Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, 23 November 2015

INI CARA YANG BETUL UNTUK MAKAN KEPAK AYAM

Assalamualaikum...



Ada orang kata tak elok makan kepak ayam..
Tak elok kalau makan hari2 sebenarnya..
kalau makan sebulan sekali tak pe kot..hehehhe...
Alasan tak boleh makan kepak ayam juga
dikatakan kerana ayam di suntik steriod dibahagian kepak nya..

Tapi bagi saya la..
bila ayam tu disuntik di kepak bermakna
seluruh bahagian ayam tu terkesan dengan steroid
.bukan dibahagian kepak nya sahaja..

kalau kepak ayam paling sedap bila di goreng.
Saya pulak kalau beli ayam seekor tu,
bahagian kepak ayam tu biasanya saya buat sup je..
kalau goreng tak laku la kat rumah ni..

Satu lagi bila dibuat rendang..
wah..bahagian kepak la paling sedap bila dibuat rendang ayam.

Saya pernah juga bila pi beli ayam kat pasaraya
saya nampak orang yang pilih kepak je ..
Mungkin dia penggemar kepak ayam goreng.
Agaknya satu rumah suka kepak ayam..
hati2 tau..takut gemuk..:p



Kat rumah saya ni anak2 tak suka kepak ayam goreng
sebab ianya susah nak di makan..
pada siapa2 yang rasa makan 
kepak ayam sangat susah nak dimakan 
boleh la baca entry ni.
Dia tunjuk kan cara2 betul macam mana 
cara untuk makan kepak ayam.

Bila saya baca entry ni terus tekak ni
teringin nak makan kepak ayam goreng.
nampak sedap la pulak..ekekek..

sekian..


Tuesday, 23 June 2015

BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN BUFFET MEMANG SATU PEMBAZIRAN

Assalamualaikum..




Bulan puasa tahun ni saya tengok kat insta tak ramai yang post gambar makanan..
malam2 baru nampak..kalau siang2 memang tak la..
Biasanya kalau siang2 ni blogger2 la yang post gambar makanan..
Hidangan2 buffet yang "erm.."sangat..hahhaha
Tuntutan kerja..nak buat cemana..dah dibayar tak reti2 nak buat kerja??
hahahhah..

Cakap pasal Buffet..
saya tak berapa gemar dengan buffet..
Bagi saya buffet ni membazir la..
walaupun ada yang kata.."murah..sempena ramadhan.."
tapi saya tetap kata ianya membazir.
walaupun bukan hari2 pun kita berbuka dengan cara tu..
tapi pendapat saya ianya membazir...

kalau masak sendiri boleh makan sampai sahur..
tapi kalau buffet habis kat situ je la..
seorang bayar paling murah belas2 ringgit jugak..
tak kan nak pi makan sorang..
bawak anak isteri , mak  dan biras..heeheh
.habis paling sikit pun tak sampai seratus la..
tapi bagi saya yang kedekut ni ianya membazir..


lagipun saya tengok suami dan anak2 saya
tak sesuai dengan hidangan buffet2 ni..
sebab jenis makan sikit je..hahhah..
maisara kalau makan nak kuah dengan ayam goreng je..
suami pulak kalau ada daging lauk apa pun tak mau dah..
saya pulak jenis makan nasik dengan ikan goreng dan sambal belacan je..
jadi nampak tak berapa ruginya kalau nak ber buffet2 nih??
lepas makan nasik nak dessert???
oh tidak...cukup minum air masak..\
nak dessert2 tunggu la beberapa jam nanti..
tu pun kadang2 tak lalu dah...
hahahah...

Tapi mengikut trend semasa
memang ramai yang teringin nak berbuka diluar
dengan hidangan buffet...
pengalaman masa berbuka di sebuah restoran yang menyedia kan
hidangan buffet dulu memang saya akui restoran tu memang
dapat sambutan sebab trend zaman sekarang..kan??
tapi yang tak best nya bila kita dah bayar,kita makan sikit..
kita rasa nak tunggu kejap lagi la..dalam 15 minit nak makan itu ini pulak..
lepas makan tunggu lagi..tunggu..tunggu...
padahal makan cuit2 je..
tunggu punya tunggu..dok buang masa kat situ je..
dan silap2 tak pi terawih la nampaknya..heheheh

Eh..ni entry pasal  saya tau.,bukan saya kata awak tak boleh
berbuka dengan hidangan buffet..


sekian..