Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Thursday, 1 November 2018

3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL



3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL Memang seronok berjalan ke tempat orang.Lagi-lagi kalau tempat yang berbeza budaya dan adat. Kita boleh belajar dan  melihat banyak perkara baru dan memberi pengalaman berbeza pada kita.

Selalunya tempat-tempat macam ni memang banyak aktiviti untuk kita join.

Tapi perjalanan kita mungkin jadi tak best bila ada perkara dan benda yang kita terlupa nak bawa. Masa packing barang tak terfikir pun nak bawak tapi bila dah sampai dan terjadi sesuatu terus rasa.." ala..lupa nak bawa benda tu.."

Kan?? Pernah tak jadi macam tu?\




Selalunya ada 3 benda yang kita selalu lupa bawa. Bila dah sampai baru teringat benda tu penting dan perlu untuk dibawa.

1- Sunscreen 

Mungkin bagi sesetengah orang rasa kalau pergi ke tempat-tempat macam pantai atau negara yang panas saja yang perlu guna sunscreen atau pelindung matahari. Tapi sebenarnya apa yang lebih baik ialah kita gunakan sunscreen setiap kali keluar tak kira la kita ke mana sahaja.

Untuk mereka yang travel, kadang2 kita tak tahu keadaaan satu-satu tempat tu.Tiba-tiba sahaja cuaca boleh berubah.

Masa ni baru kita sedar betapa pentingnya sunscreen. Sunscreeen digunakan untuk melindungi kulit kita dari terjadinya kesan berbelang hitam atau jelaga yang boleh menggaanggu penampilan kita dan boleh menjejaskan kesihatan kulit



2- Extra Bag

Biasala, bila dah berjalan-jalan ni mustahil kita nak  pulang dengan tangan kosong kecuali kita ada prinsip dan bajet yang terhad. Tapi agak rugi bila kita tak membeli beberapa barangan yang boleh menjadi kenang- kenangan.

Lagi best bila tempat yang kita pergi tu barang-barangnya lebih murah dan bila kita terlalu leka membeli sampai terlupa nak balik nanti tak de bag nak isi.

Adalah lebih baik jika kita sediakan 1 bag lebih atau extra bag untuk memudahkan kita nanti membawa pulang barang-barang yang dibeli.




3- Kit Pertolongan Cemas

Kemalangan sukar dijangka. Orang kata malang tak berbau. Sedangkan berada di dalam rumah sendiri pun kita boleh tercedera . Apatah lagi jika sedang travel.

Tak mustahil dalam perjalanan mungkin akan berlaku kemalangan dan anda tercedera. Waktu ini lah kit pertolongan cemas sangat diperlukan. Anda tak perlu membawa kit pertolongan yang besar .

Cukup dengan membawa kain balutan dan pain relieving patch.


Monday, 23 April 2018

9 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018

Hi semua...

Kalau sebut pasal lifestyle blogger mesti kita ada blogger pilihan kita sendiri. Blogger tu mesti lah yang selalu kita baca coretan nya di blog dan selalu kita ikuti di sosial media..kan? 

Untuk tahun 2018 ni ada 9 lifetyle blogger pilihan  yang memang saya kerap baca blog mereka dan ada entry mereka yang boleh saya katakan terbaik dan saya suka.

Lifestyle blogger pilihan 2018 yang saya senaraikan ini bukan sahaja aktif mengemaskini blog mereka malah mereka juga aktif di laman sosial . 



Blog Cikash.com bukanlah asing di kalangan blogger .Blogger yang sangat aktif berbalas komen di sosial media.Sangat Ramah CikAsh ni dengan pengikut-pengikut nya..Walaupun wajah nya masih menjadi misteri tapi blog nya tetap dikunjungi ramai terutamnya bagi kaki-kaki drama.

Blog CikAsh ni  banyak berkongsi tentang drama tempatan . Kalau nak tahu biaodata hero dan heroin drama atau pun nak tahu sinopsis dram terbaru , ini lah blog yang wajib kita singgah.Selain tu ada banyak resepi yang CikAsh kongsi kan di blog nya. Kiranya blog Cikash.com ni memang tumpuan para wanita lah. Entry Pilihan :  Tiga Tanda Kucing Datang pada Kita .




Kalau sebut tisu Imaan mesti terus teringat blog Iuzira.com . Iuzira juga adalah lifestyle blogger yang sangat menonjol di tahun 2018 ni. Dia aktif menulis review dan macam-macam cerita lagi boleh baca di blog dia. Dari bab makan sampai la fesyen semuanya di kongsikan di blog Iuzira.com . 

Iuzira juga adalah seorang peniaga online yang jual tisu Imaan. Tisu yang tengah jadi viral sekarang ni la. cerita tentang Iuzira ni  juga pernah masuk dalam surat khabar Utusan Malaysia tau.Bukan biasa-biasa...Entry Pilihan :  Bagaimana Cara Menang Contest Atau Giveaway


seterusnya blog www.cahayapermata.my.com ni ...  Kenal blogger Alja ni dekat facebook. Blogger yang rajin sangat like2 dan komen di status rakan blogger lain.Sangat mesra dan manja orang nya. Memang disenangi ramai rakan blogger . Disebabkan tu juga la blog Alja ni sangat dikenali ramai. Antara lifestyle blogger yang  sering share kisah personal dan pendapat peribadi di blog.

Alja juga sering jadi pilihan untuk review produk dan tempat-tempat best di malaysia. Cantik manis orang nya ni.. Entry Pilihan: Sayang anak tangan-tangankan






Siapa lah yang tak kenal blog WawaAshiharaa.com ni..Beauty blogger yang selalu share tentang kecantikan di facebook.Dia rajin buat live makeup tau..Memang suka sangat tengok  cara dia makeup, sapu sana sini dah cantik..Kagum la dengan video2 makeup yang dia buat sebab tangan kita tak berseni macam dia..hahah..

Wawa juga memang jadi pilihan founder  produk untuk review skincare dan kosmetik diaorang. Tak ramai lifestyle blogger yang mampu buat apa yang Wawa buat.Bukan senang nak buat video ni tau.Entry Pilihan : Tips Blog Nampak Lebih menarik




Suka betul baca tentang resepi-resepi yang di tulis di blog Syamimisaad.com ni. Rajin memasak dia ni tau..selain perkongsian resepi blog dia juga ada tulis tentang review , tips rumahtangga dan yang paling best cerita tentang anak-anak beliau.Tapi sekarang macam dah kurang je share pasal anak-anak.Kita suka la baca cerita pasal anak-anak dia..hehhe

Apa pun syamimi memang rajin sangat update blog dan laman sosial nya. Itu lah ciri-ciri lifestyle blogger yang baik tau. Antara blog dan laman sosial nya yang lain dapat diseimbangkan dengan baik.Entry Pilihan: Di mana keikhlasan & Keberkatan dalam rumahtangga




Blogger yang saya kenali sejak awal saya menulis blog lagi. .Kalau sebut pasal kucing mesti ramai yang akan ingat dengan Tengkubutang.com.  Orang nya ramah dan selalu buat giveaway.Blog nya berkisar tentang kecantikan, tips dan juga resepi.Banyak juga reseou best2 yang TB kongsikan

Tengkubutang juga antara lifestyle blogger yang selalu dapat tawaran untuk review. Seronok baca review-review dari blog ni . Entry-entry juga tak kurang menariknya. Entry Pilihan : Resepi rendang Ayam Perak Sedap Dan Mudah  





Lifestyle blog yang terakhir ni siapa lah yang tak kenal.Zazaiman.com .. Nama nya saja mudah diingati .Kalau tidak tak la anak saya pun asyik menyebut nama Zaza Iman ni . Terjerit-jerit panggil Zaza iman di depan pintu pagar .. Lifestyle blogger yang paling aktif sejak dulu lagi.Kecil-kecil cili padi dia ni.Mana tak nya . Zaza ni juga suka menulis tentang buku motivasi.

Orang nya sangat berkeyakinan tak tak takut mencuba apa saja .daripada tak pandai makeup sekarang dah cantik dan makin bergaya. Suka sangat tengok perubahan Zaza ni dari awal dia berblog sampai la sekarang.Boleh dijadikan motivasi bagi blogger-blogger baru. Entry pilihan :  Best sangat Ke jadi Popular?


Korang pun mesti ada blogger pilihan 2018 ..kan?jom kongsikan diruangan komen..

sekian..

Tuesday, 22 November 2016

MELIHAT GAMBAR LAMA MAMPU MENGUBAH MOOD DAN MEMBUATKAN FIKIRAN LEBIH TENANG

Assalamualaikum...



Saya teringat waktu saya diusia belasan tahun saya tak suka bergambar.Boleh kira dengan jari gambar-gambar saya diusia belasan tahun.Waktu tu saya gemuk , kulit hitam dan ianya jadi punca kenapa saya tak suka bergambar.Perasaan rendah diri tu menebal sangat.Lagi-lagi selalu diejek hitam dan gemuk oleh orang sekeliling.

Tapi masih ada juga sekeping dua gambar-gambar saya pada usia tersebut dan gambar-gambar tu masih ada dalam simpanan mak saya di kampung.Kadang-kadang bila balik kampung saya tengok juga gambar-gambar tu.ketawa sendiri bila tengok.



Satu yang saya sedar, bila saya tatap gambar-gambar lama tu perasaan saya jadi tenang dan rileks.Saya rasa mood jadi lebih baik.Perasaan lebih bersyukur pun ada juga,.Mungkin faktor usia membuatkan saya rasa sikap tidak matang saya dulu sebagi sesuatu yang melucukan.hahaha..

Terdetik juga di fikiran saya kalau bukan kerana saya hitam dan gemuk dulu saya , mesti saya antara wanita yang tak peduli pun tentang bagaimana nak kuruskan badan, cara makan dengan sihat, cara menjaga kulit wajah dan sebagainya.Betul tak?lumrah manusia la..bila dia cukup ada semuanya , dia tak pernah fikir untuk berubah menjadi lebih baik.Mungkin saya pun akan jadi macam tu juga. :)



Korang macam mana?suka tengok gambar-gambar lama?Ada kajian mengatakan seseorang yang melihat gambar lama nya akan menerbitkan perasaan rileks dan bersemangat.Ianya juga boleh mengelak kan rasa putus asa dalam diri nya.Lepas ni jangan lupa selalu-selalu la tengok gambar lama.

sekian..

Saturday, 12 March 2016

BOSAN DI TEMPAT KERJA??INI YANG ANDA BOLEH LAKUKAN...

Assalamualaikum..



Bosan kat tempat kerja?tak tahu nak buat apa??
meh kita tengok flow chart ni..
mana la tahu lepas ni tahu nak buat apa bila bosan dan tak de kerja nak buat di office..



hehehheh...

sekian...