Showing posts with label maisara. Show all posts
Showing posts with label maisara. Show all posts

Saturday, 4 May 2019

PERSEDIAAN MIKHAIL DAN MAISARA UNTUK MENGHADAPI PUASA RAMADHAN 2019

Hi Semua..



Oleh sebab lusa kita dah puasa jadi saya nak cerita sikit tentang anak-anak saya yang bakal berpuasa isnin ni. Anak ada dua je jadi cerita tak panjang mana pun.

Kalau anak 5 mungkin cerita ni 3 hari 3 malam baru habis baca..Haha.

Si kakak bukan puasa pertama kali.Dia dah umur 12. Jadi tak de masalah bab puasa ni. Lagipun sebelum ni pun dia ada buat puasa sunat dan ganti .

Cuma anak kedua saya ni je yang akan mula berpuasa tahun ni. Minggu lepas dia balik sekolah dan bagitau yang cikgu Ameera suruh puasa.

Nasib baik ada cikgu pesan. Kalau saya yang pesan suruh puasa mesti dia malas nak ikut, Terima kasih cikgu!hahah.

Oleh sebab tahun ni cuaca panas terik jadi saya ambil tindakan awal dengan melatih anak-anak tahan makan dan minum. Sejak bulan lepas dah latih kalau setakat lapar sikit-sikit tak payah la makan.

Tunggu perut betul-betul lapar baru makan. Si kakak sejak ada tuisyen memang makan tengahari agak lewat.Jam 4 atau 5 petang baru dia makan.






Si adik pulak memang bukan kaki makan, jadi tak de masalah kat situ. Cuma dia kuat minum air je. Lepas tu kejap-kejap nak mandi. Mandi pulak lama sebab mandi dengan bayblade. Hahah..

Saya nak kena tegas sikit la kali ni. Siang kena pastikan tak de sebutir makanan pun kat dapur.

Saya juga tak biasa janjikan ganjaran kat anak-anak bila diaorang berpuasa. Saya tekan kan tentang kebaikan-kebaikan berpuasa je dkat diaorang ni.

Kat kakak tu setiap tahun dia berpuasa tak de upah dan tak de hadiah untuk dia.Tapi dia berpuasa juga. Paling "jahat" saya cuma kata. "tak puasa tak boleh raya.." atau pun.. "Malu sikit kat kawan2 lain yang berpuasa"

Ini pun dah cukup untuk dia berpuasa lengkap.






Si adik ni pun saya guna cara yang sama.Tak de upah dan ganjaran hadiah kalau berpuasa. Tapi saya nak tekan kan pasal kebaikan berpuasa dan apa tujuan kita berpuasa.

Adik ni agak susah nak dengar cakap..hahah .. Jadi kali ni mungkin mencabar sikit la tugas saya nak suruh dia puasa.

Harap-harap bermula isnin ni anak-anak berjaya berpuasa dengan cemerlang.

Monday, 21 September 2015

SEMUA NYA KHAIRUL FAHMI (APEK)

Assalamualaikum...



Status malam tadi sambil2 malayan bola..
Hahah..karenah anak saya memang macam2 ..



Mikhail ni kalau tengok bola dengan dia,
mesti dok sebut "Apek" je..
sebab dia rasa semua yang main bola tu nama nya Apek (Khairul Fahmi.)
Lagi2 kalau siapa2 yang dok kat tiang gol..
orang tu la Apek..kalau ada 5 orang kat tiang gol tu..
kelima-limanya adalah Apek..
hahahha..

Anak perempuan saya (Maisara ) saja yang
macam tak minat nak tengok perlawanan  bola sepak .
kalau buka je mesti dia buat kerja lain.
Kadang2 bergaduh berebut tv..

Pernah tak korang yang suami suka tengok bola tu
alami benda ni??
kalau pernah boleh la tengok sini..
lepas ni tak payah nak berebut dah la..


sekian..


Sunday, 12 July 2015

MASAKAN IBU MEMANG YANG TERBAIK

Assalamualaikum..



Aku ni bukan pandai sangt memasak..
kalau rasa nak makan biasanya aku google je resepi2..
Tapi Biasanya kalau masak yang cincai2 tu
mesti maisara puji sedap sangt sampai peluk2 aku ..hahah
Yang paling dia suka bila aku masak sup ayam..



Tak susah pun sup ayam aku..
bahan pun tak lengkap..
tapi tu la yang dia paling suka..
kalau masak sup siap
dengan sup bunjut ke,dengan rempah sup ke memang
dia kurang selera sikit..

Sup ayam aku..
rebus ayam dengan ubi kentang..
lepas tu tumis kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih.
tumis sekali dengan bawang merah,bawang putih dan halia.
tumis sampai garing campak je terus dalam ayam dan kentang yang tengah di rebus tu..
lepas tu potong2 daun sup,campak je dalam periuk.
boh garam..
tunggu masak,dah siap..
hahahaha..senang kan..tu pun makan sampai 2,3 kali tambah..

Satu lagi yang dia suka..
ayam masak sos mutiara..
korang pernah buat ayam masak sos mutiara ni??
tak kan tak pernah..
guna sos mutiara la..
tak kan sos mutiara pun tak tahu..
rupa dia macam ni..







hahaha..
maisara panggil ni sos mutiara..
memula dulu aku pun pelik..
cemana la boleh sampai jadi sos mutiara..

<<... sayu bila dengar pesanan dan luahan ibu-ibu ni.. 

sekian..




Thursday, 26 March 2015

SELAMAT HARI JADI MAISARA...

Assalamualaikum...



Genap lah umur nya 8 tahun...
dah macam-macam perangai budak ni..
dah pandai bad mood,
pandai buat2 sweet kalau nak apa2.
paling kerap kena ngayat dah tentu ayah dia..
anak ghenyih sikit ja terus angguk..hahahah...

SELAMAT HARI JADI MAISARA..
Terus lah menjadi lah anak yang baik..
kakak memang tak pernah menysahkan ibu dengan ayah..
selau jadi bahan gelak ayah dan ibu ..
selalu menceriakan suasana..
tiap kali sebelum tidur kami selalu berbual2 tentang kakak..
lepas tu kami gelak..hahahahah...
nak gelak depan2 kami tak boleh..
jadi gelak belakang2 je..
sorry kakak..♥♥♥♥♥

Kejutan yang kakak suruh ibu dan ayah buat tu...
InsyaAllah...nanti kami akan buat..
tunggu tau..
(Paksa2 pulak buat kejutan untuk dia.)

Hadiah dah bagi awal2..
sebab tak sabar punya pasal..
harap2 kakak jaga baik2 tau hadiah tu..
ibu dulu masa kecik2 tak pernah merasa benda2 gitu..
(hari gembira jangan nak buka citer sedih  la ibu oiii!!)

Selamat Hari Jadi...
Kakak tetap anak manja ayah dan ibu..
walaupun adik selalu potong line..

Sekian...




Monday, 23 March 2015

DIA TAK SEKOLAH

Asslamualaikum



Pagi2 lagi rumah dah riuh rendah..
hari ni kan budak2  start sekolah semula..
tapi anak saya tak boleh sekolah lagi..
belum sihat sepenuh nya...
masih demam,,tapi on off..
ok la..dari pada sebelum ni..
sebelum ni sepanjang hari merengek je..
suhu sampai cecah 40.
dah pergi check darah semua cuma ada kuman dalam darah je..
tak de masalah lain..tengok macam nak batuk pulak tu...
Cuti hari ni tanpa surat la sebab masa pi klinik tu time cuti sekolah tak de
pulak rasa nak minta surat cuti.
tak sangka demam nya lama gini..start demam hari selasa.lama ..kan??
Pagi ni bangun pun dia tak menangis sakit kepala..
dia kata dah ok..
tapi kami tak bagi pi sebab demam on off tu la..
takut pagi ni ok..
nanti sampai sekolah demam balik.
marah pulak cikgu nanti ..anak tak ok lagi dah bagi pi sekolah..
kalau berjangkit kat kawan2 lagi la menyusahkan orang lain pulak..
pagi ni depan2 dia call cikgu kelas dia bagi tau keadaan dia..
Dia dengar saya dah cakap dengan cikgu dia 
baru la dia berhenti sebut pasal nak sekolah tu..
terus masuk bilik dan tidur..
hahhaha...susah jugak kalau anak suka pi sekolah ni.

sekian...