Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

Wednesday, 9 January 2019

DIMANA TEMPAT BOLEH HANTAR AL-QURAN ROSAK DAN BUKU AGAMA UNTUK DILUPUSKAN








Sebelum ni saya ada tulis tentang cara untuk lupuskan Al-Quran dengan cara yang betul. Caranya memang rumit sikit sebab kita tak boleh sebarang je bakar. Semuanya kena diasingkan . Tambah pulak bila kita ni duduk kawasan taman mana boleh sebarangan bakar. Nanti marah la jiran-jiran.

Memandangkan ramai yang memang tak mampu nak lupuskan sendiri Alquran dan buku-buku yang ada ayat alquran ni jadi hari ni saya nak kongsikan tempat-tempat yang korang boleh pergi untuk hantar quran atau buku-buku yang ada ayat suci ni suoaya lebih mudah untuk dilupuskan.

Kalau macam saya ni, tinggal di pulau pinang .. jadi saya boleh hantar ke Masjid daerah Seberang Perai Selatan. Ada bayaran yang dieknakan..bayaran pun tak la mahal.Cuma Rm2.50 untuk 1 kilogram.








Untuk negeri-negeri lain pula korang boleh hubungi masjid daerah masing-masing dan tanya dia sama ada mereka ada lupuskan quran yang rosak ,. Kalau ada korang boleh la hantar. Tapi kebanyakan masjid memang ada uruskan quran dan buku yang ada ayat suci ni untuk dilupuskan dengan cara yang betul.

Biasanya kat masjid kan ada banyak quran dan buku agama. jadi ada yang rosak dan koyak mereka akan lupuskan segera.

Diselangor , salah satu tempat yang korang boleh hantar ialah ke Darul Kalam, Sri Gombak, Batu Caves. Disini tak dikenakan sebarang bayaran. Cuma korang kena asingkan sendiri ayat quran dan kena semak sehelai-sehelai buku yang ada ayat suci al-quran. 


Sebelum tu kena buat temujanji dulu. Tak boleh terjah je.. Hubungi Darul kalam di No tel: 03-2274 9333

Macam yang dikongsikan oleh saudara @pwingshes ni.  Dia sendiri pi ke Darul Kalam dan lihat sendiri proses melupuskan Al-quran.. Boleh klik sini kalau nak baca proses nya.  ; Proses melupuskan al-quran di Darul Kalam

Semoga bermanfaat untuk semua..





Friday, 4 January 2019

LARANGAN MEROKOK BUKAN SAHAJA UNTUK ROKOK TAPI TERMASUK VAPE, NANO STICK DAN SHISHA

Hi..

Ramai yang tarik nafas lega selepas Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan larangan merokok di semua restoran dan premis yang menjual makanan bermula 1.1.2019. Kalau diikutkan banyak juga tempat-tempat yang dah di tetapkan untuk larangan merokok.

Tapi harus diingat bahawa larangan merokok ni bukan sahaja untuk rokok tapi juga termasuk vape, nano stick dan juga shisha.

Selagi ianya berasap memang tak boleh . Walaupun ada yang kata Vape dan shisha tu cuma wap dan tak de tembakau tapi dia punya flavor tu rasanya datang dari tembakau jugak..kan?



Menghisap vape juga dilarang kerana apa yang saya baca wap air pada vape juga sudah dicemari nikotin. Sama ada wap yang keluar masa hisap vape tu boleh bagi risiko pada orang sekeliling itu saya sendiri tak pasti. Tapi yang pasti wap atau asap yang dihembuskan tu juga merimaskan dan meloyakan orang sekeliling nya juga. 




Bayangkan laj..benda yang keluar dari mulut dan hidung orang masuk ke dalam mulut dan hidung orang lain.. Kan menjijik kan tu kalau difikir2 kan balik.




Untuk rujukan korang diatas ni saya kongsikan tempat-tempat yang dilarang untuk merokok iaitu termasuk lah kedai makan yang di dalam air, di atas kapal  dan restoran diatas tanah persendirian.



Untuk 6 bulan awal kempen larangan merokok ni sudah dijelaskan bahawa tiada saman akan dikeluarkan tapi amaran dan nasihat akan diberikan pada mereka yang melanggar peraturan. Jangan nanti ada orang tegur korang bangun bagi penumbuk pulak ye..

Hahaha..




Apa salahnya jika korang ambil peluang ni untuk berhenti merokok. Mesti orang-orang terdekat akan rasa kagum dan lebih selesa dengan korang. Larangan merokok ni bukan lah untuk menyusahkan kita tapi nak mendidik kita kearah hidup sihat.

Banyak kesan baik pada tubuh badan kita jika berhenti merokok. Semoga berjaya semua.. :)


Monday, 24 December 2018

HUKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS SAMBUTAN KRISMAS

Hi semua..


HUKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS SAMBUTAN KRISMAS
Bila dah dekat2 Krismas ni teringat kes masa zaman muda-mudi dengan blog ni. Ada sorang blogger adik2 yang punya beribu follower dia letak gambar kat post dia untuk meraikan rakan-rakan kristian dia. Salah satu gambar yang dia post ada satu ucapan yang seolah-olah berdoa kepada santa.. Saya pun tak berapa ingat cemana ucapan nya.. tapi masa tu ramai la pengikut blogger tu yang hentam saya sebab saya pertikaikan benda tu.



Tak salah pun kalau kita nak beri ucapan untuk mengembirakan rakan kita demi menjaga keamanan dunia. Tapi berhati-hati dengan tindakan kita,  apa yang kita tulis dan apa yang kita perkatakan.

Ini sedikit petikan yang saya copy dari laman web rasmi  Mufti Wilayah Persekuatuan , Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri .

Hukum Mengucapkan Tahniah Atas Sambutan Krismas

Para ulama’ berbeza pandangan dalam menyatakan hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan bukan Muslim atau dalam konteks soalan, Hari Krismas. Ini kerana, sebahagian ulama’ yang mengharamkannya melihat ucapan “tahniah” ini membawa konotasi mengiktiraf agama lain, dan menyebarkan syiar mereka. Manakala, bagi ulama’ yang membenarkannya pula melihat ia adalah harapan bagi keselamatan dan keamanan, atau simbol hubungan sosial dengan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, tanpa berniat untuk mengiktiraf kebenaran agama lain. Kami nyatakan di bawah, pandangan kedua-dua golongan tersebut.



Pertama: Diharamkan Mengucap Tahniah

Secara umumnya, jumhur ulama’ keempat-empat mazhab mengharamkan ucapan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan mereka.

Mazhab Syafie: Menurut Imam al-Damiri ketika mensyarahkan perkataan Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj, dihukum ta'zir bagi sesiapa yang mengikuti orang-orang kafir dalam perayaan-perayaan mereka, siapa yang memegang ular, sesiapa yang memasuki api, sesiapa yang berkata keada seorang kafir zimmi: “Wahai Haji", sesiapa yang mengucap tahniah kepadanya dalam satu perayaan, dan sesiapa yang menamakan penziarah kubur orang-orang soleh (atas tujuan yang syirik) sebagai " Haji ". " (Lihat al-Najm al-Wahhaj, 9/244)

Hujah yang sama juga dibawakan oleh Imam al-Ramli dalam Hasyiah al-Ramli ‘ala Asna al-Matalib, al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj, 4/255 dan al-Iqna’ fi Halli Alfazh Abi Syuja’, 2/526. Maksud muwafaqah orang-orang kafir adalah “melakukan apa yang mereka lakukan di hari perayaan mereka, dan ini haram.” (Lihat al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 5/21). Begitu juga penegasan Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj, 9/181; Syeikh Zakaria al-Ansari (Asna al-Mathalib, 4/162), Ibn Hajar al-Haitami (Tuhfah al-Muhtaj, 9/181) dan Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, 4/206.

Mazhab Hanafi: Menurut Abu Hafs al-Kabir dari mazhab Hanafi, jika seorang lelaki beribadah kepada Allah 50 tahun lamanya, kemudian datangnya Hari Nairuz dan dia menghadiahkan telur kepada sebahagian musyrikin dengan tujuan mengagungkan hari tersebut, maka telah jatuh kafir dan terhapus amalannya. (Lihat Al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq, 8/555).

Mazhab Maliki: Ibn al-Haj al-Maliki secara ringkasnya melarang orang Islam melakukan apa yang orang bukan Islam lakukan di hari perayaan mereka. (Lihat al-Madkhal, 2/46-48).

Mazhab Hanbali: Imam al-Buhuti menjelaskan bahawa hukum mengucapkan tahniah kepada bukan Islam sewaktu perayaan mereka adalah diharamkan kerana ia merupakan satu bentuk pengagungan kepada mereka. (Lihat Kasyf al-Qina’, 3/131)

Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa tidak halal bagi umat Islam untuk menyerupai mereka (orang-orang bukan Islam) pada sesuatu pun dari perkara-perkara yang terkait secara khusus dengan perayaan mereka. Tidak menyerupai dari sudut makanan, pakaian, mandian, menyalakan api, serta tidak pula menyerupai mereka pada perkara yang membatalkan adat dari sudut kehidupan atau ibadah, atau selainnya. Demikian juga tidak halal melakukan perkahwinan, pemberian hadiah, dan menjual perkara-perkara yang digunakan untuk membantu hal tersebut. Begitu juga tidak membiasakan kanak-kanak dan seumpamanya untuk bermain permainan yang terdapat di dalam perayaan tersebut, serta tidak menzahirkan perhiasan.

HUKUM MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS SAMBUTAN KRISMAS



Secara keseluruhan, tidak boleh bagi mereka (umat Islam) untuk mengkhususkan perayaan-perayaan orang bukan Islam dengan perbuatan yang merupakan syiar agama mereka. Bahkan hari perayaan mereka di sisi umat Islam adalah sama seperti hari-hari lain yang tidak dikhususkan oleh orang-orang Islam.

Adapun sekiranya umat Islam melakukannya kerana ditimpa satu keperluan, maka sebahagian ulama salaf dan khalaf telah memakruhkan hal tersebut. Adapun mengkhususkannya dengan perkara yang telah disebutkan sebelum ini maka tidak ada sebarang perbezaan pandangan di sisi para ulama. Bahkan ada sekumpulan ulama yang berpendapat kepada kekufuran mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti ini. Ini kerana terdapat pada perbuatan tersebut mengagungkan syiar-syiar yang kufur. Berkata sebahagian ulama: Sesiapa yang menyembelih nathihah (haiwan) pada hari perayaan mereka seakan-akan dia menyembelih seekor khinzir.

Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash telah berkata: Sesiapa yang mencontohi negara-negara ‘ajam dan melakukan Nairuz dan mahrajan (perayaan) mereka serta menyerupai perbuatan mereka sehinggalah dia meninggal dunia dalam keadaan tersebut, maka dia akan dibangkitkan bersama-sama mereka pada Hari Kiamat.

Amirul Mu’minin Umar bin al-Khattab, para sahabat, dan keseluruhan para pemimpin umat Islam telah mensyaratkan supaya mereka tidak menzahirkan perayaan-perayaan mereka di negara umat Islam. Bahkan merek (orang bukan Islam) hanyalah melakukannya (perayaan tersebut) di rumah-rumah mereka secara sembunyi.

Baca teks penuh di sini. http://muftiwp.gov.my/en/artikel/tahqiq-al-masail/2919-tahqiq-masail-7-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian








Wednesday, 12 December 2018

DEKORASI DAPUR DENGAN HANYA BERMODALKAN RM100

Hi..



Saya suka baca tips-tips dekorasi . kalau ada yang sesuai boleh la cuba. Macam-macam idea yang dikongsikan. Dalam tak sedar membantu kita untuk berjimat juga sebab tips dekorasi yang dikongsikan kebanyakan nya hanya mengeluarkan belanja yang murah dan tidak membebankan.





Cuma dalam bab dekorasi ni korang perlu gunakan bahan yang berkualiti dan kalau korang memang jenis suka susun atur rumah korang sebulan sekali atau 2 bulan sekali tak kisah nak guna barang dan bahan yang kualiti rendah.

Kalau untuk jangka masa panjang baik gunakan bahan yang berkualiti.

Hari ni saya nak kongsikan tips dekorasi dan makeover dapur yang dikongsikan oleh Saudara Nur Diyana . Tips ni dikongsikan di laman twitter oleh Tojimato. 




SEBELUM



SELEPAS

“Saya makeover sorang jer dapur saya ni, barang semua murah-murah sahaja. Maklumlah saya student kan, tak mampu nak beli barang mahal. Pada saya, kemas dan bersih dah cukup” 



"Table top saya balut dengan wallpaper PVC Kaison. Bukan plain tau, ada corak timbul. Mungkin sebab ia PVC, jadi nampak berkilat."




"Langsir saya guna 2 keping termasuk yang bawah sinki - beli di Daiso.
Penyangkut bulat tu dah ada sekali dalam paket tu.
Rod boleh laras panjang tu saya beli di Super 99 Serdang - RM3.99 setiap satu, saya guna 3 batang.
Saya sangkut rod guna penyangkut baju kecil"



"Sticker tiles beli di Eco Shop - 1 plastik ada 6 keping baru RM2.12, saya beli 3 plastik."



"Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk dekorasi dapur yang ringkas ni ialah RM101.92."
- Nur Diyana-




Dapur dia nampak lebih kemas. Bila dah pasang langsir di bahagian bawah dapur dan sink tu boleh la dalam tu di letak kan kuali atau barang-barang dapur lain.

Bahagian bawah tu juga boleh letak rak kecil untuk letak stok masakan kita.Tak la nampak bersepah-sepah.

Cuma langsir tu memang kena tajin basuh la sebab bila di dapur ni memang mudah melekat minyak dan sebagainya.



Tuesday, 13 November 2018

INI SEBAB MENGAPA ANAK-ANAK ANDA PERLU BEREHAT DI RUMAH KETIKA MEREKA SAKIT






Ketika anak-anak dalam proses untuk membesar, masalah kesihatan mereka sering membuatkan ibu bapa menjadi resah dan merisaukan. Adakalanya ibu bapa keliru sama ada perlu atau tidak anak dibawa ke hospital untuk rawatan. Ataupun perlu atau tidak anak mereka tetap hadir ke sekolah atau hanya berehat di rumah.

Jika anda tidak pasti sama ada OK atau TIDAK untuk menghantar anak anda ke sekolah atau terus mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, ada beberapa garis panduan yang boleh anda rujuk untuk lebih memudahkan anda membuat keputusan.






 DEMAM
Apabila kanak-kanak mempunyai demam yang tidak disertai dengan selsema, batuk, muntah, atau cirit-birit adalah lebih baik jika anak anda diberi rehat di rumah

Menurut Washington Pediatrics, terdapat banyak jangkitan virus yang boleh menyebabkan demam tanpa sebarang gejala yang lain. Demam yang dialami oleh kanak-kanak dengan mudah dapat meningkat dan boleh mendadak menurun suhunya .

Oleh sebab itu jika anak anda mempunyai demam dengan suhu badan yang tinggi, berasa lesu dan tidak mahu makan, pastikan anda hubungi pakar pediatrik anda. Mandikan anak dengan lebih kerap untuk menurunkan suihu badan nya

Jangan beri anak anda ubat tanpa merujuk kepada doktor. Namun anda boleh memberikan acetaminophen kepada kanak-kanak untuk sementara waktu untuk menurunkan suhunya


CIRIT-BIRIT
Sering kali, cirit-birit disebabkan oleh virus yang menjangkiti usus anda. Di samping itu, anak anda mungkin mengalami cirit-birit selepas makan sesuatu yang mengganggu sistem pencernaannya. Anda perlu membawa anak anda mendapatkan rawatan doktor jika mereka mengalami cirit-birit lebih daripada dua hari.

Anda juga harus membawa mereka ke doktor jika cirit birit yang dialami disertai dengan deman.  Ubah menu anak anda  dengan memberi mereka pisang, nasi, epal, atau roti bakar. Makanan yang membentuk diet B.R.A.T adalah makanan yang boleh menyebabkan najis menjadi pejalmemejalkan najis



MUNTAH
Apabila anak anda muntah, ada kemungkinan dia mengalami Gastroenteritis atau pun "Stomach Flu".  Gastroenteritis boleh boleh berlaku satu atau dua hari hingga 10 hari. Dan anak anda akan mengalami gajala muntah-muntah

Anda boleh memberi anak anda makan epal, pisang atau bijiran untuk bayi.

Kanak-kanak yang lebih tua (lebih dari 1 tahun) boleh diberi keropok, roti bakar, bijirin campuran, sup, kentang lecek, atau roti putih.


SELSEMA
Selesema sangat mudah berjangkit dan berlarutan sehingga beberapa hari. Ia adalah penyakit pernafasan yang berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti hidung, tekak, dan kadang-kadang paru-paru. Kanak-kanak yang mempunyai simptom selesema perlu dikuarantin di rumah sehingga benar-benar sihat

Anak anda juga akan mengalami sakit kepala, sakit tekak, demam, keletiohan dan susah untuk bernafas  Selsema bermula dengan gejala yang ringan dan menjadi lebih teruk selepas hari ke dua dan ke tiga . Kemudian ianya bernasur-ansur hilang.

Dengan mendapatkan ubat di klinik boleh membantu mengurangkan sakit kepala dan keletihan.  Vaksin yang diaambil juga dapat membantu mencegah selesema dan membataskan komplikasi.


PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT
Penyakit tangan, kaki, dan mulut adalah jangkitan yang sangat mudah berjangkit dan boleh tersebar  melalui hubungan langsung. Anak-anak yang mengalami penyakit ini perlu mendapatkan rawatan segera sejurus anda dapat mengesan  gejala-gejala seperti  demam, sakit tekak,  bintik-bintik merah kecil dibahagian dalam dan luar mulut, dan lepuh yang menyakitkan.

Ruam kulit di telapak tangan dan tapak kaki  juga jelas kelihatan selama satu atau dua hari. Bintik-bintik merah dan lepuh muncul sekitar 5 hingga 10 hari.







Menjaga kesihatan anak-anak ketika mereka sakit memang memerlukan pengorbanan dan pasti merisaukan anda. Jika anda berasa risasu dan ragu-ragu dengan tahap kesihatan anak anda segera rujuk kepada doktot.

Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan anak anda dan anak-anak yang lain.