Showing posts with label mistik. Show all posts
Showing posts with label mistik. Show all posts

Saturday, 7 July 2018

BETUL KAH TANDA LEBAM DI PEHA DAN KAKI ADALAH DISEBABKAN JIN JATUH CINTA

Assalamualaikum..



Seingat saya masa sekolah menengah memang pernah ada kesan lebam di peha dan kaki. masa tu mak saya kata hantu gigit. Tertanya-tanya juga betul ke hantu gigit.Kenapa dia gigit je tapi tak tunjuk diri dia depan saya.Hahhah..

Sebenarnya  tanda lebam di peha dan kaki ni ada kaitan nya dengan jin. Walaupun dari segi perubatan moden ianya ada kaitan dengan tekanan darah kita tapi jangan sesekali pandang mudah dengan pandangan dalam perubatan islam.

Saya tahu , ada orang yang tak percaya langsung dengan keujudan jin . Macam baru-baru ni ada seorang doktor yang mempertikaikan kejadian rasuk akibat Jin,Bagi doktoor tersebut hanya orang melayu saja yang asyik di rasuk jin.Orang negara lain tak de pulak masalah di rasuk Jin,



Tapi mungkin doktor tersebut terlalu banyak layan drama dan filem melayu sampai tak ambil tahu tentang negara luar.Hahahah.Kita maafkan je lah dia ni.Yang penting cerita tentang jin dan syaitan ni ada tertulis dalam al-quran.Boleh la google2 dan bertanya pada ahli agama tentang kisah jin dan syaitan dalam al-quran tu ye doktor2 sekalian..hahahah

Kali ni saya kongsikan satu post dari pengguna twitter  yang dikenali sebagai Fatiha berkaitan lebam pada peha dan kaki. Apa yang saya tahu ibu kepada Fatihah ni adalah seorang pengamal perubatan islam.Jom baca perkongsian beliau yang sangat bermanfaat untuk semua.

"Bangun tidur je tiba-tiba korang tengok ada lebam kat bahagian kaki dan peha (especially perempuan) Siapa kat sini kerap ada lebam di anggota badan?

Bila jin/makhluk halus mula JATUH CINTA pada seseorg wanita, pasti buruk padahnya. Pada permulaanya, JIN akan wujudkan kesan lebam pada peha wanita itu. Kalau dibiarkan lebam ni akan melarat ke anggota badan yang  lain.


Lebam digigit oleh jin boleh berlaku apabila seorang wanita itu tidur selepas waktu asar. Biasanya kesan tu korang boleh tengok di bahagian peha kanan atau kiri. Tompok lebam kebiruan.


Dan kalau korang dapat tengok, mesti ada 5 lubang halus pada lebam tu.


Yang lebih malang lagi, bila jin dah mula mengigit dia akan gigit lagi. Jangan biarkan jin jatuh cinta dengan diri korang. 

- Elakkan keluar rumah waktu senja. - Jangan berpakaian yang tidak menutup aurat
- Elakkan duduk di tempat-tempat yang sunyi
- Elakkan juga duduk kat bilik seorang diri waktu petang/senja.
- Elakkan mandi pada waktu maghrib tanpa pakaian(bogel)  gunakanlah kain basahan.

Wanita tidak dapat melihat jin, tapi Jin dapat melihat kekasihnya. Bila kena gigit Jin, itu tanda kasih jin pada korang.

Jangan mengoda jin dengan kecantikkan dirimu, bilamana seekor jin dah jatuh cinta denganseorang wanita  memang buruk padahnya.
Ada yang namakan sihir Jin Asyik ( Jin sedang Angau).


Bila jin dah jatuh cinta pda seorang wanita , ianya dapat menghalang wanita dari mendapat jodoh .Maknanya  susah wanita tersebut nak  cari jodoh. Bila orang datang merisik senyap, orang nak datang meminang juga senyap. Itu disebabkan jin tu sedang mempertahankan cinta mereka di alam yang lain.

Sebab tu bila korang kenal dengan seseorang tu sekejap je,lepas tu putus dan tak tahan lama.

Jin tak bagi orang lain ambil hak dia. Dengan cara tu dia halang seseorg lelaki tu untuk rapat dengan kekasih dia.

Benda ni jangan ambik mudah ye guys, bila korang tengok tanda lebam ni siap ada bekas gigitan halus lebih dari seminggu itu tanda jin dah jatuh cinta dgn korang.


TAPI KORANG KENA INGAT TAK SEMUA LEBAM TU ANGKARA JIN, BOLEH JADI ITU DISEBABKAN TEKANAN DARAH KORANG RENDAH


CARA nak bezakan macam naa gigitan jin dan yang mana lebam akibat tekanan darah ialah korang tengok gigitan pada lebam tu.Kalau ada  5 lubang halus  itu disebabkan GIGITAN CINTA JIN."


Walaupun post dari Fatihah ni mendapat banyak tentangan tapi bagi saya yang bergama islam, orang melayu, orang kampung pulak tu,saya percaya dengan post ni. Lagipun tak salah pun kalau kita berhati-hati.Nasihat yang diaberikan pun adalah nasihat yang baik.



Tapi dalam masa yang sama saya tak menolak pandangan doktor-doktor yang mengatakan lebam ni juga disebabkan penyakit yang tak de kaitan dengan jin.Contohnya macam SLE atau jangkitan virus.. Tak salah pun kalau kita nak gunakan kaedah perubatan islam dan juga perubatan moden.

sekian..


Sunday, 22 October 2017

NIAT NAK MELAMAR RUPANYA SI KEKASIH ADALAH MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum..

Dekat2 dah hujung tahun ni banyak yang dah rancang majlis merisik, bertunang, dan berkahwin.. Melangkah ke satu lagi fasa kehidupan iaitu kehidupan berumahtangga .Nak mendirikan rumahtangga ni bukan nya mudah.

Selain dari persiapan majlis yang akan berlangsung pastikan kenal juga pasangan tu betul2.Kenali keluarga nya dan juga latar belakang nya.

Jangan setakat tengok dan jatuh cinta je..

Saya teringat satu kisah beberapa tahun lalu..

Kisah cinta  Suprapto pernah   menjadi viral beberapa tahun lalu apabila kekasih nya Sri Wahyuningsih sebenarnya dikatakan adalah makhluk halus



Hubungan cinta Suprapto dan kekasihnya bermula apabila mereka bertemu di Pasar Malam . Lama kelamaan cinta pun berputik diantara mereka.

Hubungan mereka turut diketahui kedua ibu bapa Suprapto malah sudah beberapa kali ibu nya berbual dengan Sri Wahyuningsih  melalui telefon .

Namun yang anehnya nombor telefon Sri Wahyuningsinh hanya boleh dihubungi oleh Suprapto sahaja. Dan nombor tersebut hanya boleh dilihat oleh Suprapto .

Apabila keluar beduaan , Sri juga tidak pernah membonceng dibelakang Suprapto. Tetapi Suprapto yang akan disuruh membonceng dan Sri akan mengemudia motosikal.


gambar(  kiri): ibu Suprapto menunjuk kan kemeja yang dihadiahkan Sri kepada anak nya, (kanan)  suprapto bersama barang hantaran

Lama -kelamaan mereka terlanjur dan Sri memberitahu kepada Suprapto yang dia sudah hamil lalu Suprapto membawa Sri melakukan pemeriksaan kandungan nya dan bidan mengesahkan Sri hamil 3 bulan. Suprapto tidak pernah masuk ke ruang pemeriksaan jadi dia sendiri tidak pernah melihat bidan yang memeriksa kandungan Sri.

Dengan rasa tanggungjawab Suprapto memutuskan untuk melamar Sri . dan bermula la persiapan mereka untuk melangsungkan Perkahwinan.

Apa yang mengejutkan ialah ketika rombongan keluarga Suprapto sampai dialamat rumah yang diberikan Sri , kawasan tersebut tidak mempunyai rumah tetapi hanya ada sebatang pokok besar dengan sebuah telaga lama.


Pencarian rumah Sri dilakukan selama 3 hari berturut-turut namun tidak menemui rumah Sri.Sri juga tidak pernah lagi menemui Suprapto dan tinggallah Suprapto didalam kebingungan,

Pada waktu itu baru lah keluarga Suprapto sedar yang Sri Wahyuningsih yang selama ini menjalinkan hubungan dengan Suprapto ialah makhluk ghaib.

Ada juga yang pergi bertemu dengan bidan yang memeriksa kandungan Sri dan bertanya samaada bidan tersebut betul-betul memeriksa kandungan Sri.Namun bidan tersebut tidak mengakui nya , dan dari rekod pesakit memang tidak ada nama Sri.


Menurut penduduk setempat 900 tahun lalu ada seorang wanita bernama Nyai Dewi Sri , isteri Kyai Sekar Gadung Kenongo mendiami kawasan tersebut.

sekian..





Sunday, 17 September 2017

WANITA JAHAT DAN MENAKUTKAN INI AKAN DATANG KE RUMAH KITA PADA WAKTU MAGHRIB DAN MENGGANGGU KELUARGA KITA

Assalamualaikum..



Masa kecil-kecil sebelum waktu maghrib semua dah kena siap mandi dan duduk dalam rumah..Sebenarnya bukan lah waktu maghrib tapi sebelum waktu senja. Jam 7 petang tu memang dah ada dalam bilik air , mandi dan sudah siap bersih kan diri.

Kalau tidak siap la kena leter lebih dasyat lagi rotan hinggap di badan.Begitu lah tegas nya ibu bapa kita dulu dan sampai sekarang perkara tu tak boleh di ambil ringan.

Ada sebab kenapa orang tua-tua tak benarkan kita berada di luar rumah pada waktu senja . Malah pintu dan tingkap juga dipastikan tertutup  pada waktu ini..

Ini kerana mereka risau dengan kehadiran wanita yang di gelar Ummu Sibyan . Iaitu wanita jahat yang mampu membahayakan anak kecil dan wanita hamil.

Kisah tentang Ummu Sibyan ini dikatakan sebagai hadis yang DAIF. Saya rujuk dari kabarmakah .

... Ummu Sibyan adalah jin jahat yang suka mengganggu wanita hamil dan anak kecil . Ummu Sibyan memiliki wajah yang sangat mengerikan .Dia mempunyai mata satu dan suka berjalan di dinding seperti cicak .

Ummu Sibyan juga dikatakan mampu mengikat rahim wanita  serta membunuh bayi yang di dalam kandungan.

Diceritakan dalam kisah Jin Ummu Sibyan dan Nabi Sulaiman , Jin jahat ini akan masuk ke dalam rahim wanita dan menendang janin yang sedang membesar sehingga rahim kembali kosong
.

Tanda-tanda bayi di ganggu Ummu Sibyan ialah bayi akan menangis sambil memandang ke atas, mengigau ketika tidur sambil giginya berbunyi,dan demam panas selepas asar dan sembuh sebelum subuh.

Tanda-tanda wanita hamil di ganggu Ummu Sibyan apabila wanita tersebut terasa sesak dadak selepas asar hingga ke tengah malam, fikiran nya kusut, sakit dibahagian tulang-tulang belakang , kerap mengigau ketika tidur dan bermimpi dengan mimpi yang menakutkan .


Untuk mengelak kan di ganggu Ummu Sibyan tutup pintu dan tingkap pada waktu maghrib dan jangan angkat jemuran  di luar rumah pada waktu maghrib.Kalau nak angkat jemuran pastikan korang buat sebelum masuk waktu maghrib.



Saya rasa ramai yang pernah mengalami keadaan di mana ank kecil menangis sambil memandang keatas..kebanyakan dari kita menganggap mungkin bayi kembung perut. Namun takj mustahil ianya mungkin disebab kan Ummu Sibyan.

Pernah beberapa kali saya terbaca perkongsian rakan-rakan mengenai gangguan pada anak kecil dan wanita hamil ni,Memang menyeram kan..-


sekian..


Tuesday, 12 September 2017

VIDEO SERAM : GANGGUAN DI RUMAH SEWA

Assalamualaikum...



Rumah berhantu..Korang pernah ada pengalaman tinggal dirumah berhantu?Bagi yang tak pernah mengalaminya mungkin cerita-cerita tentang rumah berhantu hanya dianggap rekaan dan sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan.

Namun bagi yang mempunyai pengalaman berdepan pengalaman mistik rumah berhantu,  ianya bagaikan satu kenangan ngeri yang tak mungkin dapat dilupakan.

Saya nak kongsikan satu pengalaman seorang lelaki bersama rakan-rakan serumahnya yang berdepan kejadian mistik di rumah sewa yang dihuni mereka.

Turut dikongsikan juga rakaman bunyi suara yang agak menyeramkan. Jangan dengar kalau anda tak kuat semangat,.

Sumber: twitter: Iskandar.zaidi












VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI.










Jangan dengar kalau tak kuat semangat..

sekian...

Thursday, 10 August 2017

BACA 2 SURAH INI DI WAKTU PAGI DAN PETANG JIKA KEDIAMAN ANDA MENGALAMI GANGGUAN MISTIK

Assalamualaikum...




Gangguan halus atau ganguan mistik ..memang ramai yang alami benda ni.Korang pun mesti pernah alami benda ni..kan??Paling kerap dialami ialah ganguan didalam rumah kita sendiri.Memang tak seronok rasanya nak tinggal dalam keadaan macam tu.Siang malam asyik berjaga saja..Bukan sambung ekor beruang ye..hahahahh..Tapi ganguan-gangguan  ni menakut kan anak-anak kita,lagi-lagi yang ada anak kecil tu.Biasa nya budak-budak kecil memang boleh nampak makhluk halus ni.

Antara gangguan yang paling kerap alami ialah nampak susuk tubuh lembaga hitam dalam rumah,..macam melintas  gitu..Ada juga yang dengar macam benda di golek ke lantai rumah kita.Ada banyak lagi la gangguan-gangguan yang kerap dialami bila dalam rumah kita ada makhluk halus ni.

Sebenarnya ini semua gangguan-gangguan jin dan  syaitan yang nak menyesat kan kita.Allah s.w.t berfirman : 


."dan jika syaitan mengganggumu dengan satu gangguan , mohon lah pertolongan daripada Allah.."


Salah satu cara untuk melindungi diri dan kediaman kita adalah dengan mengamalkan bacaan surah Al-Falaq dan An-Nas. Dua surah ni juga dikenali sebagai Al- Mu'awwidzatain iaitu yang bermaksud dua pelindung.


KELEBIHAN SURAH AL-FALAQ DAN AN-NAS

-Melindungi kediaman dan premis .Caranya dengan membaca 2 surah ini setiap pagi dan petang. Kalau rumah dan premis tak de gangguan pun elok lah dibacakan 2 surah ini..

untuk pengetahuan korang , syaitan paling suka masa kita tengah marah.Bila kita marah pembuluh darah kita akan mengembang dan masa tu lah syaitan mengambil alih diri kita dengan mudah.Bukah kah Nabi pernah bersabda  "..sesungguhnya syaitan mengalir dalam pembuluh darah anak adam.." so korang bila dalam rumah tu , kawal la marah korang tu ye..

-kedua-dua surah ini mampu melindungi kita dari penyakit :Ain" iaitu penyakit yang berpunca dari pandangan merbahaya jin dan manusia sekalipun.Jadikan aamalan setiap hari.Ajak lah keluar sama mengamalkan nya.

-menghilangkan rasa sakit. Apabila Rasullullah merasa sakit baginda akan membaca Al-Mu'awwidzatain dan meniup pada tapak tangan kemudian menyapunya pada tempat yang sakit.Korang yang ada penyakit2 lain pun, disamping berubat dengan cara moden  tu boleh amalkan cara Rasullullah ini.

- Pelindung ketika tidur.Caranya ialah dengan meniup pada kedua-dua telapak tangan kemudian baca surah Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas .Kedua-dua tapak tangan kemudian nya diusapkan pada seluruh badan mula dari kepala, wajah  sampai la ke anggota badan yang lain.Usap tempat yang sampai je la..Buat sebanyak 3 kali.Cara ni ada disebutkan dalam hadis  'Aisyah radhiyallahu 'anha.

semoga bermanfaat untuk semua...


sekian.