Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Tuesday, 8 October 2019

PERTAMA KALI NAK BELI PERFUME? INI 30 PERFUME TERBAIK DI DUNIA KHAS UNTUK LELAKI

Setuju tak kalau saya kata ramai lelaki salah pilih perfume. Mereka fikir semua perfume sesuai dengan mereka. Tu yang kadang-kadang lalu sebelah lelaki tiba-tiba macam bau Kak Bedah. Hahha . Perfume lelaki berbeza dengan perfume wanita.



Kaum lelaki perlu tahu sedikit sebanyak tentang perfume yang sesuai untuk lelaki. Memilih perfume yang tepat akan menonjolkan imej dan personality lelaki tersebut. Aura seorang lelaki juga boleh terserlah dari perfume yang digunakan.

Pernah awak lalu disebelah lelaki dan terbau seperti bau yang busuk? Awak akan fikir "eii..pengotor la dia ni.."

Begitu juga jika lelaki tersebut mempunyai bau yang buat kita selesa. Pandangan kita pada lelaki tersebut pasti positif dan baik.






Saya kongsikan disini sedikit panduan bagi mereka yang ingin mencari perfume yang sesuai untuk lelaki. Posting asal adalah dari  saudara Januar Haikal . Awak boleh follow saudara Januar di laman twitter nya untuk baca posting asal nya.

1. Calvin Klein ONE or Calvin Klein BE 100 ML RM 190.



Paling basic dan classic tapi paling sedap didunia. Both Unisex tapi CK One lebih kuat dan CK Be berbau sedikit powdery.

Ketahanan: ★★★
Harga:★★

Untuk pertama kali beli? This is the best option.

2. BOSS BOTTLED #6 HUGO BOSS 100 ML RM290.


Ya Allah abang boleh cakap perfume ni Tiptop! Always my on the go Perfume. Campuran Fern, Bergamot, pineapple dan diblend sekali dengan Juniper dan geranium.

Ketahanan: ★★★★
Harga:★★★

Well establised from 1999. Kemain.

3. VERSACE EAU FRAICHE 100 ML RM 250. 




Ini, ini adalah Masterpiece. Paling Fresh didunia bila pakai. Tak tahu nak pilih yang mana? Eau Fraiche adalah pilihan yang tepat walaupon warna nya pudar pudar cinta.

Ketahanan: ★★★
Harga: ★★★

Campuran Lemon, Bergamot dan sage.

4. MONT BLANC LEGEND 100ML RM 350. 




Tak pasti samada perfume ini dibuat di Syurga ke apa sebab bau dia lazat sekali. 4 kali repeat beli dan keep using it until now sebab sedap nak mampos!

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★★

Campuran Bergamot, rose, sandalwood dan oak moss.

5. CHANEL ALLURE HOMME EDITION BLANCHE 100 ML RM 550.


Gais, kalau ada duit lebih sket boleh cuba Chanel Homme penutup putih ni. Bila kau pakai ni confirm orang tertoleh toleh. Highly recommended kalau suka bau Citrus dan Fresh. Padu!

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★

6. GIVENCHY GENTLEMEN ONLY CASUAL CHIC 100 ML RM 400. 


One time haritu berhenti kejap beli perfume sebab tak jumpa bau yang rare & sedap until i found this germ! Ya Tuhan kalau peminat campuran Tonic of Cardamom,ginger dan birch sila beli.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★

7. JO MALONE LIME BASIL AND MANDARIN OR ENGLISH PEAR AND FREESIA 100 ML RM 550.


First time nak beli tapi tak tahu nak beli yang mana? These are my favorite picks tapi nak cakap awal awal yang bau dia tak tahan lama sebab ia adalah COLOGNE.

Ketahanan: ★★
Harga: ★★★★★

8. VERSACE EROS OR EROS FLAME 100 ML RM 450.



Okay bau ni antara paling kuat so far yang abang pakai. Orang Arab paling suka sebab bau dia Padu dan tahan lama. Siap keluar Eros Flame warna merah pon sedap nak mampos what is this!

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★

9. ACQUA DI GIO GIORGIO ARMANI 100 ML RM 350. 


Kepala otak dia apebenda wangi sedap nak mampos Acqua ni. Yang tahu je tahu. Dah confuse nak beli yang mana banyak sangat perfume kan? Ambil la ini dan bawak ke kaunter dan bayar.

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★

10. SAUVAGE DIOR 100 ML RM 650.


Tak perlu nak bincang kot, Pernah menang Fragrance Of the Year, Men’s Prestige. Ni kalau bonus dah keluar baru abang nasihat beli okay? Kau jangan guna duit gaji bulanan kau tu, boleh meninggal dik haha.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★

11. TOM FORD VELVET ORCHID 50 ML RM 1000.




Jika member korang pakai perfume ni maka couple lah dengan beliau kerana ternyata financial nya sungguh stable dan dia memiliki taste yang terlalu tinggi. Perfume ini Dewata raya dan Topnotch!

Ketahanan:★★★★★
Harga:★★★★★


12. CAROLINA HERRRERA CHIC FOR MEN 100 ML RM 300.



Jika terjumpa perfume ini dimana mana maka beli lah terus tanpa berfikir panjang sebab Perfume ni dah takde lagi. Bau Citrus, orange dan lemon yang terlalu sedap. Sangat recommend untuk cuba.

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★

13. SEAN JOHN UNFORGIVABLE 100 ML RM 190.


Antara perfume mampu milik yang bau nya terlalu syahdu dan memorable. Normally orang pakai untuk pergi ke club dan during intimacy ehem ehem dan sorry abang tak pergi club gitu kene self-explained haha.

Ketahanan:★★
Harga:★★

14. BLEU OF CHANEL 100 ML RM 550. 


The master of All. The must have in list. The Everything. Bau paling mewah anggur anggur cinta berahi dan bila pakai jalan seorang balik pasti berteman dua atau tiga todiah. Wajib beli.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★

15. PRADA INFUSION D’IRIS CEDRE 100 ML RM 380. 




Kang kalau cakap sedap korang cakap abang kata semua sedap tapi dah memang best nak buat camne. Nak bau mahal dan rasa lain sket dari orang lain boleh cuba Prada. Campuran mandarin orange dan Citrus

Ketahanan: ★★★
Harga: ★★★

16. GAULTIER 2 BY JPG 100 ML RM 350. 




Perfume ni abang dapat hadiah birthday masa umur 21. Dapat je terus menangis ya syahdu sangat sebab memang teringin. Tiada lagi, kalau nampak terus sambar. Bau sedikit sarsi dan Rootbeer tapi sedap giler.

Ketahanan:★★★★
Harga: ★★★

17. DKNY BE DELICIOUS FOR MEN 100 ML RM 250.




Dan ini, ini lah dia perfume mahal yang first time abang beli. Duduk punya la lama dekat sogo dengan ibu dan finally beli yang ni. Thank you ibu sebab teman naik bas Intrakota pergi Masjid Jamek lebiuh :’)

Ketahanan: ★★
Harga: ★★

18. MOSCHINO FOREVER OR MOSCHINO SAILING 100 ML RM 300.


Kenape abang letak “OR” di situ kerana Forever tu dah babai tiada lagi. Tapi kalau korang nampak Forever tu dimana mana, korang beli dulu yang itu kerana baunya begitu MasyaAllah sekali.

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★


19. WHITE MUSK FOR MEN BODY SHOP 100 ML RM 120. 


Bau dia sangat susah nak explain. Macam bau Fabrik yang dilipat dan disimpan dalam Almari kayu, very Musky dan surprisingly sangat sedap. Takde budget yang besar lagi? Boleh cuba yang ini.

Ketahanan:★★★
Harga: ★

20. DAVIDOFF COOL WATER 100 ML RM 250. 


Terlalu basic tapi kalau nak cuba why not. Not a fan sebab bau dia tak tahan lama tapi good review from The Fragrance Foundation dan best selling. Don’t get me wrong, mungkin bagi korang best.

Ketahanan: ★★
Harga: ★★

21. A MEN ULTRA ZEST THIERRY MUGLER 100 ML RM 1000. 



Ya diriku sangat suka Perfume yang berbau orange, Citrus, Lemon dan ini adalah epitome untuk segala galanya. Such a masterpiece. Diblend pula dengan coffee i need to get this dah habis.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★

22. CAROLINA HERRERA 212 VIP MEN 100 ML RM 300.


Perfume yang kalau habis je abang akan beli,habis je beli. It fits the purpose of bila kau di tempat yang ramai orang, bau sangat kuat & orang akan tanya awakkk you single i single jom lah couple.

Ketahanan: ★★★★
Harga:★★★

23. CLINIQUE HAPPY FOR MEN 100 ML RM 190.


Ya gais ini lah definasi Perfume sedap dan murah mampu beli skincare dia pon best. Kalau pakai confirm korang Happy sebab memang wangi. Bau Fresh ape lagi hahahaha. Takde budget besar? Go for this.

Ketahanan: ★★★
Harga: ★★

24. ALIEN BY THIERRY MUGLER 50 ML RM 850. 



So perfume ni bau dia pelik yang very arousing, macam sarsaparilla dan vanilla juga sedikit manis. Very confusing yet attractive. Tokti pon pakai sebab bau dia lain dari yang lain.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★

25. TOM FORD MANDARINO DI AMALFI 50 ML RM 1300. 


Ya nasib diberikan sebagai hadiah. Thanks Kak kay lebiuh kalau tak, memang tak mampu nak beli. Boleh cakap bau dia sangat exquisite, subtle, so expensive dan otherworldly.

Ketahanan: ★★★★★
Harga: ★★★★★★★★★


26. ULTRA VIOLET PACO RABANNE 100 ML RM 300. 


Sejujurnya abang tak berminat dengan One in Million sebab bau dia terlalu typical. So, Ultraviolet always the best pick. Bau dia manis dan different. Boleh cuba.

Ketahanan: ★★★★
Harga:★★★

27. GIVENCHY PLAY INTENSE 100 ML RM 300. 


Ya Allah gais, perfume ni bau dia memang intense. Tak boleh nak describe, a bit of Vanilla, sweet smell tapi sangat tahan lama. One of a kind. Dan ya bener, Justin adalah face of Givenchy play ini.

Ketahanan: ★★★★
Harga: ★★★

28. DUNHILL BLUE DESIRE AND RED DESIRE 100 ML RM 250.



Okay listen gais, Dunhill ni adalah paling basic juga. Maksudnya koleksi wajib ada tapi ramai pakai so bau dia jadi dah tak exclusive. Kalau kene dengan kulit awak, dia akan emit bau yang padu.

Ketahanan: ★★★
Harga: ★★

29. CALVIN KLEIN TRUTH 100 ML RM 250. 


Ini adalah perfume kedua yang abang beli selepas DKNY. Bau dia agak aromatic, sensual, watery dan ada campuran basil dan cardamom. Not sure Truth ni ada lagi ke tak dekat Malaysia, kalau ada sila consider.

Ketahanan:★★★
Harga: ★★

30. ABERCROMBIE AND FITCH 100 ML RM 400.


The only perfume yang abang tak pernah beli lagi, pernah cuba, pernah bau dan sangat sangat suka cuma macam tak berbaloi sebab mahal nak mampos baik beli Chanel hahaha. Add this into wish list.

Ketahanan: ★★★★
Harga:★★★★


Sumber: twitter Januar Haikal

Sunday, 14 July 2019

"AKU CUCI BAJU, CUCI TANDAS, MAIN DENGAN ANAK.APA WIFE AKU BUAT?" - PERKONGSIAN LELAKI INI DAPAT PUJIAN NETIZEN


Sebagai pasangan suami isteri tugas menguruskan rumahtangga tentu saja dilebihkan kepada isteri. Sekian lama kita disogok dengan kata-kata tugas menguruskan kerja-kerja rumah adalah ditangan isteri namun masa dan zaman sudah berubah. Masyarakat perlu mengubah persepsi tersebut memandangkan isteri-isteri zaman sekarang juga terpaksa keluar rumah dan bekerja.

Perkongsian Saudara Iffat Saleh di laman twitter membuka mata ramai warga net berkaitan isu menguruskan kerja-kerja rumah dan mendidik anak. Saudara Iffat menjelaskan tugas menguruskan rumahtangga bukan lah terletak di tangan isteri sahaja.



"Setiap 2 hari, aku akan cuci kain.
Setiap 2 minggu, aku akan cuci tandas sehingga bersih.
Setiap petang aku main dengan anak-anak.
Apa wife aku buat?
Baca ni.

Sejak sebelum kahwin, masa study dulu, aku buat semua tu sendiri.
Iron baju
Basuh baju
Cuci tandas
Hampir kerja rumah, aku buat sendiri.
Kenapa lepas kawen, aku kena serah tugas?






Dah kahwin pun, aku buat semua tu sendiri. Bila wife nak buat, aku cakap

"Kalau nak tolong, nanti jangan komplen sakit pinggang sakit lutut ye"

Tapi selalunya memang lepas dia tolong, malamnya aku kena urut hahaha


Lepas dapat anak, aku masih buat semua kerja.
Kalau aku terlalu penat, tertidur. Baru wife yang buat kerja tu.
Rasa bersalah bila dia yang buatkan kerja-kerja tu. Entah kenapa.


Mungkin sebab dia dah lahirkan anak-anak, jaga diorang setiap hari.
Beban tugas sebagai suri rumah pun berat tau, jangan memain. Wife pernah menangis depan aku beberapa kali sambil cakap

"Penat tau tak"

Kesian betul


Setiap kali dia marah anak (tak kemas mainan atau bergaduh), aku akan pujuk

"Kita nak marah, niat untuk mengajar. Jangan untuk lepas geram. Kesian kat anak-anak"

Kemudian dia nanges. Alololo~


Back to the point, kenapa aku buat semua kerja rumah?
Sebab aku ada 2 anak lelaki. Aku kena tunjuk kat diorang bahawa kerja rumah tu lelaki yang kena buat.
Tak semestinya perempuan yang buat.


Dan dua budak comey tu memang menolong aku.

Tolong sapu sampah
Tolong masukkan baju dalam mesin
Tolong jemur
Tolong angkat
Tolong lipat baju

So aku didik siap-siap melalui teladan. Bak kata orang tua-tua

"Dont tell, show!"


Nak kemas rumah, aku tak boleh suruh anak-anak, diorang tak faham
Aku kena kemas dulu, sambil tu ajak la diorang. Baru diorang follow

My small beloved family.

* Untung jadi tak hensem, dapat wife cantik & anak hensem2 hahaha "

- @Iffatsalleh

Susah nak jumpa lelaki yang sanggup menguruskan kerja-kerja rumah walaupun ada isteri yang tak bekerja. Tapi demi kasihkan isteri dan anak-anak suami perlu juga menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak supaya mereka juga sedar bahawa tugas di rumah perlu dilakukan bersama-sama.





Tidak ada perbezaaan lelaki atau perempuan untuk menguruskan kerja-kerja rumah. Salah satu sebab mengapa ada suami yang tak permah membantu kerja-kerja rumah adalah kerana tidak dididik untuk melakukan nya. Sejak dari kecil hanya ibu saja yang menguruskan segalanya.

Bila anak dah besar satu kerja rumah pun tak tahu nak buat. Jadi isteri la yang bersusah payah menguruskan rumahtangga, Dah la terpaksa bekerja ,  rumah pun nak diuruskan sendiri. Lebih baik tak payah kahwin.

So pada lelaki-lelaki diluar sana yang nak berkahwin dan yang sudah berkahwin, tahu ke buat kerja-kerja rumah ni??


Friday, 8 December 2017

BANGGA JADI LELAKI PALING HODOH UNTUK KALI KE EMPAT



Setiap orang tak de yang serba serbinya sempurna.. Kita kena terima diri kita seadanya..Kalau benda tu boleh di ubah jadi elok tak salah kita nak bagi lebih elok.Tapi jangan la sampai buat pembedahan plastik hanya sebab hidung tak mancung macam hidustan, atau bibir tak tebal macam Anggelina Jolie..Itu dah dikira berdosa dah tu..Ada had-had nya jugak..

Kalau orang lain rasa tak seronok sebab wajah tak cantik tapi di Zimbabwe seorang lelaki sangat "bertuah" kerana memiliki wajah yang hodoh. William Masvinu dari Epworth telah dinobatkan sebagai Mr Ugly Zimbabwe 2017 dan ini membuatkan dia menjadi bangga dengan "kelebihan" yang dia miliki,.Lebih menggembirakan nya  ia adalah gelaran kali keempat.




William gembira dengan "pengiktirafan" tersebut dalam  merebut kembali gelaran yang dia pernah kalah kepada peserta lain 2 tahun lepas. Memenangi peraduan hodoh memerlukan persiapan, sama seperti pesona kecantikan,.  Lelaki berusia 43 tahun yang menganggur kini sedang melakukan persiapan  untuk persaingan peringkat dunia  Mr Ugly World yang akan diadakan tahun depan di Afrika Selatan.


Tahun 2015 William tewas kepada  Maison Sere . Dia tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut dan melakukan protes . William mendakwa  pesaingnya itu  tidak ada apa-apa keistimewaan kecuali gigi yang hilang. Kemudian pada edisi 2016 pertandingan tersebut dibatalkan, , jadi William terpaksa menunggu selama dua tahun untuk mendapatkan gelarannya kembali.



 Kata William. "Tidak ada yang boleh mempertikaikan bahawa saya adalah orang yang paling hodoh  di Zimbabwe.. Sekiranya ada Mr Ugly World, saya yakin saya akan membawa mahkota tersebut ke Zimbabwe. "

Dalam pertandingan tersebut William memenangi  $ 500 dan membawa pulang seekor lembu.

sekian..

Tuesday, 1 August 2017

"BEAUTIFUL BUT SO STUPID " - LIHAT APA YANG WANITA CANTIK INI BALAS UNTUK MENUTUP MULUT LELAKI YANG MENGHINANYA

Assalamualaikum..

Semalam saya dengar radio dan ada dengar pesanan yang kata "Jadi lah Keyboard warrior yang Bijak" .. Pesanan tu bagi saya agak kelakar sebab boleh dikatakan semua keyboard warrior selalu merasakan mereka bijak.Sebab tu setiap komen dan ulasan dari mereka tidak memikirkan perasaan dan kemampuan orang lain. 

Apa yang terjadi pada wanita cantik ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada mereka yang selalu  memberi komen dan kritikan pada orang lain di laman sosial supaya lebih berhati-hati dan menjadi lebih bijak.Bukan perasan Bijak.Gambar dan komen mereka menjadi viral di media sosial sejak semalam.



Wanita cantik yang dikenali dengan nama Tyra ini memuat naik satu video beliau sedang berjalan dengan caption "U kno ..Just Casually walking.." .Tiba -tiba salah seorang pengikutnya dengan nama Nikiskandar_official  meninggal kan komen yang membuatkan ramai yang merasakan ianya satu tindakan yang menyerlahkan kebodohan lelaki tersebut.


"U know not u kno..Walk - berjalan 
walking- menjalankan...
good English..Beautiful but so stupid "

Walaupun sudah dihina namun wanita cantik tersebut dengan tenang menerangkan malah sempat memberi sedikit ilmu bermanfaat untuk lelaki tersebut.Ianya menyebabkan ramai yang kagum dengan wanita cantik ini .
" You know i typed like that just for fun.
And walking is kata kerja,
 so I was berjalan.
Berjalan is walking.Before cakap orang kurang bijak, 
better check yourself first..si pandai.."

Lebih melucukan apa bila ramai lelaki yang meminta maaf atas kebodohan lelaki tersebut..




Saya cuba cari instagram Nikiskandar-official ni..tapi dari bio nya dia menjelas kan akaun nya di hack..hahaha..biasa la..dah buat salah, kena viral terus kata kena hack.

sekian..

Friday, 7 April 2017

KENAPA DAH ADA ISTERI CANTIK TAPI TETAP CURI PANDANG WANITA LAIN

Assalamualaikum...

Semalam ada baca status sorang adik kat facebook yang pelik kenapa lelaki ni dah ada bini punya la cantik meleleh, tapi dia masih lagi melirik wanita lain.Padahal wanita lain yang dia curi pandang tu tak secantik bini dia...Maka terhasil la entry ini yang kita akan ceritakan tentang kenapa lelaki masih curi pandang wanita lain walaupun sudah ada pasangan.



Lumrah  manusia  memang suka tengok benda dan perkara yang berbeza dengan yang hari-hari dia tengok.Mungkin sekadar nak buat perbandingan , nak mencari kelainan atau sekadar suka-suka atau tabiat yang sukar di buang.Tapi bukan bermakna sikap mereka tu adalah kerana jemu pada pasangan mereka.selalunya wanita yang mereka curi pandang ni adalah wanita yang penampilan nya berbeza dengan pasangan mereka sendiri.



Isteri pula jangan la bila suami curi pandang wanita lain , terus merajuk dan marah-marah.tetap tenang dan tersenyum kerana cara itu lah yang membuatkan suami kagum dan sayang pada anda kerana mereka tahu perkara sekecil itu tak kan menghapuskan kepercayaan anda  pada diri nya.Itu juga membuktikan anda bukan lah jenis wanita yang cemburu buta.Ada wanita yang melenting dan merajuk jika suami bersikap sedemikian membuatkan suami rimas dan merasakan wanita sebegini hanya asyik bergantung pada dirinya dan terlalu obses pada nya.Ramai lelaki yang suka pada wanita yang tidak terlalu menunjuk kan perasaan sebenar mereka.



Bagi seorang lelaki yang mudah tertarik pada wanita hanya dalam beberapa saat, dia juga akan mudah melupakan wanita itu hanya dalam beberapa saat.Tidak akan terjadi cinta pandang pertama pada lelaki sebegini.jadi jangan risau ye adik-adik..Tak ada apa yang mampu mengubah cinta nya pada anda.

Tapi kalau anda tak suka juga dengan sikap sebegitu cari saja lelaki lain yang boleh menunduk terus pada anda.Itu pun kalau jumpa ....Kalau tidak membujang saja sampai bila-bila..heheheh...

sekian..