Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Thursday, 3 May 2018

INI SEBAB KENAPA KITA TAK BOLEH NAIK GAJAH BILA MELANCONG KE THAILAND




Saya ni walaupun seorang yang penakut dengan haiwan tapi saya sebenarnya pecinta haiwan jugak.Rasa sakit hati bila nampak ada orang aniaya haiwan. Tak sanggup nak tengok.

Tapi ramai yang tak sedar cara kita sendiri menggalak kan penganiyaan terhadap haiwan . Contohnya Gajah. Ramai orang kalau pergi ke Thailand mesti nak naik gajah. Tapi tahu tak bagaimana gajah tersebut di perlakukan untuk sesetengah pihak  mengaut keuntungan ?

Gajah yang di tangkap bukan sahaja di siksa malah ada gajah-gajah kecil di pisahkan secara paksa dari ibu mereka  atau di sebut sebagai "phajaan" . Kesian nya..

Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar ni.. Apa perasaan korang selepas melihat gambar2 ini.?






Ini adalah keadaan di mana gajah-gajah sedang di latih supaya menurut perintah . Gajah-gajah ni bukan saja di latih setiap hari malah di perlakukan dengan kejam sekali.

Di ikat, di pukul sampai ada yang luka-luka.

Tapi bila kita pergi ke Thailand kita tengok gajah-gajah ni macam jinak sangat sampaikan ada yang anggap gajah ni haiwan yang di pandang suci oleh orang Thailand. Sedangkan orang tak tahu macam mana cara mereka menjinak kan gajah-gajah ni. Sangat kejam!

So korang kalau ke thailand tak payah naik gajah sebab ianya seolah-olah menyokong tindakan pihak tertentu ni . Kalau ramai2 sebarkan benda ni tak kan ada lagi sesiapa nak naik gajah  dan orang tempatan kat sana pun tak nak dah tangkap gajah dan gunakan untuk kepentingan sendiri.

sekian..


DIHARAMKAN MASUK STADIUM SELAMA SETAHUN LELAKI INI SEWA KREN UNTUK TONTON PERLAWANAN BOLASEPAK




Seorang peminat Kelab bola sepak Denizlispor , Turki baru-baru ini menjadi  tajuk utama media antarabangsa selepas menyewa kren semata-mata untuk menonton pasukan kegemaran nya bermain dalam perlawanan liga  selepas  dia diharamkan dari memasuki stadium selama satu tahun.

Ali Demirkaya yang berusia 37 tahun, aka 'Amigo Ali' terkenal sebagai salah seorang penyokong Denizlispor yang paling fanatik, dan pada hujung minggu lalu  dia membuktikan kesetiaan nya dan sokongan nya  kepada kelab tersebut  dengan menyewa kren agar dia dapat menonton perlawanan diantara Denizlispor menentang Gaziantepspor .




Demirkaya diharamkan memasuki stadium pasukannya selama satu tahun, selepas penglibatan nya dalam satu kejadian semasa perlawanan melibatkan Denizlispor pada tahun 2015. Bagaimanapun, dia menentang keputusan itu dan bersumpah untuk tidak membiar hukuman tersebut menghalangnya dan akhirnya minggu lalu dia memenuhi janjinya.

Amigo Ali berpendapat bahawa hanya kerana dia tidak dapat masuk ke stadium itu tidak bermakna dia tidak dapat menyokong pasukannya, jadi dia menghabiskan beberapa ratus dolar dengan menyewa kren perindustrian.



Dia kemudian  meminta operator kren  mengangkat nya  tinggi di atas stadium dimana dia dapat menonton permainan sambil mengibarkan  bendera hijau dan hitam Denizlispor. Aksi nya itu menjadi tumpuan penonton di dalam stadium tersebut,

Malangnya, Amigo Ali tidak dapat menjadi tumpuan terlalu lama kerana polis  tiba di tempat kejadian dan meminta operator kren menurunkan fanatik bola sepak tersebut. Ia tidak jelas sama ada dia didenda kerana aksi tersebut  tidak, tetapi dia pasti membuktikan bahawa larangan stadium semata-mata tidak akan menghalangnya dari menonton kelab kegemaran nya beraksi.



Menariknya, ini bukan kali pertama Ali Demirkaya menyewa kren untuk menonton perlawanan bolasepak.. Dia melakukan perkara yang sama pada bulan Februari, dan polis terpaksa membawanya ke bawah kerana dia menarik perhatian penonton..

Pada masa itu, dia memberitahu laman web peminat Denizlispor20 bahawa dia juga sedang mempertimbangkan untuk menyewa balon atau paraglider, jadi dia dapat menonton perlawanan pasukannya dari atas tanpa polis merosakkan pengalaman itu.

sekian.

Wednesday, 7 March 2018

SENARAI ORANG PALING KAYA DI DUNIA 2018



Senarai orang paling kaya di dunia untuk tahun 2018 ni saya baca di Forbes . terkejut jugak sebab kedudukan teratas sebelum ni , orang paling kaya ialah Bill Gates tapi sekarang tak lagi.

Jeff Bezos kini mengatasi kekayaan Bill Gates dan sekaligus diiktiraf sebagai orang paling kaya di dunia.Bos Amazon ini mempunyai nilai harta sebanyak US$112 Bilion.

Jeff Bezos berusia 54 tahun  dilahirkan pada 12 january 1964 adalah usahawan teknologi Amerika, pelabur, dan dermawan,. Dia juga  terkenal sebagai pengasas, pengerusi, dan ketua pegawai eksekutif Amazon, portal membeli-belah dalam talian terbesar di dunia.

Berikut adalah senarai 20 orang paling kaya di dunia .





 Kekayaan Bezos melonjak setelah saham Amazon naik 59% dalam masa 12 bulan. Ini menyebabkan kekayaan Bezos kemudian nya  naik US$ 39,2 Bilion

Itu adalah kenaikan paling tinggi sejak Forbes mula menyenaraikan  orang-orang terkaya sejak 1987.

sekian..

Friday, 2 March 2018

MAJIKAN PUKUL DAN UGUT BUNUH PEMBANTU RUMAH SECARA LIVE DI FACEBOOK




Hongkong , seorang pembantu rumah warga Indonesia di Hongkong di pukul  majikan nya dan mengejutkan apabila pelakunya ialah seorang wanita tua berusia 79 tahun. Lebih  dasyat lagi ianya disiarkan secara live di facebook.

Sebuah video live di facebook yang menunjuk kan seorang wanita memukul dan mengugut untuk membunuh pembantu rumah tersebut menjadi viral di media sosial.

Dalam video itu menunjukkan majikan nya masuk ke bilik dan mula berleter dan memarahi pembantu rumahnya 

Perang mulut antara mereka menyebab kan wanita berusia 79 tahun itu menampar dan memukul pembantu rumah warga Indonesia tersebut bertalu-talu sambil pembantu rumah terus beristigfar dan menyebut Ya Allah..ya Allah....

Kemarahan majikan nya semakin menjadi-jadi apabila pembantu rumahnya itu bercakap dalam bahasa jawa dan terus beristigfar.

"..mengapa anda bercakap dalam bahasa lain.?Saya tidak faham" sambil dia terus memukul pembantu rumahnya 

Mengikut  laporan Coconut Hong Kong , Majikan nya itu menuduh pembntu rumahnya tidak berguna dan selalu membuat nya marah.



Namun pembantu rumahnya menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia ialah pekerja yang  baik dalam menguruskan rumahtangga namun diperlakukan sewenang-wenangnya oleh majikan nya itu.

Pihak kerajaan Indonesia memandang serius perkara tersebut dan telah menghubungi Pihak polis di Hongkong.

Dengan beberapa maklumat majikan tersebut sudah di tahan pihak polis dengan dakwaan mengasari dan melakukan ugutan bunuh .

Pembantu rumah tersebut sekarang berada di bawah perlindungi pihak polis di Hong Kong.
sekian.





Thursday, 1 March 2018

LELAKI INI PUKUL DAN IKAT ANAK PADA MOTORSIKAL DAN MENGHERETNYA SEPANJANG LALUAN BERBATU

photo:radions.co


Banyak betul kisah-kisah kekejaman yang dilakukan pada kanak-kanak yang dikongsikan sekarang ni.Itu kes-kes yang berjaya dikesan dan dirakam. Macam mana dengan kes-kes yang terpencil dan tak di hebahkan.? 

Entah apa lah penyebab nya anak-anak kecil diperlakukan sebegitu.kadang-kadang  kesalahan yang dibuat oleh anak-anak kecil tu tak seberapa pun. Hanya kesalahan kecil yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak. Tapi Orang tua tak mampu mengawal perasaan dan anak kecil menjadi mangsa.

Boleh dikatakan tekanan hidup juga menjadi satu punca mengapa anak kecil menjadi mangsa penderaan . 

Berlaku di China , video seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di dera bapanya tersebar di media sosial.





Lelaki yang dikenali sebagai Wei dilihat memukul punggung , belakang dan bahagian kepala  anak perempuan nya dengan kuat tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan si anak.

Tidak cukup dengan memukul anak nya, Wei kemudian di lihat mengherat anak nya kearah motorsikal dan mengikat anaknya dibelakang motorsikal miliknya,

Dia kemudian mengherat anaknya yang sedang terikat dilaluan yang berbatu.



Kekejaman yang Wei lakukan pada anak nya hanya mampu dilihat oleh orang ramai dan ada yang merakam perbuatan nya.

Dengan tersebarnya video tersebut, pihak polis segera melakukan siasatan dan mencari Wei. Dia kemudian nya ditemui bersama anaknya di sebuah pasar.

Wei kini ditahan polis dan anak nya dihantar kehospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan mendapati terdapat luka di bahagian badan anak perempuan nya itu. 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 28/2/2018 yang lalu di Bandar Ya Long ,Wilayah Otonomi, Da Hua Yoa , Provinsi Guanxi, China.

Menurut Wei dia melakukan perkara tersebut kerana anaknya tidak mahu pulang kerumah ketika dia membawa anak perempuan nya itu berkunjung kerumah saudara nya. kelakuan anaknya itu membuatkan dia tidak dapat mengawal perasaan marah.


Nampak??bukan kesalahan besar pun yang dilakukan oleh sianak tu.Tapi ayahnya tak dapat kawal perasaan.Rasanya mungkin si ayah tu ada perkara yang dirungsingkan kemudian di tambah dengan kelakuan sianak yang sukar dikawal.

Tapi itu tak bermakna dia boleh melakukan perkara sedemikian pada anak nya..kan??

sekian..

Thursday, 8 February 2018

WANITA INI PAKAI KORSET 23 JAM SEHARI UNTUK KECILKAN PINGGANG

WANITA INI PAKAI KORSET 23 JAM SEHARI UNTUK KECILKAN PINGGANG Tengok kawan-kawan semuanya sedang berusaha nak turunkan berat badan rasa bersemangat nak teruskan diet . Kita kena lah kawal pemakanan kita memandangkan usia pun makin meningkat.

Kalau berat badan turun , aktiviti seharian pun jadi lancar, badan pun cergas , mudah juga nak cari pakaian yang sesuai.. Banyak kelebihan bila badan kurus dan langsing.Sebab itu ramai wanita sanggup melakukan apa saja untuk nampak kurus walaupun ada yang sehingga sanggup menggunakan cara yang agak ekstrim.



Bercakap tentang kurus cara ekstrim ni saya terbaca kisah tentang Diana Ringo, 39, dari Chula Vista, California . Selepas  melahirkan anak kembarnya tiga tahun lalu, dia merasakan bahawa dia sudah kehilangan bentuk badannya . Diet dan senaman sahaja tidak memberikan hasil yang diingini, jadi dia  kini memakai korset yang ketat 23 jam sehari,

Diana hanya mengeluarkannya untuk mandi atau bersenam. Ibu-tiga wanita itu kini mempunyai pinggang 18-inci berbanding sebelum ini 27 inci.



(Pinggang  27 inci dia dah rasa hilang bentuk badan.. Saya punya pinggang ni dah 34 inci. Agaknya kalau bagi dia 34 inci ni bukan takat hilang lagi, tapi dah hancur musnah  kot..hahahaha)

"Apabila saya memakai korset saya berasa  begitu seksi. Malah ianya meningkatkan keyakinan diri saya dan  membuat saya berasa sihat, "kata Ringo kepada Barcroft TV.

"Saya tidak gembira dengan badan saya sebelum ini kerana saya gemuk. Tidak ada yang salah nya jika mempunyai lemak  tetapi lemak di badan saya tidak membuatkan saya nampak feminin. Iamembuatkan bentuk badan saya seperti lelaki dan saya tidak menyukainya.. "

Diana Ringo yang kini bekerja sebagai tukang masak Tentera Laut, mempunyai koleksi lebih daripada 45 korset bernilai $ 1,955 untuk membantu mengekalkan bentuk badan nya.

"Apabila saya tidak memakai korset, saya  terasa seperti ketika saya tidak memakai bra. Rasa lega tetapi saya tahu saya perlu memakai korset semula. "



Suami nya , Bret seorang  pegawai Tentera Laut berusia 33 tahun, agak risau dengan keadaan pinggang isterinya  yang semakin kecil  tetapi dia semakin akur dengan keputusan isterinya.. Walau bagaimanapun, Bret telah membuat beberapa perjanjian supaya pinggang isterinya tidak terlalu kecil.

Pernah Bret berasa terlalu risau hingga kan dia membawa Diana mendapatkan pemeriksaan kesihataan .Namun doktor mengesahkan isterinya sihat dan itu membuatkan dia berasa lega dan mula akur dengan  cara Diana.

Walaupun wanita ini sihat tapi kita harus tahu tindakan seperti ini  sangat merbahaya. Penggunaan korset yang keterlaluan   boleh menyebabkan kerosakan organ dan tulang belakang apabila diamalkan dalam jangka waktu yang lama.



Mereka yang mengamalkan cara ini  juga menghadapi risiko masalah pencernaan yang disebabkan oleh sekatan ke abdomen, rahim prolapsed, terutamanya jika dipakai semasa kehamilan, dan atrofi otot belakang yang rendah yang membawa kepada sakit belakang.

Diana Ringgo bukan lah wanita pertama yang mengenakan korset untuk mengecilkan pinggan dengan cara ekstrim .Sebelum ini seorang  model Venezuela Aleira Avendano, yang juga memakai korset selama 23 jam sehari untuk mengekalkan pinggangnya ke angka 20 inci.  Begitu juga dengan Michele Koebke yang secara beransur-ansur memakai korset yang lebih ketat untuk mencapai pinggang yang paling kecil di dunia.

Jadi memakai korset untuk kecilkan pinggan ni memang berkesan. Siapa yang kata tak berkesan tu mungkin sebab pakai setakat 2-3 jam sehari..Hahhah.. tapi berpada-pada lah..Saya lebih yakin dan ercaya dengan cara senaman dan mengawal pemakanan saha boleh menguruskan badan malah memebri kesihatan dalaman dan luaran.

sekian..



Thursday, 18 January 2018

WANITA DICERAIKAN KERANA MANDI SETAHUN SEKALI

Assalamualaikum..



Oleh sebab negara kita ni beriklim khatulistiwa memang penting untuk kita mandi sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari. Siapa yang mandi seminggu sekali??ada ke?

Tak dapat dibayangkan cemana bau nya kalau mandi seminggu sekali.Bukan setakat bau bawang mungkin bau lengkuas, kunyit , serai semua nya ada.Hahahah.

Bayang kan kalau duduk negara-negara sejuk macam korea ke, Taiwan ke...Huh!!agaknya mandi setahun sekali..Tapi memang ada kes dimana seorang wanita mandi hanya setahun sekali dan perkara ni berlaku di Taiwan.

Seorang wanita diceraikan suami nya kerana mandi setahun sekali.Lin juga dikatakan jarang-jarang mencuci rambut dan menggosok gigi.

Suaminya yang tidak didedahkan identitinya membuat permohonan cerai di Mahkamah Daerah  Taipei .

Menurut bekas suaminya ,dia sering meragui tahap kebersihan bekas isterinya itu apabila Lin mandi seminggu sekali diawal perkahwinan mereka.Namun perkara tersebut berlarutan dan tabiat nya menjadi bertambah buruk apa bila dia hanya mandi setahun sekali.

Lelaki itu berkata bahawa disebabkan oleh tabiat Lin yang tidak sihat, mereka hanya melakukan hubungan seks setahun sekali, yang menyebabkan  pasangan itu belum mempunyai cahaya mata walaupun sudah 10 tahun berkahwin.



Kedua-dua mereka tidak bekerja . Lin dikatakan menghalang suaminya bekerja dan menyuruhnya duduk dirumah sambil menjaga ibu bapa Lin yang sudah tua. Segala perbelanjaan rumah ditanggung sepenuhnya oleh orang tua Lin. Namun lelaki tersebut mengatakan ianya masih tidak mencukupi dan hidup mereka dalam kemiskinan malah untuk mendapatkan rawatan pergigian juga mereka tidak mampu.

Hakim kemudian nya mengesahkan penceraian tersebut dan menegaskan isu  kerja, keluarga, dan kebersihan ini tidak akan membuatkan hubungan perkahwinan mereka n dapat diteruskan.

sekian..

Tuesday, 16 January 2018

REMAJA 16 TAHUN SAMAN IBU SENDIRI KERANA DEDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI DI FACEBOOK

Assalamualaikum..

anak saman ibu kerana facebook


Zaman sekarang sesiapa pun boleh kena saman. Awak maki-maki orang di facebook pun tak mustahil tiba-tiba saja surat saman sampai kat rumah. Orang yang awak tak kenal pun tiba-tiba saja boleh saman awak. So kena berhati-hati bila awak menulis di laman sosial atau pun memuat naik satu-satu kandungan di laman sosial awak.

Jauh kan dari sebarang isu yang boleh membuatkan awak berada dalam risiko.




Biasalah..kita ni manusia biasa .Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tulis dan muat naik di laman sosial boleh membuatkan ada pihak lain berkecil hati, kerugian dalam perniagaan dan boleh menyebabkan kesulitan pada orang lain.

Oleh sebab sekarang zaman siapa pun boleh kena saman jangan terkejut kalau ada kes anak saman ibu kerana  mendedahkan gambar nya dan maklumat perubadinya di laman sosial.

Itu lah yang berlaku apa bila seorang remaja berusia 16 tahun , berasal dari Itali bertindak menyaman ibunya sendiri  kerana memuat naik gambar  dan maklumat peribadi  tanpa persetujuan nya.

Remaja  tersebut mendakwa tindakan ibunya memberi  kesan yang serius terhadap kehidupan sosialnya sehingga dia bertindak untuk berpindah  ke sekolah tinggi di Amerika Syarikat supaya dia boleh "memulakan" hidup baru.

23 Disember, 2017, Hakim Monica Velletti dari  mahkamah sivil di Rom  memerintahkan ibu remaja terbabit untuk memadamkan semua gambar tersebut  dari akaun media sosialnya sebelum  1 Februari, 2018, atau wanita malang tersebut bakal dikenakan denda € 10,000 ($ 12,270).

Media Itali melaporkan bahawa, mengikut dokumen mahkamah, anak perempuan berusia 16 tahun dan ibunya berada dalam konflik  sejak dia dan ayahnya bercerai. Selepas penceraian , ibu tersebut didakwa memaparkan gambar dan butir-butir kehidupan peribadi anaknya itu  dan merujuk anaknya  sebagai "pesakit mental" dan membandingkannya dengan "pembunuh". 


Hakim tersebut juga  meminta agar remaja tersebut  dipindahkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarikat, agar dia dapat "menjauhkan diri dari konteks sosial sekarang, di mana semua pelajar sekolah menengahnya sudah mengetahui  butiran peribadinya.

Undang-undang hak cipta di  Itali dengan jelas menyatakan bahawa subjek foto memerlukan hak cipta  dan kebenaran  sebelum ia boleh diterbitkan di media sosial.

Kes yang luar biasa ini pernah berlaku pada seorang remaja  lelaki berusia 18 tahun,  dua tahun lalu, yangmenyaman  ibu bapanya kerana menghantar lebih daripada 500 gambar nya  di Facebook, tanpa persetujuannya. 

Kes-kes seperti ini kerap berlaku  di seluruh dunia, dan pakar undang-undang  memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak menyiarkan gambar anak-anak mereka di media sosial tanpa terlebih dahulu meminta izin. 


anak saman ibu kerana facebook


Selain boleh dikenakan tindakan  undang-undang, mereka juga berisiko mendedahkan kanak-kanak bawah umur kepada ancaman yang lebih berbahaya, seperti pembulian siber oleh rakan-rakan mereka.

Jadi korang..Lepas ni sebelum nak letak gambar anak-anak kena tanya mereka dulu terutamnya bila anak-anak kita dah meningkat remaja.Kalau masa mereka  kecil2 dulu boleh la kita muat naik gambar mereka tanpa kebenaran. 

Anak-anak ni bila mereka dah remaja kita perlu juga terapkan rasa hormat pada mereka.Sedikit sebanyak ianya akan membuatkan mereka juga menghormati kita.

sekian..

Friday, 12 January 2018

PENGANTIN LELAKI PENGSAN BEKAS KEKASIH MENYANYI DI HARI PERSANDINGAN

Assalamualaikum...




Hubungan cinta putus di tengah jalan itu bukan perkara luar biasa.Ramai orang yang melalaui nya. Ada yang boleh menerimanya dengan tenang namun ada juga yang sukar untuk "move on " dengan hubungan yang sudah tinggal sejarah.

Baru-baru ni viral kisah seorang jurugambar yang menjadi jurugambar dihari pernikahan bekas kekasihnya. Walaupun cinta mereka putus ditengah jalan namun dia menjalankan tugasnya dengan baik dan semua gambar2 yang diambil cantik-cantik dan memuaskan hati pelanggan nya.

Itu kalau masing-masing menerima takdir hubungan cinta mereka..kan??semuanya akan jadi baik..

Macam mana pulak kalau yang jenis tak boleh terima perpisahan ??Ini yang terjadi dalam satu majlis persandingan sepasang mempelai di Kecamatan Penrang, Kabupaten Wajo, Indonesia.

Pengantin lelaki . Nokies Febrianto pengsan ketika majlis perkahwinan nya dengan seorang gadis bernama Musriani. Puncanya ialah dia terlihat bekas kekasihnya dimajlis perkahwinan nya . Majlis tersebut diadakan pada Rabu lalu , 10-1-2018 .


Awalnya majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah .Tiba-tiba kedengaran seorang perempuan menyanyikan sebuah lagu Bugis bertajuk "Balo Lipa" di tempat duduk tetamu .

Nokies yang mendengar suara tersebut terus dapat mengagak suara tersebut adalah milik bekas kekasihnya.Dia kemudian meluru dan menerpa kearah  perempuan tersebut yang sedang menyanyi.

Tiba-tiba Nokies seolah-olah tidak dapat mengawal perasaan nya dan memeluk bekas kekasihnya itu. Dalam masa yang sama dia pengsan dan jatuh dalam pelukan bekas kekasihnya .Tetamu dengan cepat terus memapah Nokies yang masih pengsan.



Video kejadian tersebut menjadi tular sejak semalam dan telah ditonton beratus ribu kali.


Kesian pada isteri nya itu .Mesti terkejut dengan tindakan suaminya. Pengantin lelaki semacam masih sayang bekas kekasihnya. Tapi kenapa berkahwin dengan orang lain kalau masih sayang..kan??

Semoga isterinya tabah dapat suami tak reti2 nak  "move on"..hahah


sekian..

Tuesday, 9 January 2018

HUBUNGAN WANITA INI DENGAN SEBUAH KALKULATOR GAGAL DAN KINI DIA INGIN BERKAHWIN DENGAN PERMAINAN VIDEO GAME TETRIS

Assalamualaikum..

gadis rancang kahwin dengan tetris


Macam-macam penyakit mental kita boleh tengok sekarang ni..betul tak??Nampak macam waras, pakaian ok, cara cakap pun ok tapi rupanya ada sakit mental.Ada yang bercakap dengan dinding  dan tak kurang juga yang nak kawen dengan objek kesayangan mereka.

Terbaru kisah sorang gadis yang nak kawen dengan permainan game tetris..Ingat tak masa kecil-kecil dulu kita suka main game ni.Sampai pergi sekolah pun kotak-kotak kecil ni bermain-main di ingatan kita.hahahaha..Tapi tidak lah sampai nak jadikan game tetris ni kekasih.hahahha..

Kalau tengok gadis ni rasanya dia jadi macam ni sebab belum ada teman lelaki yang berupa seorang lelaki.. Selama ni mungkin dia hanya terperuk dalam bilik dan bermain game atau asyik belajar.Mungkin bila satu hari nanti dia kenal seorang lelaki yang benar-benar orang dan mesti dia akan rasa "bekas2 kekasih" dia tu adalah satu kegilaan dan bukan nya cinta..hahaha..






Seorang pelajar matematik berusia 20 tahun dari Orlando, Florida telah mengumumkan hasratnya untuk berkahwin dengan permainan komputer vintage Tetris, setelah kehilangan teman lelakinya  dalam sebuah "kemalangan". Bekas teman lelaki nya adalah sebuah  kalkulator bernama Pierre. Pierre "maut" dalam satu "kemalangan" semasa kerja-kerja pembersihan



Noorul Mahjabeen Hassan sebelum ini mempunyai hubungan romantis dengan iPod dan monorel, tetapi dia telah membuat keputusan untuk memberi komitmen untuk Tetris selama lebih setahun dan sekarang  merancang untuk berkahwin dengan permainan itu selepas  lulus dari University.



"Ia bermula apabila saya bermain permainan yang disebut sebagai  Smash Run,dan sejak itulah saya mengenali Tetris, dan setiap kali saya mendengarnya saya terasa mahu bermain Tetris, "kata pemain berusia 20 tahun itu. "Saya fikir Tetris sangat cantik,. dia sempurna , dan dia merangsang fikiran anda. Secara fizikal saya sendiri merasai yang kami mempunyai  hubungan .


Hubungan ganjil gadis ini  bermula pada September 2016, dan sejak itu Noorul telah memenuhi rumahnya dengan memorabilia Tetris. Dia mendakwa menghabiskan lebih dari 12 jam sehari bermain dalam talian dan di Gameboy miliknya . Noorul menganggap hubungan nya dengan tetris adalah adalah intim. Dia juga  mendakwa dia tidur dengan objek yang bertema kan Tetris, seperti kusyen dan CD.

Noorul hanya tertarik dengan objek yang di anggap sebagai lelaki, menjadi objek seksual hetero-objectum, dan menegaskan bahawa obyekofilia adalah keutamaan dan bukan fetish.

Terang Noorul lagi. "Fetish adalah seksual manakala seksual objectum lebih romantis. Anda mempunyai perasaan sebenar dan merasa seperti  emosi anda bersambung dengan objek. saya tidak pernah tertarik kepada manusia. "


Bercakap mengenai bekas kekasihnya  , sebuah  kalkulator yang dia panggil Pierre, Noorul berkata: "Saya suka menyentuh butangnya. Saya menggunakan lidah saya untuk menyentuh butangnya. Saya suka menghasilkan nombor rawak dan mendarabkannya. Ia juga merupakan hubungan intelektual .  "



Malangnya, Pierre mengalami litar pintas ketika saya sedang membersihkan nya. "Tiba-tiba sahaja dia tidak berfuungsi," katanya bercerita mengenai pengalaman itu. "Saya kehilangan nya  dan terpaksa mendapatkan Pierre baru,tetapi ianya tidak sama dengan Pierre yang asal."


"Saya mahu  berkahwin dengan Tetris dan akan mengadakan  upacara yang sah dengan rakan-rakan saya . Saya mahu semua orang berada di sana.  'Saya ingin membuktikannya kepada anda  dengan menjadikan tetris kekal bersama  saya dan memanggil saya dengan panggilan  Puan Tetris. "

gadis rancang kahwin dengan tetris



Hubungan unik Noorul  telah di tentang oleh  keluarganya . Agak sukar untuk dia membuatkan ahli keluarga nya memahami perasaan nya. . Dia telah menemui komuniti aktif dalam talian untuk menyokongnya  dan dia berharap untuk menyebarkan kesedaran dan pemahaman mengenai seksualiti.

"Saya tidak melakukan kesalahan atau kemudaratan kepada sesiapa.. Apa masalahnya? Mereka fikir ia pelik tetapi saya hanya minta mereka memberi saya satu sebab  kenapa saya tidak perlu  bersama dengan Tetris "

Sekian..





Monday, 8 January 2018

LELAKI INI CURI TALI KAIN KAFAN SAHABAT SENDIRI UNTUK DIJADIKAN PELARIS



curi tali kain kapan
Kubur ,Hendra 

LELAKI INI CURI TALI KAIN KAFAN SAHABAT SENDIRI UNTUK DIJADIKAN PELARIS  Misteri kehilangan tali kain kafan pada satu mayat yang meninggal pada Khamis 28/12/2017 akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki di tahan pihak polis.

M Hendra bin Solahi meninggal pada 28/12/2017 dan dikebumikan di tanah perkuburan Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia pada hari yang sama. Namun pada jumaat 29/12/2017  jam 06.30 WIB penduduk setempat gempar apabila menyedari kubur M.Hendra sudah diceroboh.

Penjaga kubur  Andi Edi (47) mengakui menerima laporan orang yang datang menziarahi kubur berkenaan keadaan salah satu kubur di kawasan tersebut sudah diceroboh dan mempunyai kesan diselongkar.

Dia kemudian nya terus membuat laporan polis.


Selepas melakukan siasatan polis mendapati 3 tali kain kafan pada mayat tersebut sudah hilang.Siasatan dilakukan hampir seminggu  dengan melibatkan 11 orang saksi akhirnya membuahkan hasil apabila seorang lelaki dikenali sebagai M.Irpan (34) yang juga salah seorang sahabat si mati didakwa sebagai tertuduh yang mencuri tali kain kafan dan menyelongkar kubur si mati.


curi tali kain kapan
M.Irpan



Menurut M.Irpan dia mengambil masa selama 3 jam untuk menggali kubur sahabatnya itu dengan menggunakan sebatang kayu.Dia kemudian nya mengambil tali di kepala , leher dan dada .

Irpan mengakui dia mencuri tali kain kafan tersebut untuk dijadikan pelaris perniagaan kereta sewa nya selepas salah seorang penumpang nya memberi tahu tali kain kafan boleh digunakan sebagai pelaris.

Terdapat satu kepercayaan yang mengatakan tali kain kafan  mampu membuatkan perniagaan menjadi laris dan mendapat ramai pelanggan.Oleh sebab itu Irpan nekad mencuri tali kain kafan M.Hendra .

curi tali kain kapan

Selepas menggali kubur selama 3 jam hari beransur cerah dan Irpan memutuskan untuk lari tanpa sempat menutup kembali kubur yang telah diselongkar.

Irpan kemudian nya menyimpan tali kain kafan tersebut di dalam beg plastik dan sweater sambil memandu kereta sewanya. namun tetap tidak mendapat ramai penumpang.Lantas Irpan membuang tali tersebut di sungai.



Kain kafan mayat sering dikaitkan dengan perkara-perkara syirik dan kurafat. Selain tali kain kafan yang dikatakan boleh menjadi pelaris ada juga yang mengatakan kain kafan boleh menjadikan seseorang itu sukar dilihat.

curi tali kain kapan



Pencuri atau penyamun akan memakai kain kafan  untuk memasuki rumah orang lain untuk mencuri atau melakukan kejahatan  tanpa disedari orang lain.

Kebiasaan nya penganut ajaran  ilmu hitam selalu mensasarkan  kain kafan atau jari orang yang meninggal pada Jumat kliwon. Tujuannya, untuk ilmu kebal , pelaris, dan ilmu ghaib.


sekian..



Thursday, 4 January 2018

KESUNYIAN KERANA ISTERI BEKERJA DI MALAYSIA PUNCA LELAKI INI LIWAT 25 KANAK-KANAK

Assalamualaikum..



Polis berjaya  menangkap WS Alias Babeh seorang guru berusia 49 tahun yang dituduh meliwat  25 kanak-kanak di sekitar  Kabupaten Tangerang. Indonesia.

Tertuduh melakukan kegiatan  tersebut karana  ingin melampiaskan nafsunya lantaran isterinya berada di Malaysia.

“Iya (karena istri di Malaysia). Karena ingin melampiaskan nafsu seks nya,” kata ketua polis Tangerang, Kombes Sabilul Alif ketika diminta mengesahkan kejadian tersebut pada , Kamis (4/1/2017).




Sabilul berkata , isteri tertuduh  berada di Malaysia kerana bekerja sebagai sebagai TKW (tenaga kerja wanita)  sejak awal 2017 yang lalu.

Selepas 3 bulan hidup sendirian, tertuduh mula melakukan kegiatan jahatnya .

“Peristiwa itu berawal di Kampung Sakem, Desa Tamiang pada bulan April 2017. Saat itu, istri tersangka sudah 3 bulan menjadi TKW di Malaysia,” jelas Sabilil..







Menurut laporan awal sebelumnya , kelakuan jijik  Babeh terbongkar selepas salah seorang mangsa bercerita kepada ibu bapanya.

Setelah disiasat polis mengesan mangsa  Babeh yang berusia antara 10-15 tahun. Selain menangkap tertuduh, polis juga menyita barang bukti berupa 1 sarung  lengan pendek, 1 seluar pendek warna biru ungu, dan telepon bimbit yang diambil dari tempat kejadian .

Tertuduh  didakwa dibawah akta  82 Undang-Undang Nombor 35 tahun 2014 tentang Perlindungan Anak dengan ancaman hukuman penjara paling lama 15 tahun.

Sekian..

Friday, 29 December 2017

LELAKI CERAIKAN ISTERI GARA-GARA AKAUN PERMAINAN ATAS TALIAN MILIK NYA DI JUAL

Assalamualaikum..



Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengiktiraf ketagihan permainan video sebagai masalah kesihatan mental, dan mungkin bagi sesetengah orang  keputusan itu mungkin kelihatan aneh tapi, kisah yang kan saya kongsikan ini dapatlah dijelaskan bahawa ianya memang satu masalah mental yang berat.

Permainan video mudah alih Tencent yang sangat popular kini "King of Glory" sekali lagi mendapat publisiti buruk di media Asia, selepas didakwa terdapat  seorang lelaki berusia 25 tahun berasal dari Malaysia yang begitu kecewa  dan  memutuskan untuk menceraikan isterinya yang dikahwini selama  enam tahun kerana isterinya  menjual akaun King Of Glory  dengan harapan si suami  akan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga .







Pasangan yang tidak didedahkan identiti ini masing-masing berusia  berusia 25 tahun . Mereka berkahwin enam tahun lalu . Si isteri  asalnya seorang warganegara China tapi bermastautin di malaysia selepas mereka berkahwin.

Hubungan mereka baik-baik sahaja sehingga lah  "King Of Glory " dilancarkan 2 tahun yang lalu. Suami nya asyik menghabiskan masa bermain games, tetapi ketika itu si isteri  tidak pernah menyangka  bahawa permainan video boleh merosak kan  perkahwinan mereka.


Pada satu ketika, lelaki tersebut mula menjadi ketagih untuk bermain King of Glory dan kadang-kadang  sehingga awal pagi . Walaupun dia tidak  keluar dari rumah, dia akan menjemput rakan-rakannya untuk permainan tersebut dan mengabaikan isteri dan anak perempuannya.

"Walaupun telah  banyak kali dia berjanji  akan berhenti namun dia tetap  tenggelam dalam dunia permainan video, dia tidak mampu  menunaikan janjinya," tulis wanita berusia 25 tahun itu baru-baru ini di laman  media sosial nya.

Sehingga lah beberapa hari lalu dia merasakan keadaan mula tidak terkawal dan perasaan terbeban mula dirasai selepas satu lagi siri maraton permainan larut malam suaminya.



Ketika suaminya sedang tidur dia menjual akaun KING OF GLORY milik suaminya melalui online. Dia berharap dengan cara ini, suaminya akan berhenti bermain permainan tersebut dan meluangkan masa untuk nya dan anak perempuan mereka.Namun dia ternyata salah..


Selepas si suami bangun dari tidur , dia  cuba beberapa kali untuk log in ke akaun KING OF GLORY namun tidak berjaya.Ini membuatkan si suami menjadi sangat marah dan  masuk ke dalam bilik isterinya, menarik  tangan dan mengheret isterinya  ke bawah.

Dia memberitahunya bahawa dia tahu apa yang dilakukannya dan dia akan menceraikan isterinya serta meminta isterinya pulang ke Tanah Besar China

 "Dia bermain permainan video sepanjang hari dan cukup lama mengabaikan saya dan anak perempuannya. Apa yang saya mahukan sekarang ialah untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuan saya supaya saya dapat membawanya ke China dan membesarkannya dengan betul"

Apa pendapat korang..Bila jadi kes macam ni memang jelas ketagih bermain permainan atas talian atau video game boleh la dikatakan sebagai salah satu penyakit mental .

Setuju tak??

sekian..

Thursday, 28 December 2017

12 TAHUN PURA-PURA JADI BISU AKHIRNYA LELAKI INI BENAR-BENAR KEHILANGAN SUARANYA

Assalamualaikum...



Salah satu nikmat yang Allah bagi pada kita ialah mampu bercakap..Kita boleh bercakap , ketawa dan diam kalau kita mahu.Alhamdulillah..Tapi tak semua orang ada nikmat tu.jadi pada yang diberikan nikmat untuk bersuara tu , gunakan lah untuk bercakap perkara-perkara yang baik dan tidak untuk menganiaya orang lain atau menyakiti hati orang .

Tapi ada juga yang dah ada suara dia pilih untuk diam dan tak mahu bercakap.kenapa lah disia-siakan nikmat tu..kan??Rupa-rupanya ada satu kes di mana bila suara dah lama tak digunakan, suara akan  hilang dengan sendirinya..
Macam satu kejadian yang berlaku di China ni...







Seorang pembunuh yang disyaki yang telah melarikan diri selama 12 tahun dengan berpura-pura menjadi bisu telah hilang  kemampuannya untuk bercakap.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai  'Zheng', telah dituduh membunuh saudara isterinya,  Cao. Pembunuhan berlaku dalam satu  pertelingkahan berkaitan wang sewa berjumlah  500 yuan  (Rm300)   yang berlaku pada tahun 2005.

Semasa bertengkar , Zheng, 33, dikatakan menikam Encik Cao, kemudian dia melarikan diri  sebelum pihak berkuasa dapat menangkapnya.



Kemudian sekali lagi Zheng berjaya melarikan diri  dan menukar namanya kepada  Wang Gui dan mula berpura-pura menjadi pengemis bisu untuk menyembunyikan identiti nya serta untuk menyara dirinya sendiri.

Zheng akhirnya menetap di sebuah kampung kecil di Wilayah Anhui, 700 km utara Hangzhou, di mana dia mula bekerja dalam sektor pembinaan.Dalam masa yang sama dia tetap berlagak seperti orang bisu. Dia juga berkahwin dan mendapat seorang anak, tetapi dia tidak pernah bersuara , kerana takut mengatakan sesuatu yang boleh mendedahkan identiti sebenarnya.


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.. Selepas 12 tahun melarikan diri  , pada suatu hari polis melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan ketika memeriksa Zheng mereka mendapati Zheng tidak mempunyai apa-apa pengenalan diri.

Perkara tersebut membuatkan pihak polis merasa curiga , jadi mereka mengambil sampel darahnya dan menggunakan DNAnya untuk memeriksa identiti beliau. Begitulah  bagaimana mereka mengetahui bahawa Wang Gui sebenarnya Zheng, suspek pembunuhan yang telah hilang sejak sedekad lalu.



Bagaimanapun, ada sesuatu yang lebih memeranjatkan pihak polis. Walaupun dia hanya berpura-pura menjadi bisu selama lebih satu dekad, kini dia  kelihatan benar-benar hilang keupayaannya untuk bercakap.

Menurut akhbar Zhejiang Daily,  vokal lelaki itu telah habis kerana kekurangan penggunaan sepanjang tempoh masa yang panjang

Semasa soal siasat dijalankan Zheng hanya berkomunikasi dengan pegawai polis secara bertulis. Ditanya mengapa dia telah berpura-pura menjadi bisu selama sekian lama, lelaki itu menulis "Semakin sedikit saya bercakapn, semakin kurang peluang untuk saya melakukan kesilapan."

Tidak dapat dipastikan sama ada suaranya boleh dikembalikan namun sebenarnya dia sudah tidak mempunyai banyak masa kerana dia kemungkinan bakal dikenakan  hukuman mati jika disabitkan dengan pembunuhan yang dilakukan 12 tahun lalu.

Buat jahat tetap akan ada balasan nya walau kita berusaha macam mana sekalipun untuk menutup kesalahan kita.

sekian..

Friday, 22 December 2017

TAK CUCI SARUNG BANTAL 5 TAHUN, HAMA MEMBIAK DI KELOPAK MATA WANITA INI

Assalamualaikum..




Berapa kerapkah korang mencuci sarung bantal dan menjemur bantal korang??Kalau yang bekerja tu mungkin seminggu sekali cuci dan jemur bantal..kan??tapi macam saya yang tak bekerja dan setiasa ada dirumah ni , 3- 4 kali seminggu mesti nak kena jemur bantal2 tilam dan cuci sarung bantal.Terutamany bantal anak-anak ni.

Ada juga yang malas  nak jemur bantal kat luar sebab malu la nanti jiran nampak peta banyak kat bantal. Biar la bantal banyak peta yang penting sarung bantal kita lawa-lawa dan bersih.hahaha...betul tak?Hahha..





Ada satu kisah yang saya pasti lepas korang baca ni mesti lepas ni korang akan lebih kerap mencuri sarung bantal korang.

Di China seorang wanita mengadu sakit di bahagian mata. Di mendapatkan rawatan disebuah hospital selepas mendapati matanya merah dan berasa sangat gatal.




Rasa gatal-gatal tersebut sudah kerap dialami sejak 2 tahun lalu namun dia hanya bertahan dengan meletak kan ubat titisan mata tanpa mendapatkan rawatan di hospital.

Selepas tidak tahan lagi menanggung kasakitan kerana bulu mata dan kelopak matanya melekat dia kemudian nya mendapatkan rawatan namun apa yang mengejutkan ketika doktor melakukan pemeriksaan , mereka menemui beratus-ratus tungau di bahagian mata wanita tersebut.



Menurut media China bulu matanya menjadi tempat beratus tungau membiak dan bergantung di setiap helian bulu matanya,

Doktor turuk merasa hairan bagaiman beratus hama  boleh membiak di bahagian mata wanita itu namun wanita itu membuat pengakuan selama 4-5 tahun dia tidak pernah memebersihkan sarung bantal nya,


Wanita tersebut yang dikenali sebagai Cik Xu didiagnosis dengan blepharitis dan konjunktivitis, keradangan asas bulu mata dan mata, tetapi dia dilaporkan telah pulih sepenuhnya setelah menerima rawatan di hospital di Wuhan.

Lepas ni jangan lupa bersihkan tempat tidur korang tu ye.. Celah2 tilam tu pun kadang2 ada pijat. Kalau susah sangat, angkat je semua tu buang je la kat tempat sampah. Beli je yang baru dan mula mengutamakan kebersihan..

Jangan muka je cantik, kacak, kemas , wangi..tapi tempat tidur..MasyaAllah!!!!


sekian..