Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Monday, 28 September 2015

JANGAN LUPA CASHOUT DUIT NUFFNANG DAN ENTRY YANG SENANG NAK DAPAT PAGEVIEW TINGGI.

Assalamualaikum...

Hari ni rutin harian  bermula macam biasa..
Hari ni jugak dah kena start blogwalking la..
Sejak raya haji tu mana ada bw sangat pun..
Macam tu la saya ni kalau anak-anak2 ada kat rumah..
Ada je aktiviti nak dibuat bersama..

Tambah pulak dapat anak yangkreatif macam Maisara.
Datang angin dia ajak buat rumah kotak..
Tetiap angin bertukar diajaknya buat origami..
Datang angin kus2 dia ajak main puzzle.
Dah la ibu diaorang ni masih berjiwa kanak2.
Mana mampu nak menolak.hahahh

Jangan lupa harini juga hari yang sesuai kalau
Nak cashout duit nuffnang.
Sampai hujung bulan ni saja ye.
Jangan terlupa pulak.
Kalau lupa kena tunggu hujung bulan depan la nampak nya.

Beberapa hari lepas ada yang bertanya pada saya
Macam mana nak dapatkan pageview yang tinggi setiap hari,
tapi tak mau tulis cerita2 panas dan gosip artis.
Mudah je..saya tahu bila dia tanya soalan ni
Dah tentu  dia tak berminat nak ber SEO ..kan??

Jadi apa yang saya cadang kan..
Tulis je resepi masakan..
Itulah cara paling mudah nak dapat pageview tinggi
Malah pelawat yangmasuk juga bukan untuk sehari dua tapi selama nya.
Yang penting jangan lupa masuk kan keyword2
Yang sesuai dalam entry resepi tu.

Saya nak tulis panjang2 pun
Nanti malas nak baca..kan??
Kalau tak paham pm atau whatsapp  la..
Tu pun kalau sudi..no tel ada kat tab atas di bahagian 'ads'.
Ada orang kata dia takut nak pm saya ni sebenarnya
Sebab dia rasa saya garang..
Wah!! macam tahu2 je saya makan orang..
saya suka bahagian pipi..
Ahahhahah

Sekian...



Friday, 24 October 2014

AKTIFKAN NUFFNANG MOBILE ANDA

Assalamualaikum...

pernah tak bila awak buka blog dekat tab atau samartphone,
iklan tu tak keluar??
kalau gitu mesti awak lupa nak s\aktif kan iklan awak tu.
caranya awak masuk kat akaun nuffnang awak 
klik kat "manage blog"

nampak tak kat tempat bintang2 iklan tu??
macam gambar bawah ni??


Klik je kat "add mobile ad" tu..
nanti dia bagi la code untuk awak masuk kan kat html blog awak.
ada cara2 nya sekali dia tunjuk..
lepas tu keluar la iklan awak tu..

Baru la orang boleh klik2 iklan walaupun dok online dalam keta je..heheh

selamat mencuba..

sekian..

Monday, 18 August 2014

4 ANGKA DENGAN NUFFNANG



Assalamualaikum..

Sehingga bulan Ogos 2014 ni ,
belum pernah lagi blog ni sunyi dari CPUV.
Boleh dikatakan setiap bulan memang ada saja CPUV dari nuffnang.
memang sebulan sekali
atau 2 bulan sekali aku boleh cashout.

Itu yang membuatkan aku masih kekal bersama Nuffnang
walaupun sebelum ni memang pernah cuba2 letak iklan lain.
tapi keserasian tu tak de..
heheh..

Sekarang dah 4 tahun dengan Nuffnang..
Dah lebih 4 angka aku dapat dari Nufnang.

Ada yang tak berapa faham cara nak guna Nuffnang ni.
tak ada cara pun sebenarnya..
korang cuma letak je iklan tu..
kemudian update blog macam biasa.
kemudian blogwalking sekali sekala..
itu saja..
sedar2 dalam akaun dah ada duit..

Ini cuma entry pencetus semangat..
harap2 korang terus bersemangat update blog
lepas baca entry ni..:)


sekian..


Friday, 20 September 2013

UV CIPUT PUN DAPAT CPUV

Assalamualaikum..


Pelik kan...
Aku antara blogger yang jarang blogwaking
Tapi bila orang lain dapat cpuv aku pun dapat..
Pelik tak?

Tapi tu la..
Bila dapat tak tahan lama pun..
Tak sempat nak kumpul banyak2
Dah takat tu je..
Hehehh..

Macam suami aku kata..
Masa aku mula2 buat blog Maisara dah umur 3 tahun.
Dah besar..time tu tak de dia nak kacau2
Ibu buat blog..
Mikhail baru umur setahun..
Memang dia akan kacau la..
Kena tunggu umur dia 2,3 tahun
La baru ibu boleh aktif buat blog macam dulu..
Betul kugak..kan??

Sekarang ni fokus untuk membesarkan
Anak-anak je dulu..
Buat blog bila sempat je...

Terima kasih nuffnang untuk cpuv ni..
Harap kerap2 la bagi  lagi supaya
Dapat kerap2 cashout..
Hehe..

Sekian...

Friday, 26 July 2013

GOOGLE ANALYTIC BERBANDING NUFFNANG

Assalamualaikum...

Ada yang tanya aku cemana aku tengok UV.
Aku suka tengok Uv blog aku melalui 
Google analytic..
tengok kat nuffnang pun boleh tapi tak tepat dan tak lengkap.



Aku sendiri tak ingat cemnaa aku daftar google analytic nih..
tapi dulu daftar saja,tapi tak pandai nak baca..
hahahah..

kalau kat nuffnang tu aku cuma check duit je..
kena la buka juga nuffnang tu...kan??

pada yang bertanya pasal google analytic ni
korang boleh tengok cara daftar kat sini..

lepas tu kalau nak tau cemana nak tengok dia
boleh la google...aku dulu pun belajar baca google 
analytic ni kebanyakan nya blog dari seberang..
kena goole la.. ye..

sekian..

Friday, 19 April 2013

CPUV: bila dah putus asa....

Assalamulaikum...




yeay....
semalam tengok CPUV semua dah credited..
tinggal Digi je..
lepas tu hari ni tengok2 dapat satu lagi CPUV...

Walaupun slow je naik tapi ok la..kan??
tahun ni slow2 pun
dah boleh cashout sekali..
kalau hujung bulan ni semua credited
kita cash out je lagi..

tapi perasan tak nuff ni
bila kita putus asa dengan dia mesti tetiba je dapat CPUV..kan??

sekain..eh!!! sekian..

Monday, 24 December 2012

KALAU NAK BE KENA LA.....

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..dah masuk tahun baru nih..
harap2 tahun 2013 akan datang rezeki kita semua mencurah2 lagi..
aminn..

Bila cakap pasal rezeki salah satu benda yang
kita bayangkan ialah duit.
hari ni dapat duit lagi..
orang bagi kita jangan tolak.rezeki tu...

Kali ni duit dari nuffnang..
aku dapat BE lagi..
terima kasih nuffnang...


Sekarang ni kalau dapat be naik nya sikit2 je..
sehari paling banyak naik 20 sen.
kalau masa aktif berblog dulu sehari be aku tu
naik rm5.kadang2 rm4.

huii..jauh nya beza dengan sekarang ni..
dulu update  sehari 8-9 entry.
sekarang 2 minggu baru dapat 8-9 entry..hahaha..
jadi memang patut la be aku naik 20 sen sehari.

ha..tips untuk korang kalau 'nak be naik cepat dan
membiak2 sila rajin update,
update la 3 jam sekali.
selain tu jangan lupa blogwalking.
komen kat post jugak kena la banyak.
kalau komen tak penting tak la kat survey nuffnang tu dia
tanya berapa komen kita dapat untuk setiap post..

sekian..


Sunday, 12 August 2012

DUIT DARI BLOG DAN KAD RAYA

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua..
hari ahad sudah...
jarang2 aku nak update blog pada hari ahad...
tapi hari ni tak de buat apa ..boleh la update sikit..

hari jumaat hari tu
sampai sudah cek terakhir aku dari nuffnang
sebelum aku cuti bersalin ni..



cuti bersalin ni mungkin lama tak buka blog
jadi sah2 la takde duit dari nuffnang lagi..heheh
jumlah nya tak sampai seratus pun..
mana tak de..bulan 6 tu satu be je yang ada..
bulan 7 pun ada satu be tapi tak boleh nak cashout sebab
ada RM37 je..heheh..tu la..malas update blog lagi..heheh..

hari jumaat tu jugak dapat kad raya dari Deno..
comel je kadnya..macam dia jugak..

Maisara tanya "kenapa kad ni sebelah dia sekerat je ibu??"

Ibu:entah la...(jawapan malas nak layan.)

Maisara:entah2 kakak ni tahu maisara puasa sekerat hari je kot..?

Ibu:ha..tau pun..sebab tu kena puasa penuh.tak boleh sekerat2.



Ni pulak kad raya dari Myra..
Myra ni pun dok pulau pinang jugak..
tapi tak pernah jumpa..
teringin jugak nak jumpa dia tapi aku ni kan pemalu..
hahahha..malu la sangt...:P

bukan dapat kad raya je..
Myra bagi Rollerball Eye shadow jugak
sebab menang teka teki kat blog dia dulu..
terima kasih Myra..

Eh!ada yang tanya aku berapa aku dapat dari buat blog ni..??
tak banyak pun..
aku start buat blog tahun 2010.
tahun 2011 baru start dapat bayaran dari nuffnang.
awal tahun 2012 dah ngandung,mula la start malas..hehehe
dan setakat ni dapat banyak ni je...

sekian...

Thursday, 24 May 2012

APA PENTINGNYA POLLS NUFFNANG UNTUK BLOG KITA?

Assalamualaikum.


Selamat petang semua..
dah lama tak buat entry2
tentang nuffnang .
petang ni aku nak cerita pasal polls yang
ada kat desk nuffnang tu.ramai blogger yang
tak peduli pun pasal pollls ni.
tapi sebenarnya polls ni
sedikit2 sebanyak penting untuk blog kita.

apa perlunya polls ni???
sebenarnya polls ni la yang menunjuk kan pembaca bagaimana
yang ada kat blog kita.
benda ni jugak diperhatikan oleh pengiklan
untuk memudahkan mereka menetukan 'jenis iklan bagaimana
yang sesuai dengan blog kita.

mereka akan meletak kan iklan yang sesuai dengan
peringkat umur pembaca blog kita.
sama ada produk tu sesuai
dengan pembaca blog kita atau tak..
kalau pembaca blog kita dalam lingkungan 15-20
tahun tak mungkin la dia nak pilih
blog kita untuk iklan berbentuk barangan bayi
atau barang2 otomotif..

mungkin iklan2 yang sesuai adalah
iklan dari syarikat2 telekomunikasi..

jadi kalau nak letak polls letak la soalan2 yang
berkaitan produk2 atau soalan tentang barang2 keprluan ke..
contohnya macam
:biasanya kat mana korang membeli belah..
atau pun..
:korang pakai prepaid atau bil.
:korang guna apa,celcom,meksis,digi..

ha..contoh je tu..

jangan pulak letak soalan merepek..

:lepas makan ikan,tulang dia korang buang kat mana?
:berapa jam dok dalam tandas..??

nampak soalan mengarut je kan??
jadi lepas ni kalau nak be
sila ambik perhatian benda2 gini ye..


sekian..

Thursday, 8 March 2012

AWAL PULAK DIA SAMPAI...

Assalamualaikum...

Berkali2 tengok kalender hari ni...
hari ni 8 hb kan???

sebenarnya terkejut tengok
cek nuffnang sampai awal..

selalunya dalam 13-15 hb baru sampai..
tapi bulan ni sampai awal pulak..

mungkin nuffnang tau minggu depan cuti sekolah..:)
boleh la guna untuk jalan2 nanti..heheh..

terima kasih nuffnang...
eh!!korang pun dah dapat cek kan???
jom enjoy..
ekekek...


sekian..

Saturday, 25 February 2012

MIMPI SIANG HARI YANG MENJADI KENYATAAN.

Assalamualaikum...

tadi jam 9 aku tidur kejap...
lepas tu aku mimpi aku dapat be...
bila bangun je cepat2 aku buka blog.tengok2 dapat be
betul2 dari digi samsung galaxy nexus bm.
aduhai..lawak betul la...

malas2 pun masih dapat be.
nampak nya kena la rajin bw balik lepas ni.

tengok la..
gara2 malas be tinggal 3 je...
yang tengah2 tu baru dapat tadi.yang lain tu baru
seminggu 2 yang lepas..

apa pun terima kasih nuffnang...terima kasih digi dan friso...
nak bw la sikit lepas makan tengahari nanti..

satu lagi berita baik..laptop aku dah sembuh...
best2...

sekian..

Thursday, 26 January 2012

CARA DAPATKAN BUFFERED EARNING DENGAN MUDAH

Assalamualaikum...

Selamat petang...
sejak aku mengandung ni makin hari
makin kurang dah aku bw dan update entry..
jadi be yang ada tu pun tak la subur macam selalu..

cuti 4 hari yang lalu langsung tak
buka blog..bila buka je nuff tengok2
be cuma naik rm2 je dalam masa 4 hari..hehehe..

tapi mujur la tak de yang jadi me lagi..
bertambah be ada la..
cuma duit tak bertambah dengan meriah la..
semalam sempat la bw sikit
dan hari ni tengok adalah bertambah Rm5.
aih..tak boleh lama2 la macam ni..aku kena rajin berblog macam dulu la nampaknya..
tapi tak boleh duduk lama2..sakit pinggang..
pelik kan..bila kita malas bw atau update blog
mesti be datang tanpa diundang..

jadi pada blogger yang nak be tu apa kata
korang berehat je 2,3 hari dari berblog..
lepas 2 ,3 hari mesti dapat be...
dapat be baru bw sakan2 punye..ekekek..

untuk yang nak be je la..
yang pura2 tak nak duit tu dok diam2 sudah..
muahahahah...

sekian...

Monday, 9 January 2012

ANGPAU DARI NUFFNANG

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
lagi 3 minggu nk cuti raya Cina.
tak sabar ni..sebab raya cina la
suami aku dapat cuti lama..
dan masa ni la peluang untuk pi makan angin..

masa ku bujang dulu aku kerja kilang..
yang seronoknye nak dekat2 tahun baru cina mesti dapat
duit raya yang banyak..
banyak di sini bukan seratus atau dua ratus ye..
tapi yang lebih banyak...muahahahah..

tak setakat duit raya..
setiap pekerja dapat sekotak limau..
kadang2 lebih dari sekotak..
punye la banyak bekalan limau kat rumah..
makan sampai cirit birit la..heheheh

dah lama tak merasa dapat angpau macam dulu2..
sejak dah kawen dan tak bekerja ni..
kan bagus kalau Nuffnang nak
bagi angpau kat kita..kan??

bagi untuk cukup2 cashout pun jadilah..kan???
ekekekekek...

Thursday, 22 December 2011

CURRENT EANING DARI DIGI DI WWW.DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..hari ni aku bukan sihat pun..
entry pasal santau tu pun bukan aku yang tulis..
tapi suami aku..hehehheh..aku paksa dia tulis..

Akhirnya dia tulis jugak.dia memang pembaca setia blog aku.
jadi dia tahu la macam mana cara aku menulis.
terima kasih abang..
nanti bila2 boleh tolong kita lagi eik??ekekek

malam ni aku cuma nak tunjuk ini..
jeng..jeng..jeng..!ada buffered earning baru la..
kali ni dari digi lagi..seronoknye dapat be dari digi..


be kalau dari digi memang masyuk giler2 punye la..
malah be dari digi akan melekat lama.
contohnya be digi yang atas sekali tu.
itu be yang aku dapat dari bulan 10.
masa mula2 dapat be tu sampai bulan 11 cuma naik 2,3 puluh ringgit je..
tapi masuk bulan 12 mendadak naiknye...

terima kasih untuk digi dan nuffnang

Sekian..

Wednesday, 7 December 2011

ENTRY KIPAS NUFFNANG

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
petang ni ada rezeki masuk nih..hhehee..
ada dapat be lagi la..
kali ni be dari NESTLE.
mungkin be ni dapat semalam..
semalam tak check pulak nuffnang jadi
tak tahu dapat hari ni ke semalam..
terima kasih nuffnang dan NESTLE..
saaaaayang nuffnang!


orang kata kalau kita sayang2 nuffnang
lepas tu bodek2 sikit akan dapat be banyak lagi tau..
ekekekeke...

Nak bodek lagi la..
nuffnang best..nuffnang tak kedekut
dan sentiasa peka dengan kehendak kami blogger2 ni..
muahahhaha...
melampau punye kipas..

dah la..nak buat entry berfaedah sikit lepas ni..:p

sekian..

Friday, 2 December 2011

BUFFERED EARNING YANG PANAS DAN MENGEJUTKAN

Assalamualaikum...

selamat petang semua...
mengejutkan la...
hari ni tengok2 ada 2 be baru..seronoknya..
dah lama tau aku tak dapat be serentak 2..
selalunya.. sebulan 1..sebulan 1..sebulan 1...
tapi kali ni dapat 2 sekali..
maknanya kena rajin bw lagi...

masih panas lagi be ni tau...
memula aku buka tengok ada be yang lama tu je..
lepas tu aku ke dapur buat susu maisara
dan bancuh kopi aku..
5 minit lepas tu datang balik refresh page nuffnang,
tengok2 ada be baru
pulak..tetiba je..hahahah

korang tau tak sebenarnya kenapa aku dapat be...??
sebab korang la....
terima kasih ye..:)


sekian...

Saturday, 29 October 2011

CASHOUT EARNING NUFFNANG

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
hari ni ada yang cashout earning nuffnang tak??

petang ni aku nak cerita pasal cashout earning nuffnang.
ramai yang kata selepas cashout kali
pertama duit nuffnang lebih cepat untuk naik..
yang tu aku sendiri tak pasti..
rasanya biasa je kot...

Waktu untuk cashout bukan boleh sebarang2 tau..
kalau tak kena dengan tarikh nya
jenuh la korang nak tunggu sampai 2,3 bulan baru
cek korang sampai..ada yang sampai setengah tahun
menunggu pun ada tau..
sebaiknya cashout la hujung bulan..
dalam 27-29hb ke..

kalau korang punya status gliteratti,
mungkin cek korang akan sampai dalam 30-40 hari je..
tapi kalau status korang ordinary
cek akan sampai dalam tempoh 2 bulan atau lebih.

lagi satu bila korang ada be,
tapi jumlah untuk cashout tu dah cukup
jangan la pulak korang cashout ye..
tungggu la be tu jadi me dulu..
lepas tu baru cashout..
baru la dapat banyak sikit..:p

setiap kali korang cashout,nuffnang
akan potong rm1 untuk proses cek korang tu..
jadi kalau nak cashout bagi la jumlahnya
lebih sikit dari Rm50 tu ye..hehehhe..


sekian...

Monday, 24 October 2011

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011

Assalamualaikum....

Selamat malam semua...Kejap tadi buka je nuffnang..
wah!!!ada apa ni??tertanya2 sendiri...
rupanya ada Blog Award..


korang yang nak join boleh la calonkan blog2
kegemaran korang mengikut kategori..
hadiahnya pun nampak menarik..
klik la sini untuk pencalonan..



Tempoh pencalonan bermula 24 Oktober 2011,
dan pencalonan akan ditutup pada 11:59, 2 November 2011.


Selepas pencalonan ditutup,
blog
yang dicalonkan akan menjalani proses
pemilihan
oleh panel hakim untuk menentukan
finalis
yang akan meneruskan ke peringkat seterusnya - mengundi.


penaja nya pun hebat2...
tapi yang tak bestnya salah satu rakan penaja ialah TIGER.
bukan tiger yang dalam katun TIGER AND POOH tu ye..
tapi minuman keras TIGER.



Heheheh...
mula la aku was2 dah dengan nuffnang ni.

sekian...

Tuesday, 18 October 2011

Nuffnang!adil la konon...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
seronok berblog hari ni???
ada be banyak seronok la...
kalau tak de be rasa malas je bak update entry kan??
tapi bukan aku la..
aku masih rajin seperti dulu..hahahah..
walaupun tak de be...:(

tak de be la aku bulan ni..
iklan kempen pun macam tak de je...
tapi pelik...duit setiap minggu naik...
dah boleh cashout dah..


ni bukan nak tayang2 dapat duit ye..
cuma aku nak tanya pendapat korang...

korang tau kan...
be tak diberi berdasarkan traffic yang tinggi
atau kekerapan kita update entry...
tak jugak atas sebab kita rajin bw atau tak...kan??
jadi kalu korang jadi aku yang
be agak payah nak melekat dan
iklan kempen langsung tak de adakah korang
akan beralih ke pengiklan yang lain..??

aku rajin tau bw sekarang ni..
sebab aku pikir kalau sampai hujung bulan
ni masih tak de be aku nak apply innity..
tu pun kalau layak..kan??
tak dapat tak pe la..
nak beralih ke iklan lain la pulak..
sebab nuffnang lebih suka bagi be
pada blog yang traffic 1,2 ratus sehari..
adil la konon!!


sekian...

Monday, 10 October 2011

cek nuffnang!sabar je la...

Assalamualikum...

selamat petang semua...hari ni rasa lemah badan2..
dah la kain baju tak basuh2 lagi tu..balik dari kampung malam tadi
maka banyak la kain baju yang perlu di cuci..
balik kampung memang la seronok..
tapi bila dah balik dari kampung tu
terus datang sengal2 badan la..tak larat la.lemah la...
padahal semalam kat kampung sihat walafiat je..
ekkekekek..

Cek nuffnang bulan 7 punya tak
sampai2 lagi ni..
minggu lepas dia hantar email kata
mungkin hilang semasa proses penghantaran..
dan dia kata "We can cancel and reissue you a new cheque"
minggu ni tunggu tak dapat2 lagi..
memang nya kena tunggu lagi sebulan ke?
sedih!

kalau gini nampak gaya nya
2,3 bulan lagi nak kena bertukar ke innity la ..
hehhehe..
traffic aku bukan stabil pun..
sekarang ni kalau hari biasa
la dapat7-8 ratus je..
bila sabtu ahad,paling banyak 4 ratus ...
layak ke nak memohon innity??ekekkeke

cemana pun tetap sayang nuffnang
sebab dah banyak yang dia bagi..:p
baru ni la cek ada masalah pun..
sebelum ni tak pernah la cek sampai lewat ke apa..

tak pe...
sabar menanti...!

sekian..