for your first property. However, if it is the second property, you will then need to set aside approximately $80,500, which is the Basic Retirement Sum before you are allowed to use the remaining savings in the Ordinary Account.

Do consider the down payment for the property that you buy, commonly 20% of the price of your property. You are able to pay the down payment by using cash of CPF that consists of 5% Option Fee and 15% of Exercise Fee, Other than that, you will also need to pay for the Buyer’s Stamp Duty (BSD) and the legal fees.

Certain home buyers will need to pay the Additional Buyer’s Stamp Duty (ABSD) on top of the BSD:

Buyer

ABSD Rate
Singapore Citizen
1st property
NIL
2nd property
7%
3rd property and above
10%
Singapore Permanent Resident
1st property
5%
2nd property and above
10%
Foreigner

15%

Let us say if the property is bought by both Singapore Permanent Citizen and Singapore Citizen, the ABSD rate will then be higher.

2.      2. Shop around
After you planned your budget, you can start looking around for condominiums that fall within your budget range. You could also engage with a property agent in guiding you with recommendation and purchase process. If you wish to save money,you could do it on your own by doing research and finding information from various property websites out there.

3.     3.  Visit showroom
Buyer will be able to visit the show flats prior to the launching of the condominium, usually around one to two weeks before launching date. However, the actual price for the condominium is not released yet at this point.

You can complete the Expression of Interest form along with a black check to the developer’s account if you are interested in the property. The blank cheque will include 5% booking fee of the property and when the prices for the condominium are revealed, the amount will then be filled in accordingly.

That being said, you will have to be cautious as it is risky to hand in a black cheque. Hence, you are required to double check on the name of the developer’s account.

The great thing about registering before the price is revealed is that you stand a chance to participate in the ballot system along with people who have also registered their interests. You will then be invited to book a unit when you get a call from your ballot number. However, if you do not wish to proceed, your empty cheque will be returned to you.

4.     4.  Book your desired condominium unit
On the launch day, you will then need to go to the show flat to submit the ballot number and wait for your number to be called to book your unit. Once booking is done, you will be provided with a set of Property Details Information (PDI) documents by the developer. The PDI contains the floor plans, offered items, rules and regulations, and other related information of your desired unit. You will need to read the documents thoroughly to make sure you are satisfied with the unit.

5.     5.  Finalise loan and hire a lawyer
After getting the Option in your hand, you then need to approach the bank for loan application for your newly launched condominium. After you get your loan application approved, the bank will issue you with a Letter of Offer with all the terms and conditions.

You will also need to hire a lawyer to assist you in purchasing and conveyancing messages. Although the bank that you engage with will recommend you a firm, you could always choose to hire a lawyer on your own. Be sure to look around for a lawyer that offers you the best rate.

6.      6. Sale and purchase Agreement
Normally, the developer will provide you with the Sales and Purchase Agreement within 2 weeks of giving you the Option. You then have 3 weeks time to sign the agreement and proceed with the Option. You will have to pay 15% of the exercise fee, which is the remainder of your down payment. The payment for the exercise fee is within 9 weeks from the day you get the Option or at the time of signing the Sales and Purchase agreement, whichever that comes latter. Do take note that you are also required to pay for the BSD or ABSD on the Sale and Purchase Agreement within the 2 weeks of signing.

7.      7. Payment
You will have to start paying after 6 months of dealing with the above 6 steps. Payments will be made every few months for uncomplete developments based on the milestones achieved in the construction. When the Temporary Occupation Permit is obtained, you will then need to pay the final 40% of your unit price.

8.      8. Keys collection
Lastly, it is the keys collection. You can start engaging with interior designer and plan for a house warming party with your family and friends.

In conclusion, the steps to getting a new launched condominium unit is not that tedious after all, provided you follow the guide and plan ahead to avoid going through the unnecessary issues. If you are interested in getting a HDB flat, you can understand more on the process of getting a HDB flat by reading step by step guide to buying your first BTO flat and guide to buying a new HDB flat.


Wednesday, 5 September 2018

15 TIPS DAN TRICK INI MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA ANDA

Assalamualaikum..

Malang tidak berbau. Tapi ianya mungkin boleh dielak jika kita melakukan sedikit persediaan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Jom tengok beberapa tips dan trick yang boleh membantu anda menyelamatkan nyawa anda .



1. Jika seseorang mengacukan pistol pada anda, cubalah untuk melakukan eye contact dengan orang tersebut. ianya memang keadaan yang sukar namun . Tetapi jika anda melihat terus kedalam mata nya sekurang-kurangnya dia akan  berasa tidak selesa dan mula meragui sama ada untuk menembak anda  atau tidak. Dan ini akan membantu anda melengahkan masa nya.

2. Sentiasa membawa cermin dan wisel semasa mendaki di pergunungan atau memasuki hutan. Cermin akan membantu untuk memancarkan sinar matahari dan memberi isyarat SOS, dan anda boleh meniup wisel didalam keadaan kecemasan

3. Sentiasa membawa gula-gula getah. Mengunyah gula-gula getah akan membantu mengurangkan tekanan serta mengekang selera makan anda.  ia juga boleh digunakan sebagai gam.

4. Sentiasa ingat 3 peraturan ini. Ia mengatakan bahawa seseorang boleh hidup 3 minit tanpa udara, 3 jam tanpa tempat tinggal, 3 hari tanpa air dan 3 minggu tanpa makanan.

5. Arang dan botol plastik boleh digunakan untuk menapis air. Selepas beberapa kali penapisan  anda hanya perlu mendidihkan  air tersebut-dan ia boleh diminum.

6. Apabila turun tangga, jangan memasuk kan tangan anda ke dalam poket anda. Sekiranya tangan anda berada dalam poket , kebarangkalian bahawa  kepala atau organ dalaman rosak meningkat dengan ketara ketika anda jatuh

7. Jika anda mendaki gunung kekalkan suhu badan anda supaya sentiasa hangat untuk mengelak kan anda diserang . Hypothermia (hipotermia) . Pakai pakaian yang tebal ketika mendaki..

8. Cuka  epal boleh digunakan untuk merawat luka. ianya mempunyai keupayaan untuk melambatkan penyebaran bakteria.

9. Ketika menaiki pesawat pilih tempat di bahagian ekor pesawat.  Kajian menunjukkan bahawa kebarangkalian kematian dalam penumpang yang duduk di tempat duduk di ekor pesawat hanya 23%.

10. Jika anda ingin berkhemah di dalam hutan ,mendaki gunung atau belayar, beritahu orang terdekat  kemana anda ingin pergi. Sekiranya anda tiba-tiba hilang dalam perjalanan, sekurang-kurangnya orang terdekat tahu di mana hendak mencari anda.

11. Letak kunci kereta anda di atas meja di sebelah katil. Jika perompak masuk ke rumah, anda boleh menakutkan mereka dengan menekan butang yang menghidupkan bunyi kecemasan di dalam kereta.

12. Kentang adalah makanan yang boleh membuatkan anda kekal kenyang dalam masa yang panjang. Kentang mudah tumbuh . Jadi jika anda ingin berkemah di dalam hutan jangan lupa membawa beberapa biji kentang

13. Tuala wanita  boleh digunakan untuk membalut luka yang besar. Ianya adalah alat yang sangat sempurna untuk menyerap darah.

14. Baking soda akan membantu memadamkan api. Sekiranya api sukar di kawal, tuang baking soda untuk memadamkan nya. Tapi sudah tentu untuk api yang besar memerlukan baking soda dengan jumlah yang banyak.

15. Ianya mungkin kelihatan mustahil untuk kondom menapung berat 2 liter air. Tetapi kondom terbuat dari bahan yang sangat elestik, Jadi satu cara kontraseptif  untuk membawa air yang banyak ialah dengan menggunakan kondom. Pastikan ianya yang belum digunakan..

Sekian.

Tuesday, 4 September 2018

INI SEBAB MENGAPA PENIAGA ONLINE PERLU MENGGUNAKAN INSTAGRAM



Masih ada lagikah pengguna smartphone yang masih belum mempunyai Instagram? Dizaman sekarang Instagram dianggap sebagai aplikasi yang wajib ada dalam setiap smartphone.

Bukan sahaja digunakan sebagai sosial media yang menghubungkan anda dengan pengguna telefon pintar yang lain namun instagram juga dijadikan album gambar yang menyimpan berbagai memori .

Penggunaan Instagram sudah semakin meluas apabila ianya juga menjadi kepentingan bagi peniaga-peniaga online dan offline. Ianya menjadi pengenalan kepada syarikat-syarikat dan anda yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan juga perlu menggunakan kelebihan ini .

Dengan panduan yang betul dan tepat Instagram memberikan anda cara yang mudah untuk meningkatkan jangkauan anda dan mendedahkan perniagaan anda kepada orang lain




Apa itu Instagram?

Instagram adalah rangkaian sosial untuk berkongsi foto dan video pendek. Kandungan visual daripada pengguna yang anda ikuti dipaparkan dalam format gaya garis masa  dan apa pun yang anda siarkan akan dipaparkan kepada orang yang mengikuti anda. Aplikasi ini sangat popular disebabkan kesederhaan penggunaan nya.


Berjuta-juta pengguna aktif membuka aplikasi ini setiap hari. Dianggarkan bahawa 90 peratus daripada  pengguna instagram adalah di bawah umur 35 tahun,. Antara jumlah tersebut , pengguna di kalangan  umur 16-24 tahun sahaja adalah seramai 41 peratus.

Bukankah ini peluang yang sangat bagus untuk anda meluaskan perniaagaan anda memandangkan kuasa membeli melalui online adalah dikalangan golongan muda dan berkerjaya.



Mengapa anda perlu mempunyai akauan Instagram?

Kos pengiklan menggunakan televisyen dan Radio memerlukan kos yang agak tinggi.Malah di facebook juga anda perlu membayar sejumlah wang agar posting anda dapat dilihat oleh lebih ramai orang.

Tetapi di Instagram , apa yang anda perlukan hanya jumlah pengikut yang ramai dan penggunaan hashtag yang tepat.

Instagram juga memudah kan produk jualan anda dilihat oleh orang lain memandangkan jumlah pengguna Instagram dari seluruh dunia yang ramai.

Selain dari itu anda boleh mengadakan giveaway atau contest hanya di instgram anda. Jika anda ingin meningkatkan jumlah follower dengan pantas dan meletupkan jualan produk anda di Instagram anda boleh dapatkan ebook Instagram Keboom .





Dengan jaminan pulangan wang 100% anda tak kan rugi kerana dalam ebook ni berbagai rahsia menjana pendapatan dari instagram akan di dedahkan.

sekian..



Tuesday, 7 August 2018

SENARAI 50 UBAT KURUS YANG MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG



Selain melakukan aktiviti fizikal, pengambilan pil menguruskan badan adalah antara yang sering dilakukan oleh orang ramai untuk menurunkan berat badan dengan cepat meskipun perlu berdepan risiko membahayakan kesihatan dan nyawa.

Sikap segelintir wanita yang begitu terdesak untuk mempunyai bentuk badan langsing menyebabkan lambakan produk perlansingan badan atau ubat kurus dijual sewenang-wenangnya di kedai jamu dan ubat-ubatan.

Terdapat pelbagai jenis pil di pasaran, termasuk yang mengandungi bahan terlarang seperti sibutramine, dan kebanyakan produk ini tidak menerangkan secara terperinci kandungan sebenarnya.

Lebih merisaukan lagi apabila ubat-ubat kurus ini dipercayai tidak mempunyai kelulusan dari KKM dan dipercayai mengandungi bahan-bahan terlarang.

Berikyt adalah sebarai 50 ubat kurus yang mempunyai bahan terlarang .





1. 7 Day Slim Capsule - Sibutramine
2.Acai Berry ABC 500mg Soft Gel - Sibutramine
3.Acai Berry Slimming Herbal Soft Gel -Sibutramine
4. Amberine Capsules - Sibutramine
5. Arma Sin Gang San Langsing- Sibutramine
6. Arma Sin Gang San Langsing Ayu- Sibutramine
7. Best Slim Pills - Sibutramine
8. Bionex Capsule - Sibutramine
9. Bodybeaus Capsule - Sibutramine


10. BodySlim Herbal Capsule - Sibutramine
11. Botanical Gold Capsule- Sibutramine
12. Botanical Gold Soft Gel- Sibutramine
13. Cantik Langsing - Bisacodyl
14. Chantique Beauty Slimming Herbal - Spironolactone
15.Chinese Herbal Heritage Herbal Slimming Tea BN 131703-Microbial > limit
16. Dewi Pelangsing - Sibutramine
17. Figure Up - Sibutramine
18. GorgeouSlim Herbal - Sibutramine
19. Guar Gum Suplemen Serat Tinggi - Sibutramine


20. Kintop Capsule- Sibutramine
21. Lami or Lasmi Capsule- Sibutramine
22. Langsing Alami Kapsul - Sibutramine
23. Langsing Alami (Lami) capsule- Sibutramine
24.Lax-9 slimming milk(Banned by Food Division)- Sibutramine
25. Li Da Capsule 350mg- Sibutramine, Phenolphthalein & Sildenafil
26. Lida Slimming - Sibutramine
27. Lipo 8 Burn Slim Capsule- Sibutramine
28. Lipo 9 Burn Slim Detox Capsule - Sibutramine
29. Meizitang (Botanical Slimming Soft Gel) - Sibutramine

30. My Slimming Herbal Capsule - Sibutramine
31. Obe XLIM - Sibutramine
32.P57 Hoodia Cactus Slimming Capsule - Sibutramine
33. Phyto Shape or Phyto Hape- Sibutramine
34. Quick Slim - Phenylbutazone & Sildenafil
35. Rami Ramping Alami - Sibutramine
36.Rapidly Slimming 350mg Capsule- Sibutramine & Phenolphthalein
37. Sehat Langsing Capsule - Sibutramine
38.Sexy Plus Doom Capsule - Sibutramine
39. Slim 10- Fenfluramine
40. Slimfast Diet Kapsul - Sibutramine



41. Slimina Weight Loss Capsule - Sibutramine
42. Slimming untuk Pria 
dan Wanita Kapsul- Sibutramine
43. Slimmix Botanical Gel - Topiramate
44.SlimRich BotanicalSlimming Capsule 350mg - Sibutramine
45. Slym 4 You Capsule -Sibutramine, Spironolactone & Canrerone
46. Sukenlo - Sibutramine
47. Sulami Kapsul - Sibutramine
48. Sumo Qurus Tablet- Phenobarbital
49. Tian Ma Du Zhong Wan Capsule - Cyproheptadine
50. Xiyouji Qingzhi 300mg Capsule- Sibutramine

*Produk ubat kurus lain yang tidak tersenarai dalam senarai ini, tidak semestinya tidak mengandungi bahan terlarang


Apakah kesan pengambilan produk terlarang ini?

Hasil kajian interim menunjukkan pesakit-pesakit telah mengalami kesan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang menerima ubat-ubatan plasebo. Begitu juga kesan negatif organ dalaman seperti buah pinggang dan hati.

Ia dikontraindikasi bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kengestif, penyakit arteri periferal, arrithmia, strok dan hipertensi tidak terkawal.

Ibu mengandung tidak dibenarkan mengambil sibutramine kerana boleh menjejaskan janin..

sekian.

sumber: KKM

Saturday, 7 July 2018

SENARAI LAMAN WEB TERBAIK UNTUK MENCARI KERJA



Saya kongsikan di sini senarai laman web mencari kerja yang korang boleh jadikan tempat untuk dapatkan peluang pekerjaan. Zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja yang sesuai dengan minat dan kemahiran kita.Tapi kalau kuat berusaha mesti dapat.

Tak kan nak menapak dari satu tempat ke satu tempat..kan??Mencari melalui online akan lebih memudahkan urusan mencari kerja kosong. so dibawah ni adalah senarai laman web untuk mencari pekerjaan.





semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..

Friday, 29 June 2018

MEMPERSENDAKAN NAMA ALLAH HUKUMNYA HARAM DAN BERDOSA

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir semakin ramai golongan muda yang mempersendakan nama Allah secara-terang-terangan di media sosial. Iainya sesuatu yang sangat tidak beradab dan mencemar kesucian agama islam dan menaik kan kemarahan ramai umat islam.




Namun ada yang memandang isu ini sebagi perkara yang remeh dan boleh dimaafkan begitu sahaja.Mufti Wilayah Persekutuan , Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu posting nya di twitter memberi penjelasan berhubungn isu ini.

Bergurau dengan melibatkan nama Allah? Hukumnya adalah haram dan berdosa besar.


Dan jika engkau bertanya kpd mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanya berbual & bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah & ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok & mengejeknya?"

[Al-Tawbah: 65]


Imam Ibn Kathir meriwayatkan, ayat ini turun kepada seorang lelaki daripada kalangan munafiqin yang mengatakan, “Me­nurut penilaianku, mereka yang menjadi tamu kita (Muhajirin) tiada lain adalah orang-orang yang paling mengabdi kepada perutnya, paling dusta lisannya, dan paling..

pengecut di saat perang berkecamuk.” Lalu hal itu disampaikan kepada Rasulullah SAW, dan lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW yang telah berada di atas untanya dan memacunya untuk berangkat, kemudian lelaki itu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguh­nya kami hanya bersenda...


gurau dan bermain-main saja.” Maka Allah SWT menjawab melalui firman-Nya: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya, dan Rasul-Nya kalian selalu berolok-olok.” (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 4/171)

Menurut al-Qadhi Ibn al-‘Arabi, perkataan yg disebutkan oleh golongan munafiqin itu tidak..


sunyi daripada dua kemungkinan, sama ada dengan bersungguh atau bergurau. Namun, kedua-duanya tetap membawa kepada kekufuran. Ini kerana, bergurau dengan perkara kufur itu kufur tanpa sebarang khilaf (LihatAhkam al-Qur’an, 2/543).

Wajib mengucap  dua kalimah syahadah dan bertaubat

Isu ini juga mendapat perhatian ramai netizen dan berpendapat  wajib bagi mereka yang memeprsendakan agama untuk mengucap 2 kalimah syahadah dan bertaubat seperti yang dipetik dari post pemilik akaun twitter Serban Putih.

- Mempersendakan agama (istihza') itu boleh membuat aqidah seseorang itu gugur & wajib untuk dia mengucap 2 kali syahadah serta taubat nasuha. 

Baik dia menghina Allah swt, menghina para Nabi, para Malaikat, atau mempermainkan syiar agama ini. Nauzubillah.
Istihza' boleh berlaku dengan lisan dan juga perbuatan. 

Contoh lisan menghina Nabi.

"Aku lebih pandai dari Nabi. Sebab aku pandai baca dan tulis."

Org spt ini telah jadi kafir.
Dengan perbuatan seperti memijak al Quran. 

Kata ulama, bahkan jika dia melakukan zina di atas sejadah boleh jadi kafir. 

Kerana dia telah menghina syiar agama.
Banyak sekali orang suka buat video berlawak dengan solat.

Dia anggap solat itu satu lawak jenaka. Solat lepas tu berjoget. Ada pula solat atas air lepas tu sujud masuk dlm air. Solat rukuk terbalik.

Solat itu satu syiar besar dlm agama dan dia telah mempersendakannya.
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda-gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya, kamu selalu berolok-olok?”. (At Taubah/9 : 65)
Hukum istihza' bid din ini sangat berat. Jadi berhati-hati cakap pasal Allah dan rasulNya. 

Imam Nawawi sebut dlm kitab nya Raudhatul Tolibin. Org yg minum arak atau zina dgn ucap bismillah. Dgn niat nak melecehkan asma Allah. Dia telah jadi kafir.


Jangan sampai mempersendakan agama.Yang haram itu tetap hara.Kkita semua buat dosa tapi dosa itu tidak pula kita agung agungkan.Tidak juga kita sebar sebarkan.. 

sekian..

ADAKAH SAH NIKAH JIKA PEREMPUAN ITU MENGANDUNG 8 BULAN

 Assalamualaikum..
Baru-baru ni gempar kejadian bayi dibuang dari bangunan 2 tingkat dan keadaan bayi tersebut di katakan kritikal.Sebelum kejadian tersebut ada banyak lagi kes buang bayi akibat pergaulan bebas. Ini dapat disimpulkan masalah zina dikalangan masayrakat kita sudah di tahap kritikal.
Bagikan tiada penyelesaian , kerajaan mula memperkenalkan berbagai cara bagi membendung masalah hamil luar nikah. Anataranya mengalak kan penggunaan kondom dan menyediakan  baby hatch  di beberapa kawasan tertentu.
Namun bagi yang ingin bertanggungjawab dengan menikahi wanita yang sudah hamil tentu timbul sedikit kekeliruan tentang usia kandungan wanita tersebut sama ada boleh di nikahi atau pun tidak.
Di bawah ini jawapan dari permasalahan berikut yang saya petik dari laman web Pejabat mufti wilayah persekutuan.
Gambar sekadar hiasan
Soalan:
Adakah sah nikah jika semasa nikah itu, perempuan tu mengandung 8 bulan?
Jawapan:
Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Dalam menjawab persoalan ini, perlu kita lihat perempuan yang dihalang kita berkahwin dengannya yang dikenali sebagai mawani’ al-nikah. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut:
Jenis Pengharaman
Pengharaman terbahagi kepada dua, iaitu haram yang kekal (حرمة مؤبدة) dan haram yang sementara (حرمة مؤقتة).
Haram yang Kekal
Maksud haram yang kekal ialah perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya walau apa keadaan sekalipun. Terdapat tiga sebab haram yang kekal:
Pertama: Hubungan Kerabat
Hubungan kerabat tersebut ialah:
  1. Ibu, nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa, dan ke atas. Mereka merupakan asal-usul keturunan yang tidak boleh dikahwini.
  2. Anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki serta cucu perempuan daripada anak perempuan. Mereka dinamakan jurai (الفروع) keturunan seseorang yang juga haram dikahwini.
  3. Saudara perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Mereka merupakan jurai keturunan ibu bapa.
  4. Anak perempuan daripada saudara lelaki sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
  5. Anak perempuan daripada saudara perempuan sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
  6. Ibu sedara sebelah bapa (العمّة), iaitu saudara perempuan bapa, nenek saudara sebelah bapa (عمّة الأب). Mereka merupakan jurai keturunan datuk nenek sebelah bapa.
  7. Ibu saudara sebelah ibu (الخالة), iaitu saudara perempuan ibu, nenek saudara sebelah ibu (خالة الأم) dan sebelah bapa (خالة الأب). Mereka merupakan jurai keturunan datuk nenek sebelah ibu yang haram dikahwini selama-lamanya.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ
Maksudnya:  Diharamkan ke atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan.
(Surah al-Nisa’: 23)
Sekiranya berlaku perkahwinan dengan seorang daripada perempuan tersebut, aqad nikahnya batal dan sesiapa yang menghalalkannya adalah kafir. Begitu juga sebaliknya, haram bagi perempuan mengahwini mereka yang berikut:
      1. Bapa, datuk sebelah bapa, datuk sebelah ibu dan semua keturunannya ke atas.
      2. Anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki dan anak perempuan, seluruh jurai keturunannya.
      3. Saudara seibu sebapa, sebapa atau seibu.
      4. Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki dan perempuan.
      5. Bapa saudara sebelah bapa, bapa saudara sebelah ibu, datuk saudara sebelah bapa (عم الأب) dan sebelah ibu (عم الأم). Bapa saudara sebelah ibu kepada bapa (خال الأب) dan bapa saudara sebelah ibu kepada ibu (خال الأم).
Kedua: Hubungan Persemendaan[1]
Terdapat empat golongan perempuan yang haram dikahwini kerana persemendaan, iaitu:
1. Ibu tiri, nenek tiri sebelah bapa, nenek tiri sebelah ibu. Mereka merupakan isteri kepada asal keturunan yang haram dikahwini selama-lamanya.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلَا تَنكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُم مِّنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۚ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikahwini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh).
                                                                                    (Surah al-Nisa’: 22)
2. Menantu perempuan, isteri cucu anak lelaki atau anak perempuan. Mereka merupakan isteri jurai keturunan seseorang.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ
Maksudnya: Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
                                                                                      (Surah al-Nisa’: 23)
Dalil pengharaman ini tidak meliputi bekas isteri anak angkat. Masyarakat pada zaman Jahiliyah mengambil anak angkat dan mengharamkan perkahwinan dengan bekas isterinya. Islam membatalkan taraf anak angkat seperti ini dan menghalalkan perkahwinan dengan bekas isteri anak angkat tersebut.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ قَوْلُكُم ب بِأَفْوَاهِكُمْ ۖ  وَاللَّـهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ
Maksudnya: Dan dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu sahaja dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan dia menunjukkan jalan (yang benar).
                                                                                      (Surah al-Ahzab: 4)
Firman Allah SWT lagi:
لِكَيْ لَا يَكُونَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ فِي أَزْوَاجِ أَدْعِيَائِهِمْ إِذَا قَضَوْا مِنْهُنَّ وَطَرًا ۚ وَكَانَ أَمْرُ اللَّـهِ مَفْعُولًا
Maksudnya: Supaya tidak ada keberatan bagi orang Mukmin untuk (mengahwini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi.
                                                                                         (Surah al-Ahzab: 37)
 3. Ibu mertua
Tidak harus mengahwini ibu mertua. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya: Dan ibu-ibu isteri kamu.
        (Surah al-Nisa’: 23)
Pengharaman ini meliputi semua keturunan ibu mertua, seperti ibu kepada mertua, nenek ke atas. Ketiga-tiga golongan ini haram dikahwini semata-mata dengan sebab aqad nikah sama ada berlaku persetubuhan ataupun tidak. Sekiranya aqad nikah berlaku dengan mana-mana golongan perempuan tersebut, ia adalah batal.
 4. Anak tiri perempuan
Anak tiri perempuan haram dikahwini oleh bapa tirinya. Pengharaman ini berlaku apabila ibu kepada anak tiri tersebut telah disetubuhi oleh bapa tiri. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَرَبَائِبُكُمُ اللاَّتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ اللاَّتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُواْ دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ
Maksudnya: Anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum bercampur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya.
                                                                                 (Surah al-Nisa’: 23)
Pengharaman ini tidak hanya kepada anak tiri yang tinggal bersama-sama bapa tirinya, tetapi juga termasuk anak tiri yang tidak tinggal bersama-samanya. Maksud anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu adalah bagi menerangkan kebiasaan anak tiri tinggal bersama-sama di bawah jagaan bapa tiri dan ibunya.              
Demikianlah sebaliknya, seorang perempuan haram mengahwini bapa tirinya, menantu lelaki, anak tiri dan bapa mertuanya.
Ketiga: Hubungan Penyusuan
Terdapat tujuh golongan perempuan yang haram dikahwini kerana penyusuan. Di dalam al-Quran, disebut dua golongan sahaja, manakala bakinya dijelaskan di dalam hadith Nabi SAW. Tujuh golongan tersebut adalah:
 1. Ibu susuan
Ibu susuan ialah perempuan yang telah menyusukan anak orang lain. Dia haram dikahwini anak susuan tersebut, termasuk ibu kepada ibu susuan, nenek sebelah ibu, dan nenek sebelah bapanya.
2. Saudara perempuan susuan
Mereka adalah perempuan lain yang menyusu dengan ibu kita atau kita menyusu dengan ibunya, atau kita dan perempuan yang lain sama-sama menyusu dengan seorang perempuan.
Jika seorang perempuan menyusu dengan ibu kita, dia haram kita kahwini. Namun, kita halal mengahwini saudara perempuannya kerana mereka tidak menyusu dengan ibu kita.
Jika kita menyusu dengan ibu seorang perempuan, maka kita haram mengahwini perempuan tersebut dan semua saudara perempuannya. Namun, saudara kita halal mengahwininya dan semua saudara perempuannya kerana mereka tidak menyusu dengan ibu kita dan saudara kita pula tidak menyusu dengan ibu perempuan itu.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاَّتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
 Maksudnya: Dan ibu-ibumu yang menyusui kamu dan saudara perempuan susuan kamu.
                                                                                      (Surah al-Nisa’: 23)
 3. Anak perempuan daripada saudara lelaki susuan.
 4. Anak perempuan daripada saudara perempuan susuan.
 5. Ibu saudara susuan sebelah bapa, iaitu perempuan yang menjadi saudara susuan kepada bapa.
 6. Ibu saudara susuan sebelah bapa, iaitu perempuan yang menjadi saudara sususan kepada ibu.
 7. Anak perempuan susuan, iaitu anak perempuan yang menyusu dengan isteri kita. Maka, kita ialah bapa susuan kepada anak tersebut.
 Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الرَّضَاعَةَ تُحَرِّمُ مَا يَحْرُمُ مِنَ الْوِلاَدَةِ
Maksudnya: Sesungguhnya susuan itu mengharamkan perkahwinan, sebagaimana haram disebabkan kelahiran.
Riwayat al-Bukhari (2646)
Begitu juga hadith, daripada Ibn Abas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda tentang anak perempuan Hamzah:
لاَ تَحِلُّ لِي، يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ، هِيَ بِنْتُ أَخِي مِنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya: Dia tidak halal bagiku disebabkan susuan (الرضاع), sebagaimana yang haram disebabkan keturunan (النسب). Dia ialah anak perempuan saudara susuanku.
Riwayat al-Bukhari (2503) dan Muslim (1444)   
Sepertimana lelaki, seorang perempuan juga haram berkahwin dengan bapa susuan, anak lelaki susuan, saudara lelaki susuan, anak lelaki kepada saudara susuan, bapa saudara susuan sebelah bapa dan bapa saudara susuan sebelah ibu.
Begitu juga haram berkahwin disebabkan susuan dengan perempuan yang berikut:
 1. Ibu mentua susuan, iaitu perempuan yang menyusukan isteri kita.
2. Anak tiri susuan, iaitu anak perempuan yang telah menyusu dengan isteri kita semasa perkahwinannya dengan suami yang dahulu.
3. Ibu tiri susuan, iaitu madu kepada ibu susuan.
4. Menantu susuan, iaitu isteri kepada anak susuan.
 Haram yang Sementara
 Haram yang sementara bermaksud perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu. Apabila sebab yang tersebut hilang,, maka perempuan itu boleh dikahwini. Sekiranya perempuan itu dikahwini sebelum sebab pengharamannya hilang, perkahwinan tersebut batal.
 Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu ialah:
 1. Bermadu antara dua saudara perempuan (الجمع بين الأختين)
Saudara perempuan sama ada nasab atau susuan adalah haram dimadukan, sama ada dengan aqad serentak ataupun berlainan. Sekiranya aqad itu berlaku serentak, pernikahan tersebut adalah batal. Dan sekiranya berlainan masa, maka aqad perkahwinan yang kedua batal.
 Jika isteri diceraikan dan selesai iddahnya atau telah meninggal dunia, halal bagi bekas suaminya mengahwini saudara bekas isteri.
 Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
 وَأَن تَجْمَعُواْ بَيْنَ الأُخْتَيْنِ إَلاَّ مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً
  Maksudnya: Dan diharamkan kamu menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
                                                                                    (Surah al-Nisa’: 23)
2. Bermadu dengan ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak saudara saudara perempuan, anak saudara saudara lelaki, cucu daripada anak lelaki dan perempuan
 Para fuqaha’ membuat kaedah bagi menentukan perempuan yang haram dimadukan. Mereka menyatakan dua orang perempuan haram bermadu. Seandainya seorang daripada mereka lelaki, mereka tidak boleh berkahwin.
 Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ يُجْمَعُ بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَعَمَّتِهَا، وَلاَ بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَخَالَتِهَا
Maksudnya: Perempuan jangan dimadukan dengan ibu saudara sebelah bapa, dan ibu saudara sebelah ibunya.
Riwayat al-Bukhari (4820) dan Muslim (1408)
 Hikmah haram madu semua perempuan yang dinyatakan sebelum ini adalah untuk mengelakkan perasaan dengki di kalangan saudara mara. Hal ini adalah kerana ia akan menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri tersebut.
 Hal ini berdasarkan hadith, daripada Isa bin Talhah RA, katanya:
 نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَنْ تُنْكَحَ الْمَرْأَةُ عَلَى قَرَابَتِهَا مَخَافَةَ الْقَطِيعَةِ
Maksudnya: Rasulullah SAW melarang perempuan dimadukan dengan saudara-maranya kerana dibimbangi akan memutuskan silaturrahim.
 Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil dan al-Syauqani dalam Nail al-Awtar (6/147)
 Jika seorang daripada perempuan tersebut diceraikan dan selesai iddahnya, atau meninggal dunia, bolehlah saudaranya yang seorang lagi dikahwini.
3. Berkahwin lebih daripada empat orang perempuan
 Seorang lelaki tidak boleh mengahwini perempuan kelima ketika mempunyai empat orang isteri. Ia hanya dibenarkan apabila seorang daripada isteri yang sedia ada itu meninggal dunia atau diceraikan dan selesai iddahnya.
 Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ
Maksudnya: Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: Dua, tiga atau empat.
         (Surah al-Nisa’: 3)
 Begitu juga hadith, daripada Qays bin al-Harith RA, katanya:
أَسْلَمْتُ وَعِنْدِي ثَمَانُ نِسْوَةٍ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اخْتَرْ مِنْهُنَّ أَرْبَعًا
Maksudnya: Aku telah memeluk agama Islam dan ketika itu aku mempunyai lapan orang isteri. Lalu aku memberitahu Rasulullah SAW akan perkara itu. Maka, Rasulullah SAW bersabda: “Pilihlah empat orang daripada mereka.
    Riwayat Abu Daud (2243)
 4. Mengahwini perempuan Musyrik menyembah berhala
Perempuan musyrik yang dimaksudkan ialah penganut agama yang tidak mempunyai kitab samawi. Perempuan ini halal dikahwini jika dia telah memeluk Islam.
 Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَلاَ تَنكِحُواْ الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ وَلأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita Musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita yang Mukmin lebih baik dari wanita Musyrik, walaupun dia menarik hatimu.
(Surah al-Baqarah: 221)
Kesimpulan
Berdasarkan larangan tersebut, perempuan yang mengandung bukan dengan disebabkan cerai atau kematian suami, maka ia adalah dibolehkan tetapi anak tersebut tidak boleh di’bin’kan kepada lelaki yang mengahwini perempuan tersebut. Walaupun begitu, kami cadangkan kahwinlah selepas selesai kelahiran anak supaya ianya lebih yakin dan tenang jiwa di samping keluar daripada khilaf oleh sebahagian ulama’.
Kami tegaskan dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21 - 22 Januari 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua. Ameen.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 [1] Di dalam Nizam al-Usrah fi al-Islam, hikmah pengharaman ini kerana:
  1. Ia selaras dengan fitrah.
  2. Tidak mengharamkan usul isteri dan cabangnya. Begitu juga, usul suami dan cabangnya membawa kepada kesukaran hubungan kekeluargaan.
  3. Kalaulah tidak diharamkan dengan sebab persemendaan, nescaya membawa kepada putusnya hubungan silaturrahim.