Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Tuesday, 19 April 2016

MASALAH YANG SERING BERLAKU JIKA LELAKI BERSAHABAT DENGAN PEREMPUAN

Assalamualaikum..



Ada sahabat seorang perempuan memang menyeronokkan .
sebab perempuan ni suka memberi perhatian..
Lagi-lagi  orang perempuan ni lebih mudah memahami lelaki.
Kalau bab bagi nasihat tentang cinta orang perempuan memang pandai..
hehehe..

Tapi percaya tak bila lelaki bersahabat dengan perempuan
ada beberapa perkara ni yang akan berlaku.

1- Orang akan menyangka awak berdua bercinta.
Bila awak berdua hanya ada perasaan "sahabat" mana mungkin boleh jadi cinta..kan??
tapi pandangan orang sekeliling tu mesti ada yang menyangka awak berdua
sebenarnya pasangan kekasih.Benda ni tak boleh nak elak.
Hanya awak berdua sahaja yang tahu..



2-Awak tak mengaku tapi  tiada siapa percaya
Dah dijelaskan.."kami kawan je la.." tapi siapa lah
yang nak percaya.ramai yang akan kata "cinta tu belum datang
tapi nanti akan ada.."..sabar je la ye kalau ada yang cakap macam ni
tentang persahabatan awak dan dia.

3-sahabat awak akan memilih siapa yang layak menjadi teman wanita awak.
Selalu nya dia akan mengkritik sama ada wanita itu bagus atau tidak untuk awak.
Sepadan atau pun tidak.Dia akan menjadi hakim dan menilai begitu dan begini.
penampilan kekasih awak juga mungkin akan dikritik.
bersedia je la..

4-kekasih awak akan membencinya.
kekasih awak akan menganggap
sahabat awak sebagai pengacau..Mungkin juga sebagai pesaing
yang asyik meminta perhatian.
Sahabat awak akan kata, awak mengabaikan nya sejak ada kekasih..
dan kekasih jawak juga akan kata awak abaikan dia sebab sibuk dengan kawan.


sekian..



Wednesday, 23 March 2016

TAK TAHU BERSOLEK??SAPU JE BAGI RATA..

Assalamualaikum..



Ramai yang dah tengok video lelaki kena make up perempuan tu..kan??
Ala..apa nak heran kan..
Memang jurusolek kat malaysia ni yang ramainya lelaki..
tengok make up artis tu semua lelaki..lembut!!
hehehe...



Lembut ke keras ke..
lelaki tetap lelaki..kan??
memula je tak tahu ..buat dua 3 kali nanti reti la tu..heheh

Yang tak tengok lagi video tu meh klik sini.. (KLIK)

Ala..bukan susuah pun  nak make up ni..
Bila dah pegang , dan tengok segala benda alat solek tu
tahu la nak gunanya cemana..
calit je bagi rata..bedak ke, lipstik ke..eye shadow ke..
sapu bagi rata kompem meletoppp...hahaha

meh tengok video ni..
mesti korang gelak pecah perut..(klik untuk tonton)

sekian..


Wednesday, 27 January 2016

JANGAN TUNJUK JANTAN KALAU SETAKAT HISAP ROKOK JE..

Assalamualaikum...



Ramai orang lelaki yang rasa merokok tu
akan buat mereka nampak lebih lelaki.
tengok budak2 sekolah yang lelaki2 tu kalut nak hisap rokok juga
walaupun duit beli rokok tu mak dia bagi suruh buat belanja makan kat kantin sekolah.
Dia pi buat beli rokok sebab nak nampak hero dan lelaki .
Ni pemikiran budak2 kuno entah  zaman bila.

Walaupun dah macam-macam kempen dibuat
masih lagi tak sedar-sedar tentang bahaya merokok.
Sampaikan pihak tertentu terpaksa melarang tempat2 awam
yang terbuka dan tertutup sebagai tempat larangan merokok.
Pun masih tak mau tinggal tabiat merokok.
Malah ada yang kata ianya menyusahkan..Pulak dah!!hahahah

larangan-larangan merokok tu dibuat bukan sebab dengki kat ampa..
Bukan sebab nak tengok muka ampa ketaq tahan nak merokok..Bukan!!
Ianya nak bantu ampa untuk mudahkan ampa berhenti tabiat merokok tu.

Selain tu ianya juga sebab nak melindungi orang awam dari terkena asap rokok ampa.\
Asap rokok tu bahaya tau tak??Ampa pun tau la asap rokok bahaya..kan??
Lagi2 kalau pada ibu mengandung dan kanak-kanak.
Malah orang yang asa penyakit athma dan ezema pun tak boleh
dekat dengan asap  merokok.

Bila kita merokok kat tempat awam ni ,
kita bukan tau orang yang lalu lalang depan kita, orang yang duduk
di sebelah meja kita atau orang yang bercakap dengan kita ni
tahap kesihatan mereka macam mana.
Kita bukan tau dia sakit apa..
So kita sebagai orang awam jugak kena peka la bab2 tu.


Nak tunjuk sangat ampa tu lelaki tunjuk la
dengan cara yang betul.
Hisap rokok yang tak guna tenaga langsung tu tak kan buat
ampa nampak lelaki tau.

Kerah tenaga tu, tebas lalang ka,
kerja 24 jam ka..jaga kawasan perumahan dari malam sampai pagi ka..
Yang tu baru hero..baru nampak lelaki..
Ni tak..tau tido, kerja malas, lepas tu nak hisap rokok..
ceh!pondan pun hisap rokok tau..jadi tak nampak hebat mana pun kalau hisap rokok ni..


sekian..

Friday, 22 January 2016

PERKARA YANG SUAMI JANGAN BUALKAN BILA BERSAMA KAWAN-KAWAN

Assalamualaikum...

Untuk tatapan semua lelaki-lelaki yang bergelar suami...



-jangan cerita keburukan dan kelemahan isteri pada kawan-kawan.
contoh:"Bini aku masak kek mesti keras ..
"..bini aku tu berjalan pun lambat ja...
'bini aku tu macam patung ja..'

-jangan cerita tentang kecantikan /keburukan /kecacatan tubuh badan isteri pada kawan-kawan
contoh: "isteri aku ,betis dia putih ja..
" rambut isteri aku hitam pekat,panjang mengurai.."
"badan isteri aku gebu macam pau kacang.."

-ketika bersama kawan-kawan,tiba2 isteri telefon dan bertanya suami dimana..
jangan sesekali jawab.."ok2..abang nak balik dah ni.."
sebab nanti kawan2 mungkin akan anggap isterinya queen control.walaupun isteri telefon memang suruh balik,cuba lah berpura2 di depan kawan tu.contohnya :"ok..apa2 hal telefon ye.." kemudian suami duduk la minum dengan kawan dalam 10-15 minit baru balik..

-jangan cakap besar tentang rumahtangga sendiri..contohnya..:
"tengok aku jaga bini macam mana,tak kasi muka..bini aku tu hormat kat aku.."
"anak-anak aku semua pandai2..aku dengan isteri aku memang bagi semua keperluan pada diaorang."

-jangan puji isteri melebih-lebih depan kawan-kawan..contohnya:
"isteri aku tu Ya Tuhan...pandai sungguh layan aku.."
"isteri aku tu kalau bab2 hias diri memang pandai.."
"Isteri aku tu baiknya pada aku ,setia,jujur tak pernah menipu,
dia sayang sungguh kat aku.."

-jangan cakap buruk tentang ibu bapa isteri kita.contoh:
"keluarga mertua aku semua jahil.."
"pak mertua aku duit banyak..tapi kedekut.."
"mertua ku tu..mulut macam murai.."


Ada orang kata bagus la cerita pasal bini kat orang.
baru la orang tau bini kita baik..ye ke orang anggap gitu??
bukan orang meluat ke dengar benda2 gitu??
yang dok cerita bini seksi la,bini mantop la..
itu lagi tak bagus..kalau orang bayangkan bini kau macam gitu macam gini
kau boleh terima tak??

Alahai lelaki...banyak topik lain yang korang boleh sembangkan dengan
kawan2,bola,artis,politik,hobi,isu semasa,kilauan emas,
gegar vaganza,fesyen,..bla..bla..bla..



sekian...

Friday, 15 January 2016

LELAKI CEREWET ADALAH LELAKI YANG SETIA PADA PASANGAN NYA.

Assalamualaikum...



Membina satu keluarga yang bahagia bukan lah mudah
kerana ia memerlukan kerjasama suami dan isteri.
Kedua -dua pihak harus lah saling memahami
supaya tidak kerap berlaku krisis rumahtangga hanya disebabkan hal-hal kecil.
salah satu yang diperlukan dalam rumahtangga yang bahagia ialah kesetiaan.

Setia ni bukan ada tertulis dekat dahi..kan??
tapi apa yang saya boleh katakan kebanyakan lelaki yang setia
adalah lelaki yang cerewet.
cerewet bab makanan, pakaian , tempat tinggal dan sebagai nya..

nak tahu kenapa lelaki cerewet adalah lelaki yang setia?



1-mereka menghargai
orang yang sabar dan dalam melayan karenah mereka.
Memang kadang2 nampak mereka seperti mementingkan diri
dan seperti ingin membuli tapi jauh disudut hati mereka
hanya pada andalah tempat berharap.

2- Mereka tidak suka untuk bermula sekali lagi.
Selepas bertemu wanita yang sudah tahu dan sudi melayan
dan memahami sikap cerewat mereka, adakah anda rasa mereka
mahu bersusah payah untuk sekali lagi supaya ada wanita lain
yang memahami mereka??dah tentu tidak..

3- mereka juga tahu sikap cerewet mereka bukan sesuatu
yang harus dibanggakan.Cukup sedikit wanita
yang boleh bertahan dengan lelaki yang cerewet.
Ini membuatkan mereka akan terus pertahan kan hubungan yang sedia ada.

4-mementingkan imej yang baik.
kebanyakan lelaki yang cerewet mahukan orang lain melihat
dirinya adalah yang terbaik dari segi gaya hidup dan penampilan.
Disebabkan itu mereka tidak akan sekali- kali
merosak kan imej mereka dengan kisah-kisah kecurangan
dalam hubungan cinta dan perkahwinan mereka.

lepas ni kalau bertemu dengan lelaki yang cerewet,
jangan lepas kan dia..:)

sekian..

Monday, 4 January 2016

CARI LELAKI YANG SUKA KAN KUCING SEBAGAI TEMAN HIDUP.

Assalamualaikum..



Ramai rakan facebook saya yang suka kucing.
perempuan dan lelaki ..ramai yang memang suka kucing dan ada
kucing sebagai teman mereka.

Nak tahu tak sebenarnya kalau awak ada
rakan lelaki yang sangat suka kan kucing
awak memang sangat beruntung.

Lelaki yang suka kan kucing ni digambarkan sebagai lelaki
yang aktif dan bijak.Ini yang saya baca di livescience.com.
Lelaki yang suka kan kucing  seorang yang memiliki daya inovasi yang tinggi
berbanding lelaki yang membela anjing.



Selain itu lelaki yang membela kucing juga mempunyai
sikap humor yang tinggi dan sudah tentu sikap penyayang nya juga
ada dalam diri lelaki seperti ini.
Dia mudah diterima dan disenangi sesiapa juga disebabkan
sikap penyayang dan lucu nya itu

Lelaki yang menyayangi kucing kebiasaan nya
seorang yang setia kerana dia lebih mengutamakan
komitmennya untuk hubungan jangka panjang.



Seorang lelaki yang menyayangi kucing
tahu akan kehendak kucing nya.
Dia tahu tentang mood dan perasaan kucing kesayangan nya.
Cara nya ini membuatkan ianya terbawa-bawa
di dalam keperibadian nya .
Dia lebih mudah memahami hati dan mood seorang wanita
yang didekatinya.

Teman lelaki awak seorang yang suka kan kucing?
Mesti ciri-ciri diatas ada pada mereka..kan??


sekian..

Wednesday, 16 December 2015

90% LELAKI MASA KINI HADAPI MASALAH PANCUTAN PRAMATANG

Assalamualaikum...




Tahukah Anda Apakah Masalah Utama Suami Masa Kini?
90% lelaki masa kini hadapi masalah pancutan Pramatang.
Lelaki yang menghadapi masalah ejakulasi pramatang (pancutan pramatang)
tidak dapat mengawal atau bertahan cukup lama di atas katil untuk memuaskan pasangan mereka,
dan selalunya pasangannya tidak dapat mencapai klimax.
Ejakulasi pra-matang adalah salah satu daripada masalah seksual paling biasa
tetapi boleh menyebabkan beberapa masalah di luar bilik tidur seperti tekanan perasaan,
rasa rendah diri & tercabar, kecurangan dan boleh merosakkan hubungan suami isteri.
Adakah anda tergolong dalam kategori lelaki yang menghadapi masalah ini?

Ini mungkin penyelesaian untuk masalah anda:- 

Klik untuk dapatkan serum4man


Glamerz Serum4Man melancarkan darah zakar dengan hanya sapu dan urut selama lima minit. Penggunaan Glamerz Serum4man bukan hanya untuk setiap kali untuk bersama, tetapi boleh di gunakan di waktu biasa seperti :

1. Selepas mandi pagi sebelum pergi kerja. Jika anda berkerja yang perlukan pergerakan aktif, ini adalah peluang terbaik...
2. Sebelum melakukan aktiviti sukan, ini dapat membantu melancarkan perjalanan darah ke Zakar. Berbasikal adalah salah satu aktiviti terbaik untuk aliran darah ke zakar
3. Permakanan yang baik seperti buah-buahan, madu, minyak zaiton dan buah tin juga membantu perjalanan darah ke zakar.

Untuk cara penggunaan,testimoni , dan berbagai maklumat penghantaran tentang Glamerz Serum4Man anda boleh klik di sini.

Keistimewaan Serum4man:-

*Sesuai untuk pengidap kencing manis
*Tidak berlu urutan
*tidak panas dan tidak kebas
*tidak melekit dan cepat kering
*berbau harum

Sekian..

Friday, 27 November 2015

5 PUNCA MATI PUCUK DIKALANGAN LELAKI

Assalamualaikum...



Mati pucuk bukan satu perkara yang harus dipandang ringan oleh lelaki.Ada banyak punca mengapa mati pucuk berlaku.Bagi lelaki mereka merasakan mati pucuk adalah pengakhiran bagi segala-galanya.Dengan beberapa kaedah rawatan mati pucuk boleh diubati.namun punca nya harus diketahui .Antara punca mati pucuk ialah:-

1. Penyakit Endokrin
sistem endokrin badan menghasilkan hormon yang mengawal metabolisme, fungsi seksual, perasaan, dan banyak lagi.

Diabetes adalah satu contoh penyakit endokrin yang boleh menyebabkan lelaki mengalami mati pucuk. Diabetis boleh memberi kesan kepada keupayaan tubuh badan untuk menggunakan hormon insulin.

Salah satu kesan sampingan yang berkaitan dengan kencing manis kronik adalah kerosakan saraf. Ini memberi kesan kepada sensasi zakar. Komplikasi lain yang berkaitan dengan diabetes ialah  terjejas aliran darah dan paras hormon. Kedua-dua faktor boleh menyumbang kepada mati pucuk.

2. Neurological dan saraf Gangguan
Beberapa keadaan  neurologic boleh meningkatkan risiko mati pucuk. Keadaan saraf menjejaskan keupayaan otak untuk berkomunikasi dengan sistem pembiakan. Ini boleh menghalang seorang lelaki daripada mencapai ereksi.

Gangguan neurologi yang berkaitan dengan mati pucuk termasuk:

Penyakit Alzheimer
otak atau tulang belakang tumor
multiple sclerosis
stroke
temporal lobe epilepsy

Lelaki yang mempunyai pembedahan kelenjar prostat juga boleh mengalami kerosakan saraf yang menyebabkan mati pucuk.

Penunggang basikal jarak jauh juga boleh mengalami mati pucuk sementara. Ini adalah kerana tekanan yang berulang-ulang di bahagian punggung dan kemaluan boleh menjejaskan fungsi saraf.



3. Mengambil ubat-ubatan
Mengambil ubat-ubatan tertentu boleh memberi kesan kepada aliran darah, yang boleh membawa kepada mati pucuk.

Contoh ubat-ubatan yang diketahui menyebabkan mati pucuk termasuk:

alpha-adrenergic blockers, termasuk tamsulosin (Flomax)
beta-blockers, seperti carvedilol (Coreg) dan metoprolol (Lopressor)
ubat-ubatan kemoterapi kanser, seperti cimetidine (Tagamet)
pada sistem saraf pusat, seperti alprazolam (Xanax), diazepam (Valium), dan codeine (terdapat dalam pelbagai ubat berjenama)
perangsang sistem saraf, seperti kokain atau amfetamin
diuretik, seperti furosemide (Lasix) dan spironolactone (Aldactone)
hormon sintetik seperti leuprolide (Eligard)

4. Cardiac-Related Conditions
Keadaan yang memberi kesan kepada jantung dan keupayaan untuk mengepam darah dengan baik boleh menyebabkan mati pucuk itu. Tanpa aliran darah yang cukup untuk zakar, seorang lelaki yang tidak dapat mencapai ereksi.

Aterosklerosis, satu keadaan yang menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat, boleh menyebabkan mati pucuk. Kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi (hipertensi) juga dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mati pucuk.


Klik untuk dapatkan serum khas untuk lelaki.

5. Faktor-faktor Gaya Hidup dan Gangguan emosi
Untuk mencapai ereksi, seorang lelaki mesti melalui fasa keseronokan. Fasa ini boleh menjadi tindak balas emosi. Jika seorang lelaki melakukan gangguan emosi, ini memberi kesan kepada keupayaan untuk menjadi ghairah.

Kemurungan dan kebimbangan juga memberi kesan peningkatan risiko untuk mati pucuk. Kemurungan adalah perasaan sedih, hilang harapan, atau tidak berdaya. Kelesuan berkaitan dengan kemurungan juga boleh menyebabkan mati pucuk.

Kebimbangan pada prestasi boleh menjadi satu lagi punca mati pucuk. Jika seorang lelaki yang tidak dapat mencapai ereksi pada masa lalu, dia takut dia tidak akan dapat mencapai ereksi pada masa hadapan. Seorang lelaki juga mungkin mendapati ia tidak dapat mencapai ereksi dengan pasangan  tertentu. AdAa jga lelaki yang mempunyai ereksi penuh apabila melancap atau ketika tidur, namun tidak dapat mengekalkan ereksi ketika melakukan hubungan.

Penyalahgunaan dadah seperti kokain dan amfetamin juga boleh menyebabkan mati pucuk. Penyalahgunaan alkohol juga boleh menjejaskan keupayaan lelaki untuk mencapai atau mengekalkan ereksi. Berjumpa dengan doktor anda jika anda  mempunyai masalah penyalahgunaan dadah..Sekurang2 nya ia boleh mengubah masa depan anda.



Mati pucuk boleh mengubah hidup manusia dan memberi kesan kepada harga diri.Tua bukan lah salah satu punca terbesar mati pucuk. Banyak kaedahd yang boleh membantu seorang lelaki mendapatkan semula fungsi seksual



sekian...

Tuesday, 17 November 2015

ADA KE GADIS MELAYU YANG TERIMA SAJA SESIAPA UNTUK JADI PASANGAN HIDUP?

Assalamualaikum...

Orang kata kalau nak kahwin ni kena pilih pasangan betul2.
Sebab kita bukan nak kahwin sehari.
Nak sampai mati ikatan perkahwinan kita dan suami..
Biarlah yang itu pertama dan terakhir..InsyaAllah.


tapi kalau dalam kes macam gambar diatas ni ,
apa pendapat kawan2.?
Adakah betul gadis2 melayu ni memang berani kat
status laman sosial je.
Padahal dia tak maksudkan langsung dengan apa
yang dia tulis..??

Saya memang agak setuju dengan apa yang di tulis oleh saudara Mohd Zailee ni.
Mana ada gadis yang tiba2 je
boleh terima entah siapa2 yang dia tak kenal
untuk jadi pasangan dia,.- Pasangan seumur hidup.
Budak2 kecil pun tak mau dekat
dengan orang yang dia tak kenal.
Ni kan pulak dah jadi anak gadis.



Perempuan yang bijak dia akan teliti dulu , kenali
sehabis baik bakal pasangan dia.
Asal usul nya, citarasa bakal suami nya, apa pekerjaan nya..
zaman sekarang benda2 kecil macam tu jangan la dipandang ringan.
Ada pasangan yang bercerai hanya sebab perkara2 kecil.
bercerai sebab gaji suami tak cukup,.
bercerai sebab suami tak makan itu tak makan ini (cerewet).
bercerai sebab suami suka layan whatsapp
bercerai sebab suami selera songsang.

Saya rasa zaman sekarang bukan macam zaman dulu.
Zaman dulu jiran kampung sebelah kenenkan anak
saudara dia dengan kampung yang lain..pun jadi..
Boleh je sampai ke anak cucu hubungan perklahwinan nya.
Tapi sekarang dah berbeza.
banyak sangat anasir2 luar yang
boleh menjejaskan hubungan suami isteri.

Bukan saya nk kata awak kena berkasih sayang dulu sebelum kahwin.
cuma sekurang2 nya ambil masa untuk mengenali lelaki tu.
jangan baru kenal 3 minggu,
perasaan suka pun tak de, apa lagi cinta,
tiba2 lelaki cakap jom kahwin..
awak pun terus nak .

Lepas kahwin jadi apa2, tanggung la sendiri.
jangan nak menyesal ke apa.

Ada banyak cara lain selain bercinta untuk gadis2 ni mengenali
bakal pasangan dia.
Contohnya macam tanya pada orang terdekat, seperti kawan2,
atau saudara mara si lelaki.
Yang lelaki pun jangan la anggap perempuan ni asal boleh je sampaikan 
awak sesuka hati nak melamar anak gadis orang.
Bila ditolak mula nak naik angin..
perempuan pun ada hal untuk menolak.
padahal awak pun bukan nak sangt kahwin..
saja nak mengusik je.Betul tak??


Jadi pada gadis2 tu lepas ni jangan  nak up sangat la status la
"boleh kahwin dengan siapa2 je.."
"terima siapa je jadi pasangan hidup.."
"biar orang cinta kita, kita tak cinta tu tak pe.."
serius ni..makcik meluat baca..




sekian..

Sunday, 15 November 2015

KENAPA PERLU BERKHATAN DAN CARA-CARA BERKHATAN

Assalamualaikum...



Cuti sekolah hampir tiba.Ada yang dah merancang nak buat majlis khatan untuk anak.tapi rasa was2 nak buat ke tidak?ada juga yang tertanya2 kat mana nak buat? ada tak khatan yang tak menyakit kan.Macam2 soalan yang berlegar2 dikepala sampaikan dok fikir cemana kalau dia lari sebelum khatan...hahahah..

jadi meh saya nak kongsikan satu artikel dari DrRich DrRahim.. Dr ni dari Penang jadi loghat Penang tu dok ada la.Jangan risau ayat 2 dia mudah ja nak paham.sebab tu saya kongsikan di blog ni..

ILMU KESIHATAN: Artikel 254 : " DAH SUNAT ke belum? He he he. KENAPA PERLU BERKHATAN? "

Kejap je doc rasa;Musim cuti sekolah dah nak mula,ramai mai BOOKING di Klinik doc untuk khatan/sunat anak mereka. Ada group nak sunat anak2 mereka dlm Majlis Berkhatan ramai2. Sebelum booking khatan; doc kena cek "burung" itu tiada masaalah "buta" / phimosis ke? atau "belalai je ada" tpi "burung hilang ke mana pula?" dan kesihatan kanak2 dulu. Klu OK....boleh pilih sendiri hari bila nak "disembelihkan burung" tersebut.

Ramai yg mai jumpa doc.. burung anaknya "buta". Doc tolong locehkan...he he he.. baru "kepala burung" tu nampak DUNIA!!

Tau tak Kenapa kita perlu berkhatan atau bersunat?

1.Dlm Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan. Bagi memastikan kemaluan itu bersih drp kekotoran/najis di bawah lebihan kulit ...baru sah ibadat kita.

2.Dlm perubatan , khatan maksud buang lapisan kulit yg balut bahagian depan alat kelamin lelaki krn lapisan ini ada najis & ia adalah lebihan alat kelamin lelaki.
Kekotoran itu menyebabkan seseorang alami keradangan alat kelamin & penyakit berjangkit drp hubungan seks.

3.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dapati berkhatan mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

4. Tiada sel kulit yg mati terkumpul lalu bentuk kekotoran bila dah sunat.

5. Tiada penyakit kulit kulup kemaluan ni yg menjadi punca jangkitan saluran kencing hingga rosak buah pinggang.

6. Kemaluan mudah dibersihkan & jarang kena infeksi kemaluan & penyakit sexual..Aids; Syphilis; Gonorrhea;Herpex..

7. Tenaga Batin ada Uhmmm & Gahnya!!

Cara2 sunat/khatan :

A. Operasi pembedahan kecil secara tradisional. Ingat lagi doc kecik2 dulu. Mereka gempak doc kena pilih potong dgn pisau ke, kapak ke atau gaji ke... Doc tengok Tok Mudin bermisai dah takut. Dok redam dlm sungai sampai sejuk kecut dgn gang satu norstalgia yg indah. Doc Di bawa kokok atas bahu bapa best sekali. Potong atas batang pisang...tak nangis pun.. Hebat jadi hero kampung waktu tu & dpt RM 10 amat besar nilai masa tu. Yang syok dah rasa jadi DEWASA dah masa tu...he he he.

B. Cara Moden pakai LASER, DIATHERMY dan ada guna Klamp. Jadi khatan semakin mudah & kurang menyakitkan. Sembuh cepat sekali..7 ke 10 hari je.
KHATAN MEMANG TERBAIK UNTUK KESIHATAN.

La ni doc banyak SEMBELIH burung kanak2 & Org Dewasa yg BUKAN ISLAM... Doa suatu hari mereka dpt hidayah peluk agama Islam. Insyallah.

Ada soalan.. Doc jawapkan bila lapang.

Drp: Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181

Kalau ada soalan pi la tanya Dr  ye.ada no tel siap semua tu.
Facebook Dr Rich DrRahim..(klik)

sekian..

Thursday, 12 November 2015

BAHAYA POST BAHAN LUCAH DI GROUP WHATSAPP

Assalamualaikum...



Pagi tadi saya baca satu entry kat blog eelobor.blogspot.my
yang cerita tentang masalah post2 kat group whatsapp yang dia join
bila ada antara ahli dalam group suka post bahan2 lucah,
tak pasal2 bila anak dia buka enpon maka terkeluar la
apa benda yang tak sepatutnya tu..

Saya pun pelik juga dengan orang lelaki ni..
macam tu je ke cara mereka semua berhibur?
itu sajakah vara mereka bergurau dan mengusik?

Kalau depa tunjuk hat depa sendiri,lantak pi la..
ni dok post hat pompuan punya.
Tak ka depa rasa malu.?
ye la,..nak malu apa nya bukan hat depa pun..kan??
Buat apa nak rasa malu..

Ok..kita tolak la rasa malu tu ke tepi..
Anggap je depa tak dak rasa malu..
tapi bayangkan kalau ampa eksiden ka, enpon tertinggal kat mana2 ka..
tetiba2 enpon ampa tu dok kat tangan orang lain..
dapat kat bini ok la..
tapi cer bayang kan kalau pak mertua yang pegang enpon tu..
Atau pun kat anak ampa yang sulong..
umur dia 14..

Entah apa la anggapan mereka pada ampa..
Memang bukan ampa yang post..
tapi bila ada kawan yang post ampa delete terus la dari enpon tu..
simpan nak buat apa?
kot ampa nak layan sama tak tau la..kan??

Tengah dok makan2 kat restoran, bagi anak main enpon.
dia buka terbuka la video ka apa..
bunya lain macam keluar..
semua orang tengok ampa..
tak kan time tu kulit ampa tebai lagi kot..
mesti malu..kan??

Kita nak larang orang post memang tak boleh..
depa memang lagu tu..tak senonoh..
sekarang yang kena bertindak, ampa tu..
dapat terus delete..ok..

Kalau betul2 nak kan hiburan yang best 
apa kata baca ni..mesti ampa rasa seronok..
Seronok macam budak kecik..heheh

sekian.

Thursday, 5 November 2015

GEMINI PALING BERANI BERLAKU CURANG

Assalamualaikum...



Kalau belum berkahwin tapi ada hubungan cinta
dengan 2,3 orang yang berbeza itu kita panggil curang ke??
Atau kita kata ianya satu cara untuk memilih dengan lebih baik??heheh..
ada jugak yang marah kalau baca ni..
Ye la..dah kahwin ke belum kahwin ke ,
kalau ada hubungan cinta dengan 2,3 orang yang
berbeza kita tetap namakan ia sebagai CURANG.

Tapi curang pun, kalau 2,3 pihak itu
rela tak de la kita panggil curang..I
tu kita sebut sepakat..ekekek..
Sepakat membawa berkat.:p

Orang kata mereka yang berbintang
Zodiak dan Sagitarius adalah mereka
yang paling setia dalam cinta.
Manakala yang paling kerap curang dan
berbohong ialah mereka yang berbintang Aquarius ,dan Aries.

Gemini adalah yang paling mudah berlaku
curang dan tidak takut untuk melakukan nya.
Namun ia hanya melibatkan emosi dan bukan fizikal.

Taurus pulak dikatakan hanya berlaku curang untuk menarik perhatian.

Betul ke tak betul tu kena tanya diri masing2 la ..
Sebab benda ni bukan disebabkan bintang kelahiran..
tapi sebab nipis nya iman dan
betapa goyahnya  rasa cinta dan setia kita pada pasangan ..


sekian...

Monday, 24 August 2015

LELAKI INI MENGURUSKAN RUMAH HANYA MENGGUNAKAN KAKI

Assalamualaikum...

 Kisah mengharukan seorang lelaki yang kehilangan kedua-dua belah tangan nya akibat kemalangan ketika dia berusia 7 tahun. Chen Xingyin ,yang sekarang berusia 48 tahun berasal dari Chongqin,mempunyai seorang ibu yang berusia 91 tahun.



Dalam keadaan ibu nya yang uzur,Chen la tempat ibunya bergantung.Walaupun tidak mempunyai tangan Chen menjaga malah menguruskan segala keperluan ibu nya.



"Saya mempunyai kaki yang baik walaupun saya tidak mempunyai tangan," Kata Chen.
 Pernah juga ada orang yeng menyarankan supaya dia menjadi pengemis kerana dengan cara itu dia boleh mendapat beribu ringgit dengan  keadaan diri nya yang kurang upaya.


Selain mengerjakan ladang Chen juga memelihara babi dan ayam.Dia menjelaskan tidak boleh meninggalkan ibunya sendirian dirumah kerana keadaan ibunya yang  sudah tua.


Chen mempunyai saudara perempuan namun mereka sudah berkahwin ketika usianya 14 tahun.Ayah dan abangnya juga sudah meninggal dunia sebelum dia berusia 22 tahun..Sejak itulah Chen memegang tanggungjawab besar untuk menjaga ibunya.Dia belajar bagaimana untuk memasak dan menguruskan kerja2 rumah hanya dengan menggunakan kaki nya.


Dia dengan mudah boleh memotong makanan dan  menyalakan api  menggunakan kaki.Walaupun kakaknya ingin membantu namun Chen menjelaskan itu semua adalah tanggungjawab nya dan ianya bukan lah satu bebanan..


 Sekian..

Tuesday, 9 June 2015

PELIK..LELAKI INI HAMIL

Assalamualaikum..




Biasanya kalau sebut hamil mesti lah wanita..kan??
tapi berbeza pada apa yang berlaku pada Sanju Baghat
lelaki berasal dari bandar napgur,India.

Sejak kecil perut nya memang besar..
Dia kerap menjadi bahan ejekan rakan-rakan sebaya
disebab kan perutnya yang membesar seperti wanita hamil
malah sehingga dia dewasa pun
perut2 nya makin membesar.



Sehingga lah suatu malam perut nya bertambah sakit.
Dia dikejarkan kehospital.
Awal nya doktor hanya mengesyaki perutnya mempunyai tumor.
namun selepas pemeriksaan mereka terkejut kerana
didalam perut lelaki tersebut ditemui janin manusia
yang hampir sempurna.

Janin tersebut mempunyai rambut,kaki
dan alat kelamin yang belum dapat dipastikan jantina nya.

Berdasarkan sejarah perubatan  kes seperti ini
mungkin hanya   berlaku pada kurang 100 manusia di dunia.
kerana itu ianya dianggap luar biasa.
ianya disebut sebagai fetus in Fetu.
ianya terjadi apabila seseorang yang sepatutnya  dilahirkan
kembar tetapi  salah satu dari janin tersebut
tidak dapat membesar dengan  sempurna.

Dalam kes Sanju kembarnya
tidak dapat membesar dan dilahirkan dengan sempurna
namun dia membesar didalam perut kembar nya.

sekian..

Monday, 18 May 2015

LELAKI JUAL DIRI UNTUK TAMPUNG BELANJA BELAJAR LUAR NEGARA

Assalamualaikum..





Seorang lelaki gemuk yang mendakwa dirinya mempunyai PHD dari University elit Tsinghua ,Beijing bertindak  menjual dirinya dengan nilai  lima juta RMB kepada wanita-wanita kaya.

Dia yang berasal dari keluarga miskin terpaksa bertindak sedemikian kerana kekurangan wang untuk  melanjutkan pelajaran ke luar negara .




Lelaki tersebut berdiri di tengah2 laluan berjalan kaki di bandar Jiulongpo District menarik perhatian ramai orang awam bahkan ada wanita-wanita muda dan kaya yang meninggalkan nombor telefon mereka pada lelaki tersebut.

Namun lelaki tersebut berkata dia hanya akan menerima tawaran dari wanita  yang meletak kan harga lebih 5 juta RMB kerana merasakan ianya  berpatutan dengan diri nya.



berbaloi  ke dengan harga tu?/hehehh


"selepas beberapa tahun saya akan kembali ke cina dan akan berbakti kepada ibu pertiwi." jelasnya lagi..
Semoga berjaya lah untuk lelaki ni..tak agak2 tu nak wanita je yang beli..apasal dia tak jual kat lelaki je..mana tau kot2 ada yang pelukan khidmat nya untuk bajak sawah ke,..kan??hahahahh

Tak tahu la dia ni memperbodohkan diri sendiri atau memperbodohkan wanita2 kaya..
5juta tu kalau duit kita lebih 250k hingga 300k..lebih kurang macam tu la..


sekian..

Monday, 6 April 2015

KEMALANGAN MEMBUKA RAHSIA HUBUNGAN SULIT LELAKI INI DENGAN 30 WANITA TERBONGKAR

Assalamualaikum...

Yuan yang masih koma

Orang kata suatu hari nanti rahsia bukan lagi satu rahsia.
Cuma tunggu saja masa nya akan tiba.
begitu lah yang terjadi kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Yuan.
Yuan terlibat dalam satu kemalangan dan yang menyebabkan dia koma.

Yuan


Xiao Lu,21 , dipanggil ke hospital untuk melihat kekasihnya Yuan
yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
tapi mengejutkan apabila setibanya dia di bilik Yuan,
dia melihat ramai wanita mengelilingi katil kekasihnya itu..

Setelah diselidik rupanya wanita2 tersebut ialah
kekasih Yuan dan ada sebahagian dari mereka
telah melahirkan anak Yuan.

senarai nama kekasih Yuan

Dalam tempoh 3 hari hampir 20-30 wanita yang dipercayai
sebagai kekasih Yuan datang melawat Yuan di hospital.
Xiao Lu mula menubuhkan satu group di wechat
bersama wanita2 tersebut untuk berkongsi cerita.
menurut mereka Yuan kerap meminjam wang dari mereka
namun lelaki hidung belang tersebut tidak pernah membayarnya semula.

Menurut keluarga Yuan mereka tidak mahu
masuk campur didalam urusan Yuan dan kesemua teman wanitanya.


sekian...

Monday, 23 March 2015

RAMAI WANITA TAK SKIP ROTI PERTAMA TAPI LELAKI INI MASIH BUJANG.KETAHUI PUNCANYA

Assalamualaikum...



Gambar ni ramai jugak yang share..
gambar menunjuk kan seorang lelaki yang beri
sebab kenapa dia masih bujang..
katanya dia mencari wanita yang tak skip roti pertama..

Pada yang tak paham..
Roti pertama ni maknanya kepala roti..
kalau orang2 tua kata kepala roti
sebab dia dok kat atas sekali..



Memang ada orang yang tak makan kepala roti ni..
sebab ada yang kata ianya tak sedap..
rasa keras.
tapi kebanyakan orang suka kepala roti nih.
lagi2 kalau di sapu mentega dan dibakar rangup.
kalau buat sandwich bahagian ni kita ngap dulu..ahhaha
jadi pelik juga cemana la punya ramai perempuan yang
suka kepala roti ni tapi dia tak jugak jumpa sorang pun untuk buat bini..

Dari kata2 dia tu ,dia nak kan isteri
yang tak memilih...makan dan pakai apa yang ada..
jangan membazir..gitu la..



Tapi tu la..
Kita ni bila nak cari pasangan dah tetapkan
syarat macam gitu macam gini..
Tak cermin pulak diri sendiri tu cukup syarat macam yang orang nak ke tidak..
nak yang tak memilih..
tapi tak sedar kita pun memilih..

macam saya kata tadi la...

"cemana la punya ramai perempuan yang 
suka kepala roti ni tapi dia tak jugak jumpa sorang pun untuk buat bini.."

nampak tak sebab nya kenapa???
sebab dia memilih sangat...

sekian...






Friday, 20 March 2015

LELAKI DAYUS DAN TAK PEKA

Assalamualaikum.....



Hari jumaaat awak pun.....
kena la ostajah2 sikit...
kang ada pulak yang cakap makcik tak peka dengan hari jumaat..
gigih dok email makcik semata2 nak bagi tau makcik tak peka..
semalam update cerita orang kaya terus
dapat email kata update blog macam tak peka dengan keadaan semasa..
Rakyat tengah susah hati dengan GST
makcik lak sibuk nak update cerita wang hantaran mahal dengann niat
nak buat orang bergaduh...
kau yang bodoh..makcik pulak yang kena..
kesah pulak makcik dengan kau..
tak kuasa !!!

sekian...

Monday, 16 March 2015

7 PERKARA DALAM MENGURUSKAN BAYI YANG AYAH PERLU TAHU.

Assalamualaikum...



Seorang lelaki yang baru bergelar ayah biasanya dia ada sikap ingin turut sama menguruskan bayinya..Tapi ada masa-masanya apa yang kita sebagai ibu tahu ,si ayah tak tahu.itu yang kadang2 kita terlepas cakap jugak la.."itu pun tak tahu ke?".. dan ada ramai wanita fikir macam mana kita wanita yang tak pernah tahu pun cara nak uruskan bayi tapi bila ada bayi jadi tahu apa yang perlu kita buat.sedangkan orang lelaki pulak nak kena bagi tahu apa yang perlu dia buat...Saya sendiri pernah tengok kawan yang baru bergelar ayah ,dia tukar lampin anak dia.lepas tu dia buka lampin anak,dia boleh tanya isteri dia "lepas tu nak buat apa?"..hahaha...

ok..kat sini saya senarai kan apa perkara baru yang siayah perlu belajar sedangkan si ibu dah sedia tahu.

1- kadang2 bayi meragam sebab dia hanya inginkan ibu nya..
Si ayah dah pujuk,dah dukung,dah bagi susu tapi bayi masih menangis.
Ini kerana dia hanya mahukan ibunya.


2-"Dia nampak bersih..tak payah tukar"
Ada lelaki yang rasa jika anak tu tak kena lumpur,muka tak comot dengan makanan maknanya anak dia bersih jadi tak perlu mandi.jangan tak tahu,ada masa nya bayi akan muntah,air liur nya juga meleleh sampai basah baju.dia perlu dibersihkan..




3-Tak perlu tunggu anak menangis baru nak bagi susu/makanan
Sebelum bayi menangis pastikan bayi  kenyang sebab bila dia dah start menangis bukan senang nak diuruskan.ada bayi yang menolak untuk minum susu jika dah mula menangis.


4-"Dia bayi je..bagi je pakai apa pun"
Selain untuk keselesaan ,bayi juga biar lah nampak seperti bayi.jangan pulak si ayah nak dandan anak seperti seorang makcik atau mak datin..:p


5-lampin bukan hanya perlu ditukar apa bila sudah berbau.
Kebiasaan nya si ayah hanya akan teringat untuk menukar lampin anak ketika ianya sudah berbau kerana najis .itu lah yang menyebabkan kadang2 punggung anak ada ruam dan merah2 kerana lambat menukar lampin..




6- tukar lampin hanya sekadar "tukar"
Menukar lampin bukan hanya sekadar buka dan tukar.perlu jugak ayah mencuci dan membersihkan bayi supaya dia berasa selesa kering dan bersih.Ada setengah bayi di sapukan krim kulit,ada jugak yang hanya diletak kan bedak selepas dibersihkan.


7-bayi perlu ditidur kan.dia tidak akan tidur dengan sendiri.
Sia ayah merasa sudah tiba masa untuk bayi tidur.diletak kan bayi nya diatas katil,menuju kepintu,tutup suis.."selamat malam bayi ku.."..ianya tidak semudah itu.bayi perlu di belai,diberi susu supaya kenyang dan sesekali ianya perlu diperhatikan.

Diharapkan awak dapat  menguruskan anak awak dengan baik lepas ni .tak salah kalau awak bertanya pada isteri dan isteri juga perlu lah bantu suami.

sekian...



Friday, 13 March 2015

LELAKI MUDAH TERTARIK KEPADA WANITA YANG KERAP KETAWA

Assalamualaikum...



Lepas ni siapa2 wanita yang belum ada kekasih
kena kerapkan ketawa dan tersenyum ye..
tapi ketawa yang hagak2 la ye..
kalau ketawa sampai terdedah anak tekak,
ketawa sampai bunyi mesin parut kepala pun boleh kalah,
lintang pukang lelaki tu lari tinggal kau.

Jangan kan lelaki,
makcik yang perempuan ni pun tension la kalau
berdepan dengan kawan2 sejenis yang suka bad mood tak tentu hala.
Seminggu ada sehari je kau ceria..
6 hari lagi buat perangai..orang tanya pun kau monyok je..
tak kuasa makcik nak hadap kawan2 yang perangai macam tu..



Ada jugak wanita yang dia siap
bagitau..'tak de mood tau hari ni.."
"saya tengah tension ni..jangan tanya saya apa2.."
"hari ni jangan kacau saya,saya nak tenangkan fikiran.."

Wah!wah!!wah!!ada orang kesah ke ..
nampak sangt gile perhatian..
Berharap akan ada kawan2 atau lelaki idaman
yang datang dan bertanya..
"kenapa ni.?meh I tenangkan fikiran U dengan belanja u makan shabu2 ye.."
atau berharap kawan sekerja datang dan pujuk..
"kesian awak....meh sandar kat bahu saya buat lepas tension.."




Fakta:lelaki sukan wanita Yang ketawa riang atau gembira kerana ianya tanda bahagia.wanita ceria boleh mencairkan lelaki walaupun didalam hatinya berribu masalah namun jika dia masih mampu ketawa dan tersenyum menggambarkan dia mampu mengawal emosinya sendiri.wanita seperti ini juga bijak menjaga hati orang lain dan tidak terbawa2 emosi stress nya  sehingga mempengaruhi perasaan orang lain.Lelaki lebih yakin untuk berhubungan dengan wanita yang mudah kerap ketawa dan tersenyum.

Sekian....