Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, 12 February 2019

SUASANA BEST DAN TENANG SAMBIL MAKAN CENDOL BULUH , PADANG TEMBAK , LUMUT

Hye Semua..

Panas-panas macam ni kalau dapat cendol semangkuk memang sedap la. Teringat minggu lepas masa jalan-jalan kat Lumut dengan family ternampak kedai jual cendol ni. Namanya Cendol Buluh. Terletak di Padang tembak Lumut. Kalau jalan nak balik dari Teluk Batik atau Marina Island tu boleh nampak kedai ni kat tepi jalan je. 



Tapi sedap ke Cendol Buluh ni??

Masa mula-mula nampak papan tanda Cendol Buluh ni kami agak mungkin cendol ni ada kena mengena dengan buluh.Mana la tahu kalau dihidangkan dalam buluh atau ada buluh dalam cendol..hahaha..








Tapi sangkaan tu meleset ye tuan puan.. Tak de buluh langsung yang sampai pada kami. Cendol nya hanya di hidangkan dalam mangkuk biasa je. Gambar buluh pun tak de kat mangkuk tu..

Mungkin sejarah kedai ni ada kaitan dengan buluh tak pula kami tanyakan pada tuan punya kedai..next time la..hahhaha


Macam ni la Cendol yang kami pesan..Kami order Cendol Pulut 11 mangkuk. Semua makan 1 mangkuk sorang je memandangkan sebelum tu masing-masing dah bedal KFC.hahahh..

Dalam cendol ni dia letak jagung , pulut, kacang merah, air gula merah dan kacang tanah.



Tak de apa yang istimewa pun dalam cendol ni. Rasa santan nya juga kurang. Tak rasa santan Original. Lagi sedap kalau cendol ni guna santan asli. Saya lebih suka cendol yang guna santan asli. 

Saya pernah makan satu cendol yang sedap.Tak ingat dimana saya beli tapi dalam cendol , hiasan atas nya ditaburkan kacang tanah yang di hancur kan . kacang tanah yang tak dihancurkan juga diletak kan di bahagian bawah cendol.. Bila makan terasa ada bau kacang dan rasa kacang yang sedap dalam setiap suapan cendol nya..








Yang best nya cendol buluh ni ialah aisnya di kisar. kalau korang mencari cendol di Malaysia ni  susah nak jumpa Cendol yang aisnya di kisar. Mungkin peniaga tak de modal nak beli mesin pengisar. Tepuk dahi!! 

Itu je la yang apa saya boleh katakan tentang rasa Cendol Buluh nI. Saya bagi 2.5 bintang saja la..



Bagi yang tak suka Cendol korang boleh order makanan lain kat sini. Ada Mee kari, Mee rebus, laksa dan bihun sup juga. Datang awal-awal sikit sebab biasanya kalau hari ahad banyak makanan dah habis lewat petang dan diorang dah siap-siap nak tutup kedai.


Susana kat Cendol Buluh ni tenang je.Jarak antara meja ke meja tu jauh2 jadi kita nak sembang2 sambil makan pun tak la segan sangat. Tempat duduk untuk budak kecil disediakan. Makanan pun cepat sampai. Ruang kedai dia pun luas dan selesa walaupun di tepi jalan je, kereta lalu lalang tapi selesa..



Ini lah sebahagian wajah-wajah penunggu cendol yang kehausan.. hahaha.. Ni sebahagian nya saja ye tuan puan.. Maklum la, 11 orang punya rombongan cik kiah memang suasana meriah kalau kemana-mana..

Korang yang nak try cendol Buluh ni boleh la singgah kedai ni. harga berpatutan, servis cepat dan selesa. Kedai pun bersih..  Letak nya di Lumut perak.

Tuesday, 22 January 2019

PAK CHAA CHAR KUE TIAW : SATEY AYAM YANG PATUT KORANG CUBA

Hi..

Hari ahad lepas rasa macam nak makan Char Kue Tiaw pulak. Memandangkan Mikhail pun jemu dah makan nasik jadi lepas fikir punya fikir kami pilih untuk makan di Pak Chaa Char Kue Tiaw je. Dah lama kami tak makan kat sini sebab selalunya anAk-anak nak makan makanan Thai.






Kedai ni terletak di Simpang Ampat. Bersebelah dengan jalan besar menuju ke Batu Kawan. Dekat dengan masjid Al-Ihsaniah .Kalau dah sampai dekat Traffic Light simpang empat tu , nampak bangunan Maybank, dah dekat sangat la tu. Dekat je dengan rumah kami


Dah sampai.... Jom makan!!! Kedai dia biasa2 je..Tak de la segan sangat kalau masuk dengan pakai tudung awning je..hahahah..

Menu utama kat kedai ni ialah Cha Kue Tiaw. Diaorang ada juga sediakan menu lain seperti Kue Tiaw kerang, Nasi goreng udang, Nasi goreng chicken chop, Chicken chop, Meatball & french fries dan Sate ayam & daging.

Lain kali nak try Chicken Chop pulak..

Untuk kali ni saya dengan ayah bebudak ni makan Char Kue Tiaw dan Mikhail pilih Satey ayam je. Dia memang suka satey. Jadi kalau satey yang tak sedap tu memang dia jujur  akan bagitau sama ada sedap atau pun tidak.


Sebenaranya dah banyak kali kami beli satey kat sini.Sebab menepati selera dan sangat sedap. Kuah kacang dia tu rasa pedas dan rasa serai dia.


Kuah tak cair dan kalau untuk budak2 yang tak suka pedas tak sesuai la makan kuah kacang ni. Anak-anak saya memang suka pedas dan diaorang suka. Tapi kalau makan satey saja pun dah cukup best. 







Secucuk satey tu harga nya saya tak berapa ingat. Kalau tak salah saya untuk satey ayam harga rm0.70 dan satey daging harga rm0.90 .


Bagi saya Char Kue Tiaw dia tak de la wow sangat..Ok la..tak la sampai tak boleh makan. Cuma saya suka Chae Kue Tiaw yang rasanya lebih kuat. Kalau korang nak yang ada kerang kena bagitau dia. Kalu tidak Char Kue tiaw korang ada udang je. Tak de kerang ok..

Saya pernah mAkan char Kue tiaw yang lebih sedap dari ni.. Kat Permatang Pauh. Tapi kedai tu dah tutup. Susah dah nak jumpa Char Kue Tiaw macam tu. Tapi yang ni sedap jugak. Bukan tak sedap cuma tak sedap sangat..hahah...paham ke tidak.


Saya dan suami order yang saiz biasa je. Ni pun dah cukup kenyang. Kalau korang nak yang saiz besar pun boleh. Mana tahu nak order sepinggan makan berdua sesuai la order yang saiz besar.



Nak tunggu order sampai pun tak lama. Kejap je dah sampai. Char kue tiaw ni kan masaknya kejap je. Orang ramai pun order sampai cepat. Macam tu la kalau lelaki buat kerja..kan?hantar air pun pantas. Sebab tu saya lebih suka makan kat kedai yang pelayan nya lelaki.

Kalau korang suka Char Kue tiaw dan satey boleh singgah kedai ni ok..

bye.




Tuesday, 11 December 2018

BELI DONUT SEDAP LEMBUT DAN GEBU UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA

Halu Puliss!

Ni ada orang baru nak update blog. Tolong Tangkap..

seronok  bebudak ni bila sesekali berkumpul . 


Amboih.. bukan main lama tak update blog.Seminggu bercuti sebab anak-anak pun dalam mood cuti sekolah. Jadi bawak la anak-anak balik ke kampung. Seronok la diaorang dapat jumpa sepupu-sepupu yang memang dah berjanji nak bercuti kat kampung.

Pening la kepala opah nya bila ank cucu ramai kat rumah.




Masa balik kampung hari tu saya tak berapa sihat sebab batuk dan tekak ni rasa perit,. Selalunya bila balik kampung ada je buah tangan saya masak sendiri untuk anak-anak saudara. Tapi kali ni tak berdaya dah badan so saya order je buah tangan untuk diaorang.

Kali ni saya bawak balik donut. Donut ala-ala Big Epal kata bebudak.. Hahah..



Donut ni saya order dari Nurul Atin. Dia ni mak kepada kawan sekelas Mikhail masa kat Tadika. Jadi malas la saya nak cari seller lain. Donut dari Atin ni pun ramai penggemarnya. So saya memang percaya Donut dia memang sedap dan lembut walaupun saya tak pernah order pun sebelum ni.

Ni la donut yang saya order. Dua kotak Donut campuran. Sekotak tu harganya cuma rm10 je.Murah ..kan??

Tengok la topping nya tu bukan main banyak dan ada macam-macam rasa. Sekali letajk je dah licin donut tu.



Saya pun tak perasan topping apa yang ada tapi ada kacang, kuaci, oreo , coklat dan macam-macam lagi. Patut lah ramai yang order sebab memang lembut dan gebu.

Kalau korang nak order baiklah order lebih dari sekotak sebab kalau order sekotak je memang tak cukup. Berebut-rebut nanti. Sebab topping dia campur-campur tu yang rasa macam nak makan semuanya,.


Tapi kalau korang tak suka topping campur-campur macam ni korang boleh request nak topping yang korang suka je.




Sesuai sangat kalau nak hidang untuk jamuan ringan atau ada party kat rumah. Anak-anak kata nanti balik kampung kita bawak balik donut lagi . Ha..kena order lagi la nampaknya nanti..

Kalau korang nak order boleh klik sini :

Facebook: Nurul Atin

whatsap: http://www.wasap.my/+60175051390

(Untuk Kawasan sekitar simpang Ampat Pulau Pinang dan yang berhampiran sahaja)


sekian..

Sunday, 18 November 2018

INI YANG AKAN TERJADI PADA ANDA JIKA HANYA MAKAN MEE SEGERA SELAMA 3 MINGGU

Hi..



Korang suka makan mee segera? Mee segera memang sedap sebab ada serbuk perasa ,ada rasa pedas-pedas . Lagi-lagi kalau time sejuk-sejuk hari hujan, waktu yang paling best untuk makan mee segera,

Tapi ramai yang kata tak elok amalkan makan mee segera. Ada orang kalau makan mee segera mesti akan sakit kepala, migrain atau pun cepat muak. Saya sendiri kalau makan mee segera cuma boleh habiskan separuh saja. Tak mampu nak habiskan sebungkus.


Pernah juga terbaca pengalaman seorang gadis penggemar mee segera yang akhirnya menderita akibat cyst. Dikatakan cyst menjadi aktif kerana gadis tersebut kerap makan mee segera.

Betul ke Mee segera ni bahaya??

Berlaku di China seorang gadis yang juga pelajar kolej membuat keputusan makan mee segera selama 3 minggu berturut-turut. Ianya bagi menjimatkan wang bersempena dengan Single day yang jatuh pada setiap 11.11 .


Akibatnya Hong Jia dimasuk kan ke hospital akibat demam yang tinggi. Hong jia mengakui disebabkan itu dia terpaksa mengeluarkan wang simpanan nya hanya untuk membayar kos perubatan nya di Hospital.





Thursday, 4 May 2017

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum

menu berbuka puasa
gambar crop dari google

Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..


ayam masak sos

30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN


1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup daging + air asam + ayam bakar

9-sambal tumis udang + sup petola + ikan goreng

10-ikan keli masak sambal hijau + ayam goreng + sawi tumis bawang putih

11-ayam masak sos tiram + sup sayur + Ayam goreng

12-daging masak halia + kacang panjang masak telur + ayam goreng kunyit

13-ketam masak sambal + bayam tumis + ikan goreng

Pajeri nenas


14-Pajeri nenas + ikan goreng + kerabu taugeh

15-Sotong masak kicap pedas + peria goreng + daging goreng pedas

16-Ikan merah 3 rasa + kangkung goreng belacan + telur dadar

17-Ayam masak ungkep + ikan goreng berempah + sayur campur

18-ikan masak taucu + Dading bakar + air asam

19-Kari daging + ayam goreng + kerabu pucuk paku

20- Lala masak serai + ayam goreng berempah

masak lemak labu


21-Labu masak lemak pucuk manis + ikan goreng + sambal kerang

22-ketam masak telur masin + kubis masak lemak + ikan bilis goreng bercili.

23-Telur masak kurma + ayam gireng berempah + kacang panjang tumis udang

24-sotong masak paprik + telur dadar + sambal tempe dan kentang

25-Ikan kayu masak cuka + asparagus tumis belacan  + ayam goreng

26-Daging masak sambal + ikan goreng + aar timun dan nenas

27-kari sardin + kangkung tumis + daging goreng berlada

28-Gulai nangka + ayam goreng + kerabu kacang botol

29-Ayam masak bali + Ikan goreng + petola masak lemak putih

30-Ayam masak sos + ikan merah goreng berempah  + kacang panjang tumis bersama tempe

31-SELAMT HARI RAYA!!YEayyyy,....

Dah ada senarai ni tak la awak asyik makan makanan yang sama je..betul tak?Yang penting rajin2 la beli barang basah..heheheh...Bila memasak tu , masak la lebih sikit..Boleh bawak ke sahur...jimat tenaga..:0

semoga bermanfaat untuk semua..



sekian..


Thursday, 16 March 2017

SELALUNYA TIME MAKAN NASIK TAK PAYAH KUIH-MUIH PUN...

Assalamualaikum...



Tadi saya ada baca satu artikel yang tulis tentang pembaziran
Kira-kira 1,000 tan atau 1 juta kilogram (kg) makanan
dibuang rakyat Malaysia sehari sepanjang Ramadan,
jumlah itu boleh menampung bekalan makanan kepada lebih 7 juta penduduk.

Ha..tu dia..1000 tan ..banyak tu..
berbuka puasa untuk diri sendiri lepas tu jamu setan..hahhaha

Tapi kan..bila di tanya "kau berbuka makan apa..?"
mesti dia jawab.."yang biasa je..nasik je.."
padahal..Nasik ,lauk sambal ikan keli,ayam bakar,
sayur kailan, sup ketam..
erm..lepas tu ada hidangan sampingan ,kuih lepat pisang..
air ada 3 jenis,panas,sejuk dan air kosong

banyak tu..
makan nasik hari2 ada tak cari lepat pisang?
tak de kan??tapi bulan puasa nak jugak lengkap kan.
Ada kuih ,nasik, sayur,ikan buah..
padahal hari biasa yang bukan bulan puasa
tak de pun buah dengan kuih tu..
Makan nasik hari2 dengan ikan sayur ..lepas tu air kosong je..
tapi bulan puasa wajib ada 3 jenis air..

ha..yang tu la yang buat membazir nya..
Ada banyak makanan tapi makan nya tidak..
Larat pulak tu petang2 pi berjalan tawaf habis satu bazar ramadhan..
Yang memask kat rumah pun sanggup 3-4 jam dok kat dapur...

"Eh!saya makan la semua tu...tak buang pun.."
ye la..kau makan macam esok kau nak mati...kan??

Cuba lepas ni masak tu macam masak hari2 je..
Tak lama je lagi nak masuk bulan ramadhan ni..
saya nasihat kan awal-awal ..
masak nasik dan lauk biasa je,,
mesti poket jimat,badan pun sihat..

sekian..

Saturday, 14 May 2016

SENARAI 5 RESTORAN HALAL DI HONGKONG

Assalamualaikum...



Wah!!Bila masa pulak makcik pi ke Hong Kong ni???tak de angin tak de ribut tetiba keluar entry pasal Hongkong..Heheheh..Tak la..Tak de peluang pun nak ke HongKong..Terbaca pasal restoran halal di Hong Kong ni.Mana la tahu tiba2 satu2 hari ni dpat peluang pi Hong Kong boleh juga makcik buat rujukan..

Kalau siapa yang nak ke Hong Kong tu pun mesti tertanya2 ada ke restoran halal kat sana?sampai sana baru nak cari susah la..nak tanya2 orang ni leceh la..kan??Lagipun penduduk Hong Kong majoritinya bukan islam .Diaorang pun entah2 tak tahu pun kat mana ada restoran yang halal.Jadi jom kita tengok restoran-restoran halal di Hong Kong sebelum ada yang mati kebulur kat Hong Kong tu..ekekek..

1-Explorer’s Club Restaurant (Hong Kong Disneyland)


Jika  berkunjung ke Disneyland Hong Kong, korang boleh ke Mystic Point yang menjadi lokasi Explorer’s Club Restaurant. Restoran ini menyajikan hidangan Indonesia, jepun, Korea, dan Asia Tenggara. Yang menarik, restoran ini dihias dengan  dekorasi dari negara Tiongkok, India, Rusia, Maroko, dan Mesir di serikan juga dengan  sentuhan gaya Afrika Utara dan Indonesia.

Anggaran  harga: rm50 – Rm100

Alamat: Mystic Point,
Hong Kong Disneyland Park.


2-Islamic Center Canteen

restoran ini menyajikan makanan cina .Ianya adalah satu-satunya yang memiliki menu cantonis halal di Hong Kong. Terdapat juga menu dimsum versi halal dan Pengunjung juga boleh bersolat di musola yang tersedia di Islamic Center Canteen.

Anggaran harga : bawah Rm50

Alamat:
5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre,
40 Oi Kwan Road,
Wan Chai, Hong Kong


3-Wai Kee

Restoran ini ada menghidangkan  roasted duck halal. Terletak di Bowrington Road, Wai Kee adalah salah satu food stall yang popular di daerah ini. Umumnya pelanggan Wai Kee adalah pelancong dari malaysia,Indonesia dan Timur Tengah. Selain terkenal dengan roasted duck, Wai Kee juga menghidangkan  roasted atau steamed chicken dan lamb curry yang tidak kurang enaknya.

Anggaran harga: RM15 – RM80

Alamat:
Shop 5, 1/F,
Bowrington Road Cooked Food Centre,
Wan Chai


4-Casanova Pizzeria


Bagi penggemar Pizza wajib datang ke restoran ini untuk menikmati  Pizza dan pasta khas Itali yang halal di restoran ini. Bahan-bahan yang digunakan juga dipastikan halal. Casanova Pizzeria juga boleh menghantar pizza kegemaran korang jika korang malas nak keluar dari bilik hotel

Anggaran harga : RM35(a la carte) – RM200 (satu pizza 24”)

Alamat: Shop F, 
G/F, EIB Tower, 
4-6 Morrison Hill Road, 
Wan Chai


5-Ma’s Restaurant 

Berpengalaman lebih dari 40 tahun restoran ini tidak perlu diragui kelazatan hidangan nya.Ma’s Restaurant menyediakan menu masakan khas Hong Kong dengan sedikit cita rasa China Barat Laut. Selain makanan, korang juga akan disajikan dengan interior restoran yang bergaya ‘Cha Chaan Teng’.

Anggaran harga: Rm30 – Rm100

Alamat: 
G/F, 
21-25 Cheung Sha Wan Road, 
Sham Shui Po

 sekian...

sumber;fimela.com



Friday, 22 January 2016

RESTORAN NASI BERIANI YANG SEDAP DI LEMBAH KLANG

Assalamualaikum..



Orang Malaysia ni apa bangsa sekali pun majoritinya
akan memilih nasi sebagai makanan ruji kita..
Kalau sehari tak makan nasik boleh pitam, boleh hilang mood,.
Antara yang jadi kegemaran rakyat Malaysia
ialah Nasi Beriani.
Dihidangkan bersama daging kambing yang diperap bersama
 rempah-rempah tertentu..
memang meletop2 bila makan..

Kalau yang tak suka daging mesti akan memilih ayam
yang digoreng dengan rempah.
Belum hidang lagi dah bau semerbak menusuk2 hidung
dan buat perut pun berkeroncong minta diisi.



Beriani ni tak seusai dengan makanan laut.
ianya lebih kepada ayam dan daging.
Makanan ni berasal dari Timur Tengah..
jadi mana nak datang nya ketam , sotong, ikan bagai tu..kan??



Tak ramai pun yang pandai masak Beriani ni.
kebanyakan dari kita akan memilih untuk makan di restoran-restoran
sebab kebanyakan restoran2 ni tukang masak nya
memang dari timur tengah.
Setiap dari mereka ada resepi istimewa yang menjadikan
beriani mereka adalah yang terbaik.

jadi kalau makan nasi beriani yang sedap, 
dan memang terbaik boleh semak di entry ini.
Ada 10 senarai restoran beriani terbaik
sekitar Lembah klang.

Jangan lupa cuti hujung minggu ni terjah ramai2  10 restoran terbaik nasi beriani di lembah Klang.


sekian..

Friday, 30 October 2015

TAK PAYAH TERKEJUT SANGAT.BUBUR ASYURA MEMANG MACAM-MACAM WARNA

Assalamualaikum...

Sebut je bubur Asyura semua pakat dok telan ayaq lioq..
sama la kita..tak rasa lagi bubur asyura tahun ni..
Memang dok terbayang je la...
Selagi tak dapat selagi tu la dok idam-idam..
Nak masak sendiri memang tak reti.
Buat bubur kacang tau la..
kalau ada orang jual dah lama saya beli tapi
tak pernah jumpa pun orang jual bubur asyura ni ..




Bubur asyura ni ada macam2 jenis..
baru2 ni saya tengok kat blog sapa entah..
tak ingat pulak..Dia buat bubur asyura guna beras.
bukan guna tepung macam kita biasa jumpa tu..

Baru saya tau rupanya ada juga bubur asyura macam tu..
Kan satu pengalaman dan pengetahuan baru untuk kita..kan??
Tapi ada segelintir orang ni kalau nama bubur asyura
yang dia tau bubur asyura tu kena sebijik seketoi macam mak dia buat.
kalau mak orang lain buat ..

"eii..lain macam je kaler dia.."


"kenapa kaler macam ni..mak saya buat kaler lain.."


" bubuh kentang??pelik nya..mak saya buat bubuh taugeh je.."



"saya tak suka bubur ni..lembiik2..geli nak makan.."



kalau boleh dilempang tukang2 komen tu
memang saya lempang dah..
Tu la kalau dah selama ni dok dalam tempurung sendiri je..
ye la..benda baru..pertama kali tengok..
tapi agak2 la nak komen pun..benda makan..kan??
tak boleh terima tekak tu jangan la
sampai nak buat tekak orang pun tak boleh terima..

Tak payah nak rasa pelik, hairan ,terkejut la..
benda boleh makan jangan nak buat2 pelik sangat.
Agaknya bubur asyura mak kau buat pun
orang rasa pelik tapi orang tak bersuara pun..

sekian...

Wednesday, 11 March 2015

50 RESTORAN TERBAIK DI ASIA

Assalamualaikum...



Dok belek gambar ni atas bawah atas bawah..
tak jumpa jugak nama malaysia kat dalam senarai..



Tak dak ka restoran yang bagus di Malaysia nih??
Indonesia yang katanya banyak sangt makanan depa yang sedap tu pun tak de
dalam senarai..
Rata2 nya dari singapura, Jepun ,China..
Thailand pun ada..
tak dinafikan makanan Thai memang ada penggemarnya seluruh dunia.
Kalau tak,tak de la dia di rank teratas..

Dengar2 nya Chef wan nak buka restoran kan??
mungkin tahun2 akan datang ada la nama malaysia dalam senarai tu..

Senarai Ranking ni dikeluarkan kemarin
dalam satu majlis anugerah yang 'diadakan di Singapura.

sekian..




Tuesday, 20 January 2015

MAKANAN SEDAP-SEDAP TAPI JANGAN LUPA TENTANG HALAL

Assalamualaikum...



Saya tengah diet nih..
cekal kan je lah hati ni bila tulis entry nih...
hahah..sebab entry yang bakal kawan2 baca nanti akan penuh dengan
gambar makanan sedap2..
Mujur la saya tak letak gambar2 tu kat blog saya nih..
kalau tidak memang menyanyi2 la perut saya petang nih..hehehe..

Entry makan2 yang pertama saya nak kongsi kan
ialah tentang satu cafe  kat seksyen 13 shah Alam..
Nak tahu cafe apa namanya tu??
sila baca entry ini..
mana la tau kot2 hujung minggu nak pi makan2 ..
nak bawak keluarga atau kawan2..
Paling buat saya nak menjerit ialah Pasta Daging Dendeng dia..
wah!!!melompat2 saya tengok..hhahah..

Entry makan yang kedua ni pun buat saya ketap2 bibir je
menahan sakit dihati..hahahah
Si Ayu ni ha..
nak tayang kat kita betapa hebat nya dia memasak..
masak apa tu??
cer teka??klik sini untuk tengok hasil masakan nya yang
boleh lawan Che Mat Gebu..heheh

Memang seronok kalau dapat makan hasil masakan sendiri..
Tapi kadang2 kita nak juga la
sekali sekala makan kat luar..
Cuma nya saya nak pesan la kat kawan2 supaya berhati2 memilih restoran.
Ada setengah restoran tu tak de pun tanda hala..
tapi orang islam ramai yang berani masuk makan.
kalau tak de, tanya la pelayan2 kat situ sama ada
retoran tu halal atau tidak..

Halal bukan semata2 tak de babi je..
nak tahu lebih lanjut tentang halal ni
pergi baca di blog Yana Yani..
klik sini dan baca betul..
tak de babi ,tak semestinya halal ye kawan-kawan..

Ini ialah 3 entry terbaik 2014 yang terpilih untuk
SEGMEN ENTRY TERBAIK 2014 hari ini..
Kita tengok entry mana yang kan terpilih lagi esok ye..
jemput singgah dan baca entry2 terbaik  di atas..
terima kasih.



sekian..



Monday, 19 January 2015

DAGING BUAYA JADI MENU UTAMA MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum...

Biasa tengok orang makan daging buaya??
memang ada..ramai je orang bukan islam yang makan..kan??
selalunya kat negara2 luar la..
tapi macam mana kalau dihidangkan kan kepala buaya yang betul2 
rupa buaya macam ni??


pernah tengok??
klau kat luar2 negara memang diaorang ambik isi buaya nya je..
potong kecik2 buat la masak kicap ke,masak halia ke,kukus ke..
ehheheheh..ada yang telan air liur nampak??
ekekekk

kalau hidang macam tu je cemana nak makan..kan??
geli pun ye...


Tapi di China sebuah majlis perkahwinan menghidangkan buaya yang dimasak 
dan bahagian kepala nya juga diambil dan dihidang kan terus pada tetamu.


proses memasak nya juga dapat dilihat oleh orang ramai.
Buaya tersebut awal nya masih hidup.
kemudian dibunuh dan bahagian isinya diambil dan dijadikan sebahagian dari menu jamuan.



alahai..siapa la yang sanggup makan tu..
saya pernah makan sup ayam tau..
entah cemana saya nampak kepala ayam tu pun dia masuk kan dalam sup.
terus muntah sampai lembik..
aahhha.kalau kepala2 ni memang tak rela la..

*kepala ikan sedap jugak..;p

sekian..

Tuesday, 30 September 2014

MAISARA , MIKHAIL DAN AISKRIM SERINGGIT

Assalamualaikum...

Maisara ni kan ..bila dia dah suka satu makanan tu..
yang itu je la yang dia akan beli..
Bila kita nak beli kan yang lain pun dia tak mau..

macam minggu lepas..
Ibu dia ni nak la bagi adik tu merasa aiskrim magnum ..
adik tak pernah makan pun..
kakak dulu pantang keluar,
aiskrim magnum je dia nak..
tapi....


Sekarang ni sejak kenal aiskrim seringgit ni..
tak nak dah aiskrim lain..
katanya aiskrim seringgit ni lebih sedap dari magnum tu..
tapi memang saya pun rasa macam tu..hahahah


Lepas tu siap cakap kat adik..
"Yang ni lagi sedap tau adik.."
lepas tu adik pun nak jugak la ..
dia kan suka tiru kakak dia..
semua benda nak sama dengan kakak..

Ok..byebye magnum...

sekian...

Wednesday, 2 July 2014

GAMBAR MAKANAN SEDAP DIBULAN PUASA

Assalamualaikum...




Bulan puasa penuh dengan makanna..
itu benda biasa la..
kalau kita keluar rumah ,2,3 jam lagi memang 
berbau makanan je sebab orang jual makanan 
banyak sangt kat tepi2 jalan tu..

Kita buka facebook,instagram,twitter pun 
macam tu la jugak..
semua pakat nak post gambar makanan..
itu benda biasa dibulan puasa..
Memang salah apa yang mereka buat.
tapi kita tak payah nak gelabah jadi hero sangat la.
tak payah nak kutuk2 orang yang post gambar makanan tu..


sabar la sikit..
tak kan setakat godaan macam tu pun
dah nak hilang kawalan diri..
puasa ni di suruh bersabar,,
bukan setakat sabar untuk tahan marah,
sabar untuk tak mengumpat orang,
tapi sabar2 yang benda lain pun di ambil kira jugak..

tengok orang post gambar makanan je dah mengelabah..
dah darah naik ke kepala..
baru tahun ni ke belajar puasa..?
puasa sunat tak pernah buat ye??
yang perempuan2 tu
tak pernah ganti puasa ye??

sekian...