Showing posts with label maisara. Show all posts
Showing posts with label maisara. Show all posts

Saturday, 4 May 2019

PERSEDIAAN MIKHAIL DAN MAISARA UNTUK MENGHADAPI PUASA RAMADHAN 2019

Hi Semua..



Oleh sebab lusa kita dah puasa jadi saya nak cerita sikit tentang anak-anak saya yang bakal berpuasa isnin ni. Anak ada dua je jadi cerita tak panjang mana pun.

Kalau anak 5 mungkin cerita ni 3 hari 3 malam baru habis baca..Haha.

Si kakak bukan puasa pertama kali.Dia dah umur 12. Jadi tak de masalah bab puasa ni. Lagipun sebelum ni pun dia ada buat puasa sunat dan ganti .

Cuma anak kedua saya ni je yang akan mula berpuasa tahun ni. Minggu lepas dia balik sekolah dan bagitau yang cikgu Ameera suruh puasa.

Nasib baik ada cikgu pesan. Kalau saya yang pesan suruh puasa mesti dia malas nak ikut, Terima kasih cikgu!hahah.

Oleh sebab tahun ni cuaca panas terik jadi saya ambil tindakan awal dengan melatih anak-anak tahan makan dan minum. Sejak bulan lepas dah latih kalau setakat lapar sikit-sikit tak payah la makan.

Tunggu perut betul-betul lapar baru makan. Si kakak sejak ada tuisyen memang makan tengahari agak lewat.Jam 4 atau 5 petang baru dia makan.






Si adik pulak memang bukan kaki makan, jadi tak de masalah kat situ. Cuma dia kuat minum air je. Lepas tu kejap-kejap nak mandi. Mandi pulak lama sebab mandi dengan bayblade. Hahah..

Saya nak kena tegas sikit la kali ni. Siang kena pastikan tak de sebutir makanan pun kat dapur.

Saya juga tak biasa janjikan ganjaran kat anak-anak bila diaorang berpuasa. Saya tekan kan tentang kebaikan-kebaikan berpuasa je dkat diaorang ni.

Kat kakak tu setiap tahun dia berpuasa tak de upah dan tak de hadiah untuk dia.Tapi dia berpuasa juga. Paling "jahat" saya cuma kata. "tak puasa tak boleh raya.." atau pun.. "Malu sikit kat kawan2 lain yang berpuasa"

Ini pun dah cukup untuk dia berpuasa lengkap.






Si adik ni pun saya guna cara yang sama.Tak de upah dan ganjaran hadiah kalau berpuasa. Tapi saya nak tekan kan pasal kebaikan berpuasa dan apa tujuan kita berpuasa.

Adik ni agak susah nak dengar cakap..hahah .. Jadi kali ni mungkin mencabar sikit la tugas saya nak suruh dia puasa.

Harap-harap bermula isnin ni anak-anak berjaya berpuasa dengan cemerlang.

Monday, 21 September 2015

SEMUA NYA KHAIRUL FAHMI (APEK)

Assalamualaikum...



Status malam tadi sambil2 malayan bola..
Hahah..karenah anak saya memang macam2 ..



Mikhail ni kalau tengok bola dengan dia,
mesti dok sebut "Apek" je..
sebab dia rasa semua yang main bola tu nama nya Apek (Khairul Fahmi.)
Lagi2 kalau siapa2 yang dok kat tiang gol..
orang tu la Apek..kalau ada 5 orang kat tiang gol tu..
kelima-limanya adalah Apek..
hahahha..

Anak perempuan saya (Maisara ) saja yang
macam tak minat nak tengok perlawanan  bola sepak .
kalau buka je mesti dia buat kerja lain.
Kadang2 bergaduh berebut tv..

Pernah tak korang yang suami suka tengok bola tu
alami benda ni??
kalau pernah boleh la tengok sini..
lepas ni tak payah nak berebut dah la..


sekian..


Sunday, 12 July 2015

MASAKAN IBU MEMANG YANG TERBAIK

Assalamualaikum..



Aku ni bukan pandai sangt memasak..
kalau rasa nak makan biasanya aku google je resepi2..
Tapi Biasanya kalau masak yang cincai2 tu
mesti maisara puji sedap sangt sampai peluk2 aku ..hahah
Yang paling dia suka bila aku masak sup ayam..



Tak susah pun sup ayam aku..
bahan pun tak lengkap..
tapi tu la yang dia paling suka..
kalau masak sup siap
dengan sup bunjut ke,dengan rempah sup ke memang
dia kurang selera sikit..

Sup ayam aku..
rebus ayam dengan ubi kentang..
lepas tu tumis kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih.
tumis sekali dengan bawang merah,bawang putih dan halia.
tumis sampai garing campak je terus dalam ayam dan kentang yang tengah di rebus tu..
lepas tu potong2 daun sup,campak je dalam periuk.
boh garam..
tunggu masak,dah siap..
hahahaha..senang kan..tu pun makan sampai 2,3 kali tambah..

Satu lagi yang dia suka..
ayam masak sos mutiara..
korang pernah buat ayam masak sos mutiara ni??
tak kan tak pernah..
guna sos mutiara la..
tak kan sos mutiara pun tak tahu..
rupa dia macam ni..







hahaha..
maisara panggil ni sos mutiara..
memula dulu aku pun pelik..
cemana la boleh sampai jadi sos mutiara..

<<... sayu bila dengar pesanan dan luahan ibu-ibu ni.. 

sekian..




Thursday, 26 March 2015

SELAMAT HARI JADI MAISARA...

Assalamualaikum...



Genap lah umur nya 8 tahun...
dah macam-macam perangai budak ni..
dah pandai bad mood,
pandai buat2 sweet kalau nak apa2.
paling kerap kena ngayat dah tentu ayah dia..
anak ghenyih sikit ja terus angguk..hahahah...

SELAMAT HARI JADI MAISARA..
Terus lah menjadi lah anak yang baik..
kakak memang tak pernah menysahkan ibu dengan ayah..
selau jadi bahan gelak ayah dan ibu ..
selalu menceriakan suasana..
tiap kali sebelum tidur kami selalu berbual2 tentang kakak..
lepas tu kami gelak..hahahahah...
nak gelak depan2 kami tak boleh..
jadi gelak belakang2 je..
sorry kakak..♥♥♥♥♥

Kejutan yang kakak suruh ibu dan ayah buat tu...
InsyaAllah...nanti kami akan buat..
tunggu tau..
(Paksa2 pulak buat kejutan untuk dia.)

Hadiah dah bagi awal2..
sebab tak sabar punya pasal..
harap2 kakak jaga baik2 tau hadiah tu..
ibu dulu masa kecik2 tak pernah merasa benda2 gitu..
(hari gembira jangan nak buka citer sedih  la ibu oiii!!)

Selamat Hari Jadi...
Kakak tetap anak manja ayah dan ibu..
walaupun adik selalu potong line..

Sekian...




Monday, 23 March 2015

DIA TAK SEKOLAH

Asslamualaikum



Pagi2 lagi rumah dah riuh rendah..
hari ni kan budak2  start sekolah semula..
tapi anak saya tak boleh sekolah lagi..
belum sihat sepenuh nya...
masih demam,,tapi on off..
ok la..dari pada sebelum ni..
sebelum ni sepanjang hari merengek je..
suhu sampai cecah 40.
dah pergi check darah semua cuma ada kuman dalam darah je..
tak de masalah lain..tengok macam nak batuk pulak tu...
Cuti hari ni tanpa surat la sebab masa pi klinik tu time cuti sekolah tak de
pulak rasa nak minta surat cuti.
tak sangka demam nya lama gini..start demam hari selasa.lama ..kan??
Pagi ni bangun pun dia tak menangis sakit kepala..
dia kata dah ok..
tapi kami tak bagi pi sebab demam on off tu la..
takut pagi ni ok..
nanti sampai sekolah demam balik.
marah pulak cikgu nanti ..anak tak ok lagi dah bagi pi sekolah..
kalau berjangkit kat kawan2 lagi la menyusahkan orang lain pulak..
pagi ni depan2 dia call cikgu kelas dia bagi tau keadaan dia..
Dia dengar saya dah cakap dengan cikgu dia 
baru la dia berhenti sebut pasal nak sekolah tu..
terus masuk bilik dan tidur..
hahhaha...susah jugak kalau anak suka pi sekolah ni.

sekian...

Friday, 6 February 2015

PATUT LA RASA MALAS NAK BANGUN...

Assalamualaikum....


Pagi tadi Maisara bangun dan terus kejutkan saya..
"Ibu... dah lewat la...."

Pukul berapa dah ????

Maisara: 6:15..

Ibu: ha???? cepat2 pi mandi..

Saya pun terus ke dapur nak siapkan bekal Maisara.
Sambil Maisara mandi saya jenguk dia dalam bilik air...

Ibu: cepatla..jangan lambat2..kakak dah lewat nih..

Saya buka pintu ..jenguk ke luar?
apahal la jiran2 tak bangun lagi nih?.
Gelap je semua rumah..

Tiba2 alarm kat enpon berbunyi..
saya ambik enpon dah tengok baru jam 5: 40..
ish..bertuah betul budak Maisara ni..
tetuja nak pi ke sekolah sampai bangun punya awal..
tak tengok jam betul2 disangka nya dah lewat..padahal masih awal lagi...


Padan la saya rasa macam letih je nak bangun.
rupanya belum masa untuk bangun tidur lagi..
Subuh pun belum masuk waktu lagi...
dah alang2 saya teruskan masak sampai siap..
lepas tu sambil tunggu azan subuh,
update blog comel ni dulu...

Sekarang dah masuk waktu solat subuh...
kita Mandi dan  solat dulu...

Sekian...




Thursday, 5 February 2015

MENGANTUK??MARI KITA TEKA DIMANA SOTONG

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang dah mengantuk ..kan??
sama la kita..ekekeke....
Saya ni kalau maisara pi sekolah je mesti saya mengantuk..
mengantuk campur sunyi..
Kat rumah ni dia la penghibur..
kalau Mikhail tau nya tidur je waktu2 gini..

Tapi nak buat cemana..anak suka sekolah...
Dia pernah cakap kadang2 dia rasa tak mau balik rumah..
Sampai tara tu sekali...hahah..
Susah tau nak jumpa budak macam ni..
Pagi2 semnagt bangun mandi siap semua..
Yang ramai nya budak2 mesti bangun lepas tu termenenung
memikirkan sejuk air..kan??
tapi Maisara tak gitu..cuma bersiap je lambat.
lepas mandi boleh selak2 majalah  Ana Muslim..
Kadang2 sempat lagi test baju2 kegemaran..
padahal baju sekolah tak pakai lagi..

"satgi kalau van mai tinggal hang,ibu biaq ja..ye.."

baru la laju bersiap bila ugut macam tu..

mengantuk kan??
meh kita main teka2...

tengok gambar bawah ni...
teka..cari sotong kat situ..
kalau jumpa memang hebat...



kalau tak jumpa meh tengok video nih..
awak akan jumpa sotong itu...:)






sekian..

Monday, 26 January 2015

HARI INI PUNYA HAL ..

Assalamualaikum...



Hari ni saya lambat update blog..
Sibuk menguruskan rumah selepas meninggalkan nya selama 2 hari..
kain baju menimbun-nimbun..
ditambah pulak beban kerja yang maisara bawak balik dari sekolah tadi..
jenuh jugak nak menyental nya...




Hari ni jugak hadiah Peraduan Variarasa Sunquick saya dah sampai..
Patutnya kena ambil sebelum 25 hb..
Tapi diaorang kata ambik lewat pun tak pe..
tak berdosa pun..hahah


Lepas tu hari ni saya buka balik buku penyata akaun blogging saya nih..
Rupanya dalam tempoh 
3 bulan saya berjaya menjana lebih rm600 dari blogging..
Sebelum ni memang saya tak pernah kira pun..hahahha..



Ops!! sebenarnya bukan 3 bulan tapi 2 bulan..
dari bulan 10 sampai awal bulan 12

 Ok la..

tu je buat masa ni..
saya blogwaklking sekarang..
tunggu kedatangan saya ok..


sekian...

Thursday, 22 January 2015

MAISARA: UJIBAKAT NYANYIAN DI KUALA LUMPUR

Assalamualaikumm..

Sekali sekala kena la letak gambar anak kat blog..
baru la orang kata bloger mak2..
hahahhaha


Hari ni balik dari sekolah agama terus ajak pi beli hadiah harijadi untuk kawan dia nama 
Hanny..
Lepas tu dalam kereta tak berhenti citer pasal kawan dia
yang nama wawa yang 
esok nak ke kolompo sebab ujibakat menyanyi..

Ibu : kalau ibu tak kuasa nak bawak anak  pi sampai ke kolompo semata2 nak jadi penyanyi..

Maisara : sebab ianya tak bermanfaat ke?

Ibu: ye la..kecik lagi..tugas utama belajar.bukan jadi penyanyi..

Ibu : nak buat macam mana...dah dia dapAt ibu macam tu..ibu kami macam ni...

***


Amboi!!!! perli ka apa tu???




Ini Mikhail..
Ni sorang lagi yang dah pandai
dok bertengkar dengan ibu kat rumah...


Sekian...

Friday, 9 January 2015

MAISARA : DOSA DAN PAHALA


Waktu ni tengah tunggu ayahnya kat tempat letak kereta..biasanya kalau keluar memang Maisara jalan dengan ibu dan Mikhail jalan dengan ayah.heheh..sebab tu kot Maisara dapat banyak ilmu membeli belah dari ibu..ekekekk..

Dan selalunya la kami yang keluar awal dulu menuju ke tempat letak kereta...Ayah nya dan Mikhail mesti main kejar2 kat dalam tu..hahhaha...ibu memang tak reti nak kawal Mikhail.

Masa tengah selfie ni ..

Maisara : adik tu keluar nanti mesti ayah sedang dukung dia dan dia menangis dengan kuat..

Ibu: tu ayah dengan adik..

Maisara: eh! dia tak nangis pulak.ayah bawak bungkusan apa tu?? makanan ke??mesti dia paksa ayah beli tu.tak tahu dosa betul..budak ni balik nanti kakak nak ajar dia tentang dosa dan pahala...

Ibu : ??????

Kemain lagi nak ajar orang bab dosa dan pahala..


Sekian...

Wednesday, 7 January 2015

MAISARA : MATA LEMBIK

Assalamualaikum..




seperti biasa Maisara suka mengadu..
Aduan maisara untuk hari ini....

Maisara: Ibu..kami pi kedai dengan ayah ..lepas tu makcik kedai tu pesan kat ayah minum kopi untuk cergaskan mata.Ayah tu asyik buat mata lembik je..

Ibu : Mata lembik??

Maisara : ye la..mata lembik yang mengantuk dan tak bermaya.mata dia jatuh ke bawah tak boleh angkat lagi.




(Ngeri pulak bila dibayangkan..matanya jatuh dan tak boleh diangkat lagi..eeiii...ngeri.!!.)

Mata kuyu la....



sekian..

Monday, 5 January 2015

LOLIPOP?? BELUM MASANYA.....

Assalamualaikum....



Saya memang tak bagi anak2 makan lolipop..
sebab saya rasa lolipop ni bahaya
untuk budak2..
Bayangkan bila anak kita hisap2 lolipop tu
tiba2 gula2 tu tercabut dari batang nya..
boleh menyebabkan tercekik tau..

Saya dah banyak makan lolipop..
dah banyak kali jugak
tengah dok hisap2 lolipop
Tiba2 tercabut dari batang nya
sebab tu sampai sekarang saya tak bagi
lolipop pada anak2 saya...




Tapi mikhail dengan Maisara ni kerap sangat dapat
lolipop dari sorang uncle ni..
tiap kali pi kedai uncle sorang ni
mesti diaorang dapat lolipop..
suami kata tak kan nak tolak kot..
jadi dia bawak balik je la.

Sampai rumah dia sorok..
Bila ibu jumpa ,
jadi habuan ibu je la..
heheehhh..

Tunggu dah besar nanti 
ibu bagi je makan lolipop ni.
jangan risau ye anak2..hehehh

Sekian..



Saturday, 3 January 2015

MAISARA : CUTI SEKOLAH DAH NAK HABIS...

Assalamualikum....



Ini anak pertama saya..
Maisara namanya..
bagi yang memang dah baca blog saya sejak 2010
mesti dah kenal sangat dengan Maisara.
yang tak kenal
boleh la klik sini..
Semua cerita maisara saya simpan rapi di sini
walaupun ada sesetengah entry gambar nya dah hilang.
sayang...kan?..tak tahu kenapa gambar boleh hilang.



Lagi seminggu nak sekolah..
maka bermula la kembali kerisauan saya.
Maisara akan mula sekolah.
dah masuk darjah 2.
tapi saya tetap risau.
kalau la kat sekolah tu mak ayah boleh tunggu kat tepi
kelas memang saya tunggu dah..
siap bawak bekal sekali.
hahahahh..

Kenapa nak risau??
Entah la..sebab saya memang tak boleh
jauh dengan anak2 pun..
kalau dia sekolah mesti saya kejap2 tengok jam.
tak sabar tunggu dia balik sekolah.
Risau dia kena buli jugak...
selalu kalau dia kat sekolah saya ni memang
enpon pun letak dalam poket.
risau kalau2 cikgu call ke..
sakit ke, terjatuh ke..siapa tau..
dah la dia memang tak boleh dok diam.

Walaupun dah ada adik
dia tetap anak yang manja..
selalu kena usik dengan adik
dan dia kuat mengadu..


Sekian..



Friday, 14 November 2014

KECEWA DENGAN AISKRIM INI....

Assalamualaikum....

Kelmarin ..
Balik je dari beli barang dapur kat tesco terus masuk kan semua barang basah dalam peti sejuk..
Kena susun balik ayam, daging kat bahagian sejuk beku tu.
alih punya alih...
Nampak sebekas kecik aiskrim ni...
yahooo...boleh makan aiskrim jap lagi..
cepat2 masuk kan lauk ..kemas2..dah siap..
boleh la makan aiskrim....


Tak sabar dah ni...
buka je penutup  aiskrim tu.....
....
....


Cis!!!!! Ni mesti keja si Maisara..
tak habis2 dengan eksperimen dia..
sampai tertipu ibu..
huhu...



Sekian,,,

Friday, 7 November 2014

MARKAH UJIAN AKHIR TAHUN MAISARA

Assalamualaikum...

Esok kat sekolah Maisara ada hari Anugerah Cemerlang 2014.
Setengah sekolah time ni tengah exam lagi..
tapi sekolah Maisara ni dah siap semuanya..
Buku teks pun dah dipulangkan..dan dah dapat buku teks untuk tahun depan.
Maisara kata ibu ayah kena datang sebab dia dapat hadiah jugak..
siap ugut kalau tak datang dia malas dah nak belajar..
bertuah punya budak...



Kertas ujian pun semua dah dapat..
satu pun tak de yang seratus..
tak pe la..baru darjah satu..
heheh..Periksa kali ni Maisara dapat no 7..
ok la..kan?/masa pertengahan tahun hari tu dapat no 13..heheh.
masa tu ada kertas yang dapat 80 je..
sekarang semua 90+..



pernah cakap kat dia..
tak kesah la kakak dapat no berapa pun..
yang penting markah ujian tu bagus..
Saya ni cuma nak anak kekal dalam kelas perdana je..
kalau dia turun kelas lain takut dia tak biasa .


Ni benda2 yang dia nak kalau dapat no 1-10
lama dah dia tulis ni..sejak awal tahun  lagi.
tulisan pun tak betul lagi..heheh..
Kitchen pun jadi chiken..heheheh
dulu dia dapat no 13 jadi tak berani nak minta apa pun..
sekarang dapat no 7..jadi no 7 cuma boleh minta colour baru je..hahahah..

Ayah nya kata ..mujur tak dapat no 6 dn 8..
kalau tak memang  pitam la ayah..heheheh

dah lama dia tak keluar main kat padang sejak ayah cakap kulit dia makin hitam..

Maisara selalu cakap..

"kami ni malas nak baca buku..sebab tu kalau kami solat,
kami doa lama-lama..sebab kami mintak macam2..
ustazah kata nak apa2 doa je kat Allah..kami selalu mintak supaya dapat markah 
bagus bila ujian.."



sekian..

Tuesday, 30 September 2014

MAISARA , MIKHAIL DAN AISKRIM SERINGGIT

Assalamualaikum...

Maisara ni kan ..bila dia dah suka satu makanan tu..
yang itu je la yang dia akan beli..
Bila kita nak beli kan yang lain pun dia tak mau..

macam minggu lepas..
Ibu dia ni nak la bagi adik tu merasa aiskrim magnum ..
adik tak pernah makan pun..
kakak dulu pantang keluar,
aiskrim magnum je dia nak..
tapi....


Sekarang ni sejak kenal aiskrim seringgit ni..
tak nak dah aiskrim lain..
katanya aiskrim seringgit ni lebih sedap dari magnum tu..
tapi memang saya pun rasa macam tu..hahahah


Lepas tu siap cakap kat adik..
"Yang ni lagi sedap tau adik.."
lepas tu adik pun nak jugak la ..
dia kan suka tiru kakak dia..
semua benda nak sama dengan kakak..

Ok..byebye magnum...

sekian...

Friday, 5 September 2014

SAYA MENANG 6 TIKET URUTAN BAHU

Assalamualaikum...



Yeay...saya dapat 6 tiket mengurut bahu..
eh!ada ke tiket urutan bahu??
pernah dengar tak??

Sejak cuti merdeka tu belakang saya ni rasa lenguh2
sebab lama sangt dalam kereta.
Itu lah..dah tua.kan??haaha

Jadi saya pun suruh la  Maisara
tolong urutkan bahu ni..
Agaknya kerap sangat suruh urut bahu
dia pun bagi la tiket nih..



6 keping tiket urut bahu.
nak urut kena bagi tiket.
saya dah guna 2 tiket.
ada lagi 4 tiket je..
habis tiket tu,tak boleh dah suruh dia urut bahu.

Mintak tolong orang pemalas memang macam ni la..
hahhah

sekian.

Wednesday, 27 August 2014

MEMANG SAYA MELEBIH-LEBIH.....

Assalamualaikum..

Dalam seminggu dua ni saya rasa macam tak banyak benda yang saya boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca blog senyum-senyum ni.Tapi saya akan cuba lawat blog kawan2 selepas  anak-anak tidur.
Disebabkan apa yang terjadi pada Maisara di sekolah baru2 ni saya mahu emosinya di ubati.



Saya yakin semasa di sekolah pun dia tak boleh nak tumpukan perhatian sangat pada pelajaran.Sebab dia sekarang memang cakap tak mau pergi sekolah.Selain mengharapkan  bantuan dan kerjasama guru-guru di sekolah tu saya di rumah pun banyak mengajar dia supaya apa yang dia tak dapat tumpukan di sekolah ,semuanya tak tercicir.Saya nak dia suka pada sekolah semula.



Mesti ada yang berkata saya terlalu melebih-lebih tentang hal anak-anak.Jujurnya saya mengaku bila melibatkan anak-anak memang saya jadi melebih-lebih.Mereka adalah masa depan saya.saya tak boleh pandang ringan.

Kalau masa saya belum kahwin dulu saya tak kesah pun kalau ada orang pukul saya,bergaduh dengan saya.InsyaAllah..bila kita bertemu saya boleh senyum dengan dia.berbual macam tak ada apa-apa yang berlaku.Tapi bila dah bertukar status semua tu saya tak mau berlaku.Anak saya 24 jam dengan saya.Apa-apa yang berlaku pada saya mesti diaorang nampak.Sedikit sebanyak perasaan mereka pun akan terjejas.Apalagi perasaan suami Saya,

Sebab itu bila sampai melibatkan anak-anak saya terus jadi tak de tolak ansur.Awak buat salah,saya maafkan tapi nak bebaik macam dulu saya tak boleh lagi..

Susah kan bila berjumpa orang macam saya.??hahah..nak buat macam mana,..keutamaan saya sekarang ni pada suami dan anak-anak saja..

sekian...


Monday, 25 August 2014

MAISARA MALAS NAK PERGI SEKOLAH

Assalamualaikum..

Sambil2 makan nasik tengahari tadi..
Maisara mula bercerita...

"ibu..sekarang ni kami rasa malas dah nak pergi sekolah.."

Ibu: kenapa pulak??

"boleh kata setiap hari cikgu rotan tangan kami..
kawan2 saja je nak kenakan kami..
diaorang tulis nama kami kat atas kertas..
kami tak jalan2 pun..
kami duduk diam dan baca buku je...
Tapi diaorang nak kena kan kami,diaorang tulis nama kami atas kertas..
bila cikgu masuk terus rotan tangan kami
sebab nama kami ada dalam senarai tu..
Bila kena rotan kawan2 gelak la kat kami.."

***********

Alahai cikgu...



sekian...

Wednesday, 20 August 2014

GAMBAR PETANG INI..

Assalamualaikum...



Gaya nya tetap macam tu je..
Tak tau la dia ikut siapa entah 
bergambar macam tu..


Sekarang ni kakak pun ikut dah gaya tu..
Paling kelakar ayah nya pun buat gaya tu
bila ibu nak ambik gambar.


Ibu je yang belum tersampuk lagi nak buat
gaya ni..

Hahahh..

Sekian..