Showing posts with label online seller suka buruk sangka. Show all posts
Showing posts with label online seller suka buruk sangka. Show all posts

Wednesday, 21 December 2016

ONLINE SELLER INI RASA SESIAPA YANG TAK SUKA DI MASUK KAN DALAM GROUP NIAGA SEBAGAI DENGKI

Assalamualaikum..

Nak buka topik lama yang dah berkurun..
Benda ni bukan  isu baru..dan boleh dikatakan setiap hari benda ni menjadi keluh kesah sebahagian pengguna facebook.
Yang menjadi masalah apa bila ada peniaaga online yang sesuka hati memasuk kan rakan lain ke dalam group niaga.Nama pun group niaga...Yang tak berniaga ni kalau masuk group tu nak suruh nganga je ke? Nak guna alasan.." mana tahu kot2 dia nak beli.." .. Jangan risau..kalau dia nak beli dia pun pandai google dan guna Hashtag untuk cari barang yang dia nak beli.

Semalam saya terbaca status yang di tulis oleh blogger Afzal yang tak puas hati dengan mereka yang suka masuk kan dia ke dalam group-group.

Nampak tak?? Kita nak post pun tak boleh..ada syarat kena add orang..Kita ni fikir perasaan orang , takut orang tak suka , orang rimas,..nanti notification mengganggu rakan kita..Jadi kita tak nak buat macam tu..kan??

Saya salah seorang yang kerap jadi mangsa dimasuk kan dalam group2 niaga ni..kalau saya boleh post entry blog saya tak pe jugak..ni tak boleh pun..kena add 50-100 orang jugak..
Jadi saya ambil keputusan siapa yang add saya masuk ke dalam group yang saya tak boleh post saya akan spam facebook dia dengan entry2 blog saya..kemudian saya akan bagitau apa yang dia buat salah.
hari ni ada sorang online seller ni masuk kan saya dalam group niaga.






selepas saya tegur dia tengok apa pulak status yang dia up di facebook dia..
masa saya tegur ni tak pulak nak cerita pasal hasad dengki...



Tapi di facebook dia . mudah je dia kata saya yang tegur tabiat dia ni sebagai dengki..

Dengki??Ya Allah..saya kenal dia pun tak tetiba dia cop saya dengki..Korang tak rasa ke online seller macam ni suka buruk sangka kat orang??


Senang je dia kata.." kalau tak suka boleh leave je.." ..dia tak rasa ke ianya mengganggu orang lain.

Lain kali nak add tu add je la sama2 peniaga macam dia..dah katanya peniaga kena support satu sama lain..kan??masalahnya saya bukan ada apa2 produk nak dijual pun..sebab itu sebelum add tu minta kebenaran dulu..Kalau dah tahu add rambang je kau buat je satu facebook yang semuanya peniaga online.Yang tak berniaga jangan terima untuk jadi rakan supaya senang kau nak add ke dalam group2 yang kau suka..

kalau orang tegur kau yang buat salah dikatakan sebagai dengki , rasa macam kau nak tunding salah kau pada orang lain je. Padahal ianya tak berkaitan langsung dengan perasaan dengki dan sebagainya.Lain la kalau saya ni berniaga macam dia jugak..
Nak jadi peniaga tolong sentiasa positif dan jangan suka buruk sangka pada orang.

#macam terbantut pulak mood nak beli baju untuk kenduri..Tak pe..banyak peniaga lain lagi..kan??

sekian...