Showing posts with label oku. Show all posts
Showing posts with label oku. Show all posts

Thursday, 1 September 2016

GOLONGAN OKU BUKAN MAKHLUK ASING.JADI TAK PAYAH NAK PANDANG MACAM DIAORANG TU PELIK SANGAT.

Assalamualaikum...

Saya selalu pesan pada anak-anak kalau nampak orang kurang upaya , tangan tak de ke, kaki tak de ke, dia jalan tak sama macam kita ke, jangan tengok dia macam dia pelik sangat..Sama juga kalau kat sekolah kalau ada kawan2 kita yang warna kulitnya tak sama macam kita, cakap nya tak selancar kita, atau apa saja yang dia kurang berbanding kita  jangan la dibeza-bezakan dia..jangan pandang dia macam tengok makhluk asing..Buat biasa saja..Bukan kita tak peduli kat diaorang tapi diaorang tak suka diperhatikan macam tu..Kita pun kalau orang yang kita tak kenal perhati kita atas bawah macam kita ada buat salah mesti kita tak suka..kan??



Macam yang terjadi pasa rakan blogger saya ni., Adik Auni Afiqah dan suaminya  (OKU). .Pengalaman mereka berdepan dengan orang-orang  yang rasa golongan OKU ni tak layak keluar rumah sangat lah mengecewakan.Baca cerita yang di kongsi di laman facebook Auni sendiri.





Sedih kan??Kalau yang tua-tua, makcik pakcik pun tak boleh nak kawal mata dan mulut bayang kan anak-anak nya pulak macam mana..kan??Tak de ke dikalangan mereka tu yang kata.."jangan la tengok diaorang macam tu.."

Saya pernah la  pasang-pasang telinga dengar "ahli mesyuarat tingkap " berbual ..yang satu perempuan ni dia nak mengata sipolan yang duduk tak jauh dari dia..Sambil mengata , mata dia  dok perhati sipolan tu..Nampak bijak ke bodoh..ke kau memang sengaja nak tunjuk yang kau suka mengata orang?
ha..jawab la sendiri..ye..

hehehhee..

sekian.