Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, 13 November 2018

INI SEBAB MENGAPA ANDA SELALU BERBELANJA LEBIH DARI YANG ANDA RANCANG



Sebelum keluar berbelanja barang dapur dah jadi kewajipan pada kita untuk senaraikan apa barangan yang akan dibeli. Saya sendiri pun macam tu la. Buat list dan simpan dalam phone supaya mudah nak beli barang nanti. Tak de la terlupa beli atau terlajak beli.

Tapi bila dah sampai ke pasaraya tu , macam-macam benda lain yang tak de dalam senarai yang kita nampak menarik dan perlu beli.Sudahnya dari bajet RM300 terus jadi RM500 .

Tapi itu dulu la..Sekarag dah makin bijak berbelanja dan makin faham cara nak kawal diri supaya tak membeli barang yang tidak ada dalam perancangan.

Perbelanjaan terbesar setiap bulan bagi kebanyakan keluarga ialah berlanja untuk groceries. Setiap hari kita kena makan jadi tak de sebab kenapa kita tak perlu beli groceries.

Lain la kalau orang bujang yang memang tak memasak kat rumah. Hari-hari makan di kedai , jadi bajet untuk barangan runcit tak ada. Tapi kalau difikir-fikirkan kos nya tetap sama macam beli barang runcit untuk satu keluarga.

Jadi apa punca sebenar kenapa bajet membeli jadi berlebihan dan bagaimana cara nak mengatasinya?"-




1. KURANG PERANCANGAN
Kita tak boleh masuk satu kedai tanpa membuat perancangan dan membeli dengan hanya mengagarkan saja berapa jumlah yang akan di bayar.

Penting untuk korang senaraikan apa menu yang akan korang masak dalam minggu tersebut. Kemudian mula buat kira-kira dan senarai groceries yang akan dibeli. Tapi tak ramai yang buat macam tu.Kebanyakan dari kita akan pergi ke pasaraya kemudian dia ambil barang-barang yang setiap bulan dia beli.

Contohnya : beras, minyak masak, bawang dan beberapa bahan asas. Lepas tu sampai masa nak masak baru la dapat idea nak masak apa. Bila check barang tengok-tengok ada bahan yang tak de. Terpaksa keluar berbelanja lagi.

Sedangkan belian yang sebelum nya kita dah habiskan sejumlah wang yang kita dah bajetkan untuk perbelanjaan dapur.

Kan dah rugi namanya tu...

So lepas ni kalau nak senaraikan barang dapur yang akan dibeli , kena fikirkan juga apa menu dan hidangan yang akan kita masak.



2. PETI SEJUK YANG BESAR
Bagi wanita yang dah bekeluarga , peti sejuk sangat penting. Kalau boleh nak peti sejuk yang besar dan ada banyak ruang. Boleh letak macam-makan dalam peti sejuk yang besar.

Memang bagus kalau ada peti sejuk r sebab makanan boleh tahan lama dan menjimatkan wang kita. Tak payah kerap makan di luar.

Tapi ada setengah orang tak tahu nak manfaat kan peti sejuk mereka. Mereka membeli semata-mata memikirkan ada banyak ruang kosong di dalam peti sejuk yang perlu di isi.

Bila dah terlalu banyak barang yang dibeli pasti ada bahan masakan yang sudah luput tarikh, sayur yang sudah tidak segar, dan bahan mentah yang sudah tidak boleh dimakan.

Sebaiknya beli barang yang mentah seperti sayuran, ayam, daging, udang atau makanan laut dalam kuantiti yang sedikit. Untuk makanan seperti nuget, kentang , sosej , mayonis dan makanan lain nya perlu lah di teliti tarikh luputnya.

Kalau korang yakin tidak mampu menghabiskan semuanya dalam masa 1-2 minggu, korangperlu menghadkan pembelian nya.

Peti sejuk juga tidak perlu di penuhi dengan barang kerana peti sejuk memerlukan ruang yang mencukupi untuk pengudaraan. Jika sarat dan terlalu banyak  susah untuk bahan makanan dalamnya menjadi sejuk malah kita juga akan menggunakan lebih banyak elektrik.


3. TERPENGARUH DENGAN MUSIM JUALAN MURAH
Ketika membeli belah pada musim jualan murah kita memang akan mudah terpengaruh untuk membeli barangan yang tidak penting dan yang kita tidak perlu.

Bila kita tengok harga barangan tu murah , terus kita beli sebab kita fikir "Bukan selalu dapat harga murah macam ni.." padahal barang tu korang tak perlukan pun. Tak guna kalau setakat harga nya murah tapi terbiar je dalam rumah kita tanpa disentuh.




Saya suka keluar membeli barang dapur dengan suami saya sebab bila saya nak ambil sesuatu barang , saya akan minta pendapat dia sama ada perlu atau tidak saya beli benda tu. Saya tanya dia "makan tak benda ni kalau saya masak.."

Anak-anak saya pula memilih makanan jadi kena bijak membeli dan tahu apa yang perlu dibeli atau tidak. Risau kalau dah beli tiba-tiba anak kata tak suka benda tu. membazir .Jadi bila nak beli barang dapur tanya juga pendapat ahli keluarga kita.

Bye..

Thursday, 1 March 2018

MAKAN SOSEJ YANG DIBELI DI TEPI JALAN,LIHAT APA YANG DI ALAMI KANAK-KANAK

Anak-anak saya suka makan benda yang sama dari tempat yang sama dan kadang-kadang saya rasa ianya macam satu kelebihan juga pada saya. Anak-anak saya tak terkena alahan sebab saya cuma beri mereka makan benda2 yang mereka selalu makan sahaja.

Memandangkan sekarang ni anak-anak kita mudah sangat terkena alahan yang berpunca dari makanan, nak tak nak kita kena berhati-hati dalam memilih makanan untuk mereka terutamanya bila kita nak cuba beri makanan baru . 

Baru-baru ni ada perkongsian pengalaman dari seorang ibu yang menghadapi pengalaman ngeri apabila wajah anaknya berubah menjadi bengkak dengan tiba-tiba sampai melarat ke bahagian badan. Ianya berpunca dari alahan pada makanan..

Jom kita baca perkongsian dari seorang ibu yang dikenali sebagai  Dyla




"Mommy, kalau tetiba anak merengek tengah malam tu cepat - cepat bangun bukak lampu tengok keadaan anak. Bukan tepuk - tepuk dia suruh dia tidur balik.


Sebab apa aku pesan macam ni, sebab benda ni terjadi dekat aku sendiri. 


Ahad (Malam) anak aku merengek - rengek. Dia panggil aku tapi aku suruh dia tidur then tepuk - tepuk dia tapi dia still merengek lagi. So, aku cakap " go dekat daddy " di sebabkan husband aku tak tidur lagi so, dia pun pergi dekat husband aku.


Bila dia pergi dekat husband aku dia still merengek lagi tapi husband aku peluk - peluk dia then dia still erk ork erk jugak. Husband aku buka lampu husband aku tengok muka anak aku separuh dah bengkak.


Husband aku terus kejut aku suruh tengok anak then suruh siap - siap nak pergi hospital. Muka anak aku separuh dah bengkak macam 'jatuh'.  I cry cry cry cryyyyyyyy.




Sampai hospital muka anak aku jadi macam ni. Register pun nak kena tunggu lama. Nak tunggu doctor lagi lah lama. Aku dah risau  anak aku punya muka makin bengkak. Aku decide redah je bilik doc suruh check dengan segera.




Masuk bilik doctor, doctor check - check dia cakap kemungkinan allergic food atau kena gigit serangga (not sure) tapi dia bagi ubat sejenis pill suruh anak aku makan.  Sampai rumah aku bagi anak aku makan but tengahari still  bengkak lagi






Aku tak sanggup dah tengok anak aku macam tu, aku dengan husband aku decide bawa pergi klinik biasa. Doc tu check dia cakap kemungkinan allergic dari bulu haiwan. Masalahnyer sekarang aku tak pernah bela haiwan. Kucing pun aku takut weyyy. Macam mana ni?


Takpe aku positif je lah. Haiwan tu mungkin aku lah tu. BUT NO NO NO! Aku malas bantah cakap doctor aku iyakan je. Balik rumah aku cari jugak mana haiwan kot ada tersorok celah² meja. Tapi takde.


Klinik bagi 2 jenis ubat syrup dan 1 ubat sapu. Aku bagi anak aku makan ubat tu dan sapu sampai malam. Tak tidur wey aku berjaga sampai ke pagi. Tetiba aku tengok badan, kaki, tangan anak aku naik lagi bengkak.



Bila aku suruh anak aku jalan dia cakap ' ouchh sakit ' so, betul lah dia sakit sebab kaki dia bengkak. Pagi tu aku terus direct pergi hospital KPJ tawakkal jumpa doctor pakar ..




Then, doctor cakap anak aku kena "urticaria" sejenis skin allergic mungkin dari food. Bila aku teringat balik last aku bagi dia makan sosej kedai yang tepi jalan tu jual. Aku silap. Betul - betul silap.




Menyesal aku tak sudah bagi anak makan makanan yang jual tepi jalan. Benda dah jadi so, aku belajar dari kesilapan. Lepasni sorry lah aku tak kan bagi lagi anak aku makanan macam tu. Sorry.


Lepasni mommy uolls kena pantau anak. Makan tak boleh bagi sesuka hati. Dan, aku nak pesan jugak orang luar jangan sesuka hati nak bagi anak orang lain makanan tanpa minta izin parents dia.



So, now anak aku dah ok. Badan dia tak bengkak - bengkak bila makan ubat dari hospital semalam. And, now mommy happy tapi still menyesal jugak. Alhamdullilah. 
.
"Sorry ayang, mommy bersalah. Harap ayang tak marah mommy. Mommy love ayang". -Dyla

Kesian anak dia.. sampai tak boleh jalan tu yang sedihnya. Budak2 waktu ni la dia nak melasak, tetiba sakit kaki . Mana la tak sedih..kan?

So mak ayah kat luar sana , hati-hati kalau nak belikan anak makanan dari luar. Jangan bagi benda2 yang anak tak biasa makan atau yang kita beli dari tempat2 yang kita tak tahu anak kita ok ke tidak dengan makanan tu..

kadang-kadang kita tengok sebelum ni anak kita ok je kalau bab makan ni, bagi  apa je dia boleh makan tapi jangan terkejut kalau tiba2 je anak kita makan satu benda yang dia pernah makan, tapi jadi jugak alahan..

Mungkin benda yang kita bagi tu rupa je sama tapi bahan yang terkandung dalam makanan tu entah apa-apa je.. Kita pun tak pasti..

sekian.


Thursday, 13 October 2016

KHASIAT BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN MENGIKUT WARNA

Assalamualaikum...




Anak-anak saya paling tak suka makanan warna hijau..Kalau warna hijau ni aiskrim pun diaorang pandang pelik..Apa lagi kalau sayur atau buah..Kebanyakan kanak-kanak memang tak mahu makanan warna hijau..Tapi jangan risau..makanan yang berwarna selain dari hijau pun banyak khasiat nya.Hari ni nak saya nak kongsikan dengan korang khasiat yang berwaran warni ni..



Lepas ni kalau anak tak mahu makan sayur hijau boleh la bagi makan makanan lain yang khasiatnya tak kalah juga.

sekian..

Tuesday, 26 April 2016

TC BOY MEMUDAHKAN ANDA MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN .

Assalamualaikum...



Saya ni walaupun suri rumah saja tapi saya usaha juga untuk memasak dengan ringkas, cepat tapi sedap..maklum la..banyak kerja oi nak buat..Bila  memasak ni sebagai ganjaran  juga la untuk anak2 dan suami serta diri sendiri..sebab tu bila masak , kena masak sedap2...masak cincai2 tak sedap , macam bergaduh laki bini nak buat apa..kan??siksa tekak sendiri je..ahahahh..Sebab tu la saya pilih TC Boy.Semua masakan kegemaran jadi sedap,.



Salah satu yang jadi kegemaran kami anak beranak dah tentu la laksa .Meh nak tunjuk ni laksa yang dimasak menggunakan sardin TC Boy.Makan bertambah2.Rasa nya macam guna ikan segar..Tak de hanyir sardin.Tak payah dah nak buang2 tulang.buang masa je,.Guna sardin TC Boy je.Untuk resepi klik sini 



Yang kedua nya menjadi kegemaran anak2 ialah Pizza Tuna TC boy .Topping nya guna Solid Tuna in Extra Virgin Oil.Tuna yang padat di dalam tin kaya dengan rasa minyak zaitun.Sesuai untuk dijadikan topping pizza..Nak resepi tengok kat sini.


Paling mudah dan cepat! Tuna in mayonnaise ni dalam dia ada jagung jugak.dan ada hirisan lobak.Memang berkhasiat.Sesuai untuk anak-anak kita yang mana susah sangat nak makan sayur tu.Dalam satu tin ni je ada khasiat lengkap .Tapi bagi saya memang suka kalau diletak kan tomato, alas pulak dengan daun salad dan hirisan timun.wah!!masa makan bunyi rangup je...hahah..


Dan yang last sekali..Makanan kegemaran rakyat Malaysia..Karipap dengan inti Tuna .Untuk karipap saya gunakan Solid Tuna in Sunfloower Oil. Isinya besar2 tau..memang puas hati sangat la..saya jamin ramai yang akan suka Solid Tuna in Sunfloower Oil.  ni sebab selain karipap boleh juga di letak kan dalam bubur nasi...di buat sambal dan macam2 lagi..Nak resepi karipap ni klik sini 

Mudah kan bila ada produk TC BOY?Dah la sedap , lepas tu kita boleh guna untuk setiap makanan kegemaran kita.Jadi mudah dan cepat...

sekian..

Sunday, 20 September 2015

UNTUNGNYA SIAPA YANG SUKA MAKAN MAKANAN PEDAS

Assalamualaikum...



Rasanya ramai kot yang tahu kalau makanan pedas ni boleh membakar lemak2 dibadan kita.
Agaknya sebab tu saya gemuk..
saya kurang gemar makanan yang pedas2 sangat ni..
lagi2 kalau pedas2 manis ,..lagi la saya tolak..
Ok je kalau makanan ada cili tapi tak mau yang pedas sampai
sambil makan ada keluar bunyi.."sssss.....sss..."
heheheh..rimas la nak makan kalau pedas sampai macam tu...
takut pedih perut pun ye...:)

Tapi perasan tak kawan2 kita yang suka pedas tu
mesti orangnya aktif dan agak ramah,..kan?heheh..
Ni antara kebaikan makan makanan pedas.

. Menurunkan berat badan

. Menyihatkan jantung

. Mencegah kanser

. Menurunkan tekanan darah

. Memperbaiki mood

. Mencegah Parkinson

. Melancarkan pernafasan

. Memperbaiki fungsi pencernaan

. Menghilangkan Gejala Flu

. Penyembuh Luka

. dapat meningkatkan nafsu makan

. mengatasi ketidaksuburan (infertilitas), afrodisiak, dan memperlambat proses penuan

. Untuk gangguan rematik dan frostbite

. Mengobati perut kembung.

. Memberikan kalsium dan fosfor bagi tubuh

. menghasilkan vitamin C



Bagus la kalau suka makanan pedas2 ni..
tapi ada jugak buruk nya contohnya macam
sukar tidur malam, dan gastrik .

Awak2 yang suka makan makanan pedas tu
rasanya entry yang satu ni mesti awak suka..
sebab awak pun macam yang dikatakan..kan??
cepat mengaku..ehheheh


Tuesday, 7 July 2015

BUKAN SEMUA MAKANAN YANG DIJUAL TU TAK BERKHASIAT

Assalamualaikum...



yeayyy..hari ni Pulau Pinang cuti...
Boleh le ajak suami pi beli barang2 nak buat kuih raya nih..
erm.tak tahu lagi nak buat kuih apa..
saya nak senarai kan dulu apa
kuih yang nak dibuat lepas tu baru tahu apa barang nak dibeli..

Saya nak buat biskut yang boleh anak saya makan..
yang pasti kurang manis dan ada kekacang..
yang coklat2 ni tak mau la..
Sebab anak2 saya kalau jumpa coklat memang tak dapat nak kawal.

sebab tu nak buat sendiri je..
Lebih sehat sebab bahan2 tu kita yang kawal..

lagipun kita sendiri tau anak2 kita
suka biskut yang macam mana..
tak de la jadi macam tahun lepas..beli 2,3 balang tengok2 anak tak suka biskut tu..
rupa je cantik tapi rasa tak sedap..

Bukan setakat sedap tak sedap je yang kita kena ambil kesah..
tapi bab khasiat nya juga perlu
dititik berat kan.



Bukan semua makanan yang dijual kat luar tu
tak berkhasiat..
ada yang berkhasiat dan
memang patut kita cuba..
contohnya macam yang dalam senari di sini..
(klik)ramai yang tak tahu tentang ni..Rugi nya....

sekian...