Skip to main content

Posts

Showing posts with the label mikhail

BALIK SEKOLAH DENGAN KESAN BENGKAK ~ BUDAK-BUDAK SEKARANG MEMANG DAH TAK MAKAN NASIHAT KE?

Hi Semua..

Waktu saya muat naik gambar-gambar ni di Facebook mesti ada yang fikir saya ni nak hentam cikgu je.. Hahahaha.. Padahal tak de pun hentam cikgu dalam post tu.

Mesti ada jugak yang fikir.. "ala..sikit je.."

Heh..Meh anak kau aku cubit sikit sampai lebam , sampai dia menangis.. Kita tengok dia punya sikit tu cemana.



So hari ni saya nak cerita apa yang jadi pada Mikhail ni. Ceritanya pendek saja.

Jumaat lepas dia balik sekolah dengan kesan bengkak kat atas mata. Bengkak tu memang jelas sangat jadi kakak nya terus menjerit sebab risau . Apa lagi kita ni, terus tanya dia jatuh kat mana.






Mikhail ni memang selalu terlanggar dinding dan jatuh sebab dia tak suka pakai cermin mata padahal dia rabun. Sebab tu mula-mula saya cuma syak dia jatuh.

Tapi benda yang jadi sebenarnya ialah kawan dia baling botol air dan kena bahagian atas mata tu.

Tak de kaitan pun dengan cikgu tau. Masa kejadian tu Mikhail kata dia menangis dan ada cikgu yang dah marah budak2 tu. Siap denda lagi.



LAPORAN PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN MIKHAIL UNTUK TAHUN 2019

Hi Semua..

Kalau update blog ni maknanya ada la benda nak cerita. Kalau tak de benda diam sendu je la blog ni.kan???

Macam biasa ceritanya pasal anak. Minggu lepas sempat ke sekolah Mikhail sebab ada pelaporan pentaksiran. Sedia tahu tahap 1 tak de peperiksaan tapi diaorang ada pentaksiran ni..  Nak cerita pun bukan paham sangat pun. Hahaha..



Walaupun tak paham bukan bermakna kita tak payah ambik tahu. Kena juga tahu prestasi anak-anak kita kat sekolah walaupun tak di tumpukan pada akedemik semata-mata. Bagi yang tak tahu apa benda Pentaksiran Bilik darjah (PBD) boleh la klik untuk lebih faham.






Bab akedemik saya tak risau sangat pada Mikhail ni. Berbeza dengan kakak nya yang bab akedemik memang kurang menarik bagi dia. Dia belajar macam terpaksa. Harap-harap makin besar kakak boleh berubah.

Masa UPSR ni ibu ayah masih rasa "tak pe..Dunia kanak-kanak dia masih banyak nak diteroka" tapi nanti dah naik sekolah menengah tolong lah berubah wahai kakak.. Tumpu pada PT3. Hahah.\\

MIKHAIL BERPUASA HARI PERTAMA RAMADHAN. ALHAMDULILLAH CEMERLANG DENGAN JAYANYA

Hi semua..



Semalam 1 Ramadhan berjaya juga anak teruna saya ni berpuasa. Tak banyak karenah sebab dia pun bukan jenis suka makan sangat pun.

Hari-hari nak paksa makan pun payah jadi bila masuk bulan puasa mudah pulak nak menguruskan nya.

Jam 5 pagi dah start kejutkan dia bangun sahur. Susah nya nak bangun sebab balik terawih dah agak lewat. Tidur pun lewat juga la..






Oleh sebab panggil ulang kali tak nak bangun saya guna senjata paling ampuh di waktu pagi. Iaitu buka cerita Shinchan. Jam 5 pagi dah On tv. Hahah..

Orang dengar mengaji kita tengok Shinchan. Haru!!!

Bersahur la budak ni dengan roti jagung dan milo suam. Risau jugak la takut dia tak tahan lapar sebab makan roti jagung sebiji je,

Cuma dah jam 3 petang tu dia kata perut dia lapar. Tapi tak tahu nak makan apa. lepas tu saya buat tak layan je. Mulut dia je la mengomel cakap kita ni tak bagi dia makan la hape...

Pusing sekali lagi tengok-tengok dah terlelap. Mungkin rasa lapar tu yang buat dia terlena. Sebab nya dia ni bukan s…

PERSEDIAAN MIKHAIL DAN MAISARA UNTUK MENGHADAPI PUASA RAMADHAN 2019

Hi Semua..



Oleh sebab lusa kita dah puasa jadi saya nak cerita sikit tentang anak-anak saya yang bakal berpuasa isnin ni. Anak ada dua je jadi cerita tak panjang mana pun.

Kalau anak 5 mungkin cerita ni 3 hari 3 malam baru habis baca..Haha.

Si kakak bukan puasa pertama kali.Dia dah umur 12. Jadi tak de masalah bab puasa ni. Lagipun sebelum ni pun dia ada buat puasa sunat dan ganti .

Cuma anak kedua saya ni je yang akan mula berpuasa tahun ni. Minggu lepas dia balik sekolah dan bagitau yang cikgu Ameera suruh puasa.

Nasib baik ada cikgu pesan. Kalau saya yang pesan suruh puasa mesti dia malas nak ikut, Terima kasih cikgu!hahah.

Oleh sebab tahun ni cuaca panas terik jadi saya ambil tindakan awal dengan melatih anak-anak tahan makan dan minum. Sejak bulan lepas dah latih kalau setakat lapar sikit-sikit tak payah la makan.

Tunggu perut betul-betul lapar baru makan. Si kakak sejak ada tuisyen memang makan tengahari agak lewat.Jam 4 atau 5 petang baru dia makan.






Si adik pulak memang bukan …

HARI KONVOKESYEN MIKHAIL - TAHUN TERAKHIR MIKHAIL DI TABIKA PERPADUAN

Sorry..Gambar tak cantik sebab kena zoom je dari tempat duduk. Tak boleh ke depan ambik gambar sebab diaorang ni dah ada jurugambar sendiri. Jurugambar nya saja boleh ke depan sana..





Jadi tak banyak la gambar boleh diambil masa Mikhail kat atas sana terima anugerah. Tak pulak cikgu bagitau nak tengok gambar-gambar lain tu kat mana. Majlis ni berlangsung pada 12 Nov yang lepas.

Meriah jugak lah majlis nya sebab ianya melibatkan Tabika Perpaduan seluruh Seberang Perai Selatan.  Kalau tak salah saya ada 14 tadika atau lebih kot.

Tahun ni Mikhail dapat Anugerah pelajar terbaik. Ada 3 orang dari tadika tempat Mikhail belajar ni yang terpilih.

Awalnya Anugerah Pelajar Cemerlang ni dibuat kat Kubang Menerong. Tak de disekalikan dengan majlis konvokesyen pun. Dalam senarai yang cikgu bagi cuma Nama Mikhail je yang ada. Saya risau jugak sebab Mikhail ni kalau tak de kawan-kawan dia malu sikit. Tapi nasib baik majlis di Kubang Menerong tu di batalkan dan anugerah pelajar terbaik tu dtambah lag…

PERSEDIAAN MIKHAIL UNTUK MASUK KE DARJAH 1

Tahun depan anak saya ni akan masuk ke sekolah kebangsaan. Sekolah yang sama dengan kakak nya. Tapi budak ni tak habis-habis cakap yang dia nak duduk 1 kelas dengan kakak dia.Padahal kakak dia tu dah darjah 5.
Apa pun persediaan tetap kena buat terutamanya penguasaan untuk membaca, mengira dan menulis tu saya dah terapkan sejak tahun lepas lagi. Alhamdulillah dia boleh membaca, mengira dan menulis.Cuma bab mengira tu memang lambat sikit tapi masih sempat kalau nak mahirkan dia..


Semalam sempat la ke Kedai Buku Hasani Group dan beli beberapa buah buku kerja dan buku kemahiran untuk tambahkan lagi kemahiran budak ni.Sebelum ni ada beli beberapa buah buku kerja lain di Hasani Group dan Alhamdulillah dia dah habiskan semuanya.So kali ni kita tambah lagi untuk pastikan dia tak lupa.
Maklum je la budak2 ni kalau lama2 tinggal mula la lupa macam-macam..kan?Ni lah 3 buku yang saya pilih semalam.Harga setiap 1 rm2.50 je. Saya beli buku matematik tambah dan tolak dan juga bahasa malaysia.

Seta…

TAK NAK LA .. ADIK MALU NAMPAK SPENDA - MIKHAIL

Hi semua..




Satu hari ni dari pagi sampai ke malam layan sukan Komanwel Gold Coast 2018 . Hari ni banyak la acara yang melibatkan pasukan malaysia. terutamnya badminton.Ramai kot yang tertunggu-tunggu acara badminton ni.

Walaupun negara kita ni bukan lah lagi pasukan gergasi di dunia tapi setiap perlawanan mesti menjadi tumpuan peminat dan penyokong.Betul tak??dok berharap jugak la Malaysia masih kuat macam dulu..

Dato Lee Chong Wei pun dah tak bertenaga macam dia muda-muda dulu.Jadi ketangkasan tu pun macam dah kurang.Apa pun siapa yang tonton perlawanan melibatkan Dato Lee Chong Wei mesti akan kagum sebab dia sentiasa mencuba yang terbaik.Walaupun kalah kita sentiasa puas hati..

Lagipun dah sekian lama dia dok julang negara kita ni dengan sukan badminton.Dah masanya badminton perseorangan ada pelapis yang sama kuat dan bertenaga macam Dato Lee Chong Wei dulu.

Setakat ni belum nampak lagi siapa yang nak gantikan dato Lee Chong Wei.. Nampak gayanya kena ajar Mikhail main badminton la.…

ANAK LASAK..INI YANG SI AYAH LAKUKAN...

Assalamualaikum..

Semalam saya tengok ada rakan facebook kongsi gambar anak nya yang lumur kepala si adik dengan mash potato.Sebelum tu ada juga rakan facebook kongsi gambar anak nya luka di kepala dan kena 2 jahitan sebab bergurau adik beradik.Kelmarin ada lagi rakan facebook kongsi cerita anak-anak nya yang susah nak dikawal bila pergi ke pasaraya.

Nanti bila dah besar cerita-cerita macam ni akan buat kita tersenyum sorang-sorang..kan?Walaupun masa kita tengah hadapi benda tu kita rasa dunia macam tak berpihak pada kita je..hahahah..Saya sendiri ada anak-anak yang sangat lasak.

Kejap je ni..lepas tu...erm...
Alhamdulillah si kakak dah besar dan kurang dah lasak-lasak ni.Tapi tetap aktif dan tak tahu letih.Sekarang masa untuk adik dia.Memang susah nak kawal.Kalau berjalan di tempat ramai orang , dia nak kita ikut dia.Bukan dia ikut kita.

Dalam rumah lagi la dasyat.Susah nak tengok dia duduk diam .Kalau dia tengok youtube di phone pun dalam 5 minit je dia tengok.Lepas tu phone tu ent…

SEMUA NYA KHAIRUL FAHMI (APEK)

Assalamualaikum...



Status malam tadi sambil2 malayan bola..
Hahah..karenah anak saya memang macam2 ..



Mikhail ni kalau tengok bola dengan dia,
mesti dok sebut "Apek" je..
sebab dia rasa semua yang main bola tu nama nya Apek (Khairul Fahmi.)
Lagi2 kalau siapa2 yang dok kat tiang gol..
orang tu la Apek..kalau ada 5 orang kat tiang gol tu..
kelima-limanya adalah Apek..
hahahha..

Anak perempuan saya (Maisara ) saja yang
macam tak minat nak tengok perlawanan  bola sepak .
kalau buka je mesti dia buat kerja lain.
Kadang2 bergaduh berebut tv..

Pernah tak korang yang suami suka tengok bola tu
alami benda ni??
kalau pernah boleh la tengok sini..
lepas ni tak payah nak berebut dah la..


sekian..


HINGGA KINI MASIH TERASA

Assalamualaikum....



Letih tau kalau keluar dengan budak ni... ni gambar masa hari isnin.. dah 2 hari berlalu.. masa nak belikan headphone untuk kakak... tapi letihnya hingga kini masih terasa...
Sebab tu kalau tak de ayahnya memang tak berani la nak bawak dia jalan2... takut terleka... biasala..kita pompuan kalau tengah membeli memilih memang ralit je..

Sekian...

MENGAMUK NAK NAIK KERETA

Assalamualaikum....

Budak ni tengah mengamuk... sebab nak naik kereta... mandi pun belum dah nak naik kereta...
Selalu nya kalau ayah ada kat rumah macam ni la dia.. ajak ayah pi sana sini.. memang ayahnya tak senang duduk..
Tapi biasanya kami tak layan pun... kami buat tak tahu je..
Lama2 satgi dia datang la kat kita sambil cakap... "Ibu..nak peluk.."
Hehehehhe... tau pun mengalah.. mesti sebab sakit tekak dok menjerit2..
#harinientrysantaisantaisahaja

Sekian...

MIKHAIL: BABI DALAM LONGKANG

Assalamualaikum...
Mikhail suka betul duduk depan pagar sana.. merenung ke dalam longkang..Bayu pagi meniup lembut Lihat bintang di angkasa Purnama menerangi gelapku.. eh!!menyanyi pulak...
Mikhail suka tengok longkang besar depan sana.. entah apa yang di tengok nya..
Semalam dia tengok dan  lari sambil panggil ibu kat dalam rumah..

Mikhail: Ibu.ibu..abi shor... (ibu...ada babi besor..)
Ibu: apa?babi?tak kan lah..jom tengok...
Itu Siput la adik..Bukan babi...

Rupanya dia terlupa nak sebut siput tu .. kakak dah ajar dulu yang itu siput babi.. tapi boleh pulak terlupa sebut siput tu tak pasal2 siput jadi babi.. kesian siput...


MIKHAIL: DONUT PUN DAH TAK MACAM DONUT...

Assalamulaikum..
siapa pernah makan kuih ni?? Alah..tak kan tak pernah kot.. ini sebenarnya kuih donut je.. hehehheh

Rupanya pelik sikit sebab tak sempat nak buat bentuk donut tu.. Susah nak buat kuih donut sekarang ni sebab  diganggu makhluk kecil ni.. dia suka curi2 makan doh donut yang belum di masak.. jadi bila buat donut tak boleh nak lama2 sangt dah.. buat bulat2 je dah siap. lepas tu sorok.atau letak tempat tinggi yang dia tak boleh capai.hehehehhe.. dah naik terus goreng.. sebab tu la donut tu jadi rupa itu...

Yang penting rasanya sedap..
Mikhail ni tak sama macam kakak nya.. Mikhail ni kalau apa saja benda makan memang mudah je dimasuk kan dalam mulut. Beza dengan kakak yang kalau tengok benda tu lain macam je tak berani nak makan..

Sekian..

LOLIPOP?? BELUM MASANYA.....

Assalamualaikum....


Saya memang tak bagi anak2 makan lolipop..
sebab saya rasa lolipop ni bahaya
untuk budak2..
Bayangkan bila anak kita hisap2 lolipop tu
tiba2 gula2 tu tercabut dari batang nya..
boleh menyebabkan tercekik tau..

Saya dah banyak makan lolipop..
dah banyak kali jugak
tengah dok hisap2 lolipop
Tiba2 tercabut dari batang nya
sebab tu sampai sekarang saya tak bagi
lolipop pada anak2 saya...




Tapi mikhail dengan Maisara ni kerap sangat dapat lolipop dari sorang uncle ni.. tiap kali pi kedai uncle sorang ni mesti diaorang dapat lolipop.. suami kata tak kan nak tolak kot.. jadi dia bawak balik je la.
Sampai rumah dia sorok.. Bila ibu jumpa , jadi habuan ibu je la.. heheehhh..
Tunggu dah besar nanti  ibu bagi je makan lolipop ni. jangan risau ye anak2..hehehh
Sekian..


LUPA PULAK HARI NI KENA PI KLINIK

Assalamualaikum..

Saya pi klinik hari ni..
jam satu tadi baru sampai rumah..
kemudian masak2 dah lewat pulak nak update blog..

(macam la ada orang tanya..:heheh..)

Sepatutnya saya buat entry autopublish je.kan?
Tapi boleh pulak lupa hari ni kena pi klinik..
Tu pun sebab nurse telefon ke rumah tanya
kenapa tak datang klinik..ekeke..
bagus jugak la ke klinik hari ni sebab
nak jumpa doktor sekali..
Mikhail macam nak selsema je..
dah lama jugak la diaorang ni  taksakit2..

Tapi walaupun Mikhail macam tak sihat..
Ligat tetap ligat..sampai ingat nak balik je tadi..
rasa malas nak jumpa doktor..
tapi mengenangkan buku biru tu
dah dok dalam bilik doktor gigih la tunggu jugak...

selfie curi2 ni sebab nak intai kat belakang tu kot2 lelaki tu buat apa2 ke sebab masa ni klinik dah tak de orang..risau pulak maisara dengan budak kecik tu dok kat belakang2..

Segmen entry terbaik tu pun kita
sambung esok je la ye..
hari ni tak sempat dah...

Patut nya jam 10 tadi entry segmen tu keluar..kan??
baru rama…

MIKHAIL:NAMPAK MACAM PEREMPUAN....TAPI...

Assalamualaikum...
Pi mana2 semua orang ingat dia perempuan.. heheh..

Rupa je macam perempuan.. tapi ganas nya..Ya Allah... garang nya tuhan je yang tahu.. kakak ni sampai tiap2 hari kena tarik rambut la.. kena cubit la..


Tapi lepas kakak menangis dia pujuk balik.. heheh.. apa yang kakak main semua dia nak..

Tengok ni.. sibuk nak main dengan kawan2 kakak.. sampai tak nampak dia di sebalik gelngsor tu.. halus je.. heheh.. sekian...

MAISARA , MIKHAIL DAN AISKRIM SERINGGIT

Assalamualaikum...
Maisara ni kan ..bila dia dah suka satu makanan tu.. yang itu je la yang dia akan beli.. Bila kita nak beli kan yang lain pun dia tak mau..
macam minggu lepas.. Ibu dia ni nak la bagi adik tu merasa aiskrim magnum .. adik tak pernah makan pun.. kakak dulu pantang keluar, aiskrim magnum je dia nak.. tapi....

Sekarang ni sejak kenal aiskrim seringgit ni.. tak nak dah aiskrim lain.. katanya aiskrim seringgit ni lebih sedap dari magnum tu.. tapi memang saya pun rasa macam tu..hahahah

Lepas tu siap cakap kat adik.. "Yang ni lagi sedap tau adik.." lepas tu adik pun nak jugak la .. dia kan suka tiru kakak dia.. semua benda nak sama dengan kakak..
Ok..byebye magnum...
sekian...

GENAP UMUR NYA 2 TAHUN

Assalamualaikum..

Hari ni genap umur Mikhail 2 tahun..
Jam 2 petang nanti cukup la 2 tahun nye..
Tengah dok pikir2 ni nak masak apa untuk malam ni.
Bukan masak untuk makan2 kat rumah
Tapi untuk hantar sedekah kat orang.



Masak sorang2 jadi tak boleh masak
yang susah2 sangat.
Kena buat yang mudah2 je..
Saya ingat nak buat nasik lemak je..
Lepas tu lauk rendang ayam..
Ok..tak??

Tahun lepas masa Mikhail genap setahun
tak de sedekah apa2 kat orang.
Cuma sambut kami2  je.
Beli kek dan masak2 sikit
jamu budak2 kat rumah ni..
Kawan2 maisara kan ramai..

Tapi tahun ni tak boleh nak tiup2 kek bagai
Sebab ayah kena kerja malam ni..
Jadi kita  masak bagi kat orang je la.
Nak tiup2 kek
kena tunggu hujung minggu je la ye Adik..




Selamat hari jadi Mikhail
Jangan cepat sangat membesar
sebab adik comel sangat..heheh


Sekian..


MIKHAIL DAN KERETA

Assalamualaikum...



Lagi 3 hari budak ni nak cukup 2 tahun.
Sekarang bercakap pun dah makin jelas.
Lagi2 bab meniru apa kakak dia cakap.
Lepas tu kakak merajuk la
Sebab tak de peluang nak bercakap.

Tidur malam ,kereta mesti ada kat sebelah.
Minat betul dengan kereta.
Bangun2 tidur mesti nak tengok kereta dulu.
Tengah menyusu pun belek kereta..



Bab kereta ni dia tak memilih
Mahal ke,murah ke dia main je...
Yang penting kereta tu boleh bergerak.



Kalau buka je pintu rumah ni,
Terus dok depan pagar nun..
Tengok kereta lalu lalang..
Ibu pun naik cemuih dah
Asyik kena tunggu dia  bilang kereta kat luar tu.

Tu belum tengok aksi kalau dok dalam kereta ayah.
Ayah pegang stering dia
Pun pegang stering..
Dapat pegang sikit pun jadi la..
Cuma letak tangan..hahahh..

Sekarang kalau pi mana2
Nampak orang jual kereta mainan
Laju je ibu jalan,
Tinggal anak kat ayah..
Biar anak dia merengek kat dia mintak kereta..
Ibu tak campur...hahah
Malas nak beli sebab rumah bersepah.
Kalau terpijak,cium lantai la…

GAMBAR PETANG INI..

Assalamualaikum...


Gaya nya tetap macam tu je.. Tak tau la dia ikut siapa entah  bergambar macam tu..

Sekarang ni kakak pun ikut dah gaya tu.. Paling kelakar ayah nya pun buat gaya tu bila ibu nak ambik gambar.

Ibu je yang belum tersampuk lagi nak buat gaya ni..
Hahahh..
Sekian..