Skip to main content

Posts

Showing posts with the label makan-makan

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

SUASANA BEST DAN TENANG SAMBIL MAKAN CENDOL BULUH , PADANG TEMBAK , LUMUT

Hye Semua..
Panas-panas macam ni kalau dapat cendol semangkuk memang sedap la. Teringat minggu lepas masa jalan-jalan kat Lumut dengan family ternampak kedai jual cendol ni. Namanya Cendol Buluh. Terletak di Padang tembak Lumut. Kalau jalan nak balik dari Teluk Batik atau Marina Island tu boleh nampak kedai ni kat tepi jalan je. 


Tapi sedap ke Cendol Buluh ni??
Masa mula-mula nampak papan tanda Cendol Buluh ni kami agak mungkin cendol ni ada kena mengena dengan buluh.Mana la tahu kalau dihidangkan dalam buluh atau ada buluh dalam cendol..hahaha..







Tapi sangkaan tu meleset ye tuan puan.. Tak de buluh langsung yang sampai pada kami. Cendol nya hanya di hidangkan dalam mangkuk biasa je. Gambar buluh pun tak de kat mangkuk tu..
Mungkin sejarah kedai ni ada kaitan dengan buluh tak pula kami tanyakan pada tuan punya kedai..next time la..hahhaha

Macam ni la Cendol yang kami pesan..Kami order Cendol Pulut 11 mangkuk. Semua makan 1 mangkuk sorang je memandangkan sebelum tu masing-masing dah be…

PAK CHAA CHAR KUE TIAW : SATEY AYAM YANG PATUT KORANG CUBA

Hi..

Hari ahad lepas rasa macam nak makan Char Kue Tiaw pulak. Memandangkan Mikhail pun jemu dah makan nasik jadi lepas fikir punya fikir kami pilih untuk makan di Pak Chaa Char Kue Tiaw je. Dah lama kami tak makan kat sini sebab selalunya anAk-anak nak makan makanan Thai.







Kedai ni terletak di Simpang Ampat. Bersebelah dengan jalan besar menuju ke Batu Kawan. Dekat dengan masjid Al-Ihsaniah .Kalau dah sampai dekat Traffic Light simpang empat tu , nampak bangunan Maybank, dah dekat sangat la tu. Dekat je dengan rumah kami


Dah sampai.... Jom makan!!! Kedai dia biasa2 je..Tak de la segan sangat kalau masuk dengan pakai tudung awning je..hahahah..

Menu utama kat kedai ni ialah Cha Kue Tiaw. Diaorang ada juga sediakan menu lain seperti Kue Tiaw kerang, Nasi goreng udang, Nasi goreng chicken chop, Chicken chop, Meatball & french fries dan Sate ayam & daging.

Lain kali nak try Chicken Chop pulak..

Untuk kali ni saya dengan ayah bebudak ni makan Char Kue Tiaw dan Mikhail pilih Satey …

BELI DONUT SEDAP LEMBUT DAN GEBU UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA

Halu Puliss!

Ni ada orang baru nak update blog. Tolong Tangkap..

seronok  bebudak ni bila sesekali berkumpul . 

Amboih.. bukan main lama tak update blog.Seminggu bercuti sebab anak-anak pun dalam mood cuti sekolah. Jadi bawak la anak-anak balik ke kampung. Seronok la diaorang dapat jumpa sepupu-sepupu yang memang dah berjanji nak bercuti kat kampung.

Pening la kepala opah nya bila ank cucu ramai kat rumah.




Masa balik kampung hari tu saya tak berapa sihat sebab batuk dan tekak ni rasa perit,. Selalunya bila balik kampung ada je buah tangan saya masak sendiri untuk anak-anak saudara. Tapi kali ni tak berdaya dah badan so saya order je buah tangan untuk diaorang.

Kali ni saya bawak balik donut. Donut ala-ala Big Epal kata bebudak.. Hahah..



Donut ni saya order dari Nurul Atin. Dia ni mak kepada kawan sekelas Mikhail masa kat Tadika. Jadi malas la saya nak cari seller lain. Donut dari Atin ni pun ramai penggemarnya. So saya memang percaya Donut dia memang sedap dan lembut walaupun saya ta…

INI YANG AKAN TERJADI PADA ANDA JIKA HANYA MAKAN MEE SEGERA SELAMA 3 MINGGU

Hi..



Korang suka makan mee segera? Mee segera memang sedap sebab ada serbuk perasa ,ada rasa pedas-pedas . Lagi-lagi kalau time sejuk-sejuk hari hujan, waktu yang paling best untuk makan mee segera,

Tapi ramai yang kata tak elok amalkan makan mee segera. Ada orang kalau makan mee segera mesti akan sakit kepala, migrain atau pun cepat muak. Saya sendiri kalau makan mee segera cuma boleh habiskan separuh saja. Tak mampu nak habiskan sebungkus.



Pernah juga terbaca pengalaman seorang gadis penggemar mee segera yang akhirnya menderita akibat cyst. Dikatakan cyst menjadi aktif kerana gadis tersebut kerap makan mee segera.

Betul ke Mee segera ni bahaya??

Berlaku di China seorang gadis yang juga pelajar kolej membuat keputusan makan mee segera selama 3 minggu berturut-turut. Ianya bagi menjimatkan wang bersempena dengan Single day yang jatuh pada setiap 11.11 .



Akibatnya Hong Jia dimasuk kan ke hospital akibat demam yang tinggi. Hong jia mengakui disebabkan itu dia terpaksa mengeluarkan wa…