Showing posts with label musim buah durian. Show all posts
Showing posts with label musim buah durian. Show all posts

Tuesday, 17 July 2018

SYUKUR ALHAMDULILLAH HARI-HARI DAPAT MAKAN DURIAN..

Assalamualaikum...


Musim durian tahun 2018 ni di sambut gembira rakyat Malaysia yang rata-rata nya memang suka kan raja buah ni. Kesian pada yang tak suka makan durian sebab terpaksa tutup hidung .Hahha,.

Pagi ni saya buka pintu rumah pun terbau cucur durian . Selalunya bau asap lori.. Bila terbau durian terus rasa bersyukur sebab masih berpeluang merasai salah satu nikmat dunia.Wah!!sampai gitu sekali...

Setelah bertahun-tahun harga durian macam nak beli sebentuk cincin belah rotan akhirnya tahun ni harga durian jatuh dan ianya disambut gembira ramai peminat-peminat buah durian.

Tahun-tahun sebelum ni memang harga durian macam makanan untuk orang kaya-kaya saja.Untung besar la siapa yang ada dusun durian tu. Boleh makan sendiri dan boleh buat jualan jugak.


Yang tambah best nya tahun ni juga selain musim durian , menjadi juga musim buah-buahan lain..Manggis dan rambutan pun bukan main berlumba-lumba pasang badan nak bagi orang nampak depa..hahhaha..

Alhamdulillah..Tahun 2018 murah rezeki kita semua..kan?






Dengar-dengar nya cempedak dan buah Dokong pun tengah tunggu masa nak pintas durian dan manggis ni.Sabar jap ye..Satu2 la...

Tapi nak pesan sikit la pada penggemar buah-buahan tempatan ni. Makan tu berpada-pada la..Buah-buahan malaysia ni kebanyakan nya ada gula yang tinggi.




Tu pasal la bila makan ada yang sakit tekak, darah naik, gula naik, pening kepala nak pitam , macam-macam lagi..Buah tu tak salah pun.


Yang salah nya cara kita makan tu. Dah makan buah berlambak-lambak boleh pulak minum teh Ais, kopi Ais, makan bubur durian roti jala bagai..Cemana tak sakit..



sekian..