Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, 20 February 2019

ANDA WAJIB TONTON VIDEO INI JIKA SELALU RASA DOWN BILA TENGOK ORANG LAIN BERJAYA DAN GEMBIRA

Hye Semua.



Masa usia saya awal 20 saya selalu cemburu tengok kehidupan orang lain. Nasib baik masa tu saya tak kenal lagi sosial media ni. Instagram, twitter pun belum ada.. Kalau tidak mesti stress hari-hari tengok orang lain gembira.

Hahahah..

Sekarang saya boleh tahu la kenapa orang muda sekarang mudah kemurungan dan tekanan perasaan. Bukan mudah nak menghadapi zaman yang hari-hari kita lihat orang gambira sedangkan kita tengah struggle nak bernafas .

Tapi percaya la adik-adik. Masa untuk korang gembira dan bahagia tu akan datang juga satu hari nanti. Kalau kawan korang ada semua benda masa umur dia 25, mungkin masa korang akan tiba ketika korang umur 30.

Macam yang dikatakan oleh pengacara TV, Hazeman Huzir dalam satu rancangan temubual ni.. Korang kena tengok dan semoga terus bersemangat.


Monday, 11 February 2019

MUNGKIN INI YANG ORANG SEBUT SEBAGAI "FIKIR POSITIF", ATAU KAH INI SIKAP "PANDANG RINGAN" ?.

Hi semua..



Apa korang akan buat bila tiba-tiba korang di fitnah? Tak kisah la fitnah membabitkan apa tapi tahu tak tindakan korang dalam menghadapi situasi tersebut memberi kesan pada kehidupan korang...

Macam tu juga bila korang berdepan dengan masalah lain. Apa juga tindakan akan mempengaruhi aktiviti harian korang.

Ada orang kata saya nampak macam tak de masalah. Sebenarnya saya bukan tak de masalah tadi saya selalu biarkan saja masalah tu pergi dengan sendiri.






Memang masa awal-awalnya masalah membuatkan saya tak lena tidur. Tapi bila saya rasakan setiap jalan yang saya ambil temui jalan buntu saya akan biarkan saja masalah tu selesai dengan sendiri. Saya sedar itu bukan masanya lagi untuk saya berjuang habis-habisan.

Saya serahkan pada Allah dan itu buat saya rasa separuh bebanan akan hilang.

Saya pun macam orang lain, ada masalah keluarga, ada masalah kewangan , ada masalah anak-anak dan sesekali ada masalah kesihatan.. Sama je macam orang lain. Tapi saya tahu walaupun macam tu saya berhak memilih untuk bahagia.

Saya tak tahu kalau ini yang orang sebutkan sebagai "fikir positif" atau mungkin juga tindakan saya ni dianggap sebagai "pandang ringan" tapi sekian lama cara ni buat saya lebih gembira dengan kehidupan saya sekarang berbanding dengan yang dulu.





Dulu saya selalu rasa orang sekeliling macam musuh saya. Bila saya ada salah faham dengan orang lain mula la nak berbalah, perang mulut dan sebagainya.

Tapi sekarang tak lagi.. Saya pilih untuk menjauhkan diri, diam dan bertenang,. Tak guna saya berperang mulut kalau saya sendiri tahu orang tu pun tak nak mengalah.

Lagi memburuk kan keadaan je..

Bye..

Thursday, 9 August 2018

ANDA PERLU JATUH UNTUK TUMBUH


Kita sering marah dan kecewa dengan suatu kejadian namun setelah waktu berlalu ternyata “kejadian” tersebut begitu menguntungkan dan membawa hikmah yang sangat besar dan sangat bermanfaat, jauh lebih baik dari apa yang diharapkan sebelumnya.

sekian.

Friday, 30 June 2017

MEMAAFKAN TIDAK MENGUBAH MASA LALU TAPI MAMPU MENGUBAH MASA HADAPAN

Assalamualaikum..



Selamat hari raya...Hari ni Aidilfitri yang ke 6. Ramai yang kata sekejapnya masa berlalu,Tak puas bercuti dengan keluarga. Memandangkan kita semua masing-masing ada tanggungjawab jadi la dapat bercuti sekejap pun.Tetap perlu melangkah pulang ke perantauan dengan langkah yang berat.

Setiap kali tibanya lebaran kegembiraan dan kerisauan pasti terselit di hati kita.gembira nak berjumpa keluarga dan risau bila waktu ini kita akan berdepan dengan kenangan-kenangan lama. Kenangan yang melibatkan kesalahan dan menagih kemaafan.Sanggupkah kita memohon kemaafan dan memberi keampunan pada mereka-mereka di kenangan lalu kita?

Memaafkan dengan ikhlas jauh ke sudut hati bukan lah perkara yang mudah . Ianya tidak akan mengubah masa lalu namun dengan kemaafan ianya akan mengubah masa hadapan. Hati kita akan berasa lebih tenang dan kita akan melengkah dengan lebih ringan.



Bagi pihak yang memohon maaf mungkin korang rasa malu nak minta maf. Korang mesti rasa nak ke dia maafkan korang..kan?Tapi disitu lah dia akan melihat keikhlasan dan keberanian korang untuk memohon kemaafan.Tapi jangan salah sangka jika selepas dia memaafkan korang , dia tetap menjauhkan diri dari korang dan dia membina satu penghadang dalam hubungan korang. Percayalah yang dia telah memaafkan korang dengan ikhlas hati cuma demi menjaga hubungan korang supaya tiada lagi sengketa , maka jalan terbaik ialah menjarak kan sedikit hubungan korang tu..

Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali saya secara langsung atau pun tidak.Tidak kira jika kita pernah bersua muka atau pun tidak. Saya poho kemaafan jika selama ini penulisan saya mengguris hati anda semua.Selamat Hari Raya


sekian..

Thursday, 11 August 2016

ADAKAH ANDA ORANG YANG MUDAH DIDEKATI KANAK-KANAK?

Assalamualaikum....



Kalau  nak tahu budak2 tak suka dekat saya..Mula2 tengok mesti dia akan duduk diam je..Menyorok belakang mak dia..hahahahah....Betul la kot orang kata wajah saya ni garang..Saya senyum bila perlu saja.Tapi sekali senyum bisa mencair kan seketul batu..Kahkahkah....Cuma bila saya tengok budak2 macam takut kat saya saya pun akan senyum la kat dia..usik2 sikit , tak lama lepas tu dia mula la berani dengan saya.Pas tu minta macam2..belanja eskrim la, nak pin tudung la, nak kek dalam peti es la..ermm...

Adakah kanak-kanak mudah mendekati korang?apa tanda nya kalau dia suka korang dan senang nak bergaul dengan korang.Adakah sebab korang ada pegang lolipop atau smartphone maka kerana itu dia dekati korang??oh..tak..tak pegang lolipop atausmartphone pun korang boleh jadi kesukaan kanak-kanak.



Atraktif atau kita sebut sebagai mempunyai daya penarik  bukan ada pada semua orang.kalau nak tahu korang ada daya penarik atau tidak cuba korang tengok sama ada kanak-kanak yang baru jumpa korang akan mudah dekati korang atau pun tidak.Kalau mula2 jumpa dah cakap tak suka, dah lari, tak suka di cuit2,tu maknanya korang tak de daya penarik, macam saya.kerana kanak-kanak tersebut ada perasaan kurang percaya pada kita.

kadang2 kita tengok orang tu tak cantik tapi ramai yang suka, budak2 senang dengan dia.Sebab nya daya penarik tu bukan diukur pada kecantikan wajah.Macam saya la..saya cantik tapi tak de daya penarik..(kahkahkah...ini contoh ye...)..daya penarik tu kanak-kanak dapat lihat sikap ceria, bahagia dan dia nampak keyakinan diri kita.



Macam saya , saya ni jenis kalau nampak budak saya kurang layan , tegur sekali dua, bila dia tak layan saya pun malas nak layan dia.Tapi orang yang mudah disukai kanak-kanak ni dia tegur sekali, budak tu menyorok, dia tegur lagi, usik2, senyum, ketawa..itu lah sikap bahagia dan ceria  yang budak-budak suka..

Korang yang bujang2 ni kalau nak nampak menarik banyak2 la dekati kanak-kanak..Manis kan muka depan mereka.Jodoh tengok pun sejuk mata...terus tak sabar2 nak berjodohan..ekeke..

sekian...