Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts

Tuesday, 15 September 2015

ASAL PARIT, PERAK JE..TAPI MENGAKU ORANG PARIS..

Assalamualaikum...



Korang mesti pernah ada kenalan yang sembang nak "luar negara" aje..
kira jarang2 la cerita dia tu setakat Goergetown,Simpang Ampat atau pun Pendang.
Dia punya citarasa pun semua luar negara je..
paling dekat pun Singapore..tu pun kat hujung2 Singapore dah..Queens Town..hahah

Nak buat cemana..kawan kita.kan??
Jadi tadah je la telinga tu..
sekurang2 nya cerita dia tu boleh jugak 
dijadikan pengetahuan Am..hahha..
Dah dia mampu..



Kita yang tak mampu ni cemana pulak??
Boleh je kalau korang pun berperasaan macam pergi keluar negara.
Ada je kawan2 saya yang bila di tanya 
"awak orang mana?"

hahaha..
 Bukan Paris je..ada banyak lagi..
Lepas ni kalau kawan2 tanya, kampung kat mana..
boleh la korang jawab sambil berlagak..


kelasssss kau jah!


sekian..

Thursday, 9 April 2015

TIPS MUDAH BERDEPAN DENGAN MANUSIA TALAM 2 MUKA

Assalamualaikum...



Pernah berdepan dengan manusia yang ada sikap talam 2 muka.
Ini antara sikap paling bahaya yang ada pada orang2 yang 
boleh membinasakan kita.
Setakat ni yang di sekaliling saya belum ada yang bersikap
talam 2 muka.
Masa akan datang tak tahu la..
Tapi minta dijauhkan la saya dari orang macam ni...

Tips untuk kawan2 bila berdepan dengan manusia talam 2 muka ni,
jangan cerita apa2 rahsia pada dia.
jangan bersikap terlalu terbuka dan jangan sesekali mengiyakan apa yang dia ceritakan..


Jangan takut  untuk berterus terang bahawa kita tidak suka dengan sikap nya itu.
kerana manusia jenis ni kalau kita diam lagi dia seronok 
kenakan kita.





sekian...

Wednesday, 8 April 2015

WALAUPUN PAKAI SMARTPHONE TAPI MASYARAKAT KITA MASIH BODOH

Assalamualaikum...

Pagi ni saya terbaca satu kisah yang buat saya rasa masyarakat kita semakin pelik dan semakin tak de perasaan..
sebelum tu meh baca dulu kisah tersebut..


Apa nak jadi dengan masyarakat kita ni..
berlumba2 nak menjadi no 1 dalam menyebarkan berita..
walaupun pakai smartphone tapi pemikiran masih lagi tak setanding dengan smartphone yang ada.
makin bodoh ada la...

Saya pernah lihat satu kejadian lucu .
masa tu kami pi makan kat satu restoran nih..
ada pasangan kekasih kot kat meja sebeLah..
mereka duduk saling mengadap.
sebelah tangan kat atas meja , pegang tangan kekasih..
Sebelah lagi pegang enpon..
tot tet tot tet dok tekan enpon...pelik!!




Bila makanan sampai terus dua2 on kamera,
ambik gambar..
klik..klik..klik..
dah macam bunyi jurukamera ambik gambar sidang akhbar bunyi nya..
entah macam mana,
air kat atas meja diaorang tertumpah..
Yang si lelaki ni buat tak tahu je..
yang perempuan pulak..""omg..."
tapi tangan dok sambung ambik gambar..
air tu dah meleleh kena jeans dia pun dia masih ambik gambar..
bila dah habis ambik gambar baru la dia lap seleuar dia..
yang lawak nya..makanan tu dia jamah sikit je..
lepas tu depa balik sebab perempuan tu merungut seluar basah, tak selesa..
nampak tak bodohnya kat situ..

Sedih makcik tengok ..
apa lah nasib masa depan diaorang berdua nanti..
kesian kat anak2 je..


Sekian...



Monday, 6 April 2015

KEMALANGAN MEMBUKA RAHSIA HUBUNGAN SULIT LELAKI INI DENGAN 30 WANITA TERBONGKAR

Assalamualaikum...

Yuan yang masih koma

Orang kata suatu hari nanti rahsia bukan lagi satu rahsia.
Cuma tunggu saja masa nya akan tiba.
begitu lah yang terjadi kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Yuan.
Yuan terlibat dalam satu kemalangan dan yang menyebabkan dia koma.

Yuan


Xiao Lu,21 , dipanggil ke hospital untuk melihat kekasihnya Yuan
yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
tapi mengejutkan apabila setibanya dia di bilik Yuan,
dia melihat ramai wanita mengelilingi katil kekasihnya itu..

Setelah diselidik rupanya wanita2 tersebut ialah
kekasih Yuan dan ada sebahagian dari mereka
telah melahirkan anak Yuan.

senarai nama kekasih Yuan

Dalam tempoh 3 hari hampir 20-30 wanita yang dipercayai
sebagai kekasih Yuan datang melawat Yuan di hospital.
Xiao Lu mula menubuhkan satu group di wechat
bersama wanita2 tersebut untuk berkongsi cerita.
menurut mereka Yuan kerap meminjam wang dari mereka
namun lelaki hidung belang tersebut tidak pernah membayarnya semula.

Menurut keluarga Yuan mereka tidak mahu
masuk campur didalam urusan Yuan dan kesemua teman wanitanya.


sekian...

Saturday, 4 April 2015

MULUT SAYA PUN ADA BISA JUGAK..

Asslamualaikum...


Bosan sebenarnya bila orang yang sama asyik kata kita ni sombong..tak nak bergaul..
Taknak berbual2 ..berat mulut..katanya..
padahal kita malas nak jawab ..
tapi bila diasak2 dengan ayat2 macam tu rasa geram jugak..

Ikut kan hati nak je cakap..
saya bukan anti sosial..
saya cuma tak mau layan orang2 bodoh dan perkara2 bodoh..
itu je..

Cumanya kalau saya jawab depan2 dia macam tu
mau dia hentak kepala saya..
ahhahah..
jadi bila saya diam je tu jangan la diusik..
maklum la..mulut saya ni pun berbisa jugak..
saya diam sebab saya tau bila saya berkata2 mungkin bisanya terkena kat orang tertentu..

kan??

sekian...

Thursday, 30 October 2014

JANGAH MAIN CUCUK-CUCUK

Assalamualaikum...


korang pernah sedar tak
sewaktu korang sedang dicucuk??
bukan cucuk2 kat klinik atau hospital tu ye..


ni kes cucuk2 di hati dan perasaan ..
cucuk2 yang ni lagi bahaya dari cucuk2 botox tu..
Biasanya kita tak sedar pun..
sedar2 je dah berbalah dengan orang ..heheh

Bahaya sebab dia nya boleh
memutuskan silaturrahhim..kan??

"jah..ko asyik balik kampung suami je..
kampung sendiri jarang2 je aku tengok ko balik"

ni contoh cucuk2 yang guna jarum halus ni..
dia nak kita sendiri yang berfikir..
lepas tu balik umah mula la..

"abang,asyik balik kampung u je..
kampung i jarang2 balik..tak adil la u ni.."

kalau cucuk yang guna jarum besor sikit..

"aku tengok suami kau asyik sms je..
Aku rasa la suami kau tu tengah angau2 dengan
perempuan lain la..ko tak try ke check enpon dia ke..
check inbox facebook dia ke..mesti ada sesuatu kat situ.."

hati2 la ye dengan tukang cucuk ni..
kalau korang jenis mudah terpengaruh memangjadi mangsa dia je la..
kalau korang mula bergaduh dengan kawan2 ke,suami ke..
tukang cucuk ni bukan nak tolong pun..
dia lepas tangan je..
sebab kerja dia dah bereh!

sekian..

Friday, 17 October 2014

BUAT TAK TAHU JE.JANGAN LAYAN.DIAORANG DENGKI...

Assalamualaikum...



"Buat tak tahu je...."

"jangan peduli apa orang cakap.."

'diaorang tu dengki..jangan di layan.."

Pernah tak kawan2 bagi pendapat  macam ni pada orang lain yang ceritakan  masalah nya kepada kawan2??terus terang  saya katakan ianya tidak membantu langsung..


Tak sepatutnya,seseorang yang ada masalah sampai tak boleh tidur malam,sampai bengkak mata menangis, kemudian dia cari kita untuk luahkan perasaan tapi kita cuma jawab "buat tak tahu je..."

Bila dia cerita pada kita itu bermakna besar la masalah nya pada dia.Mungkin kesan nya kita tak nampak ,sebab kita tak lalui nya.tapi tak patut kita jawab macam tu.Awak cuma ambil jalan selamat sebab malas nak layan masalah dia tu."Biar lah dia tanggung sendiri,lagipun saya dah pesan kat dia buat tak tahu je.." . boleh gitu?



Selalunya saya tengok perkara ni juga berlaku kat dalam media sosial ni.kita ni menaip sambil nangis2..sampai basah keyboard meluah perasaan kat blog dan facebook.Tapi kawan2 cuma suruh "buat tak tahu je.."sedangkan masalah kita tu kalau dibiarkan mungkin menjejaskan rumhtangga ,mungkin kita  akan kehilangan pekerjaan...



Tapi kawan-kawan kita pulak cuma bagi komen yang tidak membantu langsung...."saya bukan kenal pun dia ni..komen je la apa2 pun tanda ambil berat.."  lepas tu  taip la.. "dia dengki je tu..jangan layan.." dan orang yang ada masalah tu terus lah memikirkan masalah nya sendiri..



Lebih baik kita diam kalau kita tak boleh membantu....

sekian...


Thursday, 17 April 2014

KAU TUHAN KE ??

Assalamualaikum...

Kenapa ye???
kita tengok orang mencuri,membunuh..
lepas tu dia kena tangkap..
kita kata..
"padan muka..mencuri lagi.."
lepas tu mahkamah putuskan dia bersalah..
hukuman penjara,kalau membunuh hukuman nya mati..
kita seronok..buat jahat itu hukuman nya.


kita tengok pulak orang pakai seksi..
atau kerjanya pelacur..
kita kata.."ish..teruk nya dia..
berdosa macam tu.."

lepas tu ada orang cakap..
"tak baik kau jatuh hukum kat orang gitu..
kau bukan tuhan nak tentukan
dia berdosa boleh masuk neraka atau tak..?"



PELIK TAK??
padahal kita dah memang diajar sejak kecik.
buka aurat,jadi pelacur tu satu dosa..
satu yang salah..kita tak boleh buat gitu..
tapi sebab ada  mulut2 yang konon nya
nak tunjuk hati dia baik dan bersih suci,
boleh dia kata benda2 yang terang-terangan salah tu ,
adalah benda yang masih was2 berdosa ke tidak..
sampaikan nak cakap benda salah pun dia tak berani..

kalau benda tu cuma kabar2 angin ..
"aku dengar bini dia suka pakai seksi.."
 ye..kalau gitu kita boleh kata was2 la
sebab kita tak nampak pun.mana tau itu fitnah ke..kan??
tapi yang depan mata kita ni,depan2 buat salah..
pun masih tak boleh ditegur..
sampai ada yang kata..
"kau tuhan ke nak tentukan apa yang dia buat salah atau tak?"

amboih..macam tak belajar agama je bunyi nya.


sekian...

Wednesday, 16 April 2014

KESIAN ORANG MELAYU...

Assalamualaikum...



Mulai hari ni cuba la berkawan dengan bangsa lain..
tengok filem dari negara lain..
baca buku dari negara2 lain..
dan cuba hidup dalam masayarakat lain
selain melayu..
masa itu baru korang tau..
tak ada bezanya melayu dengan bangsa lain..



Sampai tak keluar tengok orang lain ka??
dok terperuk dalam "melayu" ni
sampai tak nampak buruk bangsa dan negara lain..

Ada ramai orang macam mereka berdua ni..
bila berkata2 menampak kan 'kebodohan dan kejakunan diri sendiri.

peliknya,orang macam ni dia
hentam bangsa dia
bila dia ada dalam kelompok bangsa dia.
tapi bila dia dok dalam kalangan bangsa dan masyarakat negara lain,
mula la,pantang orang kata melayu gitu gini dah naik angin..

Ludah ke langit dan jatuh kat muka sendiri..
bodoh tak??
hahaha

sekian..



Wednesday, 4 September 2013

IBU DAN ANAK BERKAHWIN DENGAN LELAKI YANG SAMA DAN TINGGAL SERUMAH


Berkongsi suami adalah perkara biasa yang kita lihat di filem dan drama tv. Didunia nyata pun ada ramai yang berkongsi suami atau poligami. tapi bagaimana kalau berkongsi suami dengan darah daging sendiri?pelik kan??itu lah yang terjadi di Bangladesh..

Masyarakat Mandi di Bangladesh memiliki tradisi unik di mana perempuan menjadi pemimpin keluarga. Walaupun begitu mereka masih memerlukan lelaki untuk melakukan kerja-kerja berat.  Tradisi ini sekaligus membolehkan seorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang ibu sekaligus dengan anak perempuan wanita tersebut.



Orola Dalbot yang sudah berumur 30 tahun tidak pernah menyangka lelaki yang akan menjadi suaminya adalah suami ibu kandungnya.Ayah Orola meninggal ketika dia masih kecil dan  ibu nya berkahwin lagi . Oleh sebab lelaki tersebut lebih muda, ibu Orola boleh berkahwin tetapi dengan syarat dia perlu menikahkan anak nya juga untuk lelaki tersebut.ini dilakukan sebagai menggantikan isteri pertama yang akan tua satu masa nanti.





Kekaguman Orola pada ayah tirinya berubah menjadi ketakutan. Awalnya dia ingin lari dari rumah tapi dia tidak boleh meninggalkan ibunya. Apatah lagi dia dikahwin kan sejak kecil malah majlis perkahwinan nya pun dia tidak ingat. Ketika dikahwin kan dulu ibunya baru berusia 25 tahun.



Kini Orola sudah menerima tradisi yang hampir pupus ini dengan hati terbuka. Sekarang dia adalah ibu dari tiga orang anak yang berusia 14 tahun dan 7 tahun dan seorang anak perempun berusia 19 bulan hasil dari perkawinannya dengan ayah tirinya Noten,42. Mereka tinggal dirumah kecil bersama ibu atau madunya yang berusia 51 tahun di mana mata pencarian mereka adalah menjual minyak untuk memasak dan lilin. Selain itu mereka juga memiliki tanah kecil yang ditanam pisang dan nenas.

sekian..

Tuesday, 23 July 2013

JOE DAN UNCLE YANG POSITIF

Assalamualaikum...

Kemarin aku ada tengok video kat youtube
tentang lelaki cina yang nama Joe tu cube berpuasa..
Kagum la sebab dia nak jugak cuba
walaupun kalau dia tak nak buat pun tak de sapa kesah..kan??
tapi ada jugak manusia2 yang pandang negatif dengan apa yang dia buat.



kalau yang pandang negatif tu orang bangsa dan ugama lain
tak pe la jugak..ni orang islam yang berperangai gitu..
bagi depa lelaki ni seolah2 nak persenda kan agama kita dan
anggap puasa ni macam main2 je..

Kita ni bila duduk didalam persekitaran yang negatif
itu yang buat kita asyik berfikir yang negatif saja..
walau orang buat baik jelas dan nyata dia tetap nampak benda tu negatif.
Mungkin bagi dia bila dah namanya bukan islam
orang tu tak boleh buat baik..kalau buat baik itu berpura2 saja..
bagi dia la..tapi pernah tak dia fikir yang bukan islam pun
boleh buat benda yang baik,tak mustahil pun
yang islam selalu buat benda tak baik..

*********

seminggu yang lepas masa suami aku bawak Mikhail jalan2
depan umah ni datang sorang lelaki Cina..tua..
umah dia kat lorong umah aku jugak..
dia datang kat suami aku dan cakap..

"saya mau minta maaf sama sini orang islam ,orang melayu
sebab itu 2 orang cina sudah buat hal.
itu Cina tak pandai pikir.budak2 lagi."

ya Allah..kalau korang boleh tak buat macam tu..?
padahal uncle tu bukan ada pertalian darah pun dengan  ALVIVI tu..
sanggup tak korang minta maaf kat bangsa lain,
bila ada orang melayu dok hina2 bangsa lain?

nanti ada pulak yang fikir,
Cina yang datang jumpa suami aku tu mesti Gila..
tak pun dia dibayar..
tak pun dia tu saja je nak tunjuk baik..
tak pun dia tu sedara jauh depa..
tak pun..bla bla negatif..
negatif..negatif....


sekian..

Tuesday, 2 July 2013

TAIK PENYAKIT

Assalamualaikum..

pernah dengar tak orang sebut "taik penyakit"
sejak dah kawen le baru aku
dengar istilah "taik penyakit" ni,,




Suami aku la dok sebut "taik penyakit"
mula2 ternganga2 jugak apa benda la taik penyakit ni..
lama2 baru paham..

istilah ni untuk orang yang kerap sangt tak sihat..
bukan untuk orang yang sakit kronik
macam darah tinggi+lemah jantung+sakit buah pinggang..
bukan yang macam tu tau..

Ni sakit yang ringan2 tapi kerap..
demam la..batuk .la..selsema la..
lemah2 badan la..

Baru minggu lepas dengar dia demam..
lepas tu kemarin nampak dia
dok pekena teh tarik dengan Roti canai
kat Nasi Kandar Nasmir..sampai berpeluh dahi..

Hari ni lalu depan umah dia..

"Buat apa tu Cik Mah.."

Dia: Dok rehat2 ja..badan tak sihat..sakit la kepala ni..nyut..nyut sampai ke tengkok..

lepas seminggu tengok2 makan angin kat langkawi..

balik2 ja dari Langkawi dengar2 dia demam pulak..

ha!!macam tu la makna Taik Penyakit
menurut kata suami aku....

heheh..korang ada kenal sapa2 yang ada "taik penyakit" nih???

sekian..

Friday, 14 June 2013

BUKAN NAK RIAK

Assalamualaikum...



tadi kan ada terbaca ni kat facebook..

Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni. 

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancung memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy... Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepastu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income rm200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali. 

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak... tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa. Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan. :)

-Khalid Nasi Lemak kukus Bachok, Kelantan-

aku copy je ...
pendapat aku..erm....
dalam tak sedar dia sendiri pun dah riak dan menunjuk2..

tak baik dok canang keburukan adik beradik kat orang..
kan??

sekian..

Friday, 22 March 2013

SUKA BETUL PERLEKEHKAN ORANG LAIN.CER INSAF...

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua...
selera orang lain2..
Bukan selera makan je..
tapi selera berfesyen,berhibur,bercuti..
masing2 tak sama...

Jadi bila tak sama tu jangan la
pulak kita pandai2 nak ajar orang ikut selera kita..

Dengar je jiran bercuti kat Langkawi..

'ala..Langkawi bukan best..pergi genting la syok..tak payah la ke Langkawi tu"

eceeh.. tu selera ngko..
dah jiran tu nak ke Langkawi jadi masalah pulak kat ngko ye..

bab berfesyen..

"ko pakai tudung Bawal je..sekarang orang dah tak pakai bawal ni..
esok tukar la..ko pakai tudung oren ni.."

Lantak dia la..dah dia selesa dengan tudung bawal tu..
tu mujur seluar dalam dia tak check..kalau idak
seluar dalam orang pun dia nak salin kan..

bab berhibur...
"apa kelas la ko dengar lagu kpop nih..
budak2 tak cukup akal je dengar kpop..cer dengar muik metal ni.."

ohoi...sampai kan dalam telinga orang pun ngko nak ubah??
ko nak lekeh2 kan citarasa orang??
betul2 sakit la ngko nih...

Bab makan...

"petai??jering??uwelkkk..nak muntah aku..
aku tak suka la benda2 gini...makan macam orang kampung je..
cer try sama makanan barat kat hotel2 yang ada bintang tu...
sekali rasa mesti ko tak nak dah ulam2 kampung nih.."

dalam tekak orang pun ngko nak control..
ngko dah tak de kerja lain ke...

selera orang lain2 ye..
ulang lagi..selera orang lain2..
aku ulang lagi..selera orang lain2...

ni kalau tak paham jugak tak tahu la...
berhenti la memperlekhkan orang lain...
kau rasa kau hebat??kau ada klasss???
tak de masalah..orang pun tak rasa citarasa ngko tu satu masalah..
tapi pelik pulak bila citarasa orang jadi masalah kar ngko..

korang pernah jumpa tak manusia yang suka perlekehkan orang lain nih..
cer blogwalking..mesti jumpa..kehkehkeh..

##tubelumbabgadgetbabwarnakegemaranbabnamaanaksemuajadimasalahkatdiahahah

sekian..

Thursday, 30 August 2012

BILA TUA NANTI.....

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
dah lama tinggal blog nih..
sibuk dengan raya..hahahah.
(ye la tu..padahal beguling depan tv je..)

semalam pergi check perut..
nurse kat sini cakap "check perut".hehheheh..
air kencing je kotor..
kurang minum air masak..
mana tak nya..pi raya mana2 umah dok hidang air manis je..
balik umah pun tekak rasa tak raya je bila
minum air masak..hahahha..

masa aku nak balik tu,dok tunggu suami datang jemput,
ada sorang pakcik india
dok depan pintu klinik tu..
mana2 lelaki yang lalu mesti dia tanya..
"balik nanti boleh tak saya tumpang "
rupanya dia datang pagi tu pun tumpang orang..
jadi nak balik kena jugak la tumpang orang..

paling nyampah kat sorang lelaki c*** tu boleh jawab gini..
"u tengok saya baru mau masuk sini...
saya tak dak senang..."
kalau ye pun tak boleh,cakap la baik2...
pakcik india tu bukan nya
letak pisau kat leher sambil suruh hantar dia balik..
kalau mai p.pinang ni boleh jumpa ramai bangsa nih yang kurang ajaq.
tapi bukan semua tau...

kesian tengok pakcik tu sebab kaki dia bengkak..
kencing manis kot..
terpikir jugak aku..
mana la anak2 dia..
mungkin dia tak de anak..
mungkin anak dia kerja...
macam2 mungkin lagi la yang aku dok pikir...

tetiba je datang sorang amoi ni tanya dia rumah kat mana.
amoi tu nak hantar dia balik..


baik amoi ni...

bayangkan la bila kita tua nanti,
bila sakit terpaksa pi klinik sendiri..
anak2 tak de...
tak pun sibuk kerja..
sedih...
jadi pada yang ada anak tu
didik la baik2 supaya satu hari nanti
depa tak berkira setakat nak bawak kita pi klinik..kan??

sekian...

Thursday, 19 April 2012

LELAKI RASA BANGGA HEBAT DIRANJANG

Assalamualaikum...

Terkejut baca satu berita hari ni..
korang pun mesti dah baca..kan??
pelakon muda yang umur 24 tahun tu mengaku
pernah tiduri 500 wanita.
dia juga mengaku pernah tidur dengan 5 wanita dalam semalam saja.
aih..apa la nak dibangga2kan dengan
perkara2 macam tu..kan??

pelakon tu bukan orang islam.....
kalau orang islam ada juga yang selalu
berbangga dengan benda2 yang tak sepatutnya..
tapi korang perasan tak
orang lelaki cukup suka menunjuk2 yang
dia hebat diranjang.

ye..kalau betul hebat pun tak payah canang la..
diam2 sudah.ada setengah tu siap
cerita kat surat kabor lagi..
memang la tujuan nya nak jual ubat je..
tapi cerita lebih2 nak buat apa.

bila cerita2 tak ke yang dengar tu membayang kan apa yang dia cerita??
dah jadi benda lain pulak.
ada juga yang dah tua lepas tu bila
berbual dengan yang muda2..mula la...

"pakcik dulu jahat...
mana2 perempuan yang pakcik nak semua pakcik dapat..
ayat2 sikit,belanja makan ,lepas tu bawak balik rumah.."

yang muda bila dengar..
dia tak peduli pun walau hujung penceritaan pakcik tu
ada bagi nasihat dan kesan2 tak elok bila buat jahat pada perempuan..
yang muda2 tu cuma seronok dengar pembuka cerita tu je..
berapa orang la yang nak nak ambik nilai2 nurni dalam cerita pakcik tu..??
1/10 ada la..kot!yang lain...??ermmm

rasanya kalau betul2 hebat baik tunjuk kat bini je la..
tak payah cerita kat orang.
yang belum kawen,kalau betul2 hebat kawen la.
jangan bazirkan kehebatan yang tuhan bagi..

sekian..

Tuesday, 3 January 2012

MINTA MAAF??TAK PAYAH LA..BUKAN AKU SENGAJA..

Assalamualaikum...

Pernah tak dengar atau berdepan situasi gini..

A:tak baik kau mengata dia..kena minta maaf ni..

B:ala..aku tak sengaja la..

A:Jadi tak nak nak minta maaf la..

B:bukan aku sengaja pun..

Oh..kalau tak sengaja tu
maknanya tak payah minta maaf la ye???
aduhai..tak perlu la kita nak minta maaf hanya
bila kita ada sebab..
tak de sebab apa pun tak salah kita minta maaf...

Maklum je la..kita ni manusia biasa saja..
ada salah yang kadang2 kita tak sedar...
jadi jangan malu untuk minta maaf..

jangan sangka walaupun kita tak pernah
bergaduh bermasam muka
dengan kawan baik kita itu bermakna
kita tak de buat salah dengan dia..

sekian....

Sunday, 1 January 2012

JOM KITA SEMBANG2 PASAL SEKS NAK TAK??

Assalamualaikum..

Bila bercakap tentang seks secara
terbuka tak semua orang rasa selesa..kan??
di negara barat bercakap tentang seks secara terbuka mungkin
tak jadi kejanggalan pada mereka.

tapi berbeza dengan kita..
walaupun nak bertanya pada ruangan
pertanyaan soal2 seks di suratkhabar pun kita akan gunakan nama samaran..
tak kan sesekali guna nama betul..kan??

"kawan saya dia kata
sewAktu melakukan hubungan seks..bla bla bla...."

nampak??dia kata kawan dia..
dia tak kata diri dia..hehehe.
itu maknanya masih ada malu2 tu..

perlu ke terbuka ni???
tak perlu rasanya...
kalau nak bercerita sekadar suka2
tak perlu la..
tapi kalau masalah seks yang serius
pergi la jumpa pakar,bincang berdua saja dengan
doktor tu..
tak perlu la sampai
bercakap dalam dewan sambil pegang mic.

tak perlu la sampai nak
jadikan matapelajaran kat sekolah..
oRang dulu2 pun tak payah belajar tentang seks.
kawin2 je tau la dia nak buat apa.
tau la dia cemana cara nak hasil kan anak..
tau la dia kat mana boleh masuk
kat mana yang tak boleh.

bagi aku la..
dari sibuk2 nak suruh masyarakat terbuka
dalam membicarakan tentang seks di sekolah dan dalam kehudupan kita ni
baiklah kita kuatkan lagi
pengetahuan agama pada anak2 kita.
sekolah agama tu banyak kan lagi.

sekian.

Friday, 30 December 2011

BUAT-BUAT LUPA..

ASSALAMUALAIKUM...

MEMANGNYA KALAU BERHUTANG DENGAN ORANG,
KENA TUNGGU ORANG MINTAK DULU YE BARU NAK BAYAR??

SELAGI TAK MINTAK SELAGI TU LA
TAK BAYAR..

ORANG TAK MINTAK SEBAB ORANG INGAT
TAK NAK MALUKAN KITA.

TAPI KITA SEBAGAI ORANG YANG BERHUTANG
KENA LA TAHU BAYAR BILA TIBA MASANYA..

EH!!INGAT BILA KITA BUAT MUKA TAK INGAT TU,
ORANG TU PUN TAK INGAT YE???

BILA BERHUTANG JANGAN BUAT2 LUPA YE..
KALAU KITA LUPA ATAU BUAT2 LUPA ORANG AKAN FIKIR
KITA TAK PERNAH BERNIAT PUN UNTUK MEMBAYAR..
KERANA KITA MERASAKAN HUTANG
ITU SESUATU YANG REMEH SAJA.

SEKIAN..

Thursday, 29 December 2011

JANGAN BERLAGAK SUCI LA...

Assalamulaikum...
selamat pagi semua...sihat ka??

Untuk ibu2 dan bapak2...:P
...kita semua pernah remaja kan??
masa kita remaja tu kita
mesti pernah buat silap.tak kira la silap kita tu
sekecik kuman atau sebesar gajah.

Jadi bila kita sendiri pernah berada di tempat remaja2 tu
kenapa kita perlu hina mereka ye..

"budak2 sekarang ni b*d** la..
benda salah gini pun nak buat.."

"kau ni minah macam pompuan j*l*N*
aku nampak kau naik motor dengan jantan.."

aduhai..perlu ke kita
sembur mereka macam tu??
tak boleh ke nasihat baik2
sesuai dengan usia dan status kita yang taraf ibu ayah ni..??

pagi ni aku buka je facebook
nampak ada rakan yang upload gambar
gadis tunjuk jari hantu.
punye la banyak kata2 tak baik untuk gadis tu..
tak de satu pun nasihat yang elok..
yang taraf bapak2 orang pun tau nak memaki je..

agaknya hari2 mulut tu
dok sebut yang tu je kot...

*

sekian..