Showing posts with label pancake sedap dan simple. Show all posts
Showing posts with label pancake sedap dan simple. Show all posts

Thursday, 27 June 2019

RESEPI PANCAKE YANG MUDAH DAN CEPAT DISEDIAKAN UNTUK SARAPAN PAGI.


Hi semua..

Ramai yang tak suka masak sarapan pagi sebab letih dan biasanya tak ramai yang suka sarapan diawal pagi. Paling senang beli je la.



Bukan nya apa, nak masak pagi-pagi tu leceh la.. Dah la nak kena siap cepat-cepat sebab nak pergi kerja atau anak nak ke sekolah. 

Tapi sebenarnya ada banyak sarapan pagi yang boleh disiapkan dengan cepat. Salah satunya ialah Pancake.


Saya punya pancake macam-macam rupa ada. sebab jarang la buat pancake sambil sukat-sukat bahan. Selalunya main letak je.

Sebab tu kadang2 kaler pancake tu sekata. Kadang-kadang tompok2 je. Hahah.. Asalkan jangan lari banyak sangat sukatan nya tu. Nanti tak sedap pulak.




Pancake bukan je mudah dimasak tapi juga sedap dan mengenyang kan. Boleh dimakan dengan berbagai cara, Tapi dirumah saya, Nutella jadi pilihan.



Hari ni saya kongsikan satu resepi pancake yang selalu saya buat untuk sarapan pagi anak-anak. Tak sampai 10 minit untuk siapkan hidangan ni.


Resepi pancake yang mudah dan sedap. hidangan untuk 10 keping (saiz kecil)


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 setengah  cawan susu penuh krim
1 sudu baking powder
2 sudu besar butter
1 biji telur
2 sudu besar gula
sedikit esen vanila





Cara-Caranya:

Masuk kan semua bahan dalam satu bekas. Kemudian pukul sampai bahan sebati dan tak de tepung yang berketul. Saya pakai pakai mixer (pukul lebih dari 3 minit)

Panaskan kuali leper. sapu sedikit butter pada kuali. (guna api kecil)

Bila dah panas senduk kan adunan ke dalam kuali.

Tunggu sampai bahagian atas sedikit berbuih.

kemudian alihkan pancake. Angkat pancake bila kedua-dua belah dah keperang-perangan.


Ulang sampai adunan habis.

Hidangkan bersama jem, marple syrup atau pun nutella. 

selamat mencuba