Skip to main content

Posts

Showing posts with the label masakan

SARAPAN YANG BOLEH DISEDIAKAN MENGGUNAKAN ROTI

Assalamualaikum...



Kalau masa cuti sekolah sebelum ni masak untuk sarapan pagi pun lewat.Tapi bila anak-anak dah start sekolah  pagi-pagi lagi dah kena memasak .

Tapi anak-anak saya kalau sarapan pagi cukup dengan roti canai atau roti.Tak la susah sangat nak menyediakan nya.

Oleh sebab anak-anak saya sangat cerewet bab makan ni , banyak juga hidangan yang saya sediakan adalah yang menggunakan roti.



Sebab roti ni memang diaorang makan,.Jadi apa-apa hal pun roti kena ada..kemudian baru kita fikir nak jadikan roti ni sebagai apa.

Saya kongsikan jenis makanan dan masakan yang boleh korang buat dengan menggunakan roti yang mesti anak-anak korang akan suka.Tak la diaorang boring je hari-hari makan roti sapu kaya.


-Puding roti
Banyak versi puding roti ni.Ada yang bakar dan ada yang kukus..Saya buat buat puding biasanya  kosong je..ada juga yang tambah prune, tambah jagung , hirisan starawberri atau badan..macam-macam benda lagi boleh letak.Kalau pelbagaikan resepi puding roti ni memang tak …

BLOGGER SAJA YANG TAHU KEADAAN DISEBALIK GAMBAR YANG CANTIK DIBLOG-BLOG MASAKAN

Assalamualaikum...




Korang mesti selalu tengok gambar2 yang  cantik di blog-blog masakan dan tertanya-tanya bagaimana gambar tersebut diambil . Tahu tak bagaimana   keadaan sebenar disebalik  gambar tu??hahhaha..saya akui la bila nak ambik gambar makanan misal nya jenuh jugak nak menyusun benda2 dalam pinggan tu..Bila orang tengok gambar hidangan tu orang tak tahu pun sebenarnya masa gambar tu diambil anak tengah bergaduh berebut remote tv, pinggan kotor masih belum cuci , dan dapur pun belum siap kemas. Jom kita tengok gambar2 disebalik kejadian gambar yang cantik yang selalu korang tengok di blog-blog masakan dan instagram milik blogger-blogger masakan ni..









Kadang2 nak ambil gambar mee kari dah snap baru perasan telur nya terbalik atau tak nampak daging dan sebagainya..Lepas tu kena snap lagi, dan lagi..snap 10 kali tapi yang post kat Ig dan blog hanya satu gambar saja..Sampai suami tanya banyak nya ambil gambar..gambar sama je pulak tu..hehehe..

sekian..

7 BAHAN DI DAPUR YANG ANDA BOLEH GUNA UNTUK MELEMBUTKAN DAGING

Assalamualaikum...



Saya nak kongsi dengan awak semua
7 bahan yang kita boleh guna untuk melembutkan daging.
Biasa nya yang liat ni macam daging ayam kampung
dan kadang2 kita risau daging yang kita masak tu
tak lembut,kita pun guna beberapa cara untuk melembutkan daging tu..

Nah..ini dia bahan-bahan
yang awak boleh gunakan untuk melembutkan daging


daun betik- ambil beberapa helai daun betik.ramas bersama daging dan bungkus daging tersebut dengan daun betik selama 30 minit,kemudian bilas hingga bersih dan boleh di masak untuk apa hidangan yang anda mahu.buah nenas- parut nenas dan lumur keseluruh daging.perap selama 20 minit.bils hingga bersih dan boleh dimasakcuka epal- rendam daging didalam cuka epal selama 1 jam.kemudian bilas.buah kiwi - perap daging bersama kiwi yang dihancurkan .bersih kan selepas 20 minit dah boleh la di masak apa hidangan yang anda gemari.pati lemon- lumur daging dengan pati lemon selama sejam setengah kemudian boleh la di masak.tomato- lumur dengan daging selam…

TIPS MEMILIH LOYANG KEK UNTUK NEWBIE

Assalamualaikum...





Masa mula2 nak belajat buat kek dan biskut dulu saya memang minat betul beli barang2 baking ni..Beli loyang la,beli mixer,beli macam2 lagi la..sampai la sekarang saya rasa ada setengah2 benda tu tak payah beli pun tak pe..dan ada setengah barang tu memang boleh pakai kejap je..lepas tu dah tak boleh pakai lagi.Contohnya Loyang kek.Kena bijak memilih loyang.bukan main beli je..

Jadi hari ni saya nak kongsikan tips2 memilih loyang kek  untuk  kawan2 yang baru2 nak belajar buat kek

1-setiap resepi berbeza saiz loyang nya..ianya bergantung kepada sukatan bahan jadi saiz loyang sangat penting. Kek ,roti,puding dan biskut pabila dibakar ianya bebeza rujuk resepi anda sebelum memilih loyang




2- Periksa saiz sebenar ketuhar anda sebelum membeli loyang supaya ianya sesuai dan muat untuk masuk.ianya temasuk ukuran tinggi dan lebar ketuhar anda.


3- beli loyang mengikut kuantiti yang anda perlukan. Jika anda merancang untuk membuat lebih dari satu hidangan anda memerlukan mungki…